JABATAN PENDIDIKAN MODUL
JASMANI & KOKURIKULUM
KENALPASTI BAKAT DAN
WAN ZAMRI WAN ASAS KEMAHIRAN
MUHAMAD OLAHRAGA DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
DAN SUKAN BAGI
ACARA BALINGAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Tel : 097717700 Faks:097738488
http://ipgkkb.moe.edu.my/
KENALPASTI
BAKAT
SUKAN
OLAHRAGA
KENALPASTI BAKAT DAN ASAS PROGRAM
KEMAHIRAN OLAHRAGA DALAM LATIHAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN ACARA
SUKAN BAGI ACARA BALINGAN BALINGAN
SINOPSIS KURSUS PENULIS
WAN ZAMRI WAN
Kursus ini dilaksanakan secara ceramah, bengkel dan amali
dengan memberi fokus kepada pemilihan atlit acara balingan, MUHAMAD
asas kemahiran acara balingan, latihan dan program latihan
olahraga bagi acara balingan. Kursus ini juga membincangkan
kesalahan, tindakan pembetulan dan keselamatan dalam acara
balingan.
|| |
Cetakan Pertama 2020
© IPGKKB
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan
juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana bahagian
kandungan modul ini sebelum mendapat izin bertulis daripada IPG Kampus Kota Bharu,
16109, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Disediakan oleh:
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum
IPG Kampus Kota Bharu
16109 Pengkalan Chepa
Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-7717700
Faks: 09-7738488
Email: [email protected]
Laman Web: http://www.ipgmkkb.edu.my
KANDUNGAN MUKASURAT
HALAMAN HAK CIPTA i
KANDUNGAN ii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH iii
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH iv
JADUAL KURSUS v
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN vi
1.0 PENGENALAN ACARA LONTARAN DALAM OLAHRAGA
1
1.1 Definisi dan Konsep Secara Umum
20
1.1.1 Melontar Peluru
21
1.1.2 Merejam Lembing 27
34
1.1.3 Melempar Cakera
38
2.0 PEMILIHAN ATLIT BAGI ACARA BALINGAN
2.1 Bateri-Bateri Ujian 46
2.1.1 Ujian Antropometrik
2.1.2 Ujian Kecergasan 71
3.0 KEMAHIRAN DALAM MELONTAR PELURU
3.1 Teknik dan Fasa-Fasa Lontaran
4.0 KEMAHIRAN DALAM MEREJAM LEMBING
4.1 Teknik dan fasa-Fasa Rejaman
5.0 KEMAHIRAN DALAM MELEMPAR CAKERA
5.1 Teknik dan Fasa-Fasa Lemparan
6.0 PENGURUSAN AKTIVITI DAN PROGRAM LATIHAN DALAM
ACARA BALINGAN BAGI ATLIT MUDA
6.1 Pengurusan Aktiviti
6.2 Program Latihan Umum bagi Atlit Balingan
7.0 KESALAHAN DAN KESELAMATAN DALAM ACARA
BALINGAN BAGI ATLIT MUDA
7.1 Kesalahan Atlit Dalam Acara Balingan
7.2 Keselamatan Dalam Acara Balingan
8.0 PEMBENTANGAN TUGASAN BERKUMPULAN
8.1 Program Pemilihan Atlit
9.0 8.2 Satu Sesi Latihan
10.0
11.0 PANEL PENGGUBAL
PANEL PEMURNI
LAMPIRAN
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat izin dan limpah kurnia-Nya kita berjaya
menghasilkan Modul Pembangunan Professionalisme Berterusan (Continuous Professional
Development-CPD) bagi tujuan latihan guru-guru sekolah menengah, sekolah rendah, pra sekolah
atau pun agensi swasta melalui satu siri perancangan yang teliti demi memartabatkan pendidikan
negara.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pensyarah dan pegawai pengurusan Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) yang bertungkus lumus sehingga berjaya mengeluarkan modul
pembelajaran ini. Saya yakin tanpa komitmen yang tinggi modul ini tidak mungkin dapat disiapkan.
Modul ini digubal setelah analisis keperluan latihan terhadap guru-guru dilaksanakan. Modul ini
diharapkan dapat memenuhi keperluan pembangunan kapasiti guru serta memenuhi keperluan
perubahan pedagogi terkini yang secara langsung dapat membantu guru-guru meningkatkan
kompetensi diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman ke arah menjadi guru yang lebih
professional sesuai dengan naratif baharu amalan pendidikan.
Saya mengharapkan agar modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik dalam
membangunkan professionalisme diri masing-masing. Impaknya akan membentuk persekitaran
pembelajaran yang lebih baik ke arah perubahan pedagogi yang lebih berpusatkan murid dalam
usaha mengoptimumkan kemenjadian murid dan pelajar melalui bimbingan dan kolaboratif bersama
pensyarah IPGKKB
Sekian, terima kasih
(HJ MOHD. RASID BIN CHIK)
Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu
Kota Bharu Kelantan.
KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pensyarah, Jabatan dan Ketua-Ketua Jawatankuasa
CPD, semua modul untuk Pembangunan Professionalisme Berterusan CPD IPG Kampus Kota
Bharu telah berjaya disiapkan. Hal ini bersesuaian dengan hasrat Pengarah untuk IPG Kampus
Kota Bharu mengorak langkah dengan lebih sistematik ke arah persediaan menjadi Hub
Pendidikan Serantau serta menjadi peneraju latihan bagi guru-guru di Kelantan khasnya harus
direalisasikan.
Pembinaan modul yang lengkap serta kepakaran pensyarah dalam membimbing guru-guru
adalah elemen-elemen penting dalam melahirkan guru-guru yang cekap dan berketrampilan.
Gabungan unsur ini diharapkan dapat meletakkan IPG kampus Kota Bharu dalam kedudukan
yang strategik bagi membantu, sekolah, PPD, JPN Kelantan dan juga Kementerian Pendidikan
secara umumnya dalam mengurus Pembangunan Professionalisme Berterusan-CPD untuk guru-
guru.
Insyaallah, ini langkah permulaan yang baik ke arah kecemerlangan berterusan IPG Kampus
Kota Bharu pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
(DR HJH NARITA BINTI MOHD NOR)
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan
JADUAL KURSUS:
KENALPASTI BAKAT DAN ASAS KEMAHIRAN OLAHRAGA DALAM PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN BAGI ACARA BALINGAN
HARI/ 8.00-10.00 pagi 10.00- 10.30-12.30 tgh 12.30 2.30-4.30 ptg
JAM 10.30 -2.30
SLOT 1: pagi SLOT 2: ptg SLOT 3:
Hari Pengenalan Acara Kemahiran Lontar Kemahiran
Pertama REHATPeluruMerejam
Melontar Peluru REHAT Lembing
Hari Merejam Lembing Teknik Lontaran
Kedua Melempar Cakera & Fasa-Fasa Teknik
Rejaman &
Pemilihan Atlit SLOT 5: Fasa-Fasa
Acara Balingan Pengurusan
Aktiviti dan SLOT 6:
Ujian Program Latihan Pembentangan
Antropometrik Acara Balingan Tugasan
Ujian Kecergasan bagi Atlit Baru Kumpulan
SLOT 4:
Kemahiran Pengurusan Tugasan 1
Melempar Cakera Aktiviti. Tugasan 2
Teknik Lemparan Program Latihan
& Fasa-Fasa Umum bagi Atlit
Balingan
Kesalahan dan
Keselamatan
Dalam Acara
Balingan bagi
Atlit Baru
Kesalahan
Dalam Acara
Balingan
Keselamatan
Dalam Balingan
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN
Tajuk Kenalpasti Bakat Dan Asas Kemahiran Olahraga Dalam Pendidikan Jasmani
Dan Sukan Bagi Acara Balingan.
Masa 2 hari (12 jam interaksi)
Personel Wan Zamri bin Wan Muhamad
A. Objektif Hashim bin Ismail
Khairul Azman bin Khairuddin
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menyatakan konsep secara umum acara balingan dalam olahraga
2. Menjelaskan kepentingan latihan kemahiran dan keselamatan dalam aktiviti pendidikan
jasmani dan sukan bagi acara balingan.
3. Merancang pemilihan atlit dan program latihan yang sesuai, jelas, baik dan tersusun.
4. Melakukan aktiviti pemilihan atlit, kemahiran balingan dengan baik mengikut kaedah
yang betul dan selamat.
5. Mengaplikasikan latihan kemahiran acara balingan dalam pengajaran PJ dan Sukan.
6. Membezakan jenis-jenis ujian bagi pemilihan atlit bagi acara balingan.
B. Kandungan Pengajaran
1. Pengenalan Acara Lontaran Dalam Olahraga
2. Pemilihan Atlit Bagi Acara Balingan
3. Kemahiran Dalam Melontar Peluru
4. Kemahiran Dalam Merejam Lembing
5. Kemahiran Dalam Melempar Cakera
6. Pengurusan Aktiviti & Program Latihan Dalam Acara Balingan Bagi Atlit Muda
7. Kesalahan Dan Keselamatan Dalam Acara Balingan Bagi Atlit Muda
8. Pembentangan Tugasan Berkumpulan
C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Perbengkelan
3. Tunjuk Cara
4. Amali
5. Pembentangan
6. Akses Kendiri
7. Bimbingan
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Pen marker
5. Alat ganti/ubahsuai aktiviti (peluru/lembing/cakera)
E. Penilaian
1. Secara berkumpulan dua atau tiga orang. Rancang dan bentangkan satu sesi
pemilihan atlit acara balingan di sekolah anda.
2. Secara berkumpulan dua atau tiga orang. Rancang dan bentangkan satu sesi latihan
selama 60 minit bagi kemahiran berikut :
(i) Melontar Peluru Murid berumur 10-12 tahun
(ii) Merejam Lembing Murid berumur 12-14 tahun
(iii) Melempar Cakera Murid berumur 12-14 tahun
Sesi latihan tersebut mestilah mengandungi aktiviti memanaskan badan, aktiviti
kemahiran dan aktiviti menyejukkan badan.
F. Rumusan / Refleksi
*Pemudah Cara boleh memilih strategi yang lain untuk menjayakan bengkel tersebut
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS
1.0 PENGENALAN ACARA BALINGAN DALAM OLAHRAGA
1.1 Melontar Peluru
1.2 Merejam Lembing
1.3 Melempar Cakera
2.0 PEMILIHAN ATLIT BAGI ACARA BALINGAN
2.1 Ujian Antropometrik
2.2 Ujian Kecergasan
Topik Pengenalan
Masa Slot 1: 2 jam (8.00 10.00 pg.)
Personel Wan Zamri bin Wan Muhamad
A. Objektif Hashim Bin Ismail
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan konsep dan pengertian acara balingan dalam olahraga.
2. Menyatakan spesifikasi acara, kumpulan umur dan berat alatan yang dipertandingan
dalam acara balingan.
3. Mengenalpasti ujian-ujian sesuai dalam pemilihan atlit balingan.
4. Melakukan aktiviti ujian pemilihan dengan menggunakan bateri ujian yang
dicadangkan.
5. Membezakan jenis-jenis ujian yang sesuai dalam pemilihan atlit.
B. Kandungan Pengajaran
1. Kerangka Konsep Acara Balingan dalam Olahraga
2. Takrifan Acara Melontar Peluru, Merejam Lembing dan Melempar Cakera.
3. Bateri-Bateri Ujian Pemilihan Atlit Acara Balingan.
C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Tunjuk Cara
3. Akses Kendiri
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Slide Power Point
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Pen marker
5. Bola sofbol, Medicine Ball, pita ukur, kapur, tepung kanji.
F. Penilaian
1. Ujian kertas dan pensel (spesifikasi acara, kump umur dan berat alatan)
2. Soal jawab perbezaan jenis-jenis ujian
G. Senarai Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (2010). Bahagian Sukan, Garis Panduan
Pengurusan Kejohanan Padang dan Balapan (Olahraga) Di Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (2015) KSSM PJPK, DSKP, tingkatan 1. Putrajaya,
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (2016). KSSM PJPK, DSKP, tingkatan 2. Putrajaya,
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (2017). KSSM PJPK, DSKP, tingkatan 3. Putrajaya,
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (2014) KSSR PJPK, DSKP, tahun 5. Putrajaya,
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), (2015) KSSR PJPK, DSKP, tahun 6. Putrajaya,
Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian sukan, (2011). Program mengenal pasti bakat
sukan (tid) peringkat sekolah, Kuala Lumpur. Didapati daripada http://tid-kpm-
2011.blogspot.com/. Akses pada 18 Mei 2020.
Wood, R. J. (2010). Complete Guide to Fitness Testing. Topendsports.com diakses pada 23
April 2020., daripada https://www.topendsports.com/testing/
Sargent, D.A. The Physical Test of a Man. American Physical Education Review, 26, 188-
194.(1921).
Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul
Acara Balingan Dalam Sukan
Olahraga di Sekolah
Melontar Peluru Merejam Lembing Melempar Cakera
Pengajaran PJ di
Sekolah
Melontar Peluru Merejam Melempar Cakera Melontar Tukul
(Tahun 5 & Lembing (Tahun 5 & Besi
Tingkatan 1) (*Tahun 6 Tingkatan 3)
&Tingkatan 2) (*Tahun 6)
*Acara yang seakan-akan merejam lembing dan melontar tukul besi
2.0 PENGENALAN ACARA LONTARAN DALAM OLAHRAGA
2.1 Definisi dan Konsep Secara Umum
Acara balingan adalah sebahagian daripada acara padang yang dipertandingkan dalam
kejohanan olahraga. Kejohanan olahraga yang dibincangkan dalam modul ini adalah merujuk
kepada olahraga di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Acara balingan yang dipertandingkan
di peringkat sekolah dan daerah biasanya adalah acara melontar peluru, merejam lembing dan
melempar cakera. Ketiga-tiga acara ini dipertandingkan bagi kategori lelaki dan perempuan.
Manakala terdapat satu lagi acara balingan iaitu baling tukul besi yang jarang sekali
dipertandingkan di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, bagi acara merejam lembing dan
melempar cakera bagi kedua-dua kategori hanya dipertandingkan di peringkat sekolah
menengah sahaja. Manakala bagi acara melontar peluru, acara ini dilaksanakan pada kedua-dua
peringkat iaitu sekolah rendah dan menengah.
Begitu juga dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani, kemahiran
melontar peluru dan melempar cakera terdapat dalam DSKP sekolah rendah (KSSR) bagi tahun
5. Manakala acara yang seakan-akan merejam lembing dan melontar tukul besi terdapat dalam
DSKP sekolah rendah (KSSR) bagi tahun 6 dalam bentuk secara tidak langsung, iaitu merejam
objek berbentuk rod dan membaling objek berbentuk sfera yang bertali. Bagi kemahiran melontar
peluru, merejam lembing dan melempar cakera terdapat dalam DSKP sekolah menengah
(KSSM) bagi tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Sumber : Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Padang dan Balapan (Olahraga) Di Sekolah
(2010), Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2.1.1 Melontar Peluru
Merujuk kepada acara melontar peluru di dalam jadual di atas, bahagian sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2010) telah mencadangkan acara ini bagi
semua peringkat kumpulan umur, iaitu lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah (L18), lelaki
berumur 15 tahun dan ke bawah (L15), lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah (L12), lelaki
berumur 10 tahun dan ke bawah (L10), manakala perempuan juga adalah dalam
kumpulan umur yang sama. Namun begitu kebanyakan sekolah tidak melaksanakan bagi
kumpulan umur lelaki dan perempuan 10 tahun dan kebawah (L10 dan P10). Kebanyakan
sekolah melaksanakan hanya satu kumpulan umur lelaki dan satu kumpulan umur
perempuan sahaja, iaitu L12 dan P12. Bagi peserta yang berumur 10 tahun dan ke bawah
boleh juga menyertai dalam kumpulan umur 12 tahun ke bawah.
Bagi kategori berat peluru pula juga merujuk kepada jadual di atas iaitu bagi kumpulan
umur L18 adalah seberat 5.45 kg, L15 seberat 4.55 kg, L12 dan L10 seberat 2.72 kg.
Manakala bagi kategori perempuan P18 dan P15 adalah seberat 4 kg, P12 dan P10
adalah seberat 2.72kg.
2.1.2 Merejam Lembing
Merujuk kepada acara merejam lembing di dalam jadual di atas, bahagian sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2010) telah mencadangkan acara ini hanya bagi
kumpulan umur lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah (L18), lelaki berumur 15 tahun dan
ke bawah (L15), manakala perempuan juga adalah dalam kumpulan umur yang sama.
Bagi kategori berat lembing pula adalah merujuk kepada jadual di atas iaitu bagi
kumpulan umur L18 adalah seberat 700 gm, L15 seberat 600 gm. Manakala bagi kategori
perempuan P18 dan P15 adalah seberat 600 gm.
2.1.3 Melempar Cakera
Merujuk kepada acara melempar cakera di dalam jadual di atas, bahagian sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2010) telah mencadangkan acara ini hanya bagi
kumpulan umur lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah (L18), lelaki berumur 15 tahun dan
ke bawah (L15), manakala perempuan juga adalah dalam kumpulan umur yang sama.
Bagi kategori berat cakera pula adalah merujuk kepada jadual di atas iaitu bagi
kumpulan umur L18 adalah seberat 1.5 kg, L15 seberat 1.0 kg. Manakala bagi kategori
perempuan P18 dan P15 adalah seberat 1.0 kg.
3.0 PEMILIHAN ATLIT BAGI ACARA BALINGAN
Menurut Wood (2010), acara balingan seperti melempar cakera, melontar peluru,
merejam lembing dan melontar tukul besi juga memerlukan komponen kecergasan utama
iaitu kuasa. Kuasa bahagian atas badan (upper body) dan kuasa bahagian bawah badan
(lower body) adalah diperlukan untuk menghasilkan balingan yang kuat dan berkesan.
Ujian dan pengukuran kuasa balingan dan kemampuan yang standard ialah ujian balingan
bola kriket, bola sofbol dan medicine ball. Bagi pengukuran kuasa letupan kaki (explosive
leg power) ialah ujian lompat menegak (vertical jump). Manakala ujian antropometrik
tambahan bagi atlit balingan ialah ujian panjang depa (arm span) dan ketinggian duduk
(sitting height). Selain daripada itu, untuk rekod peserta diwajibkan menguji atau
mengambil ujian bagi ketinggian berdiri dan berat badan.
3.1 Bateri-Bateri Ujian
3.1.1 Ujian Antropometrik dan Kecergasan
JENIS UJIAN ANTROPOMETRIK
Ujian 1
Ketinggian Berdiri
Definisi
Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas
Rasional kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)
Objektif
Peralatan Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap
sesuatu jenis sukan atau permainan. Contoh:- Atlet bola keranjang,
bola jaring, pendayung dan perenang mempunyai kelebihan dari
ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan
jika rendah.
Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.
Pita Pengukur (2 meter)
Pita penanda
Pegawai Memerlukan 3 penguji satu stesen:
Prosedur (pegawai yang menilai pelakuan peserta)
Penguji (membaca ukuran)
Pencatat
Prosedur Pita ukur dilekatkan secara
menegak di permukaan dinding
yang rata setinggi dua (2) meter.
Murid berdiri membelakangkan
dinding dengan kepala, bahu,
punggung dan tumit berada dalam
keadaan rapat ke dinding. Pita ukur
berada di tengah-tengah belakang
badan tanpa memakai alas kaki.
Kedua-dua belah kaki mesti dalam
posisi rapat sementara kedua-dua
tapak tangan mesti rapat di sisi
peha.
Semasa ukuran dibuat, murid
menarik nafas, tahan nafas, dan
memandang kehadapan.
Ukuran tinggi diambil dari bahagian
permukaan lantai hingga ke
bahagian paling atas kepala. Untuk
mendapat bacaan yang tepat,
pastikan papan klip A4 (bahagian
tinggi) diletakkan rapat pada
dinding (90°) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian
paling atas kepala. (Pastikan
murid tidak mengangkat tumit
semasa ukuran diambil).
Bacaan perlu diambil pada paras
mata penguji
Pemarkahan: Bacaan diambil
hampir kepada 0.1cm.
Ujian 2 Berat Badan
Definisi
Rasional Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan
berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.
Objektif
Peralatan Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian
Pegawai sukan dan permainan tertentu. Contoh: Atlet acara larian dan
berbasikal jarak jauh memerlukan berat badan yang ringan.
Prosedur
Untuk mendapat bacaan berat badan.
Alat penimbang berat yang standard
Memerlukan 3 penguji satu stesen:
Prosedur (pegawai yang menilai pelakuan peserta)
Penguji (membaca ukuran)
Pencatat
Alat penimbang diletakkan di atas
permukaan lantai yang rata.
Pastikan jarum alat penimbang
berat bermula pada skala sifar (0).
Semasa bacaan dibuat, murid
dikehendaki berdiri dalam posisi
menegak di tengah-tengah alat
penimbang tanpa alas kaki dan
memandang ke hadapan.
(Pastikan murid memakai
pakaian yang ringan).
Pemarkahan: Bacaan diambil
hampir kepada 0.1cm.
** (Pastikan tiada benda dalam
poket peserta semasa
menimbang).
Ujian 3 Panjang Depa
Definisi
Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung
jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras
bahu.
Rasional Untuk mendapat ukuran panjang depa. Ukuran panjang depa
(armspan) boleh memberi kesan terhadap pencapaian bagi sukan
Objektif dan permainan tertentu. Contoh : Atlet renang dan peninju yang
Peralatan ukuran depa tangannya panjang mempunyai kelebihan. Atlet
Pegawai angkat berat memerlukan depa yang pendek.
Prosedur Untuk mendapat ukuran panjang lengan semasa mendepa.
Pita pengukur (3 meter)
Pita penanda
Papan Klip A4
Memerlukan 3 penguji satu stesen:
Prosedur (pegawai yang menilai pelakuan peserta)
Penguji (membaca ukuran)
Pencatat
Pita ukur dilekatkan secara
melintang di permukaan dinding
yang rata sepanjang tiga (3) meter.
Bacaan sifar (0) pada pita ukur
hendaklah dilekatkan berada pada
(1) penjuru dinding.
Murid berdiri membelakangkan
dinding dengan posisi kepala,bahu
dan punggung berada dalam
keadaan rapat ke dinding. Kedua
belah kaki berada dalam posisi
rapat.
Murid mendepakan kedua tangan
pada paras bahu dan ianya
selari dengan pita ukur yang
dilekatkan secara melintang di
permukaan dinding. Posisi tapak
tangan mesti menghadap ke
hadapan.
Semasa ukuran diambil, murid
dikehendaki menarik nafas dan
tahan nafas serta memandang ke
hadapan.
Ukuran diambil dari bahagian dari
hujung jari tangan kiri hingga ke
bahagian paling hujung jari tangan
kanan (Jika ada kecacatan anggota
tangan, ukur pada bahagian
paling hujung anggota tangan).
Bagi mendapatkan bacaan yang
tepat, pastikan papan klip A4
diletakkan rapat pada dinding (90°)
Ujian 4 secara menegak di bahagian
Definisi hujung jari yang bertentangan
Rasional dengan jari di hujung penjuru
dinding.
Objektif Bacaan dicatat pada paras mata
Peralatan penguji.
Pegawai Pemarkahan : Bacaan diambil
hampir kepada 0.1cm.
Prosedur
Ketinggian Duduk
Tinggi Duduk
Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa
posisi duduk duduk melunjur.
Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan bahagian bawah
badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan dan
permainan tertentu.
Contoh : Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang
panjang, berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat
berat.
Untuk mendapat nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian atas dan
bawah badan semasa posisi duduk melunjur.
Pita Pengukur (2 meter)
Pita penanda
P
Memerlukan 3 penguji satu stesen:
Prosedur (pegawai yang menilai pelakuan peserta)
Penguji (membaca ukuran)
Pencatat
Pita ukur dilekatkan secara
menegak di permukaan dinding
yang rata setinggi dua (2) meter.
Murid duduk membelakangkan
dinding dengan posisi kepala, bahu
dan punggung berada dalam
keadaan rapat ke dinding dan pita
ukur berada di tengah-tengah
belakang badan.
Kedua-dua belah kaki mesti dalam
posisi rapat dan melunjur dengan
lurus.
Semasa ukuran dibuat, murid
menarik nafas, tahan nafas dan
memandang ke hadapan.
Ukuran tinggi diambil dari bahagian
permukaan lantai hingga ke
bahagian paling atas kepala. Untuk
mendapat bacaan yang tepat,
pastikan clipboard A4 (bahagian
tinggi) diletakkan rapat pada
dinding (90°) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian
JENIS UJIAN paling atas kepala (Pastikan
Ujian 1 punggung murid tidak terangkat
semasa ukuran dibuat).
Definisi Bacaan perlu diambil pada paras
mata penguji
Objektif dan Pemarkahan: Bacaan diambil
Populasi hampir kepada 0.1cm.
Sasaran
Peralatan KECERGASAN
Balingan Bola Sofbol
Pra Ujian
Ujian melibatkan membaling bola lisut (sofbol) semaksimum
Prosedur yang boleh.
Ini adalah ujian kecergasan kekuatan anaerobik, serta
mempunyai unsur kemahiran.
Ujian ini mengukur kekuatan, terutamanya bahagian atas badan
dan menilai jarak serta teknik balingan.
Sesuai bagi acara olahraga dan acara sukan yang lain.
Bola sofbol standard (lilitan 30.5 cm, berat 178 gram)
Pita ukur
Penanda/kon
Kawasan luar terbuka
Penjelasan tentang tujuan dan prosedur ujian kepada subjek.
Melakukan pemeriksaan risiko kesihatan dan persetujuan
daripada ibubapa dan murid.
Sediakan borang dan catat maklumat asas seperti umur, tinggi
badan, berat badan, jantina dan keadaan ujian (kelajuan dan
arah angin)
Ukur dan tandakan kawasan ujian.
Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ujian
dilaksanakan.
Tandakan garisan kedudukan
pembaling bermula.
Posisi permulaan atau balingan
bergantung kepada protokol
yang digunakan.
Murid mesti membaling bola
tanpa melintasi garisan.
Lengan dominan digunakan.
Sekiranya garisan dilintasi atau
bola tidak mendarat di kawasan
sasaran lontaran dianggap
sebagai pelanggaran syarat.
Dua lontaran latihan
dibenarkan.
Tiga balingan dibenarkan untuk
pengukuran dibuat.
Sudut bola dibaling adalah
penting. Anda mungkin ingin
menjelaskan kepada subjek
Posisi Balingan mengenai sudut optimum untuk
jarak maksimum.
Skor
Kekuatan Terdapat empat variasi dari posisi permulaan / balingan.
Kelemahan Bagi menstabilkan badan dengan lutut atau kaki di posisi.
i. Lutut di tempat balingan. Balingan adalah dari kedudukan
Ujian 2 melutut dan lutut tetap di tanah semasa balingan.
Definisi ii. Kaki di tempat balingan - kaki tetap rata di atas tanah semasa
balingan.
Objektif dan iii. Kaki : Pendekatan satu langkah ,di mana satu langkah boleh
Populasi diambil sebelum membaling.
Sasaran iv. Larian : jarak yang ditetapkan (cth: 10m) dibenarkan untuk
Peralatan pendekatan larian ke garis balingan.
Pra Ujian
Jarak dari garisan permulaan ke tempat bola mendarat
diambilkira dan dicatatkan.
Jarak terbaik dari tiga lontaran direkodkan.
Ujian ini mudah dilakukan untuk seseorang, dengan peralatan
yang mudah diperolehi.
Tiga orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini dengan
lancar: satu untuk menandakan hasil, satu orang untuk
memeriksa teknik dan satu lagi untuk mengutip bola.
Sekiranya menguji dalam kumpulan besar, ianya memakan
masa untuk menghabiskan ujian tersebut.
Balingan Bola Keranjang Secara Duduk
Ujian sederhana kekuatan dan menguji kekuatan badan bahagian
atas, yang hanya memerlukan membaling bola keranjang sejauh
mungkin dengan memastikan punggung sentiasa bersentuhan
dengan dinding.
Mengukur kekuatan bahagian atas badan dan kuasa letupan
(explosive power) (lengan, bahu dan dada).
Sesuai untuk atlit sukan yang menggunakan kuasa bahagian
atas badan.
Bola keranjang
Dinding
Pita pengukur
Penjelasan tentang tujuan dan prosedur ujian kepada subjek.
Melakukan pemeriksaan risiko kesihatan dan persetujuan
daripada ibubapa dan murid.
Sediakan borang dan catat maklumat asas seperti umur, tinggi
badan, berat badan, jantina dan keadaan ujian.
Periksa dan catat berat bola.
Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ujian
dilaksanakan.
Prosedur Murid duduk di lantai dengan
punggung menghadap dinding, dan
Skor kaki dilunjurkan sepenuhnya di
Kekuatan hadapan badan.
Kelemahan Bola dipegang dengan dua tangan
pada aras dada dan siku
Ujian 3 dibengkokkan.
Definisi Murid menolak bola keranjang
Objektif dan dengan kuat sejauh yang mampu
Populasi sambil menahan belakang ke
Sasaran dinding.
Peralatan Murid tidak boleh melemparkan
Pra Ujian sebelah tangan.
Jarak balingan direkodkan.
Tiga percubaan dibenarkan.
Jarak dari dinding ke tempat bola mendarat dicatatkan.
Pengukuran direkodkan ke sentimeter terdekat.
Hasil terbaik dari tiga lontaran dicatatkan.
Ujian ini senang dan cepat dilakukan untuk seseorang individu.
Tiga orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini dengan
lancar: satu untuk menandakan hasil, satu orang untuk
memeriksa teknik dan satu lagi untuk mengutip bola.
Sekiranya menguji dalam kumpulan besar, ianya memakan
masa untuk menghabiskan ujian tersebut.
Balingan Ke Hadapan Medicine Ball dari Atas Kepala
Ujian balingan Medicine Ball digunakan untuk menilai kuasa.
Balingan ke hadapan dari atas kepala untuk jarak jauh adalah
ujian kekuatan bahagian atas badan dan daya letupan
(explosive power).
Untuk mengukur kekuatan bahagian atas badan dan kuasa
letupan.
Kekuatan bahagian atas badan adalah penting, seperti sukan
mendayung, tenis dan merejam lembing.
Medicine Ball 2-5 kg digunakan bergantung pada kumpulan
umur yang diuji.
Pita ukur.
Penjelasan tentang tujuan dan prosedur ujian kepada subjek.
Melakukan pemeriksaan risiko kesihatan dan persetujuan
daripada ibubapa dan murid.
Sediakan borang dan catat maklumat asas seperti umur, tinggi
badan, berat badan, jantina dan keadaan ujian.
Garisan permulaan perlu ditanda dengan jelas.
Periksa berat bola
Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ujian
dilaksanakan.
Prosedur Kaki dibuka seluas bahu.
Bola dipegang dengan tangan dan
sedikit di belakang kepala.
kemudian dibaling dengan kuat ke
depan sejauh mungkin.
Aksi balingan adalah seperti aksi
lontaran bola sepak bagi bola
keluar.
Murid dibenarkan melangkah ke
depan melewati garisan setelah
bola dilepaskan.
Tiga percubaan dibenarkan.
Skor Jarak dari posisi permulaan ke tempat bola mendarat
direkodkan.
Kekuatan Ukuran dicatatkan ke jarak 0.5 kaki atau 10 cm terdekat.
Kelemahan Jarak terbaik dari tiga lontaran direkodkan.
Ujian 4 Ujian ini mudah dilakukan untuk seseorang.
Definisi
Tiga orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini dengan
Objektif dan lancar: satu untuk menandakan hasil, satu orang untuk
Populasi memeriksa teknik dan satu lagi untuk mengutip bola.
Sasaran Sekiranya menguji dalam kumpulan besar, ianya memakan
Peralatan masa untuk menghabiskan ujian tersebut.
Pra Ujian Balingan Medicine Ball Dari Sisi Secara Berdiri
Ujian balingan Medicine Ball digunakan untuk menilai daya
kuasa.
Balingan secara berdiri untuk jarak adalah ujian kekuatan torso
badan dan daya letupan (explosive power)
Ujian ini mengukur kekuatan bahagian atas dan bawah badan
serta daya letupan, terutamanya dengan tindakan memutar.
Sukan yang menggunakan kekuatan bahagian atas badan
adalah penting seperti mendayung, tenis, merejam lembing
Medicine Ball 2-5 kg digunakan bergantung pada kumpulan
umur yang diuji.
Pita ukur.
Penjelasan tentang tujuan dan prosedur ujian kepada subjek.
Melakukan pemeriksaan risiko kesihatan dan persetujuan
daripada ibubapa dan murid.
Sediakan borang dan catat maklumat asas seperti umur, tinggi
badan, berat badan, jantina dan keadaan ujian.
Garisan permulaan perlu ditanda dengan jelas.
Periksa berat bola.
Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ujian
dilaksanakan.
Prosedur Kaki dibuka seluas bahu.
Mulakan dengan tangan
Skor memegang di bawah bola, lengan
Kekuatan diluruskan di hadapan badan.
Kelemahan Bola kemudian dihayunkan ke
belakang badan, memusingkan
Ujian 5 pinggul dan torso badan, kemudian
Definisi mengayunkan badan dengan kuat
Objektif dan untuk membuang bola sejauh
Populasi mungkin.
Sasaran Galakkan murid menggunakan
Peralatan kaki, punggung dan lengan untuk
Pra Ujian membantu memaksimumkan jarak
yang dilemparkan,
Murid juga dibenarkan jatuh ke
atas garisan setelah bola
dilepaskan.
Tiga percubaan dibenarkan di
setiap sisi.
Jarak dari posisi permulaan ke tempat bola mendarat
direkodkan.
Ukuran dicatatkan ke jarak 0.5 kaki atau 10 cm terdekat.
Jarak terbaik dari tiga lontaran direkodkan.
Ujian ini mudah dilakukan untuk seseorang.
Tiga orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini dengan
lancar: satu untuk menandakan hasil, satu orang untuk
memeriksa teknik dan satu lagi untuk mengutip bola.
Sekiranya menguji dalam kumpulan besar, ianya memakan
masa untuk menghabiskan ujian tersebut.
Balingan Medicine Ball Dari Aras Bawah Tangan
Ujian balingan medicine ball digunakan untuk menilai daya
kuasa.
Balingan bawah tangan untuk jarak jauh adalah ujian kekuatan
bahagian atas dan bawah badan serta daya letupan.
Ujian ini mengukur kekuatan bahagian atas dan bawah badan
serta daya letupan.
Sukan yang menggunakan kekuatan bahagian atas badan
adalah penting seperti mendayung, tenis, merejam lembing
Medicine Ball 2-5 kg digunakan bergantung pada kumpulan
umur yang diuji.
Pita ukur.
Penjelasan tentang tujuan dan prosedur ujian kepada murid.
Melakukan pemeriksaan risiko kesihatan dan persetujuan
daripada ibubapa dan murid.
Sediakan borang dan catat maklumat asas seperti umur, tinggi
badan, berat badan, jantina dan keadaan ujian.
Garisan permulaan perlu ditanda dengan jelas.
Periksa berat bola.
Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ujian
dilaksanakan.
Prosedur Murid berdiri dan kaki dibuka
seluas bahu dan menghadap ke
Skor arah bola yang hendak dibalingkan.
Kekuatan Bola dipegang di kedua tangan di
Kelemahan antara kaki, dengan lengan
diluruskan ke depan dan ke bawah.
Ujian 6 Tangan diletakkan di belakang dan
Definisi di bawah bola.
Dengan menggunakan kaki,
Objektif dan punggung dan lengan untuk
Populasi membantu, bola kemudian
Sasaran dilemparkan dengan kuat ke depan
Peralatan sejauh mungkin.
Pra Ujian Murid dibenarkan jatuh ke depan
melalui garisan setelah bola
dilepaskan (untuk
memaksimumkan jarak lontaran).
Tiga percubaan dibenarkan.
Jarak dari posisi permulaan ke tempat bola mendarat
direkodkan.
Ukuran dicatatkan ke jarak 0.5 kaki atau 10 cm terdekat.
Jarak terbaik dari tiga lontaran direkodkan.
Ujian ini mudah dilakukan untuk seseorang.
Tiga orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini dengan
lancar: satu untuk menandakan hasil, satu orang untuk
memeriksa teknik dan satu lagi untuk mengutip bola.
Sekiranya menguji dalam kumpulan besar, ianya memakan
masa untuk menghabiskan ujian tersebut.
Lompat Menegak (Vertical Jump)
Ujian lompat menegak adalah ujian daya kuasa bahagian
bawah badan (Wood, 2010).
Ujian ini pertama kali dijelaskan hampir 100 tahun yang lalu
(Sargent, 1921) yang dikenali sebagai Lompat Sarjan.
Untuk mengukur ketinggian lompat menegak yang dilonjak.
Untuk mengukur kekuatan otot kaki
Atlit sukan yang memerlukan kekuatan otot kaki seperti atlit
lompatan dan balingan dan lain-lain.
Pita pengukur.
Dinding bertanda
Kapur untuk penanda didinding.
Penjelasan tentang tujuan dan prosedur ujian kepada murid.
Melakukan pemeriksaan risiko kesihatan dan persetujuan
daripada ibubapa dan murid.
Sediakan borang dan catat maklumat asas seperti umur, tinggi
badan, berat badan, jantina dan keadaan ujian.
Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ujian
dilaksanakan.
Prosedur Murid berdiri di sebelah dinding
dan mencapai dengan tangan yang
Skor paling dekat dengan dinding.
Kekuatan Kaki rata di atas lantai dan buka
Kelemahan seluas bahu.
Titik hujung jari ditandakan atau
direkodkan. Ini dipanggil ketinggian
jangkauan berdiri.
Murid kemudian berdiri jauh sedikit
dari dinding dan melompat secara
menegak setinggi mungkin
menggunakan kedua-dua lengan
dan kaki untuk membantu
melonjakkan badan ke atas.
Cuba menyentuh dinding pada titik
tertinggi lompatan.
Perbezaan jarak antara ketinggian
jangkauan berdiri dan ketinggian
lompatan adalah skor.
Tiga percubaan terbaik dicatatkan.
Ketinggian lompatan biasanya dicatat sebagai skor jarak.
Lihat jadual norma lompat menegak untuk menilai skor.
Ujian ini mudah dilakukan untuk seseorang.
Teknik lompatan memainkan peranan dalam memaksimumkan
skor anda, kerana subjek mesti melakukan lompatan sehingga
dinding ditandai di puncak lompatan.
Cadangan Ujian :
i. Ujian Antropometrik :
Ujian 1 4: Wajib
ii. Ujian Kecergasan :
Ujian 1: Wajib
Ujian 2 hingga 5 (pilih 1 sahaja yang bersesuaian)
Ujian 6: wajib.
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS
Topik 3.0 KEMAHIRAN DALAM MELONTAR PELURU
Masa 3.1 Teknik dan Fasa-Fasa Lontaran
Personel
Slot 2 : (10.30 12.30 tengahari)
Wan Zamri bin wan Muhamad
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan teknik lontaran dan fasa-fasa dalam acara lontar peluru
2. Menyatakan butiran mengajar dalam melaksanakan acara lontaran
3. Mengenalpasti kesalahan-kesalahan teknikal yang dilakukan dalam lontar peluru
4. Melakukan aktiviti lontar peluru dengan kaedah yang dicadangkan.
5. Membezakan teknik lontar peluru gaya Parry O`Brien dan gaya-gaya lain.
B. Kandungan Pengajaran
1. Teknik Lontaran
2. Fasa-Fasa Lontaran
C. Kaedah
1. Amali
2. Tunjuk Cara
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
E. Alatan
1. Peluru
2. Bola sofbol
F. Penilaian
1. Menganalisis Fasa-Fasa Lontaran
2. Melakukan Lontaran Gaya Parry O`Brien
G. Senarai Rujukan
Majlis Sukan Negara, (1996). MAAU/NSC National Coaches Education and Certification
Programme, Level 1, Malaysia.
Mackenzie, B. (2001) Shot Putt [WWW] Didapati daripada:
https://www.brianmac.co.uk/shot/index.htm diakses pada 30/4/2020.
Harald Müller and Wolfgang Ritzdorf (1996). Run! Jump! Throw!, The International
Association of Athletics Federations. IAAF Coaches Education and Certification
System, UK.
Mohd Manshahar et.al., 2005. Draf manual latihan olahraga `multi lateral`, Majlis Sukan
Negara, Malaysia.
3.0 KEMAHIRAN DALAM ACARA MELONTAR PELURU
3.1 Teknik dan Fasa-Fasa Lontaran
3.1.1 Pegangan dan kedudukan peluru di leher
Info : `Clean palm, dirty neck,
elbow out 45°`
45° Objektif : Memegang peluru
dengan kemas
Peluru dipegang di pangkal jari dan bukannya di tapak tangan
Kedudukan antara jari haruslah selari dan dijarakkan sedikit daripada jari-jari lain
Ibu jari sebagai sokongan
Peluru diletakkan di bawah dagu dan rapat ke leher.
Pastikan ibu jari berada di atas tulang klavikel
Kedudukan posisi siku di sudut 45° daripada badan.
3.1.2 Fasa Persediaan
Arah lontaran
Info :
Objektif fasa : Persediaan
untuk gelungsur
Pelontar berdiri tegak di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan arah
lontaran
Pelontar membongkok badan selari dengan bumi
Badan seimbang dengan sokongan sebelah kaki
Kaki kiri dibengkokkan dan tendang ke belakang ke arah lontaran (1)
3.1.3 Fasa Gelungsur
papan henti
Info :
Objektif fasa : Untuk
menambahkan halaju
gelungsuran
Kaki kanan digerakkan ke arah lontaran
Kaki kiri digerakkan rendah ke hadapan papan penahan
Kaki sokongan (kanan) diluruskan di atas tumit
Kaki kanan sebaik mungkin mengekalkan bersentuhan dengan tanah sepanjang
fasa gelungsuran (jangan lompat)
Bahu dalam keadaan relaks serta menghadap garisan belakang.
3.1.3 (a) Fasa gelungsuran kedudukan kaki
Kiri Kanan
Info :
Kaki kanan gelungsur di atas tumit dan berada di Objektif fasa : Untuk
atas bebola kaki memulakan kelajuan
Kaki kanan diletakkan di tengah bulatan dan posisi badan untuk
lontaran
Pada penghujung fasa gelungsuran, kedua-dua kaki
mendarat hampir serentak dengan kaki kanan
mendarat dahulu pada bahagian dalam tapak kaki dan kaki kiri di atas bebola
kaki
3.1.4 Fasa Pelepasan
3.1.4 (a) Bahagian 1 : Posisi kuasa (power position)
Chin-knee-toe Info :
Objektif fasa :
Mengekalkan gerakan
peluru dan tingkatkan
kepantasan
Heel-Toe
Berat badan di atas bebola kaki kanan, lutut kiri dibengkokkan
Tumit kaki kanan dan jari kaki kiri diposisikan selari (heel-toe position)
Chin-knee-toe pada garisan lurus
Pinggang dan bahu diputarkan kea rah lontaran
Kepala dan tangan kiri masih di posisi ke belakang
Kedudukan siku kanan adalah di sudut 90° dari badan
3.1.4 (b) Bahagian 2 : Halaju Utama
Kaki kanan diluruskan dan pinggang diputar laju Info :
Objektif fasa :
menghadap ke arah lontaran Memindahkan halaju
Kaki kiri diluruskan untuk mendapat sudut pelepasan daripada pelontar ke
Pinggang dinaikkan
peluru
Siku kanan dipusingkan dan diangkat ke arah lontaran
Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri
3.1.4 (c) Bahagian 3 : Pergerakan Akhir Lengan
Info :
Objektif fasa :
Memindahkan halaju
daripada pelontar ke
peluru
Tolakan peluru bermula selepas kaki dan pinggang
diekstensi
Lengan kiri dibengkokkan rapat dengan badan
Gerakan tolakan berterusan sehingga penghujung jari
Kaki bersentuhan dengan tanah untuk dilepaskan
Kepala berada di belakang kaki kiri sehingga dilepaskan
3.1.5 Fasa Pemulihan
Info :
Objektif fasa : Untuk
menstabilkan pelontar
bertujuan mengelak
daripada pembatalan
lontaran
Posisi kaki bertukar mengikut lajak selepas pelepasan
Kaki kanan dikendurkan
Kaki kiri dihayunkan ke belakang
Mata melihat ke bawah
FASA-FASA GERAKAN MELONTAR PELURU SECARA KESELURUHAN
Info Penting :
Jarak lontaran bergantung kepada tiga faktor :
i. Ketinggian pelepasan peluru
ii. Sudut pelepasan peluru
iii. Kelajuan pelepasan peluru
(Mackenzie, B. 2001)
PROGRAM
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Tajuk KERANGKA KURSUS
Topik 4.0 KEMAHIRAN DALAM MEREJAM LEMBING
4.1 Teknik dan Fasa-Fasa Rejaman
Masa Slot 3 : (2.30 4.30 petang)
Personel Wan Zamri bin wan Muhamad
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan teknik rejaman dan fasa-fasa dalam acara merejam lembing
2. Menyatakan butiran mengajar dalam melaksanakan acara merejam lembing
3. Mengenalpasti kesalahan-kesalahan teknikal yang dilakukan dalam acara merejam
lembing
4. Melakukan aktiviti merejam lembing dengan kaedah yang dicadangkan.
5. Membezakan teknik merejam lembing dan gaya-gaya lain.
B. Kandungan Pengajaran
1. Teknik Rejaman
2. Fasa-Fasa Rejaman
C. Kaedah
1. Amali
2. Tunjuk Cara
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
E. Alatan
1. Lembing Ubahsuai
2. Lembing
F. Penilaian
1. Menganalisis Fasa-Fasa Rejaman
2. Melakukan Rejaman Lari 3 langkah
G. Senarai Rujukan
Majlis Sukan Negara, (1996). MAAU/NSC National Coaches Education and Certification
Programme, Level 1, Malaysia.
Harald Müller and Wolfgang Ritzdorf (1996). Run! Jump! Throw!, The International
Association of Athletics Federations. IAAF Coaches Education and Certification
System, UK.
Mohd Manshahar et.al., 2005. Draf manual latihan olahraga `multi lateral`, Majlis Sukan
Negara, Malaysia.
4.0 KEMAHIRAN DALAM ACARA MEREJAM LEMBING
4.1 Teknik dan Fasa-Fasa Rejaman
4.1.1 Pegangan lembing
Info :
Objektif fasa :
Mencengkam lembing
dengan kuat dan
selesa untuk merejam
Info :
Tiga gaya memegang lembing :
1. Gaya Amerika
2. Gaya Finnish
3. Gaya Bercabang (Forked)
(American Sport Education Program, 2008)
Ibu jari dan cengkaman jari telunjuk (1)
Cengkaman ibu jari dan jari hantu (2)
Cengkaman jari telunjuk dan jari hantu (3)
Kedudukan lembing menyilang di tapak tangan
Cengkaman di jari dalam keadaan relaks.
4.1.2 Fasa Larian
Info :
Objektif fasa : Untuk ritma
larian bersama lembing
Lembing dipegang mendatar di atas bahu
Kedudukan hujung lembing di paras kepala
Lengan lurus tidak digerakkan dan dipegang secara relaks (keadaan biasa)
Larian adalah secara biasa, terkawal dan ikut rentak (6-12 tapak)
Larian dimulakan dengan rentak perlahan dan dilajukan dalam rentak larian 5
langkah.
4.1.3 Fasa Ritma 5 Langkah Untuk Pelepasan
Info :
Objektif fasa :
Posisi lembing di
dalam keadaan
betul untuk
pelepasan
Pelepasan bermula dengan kaki kiri (1)
Bahu kiri menghadap arah rejaman, tangan kiri di posisi ke hadapan untuk
imbangan (2)
Tangan memegang lembing diluruskan ke belakang semasa langkah 1 dan 2
Tangan berada di paras bahu atau tinggi sedikit selepas rejaman dibuat
Hujung mata lembing hampir di kepala paras mata.
4.1.4 Fasa Ritma 5 Langkah (Impulse Stride)
Info :
Objektif fasa :
kedudukan dan
persediaan untuk
rejaman
Lutut kanan dihayun ke depan (bukan ke atas)
Badan condong ke belakang, kaki dan badan melepasi lembing
Bahu kiri dan mata menghadap ke arah rejaman
Tangan rejaman selari dengan bahu
Langkah (impulse) lebih panjang daripada langkah balingan.
4.1.5 Fasa Pelepasan
4.1.5 (a) Bahagian 1 : Transisi
Info :
Objektif fasa :
Memindahkan
halaju daripada
kaki ke badan
Kaki kanan menghadap ke arah rejaman
Kaki mendahului kedudukan badan
Kedudukan bahu, lembing dan pinggang selari
Lutut kanan dan pinggang ditolak ke hadapan
Tangan rejaman di posisi hadapan.
4.1.5 (b) Bahagian 2 : Posisi Kuasa (Power Position)
Info :
Objektif fasa :
Memindahkan
halaju badan ke
bahu
Kedudukan kaki kiri hendaklah mantap dan aktif
Bahagian kiri badan dalamkeadaan stabil
Pinggang dinaikkan.
Otot di bahagian hadapan badan sangat tegang pada kedudukan arc
Bahu rejaman digerakkan aktif ke hadapan
Siku tangan digerakkan ke dalam dan hadapan, tapak tangan kekal ke atas.
4.1.5 (c) Bahagian 3 (a) : Fasa Terakhir Pergerakan Tangan
Info :
Objektif fasa :
Memindahkan
halaju daripada
bahu/lengan ke
lembing
Siku kanan bergerak ke hadapan dan ke atas di sebelah kepala
Siku kanan diluruskan secara eksplosif
Bahagian kiri badan ditahan (blocking action) dengan siku kiri rapat ke badan
Kaki kanan sentuh tanah sehingga lembing dilepaskan
4.1.5 (c) Bahagian 3 (b) : Fasa Terakhir Pergerakan Tangan
Info :
Objektif fasa :
Memindahkan
halaju daripada
bahu/lengan ke
lembing
Memindahkan halaju daripada bahu/lengan ke lembing (1)
Kaki kanan dipusingkan ke kiri dan diheret dari belakang
Badan condong ke sebelah kiri dan bahu kanan diimbangkan atas kaki kiri (2) (3)
Tangan rejaman hendaklah rapat pada paksi semasa pelepasan (3)
4.1.2 4.1.5 Fasa Ritma 5 Langkah (Kedudukan Kaki)
Info :
Objektif fasa :
Menghasil dan
memindahkan
halaju ke
lembing
Lima langkah ritma mengandungi
o Larian
o Pergerakan beritma
o Pelepasan
Kelajuan ditingkatkan ke tahap maksima (bergantung kepada kebolehan
individu)
4.1.6 Fasa Pemulihan
Info :
Objektif fasa :
Memberhentikan
pergerakan
badan ke
hadapan bagi
mengelakkan
pembatalan
rejaman
Kaki ditahan selepas pelepasan lembing 2.0 meter.
Kaki kanan membengkok
Bahagian atas badan direndahkan
Kaki kiri dihayun ke belakang
Jarak kaki diheret antara garisan batal 1-5
FASA-FASA GERAKAN MEREJAM LEMBING SECARA KESELURUHAN