JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS KOTA BHARU
MODUL
Psikologi Perkembangan
Personaliti dan Konsep Kendiri
dalam Pendidikan
Penulis:
Pensyarah JIP
IPGKKB
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
KURSUS PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PERSONALITI DAN KONSEP KENDIRI DALAM PENDIDIKAN
BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
8.30 - 10.30 pagi 10.30 11.00 - 1.00 petang 1.00 - 2.00 2.00 - 4.00 petang
- petang
MASA
TARIKH 11.00
Slot 1 Slot 2 Slot 3
HARI Konsep dan Klasifikasi Teori Personaliti dan Konsep Kendiri Dan Jenis-
PERTAMA Personaliti implikasi teori personaliti jenis Konsep Kendiri serta
dalam pengajaran dan faktor yang mempengaruhinya
Faktor-Faktor Yang pembelajaran
Mempengaruhi Personaliti MAKAN TENGAH HARI
KUDAPAN
Slot 4 Slot 5
HARI Slot 6
KEDUA Teori Konsep kendiri Implikasi perkembangan Pembentangan
Hubungan antara Personaliti Personalii dan Konsep
dan Konsep Kendiri kendiri dalam Pengajaran Penutup
Helah Bela Diri dan Pembelajaran
1
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Masa Perkembangan personaliti dan konsep kendiri Dalam Pendidikan
2 hari (12 jam interaksi)
Personel Pensyarah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan konsep personaliti dan konsep kendiri serta faktor-faktor
yang mempengaruhinya.
2. Menerangkan teori-teori yang berkaitan dengan Personaliti dan Konsep
kendiri serta implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Menjelaskan implikasi perkembangan personaliti dan Konsep Kendiri dalam
pengajaran dan pemeblajaran
B. Kandungan Pengajaran
1. Konsep Personaliti dan konsep Kendiri dalam pendidikan kanak-kanak
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi Perkembangan personaliti dan konsep
Kendiri
3. Tori-Teori yang berkaitan Personaliti dan Konsep kendiri
4. Peranan guru dalam perkembamngan personaliti dan Konsep kendiri pelajar
5. Pembentangan kumpulan
C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Soal jawab
3. Pembentangan
2
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Pen marker
E. Penilaian
1. Pembentangan kumpulan
2. Bahan resos
F. Rumusan / Refleksi
*Pemudah Cara boleh memilih strategi yang lain untuk menjayakan Kursus Psikologi
Perkembangan Kanak-kanak Dan awal remajai ini.
3
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS
Topik Perkembangan Personaliti dan Konsep kendiri Dalam Pendidikan
Masa
Personel Konsep dan Klasifikasi Personaliti serta Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhinya
Slot 1 ; (8.30 10.30)
Pensyarah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep personaliti
2. Menejelakan klasifikasi personaliti
3. Menjelaskan dengan terperinci faktor faktor yang mempengaruhi
perkembangan Personaliti
B. Kandungan Pengajaran
1.Konsep personaliti
2.klasifikasi personaliti
2.Faktor-Faktor Yang Mempengaruh Perkembangan personaliti
C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Soal jawab
3. Akses kendiri
4
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Pen marker
F. Penilaian
1. Pembentangan
G. Senarai Rujukan
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya (2005).
Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
-
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran &
Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi
Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff:
Prentice Hall Ltd
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
5
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
PERSONALITI
PENGENALAN
Setiap individu tidak kira dewasa atau kanak-kanak mempunyai personaliti tersendiri.
Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu dan mencirikan
perbezaan antara setiap individu. Personaliti adalah sifat yang ada pada individu
seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, persepsi dan memperihalkan sifat-sifat fizikal,
emosi dan mental setiap insan.Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu
kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam
pembelajaran, kecerdasan dan bakat; manakala aspek personaliti meliputi watak, sifat,
penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.
Kesimpulannya, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep
kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri akan menghasilkan
personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan,
cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi
dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang. Justeru,
perkembangan kanak-kanak amat berkait rapat dengan perkembangan kendiri dan
dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu personaliti dan konsep kendiri.
Konsep Personaliti
Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan
personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza beza, maksudnya tidak ada
individu yang benar benar sama dari sifat sifatnya dan setiap individu adalah unik,
tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau
sahsiah melambangkan ciri ciri keperibadian seseorang individu itu, dan
sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain.
Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti
seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak
berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka
mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain lain. Penekanan kedua
terhadap istilah berbeza. Pola pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa
setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.
Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat.
Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi
secara khusus, personaliti adalah sifat sifat yang ada pada seseorang individu
seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain lain yang
membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan
memperihalkan sifat sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu. personaliti
maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku baik
6
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
dan menyembunyikan yang buruk.( Mohd. Saleh,1999) Gordon Allport ( 1961 )
menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik dalam
jiwa seseorang. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku individu dan
penyesuaiannya dengan persekitaran.
Rogers ( 1951 ) menyatakan bahawa personaliti merupakan sifat atau ciri-ciri yang
dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi yang memboehkan
dirinya dibezakan
denganindividu lain.
Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri
seseorangindividu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yangboleh diperhatikan oleh orang
lain atau merujukkepada perasaan-perasaan yang dialami olehseseorang dalam dirinya
sendiri.
.KLASIFIKASI PERSONALITI
Menurut Carl Jung (1875-1961), manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan
berdasarkan personaliti peribadi iaitu introvert, ekstrovert dan ambivert.
(i) Personaliti introvert
Seseorang yang mempunyai personaliti ini mempunyai minat dan keupayaan yang
tinggi menerokai dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman
seseorang. Ia sentiasa suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya,
sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan mempunyai pandangan hidup yang
pesimistik . Golongan ini sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi
nyata, tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan untuk mendengar
pertuturan orang lain.
(ii) Personaliti ekstrovert
Individu yang ekstrovert mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang.
-
bergaul, tidak boleh diharapkan, optimis dan sentiasa sukakan keceriaan. Mereka suka
melibatkan diri dalam aktiviti sosial kerana ini membolehkannya bergaul dengan orang
ramai.
(iii) Personaliti ambivert
Individu daripada kumpulan ini mempunyai trait daripada kedua-dua jenis personaliti.
Mereka merupakan gabungan kedua-dua personaliti ini dan berkemungkinan bersifat
seperti aktif, sensitif, optimistik dan suka kepada kehidupan teratur.
Teori personaliti lain yang mengkaji perkembangan personaliti manusia yang
melambangkan diri setiap individu yang wujud di muka bumi ini. Teori psikoanalisis
diasaskan oleh Sigmund Freud mempercayai personaliti manusia dibentuk semenjak
manusia dilahirkan sehinggalah ke umur lima tahun. Terdapat tiga komponen
personaliti iaitu id, ego dan superego untuk mengawal perlakuan
7
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
BAKA
Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaanfizikal, kecerdasan dan
emosi.- Di samping bentuk tubuh badan, keadaan fizikal khasnya penyakit seperti
cacat pendengaran akan mempengaruhiperkembangan personaliti seseorang. Kanak-
kanak inikemungkinan besar akan mempunyai ciri-ciri personalitiintrovet, bersifat
pendiam dan pemalu.- kecerdasan memainkan peranan penting dalam
pembentukandan perkembangan personaliti seseorang.
contoh, orang yang mempunyai darjah kecerdasanyang tinggi biasanya menonjolkan
personaliti yangberkeyakina
emosi turut dipengaruhi oleh baka ibu bapa. Jikaseseorang individu mempunyai emosi
tidak seronokakan menonjolkan ciri personaliti yang agresif danpemarah.
PERWARISAN
Kajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah melalui kajian
kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza,
tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan
kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui
genetik atau biologikal.
PENGALAMAN
Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan
sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak
kanak adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya,
antaranya ialah :
Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan
emosi awal kerana ibu ibu menghabiskan banyak masa dengan anak anak
mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi
anak anak dan tingkah laku seterusnya. Ibu juga merupakan model kepada anak
anak mereka.
Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana yang lebih
baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan
ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat,
mesra dan kasih sayang dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan
cara penyusuan anak, dimana tidak kira yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika
semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak,
maka ini akan menghasilkan anak anak yang mempunyai personaliti yang kurang
sihat.
8
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan
membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah mempengaruhi
pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab,
konsisten, dan memahami, anak anak mereka akan mampu membentuk sikap dan
konfiden yang positif, yang membawa kepada pembentukan personaliti yang seimbang
dan mudah penyesuaian.
Ibu bapa kucar kacir dan anak anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan
rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku
yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak anak akan
membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar kacir lebih cenderung
menghasilkan anak anak yang tidak gembira.
Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli psikologi percaya
bahawa cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik (ibu bapa menggunakan
kuasa untuk memberi arahan dan anak anak hanya menerima arahan) atau
demokratik (dimana anak anak diberi kebebasan secara berpanduan) adalah
mempengaruhi perkembangan personaliti anak anak.
BUDAYA
Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli
ahlinya yang baru. Anak anak adalah cenderung meniru tingkah laku mereka yang
terdekat dengan mereka. Faktor faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun
sosial boleh membentuk personaliti ahli ahlinya. Kelompok agama, kelompok etnik,
komuniti dan malahan kelompok sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara
contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi
pembentukan personaliti.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi, sosialmenyumbang kepada
perkembangan personaliti yang positif.- sekolah merupakan tempat bimbingan dan
pembentukan personaliti.- Pihak pentadbir sekolah, guru, kaunselor memainkan
peranan pentingdalam pembentukan personaliti.- sekiranya keadaan sekolah tidak
selamat, takut dan terancammenyumbang kepada personaliti individu yang tidak
stabil.- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gerak kerja kokurikulum,penerapan nilai
murni dan budaya sekolah yang sihat akan membantupembentukan peribadi yang baik
PENGARUH KELUARGA.
Keluarga yang dapat mewujudkan suasanamesra, kasih sayang, bertimbang rasa dan
sopan santunakan mempengaruhi perkembangan personalitiindividu yang baik.- ibu
bapa seharusnya memberi kebebasan kepadakanak-kanak untuk bermain, bercakap
dan memilihapa yang dimiliki bagi membina keyakinan diriseterusnya membantu
9
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
perkembangan personaliti yangpositif.
PERANAN MEDIA
Peranan media seperti televisyen turut menyumbangkepada perkembangan personaliti
individu.- maklumat yang disampaikan secara terus akanmempengaruhi minda kanak-
kanak yangmenyebabkan mereka mudah terikut dan cubamengadaptasi dalam diri
mereka.- Ibu bapa harus menerangkan implikasi dan motif yangbetul dalam maklumat
yang disampaikan menerusitelevisyen.
PENGARUH SOSIOBUDAYA
Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh,individu mudah terdedah dengan
budaya masyarakatyang negatif.- Ia akan memberi kesan kepada sikap dan
personalitiindividu.- Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikutdengan
pengaruh yang tidak sihat dan menjejaskankehidupan individu.
PEMAKANAN
Individu digalakkan makan makanan yang berzat,bersih dan halal.- elakkan
makanatau minum yang boleh mengancamdan menjejaskan kesihatan mental, fizikal
dan emosi.- ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskanpersonaliti seseorang.
AKTIVITI KUMPULAN
Bincangkan bagaimana faktor-faktor perkembangan personaliti dapat
mempengaruhi pembentukan personaliti pelajar anda.
10
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS
Topik Perkembangan personaliti dan konsep Kendiri Dalam Pendidikan
Masa
Personel Teori-teori Personaliti dan implikasi Dalam pengajaran dan
Pembelajaran
Slot 2 ; (10.30 1.00)
Pensyarah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan teori teori yang berkaitan dengan perkembangan personaliti
2. Dapat menjelaskan implikasi teori perkembangan personaliti dalam pengajaran dan
pembelajaran
B. Kandungan Pengajaran
1. Teori personaliti
2. Aplikasi teori dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Akses Kendiri
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
11
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Pen marker
F. Penilaian
1. Pembentangan
G. Senarai Rujukan
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya (2005).
Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel -
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran &
Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi
Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff:
Prentice Hall Ltd
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
12
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
TEORI PERSONALIT
TEORI PERSONALITI PSIKODINAMIK SIGMUND FREUD ( 1856-1939 )
Freud mengemukakan teori personaliti dengan andaian bahawa pemikiran manusia
boleh dibahagikan kepada 3 alam kesedaran iaitu :- alam sedar- alam prasedar- tidak
sedar.bagi menerangkan 3 alam kesedaran ini, Freud telah mengambil iceberg
sebagai analogi. Beliau menjelaskan bahawa bahagian pemikiran sedar rmanusia
ialah bahagian iceberg yang timbul sementara sebahagian besar iceberg yang berada
di bawah permukaan air adalah bahagian pemikiran manusia yang tidak sedar. Dalam
model personaliti, beliau menerangkan struktur personaliti manusia terbahagi kepada 3
:iaitu id, ego dan superego
Struktur Personaliti Manusia
Bahagian pemikiran manusia yang terletak dibahagian tidak sedar.Sifat ID adalah
primitif .EGO Terletak dalam tiga alam kesedaran, iaitu sebahagian dalam alam sedar,
sebahagian dalam alam prasedar dan sebahagian lagi alam tidak sedar. Beroperasi
atas prinsip realiti SUPEREGO Struktur personaliti yang terletak dalam tiga alam
kesedaran. Superego adalah struktu personaliti bermoral yang terbentuk daripada
norma masyarakat, nilai moral dan pendidikan agama.
TEORI PERSONALITI CARL JUNG
NTROVERT
Trait personaliti yang menggambarkan ciri seperti: Pemalu Pendiam Tidak suka
bersosial Tenang
AMBIVERT
Digambarkan mempunyai sebahagian ciri-ciri personaliti introvert dan ciri-ciri personalit
iextrovert.
EXTROVERT
Menggambarkan ciri personalit iseperti: Berani Petah berbicara Popular di kalangan
rakan Mempunyai potensi untukmenjadi pemimpin Contohnya :Hamid ialah seorang
penulis novel (ciri introvert) tetap idia juga petah bercakap ,mempunyai ciri pemimpin
dan sukakan aktiviti luar.
TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER(1870-1937)
Dinamakan psikologi individu Adler percaya bahawa manusi abermotivasi untuk
menyesuaikan diri memperbaiki diri, menangani cabaran, mencapai kecemerlangan
adalah fitrah manusia Menurut Adler semua manusia terlibat dalam proses
kompensasi untu kmengatasi perasaan rendah diri . Proses kompensasi membolehkan
manusia menangani perasaan rendah diri sebenar atau dalam imaginasi
13
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
TEORI TRAIT GORDON ALLPORT (1897 -1967)
Allport melihat manusia mempunyai trait dan sifat-sifat tertentu Trait manusia menjadi
asas pembinaan personaliti mereka. Trait ialah sifat semula jadi yang mengarah
tingkah lakui ndividu dengan kadar yang konsisten dan melalui penonjolan sifat-sifat
tertentu. Allport mengenal pasti 3 jenis trait dalam personaliti manusia :1. Trait cardinal
2. Trait pusat 3. Trait sekunder.
TEORI PERSONALITI TRAIT RAYMOND CATTELL (1905-1998)
Menyifatkan personaliti manusia sebagai gabungan beberapa trait khusus yang
berupaya menghasilkan tingkah laku yang konsisten 2 JENIS TRAIT :Trait
Permukaan- Satu sifat yang dapat dikenal pasti daripada tingkah laku manusia secara
langsung. Trait Sumber - Sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara terus terang
daripada tingkah laku manusia tetapi dapat dikenal pasti melalui teknik analisis faktor.
Cattell juga mengkategorikan kecerdasan kepada dua.Kecerdasan Cair yang merujuk
kepada kebolehan memberis ebab-musabab, ingatan dan ketepatan seseorang
memproses maklumat. Kecerdasan Kristal iaitu merujuk kepada pengetahuan yang
diperoleh melalui pengalaman atau pembelajaran.
TEORI PERSONALITI & TIPOLOGI TUBUH SHELDON (1942)
Mengemukakan teori personaliti yang mengaitkan tipologi tubuh badan dengan trait
personaliti .Mengklasifikasikan manusia kepada 3 bentuk tubuh/ somatotip
1. ENDOMORF
pendek
Trait personaliti mereka ialah periang, suka bergaul, suka menjamu makan,
ekstrovert dan tenang.
2. MESOMORF
3.EKTOMORF egas, bertenaga, agresif ,berani
cerdik
badan kurus, tinggi dan lembut.
endiam, tidak suka bergaul,beremosi, Introvert,Pemalu dan
TEORI KAMANUSIAAN CARL ROGERS
Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers
Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai
manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek
yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan
perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti entiti
yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian
14
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
kesempurnaan kendiri.
Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada
individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan
objek serta pengalaman pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem
a yang disedari serta ada
yang tidak disedarinya.
TEORI KEPERLUANA BRAHAM MASLOW
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.
Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut,
sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan
dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.
Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian
daripadaindividu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana
tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan
terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan
yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan
perbezaan generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow
sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari
keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan
keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan
oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh
dilihatdalambentukhieraki.
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus
dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan
kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat
pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah
dengankeperluandiperingkattinggi.Antaranya :Keperluan di peringkat tinggi wujud
lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur ansur. Oleh
kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individutersebut.
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala
keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang
mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat
tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui
oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
1.KeperluanFisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,
makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini.
Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan
selagikehendakasasinidipenuhi.
15
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
2.KeperluanKeselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan
kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada
ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperlukanbagimenjaminkesejahteraanhidup.
3.KeperluanKasihSayangdanKepunyaan
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan
dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita
perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini
sememangnyatidakbolehwujudbersendirian.
4.KeperluanPenghargaanKendiri
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa,
sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga
perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin
dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
5.Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan
kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu
sebelumseseorangituinginkankesempurnaankendiri.
Ciri Ciriindividuyangtelahmencapaikesempurnaankendiri
Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan
manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat
merealisasikan pontesinya. Ciri ciri personaliti manusia yang telah mencapai
tahapkesempurnaankendiriialah,antaranya :
1. Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan
kebajikanoranglain.
2. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
3. Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada
apayangdipercayainyawalaupuntidakpopular.
4. Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti
fesyen,adatresam,danseumpamanya.
5. Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
6.Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
7.Bersikapobjektif.
Penggunaan Teori Jenis Trait Eysenck (1967) Dalam teori jenis trait ini, teori ini dapat
menjelaskan tentang perkaitan di antara jenis personaliti seseorang dengan
pencapaian akademiknya. Ini kerana jenis personaliti seseorang pelajar itu
mempengaruhi interaksi sosialnya di sekolah seterusnya mempengaruhi prestasi
pelajarannya. Menurut Rohaty (1992), ada pendapat yang menyatakan bahawa
16
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
seseorang yang introvert itu adalah lebih mudah terlazim dan lebih mudah menelaah di
sekolah berbanding dengan seorang yang ekstrovert. Melalui kajian kajian yang telah
dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa seorang yang ekstrovert mempunyai
prestasi pencapaian akademik yang lebih baik di peringkat sekolah rendah. Tetapi
sebaliknya seorang yang introvert mendapat ijazah dari universiti yang paling tinggi
dan terbaik.
Rumusan
Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai
dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.
Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai
harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat Maslow
menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan
kendiritetapitidakberusahakearahnya,makaiaakanmengalamikegelisahandan
keresahandalamhidup
Soalan Perbincangan
Bincangkan implikasi teori personaliti terhadap perkembangan
personalit pelajar di dalam kelas anda
17
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS
Topik Perkembangan Personaliti dan Konsep Kendiri Dalam Pendidikan
Masa Definisi Konsep Kendiri
Slot 3 ; (2.00 4.00)
Personel Pensyarah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menerangkan definisi konsep kendiri
2 Dapat menghuraikan jenis-jenis konsep kendiri dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya
B. Kandungan Pengajaran
1. Perkembangan konsep kendiri
.2 Jenis-jenis konsep kendiri dan faktor-faktor yang mempengaruhinya
C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Akses Kendiri
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2..Slide Power Point
18
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3 . Papan tulis
4..Pen marker
F. Penilaian
1. Pembentangan
G. Senarai Rujukan
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya (2005).
Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
-
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran &
Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi
Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff:
Prentice Hall Ltd
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
19
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
KONSEP KENDIRI
PENGENALAN .
Pembangunan Kendiri merupakan satu aspek yang amat penting khususnya
dalam menghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang
mendalam terhadap aspek pembangunan kendiri, seseorang dapat mempersiapkan
dirinya secara mental bagi menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semasa.
Setiap individu mempunyai anggapan terhadap diri sendiri dan bagaimana orang lain
memandang dirinya. Konsep kendiri adalah merujuk kepada apa yang difikirkan oleh
individu kepada dirinya sendiri mengenai kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri
individu tersebut ataupun personalitinya. Oleh kerana itu, konsep kendiri merupakan
satu elemen yang sangat penting dalam diri setiap individu kerana ia akan digunakan
untuk meramalkan apa yang akan berlaku terhadap individu tersebut pada masa
hadapan. Selain itu, konsep kendiri juga banyak membantu individu untuk membuat
keputusan dan menentukan tindakan yang bakal diambil pada masa hadapan.
Konsep Kendiri amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
amnya, sebagai seorang guru atau pendidik yang bertanggungjawab mestilah
memahami dan mengamalkan konsep kendiri ini dalam kehidupan seharian. Konsep
kendiri sudah diterima sebagai suatu pemboleh ubah penting yang mampu untuk
mengingatkan perkembangan pelajar dan pembelajaran mereka. Seseorang pelajar
dikelilingi oleh persekitaran sosial yang bertindak mempengaruhinya membuat
keputusan dan menentukan masa depan. Agen-agen persekitaran seperti ibu, bapa,
guru dan rakan sebaya adalah agen yang mempengaruhi seseorang pelajar. Agen-
agen tersebut membantu seseorang pelajar bertindak hasil daripada apa yang difikirkan
dalammindanya.
APAKAH ITU KONSEP KENDIRI?
Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran
inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa
paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri
boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana
ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait
rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri
kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri seseorang
meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga
perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri
meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang
dialami semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.
20
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN 2020
FAKTOR-FAKTORPEMBENTUKANKONSEPKENDIRI
Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh perbazaan yang
dapat dikenalpasti ialah perbezaan dari segi pembentukan konsep kendiri. Perbezaan
pembentukan konsep kendir kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
faktor model. Model ialah individu yang diikut oleh kanak- kanak tersebut seperti ibu
bapa, rakan sebaya dan orang dewasa daripada pelbagai aspek dalam kehidupan
mereka. Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat bimbingan yang betul daripada
golongan ini supaya konsep kendiri negatif dapat dibentuk dalam diri mereka. Jika
model mereka bersifat negatif, maka kanak-kanak tersebut juga akan mengikut segala
perbuatan negatif yang dilakukan oleh model mereka. Justeru, amat penting sekali
kanak-kanak mendapat didikan yang betul dan sempurna supaya konsep kendiri positi
dapatdibentukdalamdirimereka.
Seterusnya, faktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat, persepsi
masyarakat dan peranan media massa juga merupakan elemen yang penting dalam
pembentukan sesuatu konsep kendiri. Budaya masyarakat amat penting dalam
pembentukan konsep kendiri kerana kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam
masyarakat. Oleh itu, sudah tentu berlakunya proses asimilasi tabiat budaya di dalam
diri kanak-kanak tersebut. Budaya lain seperti hedonisme juga merupakan faktor yang
membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Media massa juga memainkan
peranan yang penting. Pada peringkat ini, media massa merupakan satu agen
penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak menonton televisyen. Justeru,
media massa perlu bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri positif dapat
dibentuk dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-saluran yang berfaedah
dandapatmenjanaperkambanganmindakanak-kanak.
Di samping itu, sifat semulajadi seperti baka dan persepsi terhadap diri sendiri juga
merupakan faktor pembentukan konsep kendiri. Baka yang diwarisi oleh ibu bapa akan
membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Oleh itu, bukan sahaja rupa paras
sahaja yang akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi perangai ataupun tabiat ibu bapa
tersebut juga akan mempengaruhi oleh kanak-kanak. Oleh yang demikian, amat
penting sekali ibu bapa untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka supaya zuriat
21