DISCOVER MALAY FOOD
KUIH-MUIH
Tradisional
MANIS
MENGIMBAU MASA SILAM
-HAFIZ- -AIMAN- -AMER-
KUIH-MUIH
Tradisional
MANIS
MENGIMBAU MASA SILAM
-HAFIZ- -AIMAN- -AMER-
P Daun kelapa melambai -lambai,
A Pohonya rendang di tanah subur,
N
T Makanan trasidi perlu disemai,
U Semoga nanti tidak berkubur..
N
DIhempap pening tertekan gusi,
pasti telentang serik sendiri,
kuih tradisional makanan tradisi,
makanan orang di sekitar negeri.
kuih tepung torak hijau warnanya,
dihidang bersama teh dan madu,
marilah cuba resepi lama,
kekalkan warisan orang dahulu.
tepi sana kuih buah rotan,
badannya bulat disalut bijan,
kuih tradisional sukar didapatkan,
hanya terdapat di hari perayaan.
Kandungan...
4 Prikata 6
8 12
14 Pengenalan 16
20
18 Bahan Utama 24
22 Kuih Barongko 28
26 Puding Raja
30 Apam Daun Rambai
Kuih Buah Rotan
Tepung Torak
Kuih Getas
Kuih Tahi Itik
Kuih Jongkong
Kuih Buah Gomak
General Mahbob
Prakata...
Assalamualaikum....
Ucapan sebagai pembuka kata dalam projek yang telah ditugaskan
untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan tentang kuih-muih manis di
malaysia.Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada pensyarah
pemantau iaitu Encik Ashfi Bin Suhadak yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta membantu kami dalam memberi idea dan cadangan
serta pandangan sepanjang proses menyiapkan tugasan dan projek ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah Jabatan hospitaliti dan pelancongan
yang turut membantu menyalurkan maklumat dan memberi kata-kata
semangat serta dorongan untuk menyiapkan buku ini. Setinggi - tinggi
kesyukuran dilafaz kerana dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang
baru sepanjang menjalankan pelbagai kajian yang mendalam dalam
menghasilkan dan membuat kuih-muih manis di malaysia tidak kira dari
segi cara masakan, pembuatan dan sejarah yang telah berjaya
dikumpul melalui pelbagai sumber tidak kira melalui artikal, media
cetak, dan temu ramah bersama masyarakat tempatan yang telah
banyak memberi maklumat untuk kami hasilkan buku ini.
Terima kasih dan bersyukur atas segala usaha dan titik peluh serta
sokongan dan pertolongan dari pensyarah, dan rakan-rakan akhirnya
berjaya menerbitkan sebuah buku tentang kuih-muih manis di malaysia
ini.
4
5
Pengenalan....
Dalam era globalisasi kini, makanan tradisional di Malaysia
sering dilupakan. Makanan tradisional merupakan simbol dan
budaya kepada sebuah tamadun dan masyarakat terutamanya di
Malaysia. Masyarakat di malaysia kaya dengan budaya dan
tradisi yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita. Salah
satunya adalah makanan kuih muih yang menjadi keunikan
serta santapan pada hari-hari perayaan dan keramaian.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, Kuih-muih manis
mempunyai keunikanya yang tersendiri. Sama ada melalui rasa,
bentuk, warna dan juga sejarah. Ia adalah makanan yang
menjadi simbol pada sesebuah daerah atau negeri-negeri
tertentu bagi menunjukkan bahawa setiap negeri mempunyai
identiti masakan kuih tersendiri daripada sejarah pembentukan
dan perdagangan di negeri tersebut.
Dalam konteks ini ternyata bahawa Malaysia adalah sebuah
negara yang unik kerana mempunyai pelbagai keunikan
makanan yang dapat di nikmati dan dikongsi oleh semua
masyarakat di Malaysia. Meskipun begitu ia semakin ditelan
zaman dan hampir dilupakan oleh generasi-generasi sekarang
dan akan datang.
6
Ekoran daripada hal tersebut, masyarakat atau generasi kini
kurang mengenali nama atau melihat bentuk kuih muih di
Malaysia. Kuih di Malaysia boleh dikatakan makanan harian bagi
minum petang atau sarapan pagi untuk pencuci mulut serta alas
perut. Ia dimakan dengan hanya satu gigitan dan mudah
dihadam. Kuih di Malaysia tidak hanya mempunyai kuih manis
sahaja. Terdapat juga kuih-muih pedas yang terdapat di
Malaysia namum buku ini hanya menfokuskan bagi pembuatan
kuih muih manis.
Justeru, buku ini adalah salah satu cara atau langkah untuk
mengekalkan makanan tradisi ini supaya tidak dilupakan. Buku
ini juga mampu menjadi panduan kepada mereka yang berminat
untuk mencuba membuat kuih-muih manis tradisianal melalui
cara dan resepi yang asli. Ini kerana kami telah mendapatkan
pelbagai sumber dan maklumat bagi penghasilan buku ini
sebelum diterbitkan. Di samping itu, buku ini turut menyediakan
bersama-sama tips dan trivia yang menarik bagi pembaca agar
resepi dan produk yang mereka hasilkan lebih menarik dan
enak.
Semoga para pembaca mendapat manfaat dari buku ini untuk
terus mengekalkan dan memelihara makanan tradisi ini supaya
dapat diwarisi dari zaman ke zaman. Tambahan pula, melalui
buku ini juga para pembaca turut dapat menambah pendapatan
di samping dapat mempelajri ilmu dan resepi yang baru.
7
Bahan Utama...
Gula Perang Santan
Gula perang ialah gula putih Santan adalah cecair yang
bercampur dengan sirap nira diekstrak daripada rendaman
untuk menghasilkan tekstur kelapa parut segar di dalam
yang lembut. Dua jenis gula air yang kemudiannya
perang yang biasa adalah diperah dan bukannnya air
gula perang cerah dan gula yang diperoleh di dalam
perang gula. Secara amnya, kelapa Terdapat dua jenis
semakin cerah warna gula santan iaitu santan pekat
tersebut, semakin lembut dan santan cair.
rasanya. Gula perang yang
gelap mempunyai rasa sirap
nira yang lebih pekat.
Tepung Beras Telur
Tepung beras adalah tepung Telur mengandungi protein,
yang diperbuat daripada beras vitamin ,mineral, lemak baik
yang telah digiling halus. Ia dan nutrient surih yang tinggi.
merupakan penganti kepada Di dalam pembuatan kek dan
tepung gandum yang baik, roti, telur merupakan bahan
terutamanya kepada mereka penting sebagai pemekat,
yang alahan gluten. Tepung pelekat, penaik, pelapis,
beras paling banyal digunakan pengilap, pelembap, pengering
dalam pembuatan kuih-muih atau pengemulsi
tradisional seperti kuih lapis,
apam , kuih talam, dan
sebagainya.
8
Tepung Gandum Gula Melaka
Tepung gandum adalah tepung Gula melaka dibuat daripadan
yang paling besar di dalam air nira kelapa. Air nira kelapa
resepi masakan. Tepung jenis direbus untuk menghasilkan
ini merupakan tepung yang sirap kelapa yang pekat. Sirap
tidak dicampur dengan bahan ini dituang ke dalam tebu untuk
lain seperti serbuk penaik dan mendapatkan bentuk silinder. Ia
soda penaik. Ia juga merupakan digunakan dalam masakan Asia
bahan penting di dalam Tenggara dalam hidangan enak
pembuatan kuih-muih. dan manisan.
Daun Pandan Minyak Sapi
Daun halus yang panjang ini Minyak sapi diperbuat daripada
digunakan dalam hidangan mentega tanpa garam yang
savuri dan manisan di Asia diremeh, yang ditapis daripada
Tenggara. Daun pandan krim dan sisa buangan. Tekstur,
mempunya rasa lembut dan warna dan rasa minyak
digunakan sebagai ramuan bergantung pada kualiti
penting dalam masakan Asia mentega sumber susu yang
seperti vanilla untuk masakan digunakan dalam proses dan
barat. Ia digunakan untuk tempoh mendidih dan dianggap
menjadi perasa dan pewarna berkualiti baik jika berwarna
pada manisan. kuning keemasan. Minyak sapi
tahan lama walaupun tidak
9 diletakkan di peti sejuk.
Gula Pasir Pisang
Gula pasir merupakan Pisang adalah antara buah
gula jernih yang bermutu yang boleh dimakan terus
tinggi . Gula pasir apabila sudah cukup
diperbuat daripada tebu waktunya. Pisang mempunyai
dah gula bit sugar beets, pelbagai jenis seperti pisang
ia juga merupakan bahan awak, pisang emas, pisang
penting dalam membuat tanduk dan sebagainya. Ia
manisan seperti puding juga banyak digunakan untuk
ata kuih tradisional dan membuat kuih tradisional
memasak. seperti lepat pisang, kuih
barongko dan sebagainya
Mentega Tepung Pulut
Mentega diperbuat Tepung pulut diperbuat
daripada lemak susu daripada beras merah yang
haiwan yang diproses mengandungi kadar
dengan bahan tambahan peratusan kanji yang tinggi
lain seperti air, garam, di dalamnya. Ia biasanya
dan susu. Ia boleh digunakan untuk membuat
didapati di mana-mana kek dan kuih tradisional.
pasaraya atau kedai
pembekal barangan
bakeri.
10
11
Kuih
Barongko.
Kuih Barongko merupakan
makanan tertutup khas suku
kaum bugis yang dibuat dari
pisang Kepok Matang yang
dikukus dengan daun pisang.
Barongko merupakan
makanan penutup yang
mewah dan hanya disajikan
untuk raja-raja seperti acara
perkahwinan dan lain-lain
tetapi kini makanan ini boleh
di makan pada bila-bila masa
sahaja. Untuk menambah
citarasa dan selera, bahan
untuk mnyiapkan biasanya
ditambah dengan irisan buah
Nangka atau kelapa muda
12
Persediaan : 45 minit. Memasak : 30 minit.
Bahan-bahan Tips
- 10 biji pisang - Untuk pisang perlulah
- 2 biji telur dikupas dan dibuang
- 150ml santan bahagia hitam ditengahnya.
- 50gm gula pasir
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/4 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan
- Daun pisang dan lidi secukupnya
Cara memasak :
1. Daun pisang dilayur sedikit dan digunting mengikut ukuran yang sesuai.
2. Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula pasir, telur, garam,
esen vanila dan santan. Kacau hingga sebati.
3. Ambil daun pisang dan letakkan daun pandan. Letakkan adunan pisang
tadi dengan secukupnya. Bungkus dan sematkan dengan lidi dengan
kemas. Ulang langkah sehingga adunan habis.
4. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
13
Puding Raja
Puding ini terkenal di
negeri Pahang
terutamanya di daerah
Pekan kerana asal-usul
Puding Raja adalah
hidangan pencuci mulut
di dalam istana sahaja.
Keistimewaan Puding
Raja ini adalah cara
hidangannya yang sama
sekali berbeza dengan
puding-puding lain yang
kebanyakkannya bahan
campuran telah sebati
sebagai satu hidangan.
14
Persediaan : 45 minit Memasak : 15 minit
Bahan-Bahan Tips
Bahan untuk jala emas - Simpan didalam peti sejuk
- 5 biji kuning telur untuk lebih enak.
- 250gm gula
- 250ml air - Gajus dan pisang digoreng
- 1 helai daun pandan dengan minyak sapi.
Bahan untuk tabur
- 10 biji pisang lemak manis
- 100 gram kacang gajus
- 100 gram buah prune
- Ceri merah dan hijau secukupnya
Bahan kuah puding
- 1 tin susu cair
- 3 biji kuning telur
- 125 gram gula
- 1/2 sudu teh esen vanila
Cara memasak
Jala emas
1. Didihkan air, gula dan daun pandan sehingga larut. Keluarkan daun pandan.
2. Masukkan kuning telur ke dalam corong roti jala dan kirai ke dalam adunan air gula
tadi.
3. Angkat jala emas dan toskan air gula.
Kuah puding
1. Gaulkan semua bahan dalam satu mangkuk dan masak bahan sehingga pekat.
2. Untuk menghidang puding raja, atur pisang yang telah digoreng di dalam mangkuk.
Taburkan jala emas.
3. Kemudian aturkan buah prune, ceri dan biji gajus dengan secukupnya.
4. Tuangkan kuah ke atas puding apabila hendak dimakan.
15
Apam Daun
Rambai
Apam Johol dahulunya
dikenali sebagai Apam
Daun Rambai, kerana
proses pembuatannya
menggunakan daun pokok
itu. Ia dikatakan berasal
dari Johol kerana terdapat
banyak pengusaha dan
pembuat makanan itu
tinggal di kawasan ini.
16
Persediaan : 20 minit Memasak : 60 minit
Bahan-bahan Tips
- Daun rambai – secukupnya - Pastikan meletakkan minyak
- Tepung gandum – 300 di daun sebelum meletakkan
- Mentega – 2 tbsp adunan itu untuk mengelakkan
- Gula melaka – 100 g adunan tidak dilekatkan.
- Gula – 2 tbsp
- Mauripan – ½ paket
Cara memasak :
1. Gabungkan mentega dan tepung dan kacau rata.
2. Kemudian tambah yis dan gula menjadi tepung.
3. Tuangkan gula sawit ke dalam adunan secara beransur-ansur.
4. Campurkan adunan (jangan dicairkan).
5. Seterusnya, kacau doh sehingga ia berubah 2 kali lebih besar daripada saiz biasa
(3 jam perapan).
6. Kemudian, letakkan ¾ adonan pada daun. Doh akan berkembang apabila
mengukus.
7. Akhirnya, stim selama 15 minit atau sehingga dimasak cukup
17
Buah Rotan
Kuih buah rotan atau juga
dikenali sebagai
kuih redan atau keciputan
merupakan sejenis
kuih tradisional Melayu.
Kuih ini popular di negeri
Terengganu, Malaysia dan
Jawa, Indonesia.
Kuih buah rotan digelar
sedemikian kerana
bentuknya yang bulat dan
bersisik seperti buah
rotan. Warnanya yang
kuning keemasan juga
menyerupai buah rotan.
Kuih buah rotan agak
keras dan tahan lama. Kuih
ini tidak mempunyai inti,
berbeza dengan kuih bijan.
18
Persediaan : 15 minit. Memasak : 30 minit
Bahan-bahan Tips
- 500g tepung pulut - Gentel dengan saiz kecil
- 1 sudu tepung beras supaya kesemua biji.
- 1 cawan santan pekat rotan masak sekata.
- 1 cawan air.
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur ayam
- Sedikit air kapur makan
- Secubit garam
- Bijan
Cara memasak ;
1. Kacaukan gula dengan sedikit air panas supaya larut. Tambahkan secubit garam
dan air kapur makan anggaran 1/2 sudu teh.Sejukkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar dan uli sehingga menjadi doh.
Seterusnya, letakkan santan sedikit demi sedikit bagi dapatkan adunan doh yang
boleh digentel.
3. Bulatkan doh kecil-kecil lebih kurang hujung jari kelingking.
4. Salut dengan bijan dan dan barulah goreng pada saiz bilangan yang mencukupi
dengan api sederhana .Goreng hingga kuning keemasan baru toskan kuih buah
rotan dan sejukkan.
19
Kuih
Jongkong
Kuih jongkong merupakan
sejenis kuih tradisional
yang popular di Malaysia,
terutama di negeri Perak.
Kuih yang dibalut dengan
daun pisang ini mempunyai
rasa yang enak daripada
gula melaka serta lemak
santan dan isinya yang
lembut
20
Persediaan :20 minit Memasak :40 minit
Bahan-bahan Tips
Bahan Kuih - Setiap proses memasak dan
- 150 gm tepung beras menggukus hendaklah
- 70 gm tepung ubi kayu menggunakan api yang
- 650 ml santan cair perlahan.
- 3 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan di simpul
Bahan Inti
- 150 gm gula Melaka (Di dadu kecil)
- 200 ml pati santan
Bahan Membungkus
- Daun pisang secukupnya
(cuci bersih, lap kering dan layurkan)
- Lidi kecil atau pencungkil gigi
Cara memasak ;
1. Masak semua bahan kuih dalam periuk dengan api yang kecil sambil di
kacau hingga adunan pekat dan kental. Biarkan adunan sejuk.
2. Ambil daun pisang yang dilayurkan dan di potong mengikut saiz. Letakkan
sedikit adunan tepung dan inti gula Melaka. Letakkan santan pekat diatasnya.
3. Kemudian bungkuskan seperti tapai dan kemaskan dengan lidi.
4. Kukuskan dengan api yang sederhana selama 30 minit atau sehingga masak.
Kemudian angkat kukusan tersebut dan sedia dihidangkan.
21
Tepung Torak
Tepung torak adalah kuih
tradisi yang terkenal
dikalangan rakyat negeri di
Utara Malaysia, rasanya
berlemak manis dan manis itu
menawan selera sesiapa yang
menjamah terutamanya pada
waktu sarapan pagi.
22
Persediaan : 45 minit Memasak : 30 minit
Bahan-bahan Tips
- 150 g tepung beras - Gunakan daun pisang
- 40 g tepung ubi yang tebal supaya tidak
- 600 ml santan pecah ketika mengukus.
- 100 g gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan
- sedikit pewarna hijau
- sedikit air kapur
- Daun pisang dan tali secukupnya
(untuk bungkus kuih)
Cara memasak ;
1. Masak santan, gula,garam dan daun pandan hingga gula mendidih dan larut.
Kemudian sejukkan
2. Masukkan tepung beras bersama tepung ubi dan tuangkan santan yang telah sejuk
tadi kedalam tepung. Kemudian gaul hingga sebati
3. Masukkan air kapur dan pewarna hijau dan gaul rata kemudian tapiskan kedalam
periuk.
4. Masak adunan hingga pekat dan tidak melekat dalam periuk.
5. Layurkan daun pisang. Letakkan adunan tepung diatas daun pisang. Bungkuskan
dengan kemas.
6. Kemudian kukus selama 30 minit sehingga masak. Kemudian sejukkan dahulu
sebelum dihidangkan.
23
Tahi Itik
Kuih tahi itik adalah kuih
yang terkenal di negeri
sebelah pantai timur iaitu
di Kelantan dan
Terengganu. Kuih ini
diperbuat daripada telur
putih kebiasaannya kuih ini
dibuat bersama kuih jala
emas kerana hanya
memakai kuning telur
sahaja.
24
Persediaan : 45 minit. Memasak : 30 minit
Bahan-bahan Tips
- 10 biji putih telur - untuk membentuk kuih
- 500 ml santan tahi itik saiz tidak perlu
- 400 g gula pasir terlalu besar supaya tidak
- 100 g tepung pulut kehilangan rasa dan tekstur
- 150 g tepung beras
- Sehelai daun pandan
- 1 sudu teh esen vanila
Cara memasak:
1.campurkan semua bahan dan panaskan atas api.
2.kacau sehingga masak dan nampak berkilat.
3.biarkan sejuk dan bentukan mengikut citarasa sendiri.
4.Sedia dihidangkan.
25
Kuih Getas
Kuih Getas atau kuih Getas-
getas adalah sejenis kuih
tradisi yang disira dengan air
gula. Ia juga dikenali sebagai
kuih Kemplang. Ia biasanya
dibuat dari tepung beras
berbentuk sedikit bujur dan
selepas diadun ia digoreng
sira dengan air gula.
26
Persediaan : 15 minit. Memasak : 30 minit
Bahan-bahan Tips
- 1 bungkus tepung pulut - - Ketika memasak hendaklah
- 1 biji kelapa parut (putih sahaja) menggunakkan api yang
- 1 sudu teh garam sederhana
- Air suam secukupnya
- ½ 1 kg minyak masak (menggoreng)
- Gula halus
Cara memasak :
1. Gaul rata tepung pulut, kelapa parut dan garam.
2. Tambah air suam sikit demi sedikit kemudian uli sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, bentukkan bujur dan leper.
4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali
5. Goreng doh sehingga kuning-kekuningan. Angkat dangaulkan dengan gula serbuk.
27
Kuih Buah
Gomak
Kuih buah gomak atau
juga dieja sebagai buah
gomok, atau juga
dikenali sebagai Kuih
buah beluru merupakan
sejenis kuih yang
popular di pantai timur
seperti Kelantan dan
Terengganu.
28
Persediaan : 30 minit Memasak : 25 minit
Bahan-bahan Tips
Untuk tepung kacang hijau: - Guna kelapa parut fresh
- 500 gram kacang hijau untuk dapatkan inti
Untuk inti: yang sedap
- 1 biji kelapa parut
- 1 keping gula melaka
- 200 gram gula merah
- ½ cawan air
Untuk doh:
- 1 bungkus tepung pulut
- 2 cawan tepung kacang hijau
- Air secukupnya
Cara memasak :
Untuk tepung kacang hijau:
1. Kacang hijau dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan.
2. Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan.
3. Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayak.
Untuk inti:
1. Didihkan air, masukkan gula merah dan gula melaka. Kacau hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa parut, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk buat buah gomak:
1.Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Kemudian, Masak
sebentar di atas api.
2. Ambil sejemput tepung pulut, leperkan dan Letakkan inti ditengah tengahnya. Kemudian,
tutup dan leperkan semula sehingga habis.
3. Kukus adunan sehingga masak. Kemudian, angkat dan salut dengan tepung kacang hijau.
29
General
Mahbob
Kuih ini merupakan kuih
tradisional yang tidak
ramai mengenali namun
kuih ini lebih dikenali di
daerah Pekan, Pahang.
Kuih ini juga boleh
dikenali sebagai mahbub
atau jeneral mabuk. Kuih
ini biasanya akan berada
di majlis keramaian atau
majlis kawin.
30
Persediaan: 20 minit. Memasak : 60 minit
Bahan-bahan Tips
- 5 biji telur ayam - Untuk menghasilkan tahi minyak
- 1 cawan santan pekat masakkan santan dan garam dan
- 1 cawan gula putih dimasak sehingga berketul
- 3 sudu besar tepung beras dengan api yang perlahan.
- 1 cawan air
- Sedikit pewarna kuning
- 1 helai daun pandan
- Sedikit mentega
Cara memasak
1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in dimeter dengan mentega.
2. Masak gula dengan secawan air tadi hingga hancur, masukkan daun pandan
sekali dan sejukkan.
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Bila air gula dan tepung sudah sejuk, pecahkan telur dan masukkan santan
pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau perlahan hingga sebati. Kemudian masukkan
pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak
yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.
31
Kuih-Muih
Tradisional
MANIS
MENGIMBAU MASA SILAM
Edisi Pertama.
Semua hak cipta terpelihara, Tidak ada bahagian dari penerbitan ini yang
boleh dihasilkan, diedarkan, atau dimusnahkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan apa cara, termasuk salinan , rakaman, atau kaedah
elektronik atau mekanikal yang lain, tanpa kebenaran bertulis daripada
penerbit, kecuali, petikan yang ringkas yang terkandung dalam ulasan
kritikal dan penggunaan bukan komersial yang lain yang dipersetujui oleh
undang-undang hak cipta. Untuk permintaan kebenaran, tuliskan kepada
penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia
Diterbit oleh : Dicetak oleh :
Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Print Expert
Politeknik Sultan Idris Shah, No. 22 & 24 Puncak Bestari,,
Sungai Lang, 45100 Jalan Niaga Bestari 8, Puncak
Sungai Air Tawar, Selangor. Alam, 42300 Bandar Puncak
Alam, Selangor
Tel : 03-32806200
Tel : 017-4889551
Editor :
Muhammad Zarith Aiman Bin Asmawi
Ameruddin Bin Mohd Sidek
Grafik :
Muhammad Zarith Aiman Bin Asmawi
Ameruddin Bin Mohd Sidek
Muhammad Hafiz Bin Mohd Suhaimi
Nota...
Buku ini adalah buku resepi yang menghidangkan makanan tradisional masyarakat
Melayu di Malaysia iaitu kuih muih manis. Terdapat 10 resepi kuih-muih manis yang
terpilih di dalam kandungan buku ini bagi para pembaca untuk mengenali serta memupuk
masyarakat supaya dapat membuat
dan menghasilkan kuih manis dengan cara pembuatan
yang manarik. Di samping itu, buku ini dapat membantu mengekalkan serta menjaga
warisan resepi kuih tradisional di malaysia ini yang kian dilupakan.
eISBN 978-967-2096-70-2