Perpaduan
Kaum
Di Malaysia
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENGENALAN 2
MAKSUD PERPADUAN 3
PERPADUAN KUNCI KEHARMONIAN 4
CARA PERPADUAN DAPAT DIWUJUDKAN DI MALAYSIA
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 5-7
PERPADUAN RAKYAT CITRA PEMBANGUNAN NEGARA 8
BANGSA 9
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
KONSEP 1 MALAYSIA DAN CABARAN PERLAKSANAANNYA 10
TAHAP INTEGRASI MALAYSIA 11
REFLEKSI 12
PENUTUP 13 – 14
15
1
PENGENALAN
• Negara Malaysia merupakan negara yang yang
mempunyai lebih daripada 200 kumpulan etnik
yang mempunyai pelbagai budaya.
• Di Malaysia juga telah dikenali dengan
mempunyai 3 kaum utama iaitu kaum Melayu
yang merupakan majoriti masyarakat ramai, kaum
India dan kaum Cina.
• Tujuan untuk mencipta E-Folio ini adalah untuk
merungkai beberapa maklumat dan isu-isu
berkaitan perpaduan kaum di Malaysia.
2
MAKSUD PERPADUAN
▪ Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas.
▪ Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan negara.
▪ Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat
hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun
dan Iban.
▪ Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi
batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.
http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html
3
PERPADUAN
KUNCI
KEHARMONIAN
• USAHA mengekalkan keharmonian ➢ “Jika kita bersatu dan tahu peranan masing-masing,
negara yang memiliki masyarakat golongan ini bukan sahaja dapat dibendung malah terus
berbilang kaum dilihat bukan satu dibanteras daripada terus memporak- perandakan negara
perkara mudah dan boleh dipandang yang kita cintai ini. Malaysia sebuah negara yang istimewa
enteng. kerana ia memiliki kepelbagaian kesenian budaya, bahasa,
agama dan cara hidup”.
• Justeru, semua lapisan masyarakat
tidak kira di peringkat pemimpin ➢ “Malah ada dalam kalangan kaum mula mengadaptasi
negara mahupun anak kecil perlu budaya antara satu sama lain seperti budaya pemakaian.
memainkan peranan masing-masing Kita boleh lihat orang Melayu memakai samfu, kaum Cina
dalam menjaga keharmonian yang memakai kurta dan orang India memakai baju Melayu”.
telah kita kecapi selama ini.
❖ Kata Setiausaha Agung Belia 4B Malaysia, Mohamad Nazri
Abdul Latiff.
https://www.sinarharian.com.my/article/69298/KHAS/ 4
CARA PERPADUAN DAPAT
DIWUJUDKAN DI MALAYSIA
I. Dari segi makanan
• Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di
Malaysia secara tidak langsung memangkin
kepada perkembangan variasi jenis makanan
warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum
di negara ini.
• Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang,
roti canai, teh tarik, nasi kandar, char kuetiau
dan dimsum seperti yang kita tahu adalah
menu terkenal dalam kalangan rakyat
Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat.
https://www.sinarharian.com.my/article/46206/KHAS/Cerita-Merdeka/Perpaduan-melalui-makanan-warisan
5
II. Dari segi pakaian
Pakaian Tradisional • Lihatlah di sekeliling, sama ada di bandar atau di desa, Pakaian Tradisional
Orang Melayu rakyat Malaysia berbilang kaum tampil dengan pakaian Kaum India
yang pelbagai.
Pakaian Tradisional 6
Kaum Cina • Berbicara tentang pakaian tradisional, tidak semua
orang Melayu berbaju kurung atau baju Melayu, kaum
Cina tidak memakai cheongsam atau samfoo, kaum
India pun tidak sentiasa memakai sari atau kurta, begitu
juga kaum-kaum lain.
• Membeli sekurang-kurangnya sepasang pakaian
tradisional yang baharu bagaikan satu kemestian ketika
menyambut perayaan-perayaan utama seperti seperti
Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali
https://www.mynewshub.tv/terkini/pakaian-tradisional-suntik-semangat-muhibah/
III. Dari segi pendidikan
• Pendidikan menjadi mekanisme penting meningkatkan
kebolehpasaran bakat masa hadapan yang perlu juga seimbang dan
merapatkan jurang ketidaksamarataan yang ada.
• Hal ini perlu disokong keseluruhan ekosistem yang ada termasuk
syarat pekerjaan dan peluang untuk peningkatan dalam kerjaya,
sesuai peningkatan bakat seperti disebut Menteri Pendidikan.
https://www.utusanborneo.com.my/2019/07/03/semangat-perpaduan-boleh-disemai-melalui-sistem-pendidikan
7
KEPENTINGAN PERPADUAN
KAUM DI MALAYSIA
Perpaduan kaum menjadi antara faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju
selain kepesatan pembangunan dan ekonomi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kemajuan negara bukan diukur menerusi kepesatan pembangunan ekonomi sahaja tetapi
keharmonian antara kaum dan agama harus sentiasa dipelihara… sekiranya tidak diberi
perhatian ia akan menyebabkan negara menjadi mundur dan ketinggalan,” katanya.
Semua pihak sama ada jabatan atau agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan
kerajaan (NGO), komuniti Rukun Tetangga, pemimpin dan rakyat secara keseluruhannya
digesa supaya bergabung tenaga serta idea untuk mengambil peranan menganjurkan
pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan kesatuan rakyat pada
semua peringkat.
Idea untuk mengukuhkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum amatlah
digalakkan dan perlu dipertingkatkan serta dimantapkan lagi pada masa akan datang,” titah
Baginda, Tuanku Syed Faizuddin.
https://www.sinarharian.com.my/article/72827/KHAS/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/531690/perpaduan-kaum-penting-untuk-malaysia-jadi-negara-maju-tpm
http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html
8
PERPADUAN • Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat,
RAKYAT apatah lagi dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat
CITRA berbilang bangsa, agama dan budaya. Di sinilah pentingnya gagasan
'perpaduan dalam kepelbagaian'.
PEMBANGUNAN
NEGARA • Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara di bawah kepemimpinan Tan Sri
BANGSA Muhyiddin Yassin, amat mengujakan.
• Pada 1974, portfolio perpaduan diwujudkan dalam Kabinet Malaysia.
Pemimpin MIC, Tun VT Sambanthan, dilantik Menteri Perpaduan yang
pertama.
• Jelasnya, penubuhan Kementerian Perpaduan kali ini menunjukkan
keseriusan kerajaan melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional demi
memastikan keharmonian, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kalangan
rakyat Malaysia.
• Gagasan perpaduan rakyat membabitkan sejarah panjang dan berliku.
Kedudukan geografi Malaysia yang strategik menyebabkan ia menjadi
tumpuan dalam kalangan masyarakat serantau dan global.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/07/714278/perpaduan-rakyat-citra-pembangunan-negara-bangsa
9
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
• Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan
masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan
negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar
yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat.
• Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk
memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan,
masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.
• Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan,
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak
menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini,
masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil.
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436
10
Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke
Arah Pemantapan Perpaduansebuah Negara-Bangsa
• Konsep “1Malaysia” merupakan suatu konsep yang lahir dari cetusan pemikiran
Perdana Menteri Malaysia yang keenam, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
• Motonya yang bertajuk “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” merupakan
usaha sebagai sebuah negara-bangsa untuk menyatukan hubungan antara kaum
di Malaysia agar sebarang persengketaan kaum boleh dielakkan dan boleh hidup
dalam keadaan aman damai serta rakyat bersama-sama kerajaan boleh
berganding bahu untuk memajukan negara.
• Oleh itu, menyemai dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam konsep ini
terhadap seluruh rakyat Malaysia serta strategi yang perlu ada dalam usaha untuk
meningkatkan pemahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap konsep
“1Malaysia”.
• Ianya juga diharap dapat membantu mencapai matlamat kerajaan untuk melihat
rakyat yang bersatu padu akan tercapai, sekaligus membantu membangunkan
negara dalam mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju di dunia.
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/442
11
Tahap integrasi Malaysia: Bagaimana perpaduan bermula?
1) Segresasi
Proses yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang
lain. Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang saling memahami semakin
terhad. Terbahagi kepada 2 cara iaitu rela dan tanpa rela.
2) Akomodasi
Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud
dalam sesebuah masyarakat. Setiap kumpulan etnik masih dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang
ekonomi, politik dan pendidikan.
3) Akulturasi
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Proses akukturasi bermula dengan sosialisasi primer; manusia belajar dan mengadaptasikan budaya paling dekat dengan
mereka. Manakala sosiolisasi sekunder pula ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.
4) Asimilasi
Proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpilan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan
mijoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya penghapusan dari
segi kebudayaan dan identiti. Terbahagi kepada 2 iaitu Asimilasi budaya dan Asimilasi struktur.
5) Amalgamasi
Almalgamasi merupakan istilah yang diketegorikan dalam asimilasi biologi iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi.
Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk satu jenis budaya dan ras
baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
http://kertasbiruterbang.blogspot.com/2016/08/tahap-integrasi.html 12
REFLEKSI
Tugasan telah diberikan kepada kami merupakan e-folio iaitu perlu menghasilkan e-majalah. Kami telah
menghasilkan e-majalah yang perlu disiapkan selama empat minggu.
Sepanjang menyiapkan e-majalah ini apa yang kami dapat ialah:
1. Mengetahui bagaimana membuat majalah bertajuk Perpaduan Kaum Di Malaysia menggunakan
perisian iaitu anyflip. Majalah kami mempunyai 15 muka surat tidak termasuk muka hadapan dan
belakang, susun atur gambar yang sesuai mengikut tajuk yang diberi. Susun atur dan reka bentuk e-
majalah digubal mengikut kreativiti kami sendiri tanpa campur tangan kumpulan lain.
2. Kami juga tahu kepentingan untuk menyatakan atau menitikberatkan sumber rujukan untuk
mengelakkan plagiat. Antara sumber rujukan kami ialah melalui website yang menyediakan sumber
sahih. Kami juga sentiasa memastikan kesahihan sumber dengan menyertakan link di setiap tajuk yang
dibuat. Hal ini untuk menunjukkan bahawa kami mengambil sumber di website yang sahih.
3. Seterusnya kami mengetahui penting untuk bekerja berkumpulan dalam melaksanakan tugasan ini iaitu
sebagai contoh kami telah membahagikan tugas seperti mencari info dan sumber dilakukan oleh Amira,
manakala Annisa membuat tugasan bahagian editing. Kami sentiasa bekerja sama dalam menghasilkan
e-folio ini.
13
Antara komen-komen konstruktif (membina) serta cadangan bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di masa akan datang untuk tugasan
ini ialah:
1. Kami mencadangkan supaya pensyarah menetapkan aplikasi untuk
digunakan oleh pelajar.
2. Pensyarah memeriksa hasil kerja pelajar dengan teliti.
3. Pensyarah memberi tempoh masa yang secukupnya kepada pelajar
untuk menyiapkan tugasan.
Semoga majalah yang dihasilkan ini mampu memberikan faedah serta
pengetahuan kepada pembaca tentang Perpaduan Kaum Di Malaysia
kerana ianya sangat penting untuk diketahui oleh masyarakat Malaysia
sendiri. Ianya juga mengandungi sejarah sejarah tentang terbentuknya
suatu keharmonian di antara kaum di Malaysia.
14
PENUTUP
Hubungan antara kaum merupakan perkara yang
sangat penting bagi masyarakat Malaysia. Setiap
individu perlu memainkan peranan yang penting bagi
menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Oleh itu,
kita perlulah bersatu padu dan sentiasa hidup dalam
harmoni.
15
MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI : DIS 2020
JABATAN : PERDAGANGAN
KURSUS : DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
KELAS : DPM1B
PENSYARAH : PN SITI NADIAH BT MOHD SADALI @ SALIM
PELAJAR : 1) NUR AMIRA HUSNA BT AHMAD RUZAINI (15DPM20F2030)
2) ANNISA SYAZRIN BT MOHAMAD SHUHAIMIN (15DPM20F2012)
Burung merpati di atas kaca,
Terus berkicau sampai pagi,
Terima kasih sudah membaca,
Semoga ilmunya bermanfaat bagi diri