PRAKATA
Alhamdulillahirabbil’aalamin, puji dan syukur penulis panjatkan kepada Allah
SWT kerana kurniaan nikmat yang diberikan oleh Nya. Tanpa kurnian Nya dan
hikmahNya yang diberikan mustahil ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan di dalam
sebuah naskah yang dilahirkan tepat pada waktunya dengan bebanan tugas dan
kewajiban yang hadir bersama.
Penulis berharap dengan terhasilnya buku ini dapat memberi kemudahan kepada
pensyarah-pensyarah khususnya Pensyarah Politeknik dalam melaksanakan Integrated
Cummulative Grade Point Average (iCGPA) Dengan Menggunakan SPMP. Harapan ini
selari dalam menzahirkan pencapaian holistik pelajar hasil daripada pengalaman
pembelajaran di IPT khususnya di Politeknik Malaysia.
ROHAYA BINTI RASMIN
MOHD SHAHIR BIN DZULKAPLI
MOHAMAD FAUZI BIN CHE PA
UNIT PEPERIKSAAN
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
ISI
KANDUNGAN
PRAKATA ii
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025 1
(PENDIDIKAN TINGGI)
1.2 PURATA NILAI MATA BERSEPADU (PNKG) INTEGRATED 2
CUMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
1.3 PENJAJARAN KONSTRUKTIF 3
1.4 KAEDAH PENJANAAN GRAF RADAR PRESTASI PELAJAR 3
BAB 2: LANGKAH – LANGKAH PENILAIAN KERJA KURSUS
DIJANAKAN UNTUK MENJANA DI GRAF SPIDER WEB (ICGPA).
2.1 DAFTAR PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) 6
7
2.2 DAFTAR COURSES LEARNING OUTCOMES (CLO) 7
2.3 DAFTAR HUBUNGKAIT CLO VS PLO IKUT KOD KURSUS 8
9
2.4 DAFTAR HUBUNGKAIT PLO DAN GSA (GENERIC SKILLS
ATTRIBUTE) 9
2.5 DAFTAR HUBUNGKAIT PLO DAN 9 LD (LEARNING DOMAIN)
2.6 DAFTAR HUBUNGKAIT 9 LD POLI DAN 8 LD KPM (LEARNING
DOMAIN) UNTUK JANA iCGPA
BAB 3: PENUTUP 11
12
3.1 CABARAN DAN ISU
RUJUKAN
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025
(PENDIDIKAN TINGGI)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT)
(Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2015) dirangka berasaskan wawasan dan
aspirasi PPPM (2013-2025) dan PSPTN dalam mendidik pelajar yang berbakat,
berkemahiran dan berilmu yang bersedia menghadapi cabaran abad ke-21.
1
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi
Lonjakan 1 PPPM (PT) bertujuan membentuk graduan yang holistik, seimbang dan berciri
keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Salah satu daripada
inisiatif Lonjakan 1 ialah pelaksanaan Sistem Penilaian Bersepadu yang menzahirkan
pencapaian holistik pelajar hasil daripada pengalaman pembelajaran di IPT.
1.2 PURATA NILAI MATA BERSEPADU (PNGK) INTEGRATED
CUMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
Himpunan Purata Nilai Mata Bersepadu (iCGPA) adalah satu sistem atau mekanisme
pentaksiran dan pelaporan mengenai peningkatan dan pembangunan bersepadu pelajar
dari segi adab (etika dan nilai murni), pengetahuan deklaratif dan fungsional serta
kemahiran teknikal mereka dalam bidang disiplin yang diceburi. Pelaporan iCGPA
memperlihatkan pencapaian atribut pelajar untuk enam aspirasi yang digariskan dalam
PPPM (PT) yang juga terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran Kerangka
Kelayakan Malaysia. Mekanisme ini bertujuan membantu pihak berkepentingan merancang
dan menentukan langkah penambaikan yang paling sejajar. Oleh itu, pelaporan iCGPA
pelajar memperlihatkan pencapaian holistik pelajar dan juga pencapaian mereka bagi setiap
hasil pembelajaran program di sepanjang tempoh pengajian.
2
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
iCGPA yang hanya tidak menggambarkan pencapaian akademik sahaja, tetapi perlu juga
menggambarkan penguasaan kemahiran insaniah yang holistik dan seimbang seperti
berikut :-
Kemahiran berfikir bersepadu dan budaya ilmu
Kemahiran berbahasa
Jati diri kebangsaan
Perpaduan negara
Kepimpinan
Kemahiran menyelesaikan masalah
1.3 PENJAJARAN KONSTRUKTIF
Penjajaran konstruktif merujuk kepada prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta tugasan pentaksiran yang mengaitkan secara langsung
hasil pembelajaran yang ingin dicapai dengan cara tidak lazim yang biasanya tidak boleh
dicapai melalui kuliah tradisional, kelas tutorial dan peperiksaan.
Memupuk graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang memerlukan
transformasi serta anjakan minda dari segi rekabentuk kurikulum, aktiviti pembelajaran serta
juga bentuk tugasan yang digunakan untuk pentaksiran.
Pendekatan pendidikan yang diamalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia
perlulah lebih menekankan kepada hasil pembelajaran yang menjurus kepada peningkatan
pengetahuan, kemahiran, adab dan sikap seperti yang digariskan dalam lapan Domain Hasil
Pembelajaran (DHP) Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
1.4 KAEDAH PENJANAAN GRAF RADAR PRESTASI PELAJAR
Bagi menjana graf radar, pengurusan program akademik akan mengenalpasti dan
menetapkan suatu set atribut graduan yang ingin dihasilkan oleh seseorang pelajar selepas
melalui semua kursus sepanjang tempoh pengajian mereka.
Seterusnya, penjajaran konstruktif perlulah disusuli dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta kaedah pengukuran dan pentaksiran yang sepadan. Penjajaran ini
3
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
dirangka secara khusus oleh pengurusan program akademik pada peringkat awal program
tersebut yang seharusnya bersesuaian dengan kehendak pemegang taruh program
tersebut.
Semua Program Learning Outcome (PLO) perlu disokong oleh kosa ilmu (body of
knowledge) yang jelas dalam bentuk kursus-kursus yang sesuai dan pemetaan PLO dengan
kursus boleh dirujuk sebagai peta kurikulum bagi program akademik tersebut. Matriks
kurikulum merupakan satu komponen penting yang akan menjadi unsur kekuatan program
tersebut. Matriks kurikulum perlulah dipetakan seperti jadual 1 di lampiran 1.
Sejajar dengan itu, tugasan pentaksiran serta aktiviti pembelajaran perlu disepadukan
dengan hasil yang dihasratkan oleh kursus tersebut. Pentaksiran yang dijalankan perlu
diselaraskan dengan Kurikulum Politeknik Malaysia.
GRAF RADAR PRESTASI PELAJAR
Sumber: Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
4
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
BAB 2
LANGKAH – LANGKAH PENILAIAN
KERJA KURSUS DIJANAKAN UNTUK
MENJANA DI GRAF SPIDER WEB
(iCGPA).
Sebelum menjana Spider Web (ICGPA), beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti di
bawah dalam ikon (DAFTAR PLO DAN CLO)
5
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
2.1 DAFTAR PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)
PILIH JABATAN
PILIH PROGRAM
NOTA :
SILA GUNA PLO01-PLO13
6
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
2.2 DAFTAR COURSES LEARNING OUTCOMES (CLO)
Pensyarah Kursus akan memasukkan CLO bagi kursus yang diajar. Ketua Program perlu menyemak
bagi memastikan pensyarah kursus memasukkan atau tidak.
2.3 DAFTAR HUBUNGKAIT CLO vs PLO IKUT KOD KURSUS
7
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
2.4 DAFTAR HUBUNGKAIT PLO DAN GSA (GENERIC SKILLS
ATTRIBUTE)
Bagi menentukan PLO yang terlibat dengan GSA. Ketua Program boleh merujuk dengan Pensyarah
Kursus bagi program masing-masing.
8
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
2.5 DAFTAR HUBUNGKAIT PLO dan 9 LD (LEARNING DOMAIN)
Pilih LD
SILA RUJUK STRUKTUR PROGRAM MASING-MASING
2.6 DAFTAR HUBUNGKAIT 9 LD POLI DAN 8 LD KPM (LEARNING
DOMAIN) UNTUK JANA iCGPA
Hubungkait Rekod 9 LD Politeknkik kepada 8 LD KPM Ikut program. Sila rujuk kepada
Domain Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia antara Politeknik dengan
Universiti seperti di Rajah 2.6
9
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
Penjanaan nilai iCGPA tidak dapat dilakukan sekiranya proses ini tidak dilaksanakan.
Hubungkait yang betul perlu dilakukan bagi memastikan analisa bagi mendapatkan nilai
iCGPA pelajar yang terhasil adalah betul.
Rajah 2.6: Domain Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia antara Politeknik
dengan Universiti
10
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
BAB 3
PENUTUP
Inisiatif dalam perlaksanaan iCGPA diharapkan dapat membantu para pensyarah
meningkatkan usaha para pelajar dalam memenuhi keperluan industri kerana ianya diukur di
setiap pembelajaran pelajar di sepanjang pengajian. Usaha ini wajar diperluaskan agar
usaha mencapai Lonjakan 1 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi) seterusnya membentuk graduan yang holistik, seimbang dan berciri
keusahawanan dapat dihasilkan.
3.1 CABARAN DAN ISU
Pengurusan Perubahan (Change Management) dalam Pelaksanaan ICGPA :
• Kurikulum yang tidak mematuhi “penjajaran konstruktif”;
• Sokongan dan komitmen pengurusan JABATAN dan pensyarah;
• Bimbingan dan latihan untuk menghasilkan pentaksiran yang sah dan andal,
terutamanya untuk domain psikomotor dan afektif.
11
PELAKSANAAN INTEGRATED CUMMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)
DENGAN MENGGUNAKAN SPMP
RUJUKAN
1. Pasukan Rubrik Bersepadu (2016), Rubrik PNGK Bersepadu (iCGPA) Panduan
Pentaksiran Hasil Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Tinggi.
2. Mohamad Fauzi Bin Che Pa, (2017), SOP Purata Nilai Gred Bersepadu (iCGPA)
SPMP, Politeknik Sultan Idris Shah.
12
UNIT PEPERIKSAAN
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR, SELANGOR.
TEL: 03-32806200 FAX: 03-32806400
www.psis.edu.my
JUN 2018
ROHAYA,MOHD SHAHIR, MOHAMAD FAUZI