PENINGKATAN PROFESIONALISME
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
(PPM) PENDIDIKAN KHAS
PENULIS
Farah Dilla bt Ramli
Nik Hassan bin Seman, PhD
Nik Azhar bin Nik Ab Rahman
Che Noorwani bt Che Wil
Nor Laini bt Che Mat
JPKK05 KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
PENDIDIKAN KHAS (PK)
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Farah Dilla bt Ramli
Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman
Nik Hassan bin Seman, PhD
Nor Laini bt Che Mat
Che Noorwani bt Che Wil
Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu
____________________________
2020
Penasihat
HJ. MOHD RASID BIN CHIK
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Pengerusi
HJH. NARITA BINTI MOHD NOOR, PhD
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Timbalan Pengerusi
HJ. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN
Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
Penyelaras
Farah Dilla binti Ramli
Jabatan Pendidikan Khas
Editor
Nik Hassan bin Seman, PhD
Jabatan Pendidikan Khas
Penerbit
Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan
http://www.ipgkb.edu.my
Tel: 097717700 faks: 09-7738488
KANDUNGAN i
ii
Kata Alu-aluan Pengarah
Seulas Kata Ketua Jabatan 1
2
JADUAL KURSUS 3
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN 14
KERANGKA KURSUS Slot 1 16
KERANGKA KURSUS Slot 2
KERANGKA KURSUS Slot 3
SEPATAH KATA KETUA JABATAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM akatuh
Assalamu
Salam sejahtera!
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuous Professional
Development CPD) khusus untuk bidang Pendidikan Khas telah berjaya
diterbitkan. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah di
Jabatan Pendidikan Khas yang telah bertungkus-lumus menghasilkan modul ini
mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. Modul ini adalah sebagai
panduan untuk membantu mengembangkan keupayaan guru-guru bagi
menambahbaik dan memperbaiki amalan pembelajaran dan pengajaran bagi
menyediakan mereka sebagai guru pendidikan khas yang berdaya maju sesuai
dengan perkembangan semasa arus pendidikan negara.
Modul ini diharap dapat dijadikan medan perkongsian ilmu secara yang terbaik
dalam merealisasikan budaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan untuk semua.
Melalui pengaplikasian modul ini, segala amalan pendidikan yang cuba diterapkan
dapat disasarkan kepada kumpulan yang dikhususkan. Semoga segala ilmu yang
diperoleh melalui sumber modul ini akan dapat membantu meningkatkan tahap
kemahiran dan kefungsian secara yang lebih efisien.
Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah S.W.T demi memastikan kita mampu
mencapai kegemilangan ilmu demi agama, bangsa dan negara.
Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu
sebelum dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan
matinya orang-orang yang memberikan atau mengajarkannya.
Seorang itu tidaklah dilahirkan langsung pandai, jadi ilmu
-
Sekian, terima kasih.
HJ. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN
Ketua Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu
ii
JADUAL KURSUS
PENINGKATAN PROFESIONALISME
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PENDIDIKAN KHAS
JAM 8.00 8.30 8.30 10.30 10.30- 11.00 2.30
/HARI pagi pagi 11.00 1.00 tgh
pagi 4.30 ptg
SLOT1 : SLOT 2:
Pengenalan kepada REHAT Peranan PPM PK SLOT 3 :
murid berkeperluan dalam Program Memahami tingkah laku MBK
Hari Pendaftaran khas (MBK) Pendidikan Khas dan kepentingannya
Integrasi (PPKI)
Rabu Fasilitator Fasilitator
15 April Farah Dilla binti Fasilitator Nor Laini binti Che Mat
2020 Ramli Nik Azhar bin Nik Che Noorwani binti Che Wil
Nor Laini binti Che Ab. Rahman
Mat Nik Hassan bin
Seman
SLOT4 REHAT SLOT5 SLOT6
Penerapan unsur Perkongsian dan Pembentangan dan rumusan:
Hari terapi (teraputik) penyelesaian isu dan masalah yang sering
Khamis dalam menangani masalah berkaitan dihadapi dalam menjaankan
16 April masalah tingkah laku MBK tugas
MBK
Fasilitator Penutup
Fasilitator Farah Dilla binti
Ramli Fasilitator
Farah Dilla binti Noor Laini binti che Farah Dilla binti Ramli
Ramli Mat Nik Azhar bin Nik Ab
Nik Azhar bin Nik Rahman
Ab. Rahman
1
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini peserta dapat:
1. Meningkatkan tahap profesionalisme PPM PK dalam menjalani tugas dan
tanggungjawab harian dengan:
i. Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai MBK dari aspek fizikal, sosial
dan emosi mereka.
ii. Mengenal pasti masalah tingkah laku MBK dan penerapan unsur terapi yang
sesuai dalam menangani masalah tingkah laku MBK.
2. Mendalami peranan PPM PK dan etika yang perlu dipatuhi mengikut garis panduan
yang wujud.
3. Merungkai permasalahan yang sering dihadapi oleh PPM PK dalam menangani MBK
di sekolah.
1.3 Kaedah Penyampaian
1. Kuliah
2. Perbincangan
3. Akses Kendiri
4. Pembentangan
5. Perbengkelan / Amali
2
PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU PENGURUSAN MURID
(PPM) PENDIDIKAN KHAS (PK)
1.0 PENGENALAN
Modul ini secara amnya merupakan satu panduan khusus untuk kursus Peningkatan
Profesionalisme Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas (PK).
Pembinaan modul ini masih pada peringkat permulaan dan akan diperluaskan lagi
dengan beberapa penambahbaikan pada masa hadapan. Kursus ini ditawarkan oleh
Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Modul ini bertujuan untuk membantu Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Pendidikan Khas (PK) meningkatkan tahap profesionalisme PPM PK dalam menjalani
tugas dan tanggungjawab harian dengan menambah ilmu pengetahuan tentang murid-
murid masalah pembelajaran (MBK) dan secara tidak langsung akan membantu PPM PK
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien dan berfokus.
Mereka juga akan didedahkan dengan secara terperinci mengenai tugas dan
tanggungjawab mereka sebagai PPM PK. Kursus ini juga akan memberi pendedahan
mengenai masalah tingkahlaku MBK dan cara-cara menangani masalah tersebut.
Antara pengisian kursus ini meliputi slot pengenalan kepada kategori MBK yang
mengikuti pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), maklumat
secara mendalam mengenai masalah tingkah laku MBK dan cara-cara membantu
masalah tingkah laku di kalangan MBK melalui teknik-teknik terapi. Kursus akan
dijalankan melalui ceramah, perkongsian pengalaman, perbincangan dan penyelesaian
masalah bagi memastikan penyertaan PPM PK ke kursus ini lebih bermakna dengan
berupaya membuka minda dan memahami tugas serta tanggungjawab mereka secara
lebih mendalam.
Kursus ini juga berharap dapat meningkatkan taraf profesionalsime PPM PK
dalam menjalankan tugasan harian mereka di PPKI dengan dapat memberi motivasi
dan meningkatkan keyakinan diri, seterusnya meningkatkan kemahiran serta kualiti
kerja mereka. Selain itu ianya akan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam
pergaulan di kalangan guru-guru pendidikan khas, pentadbir serta ibu-bapa MBK
dengan input-input berguna yang mereka terima menerusi kursus ini.
3
2.0 PENINGKATAN PROFESINALISME PEMBANTU PENGURUSAN MURID
(PENDIDIKAN KHAS)
2.1 Pengenalan
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak istimewa yang mempunyai
keupayaaan yang berlainan dari kanak-kanak lain dari segi intelek, fizikal, sosial atau
emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak
men .
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab
mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak
dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart daneishahn,1980)
Manakala murid berkeperluan khas pula ialah murid yang mengalami masalah
dalam perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mereka tidak dapat belajar
melalui kaedah biasa sebagai mana murid normal yang lain. Mereka perlu belajar
dengan cara khas dan tersendiri. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan
keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran
perkembangan. Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan
ketidakupayaan individu
Dalam usaha memberi pendidikan kepada MBK, guru-guru pendidikan khas perlu
berganding tangan dengan PPM PK. PPM PK memainkan peranan penting dalam
memastikan objektif pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru PK dapat
direalisasikan. Oleh itu, PPM PK mempunyai tanggung jawab yang penting untuk
membantu kelacaran pembelajaran sama ada secara langsung. Gandingan ini juga dapat
memastikan objektif utama bagi membimbing dan mendidik MBK dapat direalisasikan
secara tidak langsung.
2.2 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas
Pembantu Pengurusan Murid (PPMP Pendidikan Khas (PK) merupakan satu jawatan
khas yang diwujudkan bagi membantu guru-guru PK melancarkan pengurusan di PPKI.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan Standard Kompentasi PPM
PK yang menyenaraikan standard kompentasi khas untuk jawatan ini. Stardard
kompetansi ini menyenaraikan 4 dimensi utama iaitu:
4
Dimensi 1: Pengetahuan dan kemahiran dari segi
- Pengurusan pembelajaran murid pengurusan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan kebersihan dan
keselamatan murid dan pengurusan mobiliti murid.
- Pengurusan pentadbiran dokumen dan sistem maklumat serta pengurusan
aset dan stok.
Dimensi 2: Sahsiah
- Komunikasi berkesan
- Ketrampilan
- Nilai
Dimensi 3: Kreativiti dan inovasi
- Kreativiti
- Inovasi
Stardard kompentasi ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini
adalah bagi memastikan PPM PK dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka
sebaiknya. Ia perlu diguna pakai bagi membantu dan memudahkan guru-guru pendidikan khas
dalam menjalankan tanggung jawab mereka. Oleh itu, gandingan kedua-dua PPM PK dan
guru-guru pendidikan khas di dalam mendidik MBK di Malaysia adalah sangat penting. Mereka
saling bergantung di antara satu sama lain. Oleh itu penting bagi PPM PK memahami tugas
dan tanggung jawab mereka bagi menrealisasikan objektif utama mendidik murid-murid MBK.
Bagi memastikan kepentingan kefahaman mengenai tugas dan tanggung jawab PPM PK,
mereka sebagaimana juga guru-guru PK perlu diberi peluang menyertai program-program atau
kursus-kursus peningkatan profesionalisme seumpamanya. Dengan pendedahan, perkongsian
ilmu dan pengalaman melalui kursus-kursus seumpamanya penting bagi memastikan stardard
kompentasi yang disenaraikan oleh KPM dapat ditetapkan dan ditingkatkan dari semasa ke
semasa.
Penglibatan PPM PK dalam proses pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) mengikut stadard ynag telah disenaraikan itu adalah sangat penting bagi memastikan
kelancaran tugasan harian PPKI dijalankan dengan baik, berfokus dan efisyien demi
pencapaian MBK dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Negara.
5
3.0 KERANGKA KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTAU
PENGURUSAN MURID (PPM) PENDIDIKAN KHAS (PK)
3.1 SLOT 1: Kategori Murid Berkeperluan Khas
Kategori Murid Berkeperluan Definisi Kategori Murid Ciri-ciri Murid
Khas
Mengalami masalah
Murid Slow Learner Murid Slow Learner gangguan emosi dan
didefinisikan sebagai murid tingkah laku
yang mengalami kesukaran Menunjukkan ciri-ciri
dalam penguasaan sosial yang bermasalah
kemahiran asas 3M
disebabkan oleh faktor Mempunyai tahap
persekitaran dan bukan kesediaan belajar yang
kognitif lemah
- (Kementerian Pelajaran Mempunyai tahap
Malaysia, 2008) kesihatan yang kurang
baik
Austisme (Austisme Spectrum Austisme Spectrum Disorder Kekurangan yang
Disorder) (ASD) merupakan masalah sangat ketara dalam
komunikasi.
kompleks yang melibatkan
perkembangan kognitif-neuro Kekurangan yang
sangat ketara dalam
di bahagian otak. ASD boleh interaksi sosial seperti:
dikategorikan kepada tiga
a. Kekurangan
kemahiran untuk
bertindak balas
secara sosial-
emosional.
b. Kekurangan dari
segi komunikasi non-
verbal yang
digunakan untuk
interaksi sosial.
c. Kekurangan dari
segi
mperkembangkan,
mengekalkan dan
memahami
perhubungan.
Tingkah laku, minat atau
aktiviti yang terhad dan
berulang-ulang
termasuk seperti:
a. Pergerakan motor,
penggunaan objek
atau pertuturan
stereotaip atau
berulang-ulang.
b. Mahukan kesamaan,
mengikut rutin yang
tidak fleksibel atau
ritual tingkah laku
verbal atau non-
verbal.
c. Minat yang terhad
dan bertumpu dalam
intensity atau fokus
yang tidak normal.
d. Hyper atau
hyperaktiviti kepada
input sensori atau
minat sensori yang
luar biasa terhadap
persekitaran.
Memaparkan
perkembangan
kemahiran yang tidak
sekata.
Sindrom Down (Down Syndrome) Sindrom Down atau Down Mempunyai paras rupa
Syndrome adalah antara Jarak di antara kedua
kecelaruan kromosom yang mata yang agak jauh.
menyebabkan
Fizikal lidah yang agak
ketidakupayaan intelektual. lebar dan pendek.
Kecelaruan kromosom bukan
Berkulit putih.
merupakan sejenis penyakit.
Sindrom Down terjadi Mengalami masalah
disebabkan kehadiran satu lewat perkembangan
kemahiran motor halus.
kromosom yang lebih pada
kromosom 21. Ia juga Mempunyai kemahiran
penakulan yang rendah.
Orang yang mengalami
Mempunyai ingatan
Sindrom Down mempunyai jangka pendek.
47 kromosom berbanding 46
kromosom bagi orang yang Mempunyai kelewatan
perkembangan
tidak mengalami Sindrom
Down. kesukaran dalam
pembelajaran.
Attention Deficit Hyperactive Attention Deficit Hyperactive Kurang Tumpuan.
Disorder (ADHD) Disorder (ADHD) merupakan Hiperaktif.
ketidakupayaan yang Impulsif.
melibatkan tumpuan yang
singkat dan masalah
hiperaktif-impulsif serta boleh
mengganggu perkembangan
atau kefungsian seseorang
individu.
Disleksia Disleksia merupakan satu Bermasalah dalam
Palsi Serebral (Cerebral Palsy) masalah pembelajaran kemahiran membaca.
spesifik yang melibatkan Bermasalah dalam
kemerosotan dari segi penulisan.
ketepatan bacaan perkataan,
Bermasalah dalam
kefasihan dan pemahaman sistem angka.
bacaan.
Bermasalah dalam
kemahiran motor.
Bermasalah dalam
orientasi kedudukan.
Cerebral membawa maksud Bahagian otot keras.
Palsy Pergerakan tidak
atau ketidakupayaan untuk bermakna dan terhad.
Cerebral Palsy Terdapat pergerakan
adalah masalah berkaitan sepanjang masa
pergerakan dan postur termasuk pergerakan
disebabkan oleh yang tidak disengajakan
ketidakmatangan otak yang atau tidak dapat dikawal.
tidak progresif dan ketara
tetapi berkemungkinan Otot sentiasa bergetar
berubah (bagi kanak-kanak di apabila cuba untuk
bawah umur dua tahun). bergerak.
Otot sentiasa lembik.
Kapasiti intelektual
kurang.
Mempunyai daya
tumpuan yang singkat.
Mempunyai masalah
persepsi menjangka
jarak, ketinggian dan
perspektif.
Ketidakupayaan Pendengaran Ketidakupayaan Mempunyai sensori/deria
Ketidakupayaan Penglihatan Pendengaran berlaku apabila yang kurang sensitif
deria pendengaran pada otot dan sendi.
seseorang terganggu atau
terhalang daripada menerima Hampir 50% menghadapi
atau mengamati sesuatu sawan.
bunyi, perbualan atau bisikan
orang lain. Dengan erti lain, Kesukaran
deria pendengaran tidak berkomunikasi atau
boleh berfungsi untuk bertutur.
pendengaran biasa dalam
kehidupan seharian. Kesukaran mendengar
Ketidakupayaan bahasa pertuturan.
pendengaran menjadi
penghalang besar dalam Kesukaran untuk
mewujudkan perhubungan menyampaikan apa yang
yang sempurna dengan difikirkan.
orang lain.
Ketidakupayaan Kesukaran untuk
pendengaran boleh memahami apa yang
dikategorikan kepada dua diperkatakan oleh orang
iaitu: lain.
i. Kurang pendengaran Mempunyai masalah
(kehilangan pendengaran dalam aspek sosial dan
separa) emosi.
ii. Pekak (kehilangan
pendengaran sepenuhnya)
Pertubuhan Kesihatan Bermasalah dalam ciri
Sedunia (WHO) telah fizikal mata.
mengklasifikasikan masalah
penglihatan berdasarkan Bermasalah dalam
tahap gangguan visual yang perlakuan.
dihadapi oleh seseorang
individu. Gangguan visual Bermasalah dalam
tersebut diukur berdasarkan perkembangan bahasa.
ketajaman atau kurangnya
visual yang dapat diukur Keupayaan konseptual
secara kuantitatif oleh pakar yang rendah.
oftalmologi. Ketidakupayaan
penglihatan boleh Bergerak dengan
dikategorikan kepada dua perlahan.
iaitu:
Tidak mempunyai postur
1. Penglihatan terhad, badan yang betul,
kelihatan kaku dan
separa atau rabun. tegak apabila berdiri
2. Buta. atau berjalan.
Ketidakupayaan Pertuturan Pertuturan adalah bentuk Suara sengau, garau,
ekspresi bahasa yang paling berbisik.
asas dan memerlukan
koordinasi di antara alat Pengulangan bunyi atau
artikulasi, pernafasan dan suku kata.
suara. Ketidakupayaan
pertuturan boleh dibahagikan Memanjangkan bunyi.
kepada empat kategori iaitu:
Kesukaran menyebut
i. Masalah suara. perkataan.
ii. Masalah kelancaran. Ketidakupayaan
memproses bahasa
iii. Masalah bahasa reseptif dengan tepat.
dan ekspresif
Ketidakupayaan
iv. Masalah pertuturan dan menguasai serta
artikulasi (sebutan) melahirkan bahasa
pertuturan.
3.2 SLOT2 2: Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas (PK)
Skop kerja, tugas dan tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan
Khas (PK) terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:
1. Menjaga hal ehwal murid pendidikan khas.
2. Pengurusan bilik darjah dan bangunan pendidikan khas.
3. Pengurusan dokumen dan stok berkaitan pentadbiran pendidikan khas.
4. Melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas.
5. Pengurusan /pergerakan dan aktiviti murid pendidikan khas (mobiliti).
6. Tugas sewaktu cuti sekolah, cuti penggal dan cuti akhir tahun.
7. Tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak
pengurusan.
3.2.1 MENJAGA HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
- Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru.
- Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu
bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
- Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
- Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
- Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi
tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
- Membantu menguruskan murid baru.
- Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.
3.2.2 PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS
3.2.3 - Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta
3.2.4 memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas
P&P.
- Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan
Pendidikan Khas.
- Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan
Khas.
- Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun,
taman dan lain-lain.
- Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik
darjah/ bangunan Pendidikan Khas.
- Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini
papan kenyataan dari semasa ke semasa.
- Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
- Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan
Pendidikan Khas.
- Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan
alat pemadam api masih boleh digunakan.
PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
- Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan
mudah diperolehi.
- Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
- Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
- Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
- Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam
kelas.
MELANCARKAN PERJALANAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
- Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta
oleh guru sebelum sesi P & P
- Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P
sekiranya perlu.
- Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya
perlu.
- Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.
3.2.5 PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN
3.2.6 KHAS (MOBILITI) Membantu:
3.2.7 - Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak
dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat.
- Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang,
terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan
aktiviti lawatan.
- Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim
kokurikulum.
- Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.
TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH/ CUTI PENGGAL Memastikan:
- Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih,
kemas dan selamat.
- Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
- Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain
sentiasa dijaga dengan baik.
- Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras
sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
TUGAS SEWAKTU CUTI AKHIR TAHUN Memastikan:
- Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih,
kemas dan selamat.
- Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
- Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain
sentiasa dijaga dengan baik.
- Menyemak stok dan inventori.
- Melabel dan mengemaskini sistem fail.
- Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid
baru.
- Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras
atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk
tindakan segera.
TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE
SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN.
12