BMMB1074
PUAN AZIM NORMIZA BINTI AHMAD
SEJARAH
PERKEMBANGAN
SISTEM EJAAN
RUMI
ATIRAH AZIZAH BINTI ABDUL AZIZ
KELAS H4
1.0 PENGENALAN
Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa
satu sistem simbol bunyi secara abritari, yang
digunakan oleh sekelompok masyarakat untuk
berkomunikasi (Hasyim Musa,2006). Tulisan pula adalah
alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia
merupakan bahasa yang tersusun di mana hasil fikiran
dan perasaan seseorang dihasilkan melalui butiran-
butiran tulisan yang dapat digahami oleh diri sendiri
serta orang lain juga. Maka, lahirlah pelengkap kepada
sesebuah komunikasi yang dikenali sebagai sistem ejaan.
2.0 SISTEM EJAAN RUMI
Pada awal abad ke-20, bahasa Melayu memainkan peranan penting
dalam sistem pendidikan. Sistem ejaan rumi diperlukan pada waktu itu
disebabkan ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa
Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak memahaminya. Usaha-
usaha telah dilakukan untuk menukarkan tulisan Jawi kepada Rumi, tanpa
mengetahui sistem bunyi bahasa Melayu yang sebetul-betulnya. Hal ini
telah bermula sejak dari zaman permulaan penulisan bahasa Melayu
dengan huruf Latin oleh pengembara, pedagang serta orientalis Eropah.
Impaknya, lahirlah variasi aturan dalam merumikan bahasa Melayu yang
terhasil daripada cetusan pengetahuan dan pemahaman yang berbeza-
beza tentang sistem bahasa Melayu dalam kalangan mereka yang
terlibat. Pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering
dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan.
Kepelbagaian huruf yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi
dalam bahasa Melayu, termasuklah pinjaman daripada bahasa Sansktrit,
Arab dan Parsi, dalam tulisan-tulisan oleh orang Inggeris pada abad ke-19
telah menjadi bukti wujudnya kekeliruan ini. Penyusunan satu sistem ejaan
dan tulisan Rumi yang seragam serta lebih mudah diperlukan untuk
menggantikan sistem ejaan dan tulisan,Jawi. Oleh hal yang demikian,
Rancangan pembakuan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dilakukan bermula
pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.
2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka
Antara sistem ejaan rumi yang pernah wujud ketika itu ialah:
i.Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)
ii.Sistem Ejaan Za’ba (1949)
iii.Sistem Ejaan Fajar Asia (1945-1954)
iv.Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)
2.1.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson
Pada tahun 1902, perancangan ejaan pertama di Tanah Melayu
dimulakan apabila pihak atasan menyedari hakiakt betapa pentingnya
keseragaman ejaan. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah bersetuju
dengan inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh
RJ. Wikinson, Nazir sekolah-sekolah pada masa itu. Ejaan ini digunakan di
semua sekolah umum. Sistem ejaan ini adalah sama dan seragam dengan yang
dihasilkan pada tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. Ejaan Wikinson ini
digunakan di semua sekolah umum. Malahan, ejaan ini juga digunakan dalam
semua kamus dan penerbitan karya Wikinson. Wikinson mengalihkan daripada
Jawi kepada Rumi dengan menggunakan kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu.
Beliau menyatakan bahawa ada dua sistem logik bagi perumian bahasa
Melayu. Kaedah pertama perumian adalah secara harfiah sementara kaedah
kedua ialah secar fonetik iaitu mengikut sebutan sesuatu kata.
Kaedah harfiah tersebut merujuk kepada
pengambilan huruf-huruf Jawi yang
menghasilkan sesuatu kata dan memadankannya
dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang
diterima. Seterusnya, kaedah fonetik yang
menggambarkan huruf-huruf secara sebutan
atau lafaz.
Walaubagaimanapun, kaedah ini ada kebaikan dan kelemahannya. Dari segi
kebaikan, dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud manakala
keburukunnya pula disebabkan vokal bahasa Arab tidak cukup untuk
disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu.
’2.1.2 Sistem Ejaan Za ba (1949)
Za’ba telah melakukan perubahan sistem Ejaan Wikinson
berikutan terdapat beberapa kelemahan dalam sistem
ejaan tersebut. Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba telah
diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi
dalam bahasa Melayu. Sistem ejaan ini telah dimulakan di
Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara buku-buku yang
ditulis oleh Za’ba ialah:
i.Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926)
ii.Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan
iii.Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949) dengan judul
'Petua-Petua Ejaan Rumi’
Kemudian, Sistem Ejaan Sekolah ini dijelaskan dan digunakan oleh
Za’ba dalam buku ‘Pedoman Bahasa Melayu Penggal i, ii, dan iii’.
Antara pembaharuan dalam ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-
huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf besar. Huruf
saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e,
i, o, u. Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21
huruf. Sistem Ejaan Za’ba digunakan sebagai ‘ejaan sekolah’ yang
sebenar dan sebagai ejaan rasmi kerajaan sehingga diganti dengan
sistem ejaan yang baru. Hal ini kerana terdapat beberapa kelemahan
yang terkandung dalam sistem ini. Misalnya, sistem ini agak sukar
kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan
Rumi Wikinson. Di samping itu, sistem ini menggunakan kaedah
penggunaan pelbagai ragam lambang huruf telah menyebabkan
ketidakseraman pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan
penggunaan tulisan Rumi.
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia (1945-1954)
Kekacauan dalam penggunaan Sistem
Ejaan Rumi Za,ba bertambah sukar
kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi
Wikinson dan beberapa sistem ejaan Rumi lain yang digunakan dalam
pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit dan tersebar
semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang
ada serta cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong
kepada Sistem Ejaan Fajar Asia. Zainal Abidin bin Ahmad selaku ketua
pengarang mengolah Majalah “Fajar Asia” yang diterbitkan di Singapura
bermula tahun 1943 menggunakan Ejaan Fajar Asia. Sekiranya dipandang
daripada sudut pengejaan kata dan penulisan vocal, sistem ini boleh
disifatkan sebagai percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan
ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia. Tambahan
pula, Ejaan Fajar Asia dijadikan sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan
Sasterawan 50.
2.1.4 Sistem Ejaan
Rumi Kongres (1956)
Sistem ejaan ini merupakan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Hal ini dapat dirumuskan atas empat dasar pengejaan
bahasa Melayu dengan huruf Rumi (Memoranda, 1962:261-262), iaitu seperti yang berikut:
a. Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah di samakan atau disatukan.
b. Peraturan ejaan hendaklah mudah. Dalam hal ini, sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih
baik daripada sistem fonetik, dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan dengan hanya satu tanda
sahaja.
c. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan serupa.
d. Kata dari bahasa asing hendaklah disesuaikan pengejaannya dengan hukum sistem fonologi Melayu.
2.2 PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI SELEPAS
MERDEKA
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu 1972
Akhirnya, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
bagi Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia adalah
kemuncak kepada segala kegiatan penyempurnaan kepada
semua sistem ejaan. Sistem ejaan ini dilancarkan oleh YAB
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos
1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sistem
ejaan ini dirasmiakn serentak di Malaysia dan Indonesia. Di
Malaysia, sistem ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai
Ejaan Rumi Bersama yang digunakan sehingga kini.
Ciri utama Sistem Ejaan Rumi 1972 :
1. Terdapat beberapa jenis huruf dalam bahasa
Melayu iaitu huruf vokal, diftong seta huruf
konsonan.
2. Wujudnya sistem keselarasan huruf vokal.
3. Adanya penulisan kata bahasa Melayu seperti
penulisan rangkai kata.
4. Penggunaan huruf besar dan kecil
5. Penggunaan tanda baca.
6. penulisan partikel seperti lah, kah dan tah yang
dieja berangkai dengan perkataan yang
mendahuluinya.
PERANAN DEWAN
BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
DALAM
MENYERAGAMKAN
BAHASA MELAYU
Pertama, mempelbagaikan bahasa kebangsaan
dalam semua bidang termasuklah sains dan teknologi. Hal ini
kerana kebiasaannya dalam bidang sains dan teknologi, ia
hanya menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris
dalam penemuan atau penciptaan yang baru khususnya
dalam bidang perubatan. Justeru, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) memperkayakan bahasa Melayu agar lebih
banyak bahasa Melayu dapat dihasilkan terutama dalam
bidang sains dan teknologi.
Kedua, DBP berperanan membangunkan bakat
kesusasteraan terutama dalam bahasa
kebangsaan. DBP giat menjalankan pelbagai
program seperti Minggu Penulis Remaja yang
bertujuan melahirkan pewaris ilmu
kesusasteraan pada masa hadapan. Bukan itu
sahaja, DBP menggunakan kaedah
penganugerahan untuk menggalakkan
sasterawan-sasterawan menceburi bidang
tersebut.
Ketiga, DBP juga penting dalam industri percetakan dan
penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta
pelbagai bentuk bahan ilmiah. Hal ini disebabkan DBP
merupakan organisasi penerbitan terbesar di Malaysia.
Pihak DBP banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku
untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan
tidak kiralah sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Malahan, DBP juga aktif dalam menerbitkan buku
kesusateraan bahasa Melayu. Perkara-perkara ini jelas
menunjukkan peranan DBP yang memberi kesan yang baik
dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industry
percetakan Negara.
Keempat, DBP menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul. Hal ini kerana segelintir
masyarakat masih lagi tidak menggunakan
bahasa Melayu dengan betul. Misalnya, mereka
sering menggunakan bahasa pasar sebagai
komunikasi harian mereka. Bahkan, notis-notis
mahupun risalah-risalah awam yang diedarkan
kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu
dengan salah. Walaupun begitu, dengan
perkembangan zaman, pada masa ini banyak
berlaku pencampuran bahasa seperti bahasa
rojak. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah
penyalahgunaan bahasa dapt dibendung.
Kelima, DBP juga menggalakkan penggunaan bahasa
kebamgsaan supaya ia akan digunakan secara meluas
bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang
berkuat kuasa. Dalam hal ini, DBP melaksanakan pelbagai
program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa
kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran,
perkhidmatan dan penyebaran. Hal ini mat penting bagi
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi. Peranan DBP di sini
amatlah penting dalam memastikan penggunaan bahasa
Melayu yang meluas dalam kalangan masyrakat dengan
pendekatan dan kaedah yang menarik.
CABARAN SISTEM EJAAN
RUMI MASA KINI
Cabaran pertama ialah pencemaran bahasa akibat pengaruh teknologi
semasa seperti SMS, Whatsapp, We Chat dan sebagainya. Misalnya,
penggunaan sistem mesej singkat yang menular terutama dalam kalangan
remaja dan pelajar. Perkara ini merujuk bahasa singkatan seperti “ko”
(engkau), “assalam” (assalamualaikum), “awk” (awak) dan sebagainya.
Situasi ini menunjukkan betapa tercemarnya bahasa Melayu dalam konteks
komunikasi media massa. Perkataan yang disingkatkan ini dilihat
mencemarkan budaya fikir bangsa Malaysia. Pelajar, khususnya remaja,
sentiasa terdedah dengan bahasa SMS yang dianggap mudah, cepat dan
ringkas untuk berkomunikasi tanpa memikirkan kesan jangka panjang
terhadap kemartabatan bahasa Melayu. Akibatnya, [elajar akan cenderung
mengaplikasikan bahasa SMS dalam karangan mereka di sekolah dan
menyiapkan tugasan universiti. Hal ini menampakkan tiada kesedaran
patriotik terhadap bahasa sendiri. Jika dibiarkan perkara ini berterusan,
sudah pasti akan berlaku kepelbagaian dalam ejaan sesuatu perkataan.
Cabaran kedua ialah penggunaan bahasa rojak. Bahasa rojak
ialah bahasa yang terhasil campuran penggunaan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lain ke dalam
pertuturan dan penulisan. Contohnya dapat ditampilkan seperti
ayat di bawah:
i.Cutenya, baby tu. (Comelnya bayi itu)
ii.Sorry, I tak sengaja. (Maaf, saya tidak sengaja)
Hal ini amat jelas memperlihatkan orang Melayu tidak
mementingkan mutu penggunaan bahasa Melayu. Kebanyakan
masyarakat di Malaysia berkomunikasi sekerat berbahasa
Melayu, sekerat berbahasa Inggeris. Pencampuran bahsa ini
disebabkan faktor merasakan bahasa Inggeris mampu
memberi penerangan yang lebih baik lagi daripada menggunakan
bahasa Melayu
Cabaran ketiga ialah pengaruh dialek terhadap bahasa
Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang berkembang
secara evolusi dengan adanya dialek daerah seperti dialek
Utara, dialek Kelantan, dialek Terengganu, sukuan Sabah,
bahasa sukuan Sarawak dan sebagainya. Contoh dialek yang
digunakan dalam kalangan masyarakat di Malaysia:
i.Dialek Utara
Tidoq ka? Jom pi pekena nasi kandaq. (Tidurkah? Mari
makan nasi kandar)
ii.Dialek Negeri Sembilan
Ekau nak poi mana peneh-peneh ni? (Awak hendak
pergi ke mana dalam cuaca panas ini?)
Jelaslah bahawa faktor dan pengaruh dialek juga
meninggalkan impak dalam menghalang keperkasaan bahasa
Melayu, baik di peringkat negara mahupun antarabangsa
RUMUSAN
Kesimpulannya, kita mestilah mengangkat tulisan
Rumi ini yang merupakan khazanah negara agar
setanding dengan tulisan-tulisan dunia yang lain.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu Bersama-sama
mengkaji bahasa dan tulisan agar tidak dipinggirkan.
Tambahan pula, bahasa Melayu kini terpaksa
menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam era
globalisasi ini. Oleh itu, semua pihak perlu berganding
bahu untuk sama-sama memikul tanggungjawab
untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu
yang pernah dikecapi suatu masa dahulu.
RUJUKAN
Ahmad, M. A. (2019). Ejaan baru (1).
Hashim Musa. (2006). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Latif, F. A. (2014). Sejarah Perkembangan Tulisan Rumi: Analisis Mengenai
Teori Kang Kyoung Seok (Historical Development of Jawi Script: Analysis
to Theory of Kang Kyoung Seok). Journal of Al-Tamaddun, 9(2), 1-15.
Pedoman Umum Ejaan Rumi. (1985). Dewan Bahasa dan Pustaka.