The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-07-17 04:37:53

COT BULLETIN

COT BULLETIN

CENTRE OF ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY EDISI JANUARI – DISEMBER 2019
eISSN 2735-0207

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

CENTRE OF ENVIRONMENTAL TECHNOLOGY

TAJUK M/S

Perutusan Ketua Editor ii
Demand-Driven Innovation Project By Public-Private Research Network (PPRN) 1
2
Pelancaran Laman Web COT Psis (CENTA) 3
Green Campus Psis 2019 “ Green Today for a Better Tomorrow “ 6
8
Karnival Alam Sekitar & Hari Tanah Lembap Sedunia 2019 9
Penceramah Program Selamatkan Bumi Kita & Cakna Keluarga 10
National Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2019 (ICOMPEX’19)
Penceramah Kem Kesedaran Alam Sekitar & Keselamatan Empangan Peringkat Daerah 14

Cameron Highlands 2019 15
Innovation Product Launching And Enterpreneurship (INNOPLEN) Di Politeknik Sultan 16
18
Ahmad Shah, Kuantan Pahang 20
22th Dissertation, Presentation & Exhibition (DPex-22) 21
22
"Earth Hour 2019” 24
Perbincangan Kolaborasi PSIS-SWCorp 26
Kolaborasi Psis & Balai Cerap Selangor Uji Lari Roket Air 27
Perbincangan Kolaborasi & Khidmat Kepakaran PSIS-SYABAS 29
Pertandingan Bowling Konkrit Peringkat Kebangsaan 30
Bengkel Gubahan Bahan Kitar Semula & Bengkel Gaya Hidup Sihat Dan Ceria 31
33
Ceramah & Pameran Karnival Sains 34
Program Qua-Qua 2019 38
40
Pembangunan E-Modul Qua2
Gotong-Royong Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula (MRF) 41
Wacana Anjakan Paradigma Dan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Strategik PSIS 2019 42
43
Green Cafeteria 45
National Competition Skill Fighter Apprentice Green Gazebo 2019 46

Program Qua-Qua 2.0 2019
Innovation Invention Student Through Exhibition Programme (Iiscep) 2019 Dan Competition

Product Innovation Lecturer (Complete) 2019
MyCCSKILLS Inovasi Dan Rekacipta Pelajar Tahun 2019 (Myskrip’19)

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2019
Karnival Alam Sekitar Pantai Batu 23, Sungai Nibong

CENVIRON2019
Demand-Driven Innovation Project By Publicprivate Research Network (PPRN)

Polyvapour Drying Machine For Honey

i

EDISI JANUARI – DISEMBER 2019 KETUA EDITOR

Penaung Salam Sejahtera

Ishanuddin Bin Hussin Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan
Pengarah kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin
Politeknik Sultan Idris Shah
dan limpah kurnianya, Buletin CENTA PSIS
Penasihat Edisi Jan-Dis 2019 telah dipermudahkan
penghasilan dan penerbitannya buat kali
Dr. Mazura Binti Mansor pertamanya.
Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Sultan Idris Shah Edisi ini memaparkan berita dan kecemerlangan
Centre of Technology, Politeknik Sultan Idris
Sidang Editor
Shah dalam bidang Teknologi Alam Sekitar yang
Chia Soi Lee terdiri daripada pelbagai aspek, antaranya
Nurul Imamah Binti Tajri Pelancaran Laman Sesawang CENTA,
Nursyima Nadiah Binti Abu Bakar
Kejayaan Penyerahan PPRN ,Green Campus
Pereka Grafik PSIS 2019, Kem Kesedaran Alam Sekitar &
Keselamatan Empangan, National Competition
Nursyima Nadiah Binti Abu Bakar Skill Fighter Apprentice Green Gazebo 2019
dan pelbagai penglibatan dan pencapaian PSIS
ii sama ada di peringkat komuniti, kebangsaan

mahupun antarabangsa. Edisi ini juga
merupakan edisi rumusan penutup tirai
peristiwa dan kecemerlangan PSIS bagi tahun

2019.

Ikhlas daripada saya, terima kasih kepada
semua pensyarah dan pelajar yang telah
menyumbang kejayaan kepada pencapaian
CENTA PSIS. Syabas dan tahniah juga kepada
pasukan editor yang bertungkus lumus
memastikan buletin ini dapat diterbitkan sebagai
wadah bacaan warga PSIS dan rujukan pihak
luar. Diharapkan PSIS akan sentiasa mendapat
tempat di hati masyarakat dan dapat bersaing
dengan institusi pendidikan yang seangkatan

dengannya.

Sekian.

Chia Soi Lee
Ketua Seksyen Centre of Environmental Technology

Politeknik Sultan Idris Shah

Demand-Driven Innovation Project by
Public-Private Research Network (PPRN)
23 Januari 2019

Penyertaan PPRN merupakan usaha yang dilakukan oleh Seksyen Penyelidikan,
Inovasi & Komersialan (SPIK) dan Centre of Technology (COT), PSIS untuk
memperkasakan budaya inovasi dengan melakukan aktiviti penyelidikan bersama
dengan industri. Pada sesi PPRN 23 & 24 Januari 2019 ini sebanyak 26 tajuk
permasalahan industri dikemukakan. Terdapat 3 tajuk permasalahan industri yang
telah dikenalpasti untuk pembentangan iaitu penghancuran dan pengeringan tinja
ternakan serta peningkatan pemotongan dan pembentukan papan tanda yang
diketuai oleh En. Shahrizan Bin Mohd Razali, En. Hafizulhadi Bin Rahim dan En.
Anuar Bin Abdul Wahab.

Penyertaan pembidaan
projek PPRN ini telah
membuka peluang
pensyarah untuk
mengaplikasikan
kemahiran dan
pengetahuan dengan
mengetengahkan inovasi
dan cadangan produk bagi
menyelesaikan
permasalahan dalam
inustri berkaitan. Ia juga
secara tidak langsung
mendedahkan keperluan
sebenar dalam bidang
pekerjaan dan juga
industri. Ia juga memberi
peluang untuk pensyarah
merasai bagaimana sesi
pembidaan projek dibuat
dengan menekankan
projek inovasi yang
mampu memberi pulangan
yang terbaik dengan
sumber kewangan yang
terhad dibawah RM50000.

Demand-Driven Innovation Project by Public-Private 1
Research Network (PPRN)

Pelancaran Laman Sempena Perhimpunan Bulanan Staf (Feb) 2019
Sesawang COT PSIS iaitu pada 15 Februari 2019, COT telah mengambil
(CENTA) inisiatif dengan mengadakan pelancaran laman web
15 Februari 2019 COT PSIS (CENTA). Laman web ini berfungsi untuk
berkongsi maklumat dan aktiviti yang dijalankan
oleh COT PSIS sepanjang tahun. Antara maklumat
yang terdapat di dalam laman web ini adalah
sejarah penubuhan COT, konsep COT politeknik,
perkhidmatan dan fasiliti, kriteria penilaian dan
pencapaian COT PSIS.

Pelancaran Laman Sesawang COT PSIS (CENTA)

2

Green Campus PSIS 2019

“ Green Today for a
Better Tomorrow “

16 – 22 Februari 2019

Kampus Hijau (Green Campus) adalah

suatu komuniti bertujuan menambahbaik

keberkesanan penggunaaan tenaga,

memelihara sumber dan

mempertingkatkan kualiti persekitaran. Ini

dapat dicapai melalui pendidikan lestari

serta pelaksanaan projek-projek tertentu

untuk membina kehidupan yang sihat dan

kondusif.

Sebagai sebuah institusi pendidikan,

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) juga

tidak terkecuali untuk menjadikan

kampusnya sebagai Kampus Hijau.

Program Kampus Hijau dilatar belakangi

linkungan kampus dengan harapan dapat

mewujudkan tempat yang nyaman,

bersih, teduh, indah dan sihat. Namun

untuk menjadikan PSIS sebagai Kampus

Hijau bukanlah perkara mudah kerana

teknologi hijau semata-mata tidak

mencukupi. Sebaliknya, nilai-nilai

kelestarian dalam komuniti Politeknik

serta komuniti setempat juga diperlukan.

Namun, lebih jauh dari itu makna yang

terkandung dalam Kampus Hijau adalah

sejauh mana warga PSIS dapat

memanfaatkan sumber daya yang ada di

lingkungan kampus secara efektif dan

efisyen. Contoh yang paling mudah ialah

amalan menutup suis lampu, penghawa

dingin ketika tiada orang, pemanfaatan

kertas, alat tulis dan pengurusan sisa

pepejal yang boleh dikitar semula.

Green Campus PSIS 2019 3
“ Green Today for a Better Tomorrow “

Sehubungan dengan itu, Seksyen Centre of
Technology, Politeknik Sultan Idris Shah
mengambil inisiatif untuk melaksanakan
Pelancaran Green Campus PSIS 2019 yang
menjurus kearah pembangunan yang lebih
lestari sesuai dengan tema “Green Today for
Better Tomorrow”

Green Campus PSIS 2019

4 “ Green Today for a Better Tomorrow “

Sebagai sebuah institusi pendidikan,
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) juga
tidak terkecuali untuk menjadikan
kampusnya sebagai Kampus Hijau.
Program Kampus Hijau dilatar belakangi
linkungan kampus dengan harapan dapat
mewujudkan tempat yang nyaman,
bersih, teduh, indah dan sihat. Namun
untuk menjadikan PSIS sebagai Kampus
Hijau bukanlah perkara mudah kerana
teknologi hijau semata-mata tidak
mencukupi. Sebaliknya, nilai-nilai
kelestarian dalam komuniti Politeknik
serta komuniti setempat juga diperlukan.
Namun, lebih jauh dari itu makna yang
terkandung dalam Kampus Hijau adalah
sejauh mana warga PSIS dapat
memanfaatkan sumber daya yang ada di
lingkungan kampus secara efektif dan
efisyen. Contoh yang paling mudah ialah
amalan menutup suis lampu, penghawa
dingin ketika tiada orang, pemanfaatan
kertas, alat tulis dan pengurusan sisa
pepejal yang boleh dikitar semula.

Green Campus PSIS 2019 5
“ Green Today for a Better Tomorrow “

Karnival Alam Karnival Alam Sekitar dan Hari Tanah Lembab
Sekitar & Hari Sedunia 2019 anjuran Majlis Daerah Kuala
tanah Lembap Selangor (MDKS) telah dirasmikan oleh Duli Yang
Sedunia 2019 Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku
Permaisuri Norashikin. Karnival tersebut adalah
23 Februari 2019 program kerjasama antara MDKS, Kerajaan Negeri
Selangor, Jabatan Perhutanan, Persatuan Pencinta
Alam Malaysia dan LBS Foundation.

Karnival tersebut diadakan

bersemperna Hari Tanah Lembab

Sedunia yang disambut 2hb Februari

setiap tahun di seluruh dunia. Antara

aktiviti dijalankan dalam karnival itu

adalah Eco Free Market, penanaman

pokok, jualan pokok, demostrasi

terrarium dan aktiviti rekreasi seperti

senamrobik serta mencari harta karun.

Malah, aktiviti untuk kanak-kanak turut

diadakan seperti pertandingan

mewarna, pengembaraan ‘Kidzania’

dan pertandingan menghias kek. Pada

masa sama, pelbagai kaunter pameran

turut dibuka pada karnival tersebut.

6 Karnival Alam Sekitar & Hari tanah Lembap Sedunia 2019

Ramai sukarelawan di kalangan
pelajar dan staf Politeknik Sultan
Idris Shah juga turut menyertai
program penanaman pokok
tersebut di Taman Alam Kuala
Selangor.

Karnival Alam Sekitar & Hari tanah Lembap Sedunia 2019 7

Program ini merupakan salah satu
perancangan aktiviti tahunan Pusat
Wanita Berdaya (PWB) yang
dianjurkan untuk meningkatkan
kesedaran komuniti setempat
mengenai kepentingan penjagaan
alam sekitar dan juga kesihatan
keluarga. Cik Chia Soi Lee dan En.
Saifulbahari Bin Mohd Rasid dari
Sekyen Centre of Technology,
Politeknik Sultan Idris Shah telah
dijemput memberi ceramah bertajuk
“Kelestarian Alam Sekitar : Kitar
Semula Minyak Masak Terpakai” dan
“Revolusi Sisa Bahan Alam Sekitar
Dalam Inovasi Penyelidikan” dalam
program tersebut yang diadakan di
Balairaya Taman Padu Permai, Sungai
Besar.

Penceramah Program
Selamatkan Bumi Kita &
Cakna Keluarga

2 Mac 2017

Penceramah Program Selamatkan Bumi Kita & Cakna

8 Keluarga

National Innovation
And Invention
Competition Through
Exhibition 2019
(ICOMPEX’19)

19 – 21 Mac 2019

Pada 19 – 21 Mac 2019, PSIS telah menghantar penyertaan dalam National Innovation and
Invention Competition Through Exhibition 2019 (iCompEx’19) di Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah. Pelaksanaan Program iCompEx’19 adalah
satu pertandingan berbentuk rekacipta kreatif dan berinovasi ini telah membantu pihak SPIK
PSIS dalam mencapai sasran untuk meningkatkan aktiviti pemerkasaan inovasi dan
penyelidikan pelajar dan pensyarah melalui program pembentangan secara terbuka. Melalui
program ini, PSIS telah mencapai 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa dalam pertandingan
tersebut.

National Innovation And Invention Competition 9
Through Exhibition 2019 (ICOMPEX’19)

Cik Chia Soi Lee dan En. Hafizulhadi bin Penceramah Kem
Rahim dari Sekyen Centre of Technology, Kesedaran Alam
Politeknik Sultan Idris Shah telah dijemput Sekitar &
memberi ceramah bertajuk “Kesedaran Keselamatan
Minyak Masak Terpakai dan” dan Empangan
“Pengrurusan Sisa Domestik” dalam Peringkat Daerah
Program Kem Kesedaran Alam Sekitar & Cameron Highlands
Keselamatan Empangan Peringkat Daerah 2019
Cameron Highlands 2019 dianjurkan oleh
Jabatan Alam Sekitar Cameron Highland 23 Mac 2019
dengan tajaan Tenaga National Berhad
(TNB). Program ini bertujuan untuk
memupuk kesedaran awam mengenai
alam sekitar di kalangan generasi muda
agar prihatin terhadap setiap perkara yang
berlaku di sekeliling. Peserta adalah
seramai 100 orang yang terdiri daripada
pelajar sekolah rendah Daerah Cameron
Highland dan Daerah Sabak Bernam.

Penceramah Kem Kesedaran Alam Sekitar &

10 Keselamatan Empangan Peringkat Daerah Cameron

Highlands 2019

Kem Kesedaran Alam Kem Kesedaran Alam Sekitar &
Sekitar & Keselamatan Keselamatan Empangan Peringkat
Empangan Peringkat Daerah Cameron Highlands 2019
merupakan satu program untuk
Daerah Cameron memupuk kesedaran awam mengenai
Highlands 2019 alam sekitar di kalangan generasi
muda agar prihatin terhadap setiap
23 – 25 Julai 2019 perkara yang berlaku di sekeliling.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan
Alam Sekitar Cameron Highland
bersama dengan pelbagai agensi iaitu
Tenaga National Berhad, Pejabat
Pendidikan Daerah Cameron Highland,
Jabatan Perhutanan Cameron
Highland, Angkatan Pertahanan Awam,
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Daerah Cameron Highlands Politeknik
Sultan Idris Shah dan Universiti
Tenaga National. Program ini ditaja
sepenuhnya oleh Tenaga National
Berhad Research (TNBR) dan
dirasmikan oleh Pengurus TBN, En.
Mustafa hakim juga berharap melalui
program ini pelajar-pelajar dapat
berinteraksi antara satu sama lain bagi
mengenali, mencintai, melindungi dan
memulihara alam sekitar khususnya di
Cameron Highlands yang merupakan
kawasan risiko tinggi terhadap
bencana alam. Beliau memesan dan
mengingatkan kepada peserta dan
semua generasi muda bahawasanya
“Kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek
moyang kita namun hanya sekadar
meminjamnya daripada anak cucu
kita”.

Kem Kesedaran Alam Sekitar & Keselamatan 11
Empangan Peringkat Daerah Cameron Highlands 2019

Agensi-agensi yang terlibat diberikan slot-slot
pengisian aktiviti untuk mengaplikasikan bidang
kemahiran dan kepakaran masing-masing.
Seramai 5 orang staf SCOT dan 15 pelajar
Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS) telah
dijemputt sebagai fasilitator bagi membantu
menjayakan perlaksanaan program ini
terutamanya dalam slot ceramah, brainstorming
cintai alam sekitar dan ekosistem sungai
(pengujian kualiti dan habitat sungai). Program
ini juga memberi peluang dan ruang kepada
Pelajar DAS meningkatkan kemahiran
kepimpinan dan pengurusan program di samping
mempraktikkan ilmu teori dan amali yang telah
dipelajari di politeknik di situasi sebenar.

Program ini memberikan pendedahan dan
pengalaman mengenai realiti alam sekitar
melalui ceramah dan aktiviti luar seperti jungle
trekking, ikhtiar hidup dan persampelan dan
pengujian kualiti air sungai kepada para peserta
yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah
rendah Daerah Cameron Highland dan Daerah
Sabak bernam seramai 100 orang. Melalui
program ini juga, pelajar dapat belajar
kemahiran hidup di kawasan hutan dan
mengeratkan hubungi silaturrahim antara
pelajar pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India
dan Orang Asli.

Kem Kesedaran Alam Sekitar & Keselamatan

12 Empangan Peringkat Daerah Cameron Highlands 2019

Kem Kesedaran Alam Sekitar & Keselamatan 13
Empangan Peringkat Daerah Cameron Highlands 2019

Innovation Product Launching And
Enterpreneurship (INNOPLEN) di Politeknik Sultan
Ahmad Shah, Kuantan Pahang
26-28 Mac 2019

Pada 26-28 Mac 2019, PSIS telah menyertai pertandingan Innovation Product Launching
and Enterpreneurship (Innoplen) di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang.
Pelaksanaan Program (InnOPLen) adalah satu pertandingan berbentuk rekacipta kreatif,
dan berinovasi ini telah membantu pihak SPIK PSIS dalam mencapai sasaran untuk
meningkatkan aktiviti pemerkasaan inovasi dan penyelidikan pelajar dan pensyarah
(penyelia) melalui program pembentangan secara terbuka. Melalui program ini, PSIS
telah mencapai 2 Emas, 1 Perak, dan 2 Gangsa serta Tempat Ketiga Keseluruhan
Kategori Teknikal.

Innovation Product Launching And Enterpreneurship

14 (INNOPLEN) di Politeknik Sultan Ahmad Shah

22th Dissertation,
Presentation &
Exhibition (DPex-22)

27-28 Mac 2019

Program DPEx anjuran JKA PSIS telah
berlangsung di Dewan Seri Lang PSIS.
Pelbagai projek akhir pelajar
diketengahkan dan telah dinilai oleh panel
penilai dari industri. Sebanyak 12 projek
akhir DAS, 23 projek akhir DKA dan 28
projek DSB telah terlibat dengan DPEx
pada kali ini. Majlis penutup telah
disempurnakan oleh Pengarah PSIS, En
Ishanuddin B Hussin.

22th Dissertation, Presentation & Exhibition (Dpex- 15
22)

"Earth Hour 2019”
30 Mac 2019

Pada 30 Mac 2019, Kelab Mesra Alam dengan
kerjasama Unit Diploma Kejuruteraan Alam
Sekitar (DAS) telah mengadakan sambutan ‘Earth
Hour 2019’ bertempat di Kamsis Putera & Puteri,
PSIS bersempena dengan sambutan hari ‘Earth
Hour’ 2019 sedunia. ‘Earth Hour’ ialah kempen
seluruh dunia yang menggalakkan individu,
masyarakat, isi rumah dan perniagaan
memadamkan lampu-lampu yang tidak penting
selama sejam, bermula 8.30 malam sehingga
9.30 malam waktu tempatan pada akhir Mac,
sebagai simbol komitmen mereka kepada planet
bumi.

Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran pelajar mengenai pemanasan global
yang semakin meningkat. Jadi dengan
memadamkan lampu dan peralatan elektrik yang
lain selama 1 jam (60 minit) diharap dapat
memupuk pelajar supaya lebih menghargai bumi
dari pemanasan iklim global. Sasaran kempen ini
juga adalah untuk mengurangkan pelepasan gas
karbon dioksida tahunan sebanyak 5 peratus,
sekali gus mengawal fenomena pemanasan
global.

"Earth Hour 2019”

16

Kempen ‘Earth Hour’ juga boleh mendidik
seseorang secara tidak formal mengenai
keperluan menjaga alam sekitar dan ia lebih
menarik kerana memerlukan seseorang untuk
terlibat sama dalam aktiviti yang diadakan.
Pendidikan secara formal atau tidak formal,
kedua-duanya penting untuk menyampaikan
mesej kepada orang ramai mengenai kesan buruk
perubahan iklim dunia.

"Earth Hour 2019” 17

Perbincangan Kolaborasi
PSIS-SWCorp

1 April 2019

Perbincangan kolaborasi antara Politeknik
Sultan Idris Shah bersama SWCorp telah
dilaksanakan dan dipengerusi oleh Hj.
Mohammad Diah Bin Hj. Wahari, Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan),
SWCorp, disertai 7 orang pegawai SWCorp
dan 3 oran pegawai dari Sekyen Centre of
Technology, PSIS. Hasil perbincangan
terdapat beberapa aktiviti-aktiviti kolaborasi
yang telah dikenal pasti iaitu pengambilan
pensyarah / pelajar untuk menjalani
Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) atau
Latihan Industri (LI); pembangunan modul
sukarelawan; teknologi dan penyelidikan;
khidmat nasihat berkaitan pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam; dan
program-program pendidikan dan kesedaran
alam sekitar kepada pelajar dan komuniti
seperti ceramah dan pameran. Lawatan ke
Sudut Pameran, Reverse Vending Machine
(RVM) dan Galeri SWCorp juga dilaksanakan.

18 Perbincangan Kolaborasi PSIS-SWCorp

Perbincangan Kolaborasi PSIS-SWCorp 19

Idea pelancaran roket air sebagai Kolaborasi Psis &
simbolik Pelancaran Pelancaran Mata Balai Cerap
Hati Malaysia (PMHM) Peringkat Selangor
Politeknik Sultan Idris Shah telah Uji Lari Roket Air
dihasilkan oleh oleh 4 orang pelajar
bersama seorang pensyarah. Untuk 2 & 10 April 2019
persediaan pelancaran tersebut, roket air
yang direka bentuk oleh pelajar tersebut
perlu diuji lari demi faktor
kebolehlaksanaan dan keselamatan. Uji
lari telah dilaksanakan di Balai Cerap
Selangor, Sungai Lang dengan
bimbingan Ustaz Ismail Bin Ibrahim.
Berdasarkan hasil cubaan yang telah
dilaksanakan, akhirnya pelajar dapat
menghasilkan satu roket air yang lebih
berkualiti dan berfungsi dengan baik.

20 Kolaborasi Psis & Balai Cerap Selangor

Uji Lari Roket Air

Perbincangan Kolaborasi &
Khidmat Kepakaran PSIS-SYABAS
2 Mei 2019

Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor
(SYABAS) Wilayah Sabak Bernam telah
menyatakan permasalahan kepada pihak
Seksyen Centre of Technology (SCOT),
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada 15
April 2019 mengenai kemalangan dan
kecederaan yang dihadapi oleh staf
SYABAS semasa mengendalikan penutup
konkrit kebuk tangki. Berat anggaran satu
penutup konkrit kebuk tangki adalah antara
80kg hingga 120 kg.

Ia memerlukan minimum dua orang untuk mengangkat dan mengalihkan penutup konkrit
kebuk tangki ke tepi bagi tujuan kerja pemantauan dan penyenggaraan injap dan tolok paip.
Kebanyakan penutup konkrit kebuk tangki di seluruh Malaysia menggunakan bahan yang
sama dan berat beban yang lebih kurang sama. Ini menyebabkan ramai staf SYABAS sakit
pinggang, terseliut atau tercedera semasa mengendalikan kerja-kerja pemantauan dan
penyenggaraan.

Projek ini disyorkan oleh pihak SYABAS
Wilayah Sabak Bernam Bahagian
Keselamatan dan Kesihatan bagi mencari
kaedah penyelesaian terbaik bagi
mengatasi masalah ini. Melalui
perbincangan pada 2 Mei 2019, satu
keputusan bersama menyatakan bahawa
pihak SCOT akan menyediakan satu
kertas kerja bagi penjelasan mengenai
bancuhan konkrit dan bahan-bahan yang
dicadangkan bagi menjadikan penutup
konkrit tersebut ringan dan selamat. Projek
ini akan melibatkan pensyarah sebagai
penyelidik dan pelajar sebagai pembantu
penyelidik daripada PSIS. Ia juga secara
tidak langsung mempromosi fungsi SCOT
kepada agensi luar dalam perkhidmatan
kepakaran.

Perbincangan Kolaborasi & Khidmat Kepakaran PSIS- 21
SYABAS

Pertandingan Bowling Konkrit merupakan antara modul terpenting
Konkrit Peringkat kepada pelajar di Jabatan Kejuruteraan
Kebangsaan Awam yang mana ianya sangat diperlukan
dalam modul teori konkrit dan amali
4 Mei 2019 pembinaan. Pertandingan Konkrit Bowling
ini telah diadakan pada 4 Mei 2019
bertempat di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Ia merupakan anjuran pihak
Univerisiti Malaya sebagai satu platform
kepada pelajar kita untuk mengkaji lebih
tentang bancuhan campuran konkrit untuk
dijadikan bola bowling. 10 orang pelajar
dari PSIS yang terdiri daripada pelajar
Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma
Kejuruteraan Alam Sekitar telah terlibat
dalam penyertaan pertandingan tersebut.
PSIS telah berjaya memenangi Johan
Kategori ‘Best Video Award’ bagi tajuk
Hybrid Plastic Concrete.

22 Pertandingan Bowling Konkrit Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Bowling Konkrit Peringkat Kebangsaan 23

Centre of Technology dengan kerjasama
Puspanita Cawangan Kecil Politeknik Sultan Idris
Shah telah menganjurkan Bengkel Gubahan
Bahan Kitar Semula & Bengkel Gaya Hidup Sihat
dan Ceria yang terbuka kepada semua ahli
Puspanita PSIS. Penceramah yang dijemput
adalah dari Pusat wanita Berdaya, Dun Sungai Air
Tawar dan juga Pengurus Tupperware Brands.

Bengkel Gubahan Bahan
Kitar Semula & Bengkel
Gaya Hidup Sihat Dan
Ceria

7 Mei 2019

Bengkel Gubahan Bahan Kitar Semula merupakan satu platform bagi menyebarluas informasi
terkini mengenai penjagaan alam sekitar kepada warga PSIS dan masyarakat di sekitar
melalui kitar semula bahan buangan. Bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dari bahan
buangan sebenarnya menguji minda, kesabaran, ketelitian dan kreativiti seseorang
menggunakan semula bahan buangan tanpa sebarang kos. Bengkel Gaya Hidup Sihat dan
Ceria pula dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat, cergas dan
ceria yang sering diabaikan oleh masyarakat yang semenangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan. Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan
risiko kita untuk terdedah kepada penyakit dan dapat dipupuk melalui pemakanan dan aktiviti
riadah yang seimbang.

24 Bengkel Gubahan Bahan Kitar Semula & Bengkel Gaya

Hidup Sihat Dan Ceria

Melalui penyertaan program ini, seramai 14
orang peserta dapat menimba ilmu
pengetahuan mengenai jahitan menggunakan
mesin, menggubah banner / banting terpakai
menjadi beg, memahami kepentingan air
minuman hari terhadap kesihatan serta dapat
belajar make-up yang betul melalui tunjuk ajar
yang diberi oleh penceramah dan juga
perkongsian ilmu dan pengalaman daripada
peserta lain.

Bengkel Gubahan Bahan Kitar Semula & Bengkel Gaya 25
Hidup Sihat Dan Ceria

Ceramah & Pameran
Karnival Sains
18 Mei 2019

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Simpang Lima, Klang
telah menganjurkan Karnival Sains yang merupakan
program tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran pelajar-pelajar sekolah rendah mengenai
sains dan inovasi serta kepentingan penjagaan alam
sekitar melalui ceramah, pameran dan pertandingan.
En. Hafizulhadi bin Rahim dari Sekyen Centre of
Technology, Pn. Nursyima Nadiah Binti Abu Bakar dan
Pn. Nurul Azura Binti Mohd Taib bersama 4 orang
pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar, Politeknik
Sultan Idris Shah telah dijemput menyertai program
tersebut sebagai penceramah dan pempamer. Peserta
teridiri daripada pelajar, guru-guru dan ibubapa pelajar
sekolah tersebut.

26 Ceramah & Pameran Karnival Sains

Penganjuran Program Qua-Qua 2019 ini
merupakan satu usaha dan kolaborasi
antara Lembaga Urus Air Selangor
(LUAS) dan Seksyen Centre of
Technology (SCOT), Politeknik Sultan
Idris Shah untuk memberi pendedahan
dan meningkatkan kefahaman pelajar
akan kepentingan penjagaan sumber air
di samping memperkenalkan serta
mempromosi organisasi Politeknik Sultan
Idris Shah kepada pelajar sekolah
menengah terutamanya mengenai
program Diploma Kejuruteraan Alam
Sekitar.

Program Qua-Qua 2019

5 & 6 Julai 2019

Program Qua-Qua 2019 27

Program di bawah tajaan LUAS ini

telah dilaksanakan di Nur Laman

Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Batu

Caves dengan menarik minat dan

penyertaan seramai 30 orang

pelajar daripada Politeknik Sultan

Idris Shah, Sekolah Berasrama

Penuh Integrasi Sabak Bernam,

Sungai Lang, Sekolah Menengah

Kebangsaan Ungku Aziz Sabak

Bernam dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Munshi Abdullah,

Sungai Air Tawar bersama 4 guru

dan pensyarah pengiring. Enam

orang pensyarah dari SCOT juga

telah dilantik oleh Pihak Luas

sebagai fasilitator bagi

memudahcara dan melancarkan

perjalanan program berdasarkan

kepakaran bidang dan juga pernah

menghadiri Program Qua-Qua

“Training of Trainer” anjuran LUAS

pada tahun 2016.

28 Program Qua-Qua 2019

Pembangunan Pembangunan e- Modul Qua2 adalah bertujuan
e-Modul Qua-Qua untuk memudahkan pelaksanaan persampelan dan
pengujian kualiti air sungai dengan menyediakan
platform rujukan awal kepada peserta berpandukan
nota dan lampiran yang disediakan, pangkalan
pengumpulan data refleksi peserta, rnenjimatkan
kos penggunaan kertas dan menyokong ke arah
Revolusi lndustri 4.0 dengan menyerbaluas
pembelajaran secara maya. Selain untuk kegunaan
semasa program Qua-Qua, ia juga boleh dijadikan
satu bahan rujukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan dengan alam sekitar.

Pembangunan e-Modul Qua-Qua 29

Pada 20 Julai 2019 yang lalu, Kelab MRF telah
mengadakan aktiviti gotong-royong untuk
mengemas dan menyusun atur pusat pengumpulan
selepas pengutipan bahan dilakukan. Aktiviti ini
dilakukan secara berkala mengikut keperluan dan
keadaan pusat. Penjualan hasil bahan kutipan akan
dilakukan selepas kuantiti yang ditetapkan oleh
pihak luar telah tercapai.

Gotong-royong Pusat
Pengumpulan Bahan
Kitar Semula (MRF)
20 Julai 2019

30 Gotong-royong Pusat Pengumpulan Bahan Kitar

Semula (MRF)

Wacana Anjakan
Paradigma dan Majlis
Menandatangani Sijil
Kerjasama Strategik
PSIS 2019
31 Julai 2019

Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama
Strategik Politeknik Sultan Idris Shah
bersama 9 buah industri swasta dan agensi
kerajaan telah diadakan bagi tujuan mengerat
jalinan kolaborasi dari segi perkongsian ilmu,
khidmat rundingan,penyelidikan dan inovasi,
penganjuran seminar atau kursus bersama,
Corporate Social Responsibility (CSR),
penempatan pelajar menjalani latiha industry
serta program Sangkutan Industri Pensyarah
mengikut kemahiran dan kepakaran kedua-
dua pihak.

Wacana Anjakan Paradigma dan Majlis 31
Menandatangani Sijil Kerjasama Strategik PSIS 2019

Seksyen Centre of Technology telah
mengambil inisiatif untuk bekerjasama
dengan pihak Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
(SWCorp) dan Jabatan Perhutanan
Negeri Selangor yang sangat berkait
rapat dengan bidang tujahannya iaitu
Teknologi Alam Sekitar.

32 Wacana Anjakan Paradigma dan Majlis

Menandatangani Sijil Kerjasama Strategik PSIS 2019

Green Cafeteria
Julai 2019

Dalam usaha membanteras
penggunaan polistrena, straw dan
pengurangan penggunaan plastik,
Seksyen Centre of Technology
dengan kerjasama Seksyen
Teknologi Maklumat & Multimedia
telah merekabentuk pelekat dan
banting Green Cafeteria PSIS untuk
meningkatan kesedaran warga PSIS
terhadap penjagaan kebersihan
tempat makan, pengurangan
pembaziran makanan dan ke arah
mengurangkan penjanaan sisa
pepejal seperti plastik dan straw.
Semua warga PSIS digalakkan
makan di kafeteria atau
membungkus dengan menggunakan
bekas makanan yang boleh diguna
semula.

Green Cafeteria 33

National Pada 19 Mac 2019, pihak Lembaga Urus Air
Competition Skill Selangor (LUAS) telah menjemput wakil PSIS
Fighter Apprentice untuk menghadiri perbincangan bagi memajukan
Green Gazebo 2019 kawasan Kolam Takungan Hiliran, Off River
Storage (ORS), Kampung Hang Tuah, Bestari
3-6 September 2019 Jaya, Selangor agar ia boleh dijadikan salah satu
tempat rekreasi bagi penduduk setempat. Hasil
perbincangan tersebut memutuskan pihak LUAS
dengan kerjasama PSIS akan menganjurkan
pertandingan pembinaan gazebo sebagai
kemudahan kepada pelawat dan penduduk di
kawasan berkenaan. Segala kos pertandingan
adalah ditaja oleh pihak LUAS manakala khidmat
kepakaran dari segi menyediakan reka bentuk
gazebo, senarai bahan binaan dan peralatan,
penyeliaan tapak binaan dan urusetia
pelaksanaan adalah daripada PSIS. Sehubungan
dengan itu Program National Competition Skill
Fighter Appprentice (NCSFA) ‘Green Gazebo’
2019 telah dilaksanakan di peringkat kebangsaan
memandangkan ia memberi impak yang tinggi di
mana ia bukan sahaja melibatkan peserta
politeknik malah ia terbuka kepada pelajar institusi
pendidikan yang lain serta komuniti setempat.

34 National Competition Skill Fighter Apprentice Green

Gazebo 2019

Pertandingan ini telah mendapat

sambutan yang sangat baik

daripada peserta Politeknik Sultan

Idris Shah, Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Politeknik Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah, Politeknik

Merlimau Melaka, Kolej Komuniti

Sabak Bernam, Universiti Selangor

(Unisel), Persatuan Kanu Negeri

Selangor yang terdiri daripada

seramai 79 peserta bersama 14

orang penyelia. Secara

keseluruhannya, maklumbalas

peserta adalah sangat positif dan

memberangsangkan. Program ini

dapat meningkatkan kemahiran

praktikal peserta membina gazebo

di samping bersaing secara sihat.

Selain daripada itu, para peserta

memberi maklum balas agar

program ini dianjurkan lagi pada

masa hadapan.

National Competition Skill Fighter Apprentice Green 35
Gazebo 2019

36 National Competition Skill Fighter Apprentice Green

Gazebo 2019

National Competition Skill Fighter Apprentice Green 37
Gazebo 2019

Program Qua-Qua 2.0 2019
4 dan 5 Oktober 2019

Hasil kerjasama yang erat antara
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan
Seksyen Centre of Technology (COT),
Politeknik Sultan Idris Shah dan maklum
balas peserta Program Qua-Qua pada
Julai yang lepas, maka Program Qua-Qua
2.0 2019 telah diadakan di Nur Laman
Pangsun Eco Resort, Hulu Langat,
Selangor dengan tajaan sepenuhnya
daripada pihak LUAS. Penyertaan kali ini
ditawarkan kepada pelajar Politeknik
Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik
Banting (PBS), Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA),
Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS), Kolej
Komuniti Teluk Intan dan Kolej Komuniti
Sabak Bernam seramai 30 orang bersama
4 orang pengiring. Tiga orang pensyarah
Politeknik Sultan Idris Shah telah telah
dilantik oleh Pihak Luas sebagai fasilitator
bagi membantu melancarkan perjalan
program tersebut.

38 Program Qua-Qua 2.0 2019

Keseluruhannya, pelajar dapat mempelajari
aktiviti sebenar dan faham akan kepentingan
penjagaan sumber air dengan membuat
pemerhatian secara visual dan juga
mengambil sampel air sungai untuk diuji
kualitinya. Selain daripada itu, penggunaan E-
Modul Qua2 juga telah membantu
melancarkan dan memudahkan perlaksanaan
Program Qua- Qua dari segi pendedahan awal
maklumat dan persediaan peserta. Pelajar
juga memberikan respon yang sangat baik di
mana pelajar teruja akan aktiviti air dan
mengenali hidupan air yang dijadikan satu
indicator tahap kebersihan sungai.

Program Qua-Qua 2.0 2019 39

Pada 8 Oktober 2019 yang lepas, Innovation Invention
Student Through Exhibition
Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Programme (IISCEP) 2019
dan Competition Product
Komersial PSIS telah menganjurkan
Innovation Lecturer
Innovation Invention Student Through (COMPLETE) 2019

Exhibition Programme (IISCEP) 2019 8 Oktober 2019

dan Competition Product Innovation

Lecturer (COMPLETE) 2019

bertempat di Dewan Seri Lang, PSIS.

IISCEP 2019 dan COMPLETE 2019

adalah satu pertandingan berbentuk

rekacipta produk kreatif dan berinovasi

dan kajian ilmiah untuk

memperkasakan inovasi produk

supaya mempunyai nilai komersial

yang tinggi, penilaian kreativiti projek

yang dihasilkan juga dinilai oleh

industri supaya hasil produk yang

dihasilkan memenuhi keperluan dan

permintaan industri dan kajian ilmiah

pula mempunyai nilai penyelidikan

yang berimpak tinggi.

Innovation Invention Student Through Exhibition

40 Programme (IISCEP) 2019 dan Competition Product
Innovation Lecturer (COMPLETE) 2019

MyCCSKILLS Pada 8 – 9 Oktober 2019, PSIS telah menghantar
Inovasi Dan
Rekacipta Pelajar penyertaan bagi program MyCCSKILLS INOVASI
Tahun 2019
(MYSkrip’19) DAN REKACIPTA PELAJAR TAHUN 2019
(MYSkrip’19) yang berlangsung di Riverfront City,
8 – 9 Oktober2019 Sungai Petani, Kedah. MYSkrip’19 merupakan
akronim kepada “MyCCSKILLS Inovasi Dan
Rekacipta Pelajar Tahun 2019” yang dianjurkan

oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej

Komuniti (JPPKK) dan dikelolakan oleh Kolej

Komuniti Sungai Petani sebagai satu jenama

pertandingan untuk mempamerkan penghasilan

projek pelajar dan produk penyelidikan yang

berkualiti. Pertandingan inovasi peringkat

kebangsaan ini diharapkan menjadi platform terbaik

mengetengahkan idea untuk dimajukan.

MyCCSKILLS Inovasi Dan Rekacipta

Pelajar Tahun 2019 (MYSkrip’19)

memberi pendedahan dan

pengalaman untuk pelajar dan

graduan dalam menjana idea yang

bernas, meningkatkan tahap

kreativiti, inovasi dan kemahiran yang

menyumbang kepada bidang sains,

teknologi dan inovasi. Oleh itu,

program ini bukan sahaja dijangka

membawa pelajar dan graduan dari

seluruh dunia, tetapi juga memberi

pendedahan mengenai sains,

teknologi dan inovasi.

MyCCSKILLS Inovasi Dan Rekacipta Pelajar Tahun 2019 41
(MYSkrip’19)

Pada 10 – 13 Oktober 2019 telah berlangsung Anugerah Inovasi
Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2019 Negeri Selangor
yang bertempat di Malaysia International Trade and (AINS) Tahun 2019
Exhibition Centre (MITEC). AINS 2019 adalah satu
pertandingan berbentuk rekacipta produk kreatif dan 10 – 13 Oktober 2019
berinovasi dan kajian ilmiah anjuran Seksyen
Pembudayaan Inovasi, Bahagian Korporat Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pertandingan ini
dilaksanakan untuk memperkasakan inovasi produk
supaya mempunyai nilai komersial yang tinggi, penilaian
kreativiti projek yang dihasilkan juga dinilai oleh industri
supaya hasil produk yang dihasilkan memenuhi
keperluan dan permintaan industri dan kajian ilmiah pula
mempunyai nilai penyelidikan yang berimpak tinggi.

Sasaran pertandingan ini adalah untuk meningkatkan
hasil kajian produk inovasi dan ilmiah politeknik yang
berkualiti tinggi melalui pendaftaran hakcipta di
MyIPO dan boleh diaplikasikan. PSIS telah
mendapat pencapaian 4 Bintang untuk projek Hybrid
Environmental Brick (HEB), 3 Bintang untuk projek
Young Researcher dan Emvengers serta pencapaian
biasa untuk projek Blovengers dan Lotus Vengers.

42 Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun

2019

Karnival Alam
Sekitar PantaI Batu
23, Sungai Nibong

12 Oktober 2019

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Selangor telah menganjurkan Karnival Alam
Sekitar bagi komuniti Batu 23, Sungai Nibing
dan majlis tersebut dirasmikan oleh Exco
Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi
Hijau dan Hal Ehwal Pengguna. Karnival ini
bertujuan bagi mengeratkan hubungan di
antara agensi dan Jabatan Kerajaan
bersama komuniti serta menanam sikap rasa
tanggungjawab di kalangan lapisan komuniti
untuk mengambil bahagian dalam menjaga
alam sekitar yang dikongsi bersama.

Karnival Alam Sekitar PantaI Batu 23, Sungai Nibong 43

Selain daripada penanaman anak pokok bakau,
pelbagai aktiviti pertandingan dilaksanakan
seperti kutipan sampah paling banyak,
mewarna dan melukis, masakan seafood dan
hiasan yang tercantik, mini laying-layang, dan
memancing. Pemeriksaan kesihatan secara
terbuka dan percuma dari Jabatan Kesihatan
Daerah Sabak Bernam juga diadakan. Karnival
terebut mendapat sambutan penyertaan yang
sangat menggalakkan sama ada dari sekolah,
politeknik, university mahupun komuniti
setempat. Seramai 35 orang warga Politeknik
Sultan Idris Shah yang peka dan giat dalam
penjagaan alam sekitar juga telah menyertai
aktiviti penanaman pokok bakau bagi
menyokong dan menjayakan karnival tersebut.

44 Karnival Alam Sekitar PantaI Batu 23, Sungai Nibong

CENVIRON2019 Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah
20 – 21 November menganjurkan 2nd International Conference on Civil
2019 and Environmental Engineering 2019
(CENVIRON2019) di Langkawi. Politeknik Sultan
Idris Shah merupakan salah satu penganjur
bersama dalam seminar tersebut. Seminar ini
bertujuan untuk penyediakan satu platform
perkongsian ilmu penyelidikan dan inovasi kepada
para akademia, penyelidik, industri, organisasi
korporat dan agensi berkaitan dalam bidang
kejuruteraan awam dan alam sekitar ke arah
pembangunan mampan dan teknologi hijau.
Seramai 4 orang pensyarah telah menyertai
pembentangan kerta penyelidikan dalam seminat ini
dengan tajuk Durian Pectin and Rice Husk Ash
(RHA) as Partial Replacement Of Cement In
Concrete, The Use of Thermal Power Plant Fly Ash
and Lime in Increasing Shaer Strength of Soft Clay,
Dimensional Analysis Relationship of Lateral
Migration Rate Based on River Physical Model, dan
Use of Coal Bottom Ash in The Treatment ff Batik
Wastewater Effluent.

CENVIRON2019 45

Demand-Driven
Innovation Project
by PublicPrivate
Research Network
(PPRN)
Polyvapour Drying
Machine for Honey

PPRN in merupakan projek yang pertama
dilaksanakan oleh penyelidik PSIS yang terdiri
daripada Saifulbahari Bin Mohd Rasid (Ketua
Penyelidik), Wan Izma Izniza Binti Mohamed
Roseli, Mohd Azli Bin Adnan dan Mohamed Rizal
Bin Muhd Tayab. Tujuan projek ini adalah untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
Syarikat Togona Bee di mana kandungan air
dalam kelulut madu yang tinggi lebih daripada
28% - 36% dengan kaedah Batch Drying ditukar
kepada kaedah Double Boiling yang dapat
mengurangkan kandungan air hingga 22% - 16%.
Ia juga bertujuan merekabentuk mesin keluli tahan
karat sepenuhnya dengan pelbagai fungsi untuk
penyimpanan tangki madu, pam vakum, kelajuan
motor laras dan automatik memotong suhu untuk
mengawal kualiti madu kelulut.

Perbandingan telah dilakukan antara reka Demand-Driven Innovation Project by PublicPrivate
bentuk akhir proses mesin madu Research Network (PPRN)
menggunakan dulang keluli tahan karat
dengan mesin kering dehumidified dan Polyvapour Drying Machine for Honey
polyvapour. Keberkesanan kaedah
mendidih berganda dapat ditentukan dan
proses ini dapat mempercepatkan
pengasingan kandungan air dari madu
kelulut untuk mengekalkan kualiti yang
tinggi.

46

Ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak
langsung dalam pembikinan

buletin ini.

Semoga segala jasa dan
sumbangan yang diberikan
ini berterusan untuk program

seterusnya.


Click to View FlipBook Version