REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
LABSHEET PERISIAN: ADOBE
(MANIPULASI IMEJ) MASA: 20 MINIT
PHOTOSHOP
TUGASAN 1: PENYUNTINGAN IMEJ MENGGUNAKAN ALAT DAN FITUR
PANGKAS (CROP) DAN PILIHAN (SELECTION)
OBJEKTIF:
Setelah melengkapkan labsheet ini, pelajar akan dapat menyunting imej dengan menggunakan
alat dan fitur pangkas (crop) dan pilihan (selection) menggunakan Adobe Photoshop.
SENARAI PERALATAN:
1. Perisian Adobe Photoshop 2021
2. Laptop / Komputer Makmal
3. Lab sheet
PROSEDUR:
Langkah 1: Buka perisian Adobe Photoshop 2021, klik File >> New >> pilih Background
Content White >> Create
Langkah 2: Muat turun gambar kapal laut daripada Google. Klik File >> Open. Pilih gambar
yang dimuat turun dan klik “Open”.
Langkah 3: Dengan menggunakan fitur pangkas (Crop Tool), pilih gambar kapal tersebut.
Kemudian, klik pada tanda “tick” di sebelah kanan atas.
Langkah 4: Klik fitur pilihan (Quick Selection Tool). Pilih gambar kapal sahaja.
TUGASAN 2: MEMINDAHKAN IMEJ YANG TELAH DI PANGKAS DAN PILIH
KE FAIL BARU
Objektif:
Setelah melengkapkan labsheet ini, pelajar akan dapat membuat salinan imej dengan
menggunakan alat dan fitur yang sesuai menggunakan Adobe Photoshop.
Prosedur:
Langkah 5: Salin imej. Pilih Edit >> Copy
Langkah 6: Klik File >> New >> pilih Background Content White >> Create
Langkah 7: Muat turun gambar laut daripada Google. Klik File >> Open. Pilih gambar yang
dimuat turun dan klik “Open”.
Langkah 8: Imej kapal yang telah disalin tadi akan diletakkan pada atas gambar laut ini.
Pilih Edit >> Paste
Langkah 9: Betulkan saiz imej kapal tersebut mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.
Langkah 10: Tukar nama layer 1 kepada “Kapal”
TUGASAN 3: MENYISIP DAN MENYUNTING TEKS
Objektif:
Setelah melengkapkan labsheet ini, pelajar akan dapat menyisip dan menyunting teks ke dalam
gambar menggunakan Text Tool pada Adobe Photoshop.
Prosedur:
Langkah 11: Klik Text Tool dan taip “TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK”
Gunakan fitur berikut untuk mengubah:
1. Saiz teks
2. Jarak antara teks
3. Stail font teks
Langkah 12: Mengikut kreativiti anda, ubah stail font, warna dan saiz teks tersebut
TUGASAN 4: MENYUNTING WARNA IMEJ
Objektif:
Setelah melengkapkan labsheet ini, pelajar akan dapat menyunting warna imej dengan
menggunakan kecerahan (Brightness) atau kontra (Contrast) pada Adobe Photoshop.
Prosedur:
Langkah 13: Klik pada layer “Kapal”. Pilih menu Image >> Adjustment >>
Brightnest/Contrast
Langkah 14: Nilai Brightness = -26 , nilai Contrast = 48 atau mengikut kreativiti dan
kesesuaian latar belakang.
HASIL SELEPAS SUNTINGAN WARNA PADA KAPAL:
SEBELUM
SELEPAS