The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhasniza.isa, 2021-08-23 02:55:25

Buku Scrap - Nur Dhamira Adawiyah

Buku Scrap - Nur Dhamira Adawiyah

MALAYSIA
DAN

KEISTIMEWAANNYA

SK PUCHONG INDAH
2021

Disediakan Oleh:
NUR DHAMIRA ADAWIYAH BINTI AWANG UDIN

5 RUBY
Untuk:
KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

BIODATA

NAMA : NUR DHAMIRA ADAWIYAH BINTI AWANG UDIN
KELAS : 5 RUBY
KUMPULAN :A
ALAMAT : NO. 2 JALAN DB5, TAMAN DESIRAN BAYU,

ADIK-BERADIK 47120 PUCHONG,
TARIKH LAHIR SELANGOR
TEMPAT LAHIR : 4 ORANG
WARNA KESUKAAN : 27 FEBRUARI 2010
MAKANAN KEGEMARAN : HOSPITAL AMPANG, SELANGOR
HOBI : UNGU
CITA-CITA : SPAGHETI
PRINSIP : MELANCONG DAN MENONTON TELEVISYEN
: DOKTOR
: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

2

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN…………………………..……………………….…… 4
SUBTAJUK
A) MAKANAN TRADISI……………………………………….…… 5
B) PAKAIAN TRADISI KAUM………………………………....... 7
C) TEMPAT-TEMPAT MENARIK…………………………………. 16
KESIMPULAN…………………………………………………………… 19

3

PENGHARGAAN

Saya Nur Dhamira Adawiyah binti Awang Udin dari kelas 5 Ruby,
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam membantu saya menyiapkan buku skrap ini. Pertamanya kepada
ibu dan bapa saya iaitu Awang Udin bin Awang Udah dan Nor Hasniza
binti Mat Isa yang telah memberi saya dorongan dan sokongan serta
membantu untuk menyiapkan buku skrap ini.

Kedua, saya ingin merakamkan ribuan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada guru-guru SKPI dari Kelab Kesenian dan
Kebudayaan iaitu Cikgu Nurlina binti Mohd Ali, Cikgu Ahmad Fawwaz
Danial bin Fadzil, Cikgu Rosnita binti Mat Deris, Cikgu Norhayati binti
Mohamad dan Cikgu Rose-liza binti Mohd Radzi yang telah memberi
tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan hasil kerja buku skrap
ini.

Akhir sekali, kepada adik beradik dan semua yang terlibat secara
langsung dalam menghasilkan buku skrap ini.

~Terima Kasih~

4

MAKANAN TRADISI

BIL. MAKANAN ULASAN

1. NASI LEMAK Nasi lemak merupakan makanan kegemaran
bagi orang Malaysia dan Singapura
2. KUIH BAHULU terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi
lemak merujujk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa, bagi
menambahkan rasa lemaknya. Nasi lemak
dimakan bersama telur rebus, timun, ikan
bilis goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai
hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang dan
sebagainya.

Kuih bahulu merupakan sejenis makanan
tradisional orang Melayu yang biasanya
sangat terkenal terutamanya pada hari raya
dan hari-hari keramaian. Secara amnya, kuih
bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih
bahulu kecil atau bahulu cermai, bahulu lapis
dan bahulu gulung. Cara membuat ketiga-tiga
bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan
resipi yang ringkas iaitu telur, tepung
gandum, gula pasir, sedikit minyak masak.
Dahulu, kuih bahulu di bakar di atas arang
atau dapur kayu, tetapi kini menggunakan
oven/ketuhar.

5

BIL. MAKANAN ULASAN

3. KUIH PINJARAM Kuih Pinjaram atau dipanggil penyaram
merupakan sejenis kuih tradisional di Sabah
dan Brunei. Ia popular dikalangan masyarakat
Bajau. Ia diperbuat daripada tepung beras,
tepung jagung, santan dan minyak. Kadang
kala daun pandan digunakan bagi
menambahkan bau wangi.
Kuih pinjaram akan digoreng dan dibalik-
balikan bagi memastikan kedua-dua belah
sama garing. Ia sedap dihidang panas dan
mudah didapati dipasar tamu.

4. KUIH GULUUNG/KETAYAP Kuih gulung juga dikenali sebagai kuih
ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang
popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis
kuih yang terdiri daripada kulit nipis diperbuat
daripada tepung gandum dan air pandan
untuk mewarnakannya. Kemudian diletakkan
inti kelapa yang dimasak bersama gula
melaka didalamnya.

5. KUIH LAPIS Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang
popular yang disediakan setiap hari untuk
hidangan terutama untuk minum petang. Kuih
Lapis yang paling popular adalah dari warna
putih dan merah yang merupakan identiti
bendera Malaysia. Kuih lapis diperbuat
daripada tepung beras atau tepung gandum
dan santan dan di kukus lapis demi lapis.
Asal usul nama kuih lapis ini amat jelas
dimana ia memang dibuat 'berlapis-lapis'
yang boleh disiat atau diasingkan mengikut
warna lapisan. Pembuatan kuih lapis memang
mengikut kesukaan pembuatnya diantara 4 -
6 lapis. Ketebalan setiap lapisan juga akan
menentukan kecantikan dan kehalusan kualiti
kuih ini.

6

PAKAIAN TRADISI
KAUM

Pakaian Tradisi Kaum Melayu (Riau)

Baju Kurung & Baju Melayu

7

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu.
Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju
Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju
Melayu.

Ia menjadi pakaian rasmi untuk Negara Malaysia. Terdapat dua
jenis baju kurung iaitu baju kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung
Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan
masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk
menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di
Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung
sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah
rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung
agak berbeza-beza mengikut negeri.

8

Pakaian Tradisi Kaum Cina

Cheongsam & Samfoo

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa
dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan
sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang
Manchu.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan
sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan
iubah sesuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh,
Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis
dan upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.

9

Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh
tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

10

Pakaian Tradisi Kaum India

Sari & Dhoti

Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di
seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta
choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit
pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu
kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai
jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Dhotī atau doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di tanah
benua India terdiri daripada kain empat segi panjang berwarna putih yang
dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan bahagian depan
atau belakang. Ia juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan
juga semasa hari perayaan.

11

Kain asas ini boleh datang dalam pelbagai warna malah berhias sulam atau
manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning
pudar atau kuning susu. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan
"pattu veshti" iaitu, pakaian yang berwarna kuning muda.

12

Pakaian Tradisi suku Kaum Bajau

Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang
dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju
ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga
ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah
hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra.
Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki
Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang
kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala
pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.

Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan
kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan
dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda tanjak ini yang
mereka pakai biasanya dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini, golongan
lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga
memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu mereka

13

juga memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau
selempang (selendang).

Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil
supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup
atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada
zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka juga
menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang
panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan.

Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju
yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang
terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna
kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku
menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi
dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama
asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa
Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang
sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan.

Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya
mengenakan baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini biasanya
dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna terang. Mereka juga akan
memakai skirt panjang yang dipanggil olos berangkit. Skirt panjang ini
digunakan untuk majlis perkahwinan. Kain skirt ini juga ditekat dengan
benang warna yang bermotifkan bunga kapas atau pucuk rebung. Kaum
wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang berwarna putih yang
digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka juga memakai
selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa sapu tangan atau
puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai.

14

Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan pemakaian
barang perhiasan atau aksesori.

Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang
dipanggil mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain
baldu yang dihiasi dengan perak atau emas. Kebiasaannya ia dikalungkan di
leher.

Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil
serempak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota dan
diperbuat daripada logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan
manik sebagai bentuk. Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang
telah dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali kain bagi
mengetatkan.

Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang
yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-
anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka
juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan
kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam perak.

Pakaian tradisional kaum Bajau yang saya pakai ketika perkahwinan bapa
saudara saya.

15

TEMPAT-TEMPAT
MENARIK

NEGERI SABAH

Kundasang merupakan sebuah pekan
kecil yang paling hampir dengan Gunung
Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari
Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar
serta pemandangan yang indah menjadi
tarikan utama ramai pelancong datang
berkunjung ke Kundasang.

16

Taman Kinabalu terletak di bahagian
utara pulau Borneo, sebuah taman tertua
negeri Sabah, Malaysia yang telah
diwartakan pada tahun 1964. Taman
Kinabalu dihiasi oleh Gunung Kinabalu
yang tersergam dengan ketinggian 4,095
meter yang merupakan gunung tertinggi
Malaysia.

Taman kinabalu merupakan kawasan yang
mempunyai teknologi mega dengan
kepelbagaian habitat dari kawsan rendah
tropika, kawasan hutan hujan tropika
sehingga kawasan hutan gunung tropika.

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu lebih

dikenali sebagai Pasar Filipina di

kalangan penduduk dan pelancong.

Terdapat beraneka kraftangan dijual di

sini. Selain cenderamata dan kraftangan

tempatan seperti rantai kunci dan ukiran

kayu, terdapat juga kraftangan daripada

negara-negara Asia yang lain.

Pada awalnya kebanyakan produk yang
dijual adalah hasil kraftangan daripada
negara Filipina. Kemudian ia berkembang,
kraftangan tempatan dan produk negara
lain mula dijual oleh peniaga di sini. Pasar
ini dikenali dengan beberapa nama. Pasar
ini kini menjadi antara kawasan popular di
bandaraya Kota Kinabalu.

17

NEGERI MELAKA

Kota A famosa ialah tempat meanrik di
Melaka yang paling terkenal. Kota ini
dibina oleh Portugis pada tahun 1511
sebagai kubu pertahanan sebai sahaja
mereka Berjaya menawan negeri ini. Kota
ini terletak di Bandar Hilir, kesan
peninggalan kota A Famosa inin sekarang
merupkana tempat pelancongan di Melaka
yang diikunjungi pelancong setiap hari.

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung
Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai
kaitan dengan Hang Tuah seorang
pahlawan terkemuka di Nusantara ini di
Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka pada tahun 1398 – 1511. Hang
Tuah yang dilahirkan di kampong ini
dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk
kegunaanya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi
lama kelamaan ia menjadi besar dan
dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah
kering, walaupun dimusim kemarau
panjang. Airnya sentiasa jernih dan
dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Jonker Walk terletak di Jalan Hang Jebat
merupakan syurga bagi mengumpul
barang-barang antik dan murah di Bandar
Melaka. Jonker street terletak di Pekan
cina yang memaparkan seni bina Baba dan
nyonya dengan keyunikan barangan antik
pelbagai pilihan yang dijual di sini. Jalan
ini bermula dari seluruh sungai Melaka
berhampiran dengan Stadthuys.

18

KESIMPULAN

Secara amnya, negara Malaysia mempunyai banyak ciri-ciri
menarik dari pelbagai kaum di Malaysia terutamanya dari segi
pakaian, makanan dan tempat-tempat menarik yang boleh di

banggakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

19


Click to View FlipBook Version