The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEAKTIFAN BERKARYA DALAM KALANGAN ULAMA DI TAMADUN ISLAM copy 2_1(1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by u2100313, 2023-07-11 09:22:18

KEAKTIFAN BERKARYA DALAM KALANGAN ULAMA DI TAMADUN ISLAM copy 2_1(1)

KEAKTIFAN BERKARYA DALAM KALANGAN ULAMA DI TAMADUN ISLAM copy 2_1(1)

IIX1004 TAMADUN ISLAM KEAKTIFAN BERKARYA DI KALANGAN ULAMA DALAM TAMADUN ISLAM DR MOHD SYUKRI BIN ZAINAL ABIDIN PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR AHMAD FAISAL BIN ABDUL HAMID PELAJAR: AIN BALQIS BINTI AZMI NOR IZZA HAFIZAH BINTI RAHMIN NURUL AZWANI BINTI MUHAMMAD ASRI NUSYAIBAH BINTI OMAR NUR 'AFIFAH SYABILAH BINTI SAFIAN AZZA FASIHAH BINTI OMAR


U2100251 AIN BALQIS BT AZMI NURUL AZWANI BINTI MUHAMMAD ASRI NUR 'AFIFAH SYABILAH BINTI SAFIAN AHLI KUMPULAN U2002361 NOR IZZA HAFIZAH BINTI RAHMIN U2100313 NUSYAIBAH BINTI OMAR U210027 7 U2100247 22053873 AZZA FASIHAH BINTI MOHD AZMAN


4 5 PENUTUP CONTOH CONTOH KARYA DAN PENULISNYA KESAN KARYA PENULISAN TERHADAP KETAMADUNAN SESEBUAH MASYARAKAT ISI KANDUNGAN 1 2 3 PENGENALA N RUJUKAN SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA FAKTOR FAKTOR PERKEMBANGAN PENULISAN KARYA PENULISAN ULAMA PADA TAMADUN ISLAM 6 7


Tidak dapat disangkal lagi bahawa agama Islam ini telah berkembang pesat bermula dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini. Agama Islam ini merupakan satu panduan dan cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Tamadun Islam ini juga mula berkembang pesat semenjak daripada penubuhan kerajaan Islam yang pada awalnya telah berpusat di Madinah Al-Munawwarah dan kemudiannya berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk wilayah Nusantara yang terkenal dengan negara-negara Islam. Antara wilayah Nusantara adalah Indonesia,Malaysia, Singapura dan juga Selatan Thailand. Kesemua negara yang disebutkan ini berkembang maju dan juga menerima agama Islam dengan baik. Semenjak dari itu, agama Islam merupakan agama yang paling berpengaruh di Alam Melayu. Hasil daripada itu, lahirlah ramai ahli sarjana Islam yang membawa kepada perkembangan dan sumbangan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pengkaryaan. PENGENALAN


Sepertimana sedia maklum, awal kemunculan Islam itu sendiri sepertimana yang dibawa oleh Nabi terakhir baginda Muhammad SAW adalahbermula di Mekah, tanah Arab. Kemudian berkembang ke Madinah dankawasan-kawasan sekitar tanah Arab. Tatkala empayar Islam mula terbina,penyebaran Islam itu mengambil tampuk yang lebih luas sehingga menjangkauinusantara umumnya dan alam Melayu khususnya.Pengaruh Islam di nusantara itu sangat memberi kesan ke atasmasyarakatnya, baik pada seninya, sistem tulisan dan sistem bahasa. KesanIslam ke atas alam Melayu khususnya terserlah dengan kemunculan istilah, Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Nusantara yang kini secara umumnya telah diislamisasikan pada dahulunya dipengaruhi dengan agama Hindu-Buddha. Walau bagaimanapun, pengaruh agama Hindu-Buddha itu tidaklah meresapi ke dalam jiwa masyarakat umumnya sebaliknya hanya dipertahankan oleh lapisan-lapisan masyarakat tertentu sahaja iaitu golongan raja, bangsawan dan pendeta.Terdapat beberapa pandangan mengenai asal-usul kedatangan Islam kenusantara. Teori pandangan yang masyhur adalah melalui Arab; Arab-Parsi;India; Cina. Kedatangan Islam melalui keempat-empat laluan ke nusantarab ukanlah perkara menjadi polemik dalam kalangan sejarawan. Hal yang menjadipolemik tentang asal-usul; punca kedatangan Islam itu ke nusantara ini. Dalam hal ini, pendapat Syed MuhammadNaquib al-Attas adalah yang paling cenderung iaitu kedatangan Islam ke nusantara (kepulauanMelayu-Indonesia) itu adalah dari negeri Arab. SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA


Kedatangan Islam ke nusantara telah memberi pelbagai kesan ke atas masyarakat nusantara ketika itu. Antara kesan yang paling jelas adalah dari segi perkembangan ilmu. Hukum Islam dilaksanakan dan tulisan jawi diangkat sebagai tulisan rasmi menggantikan tulisan kawi. Kepesatan perkembangan agama islam ini mula mendesak kepada kelahiran karya-karya Islam dan karya-karya keagamaan dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah, sastera kitab, sastera kenabian, sastera tokoh-tokoh Islam dan sastera kepahlawanan Islam. Kitab kuning merupakan contoh karya-karya awal yang wujud dalam penduduk nusantara.


FAKTOR Bukti perkembangan karya 1 Faktor Pemurnian Ajaran Agama Islam -Lebih banyak karya dihasilkan bagi mengubah struktur, budaya dan cara kehidupan masyarakat terutamanya kepercayaan Hindu-Buddha pada ketika itu. Tulisan Jawi diangkat sebagai tulisan rasmi menggantikan tulisan kawi dan hukum Islam dilaksanakan secara meluas. 2 Faktor Kemunculan Pusat Kekuasaan Melayu-Islam -Penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua fanca oleh para sejarawan Barat, Islam menyebabkan mereka memerlukan kuantiti karya keagamaan yang banyak bagi menyokong pusat yang dibina. Penghasilan sastera kitab, sastera kenabian, sastera tokoh-tokoh Islam dan sastera kepahlawanan Islam 3 Faktor Penulisan dan Kesusteraan -Karya-karya yang pada awalnya dalam kuantiti yang sedikit dan mempunyai banyak masalah bahasa yang dialami para ulama mula diperbanyak dan dibaikpulih. Kesuburan penulisan sastera falsafah, metafizika dan teologi rasional serta banyak karya diterjemah kepada bahasa Melayu agar difahami oleh masyarakat Islam FAKTOR FAKTOR PERKEMBANGAN KARYA PENULISAN ULAMA PADA TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA


FAKTOR Bukti perkembangan karya 4 Faktor Kemunculan Teknologi Penerbitan -Bahan-bahan bacaan Melayu/Jawi yang berbentuk manuskrip dan tulisan tangan mula diterbitkan bagi kegunaan pengajian Islam di serata dunia Melayu -Kegiatan penerbitan karya-karya menjadi lebih luas setelah menjadi sumber utama teks dan rujukan di tempat-tempat menimba ilmu seperti pondok dan madrasah. Pencetakan karya Kitab Kuning digunakan secara meluas oleh masyarakat, lebih kurang 5000 manuskrip di awal kurun 19M serta wujudnya pencetak buku di Mekah pada 1884 Masihi. 5 Faktor Kemunculan Ramai Ilmuan -para jamaah Haji yang datang menggunakan kapal laut berwap dalam jumlah yang besar mendorong peningkatan bilangan manuskrip dan tulisan tangan milik mereka. -Tokoh ilmuwan Nusantara sendiri menerima pencetak-pencetak dari luar daerah Wujudnya karya baru yan membincangkan aliran sunni, fiqh Shafi’I dan tasawwuf Imam al-Ghazali


Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 12-14 Masihi CONTOH- CONTOH KARYA DAN PENULISNYA -Penulis:Syeikh 'Abdullah 'Arif -Penulisan terawal yang dihasilkan di dunia Melayu -kurun ke 12M -Kandungan buku:Aqidah, Tasawuf dan Kejadian Alam Semesta. Dimulakan dengan kisah kejadian ‘Nur Muhammad’, Kejadian Alam Semesta, Tujuh Petala Langit, Tujuh Petala Bumi, Alam Nyata dan Alam Ghaib Kitab Bahr al-Lahut Latar belakang penulis Syeikh 'Abdullah 'Arif,pedagang yang berasal dari Makkah pada kurun ke-13 Masihi,beliau menguasai bahasa Arab secara mendalam dan juga menguasai bahasa Jawi ( جاويMelayu ). Beliau menguasai ilmu tasawuf dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan akidah dan agama Islam secara mendalam. Kitab lain: Dur al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi ,al-‘Aqa’id oleh Najm al-Din Abu Hafs ‘Umar bin Muhammad alNasafi (m.1142H/1729M) dan Umm al-Barahin oleh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi.


-Penulis:Faqih Wan Musa al-Fatani -Kedua-dua karya ini ditulis dalam bahasa Arab tetapi terdapat beberapa halaman yang mempunyai catatan dalam bahasa Melayu -1002H/1593M Latar belakang penulis Nama ulama atau penullis ini ialah Lebai Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih al-Laqihi bin Ali alMasyhur Al-Ahawa.Datuk neneknya salah seorang penyebar Islam yang pertama datang ke Pattani.Keturunan beliau telah ramai yang menjadi ulama, tokoh-tokoh pendidik, pejuang,pengarang dan lain-lain. Kitab lain: 1.Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani oleh Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani. 2. Ilmu Tauhid, karangan Ahmad bin Amin al-Din al-Qadi 3.alFawa’id al-Bahiyyah oleh Sheikh Nur al-Din al-Raniri 4.Sharh al-Latif oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 15 - 17 Masihi. Kitab Ilmu Mantiq dan Ilmu Saraf


-Penulis:Muhammad Zain Jalaluddin Acheh. -1170H/1757M -kitab ini merupakan rujukan utama pengajian Aqidah di rantau nusantara. -Sehingga kini kitab ini masih lagi diulang-ulang bacaannya oleh masyarakat Islam dan dijadikan teks pengajian dalam halaqah-halaqah ilmu samada di masjid, pondok atau pusat pengajian. Latar belakang penulis. Syeikh Muhammad Zain Aceh dilahirkan pada zaman peralihan kejayaan sufi Syeikh Hamzah al-Fansuri.Beliau berketurunan ulama Aceh, bermula dari ayahnya, nenek dan seterusnya, beliau terkenal sebagai ulama yang meninggalkan beberapa karangan, mereka juga adalah penyebar agama Islam dan guru yang berjasa kepada masyarakat Aceh dan Nusantara.Beliau juga mendapat pendidikan asas secara tradisional daripada bapanya dan daripada ulama terkenal Aceh termasuk guru bapanya sendiri. Kitab lain: 1. Hidayah al-‘Awam (1140H/1727M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh. 2.Manzar al-Ajla ila Martabat al-A‘la (1152H/1739M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh 3. Al-Qawl al-Mukhtasar fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar (1196H/1782M):Muhammad Arsyad al-Banjar. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 18 Masihi Kitab Bidayah al-Hidayah


-Penulis:al-Syaikh Dawud bin ‘Abdullah al-Fathani -nama penuh kitab :Furu’ al-Masail wa Ushul al-Wasail - Kitab Furu’ al-Masail ini begitu terkenal di kalangan ulama dan penuntut ilmu, khususnya dalam bidang fiqh mazhab Syafi’i di Nusantara. Latar belakang penulis Beliau merupakan seorang ulama Nusantara dari Wilayah Patani, Thailand yang terkenal dengan banyak karya tulisnya dalam berbagai bidang ilmu agama. Kitab lain: 1.Al-mawahif al-makiyyah(1296H/1879M)Syeikh Abdul Qadir 2.jamul fawaid(1238H/1823M)Syeikh Daud Al Fatani Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 19 Masihi kitab Furu’ al-Masail


-Penulis: ‘Abd al-Rauf al-Fansuri - 1950M -diiktiraf sebagai salah satu tafsir Al-Quran yang paling popular hari ini, kerana gayanya yang ringkas Latar belakang penulis lebih dikenali sebagai Tok Sheikh di Kuala .Beliau merupakan seorang penulis dan ulama yang mengajar di Aceh sekitar 1661. Abdul Rauf dilahirkan di Singkil, barat-selatan Aceh.Abdul Rauf mendapat pendidikan awal di India sebelum melanjutkan pengajiannya di Makkah dengan Sheikh Abu Hafas Umar bin Abdullah Ba Shaiban.Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Melayu dan dikarang semasa beliau berada di India, Pahang, dan Aceh. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 20 dan 21 Masihi. Terjemahan Tafsir al-Jalalayn


Masyarakat yang bertamadun mudah dibezakan dengan masyarakat yang tidak bertamadun. Ini kerana masyarakat yang bertamadun dapat dilihat dari kepribadian mereka, kebijaksanaan mereka serta dalam penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, penting bagi setiap masyarakat berusaha menjadi masyarakat yang bertamadun kerana ia mempengaruhi urusan kehidupan seharian kita KESAN KARYA PENULISAN TERHADAP KETAMADUNAN SESEBUAH MASYARAKAT Melahirkan masyarakat berminda kelas pertama Dengan adanya karya penulisan ilmiah yang telah diwujudkan, ia mempermudahkan masyarakat kini untuk menggunakan segala penulisan ilmiah yang tersedia untuk mengkaji lebih mendalam terhadap isu-isu baharu yang timbul dengan bantuan karya penulisan yang ada dijadikan sebagai sumber rujukan Meningkatkan martabat masyarakat sebagai masyarakat bertamadun Menjadi teladan kepada masyarakat lain Tamadun yang berjaya dapat dilihat daripada kehidupan masyarakatnya. Setiap yang dilakukan mereka akan memberi motivasi kepada masyarakat lain untuk sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan masyarakat mereka agar dapat menandingi masyakarat lain. Oleh itu, setiap masyarakat akan sentiasa berusaha menjadi masyarakat yang boleh contohi kepada masyarakat lain dari pelbagai aspek dan aspek paling penting ialah aspek ilmu pengetahuan.


Membaca merupakan amalan yang paling dituntut kepada setiap masyarakat agar sentiasa meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu dengan menggunakan karya-karya penulisan yang ada kerana ia merupakan kelebihan yang kita perolehi pada zaman sekarang kerana terdapat banyak karya-karya penulisan yang ada untuk kita jadikan sebagai rujukan. Oleh itu, penting kepada masyarakat untuk membudayakan amalan membaca kerana ia akan membantu kita menambah lagi pengetahuan umum kita. Masyarakat akan sentiasa mempunyai rasa berlumba-lumba untuk bersaing untuk menghasilkan sesebuah karya kerana sekiranya seseorang itu menghasilkan karya, maka orang itu akan dikenali seorang yang berilmu pengetahuan tinggi. Oleh itu, kerana tidak ingin menjadi individu yang jumud terhadap sesuatu perkara sehingga tidak mempunyai rasa ingin bersaing dengan masyarakat lain. Oleh itu, sikap berdaya saing perlu ada pada setiap diri masyarakat agar sentiasa memperbaiki diri Melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berfikiran kritis Dapat melahirkan masyarakat bibliophile


\- Akhir kalam, jika kita telusuri topik ini dengan baik maka kita akan mengetahui bahawa tamadun Islam ini amat komprehensif dan merupakan tamadun yang terunggul sepanjang zaman dimana telah lahirnya ramai dari kalangan para ulama’ dan ilmuwan Islam yang hebat dan terunggul di seantero dunia. Perkara ini terbukti dengan adanya pelbagai sumbangan serta perkembangan yang telah mereka lakukan terutamanya di wilayah Nusantara. Justeru itu, kami berharap agar karya-kaya yang telah dihasilkan oleh para ilmuan dan cendekiawan Islam ini akan memberikan impak positif sekaligus menambah ilmu pengetahuan masyarakat dalam pelbagai bidang ilmu seterusnya melahirkan generasi yang bertamadun dan juga berilmiah. Hal ini juga bagi meneruskan segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, para sahabat serta para ulama’ dalam menjadikan Islam ini sebagai sebuah tamadun yang berkembang maju dalam pelbagai aspek serta segala karya-karya yang dihasikan tidak disia-siakan malah dimanfaatkan dengan sebaiknya.' PENUTUP


• Imam Abi Abdullah anak Yusuf Sanusi, Muhammad Zain anak Tuan Fakih Jalaluddin, penterjemah (1800). Bidayat alhidayah • Rosni Wazir, Sorotan Terhadap Perkembangan Karaya-Karya Islam Khususnya di Nusantara, diakses pada 12 Mei 2023 melalui https://www.academia.edu/9383940/Sorotan_Terhadap_Perkembangan_Karya_Karya_Islam_dan_Hadis_Khususnya_di_N usantara 3. Mohd Fadli Ghani (2018), Teori Mengenai Kedatangan Islam diakses pada 14 Mei 2023 melalui https://harakahdaily.net/index.php/2018/06/20/teori-mengenai-kedatangan-islam/ 4.Shaharuddin Pangilun, Farhah Zaidar Mohamed Ramli (2017), diakses pada 14 Mei 2023 melalui ,http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2017/1015.pdf 5. Kedatangan dan Penyebaran Islam Di Nusantara (2023), diakses pada 13 Mei 2023 melalui, https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedatangan_dan_Penyebaran_Islam_di_Nusantara RUJUKAN


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada kami dapat sama-sama menjayakan tugasan berkaitan Keaktifan berkarya di kalangan ulama’ dalam tamadun Islam dengan penuh jayanya. Sekalung perhargaan juga didedikasikan kepada para pensyarah yang dikasihi dan dihormati dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang telah membuka ruang kepada kami menjayakan tugasan berkenaan tepat pada waktu yang telah ditetapkan. SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version