MAHASISWA SIHAT, HIDUP SEJAHTERA
KATAKAN
TIDAK
PADA BAHAN
TERLARANG
JAUHKAN DIRI DARI MENGAMBIL BAHAN YANG TERLARANG
ELAKKAN DIRI DARI MENJADI
MAHASISWA YANG TIDAK BERGUNA
IKHWAN AKMAL AIMAN SAZALI AIMAN ARIFFIN
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PENGENALAN
2-3
FAKTOR IBU BAPA 4-5
6-7
FAKTOR RAKAN 8-11
12-13
FAKTOR KENDIRI 14-18
19
KESAN EMOSI 20
KESAN FIZIKAL
CARA MENGATASI
KESIMPULAN
SIDANG EDITOR
PENGENALAN
Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan degan
golongan remaja.Antara bahan yang sering disalahgunakan
ialah rokok, ubat-ubatan, alkohol,ubat batuk dadah dan
sebagainya.Perbuatan menyalahgunakan bahan terlarang ini
adalah salah dari segi agama dan undang-undang.Hal ini
kerana ,bahan yang digunakan dalam proses pembuatannya
itu adalah sangat berbahaya oleh kerana ia boleh
memudaratkan diri sendiri dan orang lain tetapi bahan yang
sering diambil oleh para remaja zaman kini ialah
dadah.Dadah ini juga terdapat beberapa jenis seperti
Kokain,Ectasy,Cyrstals,Mortin,Heroin dan buah popi.
Pada masa kini terdapat banyak kes yang melibatka pelajar
dapat IPT sendiri sudah terjebak dalam dunia dadah.Hal ini
kerana terdapat ramai pelajar IPT kini sudah memiliki masalah
jenayah dan diri mereka menjadi anti-sosial kerana apabila
mereka sudah mula mengambil dadah mereka menjadi
mabuk,0tid4ak banyak bercakap, badan semakin kurus dan
sebagainya. Oleh itu ,perbuatan yang tidak bermoral ini
adalah sangat dituntut untuk semua lapisan masyarakat
terutamanya pelajar-pelajar yangkini masih di alam remaja
agar tidak melibatkan diri dalam proses jual beli dadah dan
apa sahaja berkaitan dengan dadah.
1
FAKTOR ibu bapa
TERDAPAT BEBERAPa FAKTOR YANG
MENJADI PUNCA KEPADA penyalahgunaan
bahan terlarang dalam kalangan
pelajar ipt
Kurang Perhatian Kurang didikan
Ibu Bapa agama dari ibu
bapa
Tidak mendapat
pendedahan
awal
2
Faktor
IBU BAPA
Kurang Perhatian Ibu Bapa
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja telah menjadi
punca utama anak-anak merasakan diri mereka diabaikan, hal
ini akan memberi kesan pada anak-anak apabila mereka sudah
melangkah ke alam IPT.Apabila diri mereka terabai maka akan
bermulalah detik-detik untuk mendekatkan diri dengan bahan-
bahan terlarang seperti alkohol,tembakau ,kokain,dadah
perangsang dan lain-lain lagi.
Kurang Didikan Agama
Pendidikan sejak dari kecil amatlah penting kerana bak kata
perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa adalah
tonggak utama dalam membentuk anak-anak,oleh
itu ibu bapa
haruslah memberi didikan agama agar anak-anak akan mengetahui
apa yang baik apa yang buruk apabila mereka mula meningkat
dewasa,terutamanya apabila mereka mula masuk kealam menara
gading.Oleh itu,ilmu agama dari kecil itu adalah amat penting untuk
masa depan anak.
Tidak Mendapat Pendedahan Awal
Ibu bapa itu sendiri yang tidak mendapat ilmu awal tentang apa
itu bahan terlarang hal ini menyebabkan anak-anak sudah tiada
pendedahan awal ia akan menyebabkan mereka mula untuk
meneroka dan mencuba bahan yang terlarang dan membuatkan
diri mereka mula untuk terjebak dalam lembah maut dek kerana
tidak ada pendedahan awal tentang bahan yang terlarang
sebagai contoh ganja,inhlan,alkohol dan lain-lain.
3
PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT
GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
FAKTOR
RAKAN
TERPENGARUH
DENGAN RAKAN
SEBAYA
TERCABAR DENGAN
CABARAN RAKAN
4
FAKTOR
Rakan
Terpengaruh dengan rakan
sebaya
Rakan sebaya adalah merupakan salah satu faktor
penting yang menjadi penyumbang kepada diri
seseorang individu terutamanya untuk terjebak dalam
dadah. Hal ini kerana, rakan merupakan orang yang
terdekat kepada remaja apabila mereka berada di IPT.
Oleh hal yang demikian, mereka akan terikut dan
melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan mereka
tanpa menyedari akan keburukan pengambilan bahan
terlarang seperti dadah. Tambahan pula, terdapat
beberapa kes dimana jika rakan tidak mahu mengikuti
perbuatan buruk tersebut maka individu itu akan
disisihkan oleh rakan-rakan sebaya yang lain.
TERCABAR DENGAN CABARAN RAKAN
SEBAYA
Suka akan cabaran dari rakan ini turut akan memberi
pengaruh yang negatif kepada diri individu dek kerana
ada sikap tidak mahu mengalah walaupun dalam perkara
yang buruk seperti diri dicabar oleh rakan untuk
mencuba mengambil dadah. Hal ini kerana remaja yang
semakin meningkat dewasa mula memiliki sikap pantang
dicabar, oleh itu mereka akan cuba mengambil dadah
untuk menyahut cabaran. Selain itu, mereka turut berasa
puas hati jika apa yang dicabar dapat dilakukan, hal ini
kerana apabila remaja berada di kampus IPT masing-
masing mereka akan berjauhan dari pantaun ibu bapa,
oleh itu mereka boleh melakukan apa sahaja termasuklah
mengambil bahan terlarang bersama rakan di kampus
IPT.
5
FAKTOR KENDIRI
1. 2. 3.
Suka dengan Suka akan Cuba untuk
cabaran yang lari dari
sesuatu yang masalah
diberikan
baru
Gejala Keruntuhan Akhlak
PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
6
FAKTOR KENDIRI
SUKA SESUATU YANG BARU
Sikap suka mencuba ini tidak asing lagi dengan sikap remeja zaman kini dimana mereka akan
mencuba benda yang baru demi kepuasan diri sendiri. Sikap mencuba ini tidak salah jika ingin
mencuba perkara yang dapat memberi kebaikkan kepada j diri sendiri tetapi segelintir remaja
yang kini kian meningkat usia mempunyai sikap ingin mencuba perkara yang dilarang seperti
mencuba untuk mengambil dadah, mencuba untuk meminum arak dan sebagainya. Hal ini
membuatkan remaja yang berada di IPT akan mula untuk tergolong dalam golongan suka
mengambil dadah dan sebagainya.
SUKA AKAN CABARAN
Cabaran ialah salah satu perkara yang akan mendorong diri seseorang itu untuk melakukan
sesuatu sehingga cabaran itu dilaksanakan sehingga berjaya. Diri sendiri akan memberi
pengaruh yang kuat dek kerana ada sikap pantang dicabar dalam diri. Oleh itu, sikap ini
akan membawa seseorang itu terjerumus ke lembah maut dimana diri mereka mula untuk
menyahut cabaran untuk mencuba mengambil dadah. Oleh yang demikian suka akan
cabaran ini juga akan membawa kesan yang negatif pada diri seseorang.
CUBA UNTUK LARI DARI MASALAH
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Tetapi bagi segelintir pelajar yang kini berada di IPT
cuba untuk lari dari masalah yang dihadapi. Mereka akan cuba untuk mengambil bahan terlarang
seperti dadah, supaya diri mereka akan menjadi khayal dan mereka tidak lagi perlu berfikir tentang
masalah yang dihadapi. Dengan menganggap mengambil dadah boleh membuatkan diri lari dari
masalahlah mereka cuba untuk mengambil dan terus terjebak dalam dunia dadah.
Walaubagaimanapun, diri ini adalah salah satu pengaruh yang agak besar untuk mendorong
sesorang mengambil bahan terlarang.
7
KESAN EMOSI
MENGALAMI MENGALAMI MENGALAMI
KEKELIRUAN PERUBAHAN PERUBAHAN
IDENTITI EMOSI EMOSI
8
KESAN
emosi
MENGALAMI KEKELIRUAN IDENTITI
Akibat kemajuan yangA dicapai dan cabaran
globalisasi yang menghimpit sebahagian pelajar IPT
terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereke
ke arah kerosakkan diri. Apabila mereka mula
mengambil bahan terlarang seperti dadah, alkohol
dan lain-lain, maka kesan dari pengambilan bahan-
bahan tersebut akan memberi kesan yang buruk
pada emosi seseorang dan akan menyebabkan
pelajar tersebut mengalami halusinasi, berkhayal,
menghadapi penyakit mental dan hal ini akan
membuatkan diri mereka berasa keliru dengan
identiti diri.
9
KESAN
emosi
MENGALAMI PERUBAHAN EMOSI
Apabila pelajar mula mengambil bahan yang
dilarang mereka turut akan mengalami kesan
dari segi perubahan emosi yang pada mulanya
seseorang itu ceria dan gembira sepanjang
hari, tetapi apabila terjebak dalam pengambilan
bahan terlarang ini ia akan menyebabkan diri
individu tersebut menjadi suram, jiwa tidak
tenteram dan harinya penuh dengan
kemarahan. Hal ini kerana kesan daripada
pengambilan bahan terlarang itu adalah sangat
kuat dan mampu mengubah diri seseorang itu
dari positif menjadi negatif.
10
KESAN
emosi
EMOSI DIRI MENJADI TIDAK TENTERAM
Emosi ini satu perkara yang penting dalam diri
setiap individu. Terutamanya emosi pelajar yang
mengambil dadah, hal ini dapat memberi kesan
yang besar pada emosi mereka kerana kesan dari
dadah itu sendiri sangatlah berbahaya seperti
membuatkan seseorang menjadi tidak stabil dari
segi emosi dan mental. Emosi orang yang
mengambil dadah ini akan menjadi tidak tenteram
akibat dari mengambil bahan terlarang dek kerana
terlalu taksub dengan keghairahan bahan
terlarang tersebut.
11
JAUHI
DADAH
KESAN
FIZIKAL
Tubuh Badan Tidak suka ke
tidak Bermaya Kelas
GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
12
KESAN: FIZIKAL
TUBUH BADAN TIDAK BERMAYA
Tubuh akan kian tidak bermaya apabila
seseorang pelajar itu mula terjebak dalam
dunia bahan terlarang, hal ini membuatkan
diri mereka menjadi lesu, muram, letih dan
tidak suka bercampur dengan orang ramai.
Hal ini kerana, bahan terlarang itu memiliki
kandungan yang mampu melemahkan sistem
tubuh badan seseorang, oleh itu ia akan
menyebabkan pelajar yang sedang belajar
di IPT akan menjadi lesu dan malas dalam
membuat sesuatu kerja. Paras rupa mereka
yang mengambil bahan terlarang itu juga
akan berubah menjadi kian merosot dan
tidak ceria.
TIDAK SUKA KE KELAS
Apabila tubuh badan mereka mula tidak bermaya
untuk melakukan kerja maka mereka juga akan
menjadi tidak suka untuk menghadirkan diri ke
kelas. Hal ini kerana, tubuh bahan mereka sudah
menjadi lesu dan semakin merosot dek kerana
telah menyalahgunakan bahan terlarang seperti
mengambil dadah, mengambil dose ubat yang
berlebihan, alkohol dan sebagainya. Hal ini akan
memberi kesan pada peratusan kehadiran pelajar
ke kelas dan akan menyebabkan diri mereka akan
disoal oleh penyarah kerana tidak hadir ke kelas
dengan kerap. Oleh itu, pengaruh bahan terlarang
ini sangat berbahaya
13
CARA MENGATASI
MENJALANKAN GAYA PIHAK KPT MENGAMBIL
HIDUP SIHAT DI IPT TINDAKAN
MENGADAKAN CERAMAH
AADK DI KAMPUS
14
MENJALANKAN GAYA
HIDUP SIHAT DI IPT
Amalkan gaya hidup seharian yang sihat dimana
para pelajar boleh melakukan aktiviti riadah di
masa lapang, membuat perkara yang dapat
memberi kesan yang positif pada diri supaya
terthindar dari masalah penyalahgunaan bahan
terlarang. Cuba untuk sibukkan diri dengan
kehidupan yang sihat agar tidak akan timbul isu
pelajar mengambil dadah, pelajar mabuk dan
sebagainya. Hal ini kerana, jika jadual kendiri
penuh dengan perkara yang bermanfaat maka
tidak akan ada ruang dan peluang untuk individu
itu untuk mengambil dadah dan
menyalahgunakan bahan-bahan terlarang.
15
PIHAK KPT MENGAMBIL
TINDAKAN
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) harus mengambil tindakan
ke atas mana-mana pelajar IPT yang terjebak dalam masalah
mengambil bahan terlarang. Hal ini kerana, apabila terdapat
orang atasan yang akan mengambil tindakan seperti
memberhentikan pelajar tesebut, menggantung semester
pelajar tersebut dan sebagainya, ia akan membuatkan pelajar
IPT yang lain akan berasa takut untuk mengambil bahan
terlarang dek kerana takut pelajarannya akan diberhentikan
atau digantung.
16
MENGADAKAN CERAMAH
AADK DI KAMPUS
Mengadakan ceramah AADK di semua kampus IPT. Hal ini
sangatlah perlu kerana walaupun pelajar yang berada di
IPT ini sudah boleh berfikir matang tetapi mereka masih
kurang pendedahan tentang keburukan pengambilan
bahan terlarang. Oleh itu, ceramah AADK ini sangatlah
memberi kesan yang positif kepada para pelajar oleh
kerana pihak AADK akan menerangkan semua perkara
dengan lebih jelas. Pendedahan yang lebih jelas akan
membawa kesan yang besar pada diri seseorang oleh
kerana minda pelajar sudah terbuka dan boleh menilai
yang mana baik dan yang mana tidak.
18
KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan dari sini ialah penyalahgunaan bahan
terlarang ini adalah sangat merbahaya kerana ia akan memberi kesan
yang memudaratkan diri setiap individu yang telah mengambil bahan
terlarang ini. Selain itu, dengan adanya media sosial di zaman kini sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab marilah sama-sama kita berganding
bahu untuk sama-sama membanteras masalah remaja terutamanya
pelajar IPT ini dari dalam golongan anak bangsa yang tidak berguna.
Disamping itu, apabila terjadinya kes pelajar IPT mengambil bahan yang
terlarang ia akan memundurkan sistem pendidikan di Malaysia kerana ada
segelintir pihak yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa
menghiraukan kesan jangka masa panjang pada negara. Hal ini kerana
remaja kini telah terpengaruh dengan faktor-faktor yang telah
diterangkan sebelum ini. Dengan ini, gelaja keruntuhan akhlak dari segi
penyalahgunaan bahan terlarang ini adalah sangat tidak baik dek kerana
ia tidak mampu untuk memberi sedikit manfaat kepada para pelajar
SIDANG EDITOR
AIMAN ARIFFIN
BIN ALI
17DIB20F2018
MUHAMMAD AIMAN
BIN SAZALI
17DIB20F2019
MUHAMMAD IKHWAN
AKMAL BIN MOHD SOFIAN
17DIB20F2021
20
HAK CIPTA TERPELIHARA
SEMENANJUNG RM39.70
SABAH SARAWAK RM 42.90