The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaila.megatkhas, 2018-03-06 20:44:10

NOTA PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN

PENGAJIAN AM P2

PROGRAM
TRANSFORMASI
KERAJAAN (GTP)

PENGENALAN GTP

• Program GTP diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
April 2009.

• GTP dirangka untuk mempercepat prestasi
negara ke arah mencapai matlamat
Wawasan 2020

• GTP sejajar dengan konsep 1Malaysia
• Perdana Menteri telah mengumumkan

bahawa ada 6 NKRA untuk GTP.
• GTP seiring dengan Mdel Ekonomi Baru dan

RMK10

OBJEKTIF GTP

1. Menjadikan kerajaan sebuah entiti
yang lebih efektif dan bertanggungjawab

2. Menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju, bersatu-padu, selamat dan
adil dengan kualiti yang tinggi untuk
semua

FASA GTP

Fasa 1 ( 2010-2012 )

• GTP 1.0 memainkan peranan penting
dalam membantu kerajaan mengukur
keberkesanan terhadap pendekatan
yang disasarkan dan membantu pihak
kerajaan untuk lebih memahami
bagaimana cara terbaik untuk
mencapai sasaran bagi keseluruhan
GTP.

FASA GTP

Fasa 2 ( 2012-2015 )

• GTP 2.0 yang secara rasminya
bermula pada 2013, menyasarkan
untuk memperdalamkan dan
meningkatkan inisiatif transformasi
yang dimulakan pada fasa pertama.

FASA GTP

Fasa 3 ( 2015 -2020 )

• Fasa terakhir GTP, yang akan
dijalankan akan memanfaatkan
perubahan yang dihasilkan oleh
dua fasa sebelumnya untuk
mewujudkan struktur pentadbiran
inovatif yang menjadi pusat
kepada rakyat.

MEMANGKINKAN GTP MELALUI
KONSEP 1 MALAYSIA

1. Ekonomi dan perpaduan di bawah 1
Malaysia

* menjalin kerjasama dan penyertaan
yang sebenar dalam perusahaan
perniagaan untuk pasaran luaran dan
domestic dengan menumpukan produk
dan perkhidmatan yang memanfaatkan
kepelbagaian kita.

MEMANGKINKAN GTP MELALUI
KONSEP 1 MALAYSIA

* merangka Brain Gain yang lebih
berkesan dan menyediakan persekitaran
yang lebih kondusif untuk menarik tenaga
mahir, merangkum orang Malaysia dan
Bukan Malaysia.

MEMANGKINKAN GTP MELALUI
KONSEP 1 MALAYSIA

2. Pendidikan dan Perpaduan di bawah 1
Malaysia

* Menganugerahkan biasiswa
kebangsaan kepada pelajar berprestasi
tinggi,secara ketatnya berdasarkan merit
untuk menyambung pengajian di
universitI antarabangsa dan terkemuka.

3. Menggalakan Interaksi Sosial di Bawah 1
Malaysia

* Rukun Tertangga telah memberi
tumpuan terhadap penggalakan
semangat kejiranan, membantu dalam
kawalan kejiranan dan menggalakan
pelbagai aktiviti komuniti, alam sekitar,
ekonomi dan sosil.

* Program Latihan Khidmat Negara telah
melibatkan belia daripada semua latar
belakang dalam kem selama 3 bulan serta
persekitaran kerja sosial.

4. Mengurus Polariti Agama dan Budaya di
bawah 1 Malaysia

* Apabila rakyat Malaysia dari pelbagai
kepercayaan berinteraksi rapat di tempat
kerja, sekolah dan suasana social
menyebabkan perselisihan faham dan
pertengkaran kecil berlaku.

* oleh itu,kerajaan harus mengambil
maklum tentang potensi risiko perselisihan
faham yang akan timbul daripada polariti
agama dan budaya. Usaha-usaha harus
diambil untuk mengalakkan permahaman
yang lebih dalam kalangan pelbagai
kumpulan

5. Menggalakan dan Mengamalkan Politik 1 Malaysia
yang Inklusif

* Sejajar dengan semangat 1Malaysia dan
supaya 1Malaysia boleh berjaya,terdapat
keperluan segera untuk semua parti
politik,sama ada berasaskan kaum,agama
atau berbilang kaum, ahli politik untuk
bergerak ke arah politik yang lebih inklusif

(Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”,
yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua

* Semua pihak hendaklah menitikberatkan
isu am yang memberikan kesan kepada
semua rakyat malaysia dan menggunakan
nilai sejagat daripada melaungkan perbezaan
kaum,agama dan wilayah

6.Menggalakan Media 1 Malaysia yang
inklusif

* Dengan Perkembangan pesat media
cetak dan media elektronik dalam bahasa
Malaysia, Cina dan Inggeris,Media malaysia
mencerminkan kepelbagaian Malaysia.

* Oleh itu, pelbagai pihak perlu
memulakan,menerap dan menghayati suatu
komitmen terhadap kewartawanan yang
bercorak profesional , suatu perasaan
kebertanggungjawaban dan kawal diri
dengan sifat sensitif terhadap pelbagai
pandangan dan perasaan pelbagai komuniti
di Malaysia

PELAKSANAAN GTP

• Kerajaan membentuk GTP adalah kerana kerajaan
memerlukan kaedah baharu unuk melaksanakan
tanggungjawabnya.

• Kerajaan juga berhasrat untuk menyampaikan
keberhasilan yang ketara dengan cepat.

• Transformasi sebenar memerlukan perubahan asas
untuk mengubah cara kerja dilaksanakan.

• Oleh itu, kerajaan menggunakan kaedah “enjin
transformasi” yang bermula dengan proses
pencarian idea terbaik kemudian terus melangkah
dengan pantas ke arah pelaksanaan.

• Untuk membina momentum,GTP memberikan
tumpuan terhadap NKRA terpilih kerana kerajaan
perlu menetapkan prioriti terhadap fokus dan
tindakan.

BIDANG KEBERHASILAN
NEGARA(NKRA)

Tindakan Berimpak Tinggi untuk mencapai NKRA

NKRA Pertama – Mengurangkan Jenayah

Agensi peneraju: Polis Diraja Malaysia, Majlis
Pebandaran:

Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kadar
jenayah melalui beberapa tindakan yang tertumpu
kepada penyampaian tiga keberhasilan iaitu:

i) Pengurangan indeks jenayah yang dilaporkan
secara menyeluruh, dengan tumpuan kepada
jenayah jalanan;

ii) Mempertingkatkan persepsi awam tentang
keselamatan, khususnya menerusi
kesukarelawanan

BIDANG KEBERHASILAN
NEGARA(NKRA)

NKRA kedua - Membenteras rasuah

Agensi pelaksana: Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia

i) Meraih semula keyakinan terhadap
agensi pengawalseliaan dan
penguatkuasaan;

ii) Mengurangkan ketirisan dana dalam
perolehan Kerajaan;

iii) Menangani rasuah besar.

NKRA ketiga-Mempertingkatkan pencapaian
pelajar

Agensi pelaksana: Pejabat Pelajaran Daerah

i) Memastikan semua kanak-kanak berupaya
menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun pendidikan;

ii) Membangunkan sekolah berprestasi tinggi
dan mempertingkatkan prestasi semua
sekolah dalam system

iii) Mempertingkatkan dengan ketara prestasi
guru besar dan pengetua melalui
pengurusan prestasi.

NKRA keempat -Mempertingkatkan
infrastruktur luar bandar

Agensi pelaksana: Pejabat Daerah Kuala
Kangsar

i) Menggunakan kaedah penyampaian yang
inovatif, cepat, dan kos yang rendah

ii) Memperbaiki proses administrasi sedia ada
bagi mengurangkan masa yang diperlukan

NKRA kelima - Mempertingkatkan taraf
kehidupan isi rumah berpendapatan rendah

Agensi pelaksana: Pejabat Daerah K Kangsar

i) Menyeragamkan takrifan kumpulan
berpendapatan rendah;

ii) Melaksanakan bebebrapa inisiatif
berimpak tinggi dengan segera dan
membuat persediaan bagi tindakan
jangka panjang;

iii) Meletakkan penggerak bagi memastikan
penyampaian inisiatif.

NKRA keenam – Menangani kos sara hidup

i) Kerajaan telah memperluaskan program
bantuan untuk membantu pelajar dengan
kos pendidikan menerusi pemberian
baucar buku, pembayaran bantuan tunai
RM100 dan BR1M

ii) Inisiatif-inisiatif seperti Menu Rakyat
1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia,
Kedai Rakyat 1Malaysia, Kebajikan Rakyat
1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia dan
Kedai Kain 1Malaysia akan terus
dilaksanakan dalam GTP 2.0.

• NKRA GTP

PETUNJUK PRESTASI UTAMA
(KPI)

DEFINISI :

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah sistem
pengukuran yang mudah, berkesan ,dan
membantu organisasi menjelaskan dan
mengawal tahap kemajuan sesuatu proses
perkhidmatan yang disampaikan kepada
pelanggan selaras dengan misi dan visi
organisasi.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA
(KPI)

SEBAB KPI DIPERLUKAN

1. Menjelaskan hala tuju agensi kerajaan
2. Agensi dapat memberikan tumpuan

terhadap bidang-bidang utama kepada
pihak yang berkepentingan
3. Menilai prestasi yang telah disasarkan
semula

Soalan:

1. Terangkan dua objektif Program
Transformasi Kerajaan ( GTP )

2. Jelaskan 4 Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA)

Jawapan:
1. a) Menjadikan kerajaan sebuah entiti yang

lebih efektif dan bertanggungjawab
b) Menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju, bersatu-padu, selamat dan adil dengan
kualiti yang tinggi untuk semua

2. a) Membenteras rasuah
b) Mempertingkatkan infrastruktur luar bandar
c) Mempertingkatkan pencapaian pelajar
d) Mengurangkan Jenayah


Click to View FlipBook Version