The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-03-16 21:40:02

10 Resepi Sup

10 Resepi Sup

10

Resepi Sup

MUDAH DAN SEDAP

c

Aliya & Haniq

10

Resepi Sup

Mudah & Sedap



Diterbit Oleh :
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100
Sungai Air Tawar
Tel : 03-32806200

Dicetak Oleh:
Print Expert Puncak Bestari
No 22&24 Puncak Bestari,
Jalan Niaga Bestari 8,
Puncak Alam, 42300
Bandar Puncak Alam, Selangor.
Tel : 017-4889551

Penyunting:
Nur Aliya Nasuha Binti Abdullah

Grafik:
Nur Aliya Nasuha Binti Abdullah
Ummi Haniq Binti Zulkifli

Penyelaras :
Encik Mohd Khairul Nizam Bin Ismail

Kandungan

5 Prakata
6 Biodata
8 Pengenalan
9 Kata-kata hikmah
10 Ramuan Utama
12 Tips Masakan

14 Sup Makanan Laut
16 Sup Petola dengan Telur
18 Sup Ketam
20 Sup Ikan Bawal Putih
22 Sup Ayam
24 Sup Tauhu Telur
26 Sup Daging
28 Sup Tauhu
30 Sup Cendawan
32 Sup Sayur Campur

Prakata

Projek ini wajib bagi setiap pelajar semester 5 dalam
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
dan perlu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan semasa
tamat pengajian. Bagi sesi Disember 2019, pelajar
dikehendaki membuat buku masakan yang bertajuk

‘Discover Malay Food’. Kandungan projek ini telah

dibahagikan kepada pelbagai jenis makanan tempatan di
Malaysia yang memberi tumpuan kepada semua orang.
Beliau telah diberi topik masakan Melayu  iaitu Masakan Sup
dan mengandungi 10 resepi yang dikehendaki. Tujuan projek
ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang akan
meningkatkan keupayaan beliau dalam menyumbang idea,
kreativiti dan menyelesaikan masalah. Dalam menyediakan
buku ini pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu
dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang
bagus dari segi isi penyampainya. Buku ini bukan sahaja
mengupas dengan lebih terperinci tetapi dengan memberi
sedikit tips bagaimana cara dan penggunaan ketika
memasak. Bagi pihak penerbit Politeknik Sultan Idris Shah,
beliau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Miss Shufiah Binti Mustapa dan Encik Mohd Khairul
Nizam Bin Ismail atas usaha beliau memberi panduan
merujuk buku resepi ini. Semoga buku resepi ini dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat.

5

Biodata

Nama yang diberi Nur Aliya Nasuha
Binti Abdullah. Beliau dilahirkan di
Hospital Ipoh, Perak. Seterusnya, beliau
juga seorang anak tunggal dalam sebuah
keluarga kecil. Beliau merupakan pelajar
di SMK Perempuan Likas, Kota
Kinabalu, Sabah dalam jurusan ekonomi,
perdagangan dan prinsip akaun dan SMK
Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak dalam
jurusan seni, sastera dan perdagangan.
Beliau meneruskan pengajian di Politeknik
Sultan Idris Shah, Sabak Bernam,
Selangor dalam bidang Diploma
Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Amalan Halal.

6

Nama yang diberi Ummi Haniq Binti
Zulkifli.Beliau dilahirkan di Hospital
Seremban, Negeri Sembilan. Beliau juga
anak yang kedua dari empat orang adik-
beradik. Seterusnya beliau merupakan
seorang pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Subang dalam jurusan
ekonomi rumah tangga, perdagangan dan
seni lukis dan Kolej Komuniti Kuala
Kangsar dalam jurusan Sijil Pastri.
Selain itu, beliau meneruskan pengajian di
Politeknik Sultan Idris Shah dalam
bidang Pengurusan Perkhidmatan
Makanan Amalan Halal.

7

Pengenalan

Buku ini merupakan pengenalan kepada bidang pemakanan
dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini yakni
menekan aspek untuk mendedahkan kepada masayarakat
tentang masakan Malaysia terutamanya masakan sup. Sup
adalah makanan cecair rebusan daripada tulang, daging, ayam
dan sayuran. Selain itu, sup mengandungi perasa yang sangat
tinggi yang menghasilkan daripada air rebusan tulang, isi daging
atau ayam dan sayuran tersebut. Penggunaan bahan mentah
yang berkualiti akan menjadikan rasa sup lebih baik dan sedap.

Sup boleh disajikan ketika panas dan sejuk. Seterusn ya,
sup juga dapat meransangkan dan melancarkan sistem
penghadaman selepas makan. Ia juga sesuai dihidang kepada
orang yang sakit dan kanak-kanak untuk menaikkan seleranya.
Justeru itu, pelbagai hidangan sup yang popular masa kini
antaranya sup ayam, sup daging, sup wantan, sup burung puyuh,
sup cendawan dan banyak lagi. Jadikan hidangan ini sebagai
pembuka selera sesuai untuk semua peringkat usia.

Sup sangat mudah dan cepat dimasak ia juga boleh
mendapatkan vitamin, mineral, protein dan tenaga untuk
membina badan dan memberikan karbohidrat kepada
pemakan. Selain itu, dapat memberi manfaat daripada enzim
dan bahan kimia tumbuhan yang memperbaiki pencernaan,
meningkatkan dan melawan jangkitan dalam badan.

8

Kata-Kata Hikmah

Makanan bukan hanya masakan
yang berakhir di perutmu,

melainkan sebuah hidangan yang
patut

dinikmati dan dihargai.

Semakin kamu gemok,
semakin kamu susah diculik,
Agak selamat dari perculikan,

AYO MAKAN!

Mencari yang halal adalah
suatu kewajiban keatas
setiap Muslim

Hati akan menjadi lembut
dengan memakan makanan

yang halal.

9

RamuanUtama

Rempah-rempah ini menjadi bahan utama iaitu
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan
bunga cengkih.

REMPAH 4 Sup bunjut adalah ramuan rempah ratus yg telah
SEKAWAN dibunjutkan dalam kain putih dan diikat rapi.
Ramuannya ialah rempah biji, bunga lawang,
Sup Bunjut jintan manis, bunga cengkih, kulit kayu manis dan
lada hitam. Rempah ratus yang terbaik ini
disatukan di dalam bungkusan bagi mendapat
keharmonian citarasa asli dan khasiat semulajadi
masakan tersebut. Selain daripada aroma yang
sangat menyelerakan.

Halia merupakan herba yang dipercayai khasiat
yang boleh membuangkan angin di dalam badan.

HALIA

Lada hitam adalah salah satu daripada rempah-
ratus yang serba boleh kegunaannya dalam
masakan. Untuk mengekalkan aroma dan rasa
yang sedap.

Lada hitam

10

Penambah rasa dan pemikat selera semestinya gula
dalam masakan tetapi dalam jumlah yang
bersesuaian.

GULA

Bawang merah dipercayai memiliki rasa yang lebih
enak berbandingkan dengan bawang besar sekali
gus menjadikan pelengkap setiap masakan.

Bawang Merah

Bawang putih dipercayai dapat menyinkirkan
toksik di dalam badan dan sering kali digunakan
dalam masakan sebagai ajen perapan.
BAWANG PUTIH

Menggunakan minyak yang berkualiti untuk
menghasilkan seni masakan yang menarik.

minyak masak

11

TIPS
MASAKAN

Nak kupas bawang merah untuk mengelakkan pedih
mata ialah rendam bawang merah dalam air garam 5-
10 min.
Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa
yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka dalam periuk
ketika merebus daging dan boleh menggunakan sudu
kecil dalam rebusan atau sudu besi bukan sudu plastik.
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih,
masak nasi letak 2, 3 cubit garam. Nasi boleh tahan
lama, Selain itu, nak elak nasi mentah renjiskan air
garam atas nasi tu, kacau nasi tu dan tutup sampai
berwap.
Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu
dalam air panas sampai air menjadi sejuk. Lepas tu baru
boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih
elok lagi tauhu tu.
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup
menjadi cair. Kurang lah. Nak memekatkan sup
masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek supaya
sup menjadi lebih sedap atau pekat.
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus
sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi
sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya
habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat
mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hanyir
daging.

12

13

Sup Makanan
Laut

14

Hidangan untuk : 2-3 orang
Cadangan Masa memasak : 15 minit

BAHAN- BAHAN
300 gram udang sederhana besar ( buang kepala udang)

200 gram sotong (dipotong bulat)
1/2 lobak merah
1 biji ubi kentang
1 batang saderi

1/2 sudu kecil rempah sup
Garam secukupnya

Daun sup ( dihiris nipis)
3 bawang merah( dihiris nipis)

Minyak secukupnya
1 sudu jintam putih (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang merah

sehingga naik bau.
2.Masukkan air secukupnya kemudian masak di atas api yang

sederhana dan biarkan sehingga mendidih.
3.Kemudian bancuhkan rempah sup dengan sedikit air.

Masukkan ke dalam kuah sup diikuti dengan sedikit garam
dan batang saderi.
4.Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang. Tunggu
sehingga lembut. Masukkan udang dan sotong. Biarkan
sehingga mendidih.
5.Setelah mendidih taburkan daun sup. Kemudian tutup api
dan boleh dihidangkan.

15

Sup Petola
dengan Telur

16

Hidangan untuk : 3 orang
Cadangan Cara Memasak : 20 minit

BAHAN- BAHAN
2 batang petola (dihiris sederhana tebal)
1 paket bebola ikan (dibelah 2 bahagian)

2 biji telur
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)

1 paket so hoon
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil lada hitam
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang merah

dan bawang putih yang telah dihiris sehingga naik bau.
2.Kemudian tambahkan bebola ikan yang telah dibelah dua

dan kacau sehingga rata dan bertukar warna.
3.Masukkan air secukupnya dan biar sehingga mendidih.

Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga menjadi
ketulan kecil.
4.Setelah mendidih, masukkan petola dan so hoon. Kemudian
masak sehingga lembut.
5.Kemudian masukkan garam, lada hitam dan kacau sehingga
rata dan tutup api.

17

Sup Ketam

18

Hidangan Untuk : 3 orang
Cadangan Cara Memasak : 30 minit

BAHAN-BAHAN
2 ekor ketam (nipah/bunga)

2 biji ubi kentang
Sedikit lada putih/lada sulah

2 biji cili padi
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)

CARA MEMASAK

1.Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan
tunggu sehingga naik bau.

2.Kemudian masukkan air secukupnya, tunggu sehingga
mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang. Masak sehingga
ubi kentang menjadi empuk.

3.Kemudian masukkan ketam dan cili padi dengan kadar api
yang sederhana.

4.Tambahkan sedikit garam dan lada sulah secukupnya.
Kemudian kacau sehingga sebati. Taburkan daun sup dan
tutup api.

19

Sup Ikan
Bawal Putih

20

Hidangan untuk : 3 orang
Cadangan Cara Memasak : 30 minit

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan bawal (siang dan bersihkan)

3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)

1 inci halia (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

2 biji bunga cengkih
1 bungkus sup bunjut
Sedikit daun sup (dihiris halus)
Sedikit daun bawang (dihiris halus)
Garam secukupnya

Air secukupnya

CARA MEMASAK
1.Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang

merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih dan
bunga lawang sehingga layu dan wangi.
2.Tambahkan air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih
dan masukkan sup bunjut.
3.Kemudian masukkan ikan dan kacau sehingga ikan masak
(jangan kacau selalu, nanti ikan hancur).Kemudian masukkan
garam secukupnya.
4.Apabila ikan sudah masak, masukkan daun sup dan daun
bawang sebagai penambah rasa dan tutup api.

21

Sup Ayam

22

Hidangan Untuk : 3 orang
Cadangan Cara Memasak : 30 minit

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam

1 paket rempah sup
2 biji ubi kentang
1/2 batang lobak merah
2 batang saderi
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
Air secukupnya
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah

ditumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
2.Kemudian, masukkan air secukupnya, ubi kentang dan

lobak merah. Masak sehingga ia menjadi empuk.
3.Masukkan ayam dan rempah sup yang telah dibancuh

dengan air yang secukupnya. Setelah ayam hampir masak,
masukkan batang saderi.
4.Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup.
Kemudian tutupkan api.

23

Sup Tauhu
Telur

24

Hidangan Untuk : 3 orang
Cadangan Cara memasak : 15 minit

BAHAN-BAHAN
2 paket tauhu telur (dipotong sederhana bulat)

3 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 paket bebola ikan
2 sudu besar sos tiram
1/2 paket cendawan

Lobak merah ( dipotong bulat sederhana)
Daun sup ( dihiris)

1 biji telur (dipukul dengan garfu)
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak secukupnya

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. Tunggu sehingga

wangi dan kekuningan. Kemudian masukkan bebola ikan dan
kacau.
2.Masukkan air secukupnya, sos tiram dan cendawan. Biarkan
sehingga mendidih. Masukkan lobak merah dan sedikit garam.
Kacau kuah sup dengan bancuhan tepung ubi (Jangan sampai
berketul).
3.Goreng terlebih dahulu tauhu telur. Kemudian masukkan ke
dalam kuah sup dan kacau sehingga sebati. Tuangkan telur
yang sudah dipukul tadi secara lingkaran. ( Jangan tuang
setempat).
4.Biarkan sekejap. Tutup api kemudian baru dikacau.
Tujuannyaa supaya telur tersebut.
5.Akhir sekali taburkan daun bawang kacau rata dan tutup api.

25

Sup Daging

26

Hidangan untuk : 4-5 orang
Cadangan Cara Memasak : 30-40 minit

BAHAN-BAHAN
1/2 daging (rebus sehingga empuk)

1 sudu kecil lada hitam
2 biji ubi kentang ( dipotong dadu)
1 batang lobak merah ( dipotong dadu)

2 biji tomato ( dipotong 4)
Garam secukupnya

3 ulas bawang merah ( tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)

1 inci halia (tumbuk kasar)
1 inci lengkuas ( tumbuk kasar)

1 biji limau kasturi
1 kayu manis,

2 bunga lawang ,
4 buah pelaga,

4 cengkih

CARA MEMASAK
1.Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang telah

ditumbuk dan masukkan 4 sekawan sehingga wangi.
2.Masukkan air secukupnya dan ubi kentang, lobak merah dan

tunggu sehingga empuk.
3.Setelah daging empuk, tuangkan bahan yang telah ditumis ke

dalam daging yang telah di rebus.
4.Taburkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan kacau.

Kemudian masukkan tomato dan tutupkan api.
5.Taburkan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan sedikit

perahan air limau kasturi sebagai hiasan.

27

Sup Tauhu

28

Hidangan untuk : 2 orang
Cadangan Cara Memasak : 15 minit

BAHAN-BAHAN
2 keping tauhu lembut ( dipotong kecil)

3 biji telur
1 lobak merah (dipotong bulat)
3 biji ubi kentang ( dipotong 4)

Daun sup (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)

Garam secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang

putih sehingga wangi dan kekuningan.
2.Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan tauhu, ubi

kentang dan lobak merah. Tunggu sehingga empuk.
3.Masukkan telur satu per satu dan biarkan sehingga

mendidih. Masukkan sedikit garam.
4.Taburkan daun sup dan tutup api.

29

Sup
Cendawan

Tiram

30

Hidangan untuk : 2 orang
Cadangan Cara Memasak : 15 minit

BAHAN-BAHAN
2 paket cendawan tiram

1/2 lobak merah
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar)

Cili hijau (dihiris)
Garam secukupnya
Minyak secukupnya

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dihiris

sehingga kekuningan dan wangi. Masukkan ikan bilis
kacau sehingga garing.
2.Masukkan air secukupnya, tunggu sehingga mendidih
dan masukkan cendawan. Kacau seketika.
3.Akhir sekali, masukkan cili hijau yang telah dihiris dan
sedikit garam.
4.Kemudian tutupkan api dan boleh dihidangkan.

31

Sup Sayur
Campur

32

Hidangan untuk : 2-3 orang
Cadangan Cara memasak : 15 minit

BAHAN-BAHAN
1/2 batang lobak merah
1 paket kecil cendawan tiram kelabu
1/2 kuntum bunga kobis
Daun sup secukupnya

1 biji tomato
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)

1 inci halia (dihiris)
3 biji cili api (diketuk)
1/2 sudu kecil lada hitam

1 ketul kuib ayam
1 paket sup bunjut

Asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak secukupnya

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dihiriskan

sehingga kekuningan dan wangi.
2.Masukkan air secukupnya dan tunggu sehingga mendidih

sedikit. Kemudian masukkan cili api yang telah diketuk, sup
bunjut dan pati kiub ayam.
3.Selepas itu, masukkan kek ikan, tunggu sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sayuran yang telah dipotong kecuali daun
sup dan tomato.
4.Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau
sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan tomato dan daun sup. Kacau dan tutup
api.

33

NOTA

eISBN 978-967-2096-70-2


Click to View FlipBook Version