Keadaan 2: Dalam perang. Dibenarkan untuk
qasar selagi mana berada dalam perang. Inilah
pendapat al-Shirazi, al-Muzani, dan tiga
mazhab selain Mazhab al-Shafi`i.
Pendapat kedua menyatakan situasi dalam
perang sama sahaja dengan safar yang lain.
50
Qadha solat safar
1.Apabila kita mahu qadha solat hadhar semasa safar, tidak dibenarkan untuk qasar.
Ini pendapat 4 mazhab. Al-Hasan dan al-Muzani sebaliknya mengharuskannya.
2.Apabila kita mahu qadha solat safar ketika hadhar, kita wajib tamam. Ini pendapat
Mazhab al-Shafi`i, Hanbali, al-Auza`i, Ishaq dan Dawud. Mazhab Hanafi dan Maliki
juga Qaul Qadim Imam al-Shafi`i pula mengharuskan qasar.
3.Apabila kita mahu qadha solat safar semasa safar itu, kita dibenarkan untuk qasar
menurut pendapat terkuat.
4.Apabila kita mahu qadha solat safar semasa safar lain, kita dibenarkan untuk qasar
menurut pendapat terkuat. (Al-Majmu`, 5:414)
51
Imam Shafi`i berkata,
“Apabila musafir terlupa solat Zohor
sehinggalah masuk waktu Asar,
kemudian dia solat Asar pada awak
waktu, kemudian dia sampai ke
destinasi, barulah dia qadha Zohor,
maka dia wajib solat tamam.”
52
Bolehkah qasar solat apabila
keluar setelah masuk waktu?
Misalnya, apabila kita keluar dalam jam 2.30 petang sebelum solat,
bolehkah kita singgah di mana-mana RnR dan kerjakan solat Zohor
secara qasar?
Ya, kita dibenarkan untuk qasar sebagaimana ditegaskan oleh
Imam Shafi`I dan inilah pendapat terkuat. Qasar dibenarkan kerana
kita bermusafir, tanpa mengira bilakah kita keluar. (Al-Majmu`,
5:416)
Ini juga merupakan pendapat Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur
ulama. (Al-Majmu`, 5:419)
53
Hukum qasar solat setelah keluar
pada hujung waktu
Harlina keluar bermusafir pada jam 6 petang. Sepatutnya
Harlina solat Asar terlebih dahulu, namun Harlina
menangguhkannya dan mengerjakannya di perhentian RnR
pada jam 7 petang. Adakah dia dibenarkan untuk qasar?
Ya, Harlina dibenarkan untuk qasar menurut pendapat
terkuat Mazhab al-Shafi`i. Ibn Salamah tidak
membenarkannya. (Al-Majmu`, 5:416)
54
Apabpielrajaslianngagnah di
Syahirah (Rawang) akan pulang ke kampung di Kota Tinggi. Dalam perjalanan ke
Kota Tinggi, dia berhenti di Melaka selama 3 hari. Adakah dia dibenarkan untuk
qasar solat sepanjang perjalanan ke Kota Tinggi?
Sebenarnya perjalanan dari Rawang ke Kota Tinggi hanyalah satu
perjalanan. Jadi, Syahirah dibenarkan untuk jamak qasar solat sepanjang
perjalanan ke Melaka, sepanjang 3 hari di Melaka dan sepanjang perjalanan
ke Kota Tinggi. Malah, dibenarkan untuk jamak qasar di Kota Tinggi sekiranya
tinggal di sana dalam 3 hari sahaja.
55
Safar yang baru
Misalnya, apabila Syida (Bukit Beruntong) pergi ke
Kuala Kangsar. Setelah Syida berada di sana 5 hari,
Syida bercadang untuk melanjutkan perjalanan ke Jeli.
Perjalanan ke Jeli itu dianggap sebagai perjalanan
yang baru kerana ia melebihi 2 marhalah.
56
Keliru tentang imam
Akmal (KL) singgah di sebuah masjid di Bentong sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala
Lipis. Akmal agak keliru, adakah imam solat tamam atau qasar.
Sekiranya nampak tanda-tanda musafir seperti beg, maka Akmal boleh berniat qasar.
Sekiranya imam bangun rakaat ke-3, Akmal boleh mengubah niatnya ke tamam.
Sekiranya tiada tanda musafir, Akmal kena niat tamam. Jika imam memberikan salam pada
rakaat kedua, Akmal wajib menambah lagi rakaat yang berbaki.
Akmal gantung sahaja niat, bahawa dia akan tamam jika imam tamam, dan akan qasar jika
imam qasar.
Atau, Akmal buat sahaja jamaah baru jika jamaah tersebut sudah hampir habis.
Kita diharuskan untuk menukar niat qasar kepada tamam semasa solat.
Namun kita tidak diharuskan untuk menukar niat tamam ketika qasar semasa solat.
57
BmaegnsaagimmeraajanakadajaniAkisasmoakalrai?mttaZstoeidhdaoaknr pgaatasuti
Mazhab al-Shafi`i membezakan perbezaan
niat antara imam dengan makmum, yang
penting zahir solat itu sendiri. Bermakna,
kita tidak mengikuti orang yang sedang
mengerjakan solat jenazah, solat raya,
istisqa’ dan gerhana.
58
Perbezaan jenis solat seperti imam solat Asar sedangkan makmum
solat Zohor, atau sebaliknya. Juga imam solat hajat sedangkan
makmum solat ratibah.
Perbezaan fardhu dan sunat seperti imam solat Tarawih sedangkan
makmum solat Isyak, atau imam solat Isyak sedangkan makmum solat
sunat 4 rakaat.
Perbezaan tunai atau qadha seperti imam solat Isyak qadha sedangkan
makmum solat Isyak tunai, atau sebaliknya.
Perbezaan rakaat yang mana imam kurang seperti imam solat sunat
Subuh sedangkan makmum solat Isyak.
Perbezaan rakaat yang mana imam lebih seperti imam solat Isyak
sedangkan makmum solat Maghrib. Nanti, makmum perlu mufaraqah
daripada imam.
59
Antara solat qasar dengan solat
jamaah.
Solat berjamaah bersama jamaah pertama secara tamam di masjid
lebih utama berbanding solat qasar berjamaah di hotel atau di rumah,
dan lebih utama berbanding solat qasar sendirian.
Tiada ulama khilaf tentang kelebihan solat berjamaah, sedangkan
ulama masih khilaf tentang keutamaan solat qasar.
Tiada ulama khilaf tentang kepentingan untuk menghidupkan
masjid.
Sehubungan itu, mengerjakan solat secara penuh secara berjamaah
lebih utama berbanding mengamalkan sunnah solat qasar.
60
Siapmaeknajhadlei bimihaumt?ama
Biasa yang kita amalkan ialah, orang yang solat qasar akan menjadi imam
kepada orang yang solat sempurna.
Menurut Imam al-Shafi`i,
Jika ada wali (pemimpin seperti Sultan), maka Sultan diutamakan menjadi
imam tanpa mengira beliau musafir atau tidak.
Orang bermuqim lebih utama menjadi imam berbanding orang musafir.
Jika orang musafir menjadi imam, ia dianggap makruh oleh Imam al-Shafi`i.
Bagi Imam Nawawi, tidak makruh cuma ia bukanlah satu keputusan yang
tepat. (https://www.islamweb.net/ar/fatwa/43872/-بالإمامة-أولى-المقيم
المسافر-)من
61
Bolehkah meninggalkan solat
Jumaat?
Terlebih dahulu kita mesti memahami hukum safar pada hari Jumaat. Semuanya berkait
dengan isu kekhuatiran tidak bertemu masjid untuk solat Jumaat. Bermakna, ulama amat
mengambil berat tentang solat Jumaat.
Hanafi: Tidak makruf safar sebelum Jumaat.
Maliki: Harus safar sebelum Subuh Jumaat. Makruh safar selepas fajar sekiranya dikhuatiri
tidak bertemu masjid. Jika boleh bertemu masjid, maka tidak makruh.
Shafi`i: Safar sebelum Subuh makruh, selepasnya haram.
Hanbali: Makruh safar sebelum Subuh sekiranya dikhuatiri tidak bertemu masjid dan haram
selepas tergelincir matahari.
62
Semua ulama 4 mazhab bersetuju solat Jumaat tidak diwajibkan kepada musafir.
Imam Nawawi menjelaskan,
( َوَحَكاُه اْبُن اْلُم ْنِذ ِر َوَغ ْيُرُه َع ْن َأْكَثِر، َهَذا َم ْذ َهُبَنا اَل ِخ اَل َف ِفيِه ِع ْنَدَنا، اَل َتِج ُب اْلُجُم َع ُة َع ىَل اْلُم َس اِفِر: ) إْحَداَها
َلُه اْلُجُم َع ُة ِلْلُخُروِج : َقاَل َأْص َحاُبَنا، َلِزَم ْتُه إَذا َس: َوَقاَل، اْلُع َلَم اِء
ِم ْن َتَحُّب َو ُيْس َهَذا إَذا َأْم َكَنُه، ا َأْكَم ُل الِّنَد اَء ِم َع اْلِخ اَل. َوالَّنَخِع ُّي ِرُّي الُّزْه
َوَأِلَّنَه، ِف
“(Salah satunya): Jumaat tidak wajib ke atas musafir. Inilah mazhab kami dan tiada
khilaf kalangan kami. Ibn al-Munzir dan selainnya menghikayatkan pendapat ini
daripada ramai ulama. Al-Zuhri dan al-Nakha`i pula berkata: Apabila kita mendengar
azan, kita wajib mengerjakannya. Ulama mazhab kami menyatakan: Disunatkan
untuknya solat Jumaat untuk keluar daripada khilaf, dan inilah yang lebih sempurna,
iaitu apabila dia berkemampuan mengerjakannya.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab
Solah al-Jumu`ah, Far` al-Jumu`ah `ala al-Zaman.)
63
Solat rawatib bagi musafir.
Perkara penting.
Rawatib yang dimaksudkan ialah qabliyah Zohor, Ba`diyah
Zohor, sunat Maghrib dan sunat Isyak.
Tiada masalah untuk mereka mengerjakan sebarang solat
sunat selain rawatib seperti Dhuha dan Tahajjud.
Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat sunat Subuh
dan Witir dalam perjalanan baginda (meskipun belum
sampai ke destinasi).
64
Dalam kes solat rawatib iaitu qabliyah dan ba`diyah,
terdapat 3 pendapat ulama.
1.Tidak digalakkan untuk mengerjakannya. Ini merupakan pendapat Ibn
`Umar, kebanyakan ulama Hanafi, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Mengapa
kita perlu mengerjakannya sedangkan kita sendiri telah qasar solat? Lagipun
Nabi s.a.w. sendiri tidak mengerjakannya. Sheikh Ibn `Uthaimin dan Sheikh
al-Khudhair berpendapat musafir ke Makkah dan Madinah sekalipun tidak
perlu mengerjakan solat rawatib tetapi memperbanyakkan solat sunat yang
lain. (https://binothaimeen.net/content/840)
2.Boleh mengerjakannya apa lagi tiada sebarang tegahan daripada Nabi
s.a.w. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama antaranya Mazhab al-
Shafi`i.
65
Dalam kes solat rawatib iaitu qabliyah dan ba`diyah,
terdapat 3 pendapat ulama.
3- Apabila kita solat qasar, kita tidak perlu mengerjakan solat rawatib. Namun
apabila kita solat tamam, kita dibolehkan untuk solat rawatib. Misalnya,
Kita ke Makkah dan Madinah untuk urusan umrah. Oleh kerana kita
mengerjakan solat tamam bersama imam di masjid, maka kita dibolehkan untuk
solat rawatib. (https://sh-albarrak.com/article/4770)
Rofidah pergi ke rumah Fathilah. Sebaiknya Fathilah yang menjadi imam kerana
dia solat tamam. Mahu tidak mahu, Rofidah juga wajib solat tamam. Dengan itu,
Rofidah dibenarkan untuk solat rawatib.
Apabila Arif pulang ke kampung. Jika Arif ke masjid untuk solat jamaah, maka
Arif boleh solat rawatib. Jika Arif qasar di rumah atau di pasar raya, maka tidak
perlu solat rawatib.
66
Suami singgah di rumah isteri
Yusri tinggal berjauhan dengan isterinya. Yusri di Marang
sedangkan isterinya di Bentong. Bolehkah Yusri qasar solat ketika
pergi ke rumah isterinya?
Tidak boleh, kerana rumah isterinya ialah rumahnya juga.
Lainlah sekiranya isterinya tinggal di rumah sewa bersama
kawan-kawan yang lain.
Orang tersebut dianggap memiliki dua watan. Sama lah kes
suami berpoligami. Dia tidak boleh qasar solat apabila pergi ke
mana-mana rumah isterinya meskipun melebihi 2 marhalah.
67