The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jplipgkkb, 2021-09-17 21:20:04

MENEROKA KAJIAN KUALITATIF H

MENEROKA KAJIAN KUALITATIF H

MODUL

PENULIS

DR RAJA SHAHARUDIN B RAJA
MOHAMAD

Maklumat Kursus

1 Nama
Kursus/Modul MENEROKA KAJIAN KUALITATIF

2 Nama 1. DR RAJA SHAHARUDIN BIN RAJA MOHAMAD
Fasilitator

3 Rasional Kursus ini ditawarkan supaya peserta mendapat input dan memahami mengenai
Kursus/Modul kajian kualitatif secara asas sebelum mereka meneroka dalam bidang kajian.

4 Tempoh 2 Hari 12 Jam
Tawaran

Kursus

5 Jumlah Jam K/A P E R Jumlah Jam Pembelajaran Kursus
Kursus - 12

K/A 10 2 -
Kuliah/Amali
P

Perbincangan/
Pembentangan
E e-
pembelajaran

R - Refleksi

6

1. Guru yang menyambung belajar peringkat sarjana, PhD.

Kump Sasaran 2. Pengurusan pentadbiran sekolah yang menyambung belajar peringkat sarjana,
PhD.

3. Pegawai PPD yang menyambung belajar peringkat sarjana, PhD.

7 Syarat Tiada
Penyertaan

8 Mod Mod B: JPN/PPD Based
Pelaksanaan
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
Kursus 1. Memahami secara mendalam konsep Asas Kajian Kualitatif
2. Menganalisis dan membincang isu-isu dalam Asas Kajian Kualitatif
9 Hasil 3. Menyediakan proposal Kajian Kualitatif
Pembelajaran

Kursus

10 Strategi i. Penerangan
Pengajaran ii. Perbincangan dan pembentangan
dan
Pembelajaran

11 Sinopsis Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru mengenai Asas Kajian
Kualitatif, kaedah-kaedah kajian kualitatif, penulisan kertas cadangan dan laporan
Kajian Kualitatif

13 Kerangka Kursus/Modul dan Jumlah Jam K/A P E R
Pembelajaran Setiap Tajuk/Slot Jumlah Jam
Kursus

Tajuk/Slot 1: Pengenalan 2 - --
1. Pengenalan
2. Perbezaan Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif 2- - -
3. Definisi Penyelidikan kualitatif 2- - -
4. Asas Penyelidikan Kualitatif 2- - -
5. Ciri-ciri Penyelidikan Kualitatif 22 - -
10 2
Tajuk/Slot 2: :
1. Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif

2. Instrumen Kajian Kualitatif

3. Membina Alat Kajian Kualitatif

4. Persampelan

Tajuk/Slot 3:

1. Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif

2. Proses Menganalisis Data

3. Interpretasi Data

4. Kebolehpercayaan dan Keesahan

Tajuk/Slot 4 :

Penyediaan Proposal Kajian Kualitatif

Tajuk/Slot 5: Pembentangan Kumpulan 12

1. Pembentangan tugasan :

2. Maklum Balas
Peserta
Fasilitator

Jumlah

Jadual

JADUAL KURSUS MENEROKA KAJIAN KUALITATIF

10.30 1.00
pg-
HARI 8.00 pg 8.30 pg 8.30 pg -10.30 pg 11.00 pg 11.00 pg 1.00 tgh ptg- 2.30 ptg- 4.30ptg
2.30

ptg

SLOT 1 REHAT SLOT 2 REHAT SLOT 3
1. Pengenalan
(PENDAFTARAN) 2. Perbezaan Penyelidikan

HARI 1 Kualitatif dan Kuantitatif 1. Reka Bentuk Penyelidikan 1. Kaedah Pengumpulan Data
3. Definisi Penyelidikan kualitatif
4. Asas Penyelidikan Kualitatif Kualitatif Kualitatif
5. Ciri-ciri Penyelidikan Kualitatif 2. Instrumen Kajian Kualitatif 2. Proses Menganalisis Data
3. Membina Alat Kajian Kualitatif 3. Interpretasi Data
4. Persampelan 4. Kebolehpercayaan dan

Keesahan

SLOT 4 REHAT SLOT 5 REHAT
PEMBENTANGAN KUMPULAN
HARI 2 Penyediaan Proposal Kajian RUMUSAN DAN PENUTUP
Kualitatif

MENEROKA KAJIAN KUALITATIF

JABATAN PERANCANGAN PENYELIDIKAN DAN
INOVASI

RAJA SHAHARUDIN RAJA MOHAMAD, PhD

MENEROKA KAJIAN KUALITATIF
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi

IPG Kampus Kota Bharu
____________________________

2020

0

KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1. Pengenalan 2
2. Perbezaan Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif 3
3. Definisi Penyelidikan kualitatif 5
4. Asas Penyelidikan Kualitatif 5
5. Ciri-ciri Penyelidikan Kualitatif 6
6. Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif 8
7. Instrumen Kajian Kualitatif 12
8. Membina Alat Kajian Kualitatif 15
9. Persampelan 19
10.Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif 19
11.Proses Menganalisis Data 21
12.Interpretasi Data 22
13.Kebolehpercayaan dan Keesahan 24
14.Penutup 25
15.Bibliografi 26

1

PENGENALAN
Penyelidikan Kualitatif merupakan suatu kajian ke atas sesuatu situasi dan
individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam

Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara
berlaku.

Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak
menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan
pendekatan induktif untuk menjana teori.

Kajian Kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina
konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan
dijelaskan. Kutipan data dijalankan secara berterusan

Kajian kualitatif ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna
untuk memahami fenomena sosial dengan mengambil kira perkara-perkara
yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti ppenyelidikngan dan
keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang.

Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak
menggunakan kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan
pendekatan induktif untuk menjana teori.

Rekabentuk kajian ditentukan pada peringkat peringkat awal kajian
dijalankan, yang menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif.

Menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan
mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi
naratif.

2

PERBEZAAN KAJIAN KUANTITATIF DENGAN KUALITATIF
Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan

Ayob 1995:44). Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk
mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan
pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Penyelidik boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan
kedua-duanya. Dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang
berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif
sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan
kualitatif.

Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan

kualitatif Penyelidikan

kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik.

Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod,

peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.

Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah
kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai
penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop
kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif
pula berasaska

3

-
perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk
numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada
proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil.

Jadual 1. Perbezaan Kajian Kuantitatif dan Kualitatif

KUANTITATIF KUALITATIF

Bentuk Data Data berbentuk perkataan atau ayat

Data berbentuk angka yang boleh yang dikumpul melalui temubual

diukur. atau yang direkod dalam bentuk

gambar atau video

Instrumen Kajian Penyelidik Penyelidik adalah instrumen utama

menggunakan instrument seperti memungut data. Penyelidik perlu

soal selidik dan ujian pencapaian berada dalam situasi yang dikaji,

bagi memungut data. Instrumen mendengar dan memerhati sendiri

berfungsi sebagai alat pengukur dan fenomena yang ingin dikaji.

menjadi alat perantaraan antara

penyelidik dan peserta kajian.

Reka Bentuk Kajian Reka bentuk bersifat mudah lentur

Reka bentuk ditetapkan sebelum /fleksibel, boleh diubah suai

data dipungut mengikut keadaan dan keperluan

situasi

Peserta Kajian Penyelidik adalah sebahagian

Penyelidik bukan peserta kajian. daripada peserta kajian. Maklumat

Peserta kajian adalah sampel yang kajian diperoleh secara langsung

dipilih dengan menggunakan teknik daripada peserta kajian

persampelan tertentu

Metodologi Kajian Saiz sampel kecil dan dipilih secara

Penyelidik mengkaji populasi atau bertujuan dan tidak berasaskan

sampel yang mewakili populasi. kebarangkalian

Saiz sampel besar dan dipilih

berasaskan kebarangkalian.

4

DEFINISI PENYELIDIKAN KUALITATIF
Menurut Denzin dan Lincoln (1994) penyelidikan kualitatif melibatkan
kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan
naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek.
Manakala Cresswell (1994) pula menyatakan penyelidikan kualitatif
sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah
pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu
permasalahan sosial.

ASAS PENYELIDIKAN KUALITATIF
Peserta kajian

Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian
diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

Bentuk data
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau
direkod dalam bentuk audio, gambar atau video.

Rekabentuk kajian
Rekabentuk bersifat fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan
keperluan situasi.

Metodologi kajian
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan
kebarangkalian.

5

Instrumen kajian
Penyelidik adalah instrumen utama untuk mendapatkan data. Penyelidik
perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri
fenomena yang ingin dikaji.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF
Tujuan Pemahaman

Berfokus kepada makna, konsep, takrifan, ciri-ciri, metafora, simbol dan
huraian tentang sesuatu objek, konsep atau situasi.
Penyelidik berminat untuk memahami cara pembinaan makna serta cara
manusia memahami kehidupan, pengalaman, dan struktur kehidupan
mereka.

Realiti Dinamik
Kefahaman berhubung realiti yang sentiasa berubah dan bukan sesuatu
yang statik

Penyelidik Orang dalam
Menyelidik dari sudut penyelidik sebagai peserta dan bagaimana peserta
mentafsir pengalaman.

Nilai Batasan Nilai
Nilai dan kepercayaan peserta serta penyelidik memberi impak kepada
data iaitu nilai perlu difahami dan diambil kira.

6

Fokus Holistik
Maklumat yang diperolehi mendalam dan menyeluruh disebabkan oleh
kepelbagaian kaedah pengumpulan data.

Orientasi Penemuan
Pengumpulan data bersifat induktif serta teori diperolehi melalui analisis
maklumat.

Data Subjektif
Membolehkan kita menyelidik konsep-konsep yang kehilangan intipati jika
pendekatan penyelidikan lain digunakan. Konsep seperti kebebasan,
kebahagiaan dan sebagainya boleh diselidik melalui takrifan dan
pengalaman.

Instrumen Manusia
Penyelidik itu sendiri merupakan instrumen utama pengumpulan dan
penganalisisan data. Data diperolehi melalui instrumen berupa manusia.
Penyelidik perlu menilai serta mentafsir kepada perbuatan, perkataan dan
pengalaman.

Pesekitaran Semula jadi
Berlatarbelakangkan persekitaran semulajadi tanpa sebarang manipulasi
ke atas pembolehubah yang diselidik.

7

Keputusan Sah
Berfokus kepada rekabentuk dan prosedur untuk memastikan kesahan
keputusan yang diperolehi

REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIF

Keputusan untuk menentukan rekabentuk kajian kualitatif perlu mengambil
kira elemen-elemen berikut:

Jangka masa kajian
Jenis data yang ingin dikutip
Alat yang sesuai untuk mengutip data
Di mana kajian akan dijalankan
Pemilihan kumpulan responden sebagai sampel
Strategi pengutipan data yang sesuai
Jangka masa dan kos kajian menjalankan kajian
Bagaimana data disusun, di analisis dan di tafsir

PENYELIDIKAN ETNOGRAFI

atau tingkahlaku dalam sesebuah masyarakat.

8

sekumpulan masyarakat.

PENYELIDIKAN KAJIAN KES

atau unit sosial (individu, kumpulan, institusi atau komuniti)

menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang
berlaku secara mendalam. (Yin 1994)

suai diperlukan untuk memperolehi maklumat

berkenaan ialah:

Soal selidik

Temu bual

Pemerhatian

Penelitian dokumen

Dokumen peribadi (contoh: diari, memo, surat, foto, video,
autobiografi, jurnal)

Bila Ianya Sesuai Digunakan?
Jika fokus penyelidikan adalah tentang proses(Merriam 2001)

9

Bila ada cerita atau peristiwa yang unik dan menarik untuk
diberitahu.
Apabila fenomena yang ingin diselidik tidak mudah dibezakan
daripada konteksnya, dan wujud interaksi yang kompleks antara
keduanya (Yin 1994)

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI

dan melibatkan struktur kesedaran seseorang.

ngharap kepada analisis data kualitatif.

diselidik.
enomenologi berusaha untuk memahami maksud sesuatu

kejadian serta interaksi orang awam dalam situasi yang tertentu. (Bogdan
&Biklen, 1992)

Penyelidikan fenomenologi boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
UMUM

Bagaimana pengalaman harian mempengaruhi dan membentuk
perlakuan manusia.
FOKUS

10

Pengalaman subjektif manusia serta takrifan mereka terhadap dunia
(memahami cara, penyelidikan atau perspektif dunia melalui
penyelidikan orang lain.
Contoh:
Peristiwa, situasi, pengalaman atau konsep

GROUNDED THEORY
-an.

Merupakan pilihan utama penyelidik yang ingin membina teori tentang
fenomena yang ingin mereka ketahui dengan lebih mendalam tentang
punca permasalahan yang dihadapi secara khusus, situasi dan umum.

-ulang.
g dikaji penyelidik akan membina seberapa banyak soalan
yang memfokuskan kepada apa yang berlaku kepada orang yang hendak
dikaji serta kenapa masalah itu berlaku dan apa kesannya kepada orang
dikaji.

Ringkasan proses grouded theory
ang ditranskripsikan

11

Kenalpasti kategori yang kerap berlaku (major) dan kategori sampingan
(minor) serta tema.

INSTRUMEN KAJIAN KUALITATIF
1.Temubual
2.Pemerhatian
3.Analisis dokumen

TEMUBUAL
Temubual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan
interaksi bersemuka (face-to-face) atau melalui percakapan telefon
antara penyelidik dengan orang yang ditemubual (responden).
Protokol temubual adalah senarai yang mengandungi soalan yang
akan dikemukakan dalam sesi temubual yang dijalankan.

TeknikTemubual Berstruktur
Soalan disediakan terlebih dahulu dan temubual dilaksanakan secara
formal. Subjek hendaklah diberi soalan yang sama
Contoh :

Sudah berapa lama tuan menjadi Guru?
Mata pelajaran apa yang tuan mengajar?

12


Click to View FlipBook Version