JAMAK SOLAT 14 JANUARI 2023 (SABTU) 8.00 PAGI SIRI 2: KLINIK SOLAT MUSAFIR MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR
JAMAK TAQDIM Solat Zohor dan Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib MAKSUD JAMAK JAMAK TA'KHIR Solat Zohor dan Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak Jamak ialah menghimpunkan dua solat Solat yang boleh dijamak hanyalah Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak. Jamak berbeza dengan qasar. Jika qasar hanya berlaku ketika safar dan perang, juga ketika para hujjaj berada di Mina menurut sebahagian ulama, jamak pula diharuskan dalam pelbagai keadaan. 1
(جمع الصوري) SURI JAMAK Jamak suri bermaksud, mengerjakan solat pertama (Zohor dan Maghrib) pada hujung waktu dan mengerjakan solat kedua (Asar dan Isyak) pada awal waktu. Jamak suri biasanya dicadangkan kepada pesakit yang sukar bergerak acap kali untuk mengambil wudhu dan mengerjakan solat 2
7 SYARAT JAMAK TAQDIM 1. Memulakan solat Zohor dan Maghrib dahulu 2.Perlu berniat pada solat yang pertama; sebaik-baiknya berniat ketika takbiratul ihram dan waktu terakhir berniat ialah ketika memberikan salam solat yang pertama 5. Meyakini solat pertama dikerjakan dengan sah 4. Wajib muwalat dan tidak boleh dipisahkan dalam kadar masa yang lama. Sebahagian ulama menyatakan boleh dipisahkan dalam kadar solat dua rakaat yang ringan. Sebahagian ulama seperti Ibn Taimiyyah tidak mewajibkan muwalat 6. Masih berada dalam safar selewatlewatnya sehingga takbiratul ihram bagi solat yang kedua. Kes ini biasanya merujuk kepada orang yang solat dalam kenderaan yang bergerak seperti perahu dan mungkin sudah tidak sesuai pada masa sekarang 3. Waktu pertama masih ada 7. Mengetahui hukum jamak diharuskan 3
S Y A R A T J A M A K T A ’ K H I R M e s t i b e r n i a t k e t i k a w a k t u y a n g p e r t a m a iait u w a k t u Z o h o r d a n M a g h rib. Bererti, kita tidak perlu lagi berniat untuk jamak ketika mengerjakan solat. Niat itu bermula setelah kita keluar dari kawasan tempat tinggal kita seperti Presint 12 Kita masih berada dalam permusafiran sehinggalah kedua-dua solat selesai dikerjakan. Sekiranya kita telah sampai ke tempat muqim dalam keadaan belum solat, maka solat yang pertama dianggap sebagai qadha dan tidaklah berdosa, juga tidak makruh. Sebahagian ulama lain tetap mengira ia sebagai solat jamak ta’khir 2 4
Safar Hujjah di Arafah jamak taqdim bagi Zohor dan Asar dan ta’khir bagi Maghrib dan Isyak sebaikbaiknya Sakit Hujan Ketakutan Keuzuran Perbahasan ini paling luas terutamanya menurut Mazhab Hanbali SITUASI YANG MEMBOLEHKAN JAMAK 5
Imam Nawawi menjelaskan, ْشَهَب ِن ِسي ِريَن َوَأ ْوُل اْب َحاَجِة ِلَمْن اَل َيَّتِخُذُه َعاَدًة ، َوُهَو َق ْل ِل َحَض ِر ْل ِفي ا ِع َجْم ْل ا ِز ِمَن ا َأْلِئَّمِة ِإىَل َجَوا ٌة َوَذَهَب َجَماَع ِبي ِإْس َحاَق ِمْن َأْص َحاِب الَّشاِفِعِّي َعْن َأ ُر َكِبي ْل َقَّفاِل َوالَّشاِشُّي ا ْل َخَّطاِبُّي َعِن ا ْل ِمْن َأْص َحاِب َماِلٍك ، َوَحَكاُه ا َّمَتُه ُأ ْح ِرَج اَّل ُي َراَد َأ َأ ِن َعَّباٍس : ْوِل اْب َق ُدُه َظاِه ُر ُيَؤِّي ُمْنِذ ِر َو ْل ُن ا َحِديِث ، َواْخَتاَرُه اْب ْل َمْرَو ِزِّي َعْن َجَماَعٍة ِمْن َأْص َحاِب ا ْل ا ْعَلُم . َأ ُه ِبَم َرٍض َواَل َغْي ِرِه َوُهَّللا ِّلْل َع ُي ، َف َلْم “Sebahagian a’immah mengharuskan jamak solat pada waktu hadhar disebabkan ada hajat jika tidak dijadikan adat kebiasaan. Ini lah pendapat Ibn Sirin dan Asyhab ulama Maliki. Al-Khattabi juga menukilkan pendapat ini daripada al-Qaffal, al-Shashi al-Kabir ulama Shafie menukilkannya daripada Abi Ishaq al-Marwazi, daripada sekumpulan ulama hadith. Pendapat ini dipilih oleh Ibn al-Munzir. Pendapat ini dikuatkan oleh ucapan Ibn `Abbas r.a.: Agar tidak menyusahkan ummah. Beliau tidak menyatakan Nabi s.a.w. menjamakkan solat disebabkan sakit dan apa-apa faktor lain. Wallah a`lam.” (Imam Nawawi, Syarah Sahih Muslim, no. 705) 6
MANALEBIHAFDHAL, JAMAKATAUTIDAK? Al-Quran menyatakan, ا ًت و ُق ُمْؤِمِنيَن ِكَتاًبا َّمْو ْل اَنْت َعىَل ا َك ِإَّن الَّصالَة “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Al-Nisa’: 103) Dalam masa yang sama, kita mahu keluar daripada khilaf ulama, yang mana Mazhab Hanafi hanya membenarkan jamak bagi hujjaj di Arafah dan Muzdalifah. Ini merupakan dalil yang paling jelas, “tidak jamak lebih afdhal daripada jamak. ” Kita sebaiknya mengerjakan solat pada waktu masing-masing. 7
Contoh niat solat jamak taqdim Zohor dengan Asar. “Sahaja aku solat jamak fardhu Zohor dengan Asar. ” Contoh niat solat jamak taqdim dan qasar Zohor dengan Asar. “Sahaja aku solat jamak fardhu Zohor dengan Asar 2 rakaat.” Contoh niat solat Isyak qasar. “Sahaja aku solat fardhu Isyak 2 rakaat.” CARA BERNIAT 8
PERMULAAN & PENGAKHIRANNIAT NIATJAMAKTAQDIM Niat jamak taqdim bermula apabila kita memulakan solat pertama dan saat terakhir untuk berniat ialah ketika memberikan salam pertama. Bermakna, sesiapa yang terlupa untuk solat ketika takbiratul ihram, bolehlah berniat sepanjang solat pertama masih belum berakhir. Jika kita teringat ketika tashahhud, maka kita berniat ketika itu. 9 NIATJAMAKTA'KHIR Imam Ramli: Ada berbaki sedikit masa Zohor yang memungkinkan kita sempat mengerjakan solat sebanyak 2 rakaat. (sekitar 2-3 minit) Ibn Hajr al-Haitami: Ada berbaki sedikit masa Zohor yang memungkinkan kita sempat mengerjakan solat sebanyak 1 rakaat. Niat jamak ta’khir bermula apabila masuknya waktu solat pertama iaitu Zohor dan Maghrib dan berakhir apabila,
Hukum jika terlupa niat jamak ta `khir. Sesiapa yang tidak berniat untuk jamak ta’khir pada waktu solat yang pertama, maka ia dianggap berdosa disebabkan tidak mengambil berat soal solat. Selain itu, solat Zohor atau Maghrib yang dikerjakan itu dianggap sebagai qadha bukan lagi jamak. Namun sesiapa yang terlupa, maka dimaafkan 10
Susunan solat jamak ta `khir. Sebahagian kita mengerjakan solat Asar dan Isyak dahulu, barulah Zohor atau Maghrib. Sebahagian ulama seperti Hanabilah mewajibkan tartib. Kita mesti memulakan solat Zohor dan Maghrib dahulu, meskipun kita terpaksa solat Maghrib dengan mengikuti imam Isyak. Mazhab al-Shafi`i pula menganggap tartib sebagai perkara disunatkan bukan diwajibkan. Bererti, Mazhab al-Shafi`i juga tidak menganjurkan solat Asar dan Isyak dahulu. Rujukan: Al-Majmu` dan fatwa Dar al-Ifta’ https://aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=3394#.Y8CSk3ZBy5c 11
ADAKAH WAJIB MUWALAT ANTARA SOLAT JAMAK Wajib muwalat bagi jamak taqdim dan tidak boleh dipisahkan dalam tempoh yang lama. Namun ada ulama seperti Abu Sa`id al-Istakhri dan Abu `Ali al-Thaqafi daripada Mazhab al-Shafi`i membenarkan pemisahan yang lama selagi mana masih dalam waktu solat pertama. Ada nas daripada Imam al-Shafi`i sendiri di dalam alUm, sesiapa yang solat Maghrib jamak di rumah, kemudian menyambung Isyak di masjid, solatnya sah. Pendapat ini mengundang perselisihan pendapat kalangan ulama mazhab beliau 06 Pendapat yang paling sahih dalam mazhab seperti diputuskan oleh Imam alShafi`i sendiri dan ulama sebelah `Iraq juga sebahagian ulama sebelah Khurasan, kita hanya disunatkan untuk muwalat dalam jamak ta’khir. Hukumnya tidaklah wajib. (AlMajmu`, 5:427-429) 01 02 03 04 05 Ulama berbeza pendapat dalam menentukan tempoh pemisah yang dibenarkan antara dua solat tersebut Yang tepatnya seperti difatwakan oleh ulama-ulama sebelah `Iraq, tempoh itu berdasarkan uruf. Penentuan uruf itulah yang menyulitkan Kebanyakan ulama Mazhab al-Shafi`i membenarkan tempohnya sekadar bertayammum. Ertinya, tempoh agak singkat. 12
Hukum berzikir antara dua solat. Kita tidak boleh memisahkan antara solat jamak taqdim menurut pendapat kebanyakan ulama. Justeru, kita tidak dibenarkan untuk berzikir selepas solat Zohor dan Maghrib. Sekiranya kita berzikir sedikit sahaja, diharuskan. Maka, kitagabungkansahajazikir selepas solat kedua. Misalnya, kita disunnahkan untuk membaca ال إله إال هللا وحده ال شريك له ، له الملك وله الحمد وهو عىل كل شيء قدير sebanyak 3 kali selepas Isyak dan 10 kali selepas Maghrib. Maka, cukuplah kita membaca sebanyak 10 kali selepas solat Isyak. (https://islamqa.info/ar/answers/108375) 13
ZIKIR NABAWI SELEPAS SOLAT Lafaz zikir yang setepatnya menurut ajaran Nabi SAW Susunan zikir yang tepat Kaedah & cara kita berzikir selepas solat Bilangan zikir yang perlu dilafazkan menurut Sunnah Nabi SAW Kenapa perlu beli??? PERCUMA Tempahan BUKUFAQIH 14
ADAKAHSOLATKEDUAAKANBATAL JIKASOLATPERTAMABATAL? Imam Nawawi juga menjelaskan, “Apabila dia sudah selesai jamak kedua-dua solat, kemudian barulah dia teringat bahawa kita tertinggal satu rukun dalam solat pertama, maka kedua-dua solat dianggap batal. Dia perlu mengulangi keduadua solat itu semula. ” (Al-Majmu`, 5:428) “Apabila dia teringat bahawa dia tertinggal rukun dalam solat kedua, maka jika masih dalam tempoh yang sekejap, dia perlu terus membetulkan semula solat kedua itu. ” Imam Nawawi menjelaskan, َباَن اِنَي َة َف َّث َّم َصىَّل ال ُث وىَل ِبا ُأْل ْو َبَدَأ َوَل ْيًضا . ٌة َأ اِسَد ُة َف اِنَي َّث ال َف وىَل ، َفَساُد ا ُأْل “Apabila dia selesai solat pertama, kemudian solat kedua, lalu didapati solat pertama itu batal, maka solat yang kedua juga dianggap batal” (Raudhah al-Talibin, kitab Solah alMusafirin, bab al-Jam ` Bain alSolatain) 15
Waktu azan kedua masuk ketika sedang solat pertama Apabila kita sempat solat Zohor atau Maghrib satu rakaat, maka kita dikira mengerjakannya secara tunai. Jika tidak sempat 1 rakaat, maka solat tersebut dianggap qadha’ . Manakala tiada masalah dengan solat Asar dan Isyak meskipun kita sudah berniat jamak taqdim. 1. 2. 3. 16
Perlukah azan untuk solat jamak? Disunnahkan untuk azan pada permulaan solat iaitu Zohor dan Maghrib. Kemudian, iqamah untuk solat pertama, disusuli iqamah sekali lagi untuk solat kedua. 17
Tidak jadi untuk solat kedua Pada asalnya, Norshiha mahu mengerjakan solat jamak taqdim dan beliau telah pun berniat untuk solat jamak. Selepas solat, Norshiha membatalkan niatnya untuk terus solat kedua (Asar atau Isyak). Tidak ada masalah, Norshiha boleh mengerjakan solat kedua pada waktunya. (Al-Taqrirat al-Sadidah) 18
SITUASI Sheikh al-Munajjid menjelaskan, “Siapa yang niat jamak taqdim lalu solat Zohor dan Asar, kemudian baru dia sedar bahawa dia mengerjakan kedua-dua solat itu pada waktu Asar, maka solatnya sah, dan tidak perlu diulang semula. Tiada masalah niat jamak taqdim dengan Asar, kerana Asar telah dikerjakan pada waktunya. Dan tiada masalah Zohor pada waktu Asar tanpa niat jamak ta’khir, kerana ia dimaafkan disebabkan dia tersilap. Asasnya, dia wajib berniat jamak ta’khir. ” (https://islamqa.info/ar/answers/292753) MAHUJAMAKTAQDIM,RUPANYASUDAHBERADAPADA WAKTU SOLATKEDUA Misalnya, Zawiah mahu solat Maghrib dan Isyak secara jamak taqdim. Selepai solat, rupanya Zawiah solat pada Isyak, yang sepatutnya jamak ta’khir. 19 Begitu juga sekiranya Hamidatul Akma mahu mengerjakan solat Maghrib dan Isyak dengan niat jamak ta’khir, tapi rupanya Hamidah telah mengerjakannya pada waktu Maghrib. Tanpa dinafikan ramai ulama mensyaratkan niat jamak taqdim ketika solat pertama, Sheikh al-Barrak mengambil pendekatan mudah dan lunak dengan memutuskan solat tersebut sah. Beliau mengambil pendapat Ibn Taimiyyah yang tidak mewajibkan niat bagi jamak taqdim. (https://islamqa.info/ar/answers/292753)
Bolehkah solat sunat witir selepas selepas solat isyak dalam waktu maghrib? Menurut Mazhab al-Shafi`i, waktu solat Witir bermula selepas solat Isyak. Bermakna, jika kita sudah selesai mengerjakan solat Isyak dalam jam 8, kita dibenarkan untuk terus mengerjakan Witir kemudiannya. 20
Hukum jamak solat Jumaat dengan Asar Hanafi: Tidak membenarkan jamak selain hujjaj di Arafah dan Muzdalifah. Hanbali: Tidak membenarkan. Shafi`i: Membenarkan. Meskipun Nabi s.a.w. tidak pernah menjamakkan Jumaat dengan Asar, namun semangat daripada jamak ialah untuk memudahkan urusan musafir. Lagipun, memanglah Nabi s.a.w. tidak pernah menjamakkan antara keduanya kerana baginda meninggalkan Jumaat apabila bermusafir. 21
Bolehkah jamak ta’khir ketika sampai di rumah? Bagi Mazhab al-Shafi`i, syarat jamak ialah kita masih dalam keadaan musafir. Jika kita mahu solat jamak ta’khir Maghrib dan Isyak apabila sampai di rumah pada jam 9 malam, hukumnya tidak boleh. Solat Maghrib itu dianggap sebagai solat qadha, dan tidak berdosa. Mazhab Hanbali membenarkan untuk jamak ta’khir tanpa qasar apabila tiba di rumah. Yang penting kita sampai ketika sudah masuk waktu solat kedua iaitu Asar dan Isyak. Boleh rujuk Dr Abu Anas Madani di https://www.youtube.com/watch?v=1wmRzpZAoCo Rujuk Dr Maza di https://www.youtube.com/watch?v=voHadEiEWvk Rujuk https://islamqa.info/ar/answers/108505/ 22
Hukum solat jamak jika sampai semasa waktu kedua masih panjang Misalnya, Ibu Umrah telah jamak taqdim Zohor dan Asar di RnR sekitar jam 2.30 pm. Tengok-tengok, Ibu Umrah tiba di rumah pada jam 5 pm. Waktu Asar masih panjang dan masih berbaki sekitar 2 jam setengah. Bagaimana kedudukan solat Asar Ibu Umrah? Perlu kita fahami bahawa solat jamak diharuskan apabila kita bermusafir tanpa mengira sama ada kita sampai awal mahupun lambat. Maka, solat Ibu Umrah dianggap sah. 23
Hukum solat jamak jika sampai semasa waktu pertama belum habis. Misalnya, Radziah telah jamak taqdim Zohor dan Asar di RnR sekitar jam 2.30 pm. Tengok-tengok, Radziah tiba di rumah pada jam 4 pm. Waktu Zohor belum tamat dan waktu Asar belum masuk. Bagaimana kedudukan solat Asar Radziah? Perlu kita fahami bahawa solat jamak diharuskan apabila kita bermusafir tanpa mengira sama ada kita sampai awal mahupun lambat. Maka, solat Radziah dianggap sah. 24
Niat jamak ta’khir tetapi sampai di rumah sebelum tamat waktu pertama Liana Lehry dalam perjalanan dari Kulim pulang ke rumahnya di Sg Buloh. Liana telah berniat jamak ta’khir, untuk solat Zohor pada waktu Asar. Di luar perancangan, Liana telah sampai di rumah pada jam 4 petang. Maka dalam kes ini, Liana wajib solat Zohor dan Asar pada waktu masing-masing, dan niat jamak ta’khir tersebut tidak dikira. 25
JAMAKDISEBABKANSAFAR Harus jamak dalam safar yang kurang daripada 2 marhalah. Ini merupakan qaul qadim Imam alShafi`i. Hujjahnya, oleh kerana kita dibenarkan untuk mengerjakan solat dalam kenderaan dalam safar pendek, maka kita juga dibenarkan untuk menjamakkan solat. Hanya dibenarkan jamak dalam safar yang sampai 2 marhalah. Alasannya, apabila kita jamak, bermakna kita telah solat di luar waktu. Sama juga dengan hukum berbuka puasa, yang mana kita tidak dibenarkan berbuka bagi safar yang tidak sampai 2 marhalah. (Al-Majmu`, 5:419-420) Ada 2 pendapat dalam Mazhab Shafi`i: Jumhur ulama membenarkan jamak solat disebabkan safar sama ada jamak taqdim atau ta’khir. 26 Mazhab Hanafi dan beberapa ulama seperti al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, Makhul al-Nakha`i dan al-Muzani tidak membenarkan jamak disebabkan safar. Mereka hanya membenarkannya bagi para hujjaj sama ada orang Makkah mahupun orang luar untuk jamak taqdim Zohor dan Asar di Arafah dan jamak ta’khir bagi Maghrib dan Isyak di Muzdalifah.
5SYARATJAMAK DISEBABKANHUJAN Hujan masih turun semasa takbiratul ihram pertama sehinggalah takbiratul ihram bagi solat kedua. Tidak disyaratkan hujan turun selain masa ini. Dikerjakan di tempat yang jauh seperti masjid, bukannya di rumah sendiri Kita terganggu dengan hujan tersebut, menyebabkan pakaian kita basah kuyup. Imam dikecualikan. (Al-Taqrirat al-Sadidah) Solat yang kedua dikerjakan secara berjamaah. Tidak disyaratkan berjamaah untuk solat pertama. Hanya jamak taqdim bukannya ta’khir. Ibn `Abbas r.a. berkata, اَل َصىَّل َرُسوُلِهَّللا َعْن اْبِن َعَّباٍس َق َعْصَر ْل َم الُّظْهَر َوا َّل ْيِه َوَس َصىَّلُهَّللا َعَل ِعَشاَء َجِميًعا ِفي ْل َمْغِرَب َوا ْل َجِميًعا َوا ْيِر َخْوٍف َواَل َسَفٍر َغ “Rasulullah s.a.w. jamak solat Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak bukan disebabkan rasa takut dan safar.” (Sahih Muslim, kita Solah alMusafirin wa Qasriha, bab نَيْبَ ِع َجْم ْل ا َحَض ِر ْل (705. no, الَّصاَلَتْيِن ِفي ا JAMAKDISEBABKANHUJAN 27
Mazhab al-Shafi`i membenarkan solat jamak Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak disebabkan hujan. Ulama-ulama mazhab lain pula hanya membenarkan solat Maghrib dengan Isyak. Ulama mazhab Hanafi tidak membenarkan sebarang jamak melainkan bagi hujjah di Arafah dan Muzdalifah. Selari dengan keharusan jamak disebabkan hujan, maka ada sebahagian ulama mengharuskan jamak disebabkan kesejukan melampau yang; - Wujudnya angin bertiup yang sangat sejuk dan menyulitkan kita. - Sampai turunnya salji. Salji itu memang menyulitkan kita. (https://islamqa.info/ar/answers/147381) (https://www.aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=3489#.Y7_rdXZBy5c) 28
PENEGASAN Tujuan jamak sebenarnya untuk memudahkan urusan kita yang ingin mengerjakan solat secara berjamaah dan tidak menyusahkan kita untuk beruang-alik ke masjid. Kita tidak boleh bermudah-mudah untuk jamak solat disebabkan hujan. Alangkah malangnya jika kita jamak solat disebabkan hujan namun kemudiannya kita keluar membeli belas di pasar raya atau bermain bola dalam hujan. Kita tidak boleh jamak solat di rumah meskipun secara berjamaah. Ini kerana hujan tersebut langsung tidak mengganggu kita. Tanpa dinafikan ada ulama Hanabilah yang mengharuskannya. Niat bagi solat jamak disebabkan hujan bermula ketika takbiratul ihram solat yang pertama. (Al-Majmu`, 5:427) Tidak jamak semasa hujan lebih baik daripada jamak. 29 Rujukan: https://fiqh.islamonline.net/ المطر-بسبب-الصالة-جمع/ Hanya jawatankuasa masjid yang ada kuasa untuk mengumumkan jamak pada hari tersebut.
Orang musafir dibenarkan jamak kerana mereka mengalami kesukaran untuk berhenti banyak kali. Orang sakit pula mengalami kesulitan untuk menjamakkan solat secara berterusan. Maka, lebih baik mereka solat secara berasingan. (Al-Majmu ` , 5:424) Mazhab Shafi`i tidak mengharuskan jamak bagi orang sakit. Namun, bukankah orang sakit lebih memerlukan jamak berbanding orang musafir? Namun, kukuhkan hujah ini? JAMAK DISEBABKAN SAKIT 30
Zamirafa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada jam 7 malam dan sampai di rumah pada jam 10 malam. Dalam kes ini, Zamirafa boleh berniat untuk jamak ta ’khir. Norendah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada jam 4 petang dan sampai di rumah pada jam 9 malam. Dalam kes ini, Norendah boleh jamak ta ’khir untuk Maghrib dan Isyak. Solat Asar pula dikerjakan dalam kereta. (https://fatawaalsawy.com//الفقه (/العبادات/الصالة/الصالة-في-السيارة-عند-الزحام-الشديد-خش JAMAK DISEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS 31
Satu soalan telah diajukan kepada Sheikh Abdul Rahman al-Suhaim oleh seorang lelaki yang bekerja pada waktu malam sehingga Zohor keesokannya. Dia mampu solat Zohor namun kemudiannya akan tertidur dan mungkin akan terlepas solat Asar dan Maghrib kerana terlalu mengantuk. JAMAK KERANA TERLALU MENGANTUK DISEBABKAN KERJA 32 Solat merupakan satu kewajipan yang tidak boleh dipermainkan. Allah Taala tidak akan memberkati pekerjaan yang menghalang kita daripada menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya. (https://www.almeshkat.net/fatwa/1885)
Wanita mustahadhah dibenarkan untuk jamak solat disebabkan keuzuran dan kesulitan yang sedang dihadapi oleh mereka menurut fuqaha Hanabilah, Ibn Taimiyyah, al-Shaukani, Sheikh Ibn Baz dan Sheikh Ibn `Uthaimin. (https://dorar.net/feqhia/1499/) JAMAK BAGI MUSTAHADHAH 33 Mustahadhah ( ُة ialah) الُمْسَتَحاَض orang yang keluar darah istihadhah.
Sheikh Abdul Rahman Bin Nasir al-Barrak mengharuskan doktor yang berada dalam kecemasan untuk menjamakkan solatnya. (https://sh-albarrak.com/article/17105) Begitu juga Sheikh Ibn Baz. (https://binbaz.org.sa/fatwas/21327/-الطبيب-تاخير-حكم-ما (الصالة-اثناء-العمليات JAMAK DISEBABKAN MENYELAMATKAN NYAWA ORANG 34
Dr Alina akan menguruskan pembedahan bermula jam 12 tengah hari dan berkemungkinan akan selesai pada jam 5 petang. Maka, Dr Alina boleh jamak ta ’khir. Dr Alina akan menguruskan pembedahan bermula jam 3 petang dan dijangka berakhir jam 7.30 malam. Maka, Dr Alina boleh terus solat jamak taqdim. Dr Alina akan menguruskan pembedahan bermula jam 2 petang dan berakhir jam 10 malam. Maka, Dr Alina boleh jamak taqdim bagi Zohor dengan Asar, dan jamak ta ’khir bagi Maghrib dan Isyak. Bagaimana jika tiba-tiba Dr Alina terpaksa menguruskan kecemasan pada jam 4 dan selesai pada jam 10 malam? Maka Dr Alina perlu qadha solat Asar dahulu, disusuli Maghrib dan akhirnya Isyak dengan niat jamak ta ’khir. Misalnya, 35
Langkah pertama, cuba kerjakan solat dalam bentuk jamak suri. Jika tidak mampu, baru dibenarkan untuk jamak solat. Sheikh Munajjid ditanyakan tentang seorang polis di Britain yang terpaksa bertugas pada waktu Asar sehingga berkemungkinan tidak sempat mengerjakan solat Asar pada waktunya. Beliau menjelaskan, حكم-تاخير-الشرطي-الصالة-عند-اداء-مهمة-القبض-عىل-/131308/answers/ar/info.islamqa://https( (شخص Boleh rujuk juga https://www.islamweb.net/ar/fatwa/37226/الصلوات-وجمع-العسكري-العمل Sebagai tambahan, sekiranya ia berlaku pada waktu Asar secara mengejut, maka kita diberikan kelonggaran untuk meninggalkan solat dan mengqadhanya apabila selesai tugasan. JAMAK DISEBABKAN TUGAS KECEMASAN SEPERTI BOMBA DAN POLIS 36
Perkahwinan kecil-kecilan tidak termasuk dalam perbincangan ini. Bagaimana dengan wanita yang ingin menjamakkan solatnya disebabkan sibuk dengan bersolek? JAMAK DISEBABKAN MAJLIS PERKAHWINAN 37 Sheikh Ibn `Uthaimin memberikan jawapan, “Kesibukan bersolek atau melayan tetamu, kesemua itu bukanlah keuzuran yang mengharuskan kita menjamakkan solat. Ini kerana kita mampu mengelakkannya dengan bersolek lebih awal, atau melewatkannya, atau ala kadar, atau mengenakannya pada waktu lain, atau mengerjakan jamak suri; iaitu kerjakan solat pertama pada akhir waktu dan solat kedua pada awal waktu. Saya berpesan kepada kaum wanita agar tidak berlebihan ketika bersolek, itulah yang sebaiknya dan jauh dairpada kemurkaan Allah Taala dan daripada menyalahi syariat-Nya. Dan saya berharap perkahwinan sebegitu akan mengundang keberkatan.” (https://islamqa.info/ar/answers/216364)
Namun sekiranya perkahwinan tersebut terlalu sibuk dan melibatkan kehadiran orang yang terlalu ramai, malah kita terpaksa menguruskan makan minum tetamu yang hadir (khususnya pengurus majlis perkahwinan), maka, Berdasarkan roh jamak yang tidak mahu menyusahkan umatnya dan berdasarkan beberapa pendapat ulama seperti Asyhab, Ibn al-Munzir, Ibn Sirin dan Ibn Shubrumah yang mengharuskan jamak sekiranya memerlukan selagi mana tidak menjadi adat kebiasaan, maka diharuskan jamak. https://fatwa.najah.edu/ar/question/ref-317020/ https://www.youtube.com/watch?v=T3Gh9eh36_0 (Dr Maza) Rujukan: 38
PERINGATAN Hanya orang yang benar-benar sibuk dibenarkan untuk menjamakkan solat ketika kenduri perkahwinan. Misalnya orang tersebut dilantik untuk menguruskan perkahwinan orang-orang besar seperti Menteri (event manager). Itu pun jika ketiadaannya boleh menjejaskan perjalanan majlis tersebut. Namun sebaik-baiknya kita tidak mengambil rukhsah tersebut dan hendaklah kita berusaha mengerjakan solat tanpa jamak dan tanpa qasar. Boleh rujuk ulasan Dr Abu Anas Madani di https://www.youtube.com/watch?v=KGlTQ3uK7Io . 39
Ulama Hanabilah mengharuskan jamak disebabkan ketakutan. Begitulah satu pendapat dalam Mazhab Maliki, al-Shafi`i, pendapat Ibn Taimiyyah, Sheikh Ibn Baz dan Sheikh Ibn `Uthaimin. (https://dorar.net/feqhia/1503/للخوف-الجمع-السادس-المطلب( JAMAK DISEBABKAN KETAKUTAN 40
SOLAT JAMAK DI ARAFAH DAN MUZDALIFAH 41 Keharusan jamak menurut Mazhab Shafie ialah disebabkan safar. Mazhab Hanafi mengharuskan jamak disebabkan ibadah haji itu sendiri. Disunnahkan untuk jamak taqdim Zohor dengan Asar di Arafah Disunnahkan untuk jamak ta’khir Maghrib dengan Isyak di Muzdalifah Mazhab Shafie mengharuskan jamak taqdim Maghrib dengan Isyak meskipun sebelum bergerak ke Muzdalifah. MENGAPA PARA HUJJAJ DIBENARKAN UNTUK MENJAMAKKAN SOLAT MEREKA DI ARAFAH DAN MUZDALIFAH? `Illahnya ialah safar. Ini merupakan pendapat jumhur ulama, dan merupakan keputusan ulama-ulama Mazhab al-Shafi`i di sebelah Iraq. `Illahnya ialah haji itu sendiri. Ini merupakan pendapat Mazhab Hanafi dan keputusan al-Mawardi di dalam kitab al-Haj. (Al-Majmu`, 5:420)
Hukum solat rawatib bagi musafir Ulama Mazhab al-Shafi`i menggalakkan kita mengerjakan solat rawatib bagi orang yang solat jamak dan juga orang yang solat qasar. Sebahagian ulama lain tidak membenarkan solat rawatib merujuk kepada qabliyah dan ba `diyah bagi musafir. Sebahagian lain pula tidak membenarkan sekiranya musafir qasar solat. Lainlah jika musafir solat tamam seperti mengikut imam, maka dia diberikan kelonggaran untuk mengerjakan solat rawatib. 42
KAEDAH RAWATIB KETIKA JAMAK 43 a- Sunat qabliyah Zohor. b- Solat fardhu Zohor. c- Solat fardhu Asar. d- Sunat ba`diyah Zohor. e- Sunat Asar (sekiranya mahu mengerjakannya) SOLATZOHORDANASAR SOLAT MAGHRIBDANISYAK a- Solat fardhu Maghrib. b- Solat fardhu Isyak. c- Sunat ba`diyah Isyak. d-Sunat ba`diyah Maghrib. e- Witir (sekiranya mahu dikerjakan awal malam)