The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-06-10 21:38:35

Umrah Digital Modul

umrah digital modul

Transformasi Kursus Umrah
Bersemuka Kepada Kursus Umrah

Digital

UMRAH

DIGITAL

MODUL

Umrah Digital Modul Diterbitkan oleh:
Politeknik Sultan Idris Shah
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana Sungai Lang, 45100
bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan Sungai Air Tawar, Selangor
isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan  
dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, Dicetak oleh:
duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain Print Expert 20, Jalan Bunga Tanjung 2/16
sebelum mendapat izin bertulis daripada undang Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
undang hakcipta.
  Penulis:
Politeknik Sultan Idris Shah Noorazyla Binti Mohd Nasri
eISBN: 978-967-2096-77-1 Anis nabila Binti mohd pauzi
  Nurizyan syamimi Binti Azman

Penceramah :
Ustaz Muhammad Ali Bin Hamzar

Semakan :
Ahmad Faliq Othman, Eksekutif Umrah, 
Tiram Travel Sdn Bhd 

01

Pra Kata

UMRAH DIGITAL MODUL Umrah adalah ibadah yang diimpikan oleh setiap

muslimin dan muslimat. Persediaan ilmu adalah perkara

yang paling dititik beratkan sebelum mengerjakan

ibadah ini. Kursus umrah adalah antara saluran ilmu

untuk setiap jemaah yang akan mengerjakan umrah. 

Buku ini diterbitkan secara digital bagi menyediakan

panduan lengkap beserta audio dan video bagi

membantu bakal jemaah umrah untuk melengkapkan

pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan

ibadah umrah agar ia dapat dilaksanakan dengan

sempurna seterusnya menghasilkan umrah

yang mabrur.

M/S M/S M/S
06 08
isi 02
kandungan BAB1:PERSEDIAAN BAB 2 : KETIBAAN BAB 3 : rukun
umrah
M/S M/S
12 17 M/S
28
BAB 4 : ihram BAB 5 : tawaf
BAB 6 : saie
M/S M/S
34 36 M/S
39
BAB 7 : bercukur
BAB 8 : tawaf wadak BAB 9 : ketika di
raudah

Bab 1 : 02
Persediaan

Persediaan Sebelum Berangkat 03

1. Barangan Umum
Adapter travel
antarabangsa, power bank, headphone dan bekas smartphone yang baik. Bawa kaca mata gelap perlindungan
UV dan gunakan penutup telinga untuk membantu anda Tidur atau fokus di kawasan awam yang bising.

2. Barangan Penting Untuk lelaki
Lelaki memerlukan tuala Ihram. Ia patut dibasuh dan dikeringkan dengan betul. Pastikan anda mendapatkan
saiz yang betul dan bawa dalam beg carry-on bersama selipar untuk naik kapal terbang. Teruskan menyapu jeli
petroleum ketika berihram untuk mengelak ruam gosokan.

3. Barangan Penting Untuk Wanita
Hijab sukan dan/atau kapas, bra sukan dan pakaian selesa yang boleh bernafas adalah perlu. Napkin
sanitasi dan lain-lain produk berkaitan patut tiada bau ketika dalam ihram.
Pperingatan: Walaupun sedang haid, mulakan Ihram di Miqat dan kekal dalam Ihram
sehingga habis haid.

4. Barangan Perubatan & Kesihatan 04

Ubat-ubatan & Vaksinasi
Sediakan ubat penahan sakit, antasid, antihistamin, tablet demam & selsema dan sebarang
ubat-ubatan preskripsi yang anda perlukan. Imunkan diri anda terhadap hepatitis A & B, typhoid,
influenze dan lain-lain penyakit berjangkit lain.

Mengelakkan Isu Kaki & masalah pernafasan
Banyak amalan dilakukan tanpa kasut; basuh kaki anda dengan sabun dengan berhati-hati dan
kerap dan keringkan sepenuhnya . Memakai topeng mulut boleh dilakukan untuk mengurangkan
risiko penyakit bawaan udara.

Lihat video penuh ini >>

 

Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd.

5. Kewangan 05
Digunakan untuk amalan sedekah. Antaranya
wakaf al quran, pembelian kerusi roda, sedekah Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
untuk berbuka puasa dan sebaginya. Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd.

6. ILMU dan AMAL
Persiapkan diri dengan ilmu umrah yang boleh
diperolehi dari Kursus-Kursus Umrah secara online
dan offline mahuoun secara digitalise ini.

Bab 2: 06

Sebelum Meninggalkan Rumah Keberangkatan

1. Kerat Kuku dan Cukur Rambut
Potong kuku anda. Cukur rambut bawah ketiak dan bulu ari-ari.
Mandi sebelum berumrah.

2. Pemakaian Ihram
Ingat, anda mesti berihram sebelum melepasi Miqat.

3. Matawang Tempatan 07
Tukar matawang Riyal Saudi yang mencukupi dan
sekiranya perlu boleh menukar di
lapangan terbang untuk membayar kos perjalanan,
makanan, air dan memotong
rambut supaya Umrah anda tidak diganggu.
 
4. Beli Kad SIM Telefon
Jika anda tiada pakej roaming data yang baik
daripada perkidmatan anda, pilih kad SIM paling
sesuai dengan pakej data untuk memastikan anda
dapat berhubung sepanjang perjalanan
anda.

Bab 3: 08
Rukun Umrah

Rukun umrah yang digariskan dalam Islam ada lima.

Pertama, niat ihram umrah.

Lafaz niat adalah seperti berikut:

“Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana
Allah Taala”.

Kedua, tawaf umrah. 09

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan bermula
dari sudut Hajarul Aswad.

Terdapat beberapa syarat sah tawaf seperti menutup aurat, suci daripada
hadas besar dan kecil, mengekalkan niat tawaf, cukup tujuh pusingan dengan
yakin dan sebagainya.

Ketiga, sa’ie umrah.

Sa’ie memberi maksud berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di antara Bukit
Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.Perbuatan sa’ie juga mempunyai
syarat sah seperti bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, cukup
tujuh kali ulang-alik dengan yakin.

Keempat, bergunting atau bercukur 10

Menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Disunatkan kepada
jemaaah lelaki untuk bercukur.Perbuatan ini hendaklah dilakukan setelah
selesai tawaf dan sa’ie umrah.

t e r t i bK e l i m a   d a n a k h i r s e k a l i , .

Iaitu mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut susunan bermula daripada niat,
tawaf, sa’ie, bercukur atau bergunting.

11

Bab 4: 12
Ihram
Pemakaian Ihram

Bagi Jemaah lelaki, pakaian ihram yang diperlukan sebanyak dua
helai kain putih yang tidak berjahit.

Langkah-Langkah Pemakaian Ihram:

Pertama: Pilih satu helai kain yang lebih panjang dan tebal untuk
dipakai di bagian bawah badan. Bentangkan posisi kedua kaki,
lalu sarungkan kain ke badan. Tangan kanan di bentangkan
sambil menggenggam dua hujung kain ihram yang disatukan,
dengan tangan kiri diletakan dibawah ketiak untuk menahan
lipatan.

Pemakaian Ihram 13

Langkah-Langkah Pemakaian Ihram:

Kedua:  Hujung kain ihram yang disatukan ditarik ke arah kiri,
sedangkan tangan kanan menahan lipatan dibawah
ketiak.

Ketiga: Hujung kain ihram yang disatukan dilipat kedalam seperti
hal nya memakai sarung untuk solat, sehingga tidak kelihatan
dari depan dan nampak rapi. Kemudian,  kenakan tali pinggang
agar membentuk ikatan yang kuat.

Keempat:  Ambil kain ihram potongan yang ke-2 dan bentangkan
dengan tangan memegang ujung kain ihram tersebut. Posisi
tangan kiri agak ke atas dan tangan kanan ke bawah.

Pemakaian Ihram 14

Langkah-Langkah Pemakaian Ihram:

Kelima:  Selipkan hujung kain ihram sebelah kiri pada gulungan
kain ihram di pinggang sebelah kanan.

Keenam:  Selendangkan hujung kanannya untuk menutupi bagian
atas badan, seperti contoh video berikut >>>

Video Pemakaian Ihram 15

Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd.

16

Amaran-amaran Ihram;

1. Di dalam Kapal Terbang

Jika anda akan tiba ke lapangan

terbang Jeddah,perlulah berihram

sebelum mendarat. 

2. Memakai pakaian ihram

Anda MESTI kekal dalam Ihram,

walaupun dalam bilik hotel  sehingga

Umrah anda selesai.

Bab 5: 17
Tawaf
1.Masuk Masjidil Haram dengan kaki kanan. Lelaki patut mendedahkan
bahu kanan mereka sebaik melihat Kaabah. Sambil membaca :

‫اﻟ ﱠﻠ ُﻬ ﱠﻢ ا ْﻓ َﺘ ْﺢ ِﱃ أَ ْﺑ َﻮا َب َر ْﺣ َﻤ ِﺘ َﻚ‬

“Allahummaf-tahlii abwaaba rohmatik”
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu

18

2. Mula tawaf umrah dengan 7 putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di
Hajar Aswad. Disunnahkan untuk berlari-lari kecil pada 3 putaran pertama dan
berjalan biasa pada 4 putaran terakhir.

19

tawafLihat video lengkap untuk melakukan >>

Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,

Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd.

21

Lihat video ketika berada di antara Rukun Yamani >>

Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd

3. Ketika berada di antara Rukun Yamani, disunnahkan membaca, 20

‫َرﺑﱠ َﻨﺎ آَ ِﺗ َﻨﺎ ِﻓﻲ اﻟ ﱡﺪ ْﻧ َﻴﺎ َﺣ َﺴ َﻨ ًﺔ َو ِﻓﻲ ا ْﻵَ ِﺧ َﺮ ِة َﺣ َﺴ َﻨ ًﺔ َو ِﻗ َﻨﺎ َﻋ َﺬا َب اﻟ ﱠﻨﺎ ِر‬

“Robbana aatina fid dunya hasanah, wa fil aakhiroti hasanah wa qina
‘adzaban naar” Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat serta selamatkanlah kami dari seksaan api neraka.

Jemaah juga digalakkan berdoa.

4. Ketika Berada Di Makam Ibrahim 22

Amalan yang sunat dilakukan di Makam Ibrahim Pastikan anda berada jauh sedikit di belakan
Makam Ibrahim supaya anda tidak menggang
Solat Dua Rakaat orang yang sedang melakukan Tawaf
 Niat solat ini

adalah seperti berikut:

 Usolli sunnatal tawwafi rak’ataini lillahi taala 
Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana

Allah Taala.

Video ketika di Makam Ibrahim serta tempat 23
tempat doa yang mustajab serta larangan ketika

tawaf.

Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd

dikenakan sama LARANGAN wanita semasa tawaf 24

kepada lelaki dan

n.

1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita.
2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita.
Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap
sebagai menutup kepala dan dibenarkan.
3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah
dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk
terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku
yang pecah itu.
4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut.
5. Memakai wangi-wangian

LARANGAN 25

dikenakan sama kepada lelaki dan wanita semasa tawaf

6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya.
7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram.
8. Nikah atau menikahkan.
9. Bersetubuh.
10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud
menyalurkan nafsu syahwat).

LARANGAN 26
dikenakan sama kepada lelaki dan wanita semasa tawaf

n. 11. Hendaklah memastikan bahu kiri sentiasa menghadap

ke Kaabah.

Jika merasa bahu kiri telah terpesong
dari mengadap Kaabah disebabkan ada jemaah lain yang
menolak kita dari belakang, maka bersegeralah kita undur
semula dari tempat berlakunya kejadian tersebut.

Jika disebabkan dengan sengaja jemaah memesongkan bahu
maka pusingan berkenaan batal dan perlu menggantikan
pusingan yang dikira telah batal

LARANGAN 27
dikenakan sama kepada lelaki dan wanita semasa tawaf

n. 12. Jika membawa anak kecil.

Ketika melakukan Tawaf, sekiranya anak kecil itu kencing
(dalam pampers) maka kita dianggap menanggung najis dan
Tawaf itu dikira tidak sah.
2 kaedah yang dicadangkan adalah :
1) Suami melakukan tawaf terlebih dahulu , isteri menunggu
bersama anak kecil
2) Selesainya suami melakukan tawaf, suami pula menemani
isteri melakukan tawaf sambil memegang anak kecil.

28

Bab 6 :
Saie

29

Pengertian Saie

Iaitu berjalan berulang-
alik di antara Bukit Safa
dan Bukit Marwah
sebanyak 7 kali.

Syarat-syarat Saie 30

1)  Dilakukan di selepas Tawaf
2)  Bermula di Bukit safa dab berakhir di Bukit Marwah
3) Cukup 7 kali dengan yakin dikira daripada Safa ke Marwah dan sekali
daripada Marwah ke safa
4)  Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah
5)  Hendaklah saie di Batnu Al-Wadi ( tempat yang termaklum)
6) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

Turutan Saie 31

1. Menaiki bukit Safa, lalu menghadap ke arah Ka’bah hingga melihatnya —jika hal itu memungkinkan, kemudian membaca:

ُ‫ﷲُ أَ ْﻛ َﺒﺮُ ُﷲ أَ ْﻛ َﺒﺮُ ﷲُ أَ ْﻛ َﺒﺮ‬

(3x)

ٌ‫ﻻَ ِإﻟَ َﻪ ِإﻻﱠ ﱠُﷲ َو ْﺣ َﺪ ُه ﻻَ َﺷﺮِﻳ َﻚ ﻟَ ُﻪ ﻟَ ُﻪ ا ْﻟ ُﻤ ْﻠ ُﻚ َوﻟَ ُﻪ ا ْﻟﺤَ ْﻤ ُﺪ ﻳُ ْﺤ ِﻴﻰ َوﻳُ ِﻤﻴ ُﺖ َو ُﻫ َﻮ َﻋ َﲆ ُﻛ ﱢﻞ َﺷ ْﻰ ٍء َﻗ ِﺪﻳﺮ‬
‫ﻻَ ِإﻟَ َﻪ ِإﻻﱠ ﱠﷲُ َو ْﺣ َﺪ ُه أَ ْﻧﺠَ َﺰ َو ْﻋ َﺪ ُه َوﻧَ َﺼﺮَ َﻋ ْﺒ َﺪ ُه َو َﻫ َﺰ َم اﻷَ ْﺣ َﺰا َب َو ْﺣ َﺪ ُه‬

“Allah Mahabesar, Allah Mahabesar, Allah Mahabesar. (3x)

Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala
kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala
sesuatu.Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata .

Dialah yang telah melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendirian.

2. Bacaan ini diulang tiga kali dan berdoa di antara pengulangan-pengulangan itu dengan do’a apa saja yang dikehendaki.

3. Lalu turun dari Safa dan berjalan menuju ke Marwah. 32

4. Disunnahkan berlari-lari kecil dengan cepat dan sungguh-sungguh di antara dua tanda lampu hijau yang beada di Mas’
(tempat sai’e) bagi lelaki, lalu berjalan biasa menuju Marwah dan menaikinya.

5. Setibanya di Marwah, kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan di Safa, iaitu menghadap kiblat, bertakbir, membaca zik
pada sperti No1. dan berdoa dengan doa apa saja yang dikehendaki, perjalanan (dari Safa ke Marwah) dihitung satu kiraan

6. Kemudian turunlah, lalu menuju ke Safa dengan berjalan di tempat yang ditentukan untuk berjalan dan berlari bagi lelak
di tempat yang ditentukan untuk berlari, lalu naik ke Safa dan lakukan seperti semula, dengan demikian sudah dikira dua ka
larian.

7.Lakukanlah hal ini sampai tujuh kali dengan berakhir di Marwah

33

Video lengkap untuk Saie

Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd

Bab 7 : 34
Bercukur
Sumber : Ustaz Mohamad Ali Bin Hamzar ,
Kursus Umrah Tiram Travel Sdn Bhd

35

Setelah sai’e, maka bertahallul dengan memendekkan
seluruh rambut kepala atau mencukur (membotakkan
kepala), dan yang mencukur sehingga botak itulah yang
lebih afdal. Adapun bagi wanita, cukup dengan
memotong rambutnya sepanjang satu ruas jari.

Setelah memotong atau mencukur rambut, maka
berakhirlah ibadah umrah dan anda telah dibolehkan
untuk mengerjakan hal-hal yang tadinya dilarang ketika
dalam keadaan ihram.

36

Bab 8 :
Tawaf Wadak

37

Akhir sekali sebelum keluar meninggalkan kota suci
Mekah, jemaah wajib melakukan tawaf wadak dengan
mengikuti syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf yang
telah disebutkan sebelum ini.

Niatnya : “Sahaja aku tawaf wadak tujuh keliling kerana
Allah Taala”

Tawaf wadak ini dilakukan selepas segala persiapan
untuk pulang ke tanah air sudah dilakukan seperti
begbeg sudah dikemaskan, urusan membeli-belah sudah
selesai dan pelbagai lagi urusan yang telah diselesaikan

38

Melakukan Tawaf Wadak ini terdapat sedikit perbezaan
dengan Tawaf Umrah, iaitu :

i. Memakai pakaian biasa dengan menutup aurat. Bukan
memakai kain ihram.

ii. Tidak melakukan ittiba’ (membuka bahu sebelah
kanan) bagi lelaki sebab jemaah memakai pakaian
biasa.

iii. Tiada perbuatan berlari-lari anak bagi lelaki pada
pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3

39

Bab 9 :
Ketika di
Raudah

TIPS DI RAUDAH 40

1.WAKTU RAUDHAH
Bagi Wanita

> Pagi (Selain Hari Jumaat)
Pukul 6.30 pagi - 9.00 pagi

> Pagi (Hari Jumaat sahaja) :
Pukul 6.30 pagi - 8.00 pagi

> Malam
Pukul 8.30 malam - 11.00 malam

Bagi Lelaki

Dibuka 24 jam

2. PINTU MASUK KE RAUDAH BAGI WANITA 41
PINTU MASUK KHAS WANITA

 Pintu 25 memang pintu masuk ke perkarangan masjid, betul-betul menuju ke pintu

masuk bagi kaum wanita.

42

Rujukan

Darul Falah (2010). Petunjuk Praktil Manasik Haji dan Umrah. King Saud University,
Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia

Ahmed Haji Ali (2017). Haji dan Umrah. Tiram Sdn Bhd, Selangor

Hashim, Jamaluddin. (2011). Panduan Mengerjakan Umrah. Universiti Sultan Zainal
Abidin

LAWATI PAUTAN INI 43

https://tiramtravelsgbuloh.blogspot.com/


Click to View FlipBook Version