KURSUS INOVASI DAN KREATIVITI
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERKEPERLUAN
KHAS (MBK)
PENULIS
Nik Hassan bin Seman, PhD
Nik Azhar bin Nik Ab Rahman
Che Noorwani bt Che Wil
Farah Dilla bt Ramli
Nor Laini bt Che Mat
JPKK01 KURSUS INOVASI DAN KREATIVITI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Nik Hassan bin Seman, PhD
Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman
Che Noorwani bt Che Wil
Nor Laini bt Che Mat
Farah Dilla bt Ramli
Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu
____________________________
2020
1
Penasihat
HJ. MOHD RASID BIN CHIK
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Pengerusi
HJH. NARITA BINTI MOHD NOOR, PhD
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Timbalan Pengerusi
HJ. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN
Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
Penyelaras
FARAH DILLA BINTI RAMLI
Jabatan Pendidikan Khas
Editor
NIK HASSAN BIN SEMAN, PhD
Jabatan Pendidikan Khas
Penerbit
Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan
http://www.ipgkb.edu.my
Tel: 097717700 faks: 09-7738488
2
KANDUNGAN i
Seulas Kata Ketua Jabatan 1
2
JADUAL KURSUS 7
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN 16
KERANGKA KURSUS Slot 1 18
KERANGKA KURSUS Slot 2
KERANGKA KURSUS Slot 3
3
SEPATAH KATA KETUA JABATAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM akatuh
Assalamu
Salam sejahtera!
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, Modul
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuous Professional Development CPD)
khusus untuk bidang Pendidikan Khas telah berjaya diterbitkan. Tahniah dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pensyarah di Jabatan Pendidikan Khas yang telah bertungkus-
lumus menghasilkan modul ini mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. Modul ini
adalah sebagai panduan untuk membantu mengembangkan keupayaan guru-guru bagi
menambahbaik dan memperbaiki amalan pembelajaran dan pengajaran bagi menyediakan
mereka sebagai guru pendidikan khas yang berdaya maju sesuai dengan perkembangan
semasa arus pendidikan negara.
Modul ini diharap dapat dijadikan medan perkongsian ilmu secara yang terbaik dalam
merealisasikan budaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan untuk semua. Melalui
pengaplikasian modul ini, segala amalan pendidikan yang cuba diterapkan dapat disasarkan
kepada kumpulan yang dikhususkan. Semoga segala ilmu yang diperoleh melalui sumber
modul ini akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran dan kefungsian secara yang
lebih efisien.
Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah S.W.T demi memastikan kita mampu
mencapai kegemilangan ilmu demi agama, bangsa dan negara.
Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu sebelum
dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang
yang memberikan atau mengajarkannya. Seorang itu tidaklah dilahirkan
-
Sekian, terima kasih.
HJ. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN
Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu
4
JADUAL KURSUS
INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MASA 8.30 - 10.30 pagi 10.30 - 11.00 - 1.00 petang 1.00 - 2.00 2.00 - 4.00 petang
TARIKH 11.00 petang
pagi
HARI Slot 1 Slot 2 Slot 3
PERTAMA 1. Pengenalan
2.Bengkel 3..Pembentangan
Kreativiti dalam KUDAPAN Menghasilkan Bahan Simulasi
PdPc MAKAN TENGAH HARIPengajaran
Melaksanakan Simulasi
Konsep Bahan Inovasi Penggunaan Bahan
Pemikiran dalam
Kreatif dalam Pengajaran Berdasarkan:
Kurikulum Bahan
Konsep Keperluannya Pengajaran
Pendidikan dalam
Kreatif dalam Pengajaran Permainan
PPPM dan Pembelajaran
Konsep Pemudahcara yang
Inovasi Menyeronokkan
dala5m DSKP Jenis-Jenis
Bahan Inovasi Projek
Kreativiti guru dalam Pembelajaran
dalam Pengajaran yang Menarik
pengajaran Pendidikan
Murid Khas Teknik
Berkperluan Pembelajaran
Khas Melaksanakan Aktiviti yang
Model Perbengkelan Menghiburkan
Kemahiran
pemikiran Tetapkan (NH / NA/ NCM / FDR /
kreatif Tajuk NCM)
Inovasi dalam PdPc
Bincang
Konsep Langkah
inovasi Menghasilkan
dalam bahan
Kurikulum Pangajaran
Konsep Bina bahan
Inovasi Pengajaran
dalam DSKP yang Lengkap
Kepentingan
inovasi dalam (NH / NA/ NCM / FDR /
pengajaran NCM)
Bahan Inovasi dalam
Pengajaran
( NH / CNW / FDR )
5
1.1 KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini peserta dapat::
i. Menjelaskan konsep inovasi dan kreativiti dalam PdPc.
ii. Menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif dalam PdPc
iii. Membina dan menghasilkan bahan inovasi dalam pembelajaran.
iv. Melaksanakan simulasi pedagogi kreatif dengan menggunakan bahan inovasi yang
dihasilkan
1.3 Kaedah Penyampaian
1. Kuliah
2. Perbincangan
3. Akses Kendiri
4. Pembentangan
5. Demonstrasi
6. Perbengkelan / Amali
6
SLOT 1 INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
1.1 Pengenalan
Modul ini secara amnya merupakan satu panduan khususnya guru Pendidikan Khas. Pembinaan
modul ini masih pada peringkat permulaan dan akan diperluaskan lagi dengan beberapa
penambahbaikan pada masa hadapan. Kursus ini ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan kepada semua guru pendidikan khas yang
mengajar di peringkat sekolah rendah.
Modul ini bertujuan untuk membantu guru-guru Pendidikan Khas dalam menangani dan
meningkatkan mutu pengajaran khususnya kepada Murid Bekerluan Khas memandangkan murid
pendidikan khas ini tidak sama seperti murid normal lain dan mereka memerlukan pembelajaran
yang kreatif dan inovasi untuk menarik mereka belajar. Kursus ini akan dibimbing oleh barisan
pensyarah Jabatan Pendidikan Khas yang diketuai oleh Dr. Nik Hassan Bin Seman.
Antara pengisian kursus ini meliputi aktiviti taklimat umum dan ceramah berkaitan inovasi
dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran kepada MBK. Guru-guru juga didedahkan
dengan pelbagai inovasi dan kreativiti yang boleh diterapkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Adalah diharapkan melalui kursus ini akan meningkatkan kreativiti guru dalam
pengajaran dan guru boleh menghasilkan pelbagai bentuk inovasi dalam memudahkan
kefahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk yang diajar disamping meningkatkan keyakinan dan
kepekaan guru-guru pendidikan khas khususnya dalam menangani masalah ketidakupayaan
MBK di sekolah. Kemahiran yang diperoleh oleh para peserta kursus diharap dapat diaplikasikan
sepanjang pengajaran. Selain itu ianya akan meningkatkan tahap profesionalisme dalam
kalangan guru-guru pendidikan khas dengan input-input berguna yang mereka terima menerusi
kursus ini.
7
TAJUK INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID
BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
2.1 Pengenalan
Pendekatan dan kaedah pengajaran kepada Murid berkeperluan khas adalah berbeza terdiri
daripada murid yang mengalami masalah dalam perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Mereka tidak dapat belajar melalui kaedah biasa sebagai mana murid normal yang lain. Mereka
perlu belajar dengan cara khas dan tersendiri. Dalam menggalas tanggung jawab ini ia seharusnya
dipikul oleh guru-guru pendidikan khas yang kreatif dan inovatif..
Pelbagai cara dapat diaplikasikan ke arah meningkatkan kualiti pengajaran kepada murid
berkeperluan khas. Guru-guru pendidikan khas seharusnya mempunyai pemikiran yang kreatif
bagi meningkatkan meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam kalangan murid-murid khas
mereka.
2.2 Konsep Inovasi dan Kreativiti
2.2.1 Inovasi
Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi
pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan
sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea
semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah
tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih (Yayasan
Inovasi Malaysia, 2010)
8
2.2.2 Kreativiti
idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah
atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea
nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang
menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah
suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan
idea. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)
2.3 Matlamat Inovasi dan Kreativiti
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan
modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan
menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi amalan dan budaya dalam
kehidupan.
2.4. Kepentingan Inovasi dan Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
IInovasi dan kreativiti dalam PdP memainkan peranan penting kerana asas pendidikan pelajar
berlaku dalam bilik darjah. Inovasi dan kreativiti dalam PdP bilik darjah harus bergerak seiring
dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang
berkembang pesat. Keberkesanan dalam PdP adalah terletak pada tangan guru. Inovasi dan
kreativiti dalam PdP amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah
berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses
pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan
empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan.
Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik
darjah perlu sentiasa diperbaharui.
Inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran amat perlu bagi memastikan
guru lebih berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan kreativiti dan inovasi bilik darjah adalah
bergantung kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu
melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang
9
baru dan sesuai. Antara ciri guru kreatif dan berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk
melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana,
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati
A. Rashid dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan
inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di
luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.
Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap
mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan
sesuatu keadaan atau bahan tertentu.
Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif.
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru
yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak
dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran
serta
Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan perkembangan
zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah
mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah
mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan
pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu
untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan daripada
perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah
tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang
semakin pesat, kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan
pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini
sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada
perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah bosan.Noriati A. Rashid, 2009
menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada
dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula
berpadangan bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif
dan yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik
minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk
melihat aktiviti berikutnya.
10
Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti
yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai
bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari
oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir
yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan
menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut
boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang
menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.Pengajaran
dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi
dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak boleh dihadkan
dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya kreativiti dan inovasi seperti
ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan
melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik
Selain itu, antara ciri guru berinovasi dan kreatif antara lainnya mampu menyediakan
persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid
untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif
sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman,
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu
menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa
mengajar. Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku , persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya
bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola komunikasi,
reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid
dalam bilik darjah.
Dengan adanya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran juga boleh mengatasi masalah
kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala keperluan
yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-penggunaan
teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui simulasi
ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan
membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang
berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-
bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama
11