The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi nota peribadi inspirasi daripada program Kapsul Al-Hajj #Arafah #QuranHour sepanjang bulan Zulhijjah 1443H (2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafini.r, 2022-07-29 02:15:08

Kompilasi Kapsul Al-Hajj 2022

Kompilasi nota peribadi inspirasi daripada program Kapsul Al-Hajj #Arafah #QuranHour sepanjang bulan Zulhijjah 1443H (2022)

Keywords: #KapsulAl-Hajj,#QuranHour #Al-Hajj #AlQuran #Tadabbur

ARAFAH #QURAN HOUR KAPSUL
AL-HAJJ
SyafiniRomli
ZULHIJJAH 1443H (2022)

#Arafah #QuranHour
#HajiMembinaUmat

#SurahAlHajj

KOMPILASI NOTA
DISEDIAKAN OLEH:
NURSYAFINI ROMLI

KANDUNGAN

Episod 1: Fakta Menarik Surah Al-Hajj

Episod 2: Mutiara 1- TAQWA (‫)تقوی‬
Episod 3: Mutiara 2- HATI YANG BERSUJUD ( ‫)َتْق َوى ٱْلُقُلوِب‬
Episod 4: Keadaan Hati Manusia Yang Pelbagai

Episod 5: Mutiara 3- PENYERAHAN DIRI Kepada Allah
( ‫)ٱْلُم ْس ِلِم يَن‬

Mutiara Rumusan - 3 Bekalan & Senarai Semak Diri
Al-Hajj:

Episod 6: 4 Formula Berjaya Dunia & Akhirat

Episod 6: 4 Tindakan Orang Beriman

SyafiniRomli

Salam pembuka bicara...


‫ِبْس ِم ِهّٰللا الَّرْحٰم ِن الَرِح ْيِم‬



‫الَّلُه َّم َص ِّل َو َس ِّلْم َع ىَل َنِبِّيَنا ُم َحَّم ٍد‬




AlhamdulilLah,


atas izin-Nya, inilah kompilasi nota catatan peribadi saya dari Program
#QuranHour sepanjang Zulhijjjah 1443H (2022):

"6 Episod Kapsul Al-Hajj" oleh para penyampai;
Ustaz Muhammad Faiz & Tuan Fazrul Ismail.







Moga Allah S.W.T. menerima usaha ini sebagai jalan mendekatkan diri kepada

Allah & agar dapat menghayati hikmah & ibrah di sebalik rukun islam ke-5,

ibadah haji.




Buat semua pencinta Al-Quran, Selamat Membaca & silakan berkongsi dengan

sahabat-sahabat yang lain.




Daripada Seorang hamba yang berusaha menggapai cinta-NYA;

Syafi
niRomli




SyafiniRomli

EPISOD 1: MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ SyafiniRomli

FAKTA MENARIK SURAH AL-HAJJ

3 Fakta menarik tentang Surah Al-Hajj:

(1) Satu-satunya surah yang dinamakan
mengikut salah satu rukun Islam, iaitu HAJI (Al-
Hajj)

ibadah haji adalah ibadah yang besar kerana ia
memberi bayangan tentang hari kiamat & hari
mahsyar
ibadah yang menjadi dambaan setiap insan
sedari usia muda
ibadah yang mengumpulkan seluruh umat Islam
dari serata pelosok dunia dalam satu tempat
yang sama pada waktu yang sama

1

EPISOD 1: MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ SyafiniRomli

FAKTA MENARIK SURAH AL-HAJJ

(2) Ayat-ayat yang diturunkan dalam surah al-Hajj
mempunyai pelbagai latar belakang keadaan,
tempat & masa:
(i) ada ayat diturunkan di MEKAH & ada ayat diturunkan
di MADINAH

(ii) ada ayat diturunkan pada waktu SIANG & ada ayat
diturunkan pada waktu MALAM

(iii) ada ayat diturunkan ketika Nabi SAW sedang
bermukim & ada ayat diturunkan ketika Nabi sedang
bermusafir

(iv) ada ayat diturunkan ketika AMAN & ada ayat yang

diturunkan ketika BERPERANG 2

EPISOD 1: MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ SyafiniRomli

FAKTA MENARIK SURAH AL-HAJJ

❤️ (2A)- Kepelbagaian ini menggambarkan
keadaan ibadah Haji:

(i) perlunya berubah & bergerak dari satu tempat ke
satu tempat (Mekah - Mina - Arafah - Mudzalifah)

(ii) perlu bermusafir pada waktu siang mahupun
pada waktu malam

(iii) tidak hanya duduk selesa di satu tempat
bersendirian namun ada kalanya perlu bergerak
dalam gerombolan manusia, bersesak & bersusah-
susah, umpama di medan perang.

3

EPISOD 1: MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ SyafiniRomli

FAKTA MENARIK SURAH AL-HAJJ

❤️ (2B)- Kepelbagaian ini menggambarkan
keadaan kehidupan manusia di dunia:

(i) ada kalanya kita perlu bergerak dari satu tempat
ke satu tempat yang lain, tidak kira siang atau
malam, untuk melaksanakan sesuatu &
menyelesaikan tanggungjawab.

(ii) ada kalanya hidup kita tenang aman, tapi ada
ketika hidup kita mengalami kesukaran & kepayahan
& perasaan kita umpama berperang sesama-sendiri.

4

EPISOD 1: MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ SyafiniRomli

FAKTA MENARIK SURAH AL-HAJJ

(3) Perubahan seruan Allah pada permulaan &
penghujung surah (Ayat 1 & ayat 77) Surah al-Hajj:
Perhatikan:

(i) Pada permulaan surah (Ayat 1) ada seruan;
‫( َيٰٓـَأُّيَه ا ٱلَّناُس‬Wahai manusia!) - panggilan umum

kepada seluruh umat manusia (sama ada Islam atau
tidak, tanpa mengira bangsa & negara)

(ii) Pada penghujung surah (Ayat 77) ada seruan;
‫( َيٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذيَن َءاَم ُنو۟ا‬Wahai orang-orang yang beriman!)

5

EPISOD 1: MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ SyafiniRomli

FAKTA MENARIK SURAH AL-HAJJ

Lihat bagaimana seruan pada awalnya secara
umum kepada semua golongan manusia, namun di
akhir-akhir surah, Allah menyeru kepada kelompok
yang lebih khusus (lebih kecil), iaitu golongan yang
beriman!

Menunjukkan bahawa penceritaan Allah dalam
surah al-Hajj ini akhirnya akan memberi perubahan
& impak kepada sebahagian manusia.

6

ARAFAH #QURAN HOUR

MEMAHAMI SURAH AL-HAJJ
OLEH: USTAZ MUHAMMAD FAIZ ABDUL KARIM

SyafiniRomli

1 SATU-SATUNYA SURAH 2 PENURUNAN AYAT 3 PERUBAHAN SERUAN
DALAM AL-QURAN YANG DALAM PELBAGAI LATAR ALLAH DARIPADA "SEMUA
DINAMAKAN DARIPADA KEADAAN, TEMPAT & MANUSIA" KEPADA
SALAH SATU RUKUN ISLAM MASA "ORANG BERIMAN"
Ada ayat-ayatnya yang Pada permulaan surah
Ibadah HAJI adalah diturunkan di: (Ayat 1) ada seruan;
ibadah yang besar
‫َي ٰٓـَأُّيَه ا ٱلَّن اُس‬
kerana ia memberi (Wahai Manusia!)
BAYANGAN tentang Mekah/Madinah;
HARI KIAMAT & Hari siang/malam; Pada penghujung surah
ketika Nabi sedang (Ayat 77) ada seruan;
Kebangkitan. bermukim/sedang
bermusafir; ‫َي ٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذ يَن َء اَم ُن و۟ا‬
Ibadah yang ketika (Wahai orang-orang yang
MENGUMPULKAN aman/berperang.
SELURUH UMAT ISLAM beriman!)
dari serata pelosok KEPELBAGAIAN ini
dunia, dalam satu menggambarkan: Gambaran bahawa
tempat yang sama,
penceritaan Allah dalam
pada waktu yang sama. surah al-Hajj ini akhirnya
keadaan ketika
ibadah haji; akan memberi
keadaan dalam PERUBAHAN & IMPAK
kehidupan manusia.
kepada sebahagian
manusia.

EPISOD 2: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

Surah al-Hajj: Ayat 1



‫َيٰٓـَأُّيَه ا ٱلَّناُس‬
‫ٱَّتُقو۟ا َرَّبُكْم ۚ ِإَّن َزْلَزَلَة ٱلَّس اَعِة َش ْىٌء َعِظ يٌم‬

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan
kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu
perkara yang amat besar.

Ayat 1 adalah seruan kepada keseluruhan manusia
secara umum. Ayat ini dalam bentuk suruhan supaya
BERTAQWA KEPADA TUHAN. Pada bahagian akhir
ayat 1, diceritakan tentang kegoncangan hari kiamat
yang sangat besar.

7

EPISOD 2: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

Q: Mengapa pada ayat pertama telah diceritakan
tentang kegoncangan HARI KIAMAT?

A: Allah mahu TIMBULKAN RASA TAKUT DALAM DIRI
MANUSIA kerana kebanyakan manusia dapat
menggambarkan keadaan kegoncangan, malah ada
yang pernah merasakan sendiri kesan goncangan
seperti gempa bumi.

8

EPISOD 2: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

Q: MENGAPA PERLU timbulkan RASA TAKUT dalam
diri manusia?

Jawapan (1): Menyebabkan manusia bergegas
‘berlari’ mencari tempat perlindungan (protection).

Analogi: Apabila berlaku gempa bumi, semua
manusia akan bergegas mencari perlindungan.

9

EPISOD 2: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

Q: MENGAPA PERLU timbulkan RASA TAKUT dalam
diri manusia?

Jawapan (2): Membawa rasa keamanan &
kelapangan di dalam diri.

Analogi: Apabila gempa bumi berlaku, manusia
akan keluar daripada sesebuah bangunan (biar
sekukuh manapun dirasakan bangunan itu) & berlari
ke kawasan yang lebih lapang untuk RASA lebih
selamat (tidak dihempap bangunan yang runtuh).

10

EPISOD 2: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

Q: MENGAPA PERLU timbulkan RASA TAKUT dalam
diri manusia?

Jawapan (3): Lebih mudah untuk mendengar arahan
& perintah.

Analogi: Seorang anak yang sedang ketakutan &
mencari perlindungan daripada ibu bapanya, akan
lebih mudah mendengar & mengikut nasihat mereka
pada waktu itu.

11

EPISOD 2: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

Pada HARI KIAMAT, tidak ada perlindungan lain
melainkan satu sahaja kuasa yang dapat melindungi
kita semua, itulah ALLAH; TUHAN PEMILIK SELURUH
ALAM.

Perhatikan perkataan ‘Perlindungan’ dalam bahasa
Arab (‫ )وقی‬yang mempunyai kata dasar yang sama
dengan perkataan ‫( ٱَّتُقو۟ا‬taqwa).

Maka, MUTIARA 1 yang kita dapat adalah TAQWA;
melakukan semua perintah & suruhan Allah serta
meninggalkan semua larangan-Nya.

12

ARAFAH #QURAN HOUR

SyafiniRomli

TA(‫ی‬Q‫و‬W‫)تق‬A ‫َيٰٓـَأُّيَه ا ٱلَٱّنلَاُّسساَعٱَِةّتَُقشوْ۟اىٌَرءَّبَُعكِْظم ۚيٌِإمَّن َزْلَزَلَة‬

Rasa takut kepada Wahai umat manusia, berTAQWAlah
Allah dan berterusan kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya
gempa hari kiamat itu suatu perkara
mentaati perintah
Allah & meninggalkan yang amat besar.


larangan-Nya.
| AL-HAJJ:1 |



| USTAZ MUHAMMAD FAIZ ABDUL KARIM |

EPISOD 3: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 2: HATI YANG BERSUJUD
( ‫)َتْق َو ى ٱْل ُق ُلوِب‬

Surah al-Hajj: Ayat 32


‫ٱْلُقُلوِب‬ ‫ى‬ ‫َو‬ ‫َتْق‬ ‫ن‬ ‫ِم‬ ‫ا‬ ‫َفِإَّنَه‬ ‫ٱلَّلِه‬ ‫ٰٓـِئَر‬ ‫َع‬ ‫َش‬ ‫َوَم ن ُيَع ِّظْم‬ ‫َٰذ ِلَك‬



Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang
menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah
orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan
itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

Ayat 32 menceritakan tentang taqwa dibina
dengan HATI dengan cara ‫ُيَع ِّظ ْم َش َع ٰٓـِئَر ٱلَّلِه‬
(mengagungkan syiar-syiar Allah)

13

EPISOD 3: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 2: HATI YANG BERSUJUD
( ‫)َتْق َو ى ٱْل ُق ُلوِب‬

Syiar-syiar Allah bermaksud tanda atau lambang
yang menunjukkan kita mengagungkan agama ini
seperti:

Ibadah haji
Ibadah solat
Ibadah korban
Menghiasi diri dengan akhlak yang baik
Berpakaian mengikut syariat / menutup aurat
dan lain-lain yang berkaitan dengan agama
Islam.

14

EPISOD 3: AL-HAJJ (AYAT 1-24): SyafiniRomli
MUTIARA 2: HATI YANG BERSUJUD
( ‫)َتْق َو ى ٱْل ُق ُلوِب‬

Membesarkan Allah di hati dengan memberikan

KEUTAMAAN yang PALING UTAMA berbanding

perkara lain dalam kehidupan & SANGGUP

MELAKUKAN APA SAHAJA demi mengutamakan

ALLAH.

Orang yang mampu menzahirkan syiar Allah dalam
kehidupannya adalah orang yang membesarkan
Allah di HATINYA.

Maka, Mutiara 2 adalah hati yang bertaqwa, hati

yang tunduk bersujud ‫ َتْق َوى ٱْلُقُلوِب‬adalah hati yang
mengikut apa yang Allah perintah & meninggalkan

apa yang Allah larang. 15

ARAFAH #QURAN HOUR

SyafiniRomli

‫َٰذ ِلَك َو َم ن ُيََعتِْقَّظوْمىَشٱْلَُعقُٰٓـِلئَورِٱبلَّلِه َفِإَّنَه ا ِم ن‬ ‫َتْق َو ى ٱْلُقُلوِب‬

Demikianlah (ajaran Allah); dan Hati yang tunduk
sesiapa yang menghormati Syiar- bersujud penuh
syiar ugama Allah maka (dia lah ketaatan kepada
perintah Allah
orang yang bertaqwa) kerana
sesungguhnya perbuatan itu satu
kesan dari sifat-sifat TAQWA HATI

orang mukmin.



| AL-HAJJ:32 |



| USTAZ MUHAMMAD FAIZ ABDUL KARIM |

EPISOD 4: AL-HAJJ (AYAT 38-70): SyafiniRomli
KEADAAN HATI MANUSIA YANG
PELBAGAI

Surah al-Hajj: Ayat 53
‫ِٱفلْتََّنظًٰـِةلِِّلَمّليِذَنيََل
نِفِفىىِشُقَُقلاوٍِۭبِقه َبمَِعّميٍَردٌض‬
‫َو ٱْلَقاِس َيِة ُقُلوُبُهْم‬ ‫ْيَطٰـُن‬ ‫ٱلَّش‬ ‫ُيْلِقى‬ ‫ا‬ ‫َم‬ ‫ِّلَيْج َع َل‬
‫ۗ َوِإَّن‬


53. (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan
hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi
orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati
mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan
sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada
dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.

16

EPISOD 4: AL-HAJJ (AYAT 38-70): SyafiniRomli
KEADAAN HATI MANUSIA YANG
PELBAGAI

Semaklah kondisi hati kita:
(i) Adakah hati kita masih takut & tunduk ( ‫)َتْق َوى ٱْلُقُلوِب‬
kepada perintah Allah serta menjauhi laranganNya?

(ii) Adakah hati kita sudah mula berpenyakit?
( ‫)ِفى ُقُلوِبِه م َّم َرٌض‬

(iii) Adakah hati kita semakin keras membatu
( ‫ )ٱْلَقاِس َيِة ُقُلوُبُه ْم‬kerana sudah terlalu lama sakit?

Hati menjadi keras kerana sudah lama tidak disirami
ayat-ayat peringatan dalam al-Quran daripada Allah.
Semakin hati menjadi keras, semakin sukar hati itu untuk
bersujud & tunduk kepada perintah Allah serta susah
untuk menjauhi / meninggalkan larangan Allah.

17

EPISOD 4: AL-HAJJ (AYAT 38-70): SyafiniRomli
KEADAAN HATI MANUSIA YANG
PELBAGAI

Surah al-Hajj: Ayat 54


‫َلُهۥ‬ ‫َفُتْخ ِبَت‬ ‫ُنو۟ا ِبِهۦ‬ ‫َفُيْؤ ِم‬ ‫َءِامَم ُننٓوَّ۟ارِِّبإََلكٰى‬ ‫ُّق‬ ‫ٱْلَح‬ ‫َأَّنُه‬ ‫َُۗأوِوإَُتّنو۟اٱلٱَّْللَِعهْلَلََهم‬ ‫َوِلَيْع َلَمُقُٱلَّلوُِذبُهيَْمن‬
‫َتِقيٍم‬ ‫ٍط ُّم ْس‬ ‫ِص َٰر‬ ‫اِد ٱَّلِذيَن‬


54. Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu
mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar
dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya,
sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan
sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang
yang beriman ke jalan yang lurus.

18

EPISOD 4: AL-HAJJ (AYAT 38-70): SyafiniRomli
KEADAAN HATI MANUSIA YANG
PELBAGAI

Ayat 54 dari surah Al-Hajj ini memberi peringatan
kepada kita bahawa hati yang sentiasa disirami dengan
ILMU daripada Al-Quran & PERINGATAN daripada ayat-
ayat Allah akan membentuk hati yang TERSUNGKUR
SUJUD MENTAATI PERINTAH ALLAH ( ‫)َفُتْخِبَت َلُهۥ ُقُلوُبُه ْم‬.

Maka,
1.BERI PERHATIAN kepada kondisi HATI kita setiap hari.
2.Sirami hati dengan ILMU PENGETAHUAN &
PERINGATAN ALLAH daripada al-Quran secara
berterusan.
3.Jadikan ‫( َتْق َوى ٱْلُقُلوِب‬hati yang bertaqwa) - hati yang
tetap kekal bersujud kepada Allah, tidak mengira
masa & keadaan sebagai MATLAMAT kita.

19

EPISOD 4: AL-HAJJ (AYAT 38-70): SyafiniRomli
KEADAAN HATI MANUSIA YANG
PELBAGAI

4 JENIS HATI DALAM SURAH AL-HAJJ:

(i) Hati yang bertaqwa, takut & tunduk
( ‫ )َتْق َوى ٱْلُقُلوِب‬- Ayat 32

(ii) Hati yang berpenyakit
( ‫)ِفى ُقُلوِبِه م َّم َرٌض‬- Ayat 53

(iii) Hati yang keras
( ‫)ٱْلَق اِس َيِة ُقُلوُبُه ْم‬- Ayat 53

(iv) Hati yang tersungkur sujud kerana disirami ilmu

pengetahuan daripada Al-Quran

( ‫)َف ُتْخِبَت َلُه ۥ ُقُلوُبُه ْم‬- Ayat 54 20

ARAFAH #QURAN HOUR

| USTAZ MUHAMMAD FAIZ ABDUL KARIM |

‫َتْق َو ى ٱْلُق ُلوِب‬ ‫ِف ى ُقُلوِبِه م َّم َر ٌض‬

HATI YANG SUJUD HATI YANG
PENUH KETAATAN BERPENYAKIT

KEPADA ALLAH

Hati yang penuh ketaqwaan, 1AL-HAJJ:32
4 KEADAAN HATI 2AL-HAJJ:53 Penyakit Syahwah
patuh kepada perintah Allah (taat hawa nafsu,
MANUSIA DALAM kemaluan,perut) &
& meninggalkan segala Penyakit Syubhah (ragu-
larangan-Nya
ragu & pura-pura)

SURAH AL-HAJJ
3AL-HAJJ:53 4AL-HAJJ:54 ‫َف ُتْخ ِبَت َلُه ۥ ُقُلوُبُه ْم‬

‫ٱْلَق اِس َي ِة ُقُلوُبُه ْم‬ HATI YANG TUNDUK

HATI YANG KERAS KERANA DISIRAMI

ILMU PENGETAHUAN

DARI AL-QURAN

Mendinding diri daripada Dasar kepercayaan & iman
ajakan & peringatan kepada Allah semakin
kepada kebenaran teguh, bertambah dekat

SyafiniRomli kepada Tuhan

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

Surah al-Hajj: Ayat 78


‫ٓاَء‬ ‫َْلْنيَُكحْمَرٍَوجَت ُِۚكّم َّولَُنةوَ۟اأِبُشيَُهكَْدم‬ ۖ‫ُِوفهُلَوىََمٱشْلوَِِّدهلٰىييًُِدكناْمَِمع‬ ‫َلْي ُك ْم‬ ‫َج َع َل َع‬ ‫َٰرََعوَِهَلجيَٰـىمِه ۚٱُلدَُّنهَوا۟وِاسَِفس َّۚىمَفٰىَٱألَُِّقكلِيُهُممَٱحْول۟اَُّقمٱْلسَِّصِجلَِهَملٰاويِدََةِنهۦَِۚومَُءهاَُونتَٱقوْْ۟ابجُٱلَتلََبّٰزَىوَُِكفكٰوْمَىة‬ ‫ِإْب‬
‫َفِنْع َم ٱْلَم ْوَلٰى َوِنْع َم‬ ‫ٱلَّرُس‬ ‫ا ِلَيُكوَن‬ ‫َوَم ا‬
‫ِبٱلَّلِه‬ ‫َتِص ُمو۟ا‬ ‫َهٰـَذ‬
‫َوٱْع‬
‫ٱلَّنِص يُر‬


78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-
benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan
ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu
Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan
di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi
yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula
layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada
Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia
lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 21

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

Surah Al-Hajj ayat 78 memberikan rangkuman
perbincangan daripada awal Surah Al-Hajj, ia juga
memberikan dorongan, sokongan, motivasi dan
semangat kepada jemaah haji & alumni jemaah haji.

Apa mesej Allah kepada saya?

1.Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad

yang sebenar-benarnya

2.dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu

keberatan dan susah payah dalam perkara ugama

3.Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak

dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini

4.Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik

Pemberi pertolongan. 22

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

(1) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
jihad yang sebenar-benarnya

Setelah pulang daripada mengerjakan haji & setelah

tamat kita melalui hari-hari awal di bulan Zulhijjah, Allah

ingatkan kita supaya TERUS BERJUANG & TERUS

BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk

mengekalkan NILAI TAQWA dalam diri yang telah dibina

dalam ibadah haji & hari-hari awal di bulan Zulhijjah.

Berjuanglah bersungguh-sungguh PERTAHANKAN ‫َتْق َوى‬
‫ٱْلُقُلوِب‬, HATI YANG TUNDUK SUJUD pada PERINTAH
ALLAH ‘azza wa jalla, agar Momentum Taqwa dapat

dikekalkan & diteruskan, biarpun sudah pulang ke tanah

air & setelah berakhir bulan Zulhijjah. 23

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

(2) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung

sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara

ugama

Ibadah haji pada zahirnya dilihat sebagai satu ibadah
yang susah, berat, penat & seseorang itu sentiasa
berada dalam keadaan yang tidak selesa sepanjang
tempoh ibadah tersebut.

Namun, dalam melaksanakan semua kewajipan yang
Allah tetapkan ke atas hamba-hambaNya, semuanya
bertujuan UNTUK MEMBINA TAQWA dalam diri kita.

Allah tidak memerlukan apa-apa manfaat pun daripada

ibadah yang kita kerjakan, hakikatnya semua kewajipan

& ibadah yang kita laksanakan itu adalah untuk

MANFAAT DIRI KITA SENDIRI. 24

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

(3) Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam"
semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini

Berbanggalah kita memiliki nama sebagai seorang

“MUSLIM” kerana Allah yang telah MEMILIH ( ‫& )ٱْجَتَبٰى ُكْم‬
MENAMAKAN ( ‫ )َس َّم ٰى ُكُم‬kita sebagai ORANG-ORANG
ISLAM ( ‫)ٱْلُم ْس ِلِم يَن‬, nama yang istimewa diberikan oleh
Allah untuk kita.

Setelah kita mengetahui NILAI & KEHEBATAN nama
sebagai seorang Muslim ini, maka hendaklah kita
menjaga KESUCIAN AGAMA dengan berakhlak &
beramal SEBAGAI SEORANG yang benar-benar
MUSLIM.

25

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

(4) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan
sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Apa yang Allah mahu ingatkan kita hamba-Nya
melalui surah al-Hajj & ibadah haji yang kita
laksanakan ini?

Allah mahu kita BERSERAH DIRI sepenuhnya kepada
Allah.

Allah mahu kita mencari TEMPAT BERLINDUNG
hanya dengan Allah.

Allah mahu kita BERGANTUNG HARAP hanya
kepada Allah.

26

EPISOD 5: AL-HAJJ (AYAT 71-78): SyafiniRomli
MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْل ُم ْس ِل ِم يَن‬

Maka, Mutiara 3 adalah BERSERAH DIRI
SEPENUHNYA KEPADA ALLAH ‘azza wa jalla
(daripada nama yang kita bawa sebagai seorang
Muslim yang bermaksud penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah dalam kehidupan).

Ingatlah bahawa Allah sentiasa ‘menadah tangan’
seluas-luasnya untuk memberi PERLINDUNGAN &
PERTOLONGAN-NYA kepada kita di dunia & di
akhirat sana.

Maka, CARILAH DIA & MENDEKATLAH kepada-NYA…
27

ARAFAH #QURAN HOUR SyafiniRomli

| USTAZ MUHAMMAD FAIZ ABDUL KARIM |

BERBANGGALAH ‫ٱْلُمْس ِلِم يَن‬

kerana Allah yang (Orang-orang Islam)
MEMILIH &


MENAMAKAN kita
sebagai MUSLIM Penyerahan diri
sepenuhnya kepada

Allah

‫َِفد ٓاَىءََهعٰـَلَذ اىِلٱَيلَُّنكاِوسَن‬ ‫َو‬ ‫ُِهك ُيمًدٱاْلَُعمَلْْسيُِكلِْمميََونَتُِمك وُننَقوْ۟باُلُش‬ ‫َّم ٰى‬ ‫ُهَو َس‬...
‫َه‬ ‫َش‬ ‫ٱلَّرُس وُل‬

Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di
dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi

yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu
pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada

umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).




| AL-HAJJ:78 |

MUTIARA SURAH AL-HAJJ: SyafiniRomli

3 BEKALAN & SENARAI SEMAK BAKAL
JEMAAH HAJI & ALUMNI JEMAAH HAJI

3 BEKALAN buat jemaah haji & bakal jemaah haji
& 3 SENARAI SEMAK buat alumni jemaah haji:

MUTIARA 1: TAQWA (‫)تقوی‬

MUTIARA 2: SUJUD & TUNDUK KEPADA ALLAH
( ‫)َتْق َوى ٱْلُقُلوِب‬

MUTIARA 3: PENYERAHAN DIRI SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH ( ‫)ٱْلُم ْس ِلِم يَن‬

28

ARAFAH #QURAN HOUR

| USTAZ MUHAMMAD FAIZ ABDUL KARIM |

TA(‫ی‬Q‫و‬W‫)تق‬A 3 MUTIARA

Rasa takut kepada DARIPADA
Allah dan berterusan
‫َتْق َو ى ٱْلُقُلوِب‬ SURAH
mentaati perintah AL-HAJJ
Allah & meninggalkan
Hati yang tunduk ‫ٱْلُمْس ِلِم يَن‬
larangan-Nya. bersujud penuh
ketaatan kepada (Orang-orang Islam)
SyafiniRomli perintah Allah



Penyerahan diri
sepenuhnya kepada

Allah

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

Surah al-Hajj: Ayat 77


‫ْيَر‬ ‫ٱْلَخ‬ ‫َوٱْفَع ُلو۟ا‬ ‫َر َّبُك ْم‬ ‫ٱْرَكُعو۟ا َوٱْس ُج ُدو۟ا َوٱْعُبُدو۟ا‬ ‫َءاَم ُنو۟ا‬ ‫ٱَّلِذيَن‬ ‫َيٰٓـَأُّيَه ا‬


‫َلَع َّلُكْم ُتْف ِلُح وَن‬

77. Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah
serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan
beribadahlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat).

29

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

Seruan “Wahai orang-orang yang beriman,”
‫َيٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذيَن َءاَم ُنو۟ا‬

Ini adalah satu motivasi, bekalan & persediaan
kepada para hujjaj menuju Makkah al-Mukarramah
& menuju padang Arafah; bahawa kita perlu
siapkan diri dengan RASA IMAN.

Rasakan bahawa Allah memanggil kita dengan
panggilan “Wahai orang-orang yang beriman”,
dengan menginsafi bahawa walau apa sahaja
kekurangan yang ada pada diri kita, Allah tetap
memanggil kita dengan iman.

30

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

Maka, renung dalam diri & bermohonlah kepada
Allah:

“Ya Allah, jika iman saya ini senipis kulit bawang,
moga Engkau bantu aku untuk membina iman
menuju Bumi Barakah, Makkah al-Mukarramah &
bumi Arafah.”

“Ya Allah, jika iman saya ketika ini semakin menebal
dalam diri, kekalkan & tambahkanlah iman ini dalam
diriku.”

31

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

4 FORMULA BERJAYA ( ‫ )ُتْف ِلُحوَن‬:
Bagaimana mahu bina iman melalui QS22:77?

rukuklah;
serta sujudlah;
dan beribadahlah kepada Tuhan kamu
(dengan mentauhidkanNya);
serta kerjakanlah amal-amal kebajikan

32

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

(1) rukuklah

Sentiasa bersama orang-orang yang rukuk melalui
solat secara berjamaah.

(2) serta sujudlah

Sedar diri bahawa kita hanya HAMBA YANG HINA di
hadapan Allah.
Banyakkan sujud, meletakkan wajah kita yg mulia di
atas tanah & pada masa yg sama SEDAR bahawa
kita sebenanrnya adalah MAKHLUk yang amat hina,
amat rendah & amat kecil di hadapan Allah.

33

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

(3) dan beribadahlah kepada Tuhan kamu
(dengan mentauhidkanNya)

(Hubungan dengan Allah): Seluruh waktu dalam
kehidupan sebagai ibadah kepada-Nya.

Jadikan setiap masa dalam kehidupan kita sebagai
IBADAH dengan sebaik-baiknya (selepas
melaksanakan kewajipan solat & rukun-rukun
ibadah); sama ada dalam menjalankan
tanggungjawab pekerjaan, waktu bersosial bersama
teman, waktu bersiar-siar bersama keluarga, waktu-
waktu memenuhi keperluan diri (i.e. makan,minum,
tidur) mahupun dalam waktu perjalanan menuju hajj. 34

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

(4) serta kerjakanlah amal-amal kebajikan;

Hubungan sesama Manusia): Buat amal kebaikan
beramai-ramai & buat dengan sebanyak-
banyaknya.

Sentiasalah peka & cakna dengan persekitaran dan
makhluk Allah yang lain, agar kita dapat mencari
ruang & peluang yang tersedia untuk
mempersiapkan diri serta berusaha sehabis daya
membuat sebanyak-banyak kebaikan.

35

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS AL-HAJJ SyafiniRomli
4 FORMULA BERJAYA DUNIA &
AKHIRAT

Semak diri:

(i) Adakah rukuk saya cukup khusyuk?
(ii) Adakah sujud saya cukup tunduk?
(iii)Adakah ibadah saya cukup menunjukkan
kehambaan diri?
(iv) Adakah kebaikan yang saya lakukan cukup ikhlas
kerana Allah?

“Hayati setiap ayat-ayat Allah & teruskan
perjuangan demi meraih REDHA ALLAH ‘azza wa
jalla, walau di mana kita berada…ini satu permulaan
bagi meneruskan legasi Nabi Ibrahim a.s.”

36

ARAFAH #QURAN HOUR

| TUAN FAZRUL ISMAIL |

4 FORMULA BERJAYA DUNIA AKHIRAT

| INSPIRASI SURAH AL-HAJJ (22):77 |

‫َيٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذ يَن َءاَم ُنو۟ا ٱْر َك ُع و۟ا َو ٱْس ُج ُد و۟ا َو ٱْع ُبُد و۟ا َر َّبُك ْم َو ٱْف َع ُلو۟ا ٱْلَخ ْيَر َلَع َّلُك ْم ُتْف ِلُح وَن‬

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang),
dan beribadahlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-

amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).




| AL-HAJJ:77 |

01 02 03 04

‫ٱْر َك ُع و۟ا‬ ‫َو ٱْس ُج ُد و۟ا‬ ‫َو ٱْع ُبُد و۟ا َر َّبُك ْم‬ ‫َو ٱْف َع ُلو۟ا ٱْلَخ ْي َر‬

Solat berjemaah Sujud penuh Ketaatan kepada Memperbanyak

kehambaan Allah sepanjang amal kebaikan

Beribadah secara
masa

berjemaah &

Sedar diri bahawa Prihatin dengan
bergantung harap kita hanya hamba Seluruh waktu dalam masyarakat &
sepenuhnya kepada yang hina di hadapan kehidupan sebagai persekitaran - sentiasa
ibadah kepada Allah mencari peluang buat
Allah Allah
kebaikan

SyafiniRomli

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS SyafiniRomli
AS-SAJDAH AYAT 15

4 TINDAKAN ORANG BERIMAN

Surah as-Sajdah: Ayat 15


‫ِّبِهْم‬ ‫َر‬ ‫ْم‬ ‫ِبَح‬ ‫و۟ا‬ ‫َّبُح‬ ‫َوَس‬ ‫ا‬ ‫ًد‬ ‫َّج‬ ‫ا َخ ُّرو۟ا ُس‬ ‫ِإَذَاو ُُذهِّْكمُاَرلو۟اَيِْبَسه‬ ‫يَن‬ ‫ٱَّلِذ‬ ‫ِبَٔـاَيٰـِتَنا‬ ‫ُن‬ ‫ُيْؤ‬ ‫ا‬ ‫ِإَّنَم‬
‫ِد‬ ‫َتْك ِبُروَن‬ ‫ِم‬



15. Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman
kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-
orang yang apabila diberi peringatan dan
pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera
merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat
patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih
serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak
bersikap sombong takbur.
37

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS SyafiniRomli
AS-SAJDAH AYAT 15

4 TINDAKAN ORANG BERIMAN

Surah as-Sajdah mengulang & menekankan semula
mesej-mesej dalam surah Al-Hajj dalam cara yang
berbeza:

Tindakan orang beriman dalam ayat 15, surah as-
Sajdah:

Beriman dengan ayat-ayat Allah
Tersungkur sujud
Bertasbih
Bertahmid

38

EPISOD 6: TADABBUR RINGKAS SyafiniRomli
AS-SAJDAH AYAT 15

4 TINDAKAN ORANG BERIMAN

Apa mesej Allah kepada saya dalam surah As-Sajdah: 15?

Orang beriman apabila dia melihat segala perkara di langit
mahupun di bumi; dia akan mengaitkan segala-galanya sebagai
ayat-ayat Allah - TANDA KEBESARAN ALLAH.

KESAN: Orang beriman akan tersungkur SUJUD, menunjukkan
kepatuhan kepada Tuhan.

KESAN: Orang beriman akan berTASBIH - menyucikan jiwa daripada
segala gaya fikir & prasangka negatif terhadap Allah, rasa diri serba
kekurangan & penuh noda kekotaran, menyucikan Allah daripada
sebarang kekurangan & kelemahan.

KESAN: Orang beriman akan berTAHMID - memuji & bersyukur

kepada Allah, fokus / hayati semua nikmat yang banyak yang telah

diterima & tidak mempertikaikan / mempersoalkan takdir Allah

kepada dirinya. 39

ARAFAH #QURAN HOUR

| TUAN FAZRUL ISMAIL |

BERIMAN 4 BERSUJUD
DENGAN AYAT- TINDAKAN TANDA

AYAT ALLAH ORANG KEPATUHAN
(TANDA BERIMAN KEPADA ALLAH

KEBESARAN INSPIRASI SURAH BERTAHMID
ALLAH) AS-SAJDAH:15 MEMUJI &
BERSYUKUR
BERTASBIH SyafiniRomli DENGAN
MENSUCIKAN NIKMAT ALLAH

ALLAH
DARIPADA
SEBARANG
KEKURANGAN


Click to View FlipBook Version