The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti nurfatihah, 2023-05-20 03:21:22

Masalah Pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia

Masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia

1 MPU23012: PENGAJIAN ISLAM TAJUK: MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK NAMA AHLI KUMPULAN: NO MATRIKS: 1. NURUL AIN DAYANA BINTI IRHAM 30DIB22F1009 2. NURUL RASYIQAH BINTI ABD RAHMAN 30DIB22F1024 3. SITI NURAIN SARAH BINTI ABDULLAH 30DIB22F1025 4. SITI NURFATIHAH BINTI NORLIZAN 30DIB22F1027


2 ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT 1 OBJEKTIF 3 2 PENDAHULUAN 3 3 JENIS PERGAULAN BEBAS 4-5 4 FAKTOR TERHADAP PERGAULAN BEBAS 6-7 5 IMPLIKASI TERHADAP PERGAULAN BEBAS 8-9 6 PENYELESAIAN MASALAH TERHADAP PERGAULAN BEBAS 9-11 7 DALIL DAN HUKUM TENTANG PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 11-13 8 RUMUSAN 13 9 RUJUKAN 14


3 1.0 OBJEKTIF Antara objektif untuk membuat tugasan ini ialah: Menyatakan tentang jenis-jenis pergaulan bebas dalam kalangan pelajar politeknik Mengetahui faktor-faktor terhadap pergaulan bebas ini. Mengenalpasti penyelesaian masalah terhadap pergaulan bebas Menerangkan dalil dan hokum tentang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. 2.0 PENDAHULUAN Istilah pergaulan tidak lagi menjadi tabu dalam kehidupan manusia, tidak kira peringkat umur, perkataan pergaulan bebas sudah sangat popular, maksudnya apabila orang mendengar perkataan pergaulan bebas, hala tuju pemikiran mereka ialah tindakan berlaku di luar koridor undang-undang yang bersifat bertentangan, terutama peraturan agama. Pergaulan bebas ialah tindakan atau sikap yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tanpa kawalan dan tidak dibatasi oleh peraturan hukum yang berlaku dalam masyarakat. Pergaulan bebas dalam pemahaman seharian sinonim dengan tingkah laku yang boleh merosakkan sistem nilai dalam masyarakat. Dalam era yang semakin membangun, semakin banyak juga kepelbagaian tingkah laku dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat khususnya masalah remaja. Perkembangan teknologi masa kini lebih kurang mempunyai pengaruh buruk yang mengheret remaja ke dalam pergaulan bebas. Pergaulan bebas atau kenakalan remaja tidak dapat dipisahkan daripada perhubungan dengan ibu bapa. Selain itu, pengaruh persekitaran persahabatan juga merupakan faktor yang sangat menentukan. Sudah tentu, kita sering mendengar rungutan tentang betapa sukarnya mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Aduan ini bukan sahaja datang daripada orang lain tetapi juga daripada ibu bapa sendiri yang dalam hal ini sepatutnya menjadi orang yang paling rapat dengan anak yang memahami keadaan mereka dan boleh membimbing mereka untuk tidak terjerumus dalam pergaulan bebas. Walaupun memang ada banyak sebab di sebalik kanak-kanak hidup dalam pergaulan bebas. Oleh itu, sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita memahami apa itu pergaulan bebas serta kesan yang ditimbulkannya dan cara mengatasinya. Apabila kita faham, barulah berkomunikasi dengan anak-anak sebaik mungkin supaya mereka memahami risiko yang ditimbulkan dengan memilih pergaulan bebas. Dengan cara itu perkara yang tidak diingini dapat dicegah seawal mungkin.


4 3.0 JENIS PERGAULAN BEBAS a) Berdua-duaan di tempat tertutup. Perkara di atas boleh merujuk kepada pasangan yang bercinta dalam satu politeknik atau satu kelas. Hal ini kerana pasangan ini akan melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang perlu dilakukan bersama sebagai alasan untuk mereka selalu berjumpa secara tanpa pengetahuan orang lain di tempat yang tertutup. Contohnya adalah berjumpa antara satu sama lain di dalam kelas setelah kesemua pelajar dan pensyarah telah keluar daripada kelas. Dengan cara tersebut mereka akan melakukan hal-hal yang melanggar peraturan agama islam seperti berpegangan tangan dan duduk secara rapat sehingga boleh menyentuh antara satu sama lain. Perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah diri kerana melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah seperti mereka sudah melakukan zina walaupon mereka tidak melakukannya. Selain itu, berdua-duaan di tempat tertutup dengan berlainan jantina hanya akan menjerat diri sendiri kearah tidak baik seperti seks bebas kerana ia akan bermulanya perkara ini apabila kedua-duanya merasakan perkara sudah biasa dilakukan. b) Melampiaskan keinginan perbelanjaan dengan boros. Perkara ini kebiasaannya berlaku kepada pelajar perempuan untuk memenuhi nafsu mereka. Antara perkara yang menyebabkan mereka melaburkan wang tersebut adalah melabur wang kepada barang kecantikkan mereka seperti membeli peralatan solek yang bernilai ratusan ringgit. Perkara ini terjadi kepada pelajar perempuan kerana keinginan untuk mempamerkan kecantikkan mereka kepada pelajar lelaki supaya mereka dipuji dan didekati oleh pelajar lelaki. Hal ini telah menyebabkan mereka secara tak sengaja telah menjatuhkan maruah mereka sebagai perempuan islam untuk tidak mejadi tumpuan para lelaki. Di samping itu, ia juga boleh berlaku kepada pelajar lelaki seperti mereka melaburkan wang mereka untuk barangan seperti pod dan rokok. Hal ini terjadi kerana mereka merasa dengan mempunyai barang merupakan trend untuk menunjukkan diri meraka adalah seorang yang menghisap pod dan rokok. Seterusnya, mereka hanya akan membazirkan masa dan wang sahaja untuk perkara tersebut kerana ia tidak membawa kepada faedah malah hanya memberi kesan yang negatif pada masa akan datang.


5 c) Bercakap perkara lucah. Hal ini dapat dihuraikan di kalangan pelajar politeknik apabila bersembang dengan rakan-rakan mereka dengan mengunakan perkataan yang dianggap sebagai perkataan tidak senonoh atau tidak sedap didengar oleh orang. Ia terjadi apabila seseorang itu sudah terbiasa untuk bercakap atau dikelilinggi dengan orang yang sentiasa bercakap lucah. Contohnya, mengeluarkan perkataan kesat atau sentiasa mengingati perkara lucah di dalam kepala. Hal ini terjadi kerana ramai di kalangan pelajar menganggap perkara ini adalah perkara remeh tetapi perkara ini boleh merosakkan nama baik dan imej seseorang. Kesannya, pelajar yang mengamalkan percakapan secara lucah ini akan dipandang serong kerana dianggap sebagai orang yang bebas dalam pergaulan. Di samping itu, ia juga akan dihindari dari kawan-kawan yang lain supaya perbuatan atau percakapanya tidak melibat nama dan imej mereka yang berkawan dengannya. Oleh sebab itu, kita hendaklah menjaga cara percakapan agar tidak dilabelkan sebagai seorang pelucah. d) Memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Di dalam agama islam lelaki dan perempuan mempunyai aurat yang perlu ditutup supaya tidak menjadi tatapan orang ramai. Perkara ini boleh diambil contoh dari pelajar politeknik yang memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Contohnya, memakai tudung singkat yang mendedah bentuk dada boleh menaikkan nafsu pelajar lelaki. Selepas itu, memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan boleh menyebabkan orang menatap dan menjadikan bahan lucah. Perkara ini terjadi kerana banyak mengikuti fesyen barat di dalam media sosial. Manakala pelajar lelaki juga tidak dapat menutup aurat mereka dengan sumpurna seperti memakai seluar pendek kerana ia boleh mendedah aurat apabila melakukan pergerakan seperti mencangkung dan duduk. Seterusnya, memakai pakaian singkat juga boleh mendedah aurat bahagian belakang badan. Ini kerana aurat lelaki dari pusat sehingga lutut.


6 4.0 FAKTOR TERHADAP PERGAULAN BEBAS a) Pengaruh rakan sebaya. Rakan merupakan orang yang paling dengan kita selepas ibu bapa. Pemilihan rakan dalam kehidupan amatlah penting. Hal ini kerana, segala perbuatan yang dilakukan boleh mempengaruhi segala perbuatan dalam kehidupannya. Sebagai contoh, merokok. Ini membolehkan rakannya yang lain mahu mencuba perbuatan tersebut kerana ia telah melihat kelakuan kawannya selalu. Pergualan bebas juga boleh dikatkan dengan rakan. Hal ini boleh dilihat apabila rakan selalu keluar malam atau bergaul dengan bukan mahram yang tidak menjaga batas. Secara tak langsung ia telah mendatangkan satu perasaan lain dalam rakannya untuk mengetahui perasaan jika melakukan perkara tersebut. Dalam aspek ini, pemilihan rakan yang baik amatlah penting untuk membawa kita kearah lebih baik berbanding kearah yang tidak baik.Selain itu juga, rakan yang baik juga boleh mengajar kita menjadi seorang yang menjaga maruah diri, percakapan dan batas dalam pergualan. Hal ini kerana, rakanlah tempat kita meluahkan perasaan jika kita jauh dengan keluarga. b) Pengaruh media massa Sejak zaman berubah kearah kemodenan, banyak kemudahan atau aplikasi-aplikasi baru diwujudkan antaranya, televisyen, whatsapps, Instagram, facebook, tiktok dan google. Dengan wujudnya aplikasi ini membolehkan mereka mencari perkara baru. Selain itu juga, banyak rancangan-rancangan atau siaran-siaran dari televisyen yang berunsurkan perkara tidak baik disiarkan seperti pergualan bebas. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk melihat, menghayati dan mencuba perkara tersebut daripada siaran tersebut. Kesannya, mereka akan lebih berani melakukan perkara tersebut dikhalayak ramai. Oleh itu, pengunaan media massa haruslah dipantau oleh ibu bapa dan bagi mereka yang menggunkan media massa haruslah sentiasa beringat bahawa sentiasa berhati-hati dalam mencuba perkara baharu yang disiarkan dari televisyen atau laman sosial.


7 c) Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Anak-anak yang meningkat dewasa menpunyai sifat ingin tahu dan mencuba perkara baharu yang tinggi. Ini membolehkan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik tanpa memikirkan keburukan dan kebaikkan yang akan berlaku apabila melakukan perkara tersebut yang penting bagi mereka perasaan gembira dan puas. . Seperti kita tahu pergualan bebas merupakan pergualan diantara lelaki dan perempuan. Dengan perasaan ingin mencuba yang tidak dapat dikawal menyebabkan ia terjebak dengan perkara-perkara yang tidak elok dilakukan dikhalayak umum. Perasaan ingin tahu dan mencuba haruslah dikawal oleh dirinya sendiri untuk mengelakkan berlakunya perkara tidak baik seperti pergualan bebas. Oleh itu, kita haruslah sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu perkara agar tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada diri kita. d) Sikap keluarga Pergaulan bebas juga boleh berlaku apabila keluarga terlalu memberi kebebasan terhadap anak-anak atau keluarga yang bersifat mengongkong aktiviti anak-anak. Apabila ibu bapa yang terlalu bersifat terbuka ini memberikan peluang keemasan anakanak untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama sehinggakan mereka berani membawa teman lelaki atau teman wanita kerumahnya ketika ahli keluarganya ade didalam rumah. Bagi keluarga yang bersifat mengongkong menjadikan anak-anak akan memberontak seterusnya menjadikan perasaan untuk melakukan perkara tersebut semakin berkembang. Mereka akan melakukan perkara tersebut tanpa pengetahuan ibu bapa atau erti kata lain senyap-senyap. Contohnya, melakukan perkara tersebut disekolah, institusi atau ditempat lain yang tiada pemantauan dari mereka. Dengan itu, ibu bapa haruslah bersifat tegas tetapi tidak terlalu mengongkong dan tidak terlalu bersifat terbuka agar anak-anak tidak terlibat dengan pergualan bebas diantara lelaki dan perempuan.


8 5.0 IMPLIKASI TERHADAP PERGAULAN BEBAS a) Keruntuhan akhlak. Keruntuhan akhlak berlaku dalam kalangan remaja akibat daripada pergaulan anakanak yang terlalu bebas. Mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali. Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan sebagainya. Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka. Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata-kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur. Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti. Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah. Dalam konteks yang sama, ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu. b) Kemerosotan dalam pelajaran. Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan. c) Dipandang hina oleh masyarakat Kenyataan yang berbunyi ‘jangan menilai dari luarannya’ sering disanggah-sanggah oleh orang ramai kerana kebanyakan mereka tidak setuju jika diri mereka dinilai hanya dari luaran. Namun, jika tingkah mereka menunjukkan hal-hal negatif sudah tentu ramai orang akan menilainya berdasarkan perilaku mereka. Inikan pula jika seorang pelajar yang sudah terbiasa mernomalisasikan pergaulan bebas dalam kehidupan mereka. Walaupun acara atau aktiviti yang dijalankan di IPT dijalankan bercampur antara lelaki dengan perempuan, para pelajar sepatutnya boleh berdikari dalam menghadapi pergaulan bebas tersebut.


9 d) Menjatuhkan maruah diri. Pelajar gemar bergaul dengan berlainan jantina kerana mereka menganggap bahawa golongan sedemikian dapat memahami orang sekeliling hanya dengan meluahkan isi hati yang terbuku. Prediksi mereka tidak salah sebenarnya akan tetapi mereka cuma mahu mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada orang lain. Disebabkan kemahuan itu, mereka mula bergaul dengan semua lapisan masyarakat sehingga mengabaikan batas antara lelaki dengan perempuan. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu menjatuhkan maruah dirinya asbab daripada perilaku dirinya sendiri. e) Mencemarkan imej politeknik Apabila sudah meningkat usia, bidang pendidikan pula semakin meluas, ini akan mendorong kepada kemajuan ekonomi dan teknologi dalam negara. Akan tetapi semakin canggih teknologi yang tercipta, semakin rosak tingkah laku anak muda pada zaman sekarang. Ramai yang keluar bersosial dengan bebas kerana kononnya mahu mengikut peredaran masa. Walaupun berada di institusi pendidikan, pelajar tetap berani menunjukkan akhlak yang tidak baik seperti bergurau dengan ajnabi sehingga bersentuhan kulit. Tindakan ini secara tidak langsung mencemarkan imej politeknik kerana orang luar sentiasa menilai didikan yang diberikan kepada pelajar. Oleh itu, sebagai pelajar sepatutnya boleh berfikir untuk menghadkan pergaulan hanya untuk tujuan pelajaran dan tidak berlebih-lebih kepada yang bukan ajnabi. 6.0 PENYELESAIAN MASALAH TERHADAP PERGAULAN BEBAS a) Mendekatkan diri pada Allah. Mendekatkan diri pada Allah merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan perkara tersebut semakin berkembang dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana Allah merupakan tempat kita bergantung dan tempat kita meluahkan segala yang terbuku dalam diri. Secara keseluruhannya, pergualan bebas ini berlaku kerana kita sudah jauh dari ajaran agama. Hal ini kerana, ajaran agamalah mengajar kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang berkaitan pergualan bebas. Pergualan bebas amatlah bahaya jika dibiarkan tanpa bimbingan agama. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah sekaligus menghayati ajaran agama Islam supaya tidak mudah menyempang kejalan yang tidak baik.


10 b) Menerima diri sendiri. Sebahagian besar mereka yang terjebak dengan pergualan bebas tidak boleh menerima diri atau tidak percaya akan dirinya sendiri. Dengan itu, mereka akan memaksa dirinya untuk diterima dalam lingkungan berkawan. Kesannya mereka akan melakukan perkara yang berkaitan perbualan bebas seperti menunjukkan dirinya bebas melakukan apa sahaja yang dia mahu. Menerima diri sendiri merupakan aspek yang paling penting untuk memastikan diri tidak mudah terikut-ikut dengan perkara yang tidak baik dengan mudah. Dalam kehidupan percaya akan kemampuan dan menerima diri sendiri merupakan benda yang paling penting untuk memastikan diri kita jauh dari melakukan pergualan bebas. Jika kita percaya akan diri sendiri, kita tidak akan mudah mengikuti segala perbuatan rakan atau orang sekeliling. c) Memperbaiki hubungan antara keluarga. Peranan dalam keluarga untuk memastikan pergualan bebas dalam anak-anak amatlah memainkan peranan. Komunikasi antara keluarga juga penting untuk mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak.Hal ini kerana, ada sesetengah remaja memerlukan peranan keluarga untuk mempertahankan jati dirinya daripada perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah mencari masa untuk meluangkan masa bersama-sama seperti bercuti atau menetapkan satu masa ksemua ahli keluarga perlu ada untuk mencerita masalah atau perkara-perkara baharu yang baru anak-anak mereka tahu. Cara ini menjadikan anak-anak merasa dihargai kerana ibu bapa sanggup meluangkan masa mendengar apa yang anak-anak mereka tahu. Hal ini boleh dilihat, sesetengah anak-anak berasa teruja untuk memberitahu ibu bapa mereka. Jika ibu bapa mereka tidak mahu mendengar apa yang mahu anaknya beritahu, menyebabkan anaknya bertindak melakukan perkara yang tidak bermoral untuk menarik perhatian.


11 d) Pemilihan rakan dalam kehidupan. Pemilihan rakan yang tidak bermoral akan memberikan impak yang buruk terhadap diri seseorang. Hal ini kerana, orang-orang yang kita kawan menjadi gambaran apa yang terjadi pada diri kita pada masa akan datang. Pemilihan rakan yang baik amatlah penting kerana ia membawakan kesan yang positif. Contohnya, rakan akan melakukan perkara-perkara yang kan dilihat oleh kita setiap hari. Jika mereka melakukan perkara yang baik sudah pasti kita akan terikut tetapi jika sebaliknya, mungkin kita juga akan terikut. Oleh itu, berkawanlah dengan kawan yang baik agar diri kita terlindung dari perkara tidak baik. Dalam aspek kehidupan berakan, kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi jika bergaul dan perkara melibatkan perbuatannya harus berhatihati dalam mengikutinya. 7.0 DALIL DAN HUKUM TENTANG PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN Perintah dan segala hukum yang ditetapkan di dalam Islam mempunyai hikmah dan asbab. Hal ini menunjukkan betapa indahnya Islam kerana setiap yang ditetapkan memberikan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada manusia, namun juga kepada semua ciptaan Allah SWT. Hal yang demikian, perkara ini juga bersangkut paut dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan. Terdapat dua hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah haram dan harus secara mutlak. Pendapat yang pertama mengatakan perkara ini haram disokong oleh Sheikh Ahmad Hassan Al-Baquri, Ahmad Syauqi Al-Fanjari dan Abd Al-Aziz Al-Maqalih. Terdapat dalil-dalil di dalam Al-quran yang dapat menyokong hujah mereka seperti yang Allah berfirman di dalam Surah An-nur ayat 30 hingga 31. Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka


12 atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudarasaudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudarasaudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur (24): 30-31) Ayat di atas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan perlu menundukkan pandangan mereka dari melihat perkara yang dilarang oleh Allah supaya dapat menjaga maruah kehormatan diri. Selain itu, wanita juga disuruh untuk menutup aurat agar terlindung daripadsa fitnah dan perkara yang keji kerana jin telah berjanji akan menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Oleh itu, terbukti lah bahawa hukum asalnya ialah haram. Namun begitu, pendapat kedua yang disokong oleh ahli hadith, majoriti ulama dan fuqaha berpendapat bahawa hukumnya ialah harus. Mereka berpendapat bahawa lelaki dan perempuan boleh berkomunikasi bersama di satu tempat dengan syarat-syareat tertentu dan keadaan yang tertentu. Seperti yang diketahui, lelaki dan perempuan tidak boleh berdua-duaan mahupun bergaul tanpa asbab yang kukuh. Namun munurut Imam Al-Nawawi perkara ini boleh dikecualikan jika terdapat darurat. Contohnya, seorang lelaki terjumpa seorang perempuan yang sesat di mana-mana, maka lelaki tersebupet perlu menemaninya diatas sebab risau akan keselamatannya apabila ditinggalkan sendirian. Namun ini bukan tiket bagi mereka untuk menganiaya perempuan. Oleh kerana itu, para ulama telah menetapkan garis panduan dalam menentukan khalwat yang dilarang oleh agama. Menurut Syeikh al-Syibramalisi dan Syeikh Abdul Hamid al-Syarwani berkata bahawa: Maksudnya: “Sesungguhnya garis penentuan khalwat (yang dilarang) ialah ke atas perhimpunan (antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram) yang tidak selamat daripada sebarang tohmah (fitnah dan syak wasangka) pada adat kebiasaannya, berbeza pula apabila dapat dipastikan perhimpunan (pertemuan) tersebut selamat daripada sebarang tohmah pada adat kebiasaannya, maka ia tidak termasuk dalam khalwat (yang dilarang).”[Lihat: Hasyiah Nihayah al-Muhtaj (7/163), dan Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (8/269)]


13 Hal yang demikian menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan boleh berjumpa dan berkomunikasi jika niat tersebut bukan untuk melakukan maksit. Sebagai contoh, seorang pekerja wanita bermesyuarat dengan seorang majikan lelaki atas dasar pekerjaan di tempat yang diketahui oleh orang ramai serta tempat yang tidak akan mendatangkan sebarang fitnah kepada mereka. Kesimpulannya, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak digalakkan jika tidak mempunyai sebarang urusan yang penting. 8.0 RUMUSAN Akhir sekali sebagai penutup bicara, masalah pergaulan bebas ini berlaku kepada pelajar politeknik dalam lingkungan umur 18 hingga 21 yang sedang berada dalam fasa peralihan untuk menuju kearah kematangan diri seseorang. Hal ini kerana, ada petikan yang mengatakan bahawa sesorang berada dalam lingkungan umur berkenaan ialah seseorang yang akan menentukan ciri-ciri diri mereka dan merupakan fasa yang paling kritikal pada mereka. Perkara ini berlaku kerana mereka merupakan remaja yang sudah didedahkan dengan perkara dan perbuatan yang dianggap trend kepada mereka walaupun mereka tahu akan keburukkan yang menimpa mereka jika terus melakukannya. Antara contoh perkara tersebut ialah budaya bertukar-tukar pasangan, budaya tiktok seperti menari dan banyak lagi yang boleh menyebabkan banyak pelajar politeknik atau pelajar IPT lain ke fasa pergaulan bebas Di samping itu, dalam masalah pergaulan bebas di politeknik ini hendaklah adanya kerjasama antara pelbagai pihak seperti keluarga, institusi pendidikan, media massa, peranan komuniti dan pelaksanaan undang-undang sebagai tanda usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras atau membendung masalah pergaulan bebas ini berleluasa dalam kalangan pelajar. Terdapat perlbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tersebut untuk membendung masalah ini dengan cara menerapkan Pendidikan agama dalam pembelajaran dan menerapkan perhayatan kepada nilai-nilai agama, budaya dan moral supaya dapat mengelakkan mereka daripada melakukan sesuatu yang boleh mencemar imej sebagai orang islam dan pelajar. Selain itu, usaha ini dapat melahirkan mahsiswa dan mahasiswi yang baik dari segi kelakuan. Peranan ini amat diperlukan untuk mengurangkan gejala tidak sihat atau tidak baik daripada berleluasa ke dalam saraf-saraf sosial pelajar.


14 9.0 RUJUKAN Foo Chee Heng. (2023). Kesan Pergaulan Bebas Terhadap Remaja. Retrived 18 May, 2023, from https://id.scribd.com/document/487083076/Kesan-pergaulan-bebasterhadap-remaja-docx Blogspot.Com. (2014). Kesan-Kesan Pergaulan Bebas. Retrieved 18 May, 2023, from http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulanbebas.html?m=1 Thomas Mon. (2014). Masalah Sosial. Retrieved 19 May, 2023, from https://www.slideshare.net/ThomasMon94/masalah-sosial-35964026 Ashefa Griya Pusaka. (T.T). 9 Cara Mengatasi Pergualan Bebas. Retrieved 19 May, 2023, from https://ashefagriyapusaka.co.id/berita-rehabilitasi-narkoba/cara-mengatasipergaulan-bebas/ Tengku Ibrahim Helmi. (2019). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-351 : Hukum Perempuan Menaiki Lif Bersama Lelaki Ajnabi Secara Bersendirian. Retrieved 13 May, 2023, from https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3920-irsyad-al-fatwasiri-ke-351-hukum-perempuan-menaiki-lif-bersama-lelaki-ajnabi-secara-bersendirian UM. (t.t). bab 2 : pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut perspektif islam. Retrieved 13 May, 2023, from http://studentsrepo.um.edu.my/832/5/BAB_2.pdf


Click to View FlipBook Version