The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Koperasi Pendidikan, 2020-02-27 02:43:54

MINIT MESY ALK KE-4 14.2.2020

MINIT MESY ALK KE-4 14.2.2020

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI PENDIDIKAN KUALA SELANGOR BERHAD

KALI KE-4 TAHUN 2019/2020

Tarikh : 14 Februari 2020 ( Jumaat )
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Koppend

Kehadiran :

1. Tuan Haji Ishak bin Itam
2. Tuan Haji Samran bin Lakimin
3. Tuan Haji Lamsah bin Arbai PPT.PJK
4. Tuan Haji Anuar bin Tompang
5. Tuan Haji Shahril Azman bin Kasim
6. Puan Ainil Mardiah binti Ishak
7. Puan Nor Azah binti Mohamed Nasirudin
8. Puan Azizah binti Mat Saat
9. Puan Nor Aziah Zaini (pencatat minit)

Tidak Hadir :

1. Tuan Haji Ahmad Sa’ari bin Muhammad
2. Tuan Haji Solehan bin Remot
3. Tuan Adanan bin Daud

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi.
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat ketiga 2019/2020
3. Membentang dan meluluskan ringkasan kewangan bulan November 2019 hingga Januari

2020.
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Mengkaji, membincang dan memutuskan perkara-perkara berkaitan koperasi.

 Pembiayaan Tawarruq, Qard & Penyelesaian Awal
 Keanggotaan Baru & Anggota berhenti
 Penyewa bangunan Tg Malim, Pusat Tuisyen dan Megat Komputer
 Ubahsuai bangunan Tg Malim & pejabat koppend
 Perjanjiaan sewaan Megat Computer

6. Membincangkan cadangan projek-projek baru.
7. Hal-Hal Lain.

1

Minit Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi :

Mesyuarat didahului dengan bacaan doa dari Tn Haji Anuar Bin Tompang. Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang
hadir dan berharap sepanjang mesyuarat akan berjalan lancar. Ucapan selamat datang dan
terima kasih kepada Tn Hj Ramli Mat Nawawi yang dilantik menjadi Anggota Lembaga yang
baru menggantikan Tn Hj Sabri yang telah berhenti. Mohon maaf atas kelewatan pada
mesyuarat ini.
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 3 sesi 2019/2020.

Setiausaha telah membentangkann minit mesyuarat bil. 3 sesi 2019/2020 pada 15.11.2019
Dicadangkan : Tuan Haji Anuar bin Tompang
Disokong : Puan Ainil Mardiyah binti Ishak

3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Mohon untuk war-warkan program Qurban Koppend.
3.2 Tunggakan sewa kutipan perlu terus ke atas En Megat dan En Rosman.
3.3 Notis anggota mohon berhenti berdasarkan Undang-undang Kecil adalah 6 bulan.
Pembayaran semula yuran dan saham akan dibayar selepas tarikh notis tamat atau
mengikut budi bicara Anggota Lembaga Koperasi.
3.4 Pembersihan Kebun Sabak Bernam dibatalkan kerana kebun telah dijual kepada Tuan Hj
Ishak bin Itam.
3.5 Bengkel pemurnian Pindaan Undang-undang Kecil (UUK) akan diadakan pada 3 April
2020 di bilik mesyuarat Koppend.

4. Kewangan
Tuan Hj Lamsah bin Arbai mewakili bendahari telah membentang penyata kewangan dari

bulan November 2019 sehingga Januari 2020.
Dicadangkan : Tuan Haji Anuar bin Tompang
Disokong : Puan Nor Azah Mohamad Nasiruddin

2

5. Mengkaji , membincang dan memutuskan perkara-perkara berkaitan koperasi
5.1 Mesyuarat bersetuju meluluskan Pembiayaan Tawarruq & Qard dari bulan November
2019 hingga Januari 2020.

Dicadangkan : Tuan Haji Anuar bin Tompang
Disokong : Puan Azizah binti Mat Saat

Butiran adalah seperti yang dinyatakan di berikut:

PEMBIAYAAN PERIBADI TAWARRUQ RM 10,000.00
RM 25,000.00
Bulan November 2019 RM 20,000.00

1. Samran bin Lakimin (069) RM 55,000.00
2. Nur Zurina Mohamad (530)
3. Adanan Daud (391)

Pembiayaan dikeluarkan bulan November 2019

Bulan Disember 2019 RM 50,000.00
RM 5,000.00
1. Ahmadi Ahmad Maruwi (334) RM 31,000.00
2. Wahidudin Jamuri (570)
3. Samsidah Selamat (571) RM 86,000.00

Pembiayaan dikeluarkan bulan Disember 2019

Bulan Januari 2020 RM 20,000.00
RM 2,500.00
1. Farah Hazwani Md Yusof (425) RM 6,000.00
2. Farhana Mohamad Masnan (514) RM 10,000.00
3. Harlina Ismail (574) RM 3,000.00
4. Abdul Wahab Mohd Ishak (575) RM 3,000.00
5. Siti Ajar Aripin (276) RM 3,500.00
6. Sa’adiah Ismail (568)
7. Raja Mohd Amir Raja Abdul Malek (576) RM 48,000.00

Pembiayaan dikeluarkan bulan Januari 2020

Jumlah keseluruhan RM189,000.00

3

5.2 Mesyuarat bersetuju meluluskan Penyelesaian Sesl prmbiayaan dari bulan November
2019 hingga Januari 2020.

Dicadangkan : Tuan Haji Anuar bin Tompang
Disokong : Puan Azizah binti Mat Saat

Butiran adalah seperti yang dinyatakan di berikut:

Penyelesaian Awal Baki Pinjaman bagi bulan Nov 2019 hingga Jan 2020.

POKOK FAEDAH JUMLAH

1. Azizan Arshad(476) RM19,250.00 RM 1443.75 RM 20,693.75

2. Nur Zarina Muhamad(530) RM14,791.32 RM1,019.76 RM 15,711.08
3. Mohd Nizar Asmari (481) RM17,666.22 RM1,324.97 RM 18,991.19

4. Rohaya Ahmad Nor (438) RM 8,500.00 RM 467.50 RM 8,967.50

5. Ervina Ahmad (488) RM1, 770.42 RM 123.92 RM 1,894.34

6. Norfaizah Yasin (426) RM 2,249.76 RM 179.99 RM 2,429.75

Jumlah RM 68,687.61

5.3 Mesyuarat bersetuju meluluskan keanggotaan baru dan anggota berhenti dari bulan
November 2019 hingga Januari 2020.

Dicadangkan : Tuan Haji Shahril Azman bin Kasim
Disokong : Tuan Haji Ramli bin Mat Nawawi

Butiran adalah seperti yang dinyatakan di berikut:

BARU (November 2019 hingga Januari 2020)

1. Wahidudin Jamuri (570) SJK© KHAI TEE P P Dis 2019 (Norliza Kadari)

2. Samsidah Selamat (571 SK Sri Tiram Jaya Dis 2019 (Musirpah)
3. Nor Mahaiza Rahaman (572) SK Dato Manan Jan 2020 (Ainil Mardiyah)

4. Sarizan Bin Suri (573) SK Tanjong Karang Jan 2020 (Ainil Mardiyah)

5. Harlina Binti Ismail (574) SK Sg Burong Jan 2020 (Adanan Daud)

6. Raja Mohamad Amir Raja Abdul Malek (576) SAM Tg Kg Jan 2020 (Norlida Kadari)
7. Abdul Wahab Mohd Ishak (575) SK Sri Tiram Jaya Jan 2020 (Adanan Daud)

BERHENTI (November 2019 hingga Januari 2020)

1. Mohamad Yong Mohd Salleh (075) 11.11.2019
2. Shamsinar Md Noh (195) 26.11.2019

3. Ismail Dawani (313) 1.1.2020
4. Jalil Ahmad (301) 15.1.2020
5. Mohamad Rouse Kassim (293) 21.1.2020

4

5.4 Penyewaan Bangunan Tanjong Malim.
Perjanjian sewaan telah ditandatangani selama 2 tahun iaitu dari 1 Disember 2019
hingga 30 November 2021 dengan sewaan sebanyak RM800.00 sebulan. Ubahsuai
pendawaian elektrik telah dibuat dan dibayar sebanyak RM3,245.00 pada 29 Januari
2020. Sewaan dibuka kepada pihak Sriti sekiranya mereka berminat menyewa di
Tingkat 3 selepas pelajar-pelajar UPSI keluar pada Jun 2020 ini.

5.5 Penyewaan Bangunan Tanjong Karang – Megat Komputer
Perjanjiaan sewaan telah ditandatangani untuk 3 bulan iaitu dari 1 Disember 2019
hingga 29 Februari 2020 dengan sewaan sebanyak RM1000.00.
Mesyuarat bersetuju meluluskan untuk melanjutkan sewaan selama 6 bulan lagi
dengan sewa bulanan sebanyak RM1000.00 dan tunggakan minimum sebanyak
RM200.00. Perjanjian bermula 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.

5.6 Penyewaan Bilik Tuisyen
Perjanjian telah ditandatangani dengan sewaan sebanyak RM520.00 untuk 2 bilik
tuisyen selama setahun bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.
Lembaga meluluskan kenaikan elaun pembersihan berkuatkuasa Januari 2020 dari
RM20.00 ke RM50.00 sebulan.

5.7 Ubahsuai bangunan
5.7.1. ALK bersetuju sebulat suara meluluskan pengubahsuai pejabat, tangga
kecemasan, ‘smart access door’ dan CCTV dengan anggaran belanja
mengkut sebut harga.

5.7.2 Pengubahsuai telah dibuat dan dibayar sebanyak RM3245.00 bagi
pembaikan lantai, pendawaian elektrik dan lampu ke atas Tingkat bawah
bangunan Tg Malim.

5.8 Tabung Modal Pusingan
5.8.1. Mesyuarat bersetuju untuk memohon pinjaman Tabung Modal Pusingan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM3 juta untuk tujuan aktiviti
kredit.

5.7.2 Mesyuarat juga bersetuju untuk memohon pinjaman sebanyak RM1 juta
bagi membeli bangunan di sekitar Tanjong Karang dan Kuala Selangor

6. Cadangan Projek Baru

6.1. Kelas Tuisyen Sekolah Rendah.
Dibatalkan disebabkan penyewaan Pusat Tuisyen Akedemik Terbilang.

6.2. Kedai Dobi (di bawah pemantauan En Aziz SKM)
ALK bersetuju untuk mengkaji peluang perniagaan ini terlebih dahulu.

6.3 Jualan Mini

5

Koperasi telah menjalankan aktiviti jualan mini di pejabat koperasi seperti menjual air
kotak, air mineral, gula-gula dan lain-lain. Lembaga telah bersetuju memberi
peruntungan modal sebanyak RM300.00 untuk aktiviti ini. Penyata kewangan
berasingan akan disediakan mengikut aktiviti Jualan Mini dan perlu dimaklumkan ke
Lembaga setiap minggu.
Dicadangkan : Tuan Haji Anuar bin Tumpang
Disokong : Tuan Haji Ramli bin Mat Nawawi

6.4 Perniagaan mengikut Lesen kewangan
Lesen kewangan koperasi tamat tempoh pada tahun 2022. ALK telah meluluskan
projek berkaitan dengan kod bidang lesen kewangan dengan budget dan penyata
kewangan berasingan sekiranya tender berjaya diperolehi.

7. Hal hal

7.1 Fasazmafazli bin Ismail (420)
Untuk bulan Januari 2020, tiada penerimaan bayaran modal bulanan, tabung khairat
kematian dan kebajikan serta penjamin pembiayaan telah bersara. Baki terkini
pinjaman beliau iaitu pokok sebanyak RM26,275.00 dan faedah RM3,425.00
(RM29,700.00) Bulanan sebanyak RM250.00 bayaran dibuat terus ke bank
koperasi. Surat tuntutan pembiayaan telah dibuat pada tarikh 23 Januari 2020.
Telah maklumkan agar tindakan segera perlu di ambil ke atas En Fasazmafazli.

7.2 Tabung Kebajikan dan Khairat Kematian. Surat dan makluman melalui telegram
perlu diedarkan kepada anggota pesara bagi melayakan mereka untuk
mendapatkan kemudahan tersebut.

7.3 Korban 2020 –perlu dimaklumkan di telegram dan group whatsap untuk maklumat
semua.

7.4 Standard Of Procedure (SOP) bagi pembiayaan
Syarat penjamin perlu ada had dan perlu melihat kemampuan penjamin membayar
balik pembiayaan. ALK perlu membincangkan SOP yang jelas untuk segala aktiviti
pembiayaan.

7.5 Tanah Sabak Bernam
Tanah kebun sawit di Sabak Bernam telah dibeli oleh Tn Haji Ishak dan bayaran
telah diterima sebanyak RM82.000.00. Baki bayaran akan dijelaskan secara bulanan
sebanyak RM2,000.00 melalui arahan tetap ke akaun koperasi.

7.6 Undang-undang Kecil
Semakan bagi pindaan Undang-undang kecil akan dibuat bersama En Shamsul
Khairi (IKM) pada 3 April 2020, Jumaat jam 3.30 petang.

7.7 Mesyuarat bersetuju melantik Tn Haji Ramli Bin Mat Nawawi sebagai ALK dalam
biro penerangan, pendidikan dan kebajikan.

6

7.8 Ibra’ atau rebet bagi penyelesaian awal adalah sebanyak 30% dan 50% bagi
penyelesaian awal bertindih (overlap). Lihat Lampiran

7.9 Hari Keluarga di Teluk Senangin / Teluk Batik Perak (2 hari 1 malam). Tarikh akan
ditentukan dengan budget di bawah Sukan & Rekreasi sebanyak RM5000.00.

7.10 Kempen mencari Anggota akan diteruskan. Setiap ALK perlu mencari minimum
sebanyak 3 orang bagi mencapai target 30 orang untuk tahun ini.

7.11 Jom Heboh@Kidzone di Sek Keb Parit Mahang pada 29 Februari 2020.
ALK bersetuju untuk buka meja pendaftaran bagi mencari anggota baru di karnival
tersebut. Juga bersetuju untuk membeli sebanyak 10 kupon iaitu RM10 x 10 untuk
menbantu pihak sekolah.

7.12 Mesyuarat Agung Tahunan
Dijangka akan dibuat pada 25 Jun 2020 di Dewan Pejabat Agama Kuala Selangor.
Sewa yang dipersetujui sebanyak RM550.00 dan akan diuruskan oleh Tn Hj Ishak
bin Itam.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.25 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

SAMRAN BIN LAKIMIN ISHAK BIN ITAM
Setiausaha Pengerusi

7

Lampiran

a) Contoh pengiraan penyelesaian awal (5%)

Baki pinjaman Pokok = 10,000.00
Faedah = 2,000.00

Jumlah = 12,000.00

Rebet 5% = 100.00 Jumlah baki faedah: RM2,000.00-100.00 =
RM1900

Jumlah yang perlu dibayar = RM10,000.00
Faedah = 1, 900.00

Jumlah RM11,900.00

b) Contoh pengiraan penyelesaian awal (30%)

Baki pinjaman Pokok = 10,000.00
Faedah = 2,000.00

Jumlah = 12,000.00

Rebet 30% = 600.00 Jumlah baki faedah: RM2,000.00-600.00 =
RM1400

Jumlah yang perlu dibayar = RM10,000.00

Faedah Jumlah = 1, 400.00
RM11,400.00

8


Click to View FlipBook Version