JABATAN PENDIDIKAN MODUL
JASMANI & KOKURIKULUM
KKEJURULATIHAN
KAWAD TAHAP 1
EN AWANG
ABDULLAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Tel : 097717700 Faks:097738488
http://ipgkkb.moe.edu.my/
Jadual Kursus Kejurulatihan Kawad Tahap 1
8.00 9.30 10.30 10.30 11.00 01.00 2.00 4.00 Ptg
01.00 Tgh 2.00 Ptg
9.00 Pagi Pagi 11.00 Pagi Tajuk/Slot 3: Kawad
Am 2
Hari Tajuk/Slot 2: 1. Ke kanan pusing
1 Kawad Am 1 2. Ke Kiri Pusing
3. Ke belakang pusing
Pendaftaran Tajuk/Slot 1: Rehat 1. Masuk Rehat, 4. Ke depan pusing
barisan makan 5. 1 langkah Langkah
Peserta : 1. Pengenalan 2. Paraskan & Solat
Dewan Bakti Kawad barisan hadapan
IPG Kampus 2. Kepentingan 6. 1 langkah belakang
Kota Bharu Kawad 3. Senang diri 7. 1 langkah kiri
3. Sejarah 4. Sedia 8. 1 langkah kanan
Kawad 5. Rehatkan diri
4. Jenis-jenis 6. Buka barisan Hentak kaki
Kawad 7. Tutup
barisan
Hari Tajuk/Slot Tajuk/Slot 5 : Tajuk/Slot 6: Slot 7:
2 4: Kawad Inovasi Kawad Penilaian dan Penutup
Am 3 Ujian
1. Kawad Dalam
1.Hormat Ke Bilik Darjah 1. Praktikal
hadapan 2.Pergerakan 2. Penilaian.
Hormat anggota badan 3. Rumusan
2.Hormat Ke keseluruhan
Kanan dalam kelas 4. Penutup
Hormat
3.Hormat Ke
Kiri Hormat
4.Hormat
selaku
terima sijil
5. Mara
Mengadap
1
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Masa KEJURULATIHAN KAWAD
Personel 2 hari (12 jam interaksi)
Pensyarah
A. Pada akhir kursus, peserta dapat:
1. Menjelaskan konsep, prinsip, dan ciri Kawad yang berkesan.
2. Menganalisis jenis,struktur,elemen,teknik penyampaian,proses,etika dalam Kawad
berkesan.
3. Menjelaskan konsep, prinsip, dan ciri jurulatih Kawad yang berkesan.
4. Menghasilkan pergerakan secara kreatif dan kritis secara invidu/ berkumpulan.
5. melaksanakan pergerakan Kawad mengikut tatacara yang betul dengan penuh
yakin
B. Kandungan Pengajar
1. Pengenalan Kawad
2. Perancangan dan pelaksanaan Kawad.
3. Pergerakan Kawad berkesan
4. How, What, Where & When
5. Workout & Group Work (Guided)
6. Pembentangan individu/kumpulan / penilaian
C. Kaedah
1. Kuilah dan Perbincangan
2. Perbengkelan
3. Tunjuk Cara /Bimbingan
4. Amali/Bimbingan
5. Akses kendiri/Persediaan Persembahan
6. Pembentangan/ Praktikal
7. Rumusan
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
3. Contoh format penulisan teks Pengucapan Awam
2
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Pen marker
5. Kertas Mahjung
6. Server internet / broadband
F. Penilaian
1. Penilaian aktiviti dalam individu/kumpulan
2. Menghasilkan Persembahan Kawad skill individu dan kumpulan dengan
pergerakan dan arahan yang betul
3. Persembahan PA (praktikal) individu/kumpulan
G. Rumusan / Refleksi
Rujukan
1. http://pbsmuitmdungun.blogspot.com/2014/03/buku-rujukan-kawad.html
2. https://www.slideshare.net/alimohamad94043/panduan-pengurusan-kawad-kaki
3. https://fliphtml5.com/kfso/icje
4. Buku Panduan Kawad Kaki KRS
5. http://brigedbombailppg.blogspot.com/2016/08/asas-kawad-kaki.html
6. Ab. Alim Abdul Rahim (1994/1998). Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam: Fajar
Bakti.
7. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Buku Panduan Gerak Kerja Kokurikulum
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum dan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
8. Teng Boon Tong (2001), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Petaling
Jaya: Longman Malaysia.
9. Wee Eng Hoe (1996), Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan).Shah Alam: Fajar Bakti.
3
Tajuk PROGRAM
Masa PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Personel
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Hasil Pembelajaran
Pengenalan Kawad
Kaedah Penilaian
Slot 1 (1.5 jam interaksi)
Kandungan slot
Pensyarah
Pada akhir kursus ini peserta dapat :
a. Sejarah Kawad
b. Tujuan Kawad
c. Menyatakan falsafah di sebalik kawad
d. Kepentingan kawad dalam organisasi
e. Jenis-jenis kawad
Penilaian berterusan
Pemerhatian
Pendengaran
Refleksi
Sejarah Kawad
Tujuan Kawad
Falsafah kawad
Kepentingan kawad dalam organisasi
Jenis-jenis kawad
4
Pengenalan Kawad.
Sejarah Ringkas Kawad
Kawad adalah asas kepada disiplin. Kawad merupakan subjek utama dalam ketenteraan bagi
membentuk disiplin anggota tentera.
Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun
ke 14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511
dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua, sistematik
mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun
1700an dan di Singapura padatahun 1800an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada
perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya
adalah tentera-tentera upahan dari India, namun corak dan cara disiplin
yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya.
Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia pada seperti Home Guard,Pasukan
Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara sertapasukan uniform
bukan tentera seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red Cross),St John Ambulance
dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negara ini.
Pada masa kini terdapat 3 kumpulan pasukan beruniform di sekolah iaitu yang dinaungi oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badan kerajaan (GO) dan badan-badan bukan kerajaan
(NGO). Usaha memyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingan
kawad telah dilakukan. Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad namun usaha-
usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format pertandingan yang selaras telah
dilakukan.
Tujuan Berkawad.
Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia
(menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan
Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan, asas dan
perpaduan tatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-
kali
Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu. Berkawad
sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk
membina tataterib serta darjat sesuatu pasukan itu.
Falsafah Kawad
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam
barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(As-Saff 61:4
Jenis-jenis Kawad
a. Statik
b. Dinamik
5
Tajuk PROGRAM
Masa PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Personel
Hasil Pembelajaran KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Kaedah Penilaian Tajuk/Slot 2: Kawad Am 1
Kandungan slot Slot 2 (1.5 jam interaksi)
Pensyarah
Pada akhir kursus ini peserta dapat :
a. Melakukan pergerakan sedia
b. Melakukan pergerakan senang diri
c. Melakukan pergerakan masuk baris
d. Melakukan pergerakan keluar baris
e. Melakukan pergerakan kanan lurus
Penilaian berterusan
Pemerhatian
Pendengaran
Refleksi
1. Sedia
2. Senang diri
3. Masuk barisan
4. Paraskan barisan
5. Rehatkan diri
6. Buka barisan
7. Tutup barisan
6
Masuk Baris
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak,
skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah,
di mana saya mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6
langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan
hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain
ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan
Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya
terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki
terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara
tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka
tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke
badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus
menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan
seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.
Kesalahan Biasa
1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan
tangan mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.
Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".
7
Senang Diri
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci.
Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan
rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi
, siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti
tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.
Rehatkan Diri
Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat
pinggang ke atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
8
Membetulkan Barisan
Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta
hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa
sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam
setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu
melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di
kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1),
p
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya.
Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan.
Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
*julur
Hukuman:
''Pandang.............depan''
Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.
Hukuman:
Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka
ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.
Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.
Kesalahan Biasa :
1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
2. Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa
meluruskan barisan;
3.
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;
5. Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki
kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus ,
turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan
barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan
9
Penomboran Kawad
Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil
Nombor.......... barisan ..................
Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.
Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"
Perbuatan :
Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota
yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya
sehingga habis.
Kesalahan Biasa :
1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing.
Ingatan :
Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang
balik daripada anggota pertama.
Buka / Tutup Barisan
Hukuman :
"Buka Barisan .................Gerak".
Perbuatan :
Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci
dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada
kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki
kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa
bergerak bilang;
(1-2-1)
Kesalahan Biasa :
1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan;
2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang;
3. Tangan dan bahu bergerak;
4. Mata pandang ke bawah;
5. Badan tidak tegak.
Hukuman :
"Tutup Barisan.......Gerak".
Perbuatan :
Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke
hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".
Ingatan :
Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman
buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali
, manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan
diberi, pergerakan adalah sebaliknya.
10
Tajuk PROGRAM
Masa PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Personel
Hasil Pembelajaran KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Kaedah Penilaian Tajuk/Slot 3: Kawad Am 2
Kandungan slot Slot 3 (1.5 jam interaksi)
Pensyarah
Pada akhir kursus ini peserta dapat :
a. Melakukan pergerakan ke kanan @ kiri pusing
b. Melakukan pergerakan satu langkah ke semua arah
c. Melakukan pergerakan menghadap ke belakang @ hadapan
d. Melakukan pergerakan hentak kaki
e. Memberikan hukuman pergerakan kawad
Penilaian berterusan
Pemerhatian
Pendengaran
Refleksi
1. Ke kanan pusing
2. Ke Kiri Pusing
3. Ke belakang pusing
4. Ke depan pusing
5. 1 langkah Langkah hadapan
6. 1 langkah belakang
7. 1 langkah kiri
8. 1 langkah kanan
9. Hentak kaki
11
Berpusing Ke Kanan/ Kiri/ Belakang
Hukumannya :
.
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan,
di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit
kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke
kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia
. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan
pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya,
Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di
atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki
kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan
tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan
pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan
jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung
kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak
seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan 12
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing
Berpusing Separuh Kanan/Kiri
Hukumannya:
.... Pusing".
kiri .......Pusing".
Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah )
Kesalahan biasa :
1. Badan melonjak semasa berpusing;
2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing;
3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing.
4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki;
5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
6. Lutut bengkok semasa berpusing
Berpusing Ke Kanan/ Kiri/ Belakang
Hukumannya :
.
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan,
di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit
kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke
kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia
. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan
pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya,
Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di
atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki
kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan
tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan
pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
13
Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan
jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung
kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak
seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing
Berpusing Separuh Kanan/Kiri
Hukumannya: .
erak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".
Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah )
Kesalahan biasa :
1. Badan melonjak semasa berpusing;
2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing;
3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing.
4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki;
5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
6. Lutut bengkok semasa berpusing.
14
Tajuk PROGRAM
Masa PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Personel
Hasil Pembelajaran KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Kaedah Penilaian Tajuk/Slot 4: Kawad Am 3
1. Mara Mengadap
Kandungan slot 2. Hormat Ke hadapan Hormat
3. Hormat Ke Kanan Hormat
4. Hormat Ke Kiri Hormat
5. Hormat selaku terima sijil
Slot 4 (1.5 jam interaksi)
Pensyarah
Pada akhir kursus ini peserta dapat :
a. Melakukan pergerakan mara mengadap
b. Melakukan pergerakan ke hadapan hormat
c.Melakukan pergerakan ke kanan hormat
d. Melakukan pergerakan ke kiri hormat
e. Melakukan pergerakan hormat selaku terima sijil
Penilaian berterusan
Pemerhatian
Pendengaran
Refleksi
1. Mara Mengadap
2. Hormat Ke hadapan Hormat
3. Hormat Ke Kanan Hormat
4. Hormat Ke Kiri Hormat
5. Hormat selaku terima sijil
15