The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ukhtiehayatie81, 2023-06-24 12:13:26

BUKU PROGRAM BAHAS ALA PARLIMEN SMK SERI MEDAN 2023

BUKU PROGRAM BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN DISEMPURNAKAN OLEH : YBHG. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 11 NOV 2021 KHAMIS 2.30 PETANG LOKASI MASING-MASING https://youtu.be/HsKk6ptQ9e4


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Negeri Pulau Pinang, Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad atas kesudian untuk hadir ke Majlis Pembukaan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021 secara dalam talian. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada semua ahli jawatankuasa Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan atas komitmen yang jitu menjayakan pertandingan yang berprestij ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Umum mengetahui bahawa, perbahasan adalah satu teknik komunikasi yang melibatkan konfrontasi idea dan pendapat yang berbeza mengenai topik yang diberikan. Tujuan perbahasan ini adalah untuk mencungkil bakat yang ada untuk berhujah dan bertukar-tukar idea dan buah fikiran. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikir secara kritis dan kreatif, relevan dengan abad ke-21. Perbahasan ini juga mempamerkan impak yang bermakna bagi pembinaan jati diri murid, khususnya membentuk daya saing yang tinggi untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat. Lakaran kejayaan ini seterusnya membentuk warganegara berkualiti yang bakal menjadi modal insan kepada kemajuan negara kita, malah perangsang untuk murid-murid lain agar meneruskan usaha untuk meningkat dan menjaga imej sekolah yang baik dan cemerlang. UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG


Pertandingan yang diadakan ini, merupakan mekanisme untuk menggalakkan setiap murid menyumbang dan berkongsi idea-idea kreatif dan bernas dalam memudah cara untuk berhujah. Setiap murid mempunyai peranan untuk menyumbang idea yang terbaik khususnya menyumbang kepada penambahbaikan dan berfikiran terbuka untuk menerima cadangan. Perbahasan ini tidak semestinya mencipta sesuatu fakta yang baharu, malah boleh dipelbagaikan dengan bahan bacaan daripada sumber yang sahih seperti berita dan akhbar arus perdana. Impian kita untuk menyaksikan pertandingan perbahasan menjadi penggerak inovatif yang unggul di negara ini menghendaki perubahan berskala besar dan drastik. Hadirin dan hadirat sekalian, Cabaran-cabaran semasa yang muncul, sama ada secara kita sedar ataupun tidak, perlulah diatasi dengan langkah penyelesaian yang kreatif dan bijaksana. Kita mestilah senantiasa bersiap siaga untuk berdepan dengan apa jua cabaran bagi memastikan usahausaha yang dilaksanakan mencapai kejayaan. Ingatlah pesan Salahuddin al-Ayubi – “Aku meminta kekuatan dan kemenangan, tetapi diberi-Nya aku masalah dan musuh agar aku dapat menggunakan kebijaksanaan.” Sudah terang lagi bersuluh, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan cendekiawan yang mampu bersaing di persada antarabangsa. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sukalah saya mengingatkan semua peserta agar bertanding secara sihat dan kepada pasukan yang mungkin tewas, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Cuba lagi pada masa yang akan datang. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. TUAN MOHAMAD SAID BIN IBRAHIM TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG


UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita semua berkumpul bersama-sama untuk menjayakan Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan secara dalam talian pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran pertandingan selama empat hari ini berlangsung. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama anda amat saya hargai. Hadirin dan hadirat sekalian, Saya difahamkan pertandingan yang julung kali diadakan secara dalam talian ini menerima penyertaan seramai 80 orang murid sekolah menengah dari seluruh Malaysia. Senario ini membuktikan sambutan yang memberangsangkan dan harapan kita agar usaha dan kerjasama yang baik dari setiap negeri ini dapat diteruskan lagi demi melahirkan cendekiawan dalam kalangan anak-anak didik kita. Namun demikian, keterlibatan arena perbahasan ini turut mendapat bantuan dan komitmen yang tinggi daripada pegawai teknikal pertandingan, 48 orang hakim, 16 orang penyelaras ICT, 8 orang Yang Dipertua Dewan dan 8 orang Penjaga Masa juga turut terlibat dalam memastikan pertandingan ini berlangsung dengan jayanya.


Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam berhujah sekali gus dapat menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan para pemikir yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Hadirin dan hadirat sekalian, Mutakhir ini, jika diperhati dan diperhalusi, kita dapat melihat tidak ramai murid yang mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif kerana kebanyakan mereka hanya menumpukan ke arah akademik semata-mata. Natijahnya, negara kita menghadapi ketandusan para cendekiawan yang dapat membantu untuk membangunkan negara. Sebenarnya sifat berfikir secara kritis dan kreatif ini telah dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia di dunia ini. Namun, kurniaan ini, bergantung kepada kemahuan manusia itu sendiri untuk menggilap bakat yang terpendam dalam diri masing-masing. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menggilap kreativiti sendiri, salah satu contoh adalah dengan memerhatikan corak kehidupan masyarakat dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Besarlah harapan saya agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang terbaik dan dapat menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini sekali gus dapat melahirkan lebih ramai murid yang mempunyai pemikiran kreatif dan dapat membangunkan negara. Insha-Allah. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang bakal menjadi johan peringkat kebangsaan pada tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang menyertai pertandingan pada hari ini dan guru-guru pembimbing yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik. Buat pasukan yang tidak berjaya, jangan mudah mengalah teruskan perjuangan anda. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum wbt. TUAN ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG


UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapatlah kita menjayakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 dalam suasana norma baharu ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang selaku tuan rumah pertandingan yang sangat komited untuk merealisasikan program pada tahun ini walaupun perlu berhadapan cabaran untuk melaksanakannya berpandukan amalan norma baharu. Syabas dan tahniah kepada semua peserta dari seluruh Malaysia yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan ini. Saya difahamkan bahawa pasukan yang bertanding pada tahun ini merupakan johan di peringkat negeri masing-masing. Justeru, saya yakin bahawa peserta yang berjaya sampai ke tahap ini telah mendapat bimbingan dan dorongan yang sangat baik daripada guru pembimbing masing-masing, di samping bakat semulajadi yang ada pada para peserta. Hadirin dan hadirat sekalian, Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan yang berjaya menjadi johan pada tahun ini. Bagi pasukan yang tidak berjaya pada kali ini, jangan mudah putus asa. Tingkatkan usaha mulai sekarang untuk persediaan pada tahun hadapan. Sesungguhnya, semua pasukan yang berjaya sampai ke peringkat kebangsaan ini merupakan pasukan yang hebat. Namun, begitulah adat pertandingan. Perlu diingat, dalam apa jua pertandingan, bukan kejayaan sahaja yang menjadi ukuran tetapi bagaimana peserta melalui perjalanan sepanjang pertandingan ini adalah pengalaman yang lebih berharga. Kerjasama berpasukan ibarat seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, sangat penting dalam mencipta kejayaan dalam pasukan.


Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia dilihat mampu menyuntik semangat para peserta dalam mempertahankan prinsip keyakinan dan keberanian dalam berbicara, menyatakan pendirian serta mengutarakan hujah yang bernas dan teratur. Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan ini telah bermula sejak tahun 1991 lagi, iaitu hampir 20 tahun yang lalu. Dalam tempoh tersebut beberapa penambahbaikan dari aspek format dan pelibatan sekolah turut mengalami perubahan. Ini bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pertandingan. Pertandingan ini bukan sahaja dapat melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam dengan mengutarakan hujah-hujah yang bernas secara spontan malah elemen-elemen ini penting dalam membina kemenjadian murid dalam bidang kebahasaan. Para peserta pula diharap dapat memperoleh pengalaman yang sangat berharga serta membantu menyerlahkan keterampilan diri terutamanya dalam mengemukakan dan mempertahankan pendapat dalam satu-satu perkara. Hal ini membolehkan para peserta bertindak secara aktif, kreatif, dan kritis. Berbeza dengan pelaksanaan pertandingan bahas sebelum ini, tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar kepada kita semua khususnya dalam sektor pendidikan yang membataskan hampir semua aktiviti sosial dan fizikal. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menggerakkan program kokurikulum untuk anak-anak kita. Hadirin dan hadirat sekalian, KPM sentiasa mencari formula terbaik dalam menggalakkan lebih ramai murid sekolah melibatkan diri dalam apa juga program kokurikulum. Ini sejajar dengan matlamat KPM agar murid sentiasa aktif dengan menyertai pelbagai program sepanjang tahun.


Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan ini atas usaha, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang penganjuran program. Anda semua berjaya memanfaatkan situasi mencabar ini sebagai peluang untuk melakarkan sejarah dengan penganjuran pertandingan secara dalam talian. Semoga segala sumbangan tenaga dan kepakaran dalam mengurus pertandingan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan Tahun 2021”. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum wbt. YBHG. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul (cadangan) di Parlimen. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen. OBJEKTIF • Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan. • Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan. • Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujahhujah yang bernas dan teratur.


JAWATANKUASA INDUK PENAUNG YB DATUK DR. RADZI JIDIN MENTERI PENDIDIKAN PENASIHAT 1 DATO’ DR. MAH HANG SOON TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1 PENASIHAT 2 YB DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 2 PENGERUSI DATIN SRI HJH. NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KPM TIMBALAN PENGERUSI DATO’ HAJI ADZMAN BIN TALIB TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, SEKTOR OPERASI SEKOLAH, KPM DR. AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN, KPM


SETIAUSAHA PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NAIB SETIAUSAHA TUAN SHAMSUDDIN BIN MUSTAPHA TIMBALAN PENGARAH SEKTOR DASAR, PERANCANGAN DAN PENYELARASAN BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENOLONG SETIAUSAHA YBrs DR. FAIZULIZAMI BINTI OSMIN KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA EX OFFICIO PUAN RIZAWANI BINTI MUSTAFA PENOLONG PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


AHLI JAWATANKUASA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN PERAK PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


JAWATANKUASA PENGELOLA PENASIHAT PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGERUSI TUAN ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG TIMBALAN PENGERUSI TUAN MOHAMAD SAID BIN IBRAHIM TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG NAIB PENGERUSI TUAN SHAMSIR BIN JEMAIN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG SETIAUSAHA ENCIK MOHD HAFIFE BIN ABDUL HALIM PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG


PENOLONG SETIAUSAHA PUAN ASYRANI BINTI ABDUL SAMAT PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG BENDAHARI KETUA UNIT KEWANGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG AHLI JAWATANKUASA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TIMUR LAUT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA


JAWATANKUASA KERJA PENGURUS PERTANDINGAN PUAN ASYRANI BINTI ABDUL SAMAT PENOLONG PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG JAWATANKUASA ICT, PENYIARAN DAN RAKAMAN ENCIK MOHD AIZAT BIN ABDUL JALIL PENOLONG PENGARAH SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGENDALIAN PERTANDINGAN KETUA TEKNIKAL BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN PUAN BISMILLAH BINTI ASHGAR ELLEY SMK BERTAM INDAH


TEKNIKAL BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN PUAN NORHAYATI BINTI UTHMAN SMK TELUK KUMBAR PUAN FATIMAH BINTI MAT YUSOFF SMK TELUK KUMBAR JAWATANKUASA TEKNIKAL POWER MATCH KETUA TEKNIKAL POWER MATCH PUAN IZWANUM BINTI ABDUL WAHID KETUA UNIT PEMBANGUNAN INSANIAH JABATAN HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TEKNIKAL POWER MATCH ENCIK MUHAMAD HAKIM BIN AZAMAN@AZMAN SK KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN ENCIK SYED FAHMI AKMAL BIN SYED ISA SK PULAU INDAH 2 SELANGOR DARUL EHSAN


JAWATANKUASA PEMBINAAN GOOGLE SITE PERTANDINGAN ENCIK MOHD FAUZI BIN HASHIM SK SUNGAI GELUGOR JAWATANKUASA BACAAN DOA ENCIK MURAD BIN HUSSAIN SK SAUJANA INDAH JAWATANKUASA TEKS UCAPAN DAN PENGACARA MAJLIS PUAN JULAYDA BINTI MD. HASHIM SK BERTAM INDAH ENCIK AHMAD BAQI BIN YAHAYA SK KEPALA BATAS URUSETIA PERTANDINGAN PUAN AIDA FARIHA BINTI ZAINUL AZHAR SMK MENGKUANG PUAN SITI HAJAR BINTI MD ISA SMK BUKIT JAMBUL CIK NABILLAH HUDA BINTI JAAFAR SMK BAYAN LEPAS CIK NURHAZIRAH BINTI HALIM SMK BAYAN LEPAS


JAWATANKUASA HEBAHAN DAN PROMOSI PUAN SITI KHADIJAH BINTI ALIAS SK TAMAN IMPIAN JAWATANKUASA MULTIMEDIA ENCIK MOHD SAIFUL AZUAR BIN ABDUL SOTER SMK TELUK BAHANG JAWATANKUASA PENYELARAS BILIK MAYA KETUA PENYELARAS BILIK MAYA ENCIK MOHAMMAD SYAZWI BIN ROSLAN SK PAUH JAYA PENYELARAS BILIK MAYA ENCIK MOHD MUKTASIM BIN MOHD ROSLI SMK RAJA TUN UDA ENCIK MOHD FAZRIL BIN HUSSAIN SK PERMATANG PAUH PUAN NUR SUZIEYANI BINTI MOHD DAHLAN SK SEBERANG JAYA 2 ENCIK MUHAMMAD HAFIZ BIN HARUN SK BAYAN BARU


ENCIK SHAMSUL ZAIDI BIN ZAINAL ABIDIN SK PAUH JAYA PUAN SITI NURHIDAYUH LEE BINTI ABDULLAH SK PAUH JAYA PUAN MARWATI BINTI BAHARUDIN SK PAUH JAYA PUAN NOORAINI BINTI ABDUL RAHMAN SK TANAH LIAT ENCIK MOHD SANI BIN YUSOF SK TANAH LIAT ENCIK MOHD FAUZI BIN HASHIM SK SUNGAI GELUGOR PUAN NADHRAH BINTI ABDUL KARIM SK KAMPONG TO’ BEDOR ENCIK MOHD EZZUAN BIN HASHIM SK GENTING ENCIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHAMMAD AZMI SK CONVENT GREEN LANE PUAN NORSHAFILA BINTI AZMI SK PAUH JAYA


PUAN NUR AMALINA BINTI MOHD NOOR SK MINDEN HEIGHT PUAN NUR ADZRINI BINTI BINTI MOHD NAYAN SK MINDEN HEIGHT PUAN SHAZUANA BINTI MOHAMAD SAAD SK MINDEN HEIGHT PUAN ZURAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN SK PAUH JAYA PUAN HOO POOI YEE SK PAUH JAYA PUAN HANAN BINTI HAJI OMAR SK PAUH JAYA


JADUAL PERTANDINGAN


8 NOVEMBER 2021 MASA ATURCARA 8.30 – 9.30 PAGI TAKLIMAT TEKNIKAL/HAKIM/ PENYELARAS ICT SESI UJI TALIAN 9.30 – 11.30 PAGI Sabah dan Perlis Sarawak dan Kedah Johor dan Pulau Pinang Negeri Sembilan dan Perak Melaka dan Kelantan Selangor dan Terengganu Pahang dan Swing Team WP Kuala Lumpur dan WP Labuan 2.00 – 2.30 PETANG Majlis Pembukaan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan PUSINGAN AWAL 1 (2.30 – 4.30 PETANG) 2.30 – 2.40 PETANG Undian 2.45 – 3.00 PETANG Kuarantin 3.00 – 4.30 PETANG Perbahasan Pusingan Awal 1 SELINGAN 1


9 NOVEMBER 2021 MASA ATURCARA PUSINGAN AWAL 2 (9.00 – 11.00 PAGI) 9.00 – 9.10 PAGI Undian 9.15 – 9.30 PAGI Kuarantin 9.30 – 11.00 PAGI Perbahasan Pusingan Awal 2 SELINGAN 2 12.30 TENGAH HARI – 2.00 PETANG PENGURUSAN DIRI / MAKAN TENGAH HARI / SOLAT PUSINGAN AWAL 3 (2.30 – 4.30 PETANG) 2.30 – 2.40 PETANG Undian 2.45 – 3.00 PETANG Kuarantin 3.00 – 4.30 PETANG Perbahasan Pusingan Awal 3 SELINGAN 3


10 NOVEMBER 2021 MASA ATURCARA PUSINGAN SUKU AKHIR (9.00 – 11.30 PAGI) 9.00 – 9.10 PAGI Undian 9.15 – 9.30 PAGI Kuarantin 9.30 – 11.00 PAGI Perbahasan Pusingan Suku Akhir SELINGAN 4 12.30 TENGAH HARI – 2.00 PETANG PENGURUSAN DIRI / MAKAN TENGAH HARI / SOLAT PUSINGAN SEPARUH AKHIR (2.30 – 5.00 PETANG) 2.30 – 2.40 PETANG Undian 2.45 – 3.00 PETANG Kuarantin 3.00 – 5.00 PETANG Perbahasan Pusingan Separuh Akhir SELINGAN 5


11 NOVEMBER 2021 MASA ATURCARA PUSINGAN AKHIR (8.30 – 11.00 PAGI) 8.30 – 8.40 PAGI Undian 8.50 – 9.20 PAGI Kuarantin 9.30 – 11.00 PAGI Perbahasan Pusingan Kedua SELINGAN 6 Majlis Perasmian Penutupan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2021


ATUR CARA MASA ATUR CARA 2.30 PETANG • NYANYIAN LAGU NEGARAKU • BACAAN DOA • UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG (TUAN ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD) • UCAPAN PERASMIAN PENUTUP KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (DATIN SRI HJH. NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID) • PERSEMBAHAN BORIA • PERSEMBAHAN MONTAJ • PENGUMUMAN KEPUTUSAN


SEKALUNG PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG


Click to View FlipBook Version