The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qaytm33, 2022-12-04 07:22:44

MODEL PENAPIS AIR

MPU23052 DKA2B

MODEL PENAPIS AIR

AHLI KUMPULAN
1) Muhammad faris Ikhwan bin

kamaruddin (04dka21f2033)
2) Abdul hayi bin nazli
(04dka21f2029)

3) Wan qayyum haiKal bin wan zainal
adlin (04dka21f2021)

MODEL PENAPIS AIR

Penapis air menghilangkan kekotoran daripada air melalui satu
halangan fizikal yang halus, proses kimia atau proses biologi.
Penapis membersihkan air pada takat yang berbeza untuk
tujuan seperti pengairan, air minuman, akuarium, kolam dan
kolam renang.
Sejarah penapisan air yang paling komprehensif telah
diterbitkan oleh Musa N. Baker pada tahun 1948 dan dicetak
semula pada tahun 1981. Selain itu juga, penapis air telah
dicipta oleh seorang nelayan yang bernama David Johnson
pada tahun 1875. Pada tahun 1800, penapisan mekanikal
merupakan proses perindustrian yang bergantung kepada
penambahan aluminium sulfat sebelum proses penapisan.
Kadar penapisan untuk penapisan mekanikal adalah biasanya
lebih daripada 60 kali lebih pantas berbanding penapis pasir
perlahan, dengan itu ia memerlukan kawasan tanah yang lebih
kecil. Kilang penapisan mekanikal moden yang pertama di
Amerika Syrikat telah dibina di Little Falls, New Jersey untuk
Syarikat Air Timur Jersey. George W. Fuller mereka dan
menyelia pembinaan kilang yang mula beroperasi pada tahun
1902.

MODEL PENAPIS AIR

• BOTOL PLASTIK
• KAPAS
• PASIR
• ARANG
• BATU KECIL
• BATU SUNGAI

1. Potong bahagian bawah botol plastic
2. Terbalikkan botol dan alihkannya ke dalam gelas
3. Letakkan kapas, pasir, arang, batu kecil dan batu sungai

secara mengikut turutan kedalam botol.
4. Isi botol dengan air yang ingin ditapis dan air yang bersih

akan turun ke dalam bawah botol

MODEL PENAPIS AIR

MODEL PENAPIS AIR

RABBANIAH

• Rabbaniah bermaksud ketuahan yang menjelaskan prinsip syariah Islam
dicipta dan disusun oleh Allah S.W.T. Bagi model penapis air ini yang
dihasilkan, ia dapat menapis air yag kotor menjadi air yang lebih bersih untuk
digunakan untuk berwhudu dan dapat menjadikan solat kita sah disamping
menguatkan lagi ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

WASATIAH

• Wasatiah yang bermaksud kesedarhanaan yang menjelaskan bahawa
kesederhaan dalam syariat adalah bersifat sederhana dan tidak berlebihan
dan berkurangan dalam membuat suatu perkara.Prinsip ini boleh dikaitakan
dengan pemilihan barang menepati keperluan dan modal yang
dikeluarkan.Pemilihan bahan untuk membuat model ini mudah untuk dicari
dan harga untuk membeli barang ini tidaklah terlalu mahal dan bersesuaian
dengan modal yang dikeluarkan.Hal ini dapat mengingatkan kita suoaya tidak
melakukan pembaziran dalam berbelanja membeli barang untuk model ini.

MIZAN

• Mizan bermaksud Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam
yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.Penghasilan
model penapis air ini juga perlu mengikut prinsip mizan apabila ia dibina agar
penghasilannya tidak melanggar hukum hakam yang ada di dalam syariat
Islam.Seperti item-item yang digunakan di dalam penapis air hendakalah
mengikut syariat Islam.Contohnya, batu, pasir dan kapas hendaklah bersih
daripada semua najis kerana najis boleh memudaratkan kesihatan kepada
kita.Sekiranya, terdapat najis pada item-item yang digunakan maka air yang
diminum menjadi haram bagi kita dan tidak baik apabila menjadi darah daging
kita.Daripada pemilihan item-item yang bersih ini kita dapat menghindari diri
daripada kekotoran yang berada di dalam air.

MODEL PENAPIS AIR

MEMELIHARA NYAWA

• Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia dan
hendaklah diperlihara dengan sempurna.

• Sebab itulah kumpulan kami bersepakat untuk mencipta model
penapis air bagi mencegah masalah pencemaran air yang berlaku di
Kelantan ini.

• Dengan adanya model penapis air ini, kami dapat membuat proses
penyulingan terhadap air dan hasil daripada itu, kami dapat
menghasilkan air yang bersih dan dapat digunakan untuk kegunaan
sendirian.

• Kesannya, air yang bersih ini dapat memelihara nyawa seseorang itu
daripada keracunan.

• Air yang bersih ini juga dapat diguna pakai untuk melakukan ibadat
seperti mengambil wuduk dan sebagainya.

MEMELIHARA HARTA

• Seperti yang kita tahu, Islam mengharamkan segala bentuk perbuatan
yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti
membazir.

• Oleh hal yang demikian projek yang kami lakukan ini amatlah sesuai
dengan peranan syariah itu sendiri iaitu memelihara harta.

• Dalam menghasilkan projek ini,kami hanya menggunakan bahan-
bahan kitar semula sahaja seperti botol, tisu, kapas dan sebagainya.

• Dengan ini, kami dapat melakukan penjimatan dari segi kos bahan.
• Kesannya projek kami ini amatlah mesra kos, mesra pengguna, dan

mudah untuk dibuat.

MODEL PENAPIS AIR

Pelaksanaan syariah Islam yang berkaitan dengan alat ialah
ketika proses pembinaan projek penapis air ini, kami telah
menetapkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubat.Hal ini
kerana air yang siap ditapis lebih bersih daripada air yang tidak
dirawat.Contoh barang-barang untuk membuat penapis air
mestilah bersih dan tidak memudaratkan kerana Islam sangat
menitik beratkan kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan
sebagai orang Islam.

Contoh sudut saintifik bagi model penapis air ini adalah
menggunakan penjernihan air dengan bahan alami yang
membersihkan kadar dalam air daripada bentuk asal air dngan
hanya menggunakan kaedah saintifik. Misalnya, teknik
saringan kain katun, teknik saringan kapas, teknik aerasi,
saringan pasir lambat/cepat, gravity-fed fitering system dan
lain-lain kaedah.Berikut merupakan kaedah saintifik bagi model
penapis air yang dapat mencegah lebih baik daripada
mengubati.

MODEL PENAPIS AIR

MENGHASILKAN PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJUTERAAN ISLAM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA
MANUSIA

• Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah
mengelakkan keburukan kesihatan manusia.

• Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia
daripada merosakan alam.

• Hasil alat ni dapat menambah baikan sistem pencernaan
manusia.

MODEL PENAPIS AIR

Kaitan alat dengan Fiqh

Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan.

Kaedah ini sangat berpengaruh bagi model penapis air ini.Hal
ini kerana,Proses penghasilan model penapis air ini dapat
membekalkan sumber air yang bersih dan dapat digunakan
dalam kehidupan seharian oeh orang Islam kerana kebersihan
itu penting dalam agama Islam.

Dari sudut saintifik penjernihan air berguna untuk
menghilangkan zat kotor atau untuk menghilangkan gas-gas
terlarut dan menghilangkan rasa yang tidak enak.

MODEL PENAPIS AIR

Salah satu cara berhadapan dengan masalah air minuman
yang besih ialah dengan membina sebuah model penapisan air
buatan sendiri. Kos pembuata model ini juga sangatlah
berpatutan dan bahan juga mudah dicari. Tetapi untuk
memastikan kita tidak mendapat jangkitan dari air yang tidak
dirawat, kita harus merebus air terlebih dahulu.

Untuk kemudahan, panduan input / output digunakan pada
adaptor. Mereka akan memastikan bahawa proses
pemasangan berjaya. Satu lagi perkara penting ialah
ketegangan pemasangan. Untuk mengelakkan kebocoran,
disarankan agar setiap utas dibalut dengan pita.

MODEL PENAPIS AIR

Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpaham rahmat
serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan
kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan
ini kepada pensyarah kami iaitu Engku Razinawaty Binti Engku
Chik kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada rakan-rakan kami yang memberi kami
pemudah cara untuk menyiapkan model teknologi ini iaitu
penapis air buatan sendiri. Mereka telah memberikan kami
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

Akhir bicara, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pemprosesan model penapis air buatan sendiri ini.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version