The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 MAJALAH KEMBARA BORNEO SBLM1023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahzulkifli16, 2024-01-29 07:58:20

Kembara Borneo SBLM 1023

TUGASAN 3 MAJALAH KEMBARA BORNEO SBLM1023

THIS MONTH'S HOT SPOT VOL. 02 KEMBARA ISU SEMASA KEMBARA KENALI BORNEO BERSAMA YANG DI-PERTUAN AGONG KEUNIKAN MAKANAN & BUDAYADI BORNEO P E L B A G A I T E M P A T M E N A R I K D I S A B A H & S A R A W A K MELANCONG BERSAMA AGENSI ATAU MELANCONG SENDIRI LEBIH MENARIK ?


BARISAN EDITOR MUHAMMAD UMAIR BIN MOHD SHAPIEE 284979 LIEW WEI JIAN 278159 NEK MUHAMMAD SOFWAN NAJIM BIN NEK ALI 285250 MOHAMAD YUSRI MOHAMAD ZAIMY 280495 NURHIDAYAH BINTI ZULKIFLI 277629 AZWAL AZSYAFIQAH BINTI AZMAN 279562


TINTA EDITOR 01 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA PEMBACA KEMBARA BORNEO. SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN KEIZINAN-NYA TELAH BERJAYA DITERBITKAN DARIPADA PIHAK KAMI MAJALAH KEMBARA BORNEO KELUARAN OKTOBER 2023. KELUARAN KALI INI SEMEMANGNYA YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAMAI PEMBACA SETIA KAMI. PARA PEMBACA SUDAH PASTI MENANTIKAN KELUARAN KALI INI. TANPA MELENGAHKAN MASA, JULUNG KALINYA KAMI BAWAKAN KELUARAN KALI INI MERUPAKAN KELUARAN YANG SANGAT ISTIMEWA KERANA PEMBACA DAPAT MENGETAHUI KEINDAHAN NEGERI DI BAWAH BAYU DAN BUMI KENYALANG IAITU SABAH DAN SARAWAK. MAJALAH KEMBARA BORNEO OKTOBER 2023 SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMBACA KEPADA PIHAK KAMI. KELUARAN KALI INI AKAN MEMAPARKAN CADANGAN TEMPAT MENARIK DI SABAH DAN SARAWAK YANG SELALU MENJADI PILIHAN PELANCONG UNTUK DILAWATI. SELAIN ITU, KONVOI KEMBARA KENALI BORNEO YANG DILAKUKAN OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG JUGA DICERITAKAN DI DALAM KELUARAN KALI INI. TIDAK DILUPAKAN JUGA KEUNIKAN DI BORNEO SEPERTI TARIAN DAN MAKANAN TRADISIONAL SERTA SAMBUTAN PERAYAAN DI SANA. DI AKHIR SEGMEN MAJALAH INI KAMI BAWAKAN PAKEJ PERCUTIAN DI BORNEO BAGI PARA PEMBACA YANG BERHASRAT INGIN MELANCONG KE SANA.


Tamu Kota Belud, yang berusia lebih 135 tahun, dimulakan oleh William Pretyman iaitu Residen British pertama di Tempasuk (kini Kota Belud) pada 13 Disember 1878 dengan tapak asal di Kampung Siasai, kekal hingga kini. Tamu ini yang beroperasi seawal jam 6 pagi setiap hari Ahad, turut menjadi pusat pertemuan dan peniagaan masyarakat pelbagai kaum merangkumi Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Cina. Dengan mengunjungi Tamu ini, pengunjung dapat menyelami pengalaman budaya, kepelbagaian barangan seperti hasil pertanian, makanan laut, kraftangan dan artisan. Tamu ini merupakan kawasan awam dan pengunjung tidak perlu membayar sebarang bayaran tiket untuk masuk. Pulau kecil seluas 20 hektar yang terletak di luar pantai Sabah di Malaysia ini terkenal dengan pulau yang bersih, air yang jernih, dan pelbagai hidupan marin yang hidup di dalam air. Pengunjung dapat melakukan berbagai aktiviti air seperti scuba diving, jet ski, wakeboarding, dan parasailing. Pulau ini dikelilingi oleh beberapa tapak menyelam yang terkenal di dunia seperti Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai. Pengunjung juga dapat melihat kehidupan Bajau Laut. Mereka duduk di perairan pulau. Pakej pelancongan Pulau Mabul bermula dari RM350. Gunung ini yang terletak di Kundasang, Ranau merupakan gunung tertinggi di Rantau Nusantara dengan ketinggian hampir mencecah 4,095 meter dari paras laut. Gunung tertinggi di Malaysia ini merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara dan tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia United Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Terdapat lebih 5,000 spesies flora dan fauna yang hidup dan tumbuh di sekitar Gunung Kinabalu. Pakej untuk mendaki Gunung Kinabalu selalunya bermula dari RM 1600 untuk pakej 2 hari 1 malam. GUNUNG KINABALU PULAU MABUL TAMU KOTA BELUD TEMPAT MENARIK SABAH BERITA UTAMA 02


TEMPAT MENARIK SARAWAK BERITA UTAMA Pasar Sentral Sibu bukan sahaja sebuah simbol seni bina dan kebudayaan, tetapi juga syurga bagi penggemar makanan tradisional Sarawak. Di sini, pengunjung dapat menemukan pelbagai aneka hidangan khas yang menggugah selera. Yang paling terkenal adalah kek lapis Sarawak. Pasar Sentral Sibu juga merupakan pusat bagi kraf tangan yang unik dan memikat. Dari anyaman tikar yang rumit hingga ukiran kayu yang penuh dengan ketelitian, setiap karya di Pasar Sentral Sibu mengisahkan tentang warisan dan tradisi Sarawak. Pasar ini merupakan kawasan awam dan pengunjung tidak perlu membayar sebarang bayaran tiket untuk masuk. PASAR SENTRAL SIBU Taman Negara Bako merupakan Taman Negara yang terkecil di Asia dan merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak. Kawasan ini dihiasi dengan tanjung tinggi berbatu dengan cenuram curam yang menghadap Laut China Selatan. Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuhtumbuhan dan spesis tanaman. Kawasan ini didiami oleh hampir 275 monyet proboscis yang jarang ditemui dan 150 spesis burung telah direkodkan di sini. Bako juga mempunyai 16 laluan hutan yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung sama ada untuk berjalan kaki mahupun mendaki. Taman Negara Bako amat bersesuaian kepada mereka yang meminati aktiviti luar. Harga untuk pendaftaran masuk adalah RM10 untuk warganegara dan RM20 untuk bukan warganegara. TAMAN NEGARA BAKO Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kawasan kaki Gunung Santubong merupakan kampung yang mempunyai pelbagai penerangan mengenai pelbagai budaya serta pelbagai mitos yang tersendiri. Muzium yang terdapat di sini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya dan memperkenalkan rumahrumah budaya yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Rumah Panjang, Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Tiket untuk memasuki tempat ini adalah berharga RM60.00 bagi orang dewasa dan RM30.00 bagi kanak-kanak. KAMPUNG BUDAYA SARAWAK 03


04 BERITA SEMASA PILIHAN PELANCONGAN TERBAIK - KUNDASANG PERSEDIAAN 3 Jam sebelum penerbangan HARGA TERMASUK Penginapan Hotel Pilihan (T&S) Pemandu Pelancong Professional (T&S) Tiket Lawatan Seperti Yang Dinyatakan Di Dalam Aturcara Hidangan: M. Tengah Hari x 2 | Makan Malam 'Candle Light Dinner' x 1 'Welcome Fruit Basket & Chocolate' Pengangkutan Persendirian Sepanjang Percutian Bot ke Pulau Manukan & Sapi (TARP) Peralatan Snorkeling & Jaket Keselamatan Air Mineral & Snack Di Dalam Kenderaan HARGA TIDAK TERMASUK Perbelanjaan Peribadi Makanan & Tempat Lawatan Tambahan Bayaran tambahan Hotel ( High Season Surcharge ) Tambahan pemandu pelancong pada cuti umum Insurans Perjalanan (Pilihan) Tiket Penerbangan (Boleh Disediakan) KELEBIHAN Makanan Halal Pemandu Pelancong Disediakan Mesra Waktu Solat PERLEPASAN K.Terbang ~ KLIA II ~ Air Asia & Malindo K.Terbang ~ KLIA ~ Malaysia Airlines Melancong melalui agensi pelancongan mempunyai beberapa kelebihan berbanding melancong tanpa agensi. Pertama, agensi pelancongan biasanya mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai destinasi pelancongan dan boleh membantu anda merancang perjalanan yang lebih teratur dan berkesan. Kedua, melancong melalui agensi pelancongan dapat membantu anda mengatasi masalah budaya yang mungkin dihadapi ketika melancong ke negeri asing. Ketiga, agensi pelancongan biasanya mempunyai hubungan yang baik dengan hotel, restoran, dan tempat-tempat pelancongan lain, yang mungkin memberikan anda diskaun yang lebih baik. Keempat, melancong melalui agensi pelancongan dapat membantu anda mengatasi masalah kewangan dan memastikan anda menguruskan bajet anda dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, melancong tanpa agensi juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti kebebasan untuk merancang perjalanan sendiri dan menghemat kos. Oleh itu, pilihan antara melancong melalui agensi atau tidak bergantung pada keperluan dan keutamaan peribadi anda.


KEMBARA KENALI BORNEO 05 Kembara Kenali Borneo merupakan sebuah konvoi yang dianjurkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui Malaysia Timur pada 3 hingga 13 September 2023 yang mengambil masa selama 11 hari sejauh 2,149 kilometer. Konvoi ini bertujuan untuk mengenali dan menyelami adat, budaya serta warisan rakyat berbilang kaum di Sabah dan Sarawak. Kembara ini meliputi kedua-dua negeri Malaysia Timur, bermula dari Sabah dan kemudiannya Sarawak, dan termasuk negara jiran, Brunei, menyelusuri Lebuhraya Pan Borneo. Penduduk setempat meminta kereta dipandu Seri Paduka Baginda berdua untuk berhenti atau memperlahankan konvoi ketika melalui jalan raya berdekatan kawasan mereka bagi mendapat peluang bertemu dan bersalaman.


06 PESTA KAAMATAN TARIAN SUMAZAU TENUNAN RUNGUS Perayaan suku Kaadazan-Dusun menyambut musim menuai padi dengan tarian, pertunjukan hasil pertanian, dan ritual meminum tuak dari nira kelapa pada bulan Mei. Tarian tradisional KaadazanDusun, penuh gerakan indah diiringi muzik tradisional, mencerminkan keanggunan dan semangat masyarakat Kaadazan-Dusun. Sebahagian dari tarian bagi sambutan Pesta Keamatan. Seni tenun tradisional suku Rungus di Kudat, Sabah menggunakan benang kapas dan alat tenun "kek sandang belakang" atau "babaal." Warna hitam, merah, kuning, dan putih dominan dengan motif binatang, manusia, senjata, dan tumbuhan. Pakaian tradisional hitam suku Rungus mencerminkan kekuasaan dan perlindungan spiritual. KEUNIKAN BUDAYA BORNEO (SABAH) NEGERI DI BAWAH BAYU


KEUNIKAN BUDAYA BORNEO (SARAWAK) TARIAN NGAJAT PESTA GAWAI PUA KUMBU 07 BUMI KENYALANG Tarian tradisional suku Dayak di Sarawak, menampilkan gerakan elegan dan lincah, sering disertai alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling. Dipertunjukkan dalam upacara adat termasuk Gawai Dayak untuk menyampaikan cerita, nilai, dan sejarah masyarakat Dayak. Pesta Gawai di Sarawak oleh suku Dayak merayakan musim menuai dan peristiwa penting, melibatkan upacara adat, tarian, dan ritual, serta memupuk semangat kebersamaan masyarakat. Pua Kumbu, kain tenun tradisional suku Iban di Sarawak, dihasilkan secara manual dengan corak-cerak unik yang membawa makna khusus. Digunakan dalam pakaian adat dan upacara keagamaan.


08 KEUNIKAN MAKANAN DI BORNEO (SABAH) TUHAU Masakan dihidangkan dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Diperbuat daripada sejenis halia liar yang biasa digunakan dalam masakan. Mempunyai rasa yang unik dan biasanya dihidangkan sebagai pembuka selera atau dicampur ke dalam salad. HINAVA Hidangan tradisional Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada ikan mentah (biasanya ikan tenggiri atau ikan bawal) dicampur dengan air limau nipis, hirisan cili, bawang merah dan halia. AMBUYAT Terkenal di kalangan masyarakat Murut dan Bajau yang diperbuat daripada pati sagu yang dicelup dalam sos yang diperbuat daripada ikan, cili, dan jus limau.


Umai Hidangan tradisional ikan mentah, biasanya ikan sungaisegar, diperap dengan juslimau nipis, cili, bawang dan garam. Pembuka selera atau ulam yang terkenal di Sarawak. Penggunaan ikan segar dan mentah menjadikannya penting untuk mendapatkan ikan daripada gerai yang bereputasi untuk mengelakkan risiko keracunan makanan. Paku Midin Terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar. Paling sesuai digandingkan dengan nasi atau sebagai ulam untuk hidangan. Manok Pansoh Kepingan ayam yang dimasak dengan rebung,serai, dan halia dalam tabung buluh. Dimasak di atas api, menggunakan tiub buluh sebagai bekas memasak. 09 “MARI JELAJAHI RAGAM CITA RASA YANG MEMIKAT, KARANA DI BORNEO, SETIAP SUAP ADALAH PETUALANGAN BARU!” KEUNIKAN MAKANAN DI BORNEO (SARAWAK)


RUANGAN KREATIF 1. APAKAH NEGERI YANG TERLETAK DI KEPULAUN BORNEO 2. PANGGILAN LAIN BAGI SARAWAK 3. TARIAN TRADISIONAL SUKU DAYAK DI SARAWAK 4. GUNUNG TERTINGGI DI MALAYSIA 5. TAMAN NEGARA YANG TERTUA DI SARAWAK 6. PERAYAAN SUKU KADAZAN-DUSUN 7. KAIN TENUN TRADISIONAL SUKU IBAN DI SARAWAK 8. PESTA UNTUK MUSIM MENUAI 9. MAKANAN YANG DI PERBUAT DARIPADA PATI SAGU 10. HIDANGAN TRADISIONAL IKAN MENTAH 10 SEJAUH MANA PENGETAHUAN ANDA TENTANG BORNEO? S S I B W B K Y N N J K B U T B K E T A M G U K M P T W U M B Y


LIRIK LAGU TERKENAL DI SABAH 11 Saya ini original sabahan, mantad kampung Nuntunan Apin-Apin Jangan koti kau tidak percaya saya, menyesal nanti bila kau dengar ini Odoi sayang kau mahu saya sikut, tu Gunung Kinabalu sama sungai Pagalan Baru kau mahu percaya, dengan katakataku saya original Andeh kotoh mimboros oku dusun, karati ko po nangku onu ti borosonku Nokuro tu kongingis ko do nakorongou, dusun mantad Keningau Saya ini original sabahan, mantad Kampung nuntunan Apin-Apin Odoi sayang kau mahu saya sikut, tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan Baru kau mahu percaya, dengan katakataku saya original Andeh kotoh mimboros oku dusun, karati ko po nangku onu ti borosonku Nokuro tu kongingis ko do nakorongou Dusun mantad Keningau, odoi sayang kau mahu saya sikut, tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan Baru kau mahu percaya, Dengan katakataku saya original, andeh kotoh mimboros oku dusun, Karati ko po nangku onu ti borosonku, nokuro tu kongingis ko do nakorongou, dusun mantad Keningau LIRIK LAGU ORIGINAL SABAHAN Artis: Atmosfera Artis tambahan : Floor 88 Album: Original Sabahan Tahun keluaran: 2018


PERTANDINGAN FOTOGRAFI PELANCONGAN SABAH 2024 12 SYARAT PERTANDINGAN 1. Tema foto mestilah “BERCUTI DI SABAH”. 2.Foto haruslah mematuh hukum syariah dan undangundang Malaysia. 3. Hantar foto kepada email [email protected]. 4. Kandungan foto tidak menyinggung sensitiviti kaum danagama. HADIAH PERTANDINGAN Tempat Pertama: RM 1000 Tempat Kedua: RM 800 Tempat Ketiga: RM500 123 CHEESE! 123 CHEESE!


RUANG IKLAN FAUGET MAGAZINE BUAT TEMPAHAN SEKARANG !! 011-11447164 [email protected] Taman Enggang, Jalan Langgar 05200 Alor Setar Kedah 01. 02 TERMASUK !! . PAKEJ PERCUTIAN DI BORNEO SABAH JOM KE PULAU BERSAMA ALRAHMAN TRAVEL & TOUR JOM KE PULAU BERSAMA ALRAHMAN TRAVEL & TOUR RUANG IKLAN PAKEJ PERCUTIAN DI BORNEO SABAH @ SARAWAK PARASAILING RM 70 1 ORANG 15 MINIT SEA WALKING RM 180 1 ORANG 30 MINIT JETSKI RM 180 UNTUK 2 ORANG 30 MINIT BANANA BOAT RM 40 1 ORANG 15 MINIT SCUBA DIVING RM 250 1 ORANG 1 JAM HOPPING ISLAND ! HOPPING ISLAND ! PULAU GAYA PULAU MANUKAN PULAU SAPI PULAU MAMUTIK PULAU MANTANANI AKTIVITI AKTIVITI BAYARAN BOT BAYARAN TERMINAL JET TOPENG SNORKELING JAKET KESELAMATAN BIMBINGAN


Click to View FlipBook Version