The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penyampai: Ustazah Nazirah Abu Bakar (Pegawai Hal Ehwal Agama)
Anjuran: GrabNgaji Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafini.r, 2023-06-21 11:59:30

14 Pesanan buat Wanita daripada surah an-Nur (Siri 2 Seminar surah an-Nur)

Penyampai: Ustazah Nazirah Abu Bakar (Pegawai Hal Ehwal Agama)
Anjuran: GrabNgaji Malaysia

Keywords: #notasyafini #tadabbur #surahannur #pujukhatidenganalquran #catatlahtadabburmu

SyafiniRomli A N - N U R 14 PESANAN BUAT WANITA daripada Surah Seminar Surah an-Nur Penyampai: Ustazah Nazirah Abu Bakar (Pegawai Hal Ehwal Agama) Penganjur: GrabNgaji Malaysia CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA


SyafiniRomli 01 Dalam memilih pasangan, pastikan kita mengikut asas syariat, kerana semua itu akan memberi implikasi kepada zuriat keturunan. RasululLah SAW bersabda: ْت َب ِر َت اِت الِّديِن َذ ْر ِب ْظَف ا َف َها ِن ي ِل ِد َهاَو ِل َجَما ِل َهاَو ِب َحَس ِل َهاَو ِل َما ِل ٍع َب ْر ُة َأل َأ َمْر ْل ُحا ُتْن َك َداَك َي “Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu. ” Riwayat Al-Bukhari (5090) RasululLah SAW bersabda: ْرِض ِفي ا َأل ٌة ْن ِفْتَن َت ُك وا ُل ْفَع َت ِإال وُه، ُج َزِّو َف َقُه ُخُل ْرَضْوَن ِديَنُه َو َت اُكْم َمْن َت َأ َساٌد َع ِريٌض ِإَذا َف َو ”Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu reda akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan. ” Riwayat al-Tabarani (280) CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 01: Berwaspada dalam memilih pasangan Inspirasi dari ayat 2 surah an-Nur #Pesan 02: Berwaspada dengan nafsu Inspirasi dari ayat 2 surah an-Nur Ujian nafsu amat besar terutamanya bagi wanita. Lumrah wanita yang sukakan perhatian & penghargaan, menyebabkan wanita mudah terjebak dan terpedaya dengan ajakan & pujuk rayu kaum lelaki. Bentengilah diri dengan mengamalkan zikir pagi & zikir petang sebagaimana yang RasululLah SAW telah ajarkan, dengan meminta perlindungan daripada Allah: "Ya Allah, aku memohon keselamatan dari-Mu dalam urusan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku, amankanlah rasa takutku, jagalah diriku dari arah depan, arah belakang, arah kanan, arah kiri, dan arah atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu jangan sampai aku terpedaya dari arah bawahku. ” (HR. an-Nasa’i dan Ibnu Majah. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim).


SyafiniRomli 02 Dalam ayat 6-8 surah an-Nur ini menceritakan tentang hukum li'an. Sebagai seorang wanita (isteri), untuk membela diri & mempertahankan kebenaran, mereka perlu mempunyai ilmu yang secukupnya, apatah lagi berkenaan dengan hak diri yang Islam telah berikan. Maka, teruslah menuntut ilmu & menambah pengetahuan, jika bukan untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya kita dapat membantu wanita lain menegakkan hukum Tuhan. RasululLah SAW bersabda: ِلٍم ُمْس ُكِّل ى ٌة َع َل َض ِر َف ِم ْل لِع ْا ُب َطَل "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim. " Riwayat Ibnu Majah CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 03: Mengambil hak yang Islam berikan Inspirasi dari ayat 6-9 surah an-Nur #Pesan 04: Bahaya Fitnah dan Ghibah Inspirasi dari ayat 11 surah an-Nur Peristiwa al-ifk terhadap Saidatina Aishah r.a., menjadi bukti betapa bahayanya fitnah & ghibah ini dalam masyarakat. Ingatlah, perbuatan ini mendatangkan kemurkaan Allah. RasululLah SAW bersabda: ْيَن َّما َب ِم َعَد ْب َأ ِر ا ِفيالَّن َها ِب ُّل ِز يَها َي ِف َبَّيُن َما َيَت ِة َم ِل ْل َك ا ُم ِب َت َك َّل َي َل َعْبَد ْل َّن ا ِإ ق ِر َمْش ْل ا “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur. ” Riwayat Al-Bukhari (6477)


SyafiniRomli 03 Sedarlah, setiap amalan & perbuatan kita di dunia ini akan dibalas di akhirat kelak. Pasti! Allah sudah sediakan jalan buat para wanita untuk masuk ke syurga-Nya: RasululLah SAW bersabda: ْرَجَها، َف ْت َن ْهَرَها،َوَحَّص َش ُمَسَها،َوَصاَمْت ُة ُخ َأ َمْر ْل ِت ا َّل ا َص َذ ِإ ِت ِشْئ ِة َّن َواِب الَج ْب َأ ِّي َأ ْن ِم ْت َل َدَخ َها، َل ْع َب ْت ا َع َط َأ َو “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki” . Riwayat Ibn Hibban (4163) Maka, muhasabahlah diri & amalan kita setiap hari, agar tidak menyesal di akhirat nanti. CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 05: Berwaspada penyesalan di hari akhirat Inspirasi dari ayat 19 surah an-Nur #Pesan 06: Berwaspada dengan ujian berpasangan Inspirasi dari ayat 21 surah an-Nur Dalam berpasangan, ujian ikhlas menjadi salah satu perkara yang mencabar, ditambah pula dengan hasutan syaitan yang tidak pernah jemu mencuba untuk memesongkan niat & tujuan. Adakalanya diuji dengan pelbagai ragam & tabiat pasangan, yang mungkin hanya kecil tak berbekas, namun diperbesar & dimarakkan oleh syaitan hingga hilang khidmat yang ikhlas. “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya. ” Riwayat Abu Daud (5067), al-Tirmizi (3392), alNasa'ie (7699) dan Ahmad (7961)


SyafiniRomli 04 Allah menggariskan beberapa adab & panduan ketika bertamu & ketika menerima tetamu. Perlunya mendapat keizinan sebelum bertamu. Semua panduan ini adalah sebagai langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih besar & berbahaya; iaitu zina. RasululLah SAW bersabda: ا الَعْيِن َن ِز َف ، َل َة َمَحا َك َال ِل َرَك َذ ْد َأ ا، َن َنالِّز ِم ُه َّظ َمَح ِنآَد ىاْب َع َل َب َت َك َه َّل َّن ال ِإ َك ِل َذ َصِّدُق ُي ْرُج َف ِهي،َوال ْشَت َت ىَو َّن َم َت ْنِطُق،والقلب َساِن الَم ِّل ا ال َن ِز ُر،َو الَّن َظ ُه ُب ُي َك ِّذ ُه َو ُكَّل “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya. ” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 07: Memelihara adab sebagai tuan rumah & tetamu Inspirasi dari ayat 27-28 surah an-Nur #Pesan 08: Memelihara pandangan Inspirasi dari ayat 31 surah an-Nur :maksud membawaَ' يغُضضَن' Kalimah (i) Menundukkan / Merendahkan pandangan; (ii) Memendekkan pandangan (jangan berlamalama memandang). Boleh jadi hanya dengan satu pandangan itu akan memberi kesan berpanjangan dalam hidup; sama ada kesan yang baik atau kesan buruk, kita sendiri yang perlu menentukannya. Renungi kata-kata ulama' salaf (terdahulu): منحفظ بصرهنورالله بصيرته وقلبه “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya. ” (Lihat Tafsir Ibn Kathir Tahzib wa Tartib, oleh Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)


SyafiniRomli 05 Islam sangat mementingkan penjagaan aurat, terutamanya aurat wanita. Ambil cakna siapa mahram yang boleh melihat aurat wanita. “Apa yang zahir daripadanya (perempuan itu) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah. ” (Lihat Asna al-Matalib, 1/176) Menjaga aurat pada zaman teknologi & lambakan media sosial hari ini menjadi satu cabaran yang besar buat umat Islam, kerana bukan hanya aurat fizikal yang perlu dijaga, tapi juga melibatkan keaiban & maruah diri yang perlu dilindungi. Tanamlah rasa malu untuk melakukan dosa & larangan Allah: RasululLah SAW bersabda: َت... ْع َماِشْئ َن اْص َف ِح َت ْس َت ْم َل ا َذ ِإ Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka. Riwayat Bukhari CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 09: Menjaga aurat dan maruah diri Inspirasi dari ayat 31 surah an-Nur #Pesan 10: Berwaspada dengan perniagaan dan jual beli Inspirasi dari ayat 37 surah an-Nur Perniagaan & jual beli di dunia disinonimkan dengan tujuan untuk mendapat keuntungan. Namun, sebagai seorang beriman, semua tujuan duniawi ini tidak menjadi keutamaan ِه berbanding َّل ٱل ر ِكْذ ,ِperingatan Allah (al-Quran). Kita seharusnya memilih & mendahulukan perintah Allah berbanding terus lalai & leka dengan perkara duniawi, yang boleh merugikan kita di akhirat nanti. Pilihlah untuk 'membuat urusniaga dengan Allah' yang pastinya menjanjikan keuntungan. Firman Allah: َي ًۭة ِن َع اَل اَو ًّۭر ْمِس ُه ٰـ َن ْق َّماَرَز ِم ۟ا و َف ُق ن َأ َو َة ٰو َل ٱلَّص ۟ا اُمو َق َأ َو ِه َّل ٰـَب ٱل َت ِك وَن َيْتُل يَن ِذ َّل َّن ٱ ِإ وَر ُب َت ن َّل ْرُجوَن ِتَجٰـَر ًۭة َي Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Surah Fatir (35):29


SyafiniRomli 06 Semua amalan & perbuatan kita di dunia akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat kelak. Jika di tempat kerja, kita akan pastikan pekerjaan kita mencapai K.P.I. yang majikan tetapkan dan jika di universiti pula kita akan berusaha pelbagai cara supaya mendapat markah terbaik untuk dikitiraf sebagai kejayaan. Namun, pernahkah kita meletakkan sebarang K.P.I untuk pencapaian akhirat kita, dalam keadaan kita tahu setiap amal perbuatan kita sentiasa direkod & dalam pengetahuan Yang Maha Esa? RasululLah SAW bersabda: َمْوِت ْل ْعَد ا َما َب ِل َل ِم َع َسُه،َو َن ْف اَن َد ِّيُسَمْن ْل َك ا Orang yang pandai adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. Riwayat Al-Tirmizi no 2549. Imam Al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan. CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 11: Memperhatikan ibadah seharian Inspirasi dari ayat 52 surah an-Nur #Pesan 12: Menjaga aurat bilik kelamin Inspirasi dari ayat 58 surah an-Nur Peringatan untuk menjaga aurat disebut kembali, dan kini berkisar tentang aurat di dalam rumah. Waima kanak-kanak yang belum baligh sudah diajarkan untuk meminta izin sebelum masuk ke bilik tidur ibu bapanya pada 3 masa ini, kerana berkemungkinan pada waktu-waktu ini suamiisteri akan membuka aurat kerana sedang berehat; iaitu pada: (i) sebelum waktu Subuh (ii) waktu tengah hari (waktu Zuhur) (iii) selepas waktu Isyak Yakinlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha kebaikan ada Pastiَ). وُهللا َعليٌم َحكيٌم) Bijaksana kepada kita pada setiap perintah & laranganNya.


SyafiniRomli 07 Ajaran Islam sentiasa memberi panduan kepada kita dalam kebanyakan masa & suasana. Sebagaimana Allah memerintahkan kita untuk meminta izin sebelum masuk ke rumah orang lain, begitulah juga Allah memerintahkan kita untuk meminta izin apabila hendak beredar & meninggalkannya. Inilah akhlak seorang Muslim, inilah etika seorang Mukmin. Menjalani pelbagai aspek kehidupan dengan penuh adab & disiplin. Doa Agar Dikurniakan Akhlak yang Baik َت ْن َأ اَّل َها إ ِن ْحَس َأَل ِدي ْه َي اَل ِق،َو اَل ْخ َأل ْحَسِنا َأِل ِدِني َّم اْه ُه َّل ال "Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukkan baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau. " Hadis Riwayat Muslim (771) CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA #Pesan 13: Menjaga adab meninggalkan majlis Inspirasi dari ayat 62 surah an-Nur #Pesan 14: Berwaspada dengan panggilan Inspirasi dari ayat 63 surah an-Nur Panggilan kita kepada seseorang mampu menggambarkan ekspresi kasih-sayang dalam hati yang diluahkan melalui nama panggilan tersebut. Maka, berhatilah-hatilah ketika memanggil orang lain, apatah lagi dengan pasangan & ahli keluarga kita sendiri. Gunakanlah panggilan yang menenangkan & menyenangkan hati mereka. Panggillah dengan penuh kasih-sayang demi mengharapkan rahmat daripada Tuhan. RasululLah SAW bersabda: ْرَحُم َال ُي ْرَحُم َال َي َمْن “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi. ” Riwayat al-Bukhari (5997)


08 CATATAN NOTA SYAFINI ROMLI untuk GRAB NGAJI MALAYSIA SyafiniRomli ُة َح ِل الَّصا ُة َأ َمْر ْل َيا ا ْن الُّد ِع ا َت اٌع َوَخْيُر َم َت َيا َم ْن الُّد “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. ” Riwayat Muslim (715) Sungguh, yang membezakan antara wanita adalah ilmu, amal & doanya. Jadilah wanita yang berilmu dengan ILMU yang benar; menurut al-Quran & al-sunnah, Jadilah wanita yang beramal dengan AMAL yang soleh; beramal ikhlas semata-mata kerana Allah & mengikut sepertimana yang diajarkan oleh RasululLah S.A.W. Jadilah wanita yang sentiasa menjadikan DOA kepada Allah sebagai senjata utama, tempat bergantung & berpaut selamanya... bukannya media sosial sebagai medan meluah rasa , menagih kasih fana manusia.


Click to View FlipBook Version