SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
13600 SEBERANG PERAI TENGAH,
PULAU PINANG
DIRASMIKAN OLEH :
EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMIL
YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
( PIBG )
20 NOVEMBER 2021
2.30 PETANG
LOKASI MASING-MASING
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1 Isi Kandungan 2
2 Aturcara dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26 3-4
3 Notis Makluman Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26 5
4 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 6
5 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 7-15
6 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020/2021 16
8 Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2020 17
9 Pembentangan dan Perbahasan usul 18
10 Senarai Jawatankuasa PIBG 2020/2021 19
11 Senarai Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2021/2022 20
12 Penghargaan 21
2
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 26 SESI 2020/2021
2:15 Petang : Pendaftaran
2:30 Petang
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Penasihat/ Guru besar
(Pn. Yusniza Bt Yahaya)
Ucapan YDP PIBG
(En. Muhammad Firdaus bin
Jamil)dan
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
SKTI kali Ke -26
Ucapan penghargaan kepada AJK
PIBG Sesi 2020/2021
3:00 Petang : Mesyuarat Agung PIBG SKTI
4:30 Petang kali ke -26
: Penutup
3
AGENDA MESYARAT AGUNG KALI KE -26
SESI 2020/2021
Agenda 1 : Ucapan Penasihat PIBG
Agenda 2 : Ucapan Pengerusi YDP PIBG 2020/2021
Agenda 3 : Membentangkan Dan Mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung Kali ke-2
Agenda 4 : Membentangkan dan Menerima Penyata
Kewangan yang berakhir pada 31 Disember
2020
Agenda 5 : Menerima dan Membahaskan Usul /
Cadangan
Agenda 6 : Pengumuman Pembubaran AJK PIBG Sesi
2020/2021 dan Perlantikan pengerusi
sementara
Agenda 7 : Pelantikan AJK PIBG/PIBK Sesi 2020/2021
Agenda 8 : Perlantikan Juru Audit Sesi 2020/2021
Agenda 9 : Penutup
4
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 2, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
No. Tel : 04-3973570 Faks : 043973570 E-mel : [email protected]
SEKOLAH TRANSFORMASI KOHORT 5
____________________________________________________________________________
Rujukan Kami : Bil (4) dlm. PIBG.SKTI.2021
Tarikh : 16 November 2021
Kepada:
Tuan/Puan,
Semua Ahli Jawatankuasa PIBG
Sk Taman Inderawasih
Tuan/Puan,
NOTIS JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG) KALI KE - 26 SESI
2021/2022 SK TAMAN INDERAWASIH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke -26 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh / Hari : 20 November 2021 ( Sabtu )
Masa : 2:30 petang
Tempat : Lokasi masing-masing
(Secara Google Meet)
3. Memandangkan Malaysia masih dalam situasi pendemik Covid-19, Mesyuarat Agung PIBG akan
dijalankan secara maya. Link Google meet dan kehadiran akan dimaklumkan kemudian.
4. Diharapkan kehadiran tuan/puan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan SK Taman
Inderawasih. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih
Sekian, terima kasih.
“ PIBG PENERAJU KECEMERLANGAN YANG UNGGUL”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMIL)
Yang Dipertua PIBG
SK Taman Inderawasih Sesi 2020/2021
5
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 2, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
No. Tel : 04-3973570 Faks : 043973570 E-mel : [email protected]
SEKOLAH TRANSFORMASI KOHORT 5
________________________________________________________________________
JAWATANKUASA KERJA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TAHUN 2021
TARIKH : 20 NOVEMBER 2021 (SABTU)
PENASIHAT : Pn. Yusniza binti Yahaya
YDP PIBG : En. Muhammad Firdaus bin Jamil
NYDP PIBG : En. Mohd Arnizam bin Abdul Rahman
SETIAUSAHA : Pn. Faizatul Haida binti Abdul Hamid
BENDAHARI : Pn. Wan Noor Azimah binti Mahmad
URUSETIA / BUKU PROGRAM PENGACARA MAJLIS
Pn. Faizatul Haida binti Abdul Hamid Pn. Siti Sara binti Abu Bakar
Pn. Norazliza binti Ibrahim Pn. Amizah bin Osman
Pn. Zaiton binti Ismail
PENGERUSI SEMENTARA BACAAN DOA
En. Firdaus bin Hassan En. Muhammad bin Arshad
JEMPUTAN FOTOGRAFI/DOKUMENTASI
Pn. Faizatul Haida binti Abdul Hamid Pn. Ooi Hui Huang
Semua Guru Kelas Pn. Marini binti Mohamad
Pn. Sarah binti Ahmad
PENDAFTARAN ONLINE (GF)
Pn. Norhaslina binti Omar KIRAAN UNDI
Pn. Sity Zurayda binti Abdul Hamid En. Mohd Adrizan bin Adib
Pn. Rahilah binti Mansor
Pn. Raja Zuriyani binti Raja Yaakub
PENCATAT MINIT MESYUARAT BANNER & SLAID SERTA TEKNIKAL
En. Muhammad Zulhisham bin Zakaria Pn. Wan Noor Azimah binti Mahmad
Pn. Yuhanis binti Mohd Yunus Pn. Che Salina binti Abdul Rahman
Cik Raja Suria a/p Appanna Pn. Zaiton binti Ismail
Pn. Noor Aizahti binti Abdul Wahab Pn. Mazura binti Abdul Razak
Pn. Siti Fatimah binti Bakar
SEMAKAN RUANGAN CHAT
Pn. Haslina binti Ahmad
Pn. Rasidah binti Salleh
Pn. Mahaletchumi a/p Manickam
6
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 25 SESI 2020/2021
SK. TAMAN INDERAWASIH
Tarikh : 27 Februari 2020
Hari : Khamis
Tempat : Dewan SKTI
Masa : 2.30 petang
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Guru Pelatih SK Taman Inderawasih, Ustaz
Mohammad Izhar bin Ishak
Agenda 1 : Ucapan Guru Besar, Puan Yusniza binti Yahaya.
1.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan Naib Yang DiPertua PIBG, Encik Mohd Iqbal bin
Kader Gani, Barisan Pentadbir SK Taman Inderawasih, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru,
dan kepada semua waris dengan ucapan Selamat Datang ke Mesyuarat PIBG kali ke 25.
1.2 Guru Besar juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG 2019 dengan kerjasama
semua guru kerana dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG ke 25 ini walaupun dengan
kekangan masa. Beliau juga memaklumkan bahawa Mesyuarat PIBG kali ini dijalankan
bersama dengan Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan.
1.3 Sebagai Penasihat PIBG sekolah, Puan Yusniza binti Yahaya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada AJK PIBG 2019 kerana telah menjayakan banyak program bagi kejayaan anak-anak
SKTI.
1.4 Puan Guru besar memaklumkan bahawa bermula dari tahun 2019, tidak ada lagi peperiksaan
untuk murid tahun satu, dua dan tiga. Ianya digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
yang bertujuan memberi sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran murid untuk membina dan
membentuk budaya belajar yang bukan berorentasikan peperiksaan. PBD dilaksanakan bagi
mencungkil 3M sepenuhnya . Pihak sekolah dengan kerjasama Guru Pemulihan sedaya upaya
memastikan murid-murid dapat menguasai 3M.
1.6 Guru Besar juga menjelaskan bahawa pentaksiran berasaskan bilik darjah ini diperkenalkan
pada tahun 2011. Tahap penguasaan murid ditentukan dengan menggunakan pentaksiran
7
formatif dan sumatif yang dilaksanakan sepanjang tempoh pembelajaran melalui aktiviti main
peranan, kuiz, saringan, ujian, projek dan ujian topical atau diagnostik.
1.7 Selain dari itu, Guru Besar menyatakan bahawa pentaksiran dapat mencungkil tatacara sosial
murid-murid dan membuat pelaporan keseluruhan oleh guru bagi setiap subjek.
1.8 Puan Yusniza binti Yahaya juga memaklumkan bahawa Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
(PPSR) lebih kepada murid Tahap 2. Ia merupakan pentaksiran yang melibatkan secara
keseluruhan terhadap pencapaian murid-murid yang merangkumi empat komponen
pentaksiran, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPSi) dan pentaksiran Pusat iaitu Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
1.9 Guru Besar juga mengingatkan kepada ibu bapa bahawa menjadi satu kerugian kepada murid-
murid yang ibu bapa tidak menitik beratkan tentang kehadiran murid-murid dalam aktiviti
kokurikulum.kerana adanya penilaian atau markah kehadiran kepada murid-murid. Pentaksiran
Psikometrik pula adalah satu instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur
kecerdasan serta minat dan menguji dan membantu murid-murid menilai kecenderungan dan
potensi murid-murid.
1.10 Guru Besar menyatakan hasrat barisan guru-guru SKTI sentiasa melaksanakan tugas dan
mendidik dengan sedaya upaya berdasarkan KPI guru-guru dan sentiasa memberikan perhatian
kepada semua murid-murid sama ada murid lemah atau cerdik dengan sama rata.
1.11 Guru Besar berharap kerjasama ibu bapa dalam mencapai kejayaan anak-anak atau kemenjadian
anak-anak murid. Beliau juga berterima kasih kepada ibu bapa dan komuniti yang membantu
pihak sekolah dan sarana sekolah sebagai contoh, ibu bapa 3A yang bekerjasama menceriakan
kelas. Selain itu ibu bapa yang sanggup hadir dan meluangkan masa dalam permainan catur dan
memanah yang anak-anak mereka mengambil bahagian.
1.12 Guru Besar mengingatkan para waris yang datang berurusan dengan pihak sekolah perlu ikut
tatacara; lapor diri di pondok pengawal dan dapatkan pas kemudian boleh ke pejabat untuk
berurusan. Beliau juga merayu kepada waris-waris yang menunggang motosikal pada awal pagi
dan waktu pulang supaya tidak memasuki perkarangan sekolah kecuali hari hujan.1.13 Guru
Besar memaklumkan kepada waris mengenai program bacaan Yaasiin dan program pendidikan
moral pada hari Jumaat.
8
1.14 Guru Besar menggalakkan ibu bapa untuk hadir ke sekolah sekiranya ingin mengetahui
perkembangan anak-anak masing-masing.
Agenda 2 : Ucapan Naib Yang Di Pertua PIBG , Encik Mohd Iqbal bin Kader Gani.
2.1 Encik Mohd Iqbal bin Kader Gani, Naib Yang Di Pertua PIBG mengucapkan Selamat Datang
terima kasih kepada semua waris yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25
Bersyukur dengan kehadiran semua waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25.
2.2 Beliau berharap dengan wujudnya kerjasama yang baik antara pihak waris dan pihak guru akan
dapat membuka peluang untuk meningkatkan kemajuan anak-anak. Beliau juga berharap ibu
bapa dan guru dapat menjadi satu keluarga.
2.3 Naib Yang Di Pertua PIBG juga menasihati agar ibu bapa dapat berbincang dengan guru- guru
dan pihak sekolah sekiranya ada ketidakpuasan hati atas aduan anak-anak sendiri.
2.4 Encik Mohd Iqbal bin Kader Gani, sebagai Naib Yang Di Pertua PIBG mencadangkan supaya
Sumbangan Dana UPSR RM 150 untuk program murid-murid tahun 6 ( UPSR ) diteruskan
dan dikekalkan agar program yang dirancang dapat dilaksanakandengan baik.
2.5 Naib Yang Di Pertua PIBG mewakili pihak PIBG memohon maaf daripada barisan AJK PIBG
sesi 2019/2020 sekiranya terdapat ketidaksempuranaan di pihak PIBG.
2.6 Encik Mohd Iqbal bin Kader Gani, merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 dengan
lafaz Bismillahir Rahmaanir Rahim.
Agenda 3 : Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ke-24
3.1 Puan Faizatul Haida binti Abd Hamid selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat
PIBG Kali Ke 24 Sesi 2019/2020 dengan merujuk muka surat 6 hingga 19 buku Mesyuarat
Agung PIBG.
3.2 Minit Mesyuarat PIBG disahkan setelah dirujuk:
Dicadangkan oleh : Encik Mohd Fuad bin Ishak
Disokong oleh : Puan Siti Zaharah binti Kamarudin
Agenda 4 : Perkara Berbangkit – Tiada
4.1 Tiada Perkara Berbangkit
9
Agenda 5 : Membentang Dan Menerima Penyata Kewangan Yang Berakhir Pada 31/12/2019
5.1 Bendahari PIBG, Puan Wan Noor Azimah binti Mahmad membentangkan penyata kewangan
PIBG bagi sesi 2019/2020 yang berakhir pada 31 Disember 2019 dengan merujuk muka surat
21 buku Mesyuarat Agung PIBG.
5.2 Penyata Kewangan disahkan dan diterima setelah dirujuk:
Dicadang oleh : Mohd Fuad bin Ishak
Disokong oleh : Puan Nurul Syahidah binti Mohd Subir
Agenda 6 : Pembentangan dan Perbahasan Usul
6.1 Naib Yang dipertua PIBG, mewakili pihak ibu bapa mencadangkan supaya sumbangan PIBG
RM50 dikekalkan kerana ia adalah sangat berpatutan. Begitu juga dengan sumbangan Dana
Tahun 6 sebanyak RM150 untuk setiap murid juga dikekalkan. Cadangan ini telah disokong
oleh En. Subri Bin Yaacob dan keputusan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.
6.2 Puan Zurayda binti Abdul Hamid, Setiausaha Kokurikulum menyatakan bayaran yang akan
dikenakan untuk murid yang akan terlibat dengan perancangan tahun 2020 seperti berikut:-
1. Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform sebanyak RM 30.
2. Lawatan Kelab STEM ke Entopia Teluk Bahang, Pulau Pinang sebanyak RM 60.
3. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 ke Melaka 3hari 2malam sebanyak RM 250.
4. Kem Jati Diri sebanyak RM 60.
5. Pembelian Kupon Hari Kokurikulum sebanyak RM 10 seorang.
6. Lawatan Pengajaran dan Pembelajaran di Luar Bilik Darjah ke Zoo Taiping
( Tahap 1- Mengenali Haiwan) sebanyak RM 60.
7. Program Bina Sahsiah di Taman Negara Pulau Pinang sebanyak RM 80.
6.2.1 Pn. Zurayda juga memaklumkan bahawa pihak sekolah menerima peruntukan dari kerajaan
sebanyak RM 8 untuk seorang murid. Dengan itu, pihak sekolah memerlukan sokongan ibu
bapa dalam menjayakan setiap program yang dirancang.
10
6.2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa program ke 6 dan ke7 hanya akan dijalankan sekiranya ada
sambutan kerana ianya bukan suatu paksaan kepada semua murid.
Naib Yang Dipertua PIBG, En Mohd Iqbal bin Kader Gani menyokong cadangan Puan
Zurayda binti Abdul Hamid dan dipersetujui oleh semua pihak.
6.3.1 Encik Mohamad Aza Nizam bin Mohd Azmi mencadangkan supaya pihak guru dapat
mengemaskini perkembangan pelajar kepada ibu bapa bagi memastikan prestasi pelajar
meningkat dari masa ke semasa .
6.3.2 Encik Mohamad Aza Nizam bin Mohd Azmi juga memohon supaya diwujudkan komunikasi
yang efektif diantara ibu bapa dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
Guru Besar : Komunikasi melalui Whatsaps atau Group Kelas menyebabkan penyampaian
kurang berkesaan. Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk hadir ke sekolah sekiranya ingin
mengetahui perkembangan anak-anak masing-masing.
6.3.4 Encik Mohamad Aza Nizam bin Mohd Azmi juga memohon supaya kebersihan tandas
dipertingkatkan.
Guru Besar: Pihak ‘cleaner ‘ telah membersihkan tandas 2 kali sehari; pada waktu selepas
rehat dan selepas murid pulang.
6.3.5 Encik Mohamad Aza Nizam bin Mohd Azmi mencadangkan supaya pihak sekolah memantau
harga makanan di kantin supaya tidak terlalu mahal.
Guru Besar : Semua harga yang dijual oleh pihak kantin mengikut sebut harga yang
ditawarkan seperti senarai harga yang diberi oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang (JPNPP). Ia disemak oleh guru bertugas, guru kantin dan Penolong Kanan HEM.
6.3.6 Encik Mohamad Aza Nizam bin Mohd Azmi juga mencadangkan supaya sumbangan PIBG
dikurangkan.
Guru Besar : Kutipan yuran PIBG dibuat berdasarkan usul dan persetujuan waris secara
mesyuarat agung. Oleh itu, cadangan untuk mengurangkan yuran boleh dibuat tahun
berikutnya.
6.4.1 Encik Khairul Anwar bin Abidin mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan almari
atau bekas untuk menyimpan buku latihan atau tulis di sekolah.
Guru Besar : Telah diusulkan oleh PIBG tetapi tidak mendapat sambutan dari waris
apabila dikenakan bayaran. Inovasi yang dibuat ialah menempatkan rak di kelas tahun 1
dan tahun 2.
11
6.4.2 Encik Khairul juga memohon supaya guru mengurangkan kerja sekolah murid mengikut
keperluan murid.
Guru Besar : Kerja sekolah diberikan oleh guru adalah untuk latihan pengukuhan dan
setiap guru hanya memberi tugasan mengikut tahap penguasaan murid dan diberi masa
untuk selesaikannya.
6.4.3 Encik Khairul juga memohon supaya buku aktiviti dan buku tulis dapat digunakan sepenuhnya
hingga akhir tahun.
Guru Besar : Buku aktiviti dan buku tulis digunakan oleh guru sepanjang tahun mengikut
tajuk-tajuk pengajaran guru.
6.4.4 Encik Khairul juga memohon supaya guru lebih prihatin pada murid yang lemah dan tidak
mengambil sikap pilih kasih.
Guru Besar : Sebagai pendidik, kami warga guru menganggap semua murid yang
diamanahkan sebagai tanggungjawab untuk memastikan murid mendapat mempelajari,
menguasai, membimbing, membantu, dan mendidik murid hingga berjaya menguasai satu-
satu bidang. Kami sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang adil kepada semua
murid kerana setiap murid perlu dilaporkan prestasi mereka.
6.5.1 Puan Noor Iliana binti Wan Ilias mencadangkan supaya buku teks diletakkan di dalam kelas.
Guru Besar : Buku teks boleh ditinggalkan di bawah meja, sekiranya berlaku kehilangan
atau kerosakan pihak ibu bapa perlu menggantinya semula kerana ianya dibawah
tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. Oleh itu, murid dinasihatkan membawa buku
mengikut jadual waktu.
AGENDA 6 : Pengumuman Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
6.1 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019 diumumkam oleh En. Mohd Iqbal bin Kader Gani
selaku NYDP PIBG.
6.2 Encik Khairudin bin Zainal Rashid menjadi pengerusi sementara bagi mengendali majlis
perlantikan AJK PIBG sesi 2020/2021.
AGENDA 7 ; Perlantikan AJK PIBG/PIBK Sesi 2020/2021
7.1 Pelantikan AJK PIBG dijalankan mengikut kiraan undi terbanyak.
Yang Dipertua PIBG : En. Muhammad Firdaus bin Jamil
Dicadangkan oleh : Pn. Noor Izzati Natasha binti Mohamad Dasuki
Disokong oleh : Sebulat suara.
12
Naib Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Arnizam bin Abdul Rahman
Dicadangkan oleh : Pn. Nurul Shahida binti Mohd Subir
Disokong oleh : Sebulat suara.
Setiausaha PIBG : Pn. Faizatul Haida binti Abd Hamid
Naib Setiausaha : Pn. Sarah binti Ahmad
Bendahari PIBG : Pn. Wan Noor Azimah binti Mahmad
AJK PIBG Wakil Guru 1. En. Mohd Adrizan bin Adib
2. En. Firdaus bin Hassan
3. En. Mohamad Hassan bin Md Isa
4. Pn. Haslina bt Ahmad
5. Cik Raja Suria a/p Appanna
AJK PIBG Wakil Ibubapa
1) : En. Haszari bin Hashim
Dicadangkan oleh : En. Ahmad Fuad bin Ishak
Disokong oleh : Pn. Siti Sarah
2) : Pn. Salasawati binti Sulaiman.
Dicadangkan oleh : Pn. Wan Noor Azimah binti Mahmad
Disokong oleh : En. Ahmad Fuad bin Ishak
3) : En. Kanagarajah a/l Marimuthu
Dicadangkan oleh : Pn. Zaiton binti Ismai
Disokong oleh : En. Mohd Adrizan bin Adib
13
4) : Pn. Norinah binti Nasirin
Dicadangkan oleh : Pn. Norhaslina binti Omar
Disokong oleh : Pn. Faizatul Haida binti Abd Hamid
5) : En. Zaid bin Zakaria
Dicadangkan oleh : En. Muhammad Firdaus bin Jamil
Disokong oleh : En. Ahmad Fuad bin Ishak
6) ; Pn. Alice a/p Iruthayam
Dicadangkan oleh : Pn. Meliza binti Utami
Disokong oleh : Pn. Muna Suliana binti Mansor @ Din
Pemeriksa Kira-kira 1. Pn. Rasidah binti Salleh (Wakil Guru)
2. En. Mohd Fuad bin Ishak (Wakil Ibubapa)
Dicadang oleh : En. Azali bin Hashim
Disokong oleh : En. Subri bin Yaacob
AGENDA 10 : Ucapan Penangguhan
10.2 Guru besar megucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK yang baru dilantik dan diharap
dapat menjalankan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik. Beliau juga
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang mesyuarat dijalankan.
Guru besar juga mengingatkan agar pihak waris yang mempunyai permasalahan perlu ke
pejabat untuk berhubung dengan pihak pentadbiran.
14
15
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
SESI 2020/2021
1. Majlis Bacaan Yassin Mingguan secara Google Meet
2. Sumbangan Tong Kitar Semula dari
Pn. Retana Devi a/p Samsundar
3. Sumbangan Face Shield dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang
4. Sumbangan Face Shield dari Kelab Kebajikan Guru dan
Staf SKTI
5. Sumbangan Dettol dari Syarikat Star Fortuna Global
6. Sambutan Air Minuman Isotonic dan Roti oleh Mutiara Food
7. Sumbangan Biskut Nestle oleh Mutiara Food
8. Sumbangan Kipas oleh Pn. Siti Sara binti Abu Bakar
9. Sumbangan Kipas oleh Pn. Faridah binti Ahmad
16
PIBG SK TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI, PULAU PINANG.
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
PERKARA RM PERKARA RM
Baki di Penyata Bank 2459.20 Mesyuarat Agong Tahunan 1000.00
01.01.2020 Sewa Penapis Air Coway (Jan-Dis) 1584.00
Baki Tunai di Tangan 220.90 Sewa Mesin Fotostat (Jan-Nov) 1350.00
01.01.2020 Caj Bank (issued cheque charges)
Sumbangan PIBG 7850.00 Bank S/Charges 1.50
SSPN 4.00 20.00
Baki AGM
Dari tunai di tangan 300.00
100.00
Akaun Tumpang
Bayaran Tuisyen ZAKAT 5450.00 Jumlah Perbelanjaan 3955.50
Baki di Penyata Bank 12207.70
Baki Tunai di Tangan
220.90
JUMLAH BESAR 16384.10 16384.10
BAHAWA KAMI TELAH MEMERIKSA PENYATA INI DAN MENGESAHKAN IANYA ADALAH BETUL.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
WAN NOOR AZIMAH RASIDAH SALLEH AHMAD FUAD ISHAK MUHAMMAD FIRDAUS
BINTI MAHMAD BIN JAMIL
Bendahari PIBG SKTI
Juruaudit 1 PIBG SKTI Juruaudit 2 PIBG SKTI YDP PIBG SKTI
17
PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL/ CADANGAN
BIL PEMBAWA USUL USUL/CADANGAN NAMA ANAK/TAHUN
1. En. Muhammad 1. Tegas dalam SOP Noraleya Yasmeen binti
Haiqal bin Yusaini yang ditetapkan Muhammad Haiqal
.
Tahun: 5 Alfa
18
SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 2, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
No. Tel : 04-3973570 Faks : 043973570 E-mel : [email protected]
SEKOLAH TRANSFORMASI KOHORT 5
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
PENASIHAT : PN YUSNIZA BINTI YAHAYA
PK PENTADBITAN : EN. ROSEMADI B AHMAD @ OMAR
PK HEM : EN. MOHAMMAD BIN ARSHAD
PK KOKURIKULUM : EN. MOHD AZNI B. MOHD EUSOFF
YDP PIBG : EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMIL
NYDP PIBG : EN. MOHD ARNIZAM BIN ABDUL RAHMAN
SETIAUSAHA PIBG : PN. FAIZATUL HAIDA BINTI ABD HAMID
SETIAUSAHA PIBK : PN. HASLINA BINTI AHMAD
BENDAHARI : PN. WAN NOOR AZIMAH BINTI MAHMAD
AJK GURU :
1) EN. MOHD ADRIZAN BIN ADIB 3) PN. SARAH BINTI AHMAD
2) EN. FIRDAUS BIN HASAN 4) CIK RAJA SURIA A/P APPANNA
AJK PIBG AJK PIBK
1. EN. HASZARI BIN HASHIM 1. EN. ZAID BIN ZAKARIA
2. EN. KANAGARAJAH A/L MARIMUTHU 2. PN. SURYANI BINTI MOHD HADZIR
3. PN. NORINAH BINTI NASIRIN. 3. PN. SALASAWATI BINTI SULAIMAN
4. PN. ALICE A/P IRUTHAYAM
JURU AUDIT: PN. RASIDAH BINTI SALLEH & EN. AHMAD FUAD BIN ISHAK
19
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 2, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
No. Tel : 04-3973570 Faks : 043973570 E-mel : [email protected]
SEKOLAH TRANSFORMASI KOHORT 5
________________________________________________________
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
PENASIHAT : ENCIK NASRUDDIN BIN ABD RASHID
PK PENTADBITAN : EN. ROSEMADI B AHMAD @ OMAR
PK HEM : EN. MOHAMMAD BIN ARSHAD
PK KOKURIKULUM : EN. MOHD AZNI B. MOHD EUSOFF
YDP PIBG : __________________________________________
NYDP PIBG : __________________________________________
SETIAUSAHA PIBG : PN. FAIZATUL HAIDA BINTI ABD HAMID
SETIAUSAHA PIBK : PN. HASLINA BINTI AHMAD
BENDAHARI : PN. WAN NOOR AZIMAH BINTI MAHMAD
AJK GURU :
1) EN. MOHD ADRIZAN BIN ADIB 3) PN. SARAH BINTI AHMAD
2) EN. FIRDAUS BIN HASAN 4) CIK RAJA SURIA A/P APPANNA
AJK PIBG AJK PIBK
1. _________________________________ 1. __________________________________
2. _________________________________ 2. __________________________________
3. _________________________________ 3. __________________________________
4. _________________________________
JURU AUDIT DALAMAN : PUAN MARINI BINTI MOHAMED
JURU AUDIT LUARAN : ___________________________________
20
PENGHARGAAN
SEKALUNG PENGHARGAAN
DAN
RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN
KEPADA:
BARISAN JAWATANKUASA PERSATUAN
IBU BAPA & GURU (PIBG) 2020/2021
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG
PIBG 2020/2021
INDIVIDU-INDIVIDU PERSEORANGAN
IBU BAPA DAN WARIS MURID SKTI
SERTA
SEMUA PIHAK YANG TELAH MENYUMBANG
MASA DAN TENAGA
21