OMAR, HANA & OREN NUR SYAFIKA SHAHIRAH BINTI MUHAMMAD ANUAR(288109)
Di sebuah kampung kecil yang dipenuhi dengan bunga berwarna-warni, tinggal lah dua sahabat baik yang bernama Omar dan Hana. Mereka merupakan jiran yang tinggal bersebelahan. Hal ini menyebabkan persahabatan keduanya menjadi lebih akrab. Setiap hari mereka akan keluar bermain bersama-sama, dari bermain di halaman rumah hingga menjelajahi hutan yang berada di hujung kampung. Mereka sangat gemar melakukan segala sesuatu bersama-sama dan tidak takut untuk mencuba perkara baharu. OMAR, HANA & OREN 1
Suatu hari, ketika mereka sedang berseronok bermain di hutan, tiba-tiba kedengaran suara tangisan yang agak perlahan. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain selama beberapa saat. “Suara siapa itu, Hana?” Omar berbisik kepada Hana untuk bertanya. “Saya tidak tahu Omar” suara Hana kedengaran sedang menahan tangisan akibat ketakutan. “Mari kita cari” Omar mengajak Hana untuk mencari tahu keberadaan suara itu tetapi Hana enggan. “Saya tidak mahu Omar. Mari kita balik” Hana menolak. “Tidak mengapa Hana, saya rasa itu mungkin suara haiwan kecil yang sedang meminta pertolongan” Omar cuba untuk memujuk Hana. 2
Hana akhirnya bersetuju untuk mengikuti Omar mencari suara itu. Hana sedari tadi tidak melepaskan genggaman tanya nya di baju Omar. Mereka mencari keberadaan suara itu di sekitar hutan tetapi tidak menjumpai apa pun sedari tadi. Tiba-tiba suara itu kedengaran sekali lagi dan ia nya berasal dari atas sebuah pokok. Mereka berdua serentak melihat ke arah atas dan menjumpai seekor anak kucing yang sedang ketakutan meminta pertolongan. “Mari kita tolong anak kucing itu” Omar memberi cadangan untuk membantu haiwan comel itu. “Tapi saya tidak berani untuk memanjat pokok tinggi itu” Hana memberitahu akan ketakutan nya. “Tidak mengapa, awak tunggu di bawah biar saya sahaja yang panjat pokok itu” 3
Beberapa minit kemudian, Omar turun dari pokok tersebut bersama anak kucing berwarna oren ditangan nya. “Comel nya anak kucing ini!” Hana berteriak kegembiraan. “Apa kita nak buat dengan anak kucing ini, Hana?” Omar bertanya kepada Hana. “Mari kita jaga anak kucing ini. Ia nampak seperti sedang kesedihan dan kesunyian, mungkin ia telah kehilangan ibu nya” Hana bersimpati terhadap anak kucing itu. “Baiklah, saya setuju” Omar menyetujui cadangan Hana untuk memelihara anak kucing tersebut. “Awak rasa nama apa yang sesuai untuk anak kucing ini?” Hana bertanya kepada Omar. 4
“Hmm” Omar dan Hana sedang memikirkan nama yang sesuai untuk anak kucing tersebut. “Oren! Kita panggil dia oren kerana bulu nya berwarna oren” Tiba-tiba Hana bersuara memberikan cadangan. “Wah bagus juga nama itu” Omar menyetujui cadangan Hana. “Mari kita pulang” Hana mengajak Omar untuk pulang ke rumah bersama anak kucing baru mereka, Oren. Petang itu, Omar, Hana dan Oren pulang kerumah bersama-sama. Mereka sangat gembira kerana dapat memelihara kucing comel tersebut. Oren juga sangat gembira kerana mendapat kawan baharu yang sangat baik hati. 5
Oren merupakan seekor kucing yang sangat manja. Kemana-mana sahaja Omar dan Hana pergi, Oren pasti akan ikut bersama. Sikap Oren yang sangat manja membuatkan Omar dan Hana semakin suka dan sayang kepada anak kucing itu. Oren merupakan anak kucing yang sangat comel. Oren juga mempunyai sepasang mata yang sangat cantik dan bentuk muka yang comel. Bulunya juga sangat lembut dan berwarna oren. Oren sangat suka bermain bola. Oleh sebab itu, Omar dan Hana membelikan Oren sebiji bola berwarna biru. Setiap hari Oren akan berguling-guling dengan bolanya itu. Setiap petang, mereka akan membawa Oren bersiar-siar di sekitar kawasan kampung dan bermain bersama-sama. Oren bermain dengan sangat seronok. 6
Omar dan Hana sangat seronok bermain bersama Oren. Mereka juga memberinya makanan yang sedap dan Oren makan dengan sangat berselera. Selain itu, mereka juga menyediakan tempat tidur yang selesa untuk Oren. Oren menjadi semakin gembira dan manja, dan mereka bertiga menjadi sahabat yang tak terpisahkan. Setiap pengembaraan mereka di kampung, Oren sentiasa bersama mereka, melompat dari satu batu ke batu lain sambil mengejutkan kupu-kupu dan mencari serangga yang menarik. 7
Pada suatu hari, Omar dan Hana duduk bersama di bawah sebatang pokok yang besar di hujung kampung mereka, sambil tersenyum ceria. Hari itu cuaca sangat cerah, dan angin sepoi-sepoi menyapu daun-daun yang berguguran dari pokok. “Omar, apa rencana kita pada hari ini?” tanya Hana sambil menatap ke arah langit yang berwarna biru. “Hmm, bagaimana kalau kita mengajak Oren melakukan pengembaraan ke hutan?” Omar memberikan cadangan sambil menggosok rambutnya yang terdapat daun kering. “Idea yang bagus! Jom kita bergerak sekarang!” Wajah Hana terus berubah ceria dan senyuman tidak lepas dari wajahnya. Mereka berdua segera berdiri dari tempat duduk mereka dan berlari ke rumah Omar. Di sana, Oren, si anak kucing yang comel sudah menunggu dengan sabar di dalam sangkar sambil melompat-lompat kegembiraan setelah melihat kedatangan Omar dan Hana. 8
“Kita akan pergi ke hutan pada hari ini. Oren, adakah kamu sudah bersedia?” Tanya Omar kepada Oren, dan seperti menjawab pertanyaan Omar, Oren terus melompat keluar dari sangkar dan berlari ke arah Omar dan Hana dengan penuh semangat. Mereka bertiga kemudian berjalan ke arah hutan yang terletak di hujung kampung mereka. Di sana, mereka menemukan banyak benda-benda yang menarik seperti bunga-bunga yang berwarna-warni, burung-burung yang berkicauan, dan semut-semut yang sedang bekerja keras membawa makanan. Tetapi, pengembaraan mereka terhenti apabila Oren tiba-tiba sahaja berlari dengan sangat pantas ke dalam hutan. “Oren!” jerit Omar dan Hana bersamaan kerana panik dengan sikap Oren yang tiba-tiba berlari. Tanpa membuang masa, Omar dan Hana langsung berlari dengan pantas untuk mengejar Oren, dan dalam waktu yang singkat, mereka berjaya menemukan Oren yang sedang bermain-main dengan seekor tupai yang baru sahaja ia temui sebentar tadi. 9
“Oren, puas kami kejar kamu tadi. Lain kali jangan menghilang macam ni lagi. Kami risau” ujar Omar sambil memeluk anak kucing itu dengan penuh kasih sayang. Oren hanya diam sahaja, seakan-akan memahami perkataan Omar sebentar tadi. Hana kemudian turut memeluk Oren, mengalirkan seluruh kasih sayang nya terhadap kucing comel tersebut. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika mereka bertiga sedang berjalan di dalam hutan, mereka terjumpa seekor anak burung kecil yang terperangkap di dalam sarang labah-labah. Dengan pantas, Omar dan Hana bekerjasama untuk melepaskan anak burung itu. Dan dalam masa yang singkat, burung itu dapat bebas dan terbang dengan gembira ke dalam hutan. “Kita adalah pasukan penyelamat haiwan” jerit Omar dengan bangga. Omar tersenyum dan menggangguk. Mereka sedar bahawa apabila bersama-sama, mereka boleh melakukan apa sahaja. “Setuju!” Hana juga menjerit kegembiraan sambil memeluk Oren. 10
Beberapa bulan kemudian, ketika Omar dan Hana sedang bersiar-siar di taman bersama Oren, mereka tanpa sengaja menemukan sebuah poster tentang pertandingan kucing tercantik yang akan diadakan di kampung mereka tidak lama lagi. “Omar, tengok poster ini! Saya yakin Oren boleh menjuarai pertandingan ini” ujar Hana dengan penuh semngat dan berkeyakinan. Namun, Omar nampak nya tidak bersetuju dengan cadangan Hana tersebut. “Tapi Hana, saya tidak yakin jika Oren ingin memasuki pertandingan ini. Oren tidak berapa selesa jika berada di tempat keramaian dan menjadi pusat perhatian.” kata Omar, mencuba untuk mempertimbangkan perasaan Oren. “Tapi Omar, bayangkan betapa bangganya kita jika Oren memenangi pertandingan ini. Kita akan mendapat hadiah yang sangat menarik dan semua orang akan mengagumi Oren” ujar Hana berusaha untuk memujuk Omar dan sedaya-upaya menyembunyikan rasa kecewanya. 11
Ketika Hana memutuskan untuk mendaftarkan Oren untuk memasuki pertandingan tersebut, Omar merasa terpinggirkan. Rasanya seperti Hana lebih memilih Oren daripada menghabiskan masa bersama dirinya. Omar merasa sedikit cemburu terhadap perhatian yang diberikan Hana kepada Oren. Di sisi lain, Hana merasa kecewa kerana Omar sepertinya tidak menyokong keinginannya untuk membuat Oren terlihat cantik di hadapan orang lain. Baginya, Oren merupakan bagian penting dari hidupnya, dan dia ingin mempamerkan anak kucing itu kepada orang ramai. Ketegangan diantara mereka mulai tumbuh ketika mereka tidak mencapai kesepakatan bersama. Omar merasa Hana terlalu memaksakan keinginannya terhadap Oren, sedang Hana merasa Omar tidak menyokong keinginanya. Mereka berdua mulai menjauh antara satu sama lain, tidak lagi berbagi candaan dan kebahagian seperti sebelumnya. Bahkan Oren juga dapat merasai ketegangan diantara keduanya. 12
Ketika konflik semakin memanas, mereka menyedari bahawa persahabatan mereka yang telah dibangun dengan susah payah mungkin akan hancur jika mereka tidak menemukan penyelesaian yang boleh menyelesaikan masalah ini. Namun, ego mereka yang muncul membuatkan mereka sulit untuk mencapai titik penyelesaian. Dua hari telah berlalu dan hubungan diantara keduanya masih dingin. Ketika suasana semakin tegang di antara mereka, akhirnya Omar memutuskan untuk mengajak Hana berjumpa dan berbicara dengan jujur tentang perasaan mereka. Mereka berbagi apa yang mereka rasakan, menyampaikan kekhawatiran dan ketidaknyamanan di antara mereka. “Hana, maafkan saya jika saya terlalu cemburu dengan perhatian yang awak berikan kepada Oren, Saya tahu bahawa Oren adalah bahagian penting dari hidup awak, dan saya hanya merasa terpinggirkan” ucap Omar dengan suara yang perlahan. 13
Hana menyentuh lengan Omar sambil berkata, “Tidak Omar, saya yang seharusnya meminta maaf. Saya tidak sedar jika keinginan saya untuk mempamerkan Oren boleh membuatkan awak terasa seperti itu. Awak juga sangat penting dalam hidup saya, dan saya tidak ingin kehilangan persahabatan kita kerana masalah ini.” Keduanya saling bertatap mata, menyadari betapa berharganya persahabatan mereka. Omar dan Hana tersenyum lega, mengetahui bahawa mereka telah berjaya menemukan jalan penyelesaian yang mampu membuat semua orang bahagia, termasuk Oren. “Saya memutuskan untuk tidak mengikuti pertandingan tersebut” Hana bersuara memberi jalan penyelesaian. Dengan keputusan itu, ketegangan di antara mereka mereda, dan keharmonian kembali tercipta di dalam hubungan persahabatan mereka. Mereka bersyukur bahawa mereka berhasil mengatasi konflik tersebut dengan baik. 14
Setelah memutuskan untuk tidak mengikuti pertandingan tersebut, mereka bertiga kembali menghabiskan masa di taman. Omar, Hana dan Oren bersama-sama menikmati matahari terbenam yang indah, berkejaran di antara pokok-pokok yang berwarna hijau sambil tertawa bahagia menikmati detik-detik bahagia tersebut. “Omar, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya” kata Hana sambil tersenyum kearah Omar. “Saya juga sangat bersyukur kerana memiliki sahabat yang sangat baik seperti awak, Hana, dan kucing peliharaan kita, Oren” balas Omar sambil tersenyum. 15
Oren yang sedang melompat di sekitar mereka, menambah keceriaan momen bahagia itu. Mereka tidak pernah merasa bahagia seperti saat ini, di saat mereka bersama-sama, saling memahami antara satu sama lain, dan saling mengasihi. Mereka menghabiskan masa bersama-sama, menjelajahi dunia pengembaraan, dan menjadikan dunia mereka bertiga lebih baik dengan setiap tindakan kecil yang mereka lakukan. Hari-hari yang paling menyeronokkan bagi Omar dan Hana adalah ketika mereka bertiga bermain bersamasama. Omar, Hana, dan Oren menyedari bahawa persahabatan mereka adalah sebuah kenangan manis yang akan sentiasa dikenang. Pada akhirnya mereka belajar untuk saling mendengarkan dan menghargai pendapat masingmasing, serta mencari jalan penyelesaian yang dapat membahagiakan semua pihak. Dalam cahaya senja yang memancar dari barat, mereka bertiga bersama-sama melangkah pulang, membawa dalam hati mereka kenangan indah yang tidak akan pernah dilupakan. 16
Dan begitulah kisah persahabatan mereka berakhir, namun ikatan persahabatan mereka yang penuh dengan kasih sayang akan terus berjalan, selamanya. Mereka menyedari bahawa, apapun yang terjadi, mereka tetap akan menjadi sahabat yang akan bersama-sama menghadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian dan mempertahankan hubungan persahabatan itu buat selama-lamanya. TAMAT 17