The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota kelas KLINIK SOLAT MUSAFIR- SIRI 3: SOLAT DALAM KENDERAAN dibentangkan oleh Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor (Faqih Synergiz 2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafini.r, 2023-01-19 03:40:17

Nota Klinik Solat Musafir (Siri 3): Solat Dalam Kenderaan

Nota kelas KLINIK SOLAT MUSAFIR- SIRI 3: SOLAT DALAM KENDERAAN dibentangkan oleh Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor (Faqih Synergiz 2023)

Keywords: #kliniksolat #musafir #solatataskenderaan #notasyafini

S O L A T D A L A M K E N D E R A A N M O H D D Z U L K H A I R I M O H D N O O R S I R I 3 K L I N I K S O L A T M U S A F I R 1 8 JA N UA R I 2 0 2 3 ( R A B U) 8.0 0 m a l a m


DALIL-DALIL KEHARUSAN SOLAT ATAS KENDERAAN 01 َنا َمْعَمٌر َعْن الُّزْهِرِّي َعْن َعْبِد َث اَل َحَّد َق ْعىَل َنا َعْبُد ا َأْل َث اَل َحَّد َق َنا َعِلُّي ْبُن َعْبِد ِهَّللا َث َحَّد ي َعىَل ِّل َص ُي َم َّل ْيِه َوَس َل ِبَّي َصىَّل ُهَّللا َع ْيُت الَّن َأ اَل َر َق يِه ِب َأ َعْن َة يَع ِب ِهَّللا ْبِن َعاِمِر ْبِن َر ِه ِب َوَّجَهْت َت ِتِه َحْيُث َل َراِح “Rabi` ah r.a. berkata: Saya melihat Nabi s.a.w. solat atas tunggangannya menghadap ke arah mana haiwannya bergerak.” (Sahih al-Bukhari, kitab َهْت ِبِه bab, Solah-al Taqsir َّج َو َت َعىَل الَّداَّبِة َوَحْيُثَما ِع (1042. noَ, صاَلِة الَّتَطُّو


َّم ُث ْقُت َطَل ْن ا َم ِفي َحاَجٍة َلُه َف َّل ْيِه َوَس ِني َرُسوُل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل اَل َبَعَث َق ِبِر ْبِن َعْبِد ِهَّللا َرِضَي ُهَّللا َعْنُهَما َعْن َجا ْعَلُم َأ ِبي َما ُهَّللا َع ِفي َق ْل َو َق ْيِه َف َلْم َيُرَّد َعَلَّي َف ْمُت َعَل َّل َم َفَس َّل ْيِه َوَس ِبَّي َصىَّل ُهَّللا َعَل ْيُت الَّن َت َف َأ ْد َقَضْيُتَها َرَجْعُت َو َق ْيِه َف َلْم َيُرَّد ْمُت َعَل َّل َّم َس ُث ْيِه ُت َعَل ْأ ْبَط ي َأ ِّن َم َوَجَد َعَلَّي َأ َّل ْيِه َوَس ُت ِفي َنْفِسي َلَعَّل َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل ْل ُق ْنُت ِبِه َف ُك ي ِّن ْيَك َأ ُرَّد َعَل ْن َأ َما َمَنَعِني َأ َّن َقاَل ِإ َرَّد َعَلَّي َف ْيِه َف ْمُت َعَل َّل َّم َس ُث وىَل َمَّرِة ا ُأْل ْل ِبي َأَشُّد ِمْن ا َع ِفي َق ْل َو َق َعَلَّي َف ِقْبَلِة ْل ْيِر ا ِإىَل َغ ًها ِّج ِتِه ُمَتَو اَن َعىَل َراِحَل ي َو َك ِّل َص ُأ “Saya pernah diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk satu keperluan beliau. Maka saya berangkat kemudian kembali setelah menunaikan tugasan itu. Saya lalu menemui Nabi s.a.w. Saya memberi salam kepada baginda namun baginda tidak membalasnya. Kejadian itu menimbulkan kegusaran dalam hati saya yang hanya Allah Taala sajalah yang lebih mengetahuinya. Kemudian saya berkata dalam hati, barangkali Rasulullah s.a.w. menganggap saya terlambat menunaikan tugasan baginda. Kemudian saya memberi salam sekali lagi namun baginda tetap tidak membalasnya. Timbul lagi kegusaran dalam hati saya yang lebih besar daripada yang pertama. Kemudian saya berikan salam lagi, lalu baginda membalasnya seraya berkata: Sesungguhnya yang menghalangi saya menjawab salammu adalah karena saya sedang mengerjakan solat. Saat itu baginda sedang berada di atas haiwan tunggangannya dalam keadaan tidak menghadap ke arah qiblat.” (Sahih al-Bukhari, kitab al-`Amal fi al-Solah, bab السالم يرد ال (1159. no, في الصالة 02


03 َعْيِن الَّتْمِر ِب ِقيَناُه َف َل ِم ْأ ِدَم ِمْن الَّش َق ٍك ِحيَن ِل َس ْبَن َما َن َأ َنا ْل اَل اْسَتْقَب َق ُس ْبُن ِسيِريَن َن َأ ْيُتَك َأ ُت َر ْل ُق َف ِة َل ِقْب ْل ا ِر ِنِب َيْعِني َعْن َيَسا َجا ْل ا ا َذ َوَوْجُهُه ِمْن ٍر ي َعىَل ِحَما ِّل َص ْيُتُه ُي َأ َر َف ْم َل ُه َل َع َف َم َّل ْيِه َوَس َل ْيُت َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َع َأ ي َر ِّن َأ ْواَل َل َقاَل َف ِة َل ِقْب ْل َغْيِر ا ي ِل ِّل َص ُت ٍك ِل ِس ْبِن َما َن َأ ِس ْبِن ِسيِريَن َعْن َن َأ َعْن ٍج َّجا ْبَراِهيُم ْبُن َطْهَماَن َعْن َح ِإ ُه َرَواُه ْل َع َأ ْف َم َّل ْيِه َوَس َل ِبِّي َصىَّل ُهَّللا َع َرِضَي ُهَّللا َعْنُه َعْن الَّن “Anas bin Sirin berkata: Kami menemui Anas bin Malik r.a. sekembali beliau dari Syam di daerah `Ainu al-Tamar. Saya melihat beliau sedang solat di atas himar dan menghadap ke samping iaitu sebelah kiri arah qiblat. Maka saya tanyakan beliau: Saya melihat tuan solat tidak menghadap qiblat? Maka beliau menjawab: Seandainya saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. berbuat demikian, pasti saya pun tidak akan melakukannya.” (Sahih al-Bukhari, kitab Taqsir alSolah, bab ِر ِحَما ْل َعىَل ا ِع (1049. noَ, صاَلِة الَّتَطُّو


َّما َف َل َقاَل َسِعيٌد َّك َة َف ِسيُر َمَع َعْبِد ِهَّللا ْبِن ُعَمَر ِبَطِريِق َم َأ ْنُت ُك اَل َق ُه َّن َأ ٍر َعْن َسِعيِد ْبِن َيَسا ُت َخِشيُت الُّصْبَح ْل ُق َف ْنَت ُك ْيَن َأ َقاَل َعْبُد ِهَّللا ْبُن ُعَمَر َف ِحْقُتُه َل َّم ُث ْرُت َت ْو َف َأ ُت ْل َز َن َخِشيُت الُّصْبَح ٌة َحَسَن ٌة َم ِإْسَو َّل ْيِه َوَس َل َك ِفي َرُسوِل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َع َل ْيَس َل َأ َقاَل َعْبُد ِهَّللا َف ْرُت َت ْو َف َأ ُت ْل َنَز َف َبِعيِر ْل وِتُر َعىَل ا ُي اَن َك َم َّل ْيِه َوَس َل ِإَّن َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َع َف اَل َق َبىَل َوِهَّللا ُت ْل ُق َف “Sa `id bin Yasar bercerita: Pada satu ketika, saya berjalan bersama Abdullah bin Umar di satu jalan menuju ke Makkah. Sa `id melanjutkan ceritanya: Ketika saya khuatir Subuh akan menjelang, saya turun daripada kenderaan dan mengerjakan solat witir. Sesudah itu barulah saya menyusuli beliau r.a. Abdullah bin Umar r.a. bertanyakan saya: Ke mana awak tadi? Saya menjelaskan: Saya khuatir Subuh akan masuk, jadi saya turun daripada kenderaan untuk solat witir. Abdullah r.a. berkata: Bukankah pada diri Rasulullah s.a.w. ada suri tauladan terbaik buatmu? Saya menjawab: Sudah tentu. Beliau r.a. menjelaskan: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa solat witir atas kenderaan.” (Sahih al-Bukhari, kitab ِر َعىَل الَّداَّبِة bab, Witr-al ْت ِو ْل ا ,no. 954) 04


Ada masa, Ibn `Umar r.a. turun daripada haiwan tunggangannya dan mengerjakan solat witir di atas tanah. Ini bermakna, solat di atas tanah lebih baik namun diharuskan solat dalam kenderaan. Al-Tahawi berkata, “Telah dinukil daripada ulama-ulama Kufah bahawa tidak boleh solat witir di atas kenderaan. Pendapat ini jelas menyalahi sunnah yang sudah menetapkan kaedah ini.” (Fath al-Bari) 05 ُتُه ا َق َما َتَوَّجَهْت ِبِه َن ُث ي ُسْبَحَتُه َحْي ِّل َص ُي اَن َم َك َّل ْيِه َوَس َّن َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل َعْن اْبِن ُعَمَر َأ “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat sunat mengikut arah mana untanya ِز َصاَلِة الَّناِفَلِة َعىَل bab, Qasriha wa Musafirin-al Solah kitab, Muslim Sahih.” (menghadap َجَوا (700.no, الَّداَّبِة ِفي الَّسَفِر َحْيُث َتَوَّجَهْت


ULASAN ULAMA HANAFI Al-Tahawi, “Sesiapa yang menunggang haiwannya (kenderaan) di tempatnya (المصر ,(maka dia tidak boleh solat di atasnya menurut Imam Abu Hanifah dan Muhammad. Ini juga merupakan pendapat Qadim Abu Yusuf. Pengarang-pengarang imla’ meriwayatkan bahawa Abu Yusuf solat di atas kenderaannya di tempatnya, seperti itu juga beliau lakukan di tempat lain. abu Ja `far al-Tahawi berkata: Pendapat inilah yang kami pegang.” (Mukhtasar al-Tahawi, 25) 06


ULASAN ULAMA MALIKI Ibn `Abd al-Bar, “Abu Yusuf berkata: Solatlah di tempat sendiri atas haiwan tunggangan dengan cara menundukkan kepala berdasarkan hadith Yahya bin Sa`id daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa beliau (Anas r.a.) solat di atas himarnya di Lorong-Lorong Madinah dengan cara isyarat kepala. (Lafaz ini tidak wujud namun ada lafaz lain yang sahih di dalam al-Muwatta’ Malik) Al-Tabari berkata: Boleh bagi setiap penunggang dan pejalan kaki sama ada ketika hadhar mahupun safar untuk solat di atas haiwannya, kenderaannya dan berjalan kaki. Sebahagian ulama al-Shafi`i menyatakan mazhab mereka membolehkan solat sunat di atas haiwan sama ada ketika hadhar mahupun safar.” (Al-Tamhid, 17:78) 07


ULASAN ULAMA SHAFI'I Imam Nawawi, “Sama ada perjalanan pendek mahupun panjang, kita harus mengerjakan solat sunat di atas kenderaannya menurut kami dan jumhur ulama. Abu Sa`id al-Istakhri ulama mazhab kami berkata: Harus solat sunat di atas haiwan di negeri sendiri. Ini berdasarkan tindakan Anas bin Malik r.a. dan Abu Yusuf ulama Hanafi.” (Syarah Sahih Muslim) 08 Imam Nawawi, “Harus solat sunat sambil berjalan kaki dan di atas kenderaan menghadap ke arah perjalannya dalam safar yang panjang, begitu juga dalam safar yang pendek menurut pendapat yang mazhab. Namun tidak boleh solat di atas kenderaan di kampung sendiri menurut pendapat yang sahih. Bahkan hukum solat sunat (di kampung sendiri) sama dengan hukum solat fardhu dalam semua perkara melainkan qiyam. Al-Istakhri berkata: Harus bagi penunggang dan pejalan kaki untuk solat sunat ketika hadhar menghadap ke arah tempat yang dituju. Al-Qaffal pula membenarkan dengan syarat menghadap ke arah kiblat sepanjang solat.” (Raudhah al-Talibin, 1:210)


ULASAN ULAMA HANABILAH Ibn Muflih, “Yang jelasnya tidak harus ketika hadhar menurut pendapat yang mazhab, lantaran tiada warid daripada Nabi s.a.w. Ia harus bagi orang yang berkenderaan di luar kawasannya, sebagaimana dilakukan oleh Anas r.a., lantaran orang berkenderaan seperti orang bermusafir.” (Al-Mubdi`, 1:401) 09 Ibn Taimiyyah, “Tiada beza antara safar yang panjang dengan pendek, disebabkan keperluan orang terhadap solat sunat dalam safar yang pendek sama dengan keperluannya terhadaps solat sunat dalam safar yang panjang. Orang berkenderaan di kawasan sendiri tidak boleh melakukannya menurut pendapat yang masyhur daripada, namun ada pendapat lain daripadanya yang mengharuskannya sebagaimana diharuskan ketika safar.” (Syarah al-`Umdah, 4:525)


ULASAN ULAMA ZAHIRI Harus solat sunat berbaring biar pun tidak uzur tanpa menghadap ke arah kiblat. Harus solat di atas kenderaan menghadap ke mana sahaja kenderaannya bergerak, sama ada ke arah kiblat atau pun tidak. Harus solat di atas kenderaan ketika safar dan dalam kawasan sendiri. Semua ini dilakukan oleh Nabi s.a.w. Ibrahim al-Nakha `i menyatakan para sahabat dan tabi`in melakukannya dan menghadap ke arah hadapan menurut pergerakan kenderaan. (Al-Muhalla, 3:56-57) Ibn Hazm, 10


ULASAN MUFASSIR Ibn Kathir, “Abu Yusuf dan al-Istakhri membolehkan solat sunat atas kenderaan di kawasan sendiri. Abu Yusuf menghikayatkannya daripada Anas bin Malik r.a. Pendapat ini disokong juga oleh Abu Ja `far al-Tabari, malah membolehkan untuk pejalan kaki juga.” (Tafsir al-Qur’an al-`Azim.) 11


ULASAN MUHADDITH Harus dalam semua safar; panjang mahupun pendek. Mazhab Malik hanya membenarkan dalam safar panjang yang mengharuskan diqasarkan solat. Al-Tabari mengkritik pendapat Maliki. Beliau berhujjah, tayammum diharuskan untuk orang sakit dan musafir. Orang yang musafir sependek 1 mil dibenarkan bertayammum sekiranya tiada air. Sama lah dengan keadaan orang yang solat di atas kenderaan, diharuskan dalam safar yang pendek. Tujuannya ialah untuk memperbanyakkan ibadah solat sunat dan memastikannya dapat dikerjakan, memperbanyakkan pahala kita dan mendapat rahmat Allah Taala. Abu Yusuf dan ulama-ulama yang sepakat dengan beliau mengharuskannya dalam kawasan sendiri sekalipun. (Fath al-Bari) Ibn Hajr, 12


ULASAN ULAMA MU'ASIRIN (TERKINI) Sheikh Ibn Jibrin ditanya, “Bolehkah seseorang musafir solat sunat dalam kereta, seperti orang yang melalui perjalanan yang lama dalam bandar, kemudian dia mahu solat sunat?” Beliau menjelaskan, “Apabila seseorang itu menghadapi kesulitan untuk berhenti, atau ada kesesakan lalu lintas, dan mungkin dia akan terlepas waktunya sebelum sampai ke tempatnya disebabkan waktu yang pendek seperti solat sunat Maghrib, maka bolehlah dia solat dalam keadaan tersebut menurut kemampuannya.” (Al-Mufid fi Hukm al-Musafir) 13 Sheikh Solih bin Muhammad al-Luhaidan, “Tidak syak lagi bahawa harus mengerjakan solat sunat dalam kereta walaupun bukan dalam safar.” (Buhuth `Ilmiyyah Nadirah oleh Sheikh Fahd al-Saq`abi, 82)


Adakah perlu menghadap kiblat semasa takbiratul ihram? Wajib menghadap kiblat menurut Hanabilah. Pejalan kaki pula wajib menghadap kiblat dalam semua keadaan, dan mesti rukuk dan sujud seperti biasa, bukannya sekadar isyarat kepala. Tidak wajib, malah rukuk dan sujud hanya dengan isyarat. Ada 2 pendapat ulama; 14


Hukum solat atas kenderaan ketika hadhar (dalam kawasan sendiri) Tidak dibolehkan menurut Imam Abu Hanifah, Imam al-Shafi`i, dan salah satu pendapatImam Ahmad. Dibolehkan berdasarkan perbuatan Anas bin Malik r.a. Ulama yang mengharuskannya ialah Abu Sa `id al-Istakhri daripada Mazhab al-Shafi`i, ulama Zahiri, Ibrahim al-Nakha `i, al-Qadhi Abu Yusuf Muhammad al-Shaibani (cuma makruh), al-Tahawi, Ibn Jarir al-Tabari, al-Auza `i dan al-Qaffal. Al-Qaffal mensyaratkan untuk menghadap ke arah kiblat sepanjang solat. Ibn Daqiq al-`Id dan al-San ` ani juga mengharuskannya. Ada 2 pendapat ulama:- 15


Memperbanyakkan solat sunat atau ibadah kepada Allah Taala. Apa lagi jika dalam bandar yang besar seperti Shah Alam dan seumpamanya. Bagi Sheikh Abdullah bin Uqail, kita sewajarnya dibenarkan untuk mengerjakan solat sunat berkenderaan dalam kawasan sendiri dengan penjelasan:- 16


RUMUSAN ASAS IMAM NAWAWI Yang paling sahih, tidak dibenarkan. Abu Sa `id al-Istakhri mengharuskan bagi kedua-duanya. Harus untuk orang berkenderaan namun tidak untuk pejalan kaki. Menurut al-Qaffal, harus dengan syarat mesti menghadap ke arah kiblat sepanjang solat. (Al-Majmu ` , kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) Ada 4 pendapat ulama dalam bab solat sunat dalam kenderaan dan berjalan kaki dalam kawasan sendiri:- 1. 2. 3. 4. 2021 17


KESIMPULAN SHEIKH ABDULLAH BIN UQAIL Harus solat sunat berkenderaan. Harus dalam safar panjang dan pendek. Ini merupakan pendapat jumhur ulama. Malah sebahagian ulama mendakwa ia merupakan ijmak ulama. Kita hanya membuat isyarat menundukkan kepala untuk rukuk dan sujud. Isyarat sujud lebih rendah berbanding rukuk. Tidak wajib menghadap kiblat ketika takbiratul ihram. Pejalan kaki boleh rukuk dan sujud dengan memberikan isyarat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 2021 18


HADITHRENUNGAN Sheikh Abdullah bin `Uqail mengajak kita merenungi hadith Nabi s.a.w. yang memerintahkan kita untuk bersegera dalam beramal dan jangan amalkan sikap bertangguh-tangguh. ًدا ِّن ْو َه َرًما ُمَف َأ ْو َم َرًضا ُمْفِسًدا َأ ْو ِغًنى ُمْطِغًيا َأ وَن ِإاَّل َفْق ًرا ُمْنِسًيا ًعا َهْل َتْنَتِظ ُر ْب ِبا َأْلْعَماِل َس اَل َباِدُروا َم َق َّل ْيِه َوَس َّن َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َعَل ِبي ُه َرْي َرَة َأ َعْن َأ ُّر َم ْدَهى َوَأ ُة َأ الَّساَع ْو الَّساَع َة َف َأ ْنَتَظ ُر ُي َّجاَل َفَشُّر َغاِئٍب ْو الَّد َأ ا ُمْجِهًزا ًت ْو َمْو َأ “Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara. Tidaklah kalian menunggu selain kefakiran yang membuat lupa, kekayaan yang melampaui batas, penyakit yang merusak, masa tua yang menyulitkan, kematian yang datang tiba-tiba, Dajjal; seburuk-buruk hal ghaib yang dinanti-nanti, dan kiamat, dan kiamat itu sangat membawa petaka dan sangat pahit.” (Jami` al-Tirmizi, kitab al-Zuhd, bab لِمَعَ ْل ُمَباَدَرِة ِبا ْل ,َما َجاَء ِفي ا no. 2306) 19


HADITHRENUNGAN وَع الَّشْمِس ِمْن ُل ْعَماِل ِسًّت ا ُط ِبا َأْل اَل َباِدُروا َق َم َّل ْيِه َوَس َل َّن َرُسوَل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َع َأ َرَة ْي ِبي ُه َر َأ َعْن َعاَّمِة ْل َر ا ْم َأ ْو َأ َحِدُكْم َة َأ ْو َخاَّص َة َأ ْو الَّداَّب َأ َّجاَل ْو الَّد َأ ْو الُّدَخاَن َأ ِرِبَها َمْغ “Segeralah beramal sebelum datang enam perkara. Matahari terbit dari arah barat, kabus, dajjal, binatang (daripada bumi), kematian dan kiamat. ” (Sahih Muslim, kitab al-Fitan wa Ashrat al-Sa ` ah, bab (2947. no, في بقية من أحاديث الدجال 20


Bolehkah solat fadhu atas kenderaan? Kenderaan terbahagi kepada dua: Kenderaan besar: Kapal terbang, kereta api, dan kapal laut. Kita dibenarkan untuk solat fardhu dalam kenderaan tersebut secara umumnya. Kenderaan kecil: Basikal, motosikal, perahu dan kereta. Kita tidak dibenarkan untuk solat fardhu atas basikal dan motosikal kecuali dalam kes perang. Manakala kita dibenarkan untuk solat dalam kereta dalam keadaan dharurat. 21 Bagi penunggang basikal dan motosikal, mereka tiada masalah untuk berhenti dan mengerjakan solat dalam keadaan biasa. Masalahnya ialah pada pemandu kereta apabila mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebagai contoh. Ibn `Abd al-Bar, “Ulama ijmak menyatakan ketidakharusan untuk solat fardhu atas haiwannya (kenderaan kategori kedua) selain daripada disebabkan sangat ketakutan.” (Al-Istizkar, 2:255)


Solat fardhu dalam kapal terbang Apabila kita boleh terlepas solat fardhu yang tidak boleh dijamakkan, maka kita wajib mengerjakan solat di dalam kapalterbang. Apabila kita boleh melewatkan solat tersebut iaitu jamak ta’khir atau mengawalkannya iaitu jamak taqdim, maka kita boleh mengerjakannya secara jamak. 22


Kaedah solat fardhu dalam kenderaan 01 02 03 Sekiranya mampu, solat dalam keadaan berdiri. Pasti kaedah ini tidak dapat dilaksanakan dalam kereta. Apabila kita berada di dalam kapal terbang yang besar dan ada ruang kosong, maka sebaiknya kita solat di sana. Namun sekiranya orang agak ramai sedangkan masa singkat seperti waktu solat Subuh, maka bolehlah solat secara duduk di tempat masingmasing. Berdirilah meskipun dalam keadaan bersandar atau berpegang dengan dinding. Apabila tidak mampu, barulah solat dalam keadaan duduk. 23


Kaedah solat sunat dalam kenderaan Sekiranya boleh, kita menghadap kiblat sepanjang solat. Apabila tidak mampu, kita hanya menghadap kiblat semasa takbiratul ihram. Apabila tidak mampu, barulah kita solat menghadap ke arah mana sahaja kenderaan ini bergerak. Kita hanya menundukkan sedikit kepala untuk rukuk. Kita menundukkan kepala lebih rendah ketika sujud 1 2 3 4 5 Iktidal, duduk antara dua sujud dan duduk tashahhud sama kedudukannya dengan qiyam’ semuanya dilakukan dalam keadaan duduk. 6 Sekiranya kita menjadi pemandu, maka kita wajib memastikan keselamatan terjamin sepanjang solat. 7 Mesti mengambil wudhu terlebih dahulu. 8 Mesti memastikan pakaian kita dalam keadaan bersih. 9 Kita boleh menggerakkan tangan untuk menggerakkan signal dan stereng. 10 Mencari masa dan situasi yang sesuai untuk mengerjakan solat. 11 24


PERMASALAHANPERMASALAHAN 25


Bolehkah solat dalam kenderaan untuk safar maksiat? Safar maksiat tidak membolehkan kita untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti qasar, jamak dan solat dalam kenderaan. Imam Nawawi menjelaskan, B bercadang untuk ke Genting Highland dengan tujuan berjudi. Perjalanan ke Genting Highland melebihi 2 marhalah. وَن َسَف َر َمْعِصَيٍة ُك ْن اَل َي َأ وَن َسَف َر َمْعِصَيٍة ، َوَكَذا َجِميُع ُرَخِص الَّسَف ِر َشْرُطَها ُك ْن اَل َي َأ الَّتَنُّفِل ِفي الَّسَف ِر َماِشًيا َوَراِكًبا ِز َشْرُط َجَوا “Syarat mengharuskan kita solat sunat ketika safar dalam keadaan berjalan dan berkenderaan ialah, safar itu bukan safar maksiat. Begitulah seluruh rukhsah safar, syaratnya ialah bukan safar maksiat.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) 26


Kita tidak dibenarkan untuk mengerjakan solat fardhu di dalam kereta disebabkan terperangkap dalam kesesakan melainkan kita berada dalam dharurat. Apabila kita terperangkap dalam kesesakan, kita boleh memilih untuk jamak ta’khir. Sheikh Abdul Rahman bin Nasir al-Barrak menjelaskan. لجئتي إىل هذا فاجمعي، اجمعي الّظهر والعصر، أو المغرب مع ُأ ال، إذا العشاء . “Tidak boleh. Apabila anda bertemu situasi ini, hendaklah anda jamak. Jamaklah Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak.” (https://sh-albarrak.com/article/3066) Bolehkah solat dalam kereta semasa sesak? 27 Khuatir tidak sempat mengerjakan solat pada waktunya. Tiada kemampuan dan ruang untuk mengerjakan solat pada tempat yang sesuai. (https://islamqa.info/ar/answers/218 69) Perlu difahami ada 2 syarat yang membolehkan kita untuk mengerjakan solat fardhu dalam kenderaan seperti kereta.


Bolehkah kita bergerak mengendalikan kereta semasa memandu? Imam Nawawi, اَن ِلَحاَجٍة َس إْن َك ْأ اَل َب ْو َحَّرَك ِرْجَلُه ِلَتِسيَر َف َأ ْو َضَرَبَها َل َس ، َو َكَذا ْأ اَل َب َحاَجِة َف ْل ِل َة ِإْن َر َكَض الَّداَّب َف ْيَها َل ِتي اَل َيْحَتاُج إ َّل َعاِل ا ْف ْرُك ا َأْل ُيْشَتَرُط َت “ Disyaratkan untuk kita meninggalkan segala perbuatan yang tidak diperlukan. Sekiranya kita perlu memecut tunggangan kita, tiada masalah. Begitu juga kita boleh memukul atau menggerakkan kakinya supaya berjalan, tiada masalah jika perlu berbuat demikian.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) 28 َر َبَطَلْت ِإْن َكُث َف ِلياًل ، اَن َق ُه إْن َك ُت ْبُطْل َصاَل َعَلُه ِلَغْيِر َحاَجٍة َلْم َت ِإْن َف ي َف ِّل ُمَتَو ْل اَل ا َق “Mutawalli berkata: Sekiranya kita bergerak tanpa keperluan, jika sedikit tiada masalah. Jika banyak, solat boleh batal.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) Ertinya, tiada masalah memecut kereta dalam keadaan memerlukan, termasuklah menggerakkan tangan untuk signal dan seumpamanya.


Kereta berubah arah Dikatakan kita perlu menghadap arah hadapan iaitu arah haiwan tunggangan bergerak. Bagaimana pula dengan kereta yang bergerak tanpa arah yang tetap, malah ada masa perlu berpatah balik (u-turn) ke belakang? Atau ketika di bulatan? وَع ُج ْو الُّر ْيِرِه َأ َنَوى الَّسَفَر إىَل َغ َتَغَّيَرْت ِنَّيُتُه َوُهَو ِفي الَّصاَلِة َف وٍم َف ُل ًها إىَل َمْقِصٍد َمْع ِّج اَن ُمَتَو ا َك َذ اَل َصاِحُب الَّتِتَّمِة : إ َق َتُه ِبُمَجَّرِد الِّنَّيِة . ِقْبَل ُة اِنَي َّث ال ُة ِجَه ْل َحاِل ، َوَيْسَتِمَّر َعىَل َصاَلِتِه َوَتِصيُر ا ْل ِجَهِة ِفي ا ْل َك ا ْل ِتِه إىَل ِت َيْصِرْف َوْجَه َداَّب إىَل َوَطِنِه َف ْل “Pengarang al-Tatimmah berkata: Apabila kita menghadap ke sesuatu arah, kemudian niat kita berubah ketika kita masih solat, lalu kita berniat safar ke tempat lain atau kembali semula ke kampung kita, maka hendaklah kita pusingkan tunggangan kita ke arah tersebut dan kekal dalam solat, dan jadilah arah kedua itu sebagai kiblat kita berdasarkan niat.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) 29


Bolehkah solat raya dalam kereta? Fauziah terperangkap dalam kesesakan jalan semasa pulang beraya di kampung. Bolehkah Fauziah mengerjakan solat raya di dalam kereta? ِعيُد ْل وُز ا ُج ُه اَل َي َّن َأ َراَساِنُّيوَن َوْجًها ْل ُخ ِز ، َوَح َكى ا َجَوا ْل َجِميُع الَّنَواِفِل َسَواٌء ِفي ا َف َعىَل الَّراِحَلِة َوَماِشًيا َحْيُث َجاَزْت الَّناِفَل ُة َمْنُصوُص ْل ِرِمُّي َوالَّصِحيُح ا َأْلَّوُل َوُهَو ا َوْجِه َقَطَع الَّدا ْل َجَماَعِة ، َوِبَهَذا ا ْل َفَراِئِض ِفي ا ْل ِبا ُسوُف َوااِلْسِتْسَقاُء ِلَشَبِهَها ْل ُك َوا ُروَن َوِبِه َقَطَع ا َأْلْكَث “Lantaran kita mengharuskan solat sunat atas kenderaan dan juga pejalan kaki, maka semua jenis solat sunat diharuskan. Ada ulama Khurasan tidak mengharuskan solat raya, gerhana dan minta hujan disebabkan ada persamaan dengan solat fardhu. Pendapat ini disokong oleh al-Darimi. Yang tepatnya ialah pendapat pertama, inilah yang dinaskan dan inilah pendapat kebanyakan ulama.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) 30


Bolehkah sujud tilawah di dalam kenderaan? Zantie membaca al-Quran di dalam kereta. Bolehkah Zantie sujud tilawah apabila bertemu dengan ayat-ayat yang tersebut? ُسوِف ; ْل ُك ِخاَلُف ِفي َصاَلِة ا ْل َّحِتِه ا ِفي ِص َف ِة َل ِرَج الَّصاَلِة ِبا ِإْليَماِء َعىَل الَّراِح ْو ِتاَلَوٍة َخا َأ ٍر ْك ْو َسَجَد ِلُش َل َو َجَواُز ْل اِدٌر ، َوالَّصِحيُح ا َن ُه َأِلَّن “Jikalau sujud syukur atau sujud tilawah luar solat dengan cara memberikan isyarat kepala, ada khilaf tentang kesahihannya sama dengan perbahasan solat gerhana, lantaran ia jarang berlaku. Yang sahihnya, harus berbuat demikian.” (Al-Majmu ` , kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) 31


Solat tawaf dalam bas Selepas tawaf sunat, Amilia tidak sempat untuk mengerjakan solat sunat tawaf. Dia terpaksa naik bas dengan segera untuk program ziarah. Bolehkah Amilia solat di dalam bas sahaja? اَل ٌة َف َنا : َواِجَب ُق ْل ْن ِإ ِة ، َو َل - َجاَزْت َعىَل الِّرْح ٌة َنا : ُهَما ُسَّن ُق ْل ْن ِإ َّما َرْكَعَتا الَّطَواِف - َف َف َأ “Solat dua rakaat tawaf, jika kita mengatakan hukumnya sunat, maka bolehlah solat di dalam kenderaan. Jika kita mengatakan hukumnya wajib, maka tidak boleh. ” (Al-Majmu ` , kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) 32


Ku Maheran bernazar untuk mengerjakan solat sebanyak 12 rakaat sekiranya berjaya mencapai impiannya. Bolehkah Ku Maheran solat nazar dalam kereta? َمْذَهِب ِفيَها ْل ِة َعىَل ا َل َماِشًيا َواَل َعىَل الَّراِح ُة ِجَناَز ْل َواَل ا ُة َمْنُذوَر ْل ِصُّح ا َت َواَل “Dan tidak sah solat nazar dan solat jenazah dalam keadaan berjalan kaki dan di dalam kenderaan menurut mazhab.” (Al-Majmu ` , kitab al-Solah, bab Istiqbal al-Qiblah) Bolehkah solat nazar dalam kenderaan? 33 Solat nazar merupakan solat wajib.


Ada masa, solat di atas kapal agak mencabar disebabkan ombak yang terlalu. Fatimah misalnya berada di dalam kapal untuk misi tertentu di Langkawi. Bagaimanakah kaedah solat Fatimah? وُز ُج : َي و َحِنيَف َة ُب اَل َأ ْحَمُد ، َو َق اَل َماِلٌك َوَأ َبِّر ، َوِبِه َق ْل اَن ِفي ا ْو َك ُقْدَرِة ، َكَما َل ْل ِقَياِم َمَع ا ْل ْرُك ا ُجْز َلُه َت ِفي الَّسِفيَنِة َلْم َي َفِريَض َة ْل ا َصىَّل ا اَل َأْصَحاُبَنا : إ َذ َق ًة اَنْت َساِئَر ا َك إ َذ “Ulama kami menjelaskan: Apabila kita mahu solat fardhu di atas perahu (sama hukumnya dengan kapal), kita tidak boleh meninggalkan rukun berdiri selagi mana kita mampu. Sama dengan ketika berada di atas daratan. Inilah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad. Imam Abu Hanifah membenarkan duduk apabila perahu itu bergerak.” Keadaan solat atas kapal dan perahu 34 َتَحَّوَل َوْجُهُه َعْن ِإْن َهَّبْت الِّريُح َوَحَّوَلْت الَّسِفيَن َة َف َف ُه َعاِجٌز ، اِعًدا ; َأِلَّن ُة َق َفِريَض ْل ِس َوَنْحِوِه َجاَزْت ا ْأ اَن َلُه ُعْذٌر ِمْن َدَوَراِن الَّر ِإْن َك َف اَل َأْصَحاُبَنا : َق َبِّر ْل اَن ِفي ا ْو َك ِقْبَلِة ، َوَيْبِني َعىَل َصاَلِتِه ِبِخاَلِف َما َل ْل ِقْبَلِة َوَجَب َرُّدُه إىَل ا ْل ا “Ulama kami menjelaskan kami: Apabila kita mengalami kesulitan seperti kepala pening dan seumpamanya, maka bolehlah solat dalam keadaan duduk, kerana kita keuzuran. Jika angin bertiup dan perahu bergerak sehingga memalingkan muka kita daripada kiblat, maka kita wajib mengalihkan semula ke arah kiblat. Dan kita hanya perlu menyambung semula solat kita, tidak seperti keadaan di atas daratan.” (Al-Majmu`, kitab al-Solah, bab Istiqbal alQiblah)


Adakah solat fardhu dalam kenderaan seperti kereta wajib diqadha semula? 35 SITUASI 1 Pakaian tidak bersih. Tiada air untuk berwudhu. Tiada debu yang sesuai untuk tayammum. Misalnya, Cikgu Ita terpaksa solat Asar di dalam kereta kerana kesesakan luar biasa disebabkan ada lori terbalik. Masalahnya bukan sahaja pada solat di dalam kereta, malah: NIATJAMAKTA'KHIR Adakah Nasriah wajib solat Subuh dalam bas? Bagaimana pula jika Nasriah tiada air untuk berwudhu? Situasi contoh kedua, Nasriah pergi ke Terengganu untuk berkursus di sana dengan bas. Namun malangnya bas tidak berhenti untuk solat Subuh. SITUASI2


36 Tidak wajib qadha. Keadaannya sama dengan orang yang solat ketika perang atau shiddah al-khauf. Wajib qadha kerana keadaan tersebut jarang berlaku. ْرِض إىَل َيَها َعىَل ا َأْل ِّل َزَل ِلُيَص َن ْو َل َوُهْم َساِئُروَن ، َوَخاَف ُة َب ُتو ْك َم ْل ا ُة ْو َحَضَرْت الَّصاَل َل ْصَحاُبَنا : َو َأ اَل َق َبْل ِتَها ، ْق َها َعْن َو ِإْخَرا ُج ْرُك الَّصاَلِة َو َت ُجْز ْم َي َل ْو َماِلِه َأ ْفِسِه َن ْو َخاَف َعىَل َأ َقِتِه ْف ِقَطاًعا َعْن ُر ْن ِة ا َل ِقْب ْل ا ِمْنُهْم ٌة َجَماَع َل َة َأ َمْس ْل ر ا َذ َك َذا َك اِدٌر ، َه َن ُه ُعْذٌر َأِلَّن ; ُة ِجُب ا ِإْلَعاَد َت ِت ، َو ْق َو ْل ْرَمِة ا يَها َعىَل الَّداَّبِة ِل ُح ِّل َص ُي وُب ا ِإْلَعاَدِة ُج اَل َوُو َق ا َن ْر َذ َك َما ي َعىَل الَّداَّبِة َك ِّل َص ُي َسْيٌن ُح َقاِضي ْل اَل ا َق َصاِحُب الَّتْهِذيِب َوالَّراِفِعُّي ، َو ْسَتَدُّل اِدٌر َوِمَّما ُي َن َّن َهَذا َأِل ِجُب ; َت اِني : َّث َخْوِف . َوال ْل ِشَّدِة ا َك ِجُب َت َحَدُهَما : اَل َأ َيْحَتِمُل َوْجَهْيِن اِن . َذ ِقَياِم ِفي ا َأْل ْل ِة ا َل َأ اِن ِفي َمْس َذ َباِب ا َأْل اُه ِفي َن ْر َذ َك ِذي َّل ا َة ِة َحِديُث َيْعىَل ْبِن ُمَّر َل َأ َمْس ْل ِل Kesimpulannya ada 2 pendapat ulama: 1. 2.


Hukum solat tanpa wudhu dan tayammum 37 Hanuni wajib solat sekiranya solat itu tidak boleh dijamak seperti solat Asar. Ada khilaf ulama. Hanuni mengalami kesulitan untuk berwudhu dan bertayammum semasa dalam satu urusan yang sangat penting. Hanuni dianggap sebagai faqid altahurain (الطهورين فاقد (iaitu orang yang tiada wudhu dan tiada tayammum. Adakah Hanuni wajib solat dan adakah solat itu wajib digantikan semula? 1. 2.


38 Mazhab Hanafi dan Shafi`i. Mazhab Hanbali. Mazhab Maliki. Wajib solat dan wajib digantikan semula. Pendapat lain yang dikongsi oleh Ibn Hajar, Hanafi tidak mewajibkan solat namun wajib qadha. (Fath al-Bari, kitab al-Tayammum, bab باًراَ ُت ْم َيِجْد َماًء َواَل َل ا َذ ِإ , no. 329) Wajib solat dan tidak perlu digantikan semula. Tidak wajib solat dan tidak perlu digantikan semula. Apapun ulama Maliki berbeza-beza pendapat dalam isu ini.


Perincian Mazhab al-Shafi`i 39 Wajib solat dan wajib qadha semula. Haram solat namun wajib qadha. Ini juga pendapat al-Thauri dan al-Auza`i. Sunat solat dan wajib qadha. Wajib solat dan tidak perlu qadha semula. Ini merupakan pendapat terkuat menurut Imam Nawawi. Pendapat ini juga disokong oleh Asyhab, Sahnun dan Ibn al-`Arabi daripada Maliki, Ibn Hazm. Imam Ahmad, dan ulama Mazhab al-Shafi`i seperti Abu Thaur, al-Muzani, dan Ibn al-Munzir. Ada 4 pendapat dalam Mazhab al-Shafi`i. 1. 2. 3. 4. Ada satu pendapat sahaja yang tidak disokong oleh mereka, iaitu tidak wajib solat dan tidak wajib qadha.


Solat sunat di dalam kenderaan tanpa wudhu 40 Solat wajib diwajibkan kita kerjakan di dalam kenderaan kerana hukumnya wajib. Bagaimana pula solat sunat? Misalnya, bolehkah Anis mengerjakan solat tarawih di dalam bas tanpa ada wudhu? Atau, bolehkah Zarina yang sedang membonceng motosikal besar mengerjakan solat tahajjud tanpa wudhu?


41 Wallah a`lam, Asasnya, Mazhab al-Shafi`i dan Hanbali tidak membenarkan orang faqid al-tahurain untuk mengerjakan solat sunat. Al-Khatib al-Shirbini menjelaskan, وهؤالء الثالثة: وهم من لم يجد ماء وال ترابا، ومن عىل بدنه نجاسة يخاف من غسلها، ومن حبس عليها: يصلون الفريضة فقط ألجل حرمة الوقت، وال يصلون النافلة؛ إذ ال ضرورة إليها “Tiga golongan ini, (a) Faqid al-tahurain, (b) Orang bernajis pada badannya yang dia takut untuk mencucinya, (c) Orang yang diikat: Mereka hanya boleh solat fardhu sebagai menghormati waktu, namun tidak boleh solat sunat, lantaran tiada dharurat padanya.” (Mughni al-Muhtaj, 1:274) Ibn Taimiyyah berbeza dengan membolehkan solat sunat bagi faqid al-tahurain. Menurut beliau, ومن عدم الماء والتراب : يتوجه أن يفعل ما يشاء من صالة فرض، أو نفل، وزيادة قراءة عىل ما يجزئ “Siapa yang tiada air dan tanah boleh mengerjakan solat fardhu dan solat sunat, dan menambah bacaan lebih daripada sekadar.” (Al-Fatawi al-Kubra, 5:310) Ini kerana Mazhab Hanbali seperti diterangkan oleh al-Buhuti di dalam Kashf al-Qina` hanya membenarkan faqid altahurain membaca surah al-Fatihah, tasbih rukuk dan sujud hanya sekali dan membaca yang wajib sahaja dalam tashahhud akhir. (https://islamqa.info/ar/answers/325602)


Click to View FlipBook Version