“PPU MENGGILAP JATI DIRI BERKUALITI”
• PTE SMK Sultan Alauddin mula ditubuhkan pada tahun
1977 dalam aliran kemanusiaan dan pada tahun 1978 pelajar
perintisnya mengambil peperiksaan STPM.
• Pada peringkat awal penubuhan, bilangan kelas Tingkatan
Enam adalah dua buah kelas sahaja iaitu satu kelas 6 bawah
dan satu kelas 6 atas.
• Mulai tahun 2007, bilangan kelas Tingkatan Enam telah
bertambah kepada kepada enam buah kelas dengan 4 pakej
subjek ditawarkan.
• Antara pakej tersebut ialah:
a) Peng. Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Ekonomi
b) Peng. Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Peng. Perniagaan
c) Peng. Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni Visual
d) Peng. Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Kesusasteraan
Melayu Komunikatif
• Selaras dengan Tranformasi Tingkatan 6, bilangan murid di
PPU SMK Sultan Alauddin semakin bertambah tahun demi
tahun.
• Hal ini menunjukkan pendidikan di peringkat Tingkatan 6
semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar.
Pengerusi: Hajah Normah Binti Adam
Naib Pengerusi I: Pn. Marsyitah Binti Abdul Rahim
Naib Pengerusi II: En. Ishak Bin Abdul Manaf
Jawatankuasa:
SU Kurikulum
Pn. Rozihan Binti Abu Samah
Kecemerlangan Kokurikulum
Hjh. Norsafura Binti Mohd Yusof En. Ishak Bin Abdul Manaf
Pn. Noreenmayaeranna Binti Kamaruddin En. Abdull Halim Bin Busno
Penyelidikan Guru Hal Ehwal Murid
Tn. Hj. Baharudin Bin Dolmat Pn. Norhayati Mohd Kassim
Pn. Noorliza Binti Mohd Noor Pn. Munah Sharif
Peperiksaan Dalaman/Awam Disiplin
Pn. Norhaniza Binti Nordin En. Mohd Hidzir Salleh
Pn. Nurul ‘Ain Binti Zailan Pn. Norlyda Baharudin
KP Pengajian Am Kerja Kursus
Pn. Khairawati Binti Mohd Dawood Pn. Rozihan Abu Samah
Pn. Khairawati Dawood
KP Sejarah KP Bahasa Melayu
Pn. Munah Sharif En. Mohd Hidzir Salleh
KP Subjek Elektif
KP MUET
Pn. Rozihan Abu Samah
En. Ishak Abdul Manaf
PAKEJ SUBJEK WAJIB SUBJEK ELEKTIF
PAKEJ 1 EKONOMI
PAKEJ 2 PENGAJIAN PERNIAGAAN
PAKEJ 3 KESUSASTERAAN MELAYU
PENGAJIAN AM
KOMUNIKATIF
B.AHASA MELAYU
SEJARAH
PAKEJ 4 MUET SENI VISUAL
1. Tempat Ke-3 Pengkisahan Sejarah Peringkat Daerah Alor Gajah 2012.
2. Naib Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2013 Peringkat Negeri Melaka.
3. Johan Bahas Ala Parlimen peringkat kawasan Masjid Tanah 2015.
4. Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2016 Peringkat Negeri Melaka.
5. Tempat Ke-3 Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2017 Peringat Negeri Melaka.
6. Naib Johan Pengkisahan Sejarah Tingkatan 6 Peringkat Negeri Melaka.
7. Seramai 40 pelajar PPU 1 menyertai Kejohanan Merentas Desa Prauniversiti
Peringkat Antarabangsa Anjuran JPN Johor.
8. Penyertaan Larian Tautan Kasih Tingkatan 6, Peringkat Kebangsaan di Kluang Johor,
2019.
9. Johan, Naib Johan dan Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Syarahan sempena Bulan
Bahasa Kebangsaan anjuran KUIM pada tahun 2020.
10. Penyertaan pertandingan secara atas talian yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
PUSAT SUMBER GALERI SENI
KELAS PPU1 KELAS PPU2
1. Kelas Tambahan / Kelas Kerja 8. Kelas Kemahiran Komputer
Kursus
2. Bengkel Kecemerlangan Hujung 9. Lawatan Ke Universiti Awam
Minggu
3. Kelas I SEE YOU (ICU) 10. Kelas Pagi Nur Ilahi
4. Pemberian Insentif 11. Ceramah Teknik Menjawab
5. Program Mentor Mentee 12. Latih Tubi Berfokus
6. Program Motivasi oleh Alumni PPU 13. Majlis Restu Ilmu
SMKSA
7. Guru Muda 14. Majlis Graduasi
KELULUSAN 100% STPM 2019 PELAJAR CEMERLANG STPM 2020
PNGK : 4.00
PERBANDINGAN % LULUS, GPS DAN % PELAJAR CEMERLANG
ANTARA TAHUN 2013 - 2020
TAHUN % LULUS PURATA PNGK SEMUA PNGK 3.00
STPM ‘A’ KE ATAS (%)
2013 100 2.71 0 31.82
2014 100 2.88 0 45.90
2015 100 2.78 0 42.03
2016 100 2.82 0 40.00
2017 98.70 2.76 0 36.36
2018 95.45 2.84 0 48.48
2019 100 2.84 0 37.33
2020 100 2.70 1 ORG 34.43
PELAJAR BERJAYA KE UNIVERSITI AWAM (2014-2019)
TAHUN JUMLAH CALON PERATUS
CALON BERJAYA (%)
2014 61 36 59.02
2015 69 33 47.83
2016 60 34 49.28
2017 77 52 67.53
2018 66 47 71.21
2019 75 55 73.33
1. Terus Sambung Ijazah
Ada sesetengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa
kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan
6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang
baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.
2. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah
merupakan satu pilihan yang bijak. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3
tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun)
adalah lebih menjimatkan.
3. Kerja Kursus
Melalui sistem pentaksiran STPM yang baharu ada Kerja Kursus. Dengan adanya kerja kursus ini
akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah,
maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred
yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.
4. Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil
berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh
pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru.
5. Peluang ke IPTA
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding
laluan-laluan lain. Lepasan STPM menjadi pilihan utama 19 IPTA dan IPTS. NC dan Pensyarah
perlukan lepasan STPM ke IPTA masing-masing.
6. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga
adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
7. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah
berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Pelajar tidak perlu meminjam PTPTN untuk
belajar di tingkatan 6.
8. Ulang Subjek Gagal / Memperbaiki Keputusan
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini
membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang
mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan
mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.
9. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan
adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar
Tingkatan 6 untuk diutamakan.
10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk
ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.
11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.
12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan belajar Tingkatan 6 adalah
boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan
pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah,
maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar
lain.
13. Peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment (CA)
Hal ini menyebabkan lepasan STPM diktiraf dan diterima oleh universiti luar negara seperti oleh
negara-negara komanwel dan negara bukan komanwel.
14. Sijil STPM diperakukan untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam
Lepasan STPM boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam yang kelayakannya
memerlukan lulus STPM atau setaraf dengannya.
Walau apa pun juga laluan yang anda pilih,
utamakan usaha anda bagi menggapai
kejayaan. Jika berusaha bersungguh-sungguh,
maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin
merupakan pilihan terbaik anda!