PEMBANGUNAN
TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PROJEK: MIDORI CITY
INVENTOR: NO KAD PENGENALAN:
1.AYU ATHIRAH BINTI ABD RAHMAN 051031010130
2.ANGGUN FARAH MILYA BINTI IBRAHIM 050313011348
050910100832
3.NUR HAYATI BINTI SALAM
840909016293
GURU PENYELIA:
EN NASIHIN AZMI
PENGENALAN
Mengikut UNESCO-UNEP (1978) pengetahuan membantu individu, kumpulan dan
masyarakat mendapatkan pelbagai pengalaman dan memperoleh pemahaman asas yang
diperlukan bagi mencipta dan memastikan kemapanan alam sekitar. Pengetahuan
tentang isu-isu alam sekitar merujuk kepada pengetahuan atau kefahaman tentang
konsep dan fakta-fakta yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar yang terpilih dalam
kajian ini. Kesedaran akan wujud dan boleh meningkat jika pengetahuan serta
pemahaman individu boleh di aplikasi dalam bentuk tingkah laku yang positif
khususnya dalam amalan yang lebih lestari dalam kehidupan mereka. Terdapat juga
kepercayaan bahawa peningkatan tahap pengetahuan tentang alam sekitar dapat
menggalakkan sikap positif terhadap alam sekitar (Arcury dan Johnson, 1987).
Alam sekitar atau persekitaran bermaksud factor-faktor fizikal yang
mengelilingi kehidupan manusia (Hazura & Sharifah Norhaidah 2007). Isu alam sekitar
merupakan masalah sosial yang sentiasa melanda masyarakat bermula dengan masalah
pencemaran alam sekitar, perubahan iklim global serta kekurangan sumber semula jadi
dunia yang mengancam kehidupan individu, masyarakat dan organisma hidup yang lain
(Bruni, Chance & Wesley 2012). Alam sekitar adalah unsur-unsur alam sekitar yang
melibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan biotik di mana unsur
Akademika 84(3) 2014:29-3930 Akademika 84(3) abiotik dikenali sebagai unsur tidak
hidup seperti angin dan suhu manakala unsur biotik pula ialah unsur hidup seperti
manusia dan ikan (Hamidi, Tuan Pah Rokiah & Wahida 2004).
Aktiviti manusia merupakan antara punca utama kerosakan alam sekitar (Haliza
2010). Pertambahan penduduk, perkembangan teknologi, perubahan budaya
masyarakat telah menggalakkan penggunaan sumber alam sedangkan usaha
pemeliharaan alam sekitar tidak dijalankan (Kassim, Mokhtar & Haliza 2004). Menurut
Haliza (2010), setiap komponen dalam alam sekitar turut terancam oleh kemusnahan
sumber asli disebabkan aktiviti pembangunan yang pesat bagi memenuhi permintaan
yang tinggi. Pertumbuhan ekonomi, perindustrian dan peningkatan populasi secara
pesat di negara membangun seperti Malaysia menyebabkan permintaan terhadap tenaga
yang boleh diperbaharui semakin meningkat memandangkan penggunaan bahan api
fosil telah dikurangkan secara global (Kamaruddin et al. 2011). Berdasarkan Laporan
Inisiatif Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya (2012), pada tahun 2007 sektor pejabat
kerajaan merupakan sektor yang menyumbang kepada pelepasan karbon paling tinggi
iaitu sebanyak 180 ktCO2eq dikuti dengan sektor pengangkutan penumpang sebanyak
161 ktCO2eq dan sektor sisa pepejal sebanyak 148 ktCO2eq. Walau bagaimanapun,
pada tahun 2025, dijangkakan, sektor komersil bakal menjadi penyumbang utama
dalam pelepasan karbon iaitu sebanyak 1 435 ktCO2eq dengan peningkatan sebanyak
95.4 peratus daripada tahun 2007 diikuti dengan sektor pengangkutan penumpang
dengan peningkatan 87.7 peratus kepada 1 314 ktCO2eq.
Berdasarkan jumlah tersebut, inisiatif bagi mengurangkan peningkatan tahap
pelepasan karbon ke udara perlu dipraktikkan bagi menjamin kesejahteraan
persekitaran dan hidup masyarakat pada masa hadapan. Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meyakini teknologi hijau dapat mengatasi masalah
kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan
kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos dalam usaha menangani kesan
negatif daripada pembangunan. Teknologi hijau juga berperanan sebagai alternatif
dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam.
Di Malaysia, sejak Dasar Teknologi Hijau Negara di lancarkan pada tahun 2009,
sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) telah ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tenaga, teknologi
hijau dan air. Kemudian, Malaysian Green Technology Corporation ditubuhkan sebagai
penggerak dan pelaksana kepada KeTTHA bagi memandu usaha membangunkan dan
mempromosi teknologi hijau di Malaysia.
Di samping itu, kerajaan turut mempromosikan bidang teknologi hijau dengan
menyediakan pengecualian cukai pelopor, duti eksais, pengiktirafan dan promosi khas
kepada penggiat sektor teknologi hijau (Roslin 2012). Kesungguhan kerajaan terhadap
teknologi hijau dalam sistem kehidupan telah diberi penekanan dengan mengumumkan
peruntukan tambahan Green Technology Financial Scheme (GTFS) sebanyak RM 2
bilion menjadikan keseluruhannya RM 3.5 bilion sebagai insentif bagi penghasilan dan
penggunaan produk berasaskan teknologi hijau (Roslin 2012). Berikutan pemerkasaan
teknologi hijau di Malaysia, projek ini ingin mengkaji kesan daripada penekanan
penggunaan teknologi hijau terhadap peranan perhubungan awam hijau. Teknologi
hijau bukan lagi perkara baharu di Malaysia, namun, tahap kesedaran dan pengetahuan
rakyat Malaysia tentang kepentingan teknologi hijau pada masa kini dan hadapan masih
di tahap yang rendah (Muzdalifah 2011).
Oleh itu, ia menjadi cabaran kepada pengamal perhubungan hijau untuk
merangka dan melaksanakan strategi tertentu bagi menggalakkan masyarakat
menggunakan teknologi hijau. Untuk pengetahuan anda, Midori bermaksud hijau
didalam Bahasa Jepun.Kami memilih nama Midori City sebagai nama bandar kami
kerana kami mengambil inspirasi dari negara Jepun. Hal ini kerana,negara tersebut
mempunyai teknologi yang canggih dan kurang didapati di Malaysia.
OBJEKTIF PROJEK
Projek kami ini dijalankan dengan objektif iaitu:
a) Meneroka potensi baru dalam penghasilan bangunan yang berkonsepkan teknologi
hijau.
b) Mencetus idea alternative yang ada dalam penghasilan tenaga yang mesra alam
sekitar (Tenaga boleh diperbaharui)
c) Mengaplikasi idea dalam penghasilan prototype pembangunan yang mesra alam
sekitar.
d) Meneliti apa kekurangan kawasan pekan/bandar/penempatan sedia ada dan
menginovasikan dalam penambah baikan.
e) Mengurangkan karbon dan kesan rumah hijau.
f) Menyokong program kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi, Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
usaha memupuk kesedaran teknologi hijau dalam masyarakat khasnya para pelajar.
KUMPULAN SASARAN
Semua lapisan masyarakat khasnya warga sekolah SMK Bukit Gambir tentang
amalan budaya teknologi hijau dalam kehidupan terutama bagi sektor bangunan.
Kami juga mengharapkan agar idea projek kami ini dapat diterima oleh semua lapisan
masyarakat, segenap peringkat di dalam dan diluar negara.
AGGARAN KOS PROJEK
Jadual menunjukkan jumlah kos yang telah kami belanjakan
Bil. Item Kuantiti Harga(RM) Seunit Jumlah
Harga(RM)
1 Kotak kasut terpakai
2 Spray 2 0.00 1 0.00
3 Botol kaca /plastic terpakai 1 5.00 1 5.00
4 Tanah liat 5 0.00 2 0.00
5 Lain-lain 2 4.00 1 4.00
1 1.00 1 1.00
KOS KESELURUHAN RM10.00
ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH PROJEK
Kami telah menginovasikan Midori City ini dengan objektif untuk menyelesaikan
beberapa permasalahan utama yang mana pada sudut pandangan kami sebagai pelajar
di Bukit Gambir.
1. Tenaga:Di bandar kami mempunyai kawasan berbukit dan mempunyai kadar
tiupan angin yang kuat sepanjang tahun. Kami menginspirasikan agar kelebihan
ini dapat digunakan untuk menjana elektrik melalui pembinaan janakuasa
kelektrik berasaskan kincir angin. Hal ini kerana,di atas bukit berkenaan
mempunyai kadar kelajuan angin sangat tinggi sehingga mampu menggunakan
angin sebagai sumber tenaga bagi menggerakkan turbin dan seterusnya
menghasilkan elektrik.Tenaga elektrik itu pula akan digunakan oleh semua
penduduk di bandar kami.
2. Pengurusan Sisa:Bandar ini mengamalkan prinsip 3R iaitu reuse(penggunaan
semula),reduce(mengurangkan dan recycle(mengitar semula).Oleh itu kami
menyediakan satu kawasan yang bernama 3R department sebagai Kawasan
kitar semula. Antara barang-barang yang boleh dikitar semula ialah kertas,
plastic dan kaca.
3. Bangunan: Terdapat pejabat sebagai pusat kawalan untuk mengawal bandar
bagi menjamin keselamatan, ketenteraman dan ekonomi bandar Midori dengan
berdirinya telecommunications tower di bandar ini. Menara telekomunikasi ini
digunakan untuk tujuan komunikasi dalam kalangan penduduk Midori City
rekaan kami. Semua komunikasi tanpa wayar, rangkaian mudah alih,penyiaran
radio dan TV arena disambungkan melalui menara ini.
4. Industri: Prototype projek kami juga menekan aspek bangunan hijau antaranya
adalah:
1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan
aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas
pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada
bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga
mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam
menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta
alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat
mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kereta Hibrid
Terdapat kereta Hibrid sebagai pengangkutan penduduk di bandar Midori
ini, kami memilih kereta hibrid kerana ia dapat mengurangkan asap-asap
kenderaan dan penggunaan petrol.Kereta hibrid memerlukan electric
charging untuk mengecas kereta tersebut.Oleh itu, kami menyediakan
electric charging station untuk pengguna mengecas kereta mereka pada
bila-bila masa sahaja.
4) Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat
mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit
berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke
udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan
bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat
menjimatkan wang.
5) Menggunakan pengangkutan awam
LRT juga dijadikan sebagai pengangkutan awam yang utama di bandar
ini.LRT ini berfungsi untuk mengurangkan kesesakan
lalulintas ,meminimumkan pengeluaran karbon monoksida ,menjimatkan
kos dan juga menjimatkan masa.
6) Tanam lebih banyak pokok
Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara
kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas
karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang
dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.
7) Denda yang tinggi bagi pesalah yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan
lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang
melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan
pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal
yang melibatkan kualiti udara.
5. Pertanian dan perhutanan:Bandar yang kami cadangkan ini adalah berciri
sebagai bandar dalam taman. Pokok-pokok dipelihara untuk memastikan
kandungan akrbon dalam udara dapat dikurangkan melalui penyerapan karbon
dioksida dalam fotosintesis.
6. Teknologi maklumat dan komunikasi: Kami juga menginspirasikan agar
penduduk dalam bandar kami ini dapat menggunakan Apps JomPay atau apa-
apa yang dirasakan bersesuaian. Ia bagi memudahkan sistem jual beli tanpa
melibatkan wang tunai.
7. Kesihatan: Kami juga ada matlamat agar semua produk perubatan tradisional
diterokai dengan mendalam serta diangkat sebagai perubatan alternative sama
sumbangan dan penggunaan dengan perubatan moden,
METHODOLOGI PROJEK DAN DAPATAN KAJIAN
Pemerhatian
Melalui pemerhatian, kebanyakan warga SMK Bukit Gambir mengharapkan satu
kehidupan yang selesa, murah dan mesra alam sekitar.
ANALISIS PERMASALAHAN
Data temubual tahap minat dan kecenderungan warga SMK Bukit Gambir dalam topik
Teknologi Hijau (Sektor Bangunan) bagi kelas 4SK.
Pelajar Minat Kurang Berminat
Perempuan 15 0
Lelaki 8 2
Berdasarkan pemerhatian kami melalui temubual, pelajar kelas kami khasnya 4SK amat
berminat jika penerokaan idea dan sumbang saran bagaimana pembangunan teknologi
hijau dapat digiatkan lagi dari semasa ke semasa. Berikut merupakan hasil daripada
tinjauan yang telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar di kelas 4SK secara random.
Nama Permasalahan
Rumah Kediaman Panas dan tidak Bil elektrik tinggi Lain-lain
mesra dalam mengaplikasi apa
Marsya
Hanida dipelajari dalam konsep teknologi
Nur Syafiqah hijau.
Alia Batrisya
Nurul Ain √
Adam
√
√
√
√
√
Nur Syafiqah √ √
Luqman √ √
Fatin
Hafizie
Berdasarkan data yang diperolehi daripada temubualkami ini, ia menjadi satu justifikasi
perlunya kajian medalam berkaitan Teknologi Hijau (Sektor Bangunan).
MANUAL OPERASI MULA
PEMERHATIAN
ANALISIS PEMILIHAN PROJEK
KELEMAHAN CADANGAN / KAJIAN
PENAMBAHBAIKAN PERINGKAT UJIKAJI
PELAKSANAAN HASIL UJIAN BERJAYA ATAU
ANALISA KAJI SELIDIK TIDAK
TAMAT
PENILAIAN / TINDAKAN
SUSULAN
PERBINCANGAN/RUMUSAN
LANGKAH PENGHASILAN
PROJEK
Kami telah mengambil beberapa keping Langkah kedua, kami melekatkan kertas
kotak dari kedai runcit dan yang berwarna hijau di atas tapak projek
kami. Sesudah itu, kami mula mereka cipta
mencantumkannya menggunakan pita rumah, panel solar dan landasan LRT.
pelekat sehingga mencapai panjang 1 meter.
Bagi model bukit, kami menggunakan dua Setelah itu, kami juga telah membina model
bahan iaitu tanah liat berwarna coklat dan bukit, kincir angin, kincir air, menara
kertas. telekomunikasi, dan mengecat bangunan
penyelia Midori City.
Kami juga telah mendapat inisiatif untuk Apabila kesemua model sudah siap
menggerakkan model kincir air kami. Kami dipasang, kami memulakan proses untuk
menggunakan batang aiskrim, penutup botol
yang sudah tidak digunakan, bekas kosong, mengatur model-model kami.
botol plastik dan penyedut minuman.
Di bandar kami juga terdapat bunga dan Setelah semua model telah siap di gam,
pokok, kami mengambil masa selama satu kami mengambil langkah untuk menabur
hari untuk menampal bunga dan pokok pasir di sekeliling model bukit kami.
tersebut.
2 minggu telah berlalu. Projek kami juga Ini merupakan langkah yang terakhir. Kami
sudah sampai ke penghujung. Semua model mula membuat pembersihan terhadap projek
telah siap di gam dengan rapi. kami. Terdapat beberapa kekotoran dan
kami telah membersihkannya. Akhirnya,
projek kami sudah pun siap 100%
KESIMPULAN
Teknologi Hijau memberikan banyak kelebihan pada kita semua.sebagai contoh,mengatasi
masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan
kehidupan, memelihara ekosistem dan boleh meningkatkan ekonomi negara. Kami berharap
Malaysia akan mempergiatkan lagi usaha penyelidikan dan menggunakan teknologi hijau demi
kepentingan generasi yang akan datang.
RUJUKAN
Arcury, T. A. & Johnson, T. P. (1987). Public Environmental Knowledge: A Statewide
Survey. Journal of Environmental Education, 18(4), 31–37.
Bruni, C. M., Chance, R. C. & Wesley, S. P. 2012. Measuring values based environmental
concerns in children: An environmental movies scale. Journal of Environment
Education 43(1): 01-15.
Haliza Abdul Rahman. 2010. Human rights to environment in Malaysia. Health and the
Environment Journal 1(1): 59-64
Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Wahida Ayob. 2004. Sumbangan teori
system dalam pemantapan pengurusan alam sekitar holistic. Kertas kerja
dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar, 3-4 Julai,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hazura Abu Bakar & Sharifah Norhaidah Syed Idros. 2007. Pemeliharaan alam tabii
bersumberkan pengetahuan islam. Pendidikan Sains 1(7): 31-44.
UNESCO-UNEP. (1978). The Tiblisi Declaration. Connect, 3(1), 1–8