The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara Majlis Perasmian Bilik Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja dan Kelab Remaja Klinik Kesihatan Tawau 3 Mac 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiesajali, 2024-02-25 21:05:18

Buku Aturcara Majlis Perasmian Bilik Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja dan Kelab Remaja Klinik Kesihatan Tawau

Buku Aturcara Majlis Perasmian Bilik Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja dan Kelab Remaja Klinik Kesihatan Tawau 3 Mac 2024

6.30 pagi - 7.00 pagi KETIBAAN AJK DAN PESERTA 7.00 pagi - 7.30 pagi SESI PENDAFTARAN SESI SENAMROBIK oleh En. Ajeet Anthony Auluck Jurupulih Perubatan (Fisioterapi), KK Tawau SARAPAN PAGI 8.00 pagi - 10.00 pagi SESI CERAMAH KESIHATAN: “Advokasi Gula: 1 sudu teh sudah cukup. Kurang lebih baik. Tiada Terbaik” oleh En. Muhammad Izaaz bin Jamil Pegawai Sains Pemakanan, KK Merotai Besar Tawau CABUTAN BERTUAH 1 INTERACTIVE GAME MAJLIS PERASMIAN 10.00 pagi - 12.00 tengah hari KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN Tarian Sambut Tetamu: Tarian Igal-igal oleh Persatuan Tarian Uyum-uyum Manisan KRT PPR Taman Sri Titingan Tawau NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIRKU BACAAN DOA oleh En. Affendi @ Utoh Barah bin Labug UCAPAN • Ucapan Alu-aluan oleh DR. SHAMEER KHAN BIN SULAIMAN Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pra-Warta) Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau • Ucapan Perasmian oleh YBrs. DR. MARIA SULEIMAN Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah PERASMIAN BILIK PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA TAYANGAN MONTAJ CABUTAN BERTUAH 2 PERSEMBAHAN • Silat oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah Cawangan Tawau • Persembahan biola oleh En. Young Ting Kong dari SK Bahagia Tawau • Persembahan oleh Pelajar dan Guru SK St. Patrick Tawau PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PENYAMPAIAN CENDERA KENANGAN PERASMI LAWATAN KE TAPAK PAMERAN 12.00 tengah hari MAKAN TENGAH HARI 12.30 tengah hari MAJLIS BERSURAI 3 Mac 2024 (Ahad) 6.30 pagi - 12.30 t/hari Klinik Kesihatan Tawau Majlis Perasmian Bilik Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja & Kelab Remaja Klinik Kesihatan Tawau


S etinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan Klinik Kesihatan Tawau atas kejayaan menganjurkan program yang gilanggemilang pada hari ini. Semoga segala usaha dan kerjasama ini dapat diteruskan dan diterjemahkan kepada mutu perkhidmatan lebih unggul secara berterusan.   Remaja ditakrifkan sebagai kumpulan penduduk yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun. Kesihatan Remaja pula adalah kesejahteraan dari segi fizikal, sosial, mental dan rohani yang membolehkan golongan remaja menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni dalam persekitaran yang turut menyokong sebagai persediaan ke arah kesihatan optimum ketika dewasa. Kementerian Kesihatan Malaysia, pada tahun 2001 telah memperkenalkan Dasar Kesihatan Remaja Negara, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertingkatkan lagi status kesihatan golongan remaja, selain memperkasakan golongan tersebut.   Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2022 melaporkan; 7% remaja adalah peminum alkohol semasa, manakala sekurang-kurangnya 60,000 remaja di Malaysia dikenalpasti sebagai pengguna dadah. Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai bunuh diri dalam kalangan remaja di mana sebanyak 9.5% remaja pada tahun 2022 pernah mencuba untuk membunuh diri berbanding dengan 6.8% pada tahun 2012. Melihatkan keadaan yang membimbangkan ini, tindakan drastik daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha membendung masalah ini pada peringkat awal. Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja adalah salah satu strategi yang digariskan dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara, di mana fasiliti kesihatan kerajaan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif, mesra pelanggan dan mudah diperolehi serta sesuai dengan keperluan remaja.   Setiap individu mempunyai peranan yang boleh dimainkan bagi memastikan tahap kesihatan golongan remaja kita kekal terpelihara. Keadaan anakanak perlu diberi perhatian dan segera dapatkan khidmat nasihat ataupun rawatan sekiranya diperlukan. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan golongan remaja khasnya dan segenap lapisan umur dalam komuniti di Negeri Sabah amnya, serta akan terus menjadi penggerak kepada usaha-usaha untuk menyokong kesihatan remaja.   Diharapkan dengan berdirinya Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja di Daerah Tawau ini, ianya akan dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan dan memberi motivasi tambahan kepada golongan remaja untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sekali lagi syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau atas komitmen berterusan yang diberikan. DR. MARIA SULEIMAN Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah


Tahniah kepada seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Tawau yang diterajui oleh Dr. Haryati Hamzah, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, selaku Pakar Yang Menjaga Klinik Kesihatan Tawau atas pencapaian yang cukup memberangsangkan. Sebagai fasiliti kesihatan utama di Daerah Tawau yang menawarkan penjagaan kesihatan primari, kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada komuniti haruslah berevolusi seiring dengan peredaran zaman, keperluan kesihatan komuniti dan kemajuan teknologi semasa. Di Klinik Kesihatan Tawau, semua petugas kesihatan sentiasa komited dalam penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan, terutamanya yang melibatkan golongan remaja. Ini terbukti dengan pengiktirafan Klinik Kesihatan Tawau sebagai "Best Practice" untuk Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) untuk tahun 2023, yang telah disampaikan sendiri oleh YBMK pada 14 Disember 2023. Sekali lagi syabas kepada Klinik Kesihatan Tawau dan semoga kejayaan KK Tawau ini akan menjadi pencetus kepada kecemerlangan yang berterusan oleh semua fasiliti kesihatan di bawah naungan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pada masa akan datang. DR. SHAMEER KHAN BIN SULAIMAN Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pra-Warta) Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau J utaan penghargaan terima kasih diucapkan kepada Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pengurusan Tertinggi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Klinik Kesihatan Tawau dalam usaha memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik buat warga Tawau. Tidak lupa juga kepada warga kerja Klinik Kesihatan Tawau dari segenap peringkat jawatan dan gred yang tidak pernah kenal erti lelah dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Tanpa kerjasama dan peranan semua pihak, kejayaan yang dikecapi oleh Klinik Kesihatan Tawau yang diiktiraf oleh KKM sebagai "Best Practice" untuk Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) pada hari tahun 2023 mungkin tidak akan dapat direalisasikan, dan sebagai pemimpin dalam organisasi ini, saya amatlah bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan segala aktiviti dan program klinik. Dengan adanya Bilik Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja ini, kami optimis ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan KK Tawau terutamanya golongan remaja, agar kesihatan serta kesejahteraan remaja di Daerah Tawau ini dapat diperkasakan, seterusnya menjadi generasi pewaris kepimpinan negara di masa hadapan yang lebih sihat serta berdaya saing. DR. HARYATI BINTI HAMZAH Pakar Perunding Perubatan Keluarga Y/M Klinik Kesihatan Tawau


Majlis Perasmian Bilik Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja & Kelab Remaja Klinik Kesihatan Tawau Penasihat : DR. SHAMEER KHAN SULAIMAN Pengerusi : DR. HARYATI HAMZAH AJK Pendaftaran/ Cabutan Bertuah : PN. NURHAYATI ALJEBAR & PN. HERAWATI TAMING Sistem PA : EN. MOHAMAD FAUZI MATLI Penyediaan Hadiah/ Cenderakenangan/ Sijil : DR. AFIDAH ABIDIN PN. HILDA LASUM JT HAWILAH JEFFERY MLT NADATUL MAHIRAH MLT LIEW CHE LI MLT INTAN SURANAH MLT FAZIRA JIMLANI Peralatan/ Persembahan : PPP JAPULIN @ REIZON LAGUNG Hiasan Pentas : PPP JAMLI DAHLAN & MLT MOHD MAHWAN RUJI Penyediaan Makanan : PJK MAIMUNAH SALIKAN PN. HALIMAH LEGO JT BECHE MANNO JBT MARIAN SUNI JMK MA LI CHIN JMK NULIAH SUKIRIH JMK MIMI NURSHAFINAZ Senamrobik : EN. AJEET ANTHONY AULUCK Banner/ Bunting : DR. MOHD FAKHRURIZAL MATDIRIS Kebersihan : PN. DEWI NURRIZKI ABDUL WARIS (JJSB) Kenderaan/ Lojistik : PPP RICKER LEE Jurukamera/ Video : MLT MOHD MAHWAN RUJI & DR. HAMIZAH MAARUS Saringan Kesihatan : PPP ARDAN MAAN JM ASMIAH DULLAH JMK SARIMAWATI DINI JM DARINAH SAID PPP NURFAIQAH JUMADI PPP AMSINA ANAS PA ROSMARIAH BATEK PPK HAZIMAH HAKIM Pertandingan : JT BAHARA SAWALI JT DAYANG SITI HAWA KASMAN PPP MOHD ZAHARI MOHD AINI Juri Pertandingan : EN. MUHAMMAD IZZAAZ JAMIL CIK LIAU CHEN YEE KPJK HARINAH @ MARINA JUANIS EBIT MAJLIS PERASMIAN (03/03/2024) AJK Juruacara Majlis : DR. MOHD HAFIZ YUSOF & DR. UMMI ATIQAH SAMSUDDIN Floor Manager : DR. AHMAD AFIF ABDUL WAHAP Buku Aturcara : DR. HELMY SAJALI Bacaan Doa : PPP AFFENDI @ UTOH BARAH LABUG Protokol/ Teks Ucapan Perasmi : DR. MIRAH PAPO Penyambut Tetamu : DR. FARANISAH PANDALAT & DR. AQILAH MALAYA Gimik Perasmian : DR. MOHD HANIF GANDOH & PPP MOHD HAFIZUL ABI Tayangan Montaj : PPP AWANGKU MOHD JOEHAR & PPP JUHAIRI AMIRUL JOHILIL


Atas Penganugerahan “BEST PRACTICE” PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA (PKMR) 2023 Oleh YB Menteri Kesihatan Pada 14 Disember 2023


YBrs. DR. MARIA SULEIMAN Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam) YBrs. DR. SHAMEER KHAN BIN SULAIMAN Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau YBrs. DR. SUHAILA BINTI OSMAN Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga, JKNS YBrs. EN. ABUS BIN AWANG Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tawau Dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Tawau Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tawau Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Jabatan Penyiaran Malaysia Tawau Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau KRT PPR Taman Sri Titingan Tawau


Click to View FlipBook Version