The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU SEKTOR
BANGUNAN
NAMA PROJEK : BANDAR LESTARI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by panitiasainssmbg2021, 2021-05-03 04:14:03

Bandar Lestari

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU SEKTOR
BANGUNAN
NAMA PROJEK : BANDAR LESTARI

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU SEKTOR
BANGUNAN

NAMA PROJEK : BANDAR LESTARI

Inventor No Kad Pengenalan
050609050397
1.Mohammad Adam Danish Bin 050616011521
Mohammad Ghani 050304010095
840909016293
2.Muhammad Luqman Syuraihan Bin
Samsudin

3.Nur Hafizie Bin Jarisman

Guru Penyelia: Nasihin Azmi

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Pengenalan……………………………………………………………….…………..1

Objektif Projek…………………………………………………………………..…..3

Kumpulan Sasaran……………………………………………………………….….3

Anggaran Kos…………………………………………………………………….…7

Isu / Masalah Yang Ditangani Oleh Projek………………………………………..7

Metodologi / Proses Kajian…………………………………………………………8

Manual Operasi…………………………………………………………..………..10

Dapatan Kajian serta perbincangan……………………………………..…………13

Kesimpulan…………………………………………………………..…………….15

Rujukan……………………………………………………………..……………..1

PENGENALAN

Mengikut UNESCO-UNEP (1978) pengetahuan membantu individu, kumpulan dan
masyarakat mendapatkan pelbagai pengalaman dan memperoleh pemahaman asas
yang diperlukan bagi mencipta dan memastikan kemampanan alam sekitar.
Pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar merujuk kepada pengetahuan atau
kefahaman tentang konsep dan fakta-fakta yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar
yang terpilih dalam kajian ini.Kesedaran akan wujud dan boleh meningkat jika
pengetahuan serta pemahaman individu boleh di aplikasi dalam bentuk tingkah laku
yang positif khususnya dalam amalan yang lebih lestari dalam kehidupan mereka.
Terdapat juga kepercayaan bahawa peningkatan tahap pengetahuan tentang alam
sekitar dapat menggalakkan sikap positif terhadap alam sekitar (Arcury dan Johnson,
1987).

Alam sekitar atau persekitaran bermaksud factor-faktor fizikal yang mengelilingi
kehidupan manusia (Hazura & Sharifah Norhaidah 2007). Isu alam sekitar merupakan
masalah sosial yang sentiasa melanda masyarakat bermula dengan masalah
pencemaran alam sekitar, perubahan iklim global serta kekurangan sumber semula
jadi dunia yang mengancam kehidupan individu, masyarakat dan organisma hidup
yang lain (Bruni, Chance & Wesley 2012). Alam sekitar adalah unsur-unsur alam
sekitar yang melibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan biotik di
mana unsur Akademika 84(3) 2014:29-3930 Akademika 84(3) abiotik dikenali
sebagai unsur tidak hidup seperti angin dan suhu manakala unsur biotik pula ialah
unsur hidup seperti manusia dan ikan (Hamidi, Tuan Pah Rokiah & Wahida 2004).

Aktiviti manusia merupakan antara punca utama kerosakan alam sekitar (Haliza
2010). Pertambahan penduduk, perkembangan teknologi, perubahan budaya
masyarakat telah menggalakkan penggunaan sumber alam sedangkan usaha
pemeliharaan alam sekitar tidak dijalankan (Kassim, Mokhtar & Haliza 2004).
Menurut Haliza (2010), setiap komponen dalam alam sekitar turut terancam oleh
kemusnahan sumber asli disebabkan aktiviti pembangunan yang pesat bagi memenuhi

1

permintaan yang tinggi. Pertumbuhan ekonomi, perindustrian dan peningkatan
populasi secara pesat di negara membangun seperti Malaysia menyebabkan
permintaan terhadap tenaga yang boleh diperbaharui semakin meningkat
memandangkan penggunaan bahan api fosil telah dikurangkan secara global
(Kamaruddin et al. 2011). Berdasarkan Laporan Inisiatif Bandar Hijau Karbon
Rendah Putrajaya (2012), pada tahun 2007 sektor pejabat kerajaan merupakan sektor
yang menyumbang kepada pelepasan karbon paling tinggi iaitu sebanyak 180
ktCO2eq dikuti dengan sektor pengangkutan penumpang sebanyak 161 ktCO2eq dan
sektor sisa pepejal sebanyak 148 ktCO2eq. Walau bagaimanapun, pada tahun 2025,
dijangkakan, sektor komersil bakal menjadi penyumbang utama dalam pelepasan
karbon iaitu sebanyak 1 435 ktCO2eq dengan peningkatan sebanyak 95.4 peratus
daripada tahun 2007 diikuti dengan sektor pengangkutan penumpang dengan
peningkatan 87.7 peratus kepada 1 314 ktCO2eq. Berdasarkan jumlah tersebut,
inisiatif bagi mengurangkan peningkatan tahap pelepasan karbon ke udara perlu
dipraktikkan bagi menjamin kesejahteraan persekitaran dan hidup masyarakat pada
masa hadapan. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meyakini
teknologi hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli,
meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan
kos dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan. Teknologi hijau
juga berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa
menjejaskan alam. Di Malaysia, sejak Dasar Teknologi Hijau Negara di lancarkan
pada tahun 2009, sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air (KeTTHA) telah ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan
tenaga, teknologi hijau dan air. Kemudian, Malaysian Green Technology Corporation
ditubuhkan sebagai penggerak dan pelaksana kepada KeTTHA bagi memandu usaha
membangunkan dan mempromosi teknologi hijau di Malaysia. Di samping itu,
kerajaan turut mempromosikan bidang teknologi hijau dengan menyediakan
pengecualian cukai pelopor, duti eksais, pengiktirafan dan promosi khas kepada
penggiat sektor teknologi hijau (Roslin 2012). Kesungguhan kerajaan terhadap
teknologi hijau dalam sistem kehidupan telah diberi penekanan dengan
mengumumkan peruntukan tambahan Green Technology Financial Scheme (GTFS)
sebanyak RM 2 bilion menjadikan keseluruhannya RM 3.5 bilion sebagai insentif
bagi penghasilan dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau (Roslin 2012).
Berikutan pemerkasaan teknologi hijau di Malaysia, projek ini ingin mengkaji kesan

2

daripada penekanan penggunaan teknologi hijau terhadap peranan perhubungan awam
hijau. Teknologi hijau bukan lagi perkara baharu di Malaysia, namun, tahap kesedaran
dan pengetahuan rakyat Malaysia tentang kepentingan teknologi hijau pada masa kini
dan hadapan masih di tahap yang rendah (Muzdalifah 2011). Oleh itu, ia menjadi
cabaran kepada pengamal perhubungan hijau untuk merangka dan melaksanakan
strategi tertentu bagi menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi hijau.

OBJEKTIF PROJEK

Sememangnya projek kami ini dijalankan mempunyai objektif iaitu:
a) Memperkenalkan kepada orang ramai tentang pentingnya keberadaan teknologi

hijau di suatu tempat.
b) Meneroka potensi baru dalam penghasilan bangunan yang berkonsepkan

teknologi hijau.
c) Mencetus idea alternatif yang ada dalam penghasilan tenaga yang mesra alam

sekitar (Tenaga boleh diperbaharui).
d) Mengaplikasi idea dalam penghasilan prototype pembangunan yang mesra alam

sekitar.
e) Meneliti apa kekurangan kawasan pekan/bandar/penempatan sedia ada dan

menginovasikan dalam penambah baikan.

KUMPULAN SASARAN
Semua lapisan masyarakat khasnya warga sekolah SMK Bukit Gambir tentang
amalan budaya teknologi hijau dalam kehidupan terutama bagi sektor bangunan.
Kami juga mengharapkan agar idea projek kami ini dapat diterima oleh semua lapisan
masyarakat, segenap peringkat di dalam dan diluar negara.

3

AGGARAN KOS PROJEK

Jadual menunjukkan jumlah kos yang telah kami belanjakan

Bil. Item Kuantiti Harga Seunit Jumlah
harga
(RM) (RM)

1. Kotak kasut terpakai 20 3.00 15sen 3.00
2. Spray 1 1.00 Rm2 1.00
3. Ubat penembak gam 5 1.50 0.30 1.50
4. Lain-lain nyatakan 20 1.00 5sen 1.00
-
KOS KESELURUHAN - RM 6.50

ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH PROJEK

Kami telah menginovasikan teh gambir ini dengan objektif untuk menyelesaikan
beberapa permasalahan utama yang mana pada sudut pandangan kami sebagai warga
masyarakat Bukit Gambir.

1. Tenaga: Masyarakat khasnya di lokasi kami Bukit Gambir, kurang didedahkan
dengan penghasilan dan penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar. Ada
sesetengah tempat di kawasan kami juga mempunyai taburan tiupan angin
kuat sepanjang tahun khasnya dikawasan berhampiran pinggir pantai sungai
Muar. Oleh itu kami mengenegahkan projek yang mampu menggunakan angin
sebagai sumber tenaga bagi mengerakkan turbin/kincir dan seterusnya
menghasilkan elektrik.

2. Pengurusan Sisa: Dalam prototype kami, kami juga mengenegahkan idea
bagaimana setiap kawasan yang dibangunkan mempunyai pusat pengumpulan

4

sisa. Sisa-sisa ini dapat diproses dalam penghasilan baja organic dan bahan
bakar (Biojisim).
3. Bangunan: Kami menggunakan bahan binaan yang lebih murah contohnya
panel prefabrikasi yang merupakan panel pasang siap. Ia menawarkan
fleksibiliti dalam bangunan serta bahan. Berdasarkan kenyataan Syarikat
Frame Davis, panel pasang siap menjimatkan kos buruh dan masa.
Penggunaan bahan ini juga secara signifikan mengurangkan kos penyingkiran
sisa di tapak dan menghapuskan overruns dan kelewatan kos bahan kerana
cuaca atau kekurangan bahan.

4. Industri: Prototype projek kami juga menekan aspek bangunan hijau antaranya
adalah:

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan
aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada
cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan
berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga
mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam
menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam
sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai
perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini
bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan

5

pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih
sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang
diselenggara.Sebagai contoh,kami telah mewujudkan kenderaan elektrik di
kawasan kami dan disertakan dengan pengecas kenderaan elektrik

4) Tanam lebih banyak pokok
Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara
kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon
dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh
tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.
5) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih
baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar
undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada
pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti
udara.

5. Pertanian dan perhutanan: Bandar yang kami cadangkan ini adalah berciri
sebagai bandar dalam taman. Pokok-pokok dipelihara untuk memastikan
kandungan karbon dalam udara dapat dikurangkan melalui penyerapan karbon
dioksida dalam fotosintesis.

6. Teknologi maklumat dan komunikasi: Kami juga menginspirasikan agar
penduduk dalam bandar kami ini dapat menggunakan E-Wallet atau apa-apa
yang dirasakan bersesuaian. Ia bagi memudahkan sistem jual beli tanpa
melibatkan wang tunai.

6

7. Kesihatan: Kami juga ada matlamat agar semua produk perubatan tradisional
diterokai dengan mendalam serta diangkat sebagai perubatan alernatif sama
sumbangan dan penggunaan dengan perubatan moden,

8.

METHODOLOGI PROJEK DAN DAPATAN KAJIAN
Pemerhatian

Melalui pemerhatian, kebanyakan warga SMK Bukit Gambir mengharapkan satu
kehidupan yang selesa, murah dan mesra alam sekitar.

ANALISIS PERMASALAHAN

Data temubual tahap minat dan kecenderungan warga SMK Bukit Gambir dalam
topik Teknologi Hijau (Sektor Bangunan) bagi kelas 4SK.

Pelajar Minat Kurang Berminat

Perempuan 13 2

Lelaki 9 1

7

Berdasarkan pemerhatian kami melalui temubual, pelajar kelas kami khasnya 4SK
amat berminat jika penerokaan idea dan sumbang saran bagaimana pembangunan
teknologi hijau dapat digiatkan lagi dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan hasil daripada tinjauan yang telah dijalankan ke atas 10 orang
pelajar di kelas 4SK secara rawak.

Nama Permasalahan

Rumah Kediaman Panas Jimat bil elektrik tinggi Lain-lain

dan mesra dalam

mengaplikasi apa

dipelajari dalam konsep

teknologi hijau.

Aditya Afendy √
Amirul Emran
Anggun Farah √
Hayati
Ayu Athirah √
Udaya
Syafiqah √
Udaya
Nurin Nafeesa √
Haziqah Marsya










Berdasarkan data yang diperolehi daripada temubualkami ini, ia menjadi satu
justifikasi perlunya kajian medalam berkaitan Teknologi Hijau (Sektor Bangunan).

8

MANUAL OPERASI MULA
PEMERHATIAN
ANALISIS PEMILIHAN PROJEK
KELEMAHAN CADANGAN / KAJIAN

PENAMBAHBAIKAN PERINGKAT UJIKAJI
HASIL UJIAN BERJAYA
TAMAT ATAU TIDAK

PELAKSANAAN
PENILAIAN / TINDAKAN
SUSULAN
ANALISA KAJI SELIDIK
PERBINCANGAN/RUMUSAN

9

LANGKAH PENGHASILAN PROJEK

Proses pencarian kotak yang masih elok.

Proses pencarian maklumat tentang Proses pembuatan model banggunan
teknologi hijau. teknologi hijau.

Model bandar teknologi hijau yang Proses membaik pulih model
telah siap. banggunan teknologi hijau.

10

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, projek yang kami jalankan bagi menerokai potensi besar
membudayakan teknologi hijau dalam kehidupan seharian khasnya sektor bangunan.
Diharapkan idea kami dalam penghasilan prototype ini bermanfaat dan dibangunkan
satu hari nanti.

RUJUKAN
Arcury, T. A. & Johnson, T. P. (1987). Public Environmental Knowledge: A

Statewide Survey. Journal of Environmental Education, 18(4), 31–37.
Bruni, C. M., Chance, R. C. & Wesley, S. P. 2012. Measuring values based

environmental concerns in children: An environmental movies scale. Journal
of Environment Education 43(1): 01-15.
Haliza Abdul Rahman. 2010. Human rights to environment in Malaysia. Health and
the Environment Journal 1(1): 59-64
Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Wahida Ayob. 2004. Sumbangan
teori system dalam pemantapan pengurusan alam sekitar holistic. Kertas
kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar, 3-
4 Julai, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hazura Abu Bakar & Sharifah Norhaidah Syed Idros. 2007. Pemeliharaan alam tabii
bersumberkan pengetahuan islam. Pendidikan Sains 1(7): 31-44.
UNESCO-UNEP. (1978). The Tiblisi Declaration. Connect, 3(1), 1–8

11


Click to View FlipBook Version