PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : PIBG/SKK1/100-02
Tarikh : 16hb. September 2021
Yang Dihormati Tuan/Puan
Semua Ibu bapa / Penjaga
Semua Guru
SK. Kemahang 1
Yang Dihormati Tuan/Puan,
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG) SK. KEMAHANG 1 Kali ke - 38.
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK. Kemahang 1 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25hb. September 2021
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 pm
Tempat : Kediaman masing-masing
Kaedah : Online (google MEET)
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
i. Ucapan Penasihat PIBG
ii. Membentang laporan aktiviti sepanjang tahun 2020/2021
a. Laporan Kurikulum dan Pentadbiran
b. Laporan HEM
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
c. Laporan Ko Kurikulum
iii. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali 37 Bagi
Tahun 2020.
iv. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan yang berakhir
pada 31 Disember 2020.
v. Pembentangan Usul dan cadangan yang dikemukakan secara bertulis
dan lisan.
vi. Pemilihan dan perlantikan YDP. PIBG (Gantian) bagi sesi 2020/2021
vi. Ucapan penangguhan oleh YDP. PIBG baharu.
4. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa PIBG SK. Kemahang 1
Sesi 2020/2022 dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Tuan/Puan ke
mesyuarat yang tersebut di atas. Kesudian Tuan/puan meluangkan masa amatlah
dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
5. Tuan/puan turut dipersilakan mengesahkan kehadiran dan memberikan usul
bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan SK. Kemahang 1. Usul
boleh dikemukakan melalui Google Form di https://forms.gle/3ieBbes1dNJSzxfUA
‘PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID 19’
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Sekian Terima Kasih
Yang benar,
SHARIMI BIN LAZIN
Setiausaha PIBG sesi 2020/2021
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM
PENGERUSI BACAAN DOA
Pn. Wan Razita bt. Wan Daud Ustaz Mohd Saufi b. Samad
( Guru Besar SKK1 )
PERSIAPAN TEKNIKAL
NAIB PENGERUSI En. Mer’azam b. Mustapha
En. Mohd Sakry b. Md. Nor (PK
Pentadbiran) PENCATAT MINIT
En. Azman b. Hasan (PK HEM) Pn. Zuhaini bt. Musa
En. Azizah Nachar bt. Aminsa@Sattar Pn. W. Norazhani bt. W. Derahman
(PK Kokurikulum)
SETIAUSAHA CENDERAHATI / HADIAH CABUTAN
En. Sharimi bin Lazin BERTUAH
1. Nor Zafira bt. Mohd Nazri
BENDAHARI 2. Noraini bt Abdullah
Pn. Nik Rosmawati bt. Bakri 3. Noor Asyikin Ramli
4. Wan Asmanurhazreena bt Abdullah
PENGACARA MAJLIS 5.Hasni Che Asri
Pn. Nik Marina bt. Hussin
BUKU PROGRAM / SLIDE
En. Sharimi b. Lazin
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
ATURCARA MAJLIS
MASA PERKARA
12.00 pm Link Google Meet (GM) mula DIAKTIFKAN
2.00 pm
Ibubapa dan Guru mula Mendaftarkan kehadiran di
2.30 pm dan seterusnya menyertai GM.
3.00 pm Taklimat ringkas cara pengoperasian GM ketika
4.00 pm mesyuarat.
4.30 MAJLIS PERASMIAN
i. Bacaan Doa
Ustaz Saufi bin Samad
ii. Ucapan Alu-aluan
Pn. Wan Razita bt. Wan Daud
Guru Besar / Penasihat PIBG
iii. Ucapan Perasmian
En. Mohd Azreen bin Mohd Rani
Pengurus Felda Kemahang 1
Majlis Berehat Sebentar.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
(Rujuk Agenda Mesyuarat)
CABUTAN BERTUAH (WHEEL OF NAMES)
MAJLIS TAMAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK. KEMAHANG 1 KALI KE-37
Tarikh : 1hb. Mac 2020
Masa : 2.00 petang
Kehadiran : 143 orang
___________________________________________________________________
______
1. Ucapan Alu-aluan Penasihat PIBG – Pn. Wan Razita binti Wan Daud
(Guru Besar)
- Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ibubapa penjaga.
- Beliau menyatakan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibubapa amat
penting untuk kemenjadian murid/anak.
- Beliau menegaskan tentang sistem pendidikan yang sentiasa berubah
memerlukan perhatian dan keperihatinan yang lebih terhadap
perkembangan anak-anak.
- Sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan memberi cabaran baharu
kepada guru-guru untuk menilai murid-murid secara holistic (menyeluruh)
____________________________________________________________
_____________
2. Ucapan Alu-aluan YDP. PIBG – En. Mohd Shafiq bin Zohri (YDP PIBG
SESI 2019/2020)
- Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang hadir
pada mesyuarat agung kali ke – 37 ini.
- Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada guru-guru yang sentiasa
komited mendidik anak-anak.
- Beliau juga menyatakan penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah
yang sentiasa berbincang dan bekerjasama dengan pihak beliau dalam
menyelesaikan isu-isu pembangunan di sekolah.
- Beliau juga menyeru para ibubapa untuk terus membantu pihak sekolah
demi kecemerlangan anak-anak.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
- Beliau juga mengingatkan supaya wang BKAP yang akan diterima nanti,
akan digunakan sebaik mungkin untuk kelengkapan persekolahan anak-
anak.
3. PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT (SEMENTARA)
- Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik En. Syafiq bin Mohd Zohri
sebagai Pengerusi mesyuarat Agung PIBG SKK1 kali ke 37.
4. MELANTIK 2 ORANG PENCATAT MINIT MESYUARAT.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik 2 orang pencatat minit mesyuarat
iaitu
4.1 Pn. Norizan bt. Ismail (Pencatat 1)
4.2 Pn. Norazhani (Pencatat 2)
5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE – 36
5.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 36 pada
tahun 2019 untuk perhatian semua ahli mesyuarat.
5.2 Minit Mesyuarat di sahkan dan disokong oleh
i. Pn. Asma Norazrina bt. Abdullah
ii. Pn. Nor Zafira bt. Mohd Nazri
6. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
7. MELAPORKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR
31hb. DISEMBER 2019
7.1 Bendahari melaporkan penyata kewangan berakhir 31.12.2019 untuk
makluman ahli mesyuarat.
7.2 Laporan kewangan disahkan dan disokong oleh:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
Di sahkan oleh : En. Hasyim bin Muhammad
Di sokong oleh : En. Mohd Ghazali bin Mohd Yusuf
8. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
9. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
9.1 Pihak sekolah digesa untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah terutama kawasan di bahagian hadapan
sekolah.
9.2 Kesesakan di hadapan sekolah semasa datang dan balik perlu di atasi
dengan segera supaya tidak berlaku kemalangan.
10. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
YDP. PIBG Sesi 2019/2020 mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG
Sesi 2019/2020 dan menyerahkan mandat kepada ahli-ahli untuk memilih
jawatankuasa baharu bagi sesi 2020/2021
11. PEMILIHAN JAWATANKUASA BAHARU PIBG SESI 2020/2021
11.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan EN. MOHD SYAFIQ
BIN MOHD ZOHRI sebagai Yang Dipertua PIBG bagi Sesi 2020/2021.
11.2 Mesyuarat sebulat suara juga memilih EN. MOHD NOR BIN KOLAT
sebagai Naib Yang Dipertua PIBG yang baharu bagi Sesi 2020/2021
11.3 Senarai AJK Ibubapa/penjaga yang terpilih.
i. Pn. Nor Zafira bt. Mohd Nazri
ii. Pn. Noraini bt Abdullah
iii. Pn. Noor Asyikin bt. Ramli
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________
iv. Pn. Wan Asmanurhazreena bt Abdullah
v. Pn. Hasni bt. Che Asri
vi. En. Wan Rawi bin Wan Abdullah
vii. En. Mohd Humaizi bin Abdul Aziz
11.4 AJK Guru dipilih oleh Guru Besar.
i. En. Sharimi bin Lazin (Setiausaha)
ii. Pn. Nik Rosmawati bt. Bakri (Bendahari)
iii. En. Wan Hanapi bin Wan Omar
iv. En. Saupi bin Mamat
v. En. Mohd Sakry b. Mohammad Nor
12. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP. PIBG SESI 2020/2021
- Beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberi oleh
ahli-ahli PIBG.
- Beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk membantu PIBG
dan sekolah demi kemajuan anak-anak.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36 DITANGGUHKAN PADA JAM 3.05
PETANG.
Disediakan oleh:
SHARIMI BIN LAZIN
Setiausaha PIBG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KEMAHANG 1
Felda Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan
__________________________________________________________________________________