The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUZIK NYANYIAN DAN PERGERAKAN KREATIF MURID MASALAH PEMBELAJARAN H

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jplipgkkb, 2021-09-25 23:46:58

MUZIK NYANYIAN DAN PERGERAKAN KREATIF MURID MASALAH PEMBELAJARAN H

MUZIK NYANYIAN DAN PERGERAKAN KREATIF MURID MASALAH PEMBELAJARAN H

MUZIK, NYANYIAN DAN
PERGERAKAN KREATIF BAGI MURID

MASALAH PEMBELAJARAN

PENULIS
Nor Laini bt Che Mat
Nik Hassan bin Seman, PhD
Nik Azhar bin Nik Ab Rahman
Che Noorwani bt Che Wil
Farah Dilla bt Ramli



JPKK04 MUZIK, NYANYIAN DAN PERGERAKAN
KREATIF BAGI MURID MASALAH PEMBELAJARAN

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

NOR LAINI CHE MAT
Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman

Nik Hassan bin Seman, PhD
Che Noorwani bt Che Wil
Farah Dilla bt Ramli

Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu
____________________________

2020

1

Penasihat
HJ. MOHD RASID BIN CHIK

Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Pengerusi
HJH NORITA BINTI MOHD NOOR, PhD

Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Timbalan Pengerusi
HJ. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN

Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

Penyelaras
Farah Dilla binti Ramli
Jabatan Pendidikan Khas

Editor
Nik Hassan bin Seman, PhD

Jabatan Pendidikan Khas

Penerbit
Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

http://www.ipgkb.edu.my
Tel: 097717700 faks: 09-7738488

2

JADUAL KURSUS i
MAKLUMAT KURSUS KESELURUHAN ii
MAKLUMAT KURSUS Slot 1
MAKLUMAT KURSUS Slot 2 5
MAKLUMAT KURSUS Slot 3 6
PENGENALAN MUZIK, NYAYIAN DAN PERGERAKAN KREATIF 8
10
12
14

3

SEPATAH KATA KETUA JABATAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Salam sejahtera!
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuous Professional
Development CPD) khusus untuk bidang Pendidikan Khas telah berjaya
diterbitkan. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah di
Jabatan Pendidikan Khas yang telah bertungkus-lumus menghasilkan modul ini
mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. Modul ini adalah sebagai
panduan untuk membantu mengembangkan keupayaan guru-guru bagi
menambahbaik dan memperbaiki amalan pembelajaran dan pengajaran bagi
menyediakan mereka sebagai guru pendidikan khas yang berdaya maju sesuai
dengan perkembangan semasa arus pendidikan negara.
Modul ini diharap dapat dijadikan medan perkongsian ilmu secara yang terbaik
dalam merealisasikan budaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan untuk semua.
Melalui pengaplikasian modul ini, segala amalan pendidikan yang cuba diterapkan
dapat disasarkan kepada kumpulan yang dikhususkan. Semoga segala ilmu yang
diperoleh melalui sumber modul ini akan dapat membantu meningkatkan tahap
kemahiran dan kefungsian secara yang lebih efisien.
Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah S.W.T demi memastikan kita mampu
mencapai kegemilangan ilmu demi agama, bangsa dan negara.

sebelum dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan
matinya orang-orang yang memberikan atau mengajarkannya.
Seorang itu tidaklah dilahirkan langsung pandai, jadi ilmu

-
Sekian, terima kasih.

HJ. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN
Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu

4

JADUAL KURSUS

KURSUS MUZIK, NYAYIAN DAN PERGERAKAN KREATIF BAGI MURID MASALAH PEMBELAJARAN
BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN

8.30 - 10.30 10.30 -11.00 11.00 - 1.00 1.00 - 2.00 2.00 5.00 petang
petang petang
MASA pagi pagi
TARIKH

HARI Slot 1 MAKAN TENGAH HARISlot 2 Slot 3
PERTAMA KUDAPAN
Pengenalan Muzik, nyanyian Bengkel,
nyanyian dan dan pergerakan persembahan
pergerakan kumpulan dan
kreatif dalam
kreatif pengajaran dan penilaian
pembelajaran

5

PENGENALAN MUZIK, NYANYIAN DAN PERGERAKAN KREATIF

Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini peserta dapat:
1. Menjelaskan kepentingan muzik,nyanyian dan pergerakan kreatif dalam proses

pengajaran.
2. Merancang aktiviti pengajaran dengan menerapkan muzik, nyanyian dan

pergerakan kreatif dalam pengajaran.
3. Mengaplikasikan unsur muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif dalam

pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Penyampaian

1. Kuliah
2. Perbincangan
3. Akses Kendiri
4. Pembentangan
5. Demonstrasi
6. Perbengkelan / Amali

6

PENGENALAN

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan
idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu
dan masalah persekitaran mereka. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak
dan irama, pergerakan yang berirama dan mampu kreativiti semulajdi.

MUZIK
Penggunaan muzik dan nyanyian di dalam kelas oleh guru dapat dilihat melaui set
induksi, isi kandungan atau penutup. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
muzik bukan sahaja membantu guru sebagai alat pedagogi, namun dapat menjadikan
suasana pembelajaran dalam bilik darja begitu seronok.

NYANYIAN
Nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak.
Dapat membantu kanak-kanak membezakan antara perkataan huruf dan suku kata
Kanak-kanak juga akan memahami frasa dan senikati dalam lagu, kanak-kanak akan
mudah belajar mengenal bahasa. Melalui aktiviti nyayian ini juga pelajar dapat
mengenali mood lagu riang, sedih dan bersemangat. Aktivit nyanyian dilihat sebagai
suatu yang sangat penting dan boleh digunakan dalam pelbagai subjek di sekolah. Hal
ini kerana nyanyian atau lagu merupakan kemahiran yang paling biasa dilakukan oleh
seseorang manusia ketika gembira atau sedih yang boleh diterapkan dalam pengajaran
di bilik darjah.

Walaubagaimanapun lagu yang dipilih haruslah sesuai dengan peringkat umur,
Tahap kebolehan murid dan juga sesuai dengan tajuk pelajaran pada masa tersebut.
Nyayian ini perlu dilatih berulang kali bermula dari menyebut perkataan, baris demi
baris dan rangkap demi rangkap.cara yang betul perlu agar dapat menarik minat murid.

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif adalah penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota
tubuh badan, pergerakan adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.
Duer dan Pranggrazi (1983), telah mengenalpasti Sembilan keinginan asas kanak-
kanak iaitu,

a. keinginan untuk bergerak.

7

b. keinginan untuk mengembara.
c. Keinginan untuk memperolehi kepuasan kreativiti.
d. Keinginan untuk mengetahui.
e. Keinginan untk memperolehi kecergasan fizikal dan daya penarik.
f. Keinginan untuk mengetahui.

Keinginan-keiginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan
kreatif yang mempunyai fungsi tertentu pertumbhan fisiologi dan motor, perkembangan
psikologi dan mental serta rohani dan social. Keiginan ini tida kerkecuali kepada murid
berkeperluan khas.

Kepentingan Pergerakan Kreatif
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan
yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imiginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan. Oleh itu respon kepada muzik
merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan pergerakan tidak boleh dipisahkan
kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK DAN PERGERAKAN
1. Memulakan aktiviti dengan yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh
kanak- kanak.
2. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema

3. Sediakan aktiviti yang fleksibel.
4. Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan
tahap kebolehan mereka.
5. Guna bahasa yang mudah difahami.
6. Gunakan pelbagai muzik yang samada daripada kaset atau muzik yang
dipersembahkan oelh guru supaya dapat merangsang lagi ataupun pemuzik
supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.

8


Click to View FlipBook Version