The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jplipgkkb, 2021-08-26 20:14:07

ikatan simpulan gajet H

ikatan simpulan gajet H

JABATAN PENDIDIKAN MODUL
JASMANI & KOKURIKULUM
IKATAN, SIMPULAN
DAN GAJET

EN IBRAHIM IDRIS

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Tel : 097717700 Faks:097738488

http://ipgkkb.moe.edu.my/

IBRAHIM IDRIS

UNIT KOKURIKULUM
IPGK KOTA BHARU

TAJUK : Asas Ikatan, Simpulan, Dan Gajet Dalam Unit Beruniform

SINOPSIS :

Peserta akan didedahkan tentang sejarah ikatan dan simpulan yang diguna oleh
masyarakat zaman dahulu hingga kini. Di samping itu, peserta juga akan diperkenalkan
tentang jenis-jenis tali yang digunakan dalam pelbagai aktiviti. Peserta juga akan dapat
pengetahuan tentang jenis-jenis ikatan, simpulan, dan gajet serta fungsinya yang sering
digunakan semasa aktiviti perkhemahan pasukan unit beruniform. Seterusnya, peserta
akan membina dan menghasilkan replika atau model ikatan, simpulan dan gajet.

OBJEKTIF : Pada akhir kursus, peserta dapat
1. Menjelaskan konsep ikatan, simpulan dan gajet dalam unit beruniform.
2. Menerangkan jenis-jenis ikatan, simpulan dan gajet dalam unit beruniform.
3. Membina dan menghasilkan model ikatan, simpulan dan gajet mudah.

PENULIS : EN IBRAHIM B. IDRIS

SENARAI RUJUKAN :

Khairudin Mohamad, (2011) Literasi Bahasa Melayu, Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin, (2010) Literasi Bahasa Melayu : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Abd. Aziz Talib, (2000) Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala
Lumpur : Utusan & Distributors Sdn. Bhd.

JADUAL KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (CPD)
Asas Ikatan, Simpulan, Dan Gajet Dalam Unit Beruniform

TARIKH 8.30-10.30 PAGI 10.30- 11.00-1.00 1.00- 2.30-4.30
/MASA 11.00 TGHARI 2.30 PTG
PAGI
PTG

HARI 1 PENDAFTARAN SLOT 1 MINUM SLOT 2 REHAT Amali
PAGI MAKAN ikatan,
Sejarah, Definisi SOLAT simpulan
definisi dan jenis- dan gajet.
dan jenis- jenis gajet.
jenis
ikatan dan
simpulan.

STRATEGI PELAKSANAAN MODUL KAEDAH ALTERNATIF CEPAT MEMBACA
(GABUN)

TAJUK/MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI/STRATEGI BAHAN

SLOT 1 1.0 Sejarah, definisi dan jenis- Penerangan Klip video
(2 Jam) jenis ikatan dan simpulan. Tunjuk cara
Amali
SLOT 2 Sejarah ikatan dan
(2 Jam) simpulan Penerangan Klip video
Jenis-jenis tali Tunjuk cara
SLOT 3 Definisi ikatan dan Amali
(2 Jam) simpulan
Jenis-jenis ikatan dan Tunjuk cara
simpulan serta fungsinya. Amali

2.0 Definisi dan jenis-jenis
gajet.

Definisi gajet
Jenis-jenis gajet serta
fungsinya

3.0 Amali ikatan, simpulan dan
gajet.

Bina model ikatan dan
simpulan
Bina model gajet

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN

KERANGKA KURSUS KESELURUHAN

Tajuk Asas Ikatan, Simpulan, Dan Gajet Dalam Unit Beruniform

Masa 1 hari ( 6 Jam )

Personel Pensyarah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

1. Menjelaskan konsep ikatan, simpulan dan gajet dalam unit beruniform.

2. Menerangkan jenis-jenis ikatan, simpulan dan gajet serta fungsinya dalam unit beruniform.

3. Membina dan menghasilkan model ikatan, simpulan dan gajet mudah.

B. Kandungan Pengajaran
1.0 Sejarah, definisi dan jenis-jenis ikatan dan simpulan.

Sejarah ikatan dan simpulan
Jenis-jenis tali
Definisi ikatan dan simpulan
Jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsinya.

2.0 : Definisi dan jenis-jenis gajet.

Definisi gajet
Jenis-jenis gajet serta fungsinya.

3.0 Amali ikatan, simpulan dan gajet.

Bina model ikatan dan simpulan

Bina model gajet

C. Kaedah
1. Penerangan
2. Tunjuk Cara
3. Amali

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
3. ABM

E. Alatan
1. Komputer Riba
2. LCD
3. Skrin
4. Papan Putih
5. Pen Marker

F. Penilaian
1. Pemerhatian

G. Rumusan / Refleksi

H. Senarai Rujukan

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN

KERANGKA KURSUS

Tajuk Asas Ikatan, Simpulan, Dan Gajet Dalam Unit Beruniform

Topik Sejarah, definisi dan jenis-jenis ikatan dan simpulan.

Masa 2 Jam

Personel Pensyarah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

1. Menjelaskan beberapa definisi ikatan dan simpulan.

2. Menyatakan jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsinya.

3. Membuat aktiviti amali beberapa contoh ikatan dan simpulan.

B. Kandungan Pengajaran
Tajuk/Slot 1: Sejarah, definisi dan jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsinya.

Sejarah ikatan dan simpulan

Jenis-jenis tali

Definisi ikatan dan simpulan

Jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsinya.

C. Kaedah
1. Penerangan
2. Bengkel
3. Tunjuk Cara
4. Amali
5. Simulasi

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
3. ABM

E. Alatan
1. Komputer Riba
2. LCD
3. Skrin
4. Papan Putih
5. Pen Marker

F. Penilaian
2. Pemerhatian

G. Rumusan / Refleksi

H. Senarai Rujukan

TALI

Tali adalah seutas serat, dipilin atau dianyam bersama untuk meningkatkan kekuatan
bagi menarik dan menyambung. Ia mempunyai kekuatan tegangan tetapi terlalu lentur
untuk memberikan kekuatan mampatan (contohnya, ia boleh digunakan bagi menarik,
bukan menolak). Tali lebih tebal dan kukuh berbanding benang, atau akar.

Bahan biasa yang digunakan bagi menghasilkan tali termasuk serat semula jadi seperti

gentian Manila, hem, linen, kapas, sabut, jut dan sisal. Serat buatan dalam penghasilan

tali termasuklah polipropilena, nilon, poliester (contoh. PET, Vectran),

polietilena (contoh. Spectra) dan Aramid (contoh. Twaron, Technora dan Kevlar).

Sesetengah tali dihasilkan melalui campuran beberapa serat atau menggunakan serat

ko-polimer. Tali juga boleh dibuat dari serat logam. Selain itu, tali juga telah dihasilkan

dari bahan berserat seperti sutera, bulu biri-biri, dan rambut, tetapi tali sedemikian tidak

didapati secara meluas. Rayon merupakan serat dikitar yang digunakan bagi

menghasilkan tali hiasan.

Tali adalah amat penting dalam bidang seperti pembinaan, pelautan, pengembaraan,
sukan dan perhubungan dan semenjak zaman prasejarah lagi. Untuk mengikat tali,
sejumlah besar simpulan telah direka bagi pelbagai kegunaan. Takal telah digunakan
bagi mengarah kuasa tarikan ke arah lain, dan mungkin telah digunakan bagi mencipta
kelebihan mekanikal, membenarkan beberapa utas tali bagi berkongsi beban dan
menggandakan kekuatan yang diberikan pada hujungnya. Win dan kapstan pula
merupakan mesin yang direka untuk menarik tali.

SEJARAH TALI

Penggunaan tali bagi memburu, menghela, mengikat, menyambung, membawa,
mengangkat, dan memanjat bermula sejak zaman purba dan sentiasa penting bagi
kemajuan teknologi manusia. Kemungkinannya "tali " terawal adalah gentian tumbuhan
sedia ada, seperti pokok memanjat, diikuti selepasnya dengan cubaan pertama memilin
dan menganyam beberapa utasan untuk membentuk tali sebenar dalam erti kata moden.
Cebisan fossil kemungkinannya "dua pilin talin sepanjang sekitar 7 mm diameter"
dijumpai di gua Lascaux, bertarikh dari sekitar 17,000 Sebelum Masihi.[1]

Kemungkinannya orang-orang Mesir Purba merupakan tamadun pertama yang
memajukan perkakasan khas bagi menghasilkan tali. Tali Mesir bertarikh dari 4000
hingga 3500 S.M. dan biasanya dihasilkan dari gentian rumput reed air (water reed
fibers). Tali lain di masa lalu dihasilkan dari gentian pokok tamar, flax,

rumput, papirus, kulit, atau rambut haiwan. Kegunaan tali sedemikian yang dihela oleh
beribu pekerja membenarkan Mesir mengalih batu berat yang diperlukan bagi membina
mercu tanda mereka. Bermula dari sekitar 2800 S.M., talu yang dihasilkan dari gentian
hemp digunakan di China. Tali dan seni menghasilkan tali tersebar sepanjang Asia, India,
dan Eropah selama beberapa ribu tahun berikutnya.

Pada Zaman Pertengahan (dari kurun ke tiga belas sehingga kurun ke lapan belas), dari
Kepulauan British sehingga ke Itali, tali dibina dalam bentuk yang dikenali sebagai jalan
tali, bangunan yang sangat panjang di mana untaian tali sepanjangnya diregangkan dan
ditindan (laid up) atau dijalin untuk membentuk tali. Panjang kabel dengan itu ditetapkan
oleh panjang bangunan jalan tali. Ini berkait dengan unit panjang yang diistilahkan
sebagai panjang kabel. Ini membenarkan tali panjang sehingga 300 ela atau lebih
dihasilkan. Tali pendek tidak berguna di kapal tinggi yang memerlukan tali yang panjang,
berukur lilit sekata, dan kukuh. Tali pendek memerlukan sambungan untuk
memanjangkannya. Bentuk sambungan terkukuh adalah sambungan pendek, yang
menggandakan ukur lilit tali pada kawasan sambungan. Ini akan menimbulkan masalah
dalam perkakasan rig seperti takal dan gelendong.

Leonardo da Vinci melakar konsep mesin pembuat tali, tetapi sebagaimana kebanyakan
ciptaannya, ia tidak pernah dibina. Walaubagaimanapun, pencapaian pembinaannya
yang menakjubkan dicapai tanpa menggunakan teknologi maju: Pada 1586, Domenico
Fontana menegakkan obelisk 327 tan di Medan Saint Peter, Rom dengan usaha
bersama 900 orang, 75 kuda, dan jumlah takal yang tidak terbilang dan bermeter tali.
Menjelang akhir 1700-an beberapa mesin yang boleh digunakan telah dibina dan dipaten.

Tali terus dihasilkan dengan menggunakan gentian semulajadi sehingga 1950-an apabila
gentian buatan seperti menjadi popular.

Pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah
pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi
terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat
masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan
akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas,
rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz
lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan
untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan
sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain.

JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA.

Jenis-jenis tali

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan
tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :

sabut

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada
bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan
manusia ialah :

tali hawser-laid
karamental

DEFINISI IKATAN DAN SIMPULAN

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan
pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat,
pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan
kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan
pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu
simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali
(whipping)

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku
sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat

kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting
dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Meyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat
semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek
dan sambat mata.

Mematikan hujung tali

Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali

dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung

tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan

Buku Sila (Reef Knot )

Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

Tindih Kasih ( Bowline )

Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.

Bunga Geti ( Sheet Bend )

Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti
rajah (b).
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti
rajah (c)

Simpul Manuk ( Sheep Shank )

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.

Simpul Pulih

Fungsi :
~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

Simpul Himpit ( Fisherman Knot )

Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.
Teknik :
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.

Lilit Balak ( Timber Hitch )

Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

Lilit Dua Simpul

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
~ Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah.
b) Kemudian lakukan 2 lengkungan.
c) Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.
Simpulan Angka Lapan (Figure 8 Knot )

Fungsi :
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini
juga merupakan salah satu daripada stopper knots.


Click to View FlipBook Version