The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jplipgkkb, 2021-09-17 21:03:21

KAEDAH PENULISAN SEJARAH LISAN H

KAEDAH PENULISAN SEJARAH LISAN H

MODUL

PENULIS

DR MUHAMMAD RIDZUAN B IDRIS
DR ABDULLAH B DERAMAN
EN NORAZAN B MAT NOR

MAKLUMAT KURSUS CPD

1 Nama Kaedah Penulisan Sejarah Lisan

Kursus/Modul JPPI

2 Nama 1. Dr. Muhammad Ridzuan bin Idris
2. Dr Abdullah bin Derahman
Fasilitator

3. En. Norazan bin Mat Nor

3 Rasional

Kursus/Modul Kursus ini ditawarkan supaya peserta dapat menguasai ilmu dan kemahiran dalam

dalam penulisan Sejarah Lisan mengikut kaedah yang betul.

Program

4 Tempoh

Tawaran 2 Hari

Kursus

5 Jumlah Jam P D C A Jumlah Jam Pembelajaran Kursus

Kursus

P - Plan 21 12 10 2 45
D - Do 3
C - Check
A - Action

6 Nilai Kredit

7 Syarat

Penyertaan

8 Penyertaan

9 Hasil Pada akhir kursus ini peserta dapat :

Pembelajaran i. Memahami konsep Sejarah Lisan

Kursus

ii. Menyediakan transkripsi sejarah lisan berdasarkan rakaman (Tape/Video).
iii. Menganalisis sumber Sejarah Lisan

10 Strategi i. Ikuiri
ii. Hands-on
Pengajaran

dan iii. Pembentangan
Pembelajaran

11 Sinopsis Pengetahuan dan kebolehan menjalankan kajian ilmiah adalah satu kemahiran yang
sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah

organisasi. Kemahiran ini membolehkan mereka menghasilkan kajian ilmiah yang

berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesuatu kajian. Terdapat banyak

bentuk kajian yang dilakukan oleh penyelidik bergantung kepada kesesuaian bidang

dan kepakaran. Kesemua jenis kajian ini mempunyai format dan teknik tertentu untuk

dihasilkan terutamanya dalam kajian sejarah. Justeru itu adalah penting untuk semua

kakitangan yang terlibat sebagai pengkaji mempunyai pengetahuan dan kemahiran

yang betul dalam kajian sejarah terutamanya kajian sejarah lisan bagi memudahkan

tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi.

12

Mod Bengkel dan Latihan Amali
Penyampaian

iii

13 Kerangka Kursus/Modul dan Jumlah Jam PD CA Jumlah
21 12 10 2 Jam
Pembelajaran Setiap Tajuk/Slot
Kursus

Tajuk/Slot 1: Pengenalan 2 22 6

1. Sejarah Lisan 8
Sumber Lisan Vs Sumber Bertulis 8
Perdebatan antara aliran Ranke dan Aliran 8
Thomson
Kepentingan Sejarah Lisan 8
7
Tajuk/Slot 2: Kaedah Penulisan Sejarah Lisan 42 2 2 45
42 2 2
2. Keadah Penulisan Sejarah Lisan 42 2
Pemilihan Tajuk dan Orang Sumber
Persediaan sebelum, semasa dan selepas 4 22
temubual orang Sumber 3 22
Peralatan dan persediaan temubual 21 12 10
Etika dan proses temubual

Tajuk/Slot 2: Proses Transkripsi temubual

1. Transkripsi temubual

Proses pendokumentasi temubual (Transkripsi)
Keadah dan proses penulisan transkripsi
Etika dan protokal penulisan

Tajuk/Slot 3: Proses Penulisan Sejarah Lisan

1. Penulisan Sejarah Lisan

Pengenalan
Bentuk novel yang berunsur Sejarah
Bentuk Biografi tokoh
Penulisan ilmiah dan tesis

Tajuk/Slot 4: Amali transkripsi

1. Amali transkripsi berdasarkan tajuk/projek

Sejarah Askar Melayu
Sejarah Kepimpinan Tokoh
Sejarah Peristiwa Bersejarah
Sejarah Masyarakat (Contoh Siam Di Kelantan)
Sejarah Biografi
Sejarah Nasionalisme Kebangsaan
Lain-lain tajuk yang bersesuaian
Tajuk/Slot 5: Pembentangan Kumpulan

1. Pembentangan tugasan :
Kumpulan 1
kumpulan 2
kumpulan 3
kumpulan 4

Jumlah

iv

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya Modul CPD 2020 dapat dilaksanakan.
Saya mengucapkan syabas kepada semua pihak terutamanya urusetia Jabatan Perancangan Penyelidikan dan
Inovasi (JPPI) serta semua pensyarah yang terlibat kerana berjaya menyiapkan modul serta tugasan masing-
masing mengikut pembahagian tugasan yang dibagi.

Penyelidikan merupakan usaha yang boleh membina keupayaan intelek untuk menambahbaikan inovasi
pedagogi dan membolehkan penyelesaian dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan seiring dengan
amalan-amalan pendidikan yang sentiasa berubah. Modul ini juga membolehkan kajian terkini dalam bidang
pedagogi dan inovasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelidikan dapat dikongsi bersama para

serta
kemenjadian murid.

Dalam melangkah arus perdana bidang pendidikan, usaha meningkatkan kualiti guru akan memberi

impak kepada pembangunan profesionalisme. Oleh itu, modul ini yang ber Pendidikan Berkualiti

Pemangkin Kecemerlangan Malaysia Baharu ertepatan dengan arus perubahan dan melahirkan

pendidik yang cemerlang bagi menghadapi keupayaan pelajar daripada pelbagai dimensi.

Saya penuh yakin melalui melalui modul CPD ini, input dapatan kajian dan penemuan inovasi baru akan
dapat dijadikan landasan perkongsian strategik untuk membangunkan kualiti perguruan.Penganjuran CPD ini
juga diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada para pendidik untuk terus berjuang bagi memacu
kegemilangan dunia pendidikan demi masa depan bangsa dan negara.

Selamat Maju Jaya,

(TN. HJ. MOHD RASID BIN CHIK)`
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu, Kelantan.

v

JADUAL KURSUS 10.00 12.30
JAM/ 10.30 2.30

8.00-10.00 10.30 12.30 2.30 4.30

8.00-9.00 9.00-10.00 R R
Slot 1 E Slot 3
H Slot 2
PERTAMA Pendaftaran Pengenalan A Sejarah Lisan Vs Kaedah
Peserta Sejarah Lisan Sejarah Bertulis E Penulisan
Bengkel
Kebaikan Sejarah Lisan
Konsep Kepentingan
Tujuan Pemilihan
Slot 5 Tajuk/orang
Amali Transkripsi sumber
H
Temubual
Berdasarkan Persediaan
Tema dan Tajuk
sebelum

A Peralatan
Etika

T T

Slot 4 Slot 6
Proses Pembentangan
Transkripsi dan Rumusan:
Temubual
KEDUA
Proses pendokumentasi
temubual (Transkripsi)
Keadah dan proses
penulisan transkripsi
Etika dan protokal
penulisan

KAEDAH PENULISAN SEJARAH LISAN

Pengenalan : Sejarah Lisan

Di antara berbagai-bagai jenis sumber sejarah, tradisi lisan menduduki tempat yang istimewa juga.
Tetapi hingga kini amat sedikit sekali usaha yang telah dijalankan untuk menganalisa ciri-ciri utama
tradisi lisan sebagai dokumen sejarah. Ini lebih menghairankan lagi apabila disedari bahawa tradisi
lisan selalu sahaja digunakan sebagai sumber dan bahan sejarah dan terkadang-kadang
merupakan bahan yang terpenting sekali untuk mengkaji sejarah orang-orang yang tidak tahu
membaca dan menulis, tetapi tradisi lisan juga sudah digunakan sebagai asas kepada beberapa
banyak sumber bertulis terutama sekali sumber sejarah zaman kelasik dan sejarah awal zaman
pertengahan di Eropah.

Apakah dia tradisi lisan? Tradisi lisan ialah semua keterangan lisan mengenai masa lalu yang
telah diperturunkan dari seorang ke seorang dengan cara pertuturan. Ada berbagai-bagai bentuk
tradisi lisan; ada yang berbentuk prosa dan ada yang berbentuk puisi. Dengan itu ia meliputi suatu
bidang yang luas dari mitos, legenda, cerita rakyat hingga ke pantun, perumpamaan, peribahasa,
bidalan, perbilangan adat dan sebagainya. Ke semuanya ini merupakan ungkapan lisan sesuatu
kebudayaan. Tradisi lisan Melayu merupakan ungkapan lisan kebudayaan Melayu sendiri. Dengan
itu menerusi tradisi lisan kita akanmemperolehi suatuk hazanah pengetahuan yang kaya mengenai
kebudayaan Melayu lama. Tradisi lisan ialah sumber yang tidak bertulis yang telah direka dan
digubah di dalam suatu bentuk yang sesuai untuk disampaikan dengan mulut; penyampaian,
penyimpanan dan pengabdian tradisi itu bergantung ke atas kekuatan ingatan heberapa generasi
manusia. Kenyataan ini mengemukakan suatu masaalah yang tertentu kepada ahli sejarah. Adakah
mereka apriorimengenepikan sebarang kemungkinan terhadap tradisi lisan sebagai suatu sumber
sejarah? Jika tidak, apakah cara untuk menguji atau mengesahkan kebenaran tradisi itu? Tradisi
lisan tidak semestinya merupakan sesuatu yang tidak boleh dipercayai langsung sebagai sumber
sejarah. Tradisi lisan patut diberi kepercayaan yang terhad di dalam batasan-batasan tertentu.

Dalam lain perkataan tradisi lisan boleh digunakan, tetapi ia mempunyai kelemahan-
kelemahan dan keraguan yaug patut diterima sehingga ianya dapat disokong atau disahkan oleh
sumber-sumber sejarah lain. Ahli sejarah sosial dan sejarah kebudayaan masyarakat yang pandai
menulis dan membaca bergantung kepada tradisi lisan untuk mendapatkan maklumat-maklumat
mengenai aliran dan perubahan sikap, idea, pendapat, pendirian dan adat istiadat nenek moyang

7

mereka. Butir yang didapati daripada tradisi lisan bolehlah digunakan untuk menggambarkan
kembali suatu jenis sejarah. Hal ini telah menerima reaksi-reaksi yang berlainan daripada kalangan
bijak-pandai. Ada golongan yang menerima dan mengakui kenyataan ini; dan ada pula yang
menyangkal kenyataan ini. Tetapi sebahagian besarnya pula memberikan reaksi yang dingin
sahaja. Ada beberapa sebab mengapa tradisi lisan masih diabaikan sebagai suatu sumber sejarah
yang berkemungkinan.

Hal ini masih berlaku bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia juga. Pertama sekali,
jika dibandingkan dengan sumber-sumber lain, tradisi lisan agak terpisah dan terpencil jauh
daripada pencapaian dan kegunaan para penyelidik. Umpamanya amat sedikit sekali tradisi lisan
masyarakat Melayu zaman lampau yang sudah dirakamkan dan dapat digunakan oleh para
penyelidik. Oleh itu, sebelum tradisi lisan kita dapat digunakan oleh ahli sejarah, ianya perlu
dikumpul, dinilai dan dianalisakan dengan cara yang sistemetik, mungkin sebagai hasil sastera.
Keduanya, tradisi lisan mempunyai beberapa masaalah yang lain dan khusus kepada ahli sejarah.
Ini ialah kerana butiran yang terkandung di dalam tradisi lisan yang boleh dinilai dan dikaji sebagai
butiran sejarah tidak dinyatakan dengan terus terang dan tegas.

Sebaliknya, butiran mengenai tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa sejarah selalunya amat
sedikit sekali diperolehi, itupun diberikan di dalam bentuk sindiran, di dalam bahasa yang simbolik
dan berkias. Hanya apabila butiran sejarah itu telah dapat diketahui daripada tradisi lisan itu
baharulah ahli sejarah dapat memulakan penyelidikan dengan bahan-bahan lain untuk
memastikan kebenaran atau kepalsuan butiran itu. Berkait rapat dengan hal ini ialah konsep
'kebenaran sejarah' (historical truth). Tidak semua masyarakat mempunyai konsep kebenaran
sejarah yang sama. Konsep ini mempengaruhi tradisi lisan, di mana sesuatu tradisi lisan itu
mestilah 'benar' dan segala-segala yang tidak benar akan diketepikan daripada diperturunkan dari
mulut ke mulut. Konsep inilah yang menjadi asas dalam menentukan sama ada sesuatu tradisi itu
akan disampaikan dari satu generasi ke satn generasi lain.

Bagi masyarakat Melayu pula apakah konsep 'kebenaran sejarah' mereka? Soalan ini mungkin
akan tinggal menjadi tandatanya sahaja hinggalah ada penyelidikan yang mendalam dibuat ke atas
masyarakat Melayu lama. Tetapi, perlu dinyatakan di sini, bahawa konsep 'kebenaran sejarah' ini
mempunyai pengertian yang berlainan mengikut tempat-tempatnya. Mennrut kajian Jan Vansina
di Afrika, bagi orang-orang Kuba, 'kebenaran sejarah' ialah segala-gala yang diterima oleh majoriti
sebagai sesuatu yang patut diterima sebagai kepercayaan. Di Kepulauan Trobriand, hujah yang
penting sekali untuk mengesahkan kebenaran sejarah sesuatu tradisi ialah hakikat bahawa tradisi
itu sudah disahkan sebagai benar oleh nenek moyang mereka.

8

Slot 1: Pengenalan Kaedah Penulisan Sejarah Lisan

Dalam mengkaji tradisi lisan sebagai sumber sejarah, ahli-ahli sejarah terpaksa sedar tentang
betapa pentingnya disiplin-disiplin lain, terutama sekali kaji purba, sejarah kebudayaan, ilmu
bahasa dan antropologi fizikal. Keempat-empat disiplin ini amat berguna sekali kepada usaha
mengkaji tradisi lisan dan membantu abli sejarah dalam usaha menggunakan tradisi lisan sebagai
sumber. Umpamanya, kaji purba dapat memberikan kita gambaran mengenai aspek tertentu
zaman lampau, terutama sekali mengenai perpindahan dan kebudayaan kebendaan
(materialculture). Walaupun amat rumit sekali untuk mengaitkan maklumat yang didapati
daripada tradisi lisan dengan sesuatu kejumpaan kajipurba, namun adatradisi lisan yang timbul di
sesuatu tempat kerana terdapatnya bekas tinggalan zaman purba di tempat itu. Banyak pendapat
mengatakan babawa kajipurba merupakan disiplin yang terpenting dan amat berguna sekali
kepada ahli sejarah tradisi lisan. Dalam kalangan masyarakat Melayu di Tauah Melayu ini terdapat
beberapa jenis tradisi lisan yang mungkin boleh digunakan sebagai sumber sejarah; di antaranya
ialah cerita rakyat, perbilangan adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun. Salah satu kegunaan
sejarah yang boleh didapati daripada tradisi lisan ialah gambaran terhadap tokoh-tokoh dan
peristiwa sejarah yang berlaku di masa lampau.

Slot 2: Sejarah Lisan VS Sejarah Bertulis

Dalam kalangan masyarakat Melayu di Tauah Melayu ini terdapat beberapa jenis tradisi lisan yang
mungkin boleh digunakan sebagai sumber sejarah; di antaranya ialah cerita rakyat, perbilangan
adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun. Salah satu kegunaan sejarah yang boleh didapati
daripada tradisi lisan ialah gambaran terhadap tokoh-tokoh dan peristiwa sejarah yang berlaku di
masa lampau. Gomme banyak memberikan contoh-contoh yang terdapat &England dan Eropnh.
idea-idea tradisional mengenai institusi sesuatu masyarakat. Umpamanya daripada pantun,
peribahasa dan bidalan Melayu kita akan dapat mengetahui sistem pemerintahan Melayu dahulu
kala. Daripada perbilangan adat, kita mengetahui bahawa pemerintahan di Negeri Sembilan ialah
mengikut adat perpatih dan corak pemerintahannya ialah satu sistem yang lebih demokratik dan
bersifat kemanusiaan-bukannya 'DIVINE'. Kita juga akan dapat mengetahui aspek-aspek
perhubungan dan pergaulan di antara individu dan di antara masyarakat.

9


Click to View FlipBook Version