The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sulochana1001842021, 2022-05-22 06:42:38

Buku Panduan Pendekatan Bertema

Buku Panduan Pendekatan Bertema

PANDUAN
PENDEKATAN BERTEMA
DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM KEBANGSAAN

Naskhah Uji Rintis



Kandungan

RUKUN NEGARA 05 BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 06 PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PDP 22
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 07
BAB 1: PENGENALAN 09 4.1 Tema Utama dan Subtema 23
10
1.1 Definisi Pendekatan Bertema 11 4.2 Strategi Pelaksanaan 24
1.2 Rasional 12
1.3 Matlamat 13 4.2.1 Strategi 1 25
1.4 Kelebihan Pendekatan Bertema
14 4.2.2 Strategi 2 26
BAB 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14
2.1 Pentadbir Sekolah 15 4.2.3 Strategi 3 27
2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia 16
2.3 Guru Mata Pelajaran 17 BAB 5: AKTIVITI PEMBELAJARAN BERTEMA 28
2.4 Guru Pendidikan Khas (PK) 18 5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital 29
2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga 19 5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital 30
2.6 Peranan Murid 5.3 Contoh Aktiviti Pembelajaran 31
5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I 32
5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II 33
5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III 34

BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP 20 BAB 6: PENTAKSIRAN 35
BAB 7: SOALAN LAZIM 36

3.1 Jadual Waktu 20

3.2 Peruntukan Masa Mata Pelajaran 20

3.3 Langkah-Langkah Melaksanakan Pendekatan Bertema 21



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996 [PU(A)531/97]



BAB1: PENGENALAN

Kurikulum berasaskan standard yang mula dilaksanakan pada tahun 2011, melibatkan perubahan kandungan,
kemahiran dan nilai serta elemen merentas kurikulum selaras dengan perkembangan global. Perubahan ini
menuntut guru merancang dan mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggalakkan
pembelajaran bermakna serta selari dengan minat, situasi dan cara murid belajar.

Salah satu cabaran dalam pembelajaran ialah keupayaan murid menghubung kait maklumat yang diperoleh
dengan kehidupan harian. PdP yang sangat bertumpu kepada penguasaan kandungan mata pelajaran melalui
kaedah menghafal atau mengingat konsep dan fakta berkemungkinan menyebabkan murid kurang menggunakan
keupayaan berfikir dan kurang berpeluang membuat hubung kait antara kandungan pelajaran dengan kehidupan
harian. Kaedah menghafal fakta merupakan satu strategi yang sering digunakan untuk membantu murid mencapai
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun dengan kaedah ini, tidak bermakna murid berupaya
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan
harian. Berdasarkan kajian, murid berupaya menguasai pengetahuan dengan baik apabila belajar dalam konteks
keseluruhan yang koheren kepada mereka dan berupaya menghubung kait apa yang dipelajari dengan dunia
sebenar (Saraswathi & Stanly, 2018).

Elemen kesepaduan kandungan pelajaran dengan konteks sebenar dalam kehidupan murid di bawah satu-satu
tema akan membolehkan pembelajaran yang lebih bermakna dalam kalangan mereka. Pendekatan bertema dalam
PdP memberi peluang kepada murid membuat perkaitan apa yang dipelajari dengan pengalaman sebenar dalam
kehidupan harian mereka. Ini membolehkan murid menguasai pelajaran melalui pemahaman yang mendalam, dan
bukan melalui kaedah hafalan semata-mata.

BPK, KPM 9

1.1 Definisi Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema ialah kaedah PdP yang menggunakan satu tema yang bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan
ini menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik, mendalam dan bermakna. Pendekatan bertema juga menggalakkan murid berfikir secara
kreatif dan kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui pemikiran idea-idea baharu. Pendekatan ini menekankan pengajaran konsep yang diajar
secara bersepadu di bawah satu tema dan melibatkan pengintegrasian atau kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin ilmu.
Kesepaduan ini membolehkan pembelajaran yang bermakna dan mendalam apabila murid berupaya membuat penerokaan serta hubung kait kandungan
pelajaran dengan kehidupan harian dan dunia sebenar. Pendekatan ini berupaya memberi keseronokan belajar, meningkatkan minat, motivasi, keyakinan
dan penglibatan murid. Hasilnya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat (Triyanto, 2011).

Kaedah PdP Kesepaduan Ilmu Kesesuaian Pembelajaran
dan pembelajaran tema bermakna dan
Satu kaedah PdP menyeronokkan
yang menggunakan mendalam Tema yang dipilih
bersesuaian dengan minat, Pembelajaran melibatkan
tema. Pengetahuan, kemahiran persekitaran latar belakang, hubungan kandungan mata
dan nilai dari beberapa pelajaran dengan kehidupan
10 BPK, KPM disiplin ilmu. masa dan tahap
perkembangan murid. harian murid dan dunia
sebenar.

1.2 Rasional

Tinjauan BPK 2019 01 03 Gelombang 3 PPPM:
KSSR (Semakan 2017) 02 ▪ Keluwesan
▪ Tahap pemahaman guru: tinggi Pelaksanaan Gelombang 3 ▪ Alternatif
KSSM Menengah Rendah KSSR (Semakan (kepada guru dalam
▪ Tahap pemahaman guru: 2017) dan KSSM Pelan mempelbagaikan kaedah
Pembanguna n pelaksanaan kurikulum)
sederhana tinggi lengkap satu
kitaran Pendidikan
Sekolah Rendah:
▪ Pemansuhan UPSR Malaysia (PPPM)
▪ Aktiviti bawah pendekatan 2013 – 2025
bertema - kaedah alternatif
dalam pentaksiran bilik darjah. Memperkasakan Memperkasakan 04 Elemen Merentas Kurikulum:
Pentaksiran Bilik Pelaksanaan ▪ Pembelajaran digital
Menengah Rendah:
▪ Perkasa penguasaan konsep Darjah (PBD) Elemen Merentas Bantu murid membuat perkaitan:
Kurikulum (EMK) ▪ antara disiplin ilmu yang
▪ Aplikasi pengetahuan &
kemahiran; dipelajari
▪ dengan dunia sebenar secara
▪ Persediaan ke menengah atas.
kontekstual.

BPK, KPM 11

1.3 Matlamat 01

Pendekatan bertema dalam PdP
bermatlamat memberi peluang kepada guru
untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih

02berkesan dan membolehkan murid belajar

dengan lebih bermakna, mendalam serta
berupaya mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam kehidupan harian
dan dunia sebenar.

12 BPK, KPM

1.4 Kelebihan Pembelajaran PdP Menyeronokkan Amalan Pembelajaran
Pendekatan Bermakna Kendiri
Bertema Wujud suasana pembelajaran
Penyerapan pelbagai disiplin kondusif yang berkaitan dengan Murid membuat penerokaan
Terdapat beberapa kelebihan ilmu dan peluang murid persekitaran serta berkaitan kandungan pelajaran
pendekatan bertema dalam membuat hubung kait menyeronokkan. di bawah satu tema.
PdP kepada murid. pengetahuan, kemahiran dan
Antaranya ialah: nilai dengan dunia sebenar Pemikiran Aras Tinggi
adalah tinggi.
Membangunkan daya imaginasi,
Kemahiran Komunikasi kreativiti dan pemikiran kritis.

Meningkatkan kemahiran
interpersonal dan intrapersonal
melalui perkongsian dalam
pelbagai aktiviti. Menyemai
nilai murni dan memupuk
perpaduan.

BPK, KPM 13

BAB 2: PERANAN DAN 2.1 Pentadbir Sekolah
TANGGUNGJAWAB
PGB, PK dan GKMP atau KP perlulah terlebih dahulu memahami apakah yang
Peranan dan tanggungjawab setiap pihak dimaksudkan dengan pendekatan bertema dan bagaimana pendekatan ini boleh
dilaksanakan dengan berkesan.
yang terlibat dalam pelaksanaan
❖ Pentadbir menyampaikan hasrat ini kepada semua warga sekolah termasuk
pendekatan bertema adalah penting bagi ibu bapa supaya pendekatan ini dapat dilaksanakan secara optimum.

mem astika n kejayaan dan ❖ Satu perancangan strategik bagi memastikan latihan dalaman berbentuk
komuniti pembelajaran profesional (PLC) secara berterusan atau program
kebolehlaksanaannya. Pihak yang terlibat pementoran wajar dijalankan demi meningkatkan keupayaan guru
menggunakan pendekatan ini.
di peringkat sekolah ialah pentadbir iaitu
❖ Pentadbir menyediakan ruang perbincangan seperti bengkel kerja atau diskusi
pengetua atau guru besar (PGB), guru profesional supaya guru dapat berbincang dan menyediakan RPT serta
pemetaan standard pembelajaran yang sesuai berdasarkan tema yang telah
penolong kanan (GPK), guru kanan mata ditentukan. Proses ini perlu dilaksanakan secara muafakat supaya boleh
merancang dan mereka bentuk kesepaduan pelbagai bidang pengetahuan,
pelajaran (GKMP), ketua panitia (KP) dan kemahiran dan nilai.

guru. PGB dan GPK bertanggungjawab

menerajui perbincangan bagi pelaksanaan

pendekatan bertema di peringkat sekolah.

14 BPK, KPM

2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran
dan Ketua Panitia

GKMP dan KP semua mata pelajaran berbincang untuk mendapatkan kesepakatan skop bagi setiap tema utama yang telah dipilih
supaya ada kesepaduan bidang ilmu yang akan disampaikan melalui setiap mata pelajaran. Mereka akan menyampaikan hasil
perbincangan (rujuk rajah di bawah) kepada semua guru mata pelajaran.

Meneliti Standard Menentukan tema KP juga perlu memastikan guru mata pelajaran menyediakan
Kandungan dan utama dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) berdasarkan strategi
Standard subtema yang pelaksanaan yang telah dipilih bersama-sama dengan guru
sesuai mata pelajaran lain.
Pembelajaran yang
hendak dicapai

Menentukan aktiviti dan Mengenal pasti strategi Rancangan Pelajaran Harian (RPH) juga perlu disediakan
pentaksiran yang 1, 2 atau 3 (Rujuk dengan mengambil kira penggabungjalinan dan hubung kait
muka surat 22-24) pelbagai disiplin ilmu di bawah tema utama dan subtema yang
bersesuaian bagi setiap berkaitan. Objektif PdP adalah berdasarkan pengetahuan,
subtema dan mata pelajaran kemahiran dan nilai dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
yang berkaitan supaya tidak Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran dan bukan berdasarkan
ada pertindanan ilmu dalam tema semata-mata.

aktiviti yang dirancang.

BPK, KPM 15

2.3 Guru Mata Pelajaran

1 Membentuk jaringan dengan Perancangan guru
guru mata pelajaran lain
Pendekatan bertema ini
2 Merancang dan menggunakan tema yang menggunakan kurikulum dan
sama dengan guru mata pelajaran lain
bahan sumber sedia ada
3 Mewujudkan kesepaduan pengetahuan, termasuk buku teks. Oleh itu ia
kemahiran dan nilai dari pelbagai mata memerlukan perancangan dan
pelajaran di bawah sesuatu tema
komunikasi antara guru bagi
4 Mengenal pasti konsep yang serupa mewujudkan penggabungjalinan
daripada SP yang hendak dicapai dalam kandungan mata pelajaran dan
pelbagai mata pelajaran
elemen merentas kurikulum
5 Merancang aktiviti yang membolehkan khususnya PAK-21 dan
pembelajaran bermakna dalam kalangan pembelajaran digital.
murid

16 BPK, KPM

2.4 Guru Pendidikan Khas (PK)

Guru PK perlu mengambil kira potensi individu, tahap keupayaan dan kebolehan murid berkeperluan khas (MBK)
yang terdiri daripada pelbagai kategori sebelum melaksanakan pendekatan bertema ini. Guru PK perlu
menyesuaikan strategi PdP, ruang masa, susunan aktiviti dan bahan bantu belajar dengan ketidakupayaan MBK
yang dididik agar pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan, bermakna dan
menyeronokkan.

Keluwesan dalam Pendidikan Khas ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 2013:,

…8(1)(c) seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada -
(i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
(ii) masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
(iii) susunan aktiviti; dan
(iv) bahan bantu mengajar.

(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c)

hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas

BPK, KPM 17

2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga

Peluang Sokongan Motivasi

Membuka peluang kepada murid Memberi sokongan kepada Memberi motivasi dan
untuk membuat perkaitan disiplin murid dan pihak sekolah memupuk minat murid terhadap

ilmu yang dipelajari secara terutamanya bagi memastikan perkara yang telah dikuasai
mendalam melalui penerokaan. kelangsungan pembelajaran di supaya menjadi lebih tekal
Pembelajaran sebegini memberi rumah seperti menggalakkan dengan mencipta ruang dan
murid mengaplikasi kemahiran peluang untuk murid meneroka
peluang kepada murid untuk yang telah dipelajari di sekolah secara lebih mendalam di luar
menghubung kait perkara yang dalam aktiviti harian di rumah.
bilik darjah.
dipelajari di sekolah dengan
dunia sebenar mereka kerana
tema utama dan subtema yang
dipilih dekat dengan mereka.

18 BPK, KPM

2.6 Peranan Murid

Pembelajaran seharusnya berpusatkan murid. Oleh itu murid perlu dibimbing dan diberi galakan agar lebih
bertanggungjawab dan aktif sama ada dalam kumpulan atau secara kendiri. Bagi menghasilkan pembelajaran
bermakna, murid perlu:

membuat hubung kait pengetahuan, membuat rujukan dari
kemahiran dan nilai semua bidang pelbagai sumber termasuk
ilmu sehingga membawa kepada bahan digital.
penerokaan yang lebih mendalam.

2

meneroka bidang ilmu yang 1 3
dipelajari melalui tema
melibatkan diri dengan secara
utama atau subtema yang aktif dalam semua aktiviti sama
diberi secara kendiri atau ada secara berkumpulan atau
pembelajaran kendiri.
bersama rakan tanpa
menunggu arahan. 4

BPK, KPM 19

BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP

Pengoperasian pendekatan bertema ini memerlukan persediaan guru sama seperti melaksanakan
PdP menggunakan kaedah atau pendekatan yang lain.

3.1 Jadual Waktu 3.3 Langkah-langkah Melaksanakan
Menggunakan jadual waktu sedia ada. Pendekatan Bertema
Perancangan pendekatan bertema dalam PdP
3.2 Peruntukan Masa Mata Pelajaran memerlukan perbincangan guru di dalam panitia
Peruntukan masa mata pelajaran adalah yang sama dan di antara panitia atau mata
menggunakan peruntukan masa sedia ada pelajaran yang berbeza. PdP dan pentaksiran
seperti dinyatakan dalam surat pekeliling yang dirancang adalah berdasarkan Standard
yang sedang berkuat kuasa. Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
melalui tema. Proses atau langkah pelaksanaan
pendekatan bertema dalam PdP adalah seperti
berikut:

20 BPK, KPM

Langkah-langkah Pelaksanaan

(Menggunakan kurikulum sedia ada)

01 02 03 04 05 06

Memilih tema Menentukan Menyediakan Menyenaraikan Menyediakan Menjalankan
utama, strategi (1,2 pemetaan dan aktiviti dan RPH PdP dan
merancang
subtema dan atau 3) RPT pentaksiran pentaksiran
Standard yang
Setelah tema utama RPT disediakan Guru mempelbagaikan RPH disediakan
Pembelajaran dan subtema dengan mengambil aktiviti dan memastikan mengikut cara dan berterusan
kira pelaksanaan setiap mata pelajaran format sedia ada
Pemilihan tema ditentukan, guru perlu pendekatan bertema melaksanakan aktiviti PdP dilaksanakan
utama, subtema dan memilih strategi yang yang berbeza di bawah mengikut mata
satu tema utama yang
Standard sesuai dan boleh pelajaran masing-
Pembelajaran dilaksanakan oleh sama masing. Pentaksiran
dilaksanakan secara setiap guru. Proses 01
perbincangan dilaksanakan
bersama guru mata boleh diulang sepanjang proses PdP
pelajaran yang lain sekiranya perlu
secara berterusan

BPK, KPM 21

BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI
PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP

Pemilihan tema, kandungan pelajaran dan aktiviti PdP merupakan
komponen yang penting dalam merancang dan melaksanakan
pendekatan bertema. Tema utama yang dicadangkan dalam buku
ini dipilih berdasarkan pemetaan kandungan semua mata pelajaran
dengan tema, domain, atau bidang sedia ada dalam kurikulum mata
pelajaran di sekolah rendah dan menengah rendah. Selain itu,
penentuan tema utama ini juga adalah berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan dasar serta aspirasi negara seperti
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Pendidikan
Digital, Dasar Sukan Negara, Kelestarian Global, Pendidikan
Kewangan, Revolusi Industri 4.0 serta Dasar Perpaduan Negara.

22 BPK, KPM

4.1 Tema Utama dan Subtema

Selepas memilih tema utama, guru perlu menentukan Lapan tema utama dicadangkan bagi membantu guru
subtema yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang merancang PdP mereka. Guru boleh menetapkan
hendak dicapai dalam PdP bagi mengecilkan skop dan subtema mengikut minat murid, latar belakang dan
menepati kandungan mata pelajaran. kesesuaian dengan disiplin ilmu yang digabungkan .
Aspek berikut perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema
utama dan subtema untuk membolehkan penerokaan serta Alam Keselamatan
mewujudkan pembelajaran bermakna: Sekitar

Sesuai dengan SP Sesuai dengan situasi, Kesenian & TEMA Sains &
dalam mata pelajaran masa atau peristiwa yang Kebudayaan UTAMA Teknologi

yang terlibat. berlaku di persekitaran Kesihatan Sukan &
murid. Permainan
Sesuai dengan
minat dan berkaitan Kemudahan Ekonomi &
dengan pengalaman mendapatkan bahan dan Kewangan

serta kehidupan sumber untuk PdP
harian murid. supaya guru boleh
merancang aktiviti yang
menarik, secara hands- Masyarakat
on dan menyeronokkan.

BPK, KPM 23

4.2 Strategi Pelaksanaan

Tiga strategi khusus disarankan bagi pelaksanaan Strategi Subtema berbeza melalui
pendekatan bertema. Ketiga-tiga strategi ini 1 beberapa mata pelajaran
memerlukan guru untuk membuat persediaan awal
iaitu perbincangan bersama guru dalam panitia Subtema yang sama melalui Strategi
yang sama atau panitia berlainan. Guru mengenal beberapa mata pelajaran 2
pasti tema utama, subtema dan SP yang hendak
dicapai, dan merancang aktiviti supaya boleh Strategi
menghubung kait disiplin ilmu yang akan dipelajari 3 Projek melalui Pendekatan Bertema
oleh murid serta merancang kaedah pentaksiran
yang sesuai. Strategi tersebut ialah:

24 BPK, KPM

4.2.1 Strategi 1: Subtema berbeza melalui beberapa mata pelajaran

Contoh: 1 Subtema 1 Mata Pelajaran I
Muka Bumi Bahasa Melayu

TEMA 2 Subtema 2 Mata Pelajaran II
UTAMA: Ekosistem & Sains
Biodiversiti
ALAM
SEKITAR 3 Subtema 3 Mata Pelajaran III
Fauna Bahasa Inggeris

Subtema 4 Mata Pelajaran IV
4 Tanggungjawab Pendidikan Moral
terhadap Alam
Sekitar

Nota:

❑ Mencapai SP dalam mata pelajaran masing-masing.
❑ Perkaitan melalui aktiviti mata pelajaran terhadap fokus yang sama (contoh: Tanggungjawab manusia terhadap

kelestarian alam sekitar).
❑ Aktiviti PdP dilakukan secara digital atau bukan digital melibatkan pelbagai media.
❑ Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam setiap mata pelajaran.

BPK, KPM 25

4.2.2 Strategi 2: Subtema yang sama melalui beberapa mata pelajaran

Contoh:

Mata Pelajaran VI: 6 1 Mata Pelajaran I:
Pendidikan Muzik Sejarah

5Mata Pelajaran V: Tema Utama: 2 Mata Pelajaran II:
Alam Sekitar Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani
Subtema:
Haiwan

Mata Pelajaran IV: 4 3 Mata Pelajaran III:
Matematik Pendidikan Seni Visual

Nota:

❑ Mencapai SP dalam mata pelajaran masing-masing.
❑ Perkaitan melalui aktiviti mata pelajaran terhadap fokus yang sama. Guru boleh memilih jenis haiwan yang ingin dipelajari

mengikut minat dan persekitaran murid.
❑ Aktiviti PdP dilakukan secara digital atau bukan digital melibatkan pelbagai media.
❑ Pentaksiran dalam setiap mata pelajaran mengikut aktiviti yang dijalankan.

26 BPK, KPM

4.2.3 Strategi 3: Projek melalui Pendekatan Bertema

Contoh: 1 Mata Pelajaran I Lisan: Berbincang mengenai punca masalah air terjejas
Bahasa Melayu Bacaan: Laporan, artikel, teks deskriptif tentang air
TEMA
UTAMA: Penulisan: Kertas kerja, laporan
Alam Sekitar
Kajian Saintifik:
SUBTEMA:
Air 2 Mata Pelajaran II Menjalankan kajian tentang tekanan air dan tekanan atmosfera.
Sains Kemahiran Saintifik:
Mengaplikasi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

3 Mata Pelajaran III Tinjauan:
Pendidikan Moral
Meninjau sikap dan amalan rakan-rakan dalam penggunaan air.
Penyediaan risalah: Dapatan dari temu bual dan soal selidik digunakan

dalam risalah tentang cara-cara berhemah menggunakan air.

Pernyataan Masalah: Tajuk Projek:
Masalah gangguan bekalan air. Punca Gangguan Air Dan Langkah Pencegahan.

Nota:
❑ Guru merancang projek yang sesuai mengikut minat murid.
❑ Guru berbincang dan tentukan bilangan mata pelajaran yang terlibat dalam sesuatu projek.
❑ Projek dilaksanakan secara berkumpulan

Pentaksiran:
❑ Guru mata pelajaran yang terlibat perlu berbincang untuk menyediakan rubrik bagi pentaksiran projek secara keseluruhan.
❑ Murid diberi autonomi menentukan kaedah pembentangan (secara digital atau bukan digital dari pelbagai media)

BPK, KPM 27

BAB 5: AKTIVITI PEMBELA JARAN BERTEMA

Pendekatan bertema dalam PdP memerlukan perancangan yang rapi supaya terdapat
ruang untuk murid membuat perkaitan tentang perkara yang telah dipelajari dalam
mata pelajaran lain melalui tema yang sama. Guru hendaklah memastikan SP menjadi
objektif utama yang perlu dicapai oleh murid. Tema hanya digunakan sebagai medium
pembelajaran.

Ketika merancang aktiviti pembelajaran, guru mengambil kira kesediaan murid
menerima sesuatu maklumat dan kemahiran yang baharu tanpa mengabaikan minat,
kecenderungan dan tahap perkembangan murid.

Guru memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dengan
menyediakan aktiviti yang mencabar tetapi mampu disertai. Murid perlu memahami
tema dari pelbagai sudut dalam masa yang sama menguasai pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang disampaikan. Guru dan murid boleh bersama-sama meneroka sehingga
memperoleh maklumat baharu.

28 BPK, KPM

5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital

Dengan kemudahan alat teknologi dan capaian Internet, guru dan murid kini
mempunyai lebih banyak akses kepada sumber maklumat bagi memahami sesuatu
tema yang dipelajari. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam setiap aktiviti
pembelajaran yang dirancang supaya murid dapat mencapai kefahaman yang
mendalam dan bermakna serta dapat mencapai SP yang dihasratkan.

Aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan ini akan menjadikan proses
pembelajaran bertema lebih interaktif serta berpusatkan murid. Suasana pembelajaran
yang ceria boleh meningkatkan minat murid terhadap kandungan yang diajar dan
menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada mereka. Penggunaan
peralatan dan bahan digital akan memperluaskan lagi peluang pembelajaran kendiri
oleh murid.

BPK, KPM 29

5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital

MATLAMAT KEMENJADIAN KAEDAH
MURID DIGITAL

• Lebih capaian kepada sumber • Berpengetahuan • Pembelajaran Teradun
maklumat • Fasih Digital • Flipped Classroom
• Kewarganegaraan Digital • Tugasan berasaskan teknologi dan digital
• Mencapai Standard Pembelajaran, • Kritis • WebQuest
lebih mendalam dan bermakna • Kreatif & Inovatif • Video dan televisyen
• Kolaboratif • Podcast, dan lain-lain
• Kaedah pembelajaran inklusif dan • Kemahiran Insaniah
holistik • Nilai (Bergantung kepada infrastruktur di sekolah)

30 BPK, KPM

5.3 Aktiviti Pembelajaran

Projek Bermain Murid dibimbing menggunakan
Nyanyian Penyelesaian teknologi dan pelbagai media
Masalah untuk menjalankan aktiviti yang
Kuiz dirancang. Peluang dan ruang
Main menggunakan teknologi ini akan
Bercerita Peranan meningkatkan keupayaan murid
Simulasi
Berlakon Berdebat dalam pembelajaran digital,
seterusnya dapat melahirkan
Penyiasatan/ murid yang fasih digital di samping
inkuiri menguasai kandungan mata
Lawatan
pelajaran masing-masing.

BPK, KPM 31

Tema : Alam Sekitar

5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I Subtema : Haiwan

Tahap : Satu

Tahun : 1

Bahasa Matematik Bahasa Pendidikan Sains
Inggeris
01 Melayu 02 03 04 Moral 05

• Bercerita • Bermain • Berlakon • Nyanyian • Lawatan

Mengajar ayat seruan Mengajar nombor bulat Murid mempelajari Mempelajari tentang Mempelajari habitat
melalui cerita Arnab dan 1 hingga 100 pelbagai jenis haiwan nilai bertanggungjawab haiwan dalam mata
Kura-kura dalam mata dalam bahasa Inggeris melalui tema haiwan. pelajaran Sains melalui
(Matematik) melalui Mendengarkan cerita
pelajaran BM. Murid permainan dam ular sambil melakonkan teladan “Sang Kancil” lawatan ke Zoo.
boleh yang telah diubah suai watak haiwan Lawatan boleh dibuat
dengan meletakkan dan menyanyikan lagu secara maya. Murid
mempersembahkan gambar pelbagai jenis menggunakan boneka. tentang haiwan contoh:
cerita Arnab dan Kura- haiwan dalam kotak Guru boleh merakam boleh mengumpul
kura versi mereka sendiri Bangau oh Bangau maklumat dari laman
menggunakan pelbagai dam. Murid akan lakonan murid dan dalam mata pelajaran
mengeja nama haiwan mempamerkannya di Pendidikan Moral. Murid sesawang dengan
media dan teknologi bimbingan guru
seperti rakaman video, sekiranya terpaksa turun laman sesawang boleh menggunakan mengenai habitat
rakaman suara, lukisan ke kotak bernombor sekolah. kemudahan Internet
komik dan sebagainya. lebih kecil. Permainan haiwan yang tidak
boleh dilaksanakan untuk mencari terdapat di zoo.
secara digital. maklumat cara
memelihara haiwan

tertentu.

32 BPK, KPM

Tema : Alam Sekitar

5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II Subtema : Haiwan
Tahap : Dua

Tahun : 5

Bahasa Matematik Pendidikan Pendidikan Sains

01 Melayu 02 03 Seni Visual 04 Moral 05

Membaca petikan dan Menggunakan data Menghasilkan model Menghuraikan Murid membuat
maklumat tentang tidak terkumpul untuk haiwan imaginasi tanggungjawab sebagai penerokaan Internet
memperkenalkan dan untuk mengumpul
kepupusan haiwan dan daripada bahan-bahan anggota masyarakat maklumat berkaitan ciri
memahami maklumat menentukan mod, kitar semula yang dalam menjaga haiwan dan tingkah laku khas
tersurat dan tersirat median, min dan julat peliharaan dan haiwan di haiwan untuk melindungi
bagi piktograf, carta terdapat di persekitaran diri daripada musuh.
dengan menjawab palang dan carta pai. murid. persekitaran. Murid menerangkan
soalan berkaitan Membina piktograf, Melaksanakan dapatan penerokaan
petikan dengan betul. carta palang dan carta Mempersembahkan hasil tanggungungjawab mereka melalui skrap
Membaca dan pai bagi data berkaitan ciptaan tersebut dalam sebagai anggota
memahami maklumat kepupusan haiwan atau bentuk video pendek masyarakat dari aspek book digital
berdasarkan bahan kemandirian spesis dengan menerangkan kemandirian spesis menggunakan MS
multimedia bagi haiwan menggunakan haiwan. Komunikasi Word/ PowerPoint/
perbincangan berkaitan fail Excel. Murid juga setiap ciri khas yang tentang tanggungjawab Flipbook (jika ada
pemeliharaan dan mentafsir data dan terdapat pada model sebagai anggota kemahiran). Murid juga
pemuliharaan haiwan menyelesaikan masalah masyarakat dengan boleh menghasilkan
yang pupus serta haiwan imaginasi penghasilan bahan Inshot (video) untuk
kemapanan alam tentang data tak tersebut. Murid juga berbentuk digital dan berkomunikasi tentang
terkumpul berkaitan menceritakan tentang bukan digital bagi memberi
sekitar. pengalaman dalam kesedaran kepada kandungan ini.
haiwan. penghasilan karya masyarakat tentang
kemandirian spesis.
tersebut.

BPK, KPM 33

Tema : Sukan & Permainan

5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III Subtema : Sukan
Sekolah : Menengah

Tingkatan : 2

Pendidikan

Pendidikan
Seni Visual
Bahasa

01 02 03 04Melayu
Jasmani dan Sains
Pendidikan

Kesihatan

Mendengar maklumat berkaitan Melakukan permainan kecil ‘Hantar Mengumpul dan Mengkaji kesan daya
jenis sukan bersama keluarga dan Tangkap Bersyarat’ dalam mengkategorikan rekaan terhadap perubahan bentuk,
simbol dan logo dengan kedudukan, kelajuan dan arah
melalui aplikasi seperti permainan bola baling. Mengaplikasi
Telegram/ WhatsApp/ TikTok pengetahuan konsep pergerakan dan melayari internet dan dengan menjalankan
dan memberi respons berkaitan prinsip mekanik dalam kemahiran asas mendokumentasikan dalam eksperimen mengukur jarak
apa yang didengar. Membaca hantaran bola seperti aras bahu, atas portfolio. Membuat penerokaan
dan masa menggunakan
pengumuman dan iklan kepala, lantun dan sisi dengan dan eksperimentasi kaedah balingan/ hantaran
berkaitan syarat dan penyertaan menggunakan daya yang berbeza menggunakan aplikasi atau
semasa bermain. Syarat permainan Perisian Reka Bentuk seperti bola dengan daya yang
ahli keluarga dalam Temasya melibatkan kemahiran hantaran bola Photoshop, Adobe illustrator, berbeza. Menyelesaikan
Sukan yang dipaparkan melalui dan jumlah langkah bergerak yang Flash, Autodesk Maya dan lain-
pelbagai media sosial seperti dibenarkan semasa memegang bola. lain aplikasi. Menghasilkan logo masalah numerical
Berita Online, Blog, Facebook, Permainan kecil ‘Hantar dan Tangkap Pasukan Sukan Sekolah yang menggunakan rumus:
Bersyarat’ bagi kumpulan kecil dirakam Tekanan = Daya / Luas
e-mel dan lain-lain. dipilih serta permukaan, Beban x Jarak
Membina kerangka karangan menggunakan aplikasi TikTok. mendokumentasinya Beban daripada fulkrum =
Meneroka kemahiran asas bola baling menggunakan aplikasi seperti daya x jarak daya dari
Temasya Sukan Keluarga MS Word/ PowerPoint/ Key fulkrum, Momen daya = daya
menggunakan MS Words/ yang sesuai digunakan semasa Notes/ Page/ dan sebagainya. (N) x jarak tegak dari pangsi
Power Point/ Key Notes/ Page/ menyerang melalui video perlawanan
tulisan tangan dan menghantar ke daya (m)
tugasan tersebut melalui e-mel/ dan menyunting video dengan
WhatApps/ Telegram/ pautan menghimpunkan kemahiran kemahiran
DELIMa/ bercetak/ buku latihan.
yang telah dikenal pasti. Mencuba
kemahiran yang telah dikenal pasti
semasa menyerang dalam permainan

34 BPK, KPM bola baling.

BAB 6: PENTAKSIRAN

Panduan penilaian (contoh: aktiviti projek)

Pentaksiran bagi pembelajaran bertema Sebelum Semasa
adalah sama seperti pentaksiran pendekatan
Bagaimana murid merancang Bagaimana murid
pembelajaran yang lain dan perlu pelaksanaan projek.
dilaksanakan sepanjang proses PdP. mengmuarkulsu`kmanatdata/
Pentaksiran ini merupakan Pentaksiran Bilik Beberapa aspek seperti
Darjah (PBD) yang berlaku secara berterusan perancangan, penggunaan ketika melaksanakan
(on-going) bagi semua mata pelajaran yang penerokaan. Aspek
terlibat; real time dan autentik iaitu pada bahan atau kaedah komunikasi boleh dinilai.
masa yang sebenar, suasana yang sebenar pelaksanaan boleh dinilai.
dan hasil kerja murid yang sebenar. PBD
perlu direkodkan supaya prestasi dan Selepas Aspek Keseluruhan
pencapaian murid dalam aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai dapat dipantau dari Bagaimana murid Kolaboratif/ kreativiti/
menerangkan dan inovasi/ penyelesaian
semasa ke semasa. masalah/ membuat keputusan
mempamerkan
hasil kerja. Aspek bahasa

boleh dinilai.

BPK, KPM 35

BAB 7: SOALAN LAZIM

Soalan Lazim (FAQ)

1 Mengapakah guru perlu menggunakan pendekatan bertema sedangkan banyak pendekatan lain dalam PdP?

Jawapan:
Pendekatan bertema ialah satu kaedah PdP yang menggunakan tema sebagai medium pengajaran. Penggunaan tema ini
membolehkan penyerapan pelbagai bidang ilmu dan memberi lebih peluang kepada murid untuk membuat hubung kait
tentang apa yang dipelajari melalui tema dengan kehidupan harian atau dunia sebenar. Inilah salah satu kelebihan
pendekatan bertema berbanding pendekatan PdP yang lain. Sila rujuk buku panduan muka surat 10 untuk mengetahui
kelebihan lain dalam pendekatan bertema.

2 Bagaimanakah guru merancang PdP berdasarkan tema utama sedangkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam DSKP tidak disusun mengikut tema utama yang dicadangkan?

Jawapan:
Guru perlu membuat pemetaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan tema utama yang sesuai.
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) juga perlu disediakan dengan mengambil kira penyusunan tema utama yang selari
dengan perancangan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

3 Bagaimanakah penyerapan ilmu mata pelajaran dapat berlaku sedangkan tidak semua Standard Pembelajaran dalam mata
pelajaran dapat disampaikan melalui tema yang sama?

Jawapan:
Guru perlu berbincang dengan guru mata pelajaran lain bagi menyediakan pemetaan Standard Pembelajaran berdasarkan
tema utama. Guru perlu memilih mata pelajaran yang mempunyai Standard Pembelajaran yang dapat dicapai di bawah tema
yang sama sahaja. Sekiranya tema utama terlalu umum, guru diberi keluwesan untuk mengecilkan skop kepada subtema
yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Melalui subtema ini penyerapan ilmu mata
pelajaran lain boleh dilaksanakan.

BPK, KPM 37

Soalan Lazim (FAQ)

4 Apakah mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran
berlaku dalam PdP menggunakan pendekatan ini?

Jawapan:
Tidak ada mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penggabungjalinan dan penyerapan ilmu berlaku
dalam PdP. Guru perlu berbincang untuk merancang dan menyusun aktiviti yang boleh dijalankan dalam PdP masing-
masing supaya penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran berlaku semasa murid menjalankan aktiviti.

5 Berapakah bilangan mata pelajaran yang perlu diintegrasikan di bawah satu-satu tema?

Jawapan:
Bilangan minimum mata pelajaran yang boleh diintegrasikan ialah 2 mata pelajaran.

6 Bagaimanakah guru hendak mengajar sesuatu tema sedangkan kurikulum dan buku teks tidak mempunyai tema tersebut

Jawapan:
Guru tidak mengajar tema tetapi sebaliknya guru mengajar kandungan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
mata pelajaran masing-masing. Tema digunakan sebagai medium bagi menyampaikan kandungan mata pelajaran
tersebut.

38 BPK, KPM

Soalan Lazim (FAQ)

7 Bahan rujukan seperti buku teks yang disediakan oleh KPM tidak selari dengan tema utama yang dicadangkan.
8 Adakah buku teks masih boleh digunakan?

Jawapan:
Buku teks masih boleh digunakan kerana kandungannya adalah selari dengan kurikulum sedia ada. Guru boleh
menggunakan sumber rujukan lain selain buku teks bagi menyokong penyampaian ilmu di bawah satu-satu tema
tersebut.

Bagaimanakah pendekatan ini boleh memastikan semua kemahiran boleh digabungjalinkan dan kesepaduan ilmu
berlaku tanpa mengabaikan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira?

Jawapan:
Keluwesan diberikan kepada pihak sekolah untuk menentukan kandungan yang sesuai disampaikan di bawah satu-
satu tema. Pengajaran sesuatu konsep asas dalam mata pelajaran adalah penting dan pihak sekolah boleh
menyediakan satu waktu khusus bagi mengajar konsep asas sesuatu mata pelajaran.

9 Sekiranya sekolah melaksanakan pendekatan bertema ini adakah pendekatan dan kaedah pengajaran yang lain boleh
digunakan?

Jawapan:
Ya, guru masih boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan muridnya.
Malah pendekatan bertema ini boleh digunakan bersama dengan kaedah lain seperti inkuiri penemuan, projek dan
sebagainya.

BPK, KPM 39

Soalan Lazim (FAQ)

10 Bagaimanakah guru boleh mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran lain untuk berbincang mengenai
perancangan PdP melalui pendekatan ini?

Jawapan:
Pihak sekolah boleh mengatur masa bagi memberi ruang dan peluang untuk guru mengadakan perbincangan melalui
Profesional Learning Community (PLC). PLC ini perlu dimantapkan oleh pihak sekolah dengan memberi fokus kepada
pengurusan kurikulum dan PdP.

11 Adakah pendekatan ini mesti dilaksanakan setiap kali menjalankan PdP?
Jawapan:
Tidak. Pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian sekurang-kurangnya satu kali setahun mengikut tempoh yang
dirancang.

12 Apakah bahasa instruksional yang akan digunakan semasa pembelajaran bertema ini?

Jawapan:
Bahasa instruksional bagi setiap mata pelajaran masih sama seperti yang dilaksanakan pada masa sekarang.

40 BPK, KPM

13 Soalan Lazim (FAQ)
14
15 Adakah semua tema utama mesti dilaksanakan dalam tahun yang sama atau bagi kelas yang sama?

Jawapan:
Tidak. Guru boleh memilih tema utama yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang hendak disampaikan sahaja.
Namun, guru digalakkan menggunakan sebanyak mungkin tema utama yang telah dicadangkan dan mengelakkan
pengulangan tema yang sama.

Adakah guru boleh mencipta tema utama yang lain selain dari 8 tema utama yang dicadangkan?

Jawapan:
Ya, boleh. Guru boleh menggunakan tema utamanya sendiri mengikut kesesuaian Standard Pembelajaran dan keperluan
lokalti. Namun, pemilihan tema utama yang baharu hendaklah mengikut panduan pemilihan tema yang disarankan dalam
buku ini. Rujuk muka surat 20

Siapakah yang menentukan strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang perlu digunakan oleh guru?

Jawapan:
Guru boleh memilih apa jua strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang sesuai melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran lain.
Guru juga digalakkan mencuba semua strategi yang disarankan. Rujuk muka surat 21

BPK, KPM 41

Soalan Lazim (FAQ)

16 Adakah guru akan diberi latihan bagaimana untuk melaksanakan pendekatan bertema dalam PdP?
Jawapan:
Ya. Guru akan dibimbing oleh SISC+ di daerah masing-masing. BPK menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan
Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan, Contoh PdP Bertema, video penerangan berkaitan
pendekatan bertema dan slaid pembentangan yang digunakan dalam bengkel latihan sebagai rujukan.

17 Adakah keperluan merombak jadual waktu mata pelajaran untuk memberi ruang pelaksanaan pendekatan bertema ini?
Jawapan:
Tidak. Pelaziman pendekatan bertema ini boleh dilaksanakan mengikut jadual waktu sedia ada dan mengikut jumlah
waktu minimum mata pelajaran sedia ada.

18 Adakah format penulisan RPH perlu diubah dan templat RPH akan dibekalkan oleh BPK?
Jawapan:
Tidak. Guru boleh menulis RPH mengikut format sedia ada.

42 BPK, KPM

PENASIHAT JAWATANKUASA PETUGAS
PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH

KETUA PENASIHAT: Tn. Haji Azman bin Haji Adnan (Pengarah BPK)

PENASIHAT

1. Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengarah Kanan Kluster Dasar, Sains dan Teknologi

2. Pn. Nooraini binti Kamaruddin
Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

3. Pn. Hajah Nor’aidah binti Nordin
Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik

4. Dr. Azwan bin Abd Aziz
Timbalan Pengarah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi

5. Pn. Sarina binti Salim
Timbalan Pengarah Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

6. Pn. Fazlinah binti Said
Timbalan Pengarah Sektor Sains Sosial

7. Dr. Kashry bin Ab. Rani
Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas

8. En. Ramlan bin Haji Abu Talib
Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan Kesihatan

9. Pn. Zurina binti Zulkarnain
Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah

JAWATANKUASA PETUGAS
PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

PENASIHAT: 11. Kamariah binti Mohd Yassin
Dr. Latip bin Muhammad 12. Kumaresan a/l M. Subramaniam
13. Mazlan bin Awi
PENGERUSI: 14. Mohd. Hafiz bin Baharom
Hajah Nor’aidah binti Nordin 15. Nur Haswani binti Mazlan
16. Paizah binti Zakaria
AHLI JAWATANKUASA: 17. Ramanathan a/l Nagarathinam
1. Arni Suharti binti Mohamed Yasin 18. Regina a/p Joseph Cyril
2. Bakhtiar bin Mohd Salleh 19. Ruszidah binti Limat
3. Dayang Nor Ashikin binti Harun 20. Siti Aisyah binti Sahdan
4. Dr. Mazlan bin Ismail 21. Siti Sarah binti Mohd. Noor
5. Faridah binti Ramly 22. Tan Huey Ning
6. Hajah Isnazhana binti Ismail 23. Tajul Effandy bin Hassan
7. Hajah Ida Hairani binti Bakar
8. Hajah Nor Azza binti Ibrahim
9. Hajah Oliza binti Omar
10. Hajah Susilawati binti Ehsan



BPK KPM

Naskhah Uji Rintis

Terbitan,
Unit Cetak BPK


Click to View FlipBook Version