The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

peristiwa 13 mei yang berlaku pada tahun 1969 ialah peristiwa rusuhan kaum antara cina, melayu dan india yang mengakibatkan pertumpahan darah dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainin05izyan, 2024-04-23 10:42:55

Tragedi 13 mei 1969 : Punca - punca dan pengajaran di sebalik kisah

peristiwa 13 mei yang berlaku pada tahun 1969 ialah peristiwa rusuhan kaum antara cina, melayu dan india yang mengakibatkan pertumpahan darah dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara malaysia

TRAGEDI 13 MEI 1969: PUNCA- PUNCA DANPENGAJARANDISEBALIK KISAH


AHLI KUMPULAN AININ IZYAN IZZATI BINTI SHARIMAN 33DFO23F2012 TANOSVINI A/P SANKAR 33DFO23F2025 HANNANI BATRISYIA BINTI MOHD AZRAI 33DFO23F2019 NUR HASYA DAMIA BINTI AHMAD RAZALI 33DFO23F2003


PERKARA MUKA SURAT KATA ALU-ALUAN 1 PENGENALAN 2 OBJEKTIF 3 KRONOLOGI 4-6 PUNCA-PUNCA 7-11 KESAN-KESAN 12-14 KEADAAN 15-18 LAMPIRAN 19 KESIMPULAN 20 RUJUKAN 21 ISI KANDUNGAN


KATA ALUANassalamualaikum dan salam sejahtera alhamdulilah dengan keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan Emajalah yang bertajuk “Punca dan pengajaran peristiwa tragedi 13 mei 1969”. isi yang perolehi semasa proses pembuatan E-majalah ini ialah betapa pentingnya untuk kita membina jalinan yang kuat dalam perpaduan di antara kaum yang terdapat dimalaysia, supaya peristiwa 13 mei ini tidak berulang kembali. Akhir kata,kami sekumpulan ingin memohon maaf sekiranya ter dapat kekurangan di dalam E-majalah kami ini dan kami berharap agar semua pembaca mendapat mesej yang kami ingin sampaikan menerusi E-majalah kami. 1


PengenalanPeristiwa13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebabsebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya 2


OBJEKTIF 1) Mengatahui maksud sebenar tragedi 13 mei 1969. 2) Mengatuhi kronologi tragedi 13 mei 1969. 3) Menkaji dan mengenalpasti punca-punca dan faktor yang menyebabkan peristiwa 13 mei 1969. 4) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar-iktibar yang di perolehi daripada tragedi 13 mei 1969. 3


Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 mempunyai kaitan rapat tragedi 13 Mei ini. 1. 2. Pada pilihanraya umum 1969 Parti prikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, 3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. . Semasa kempen Pilihan Raya 1969, caloncalon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. KRONOLOGI 13 MEI 4


Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. 4. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari "Democratic Action Party" dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan- slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur 5


5. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan. 6. Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah seramai 172 sehingga 196 orang.Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan mereka. Para kecederaan pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah berkurung, 6


Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun 1. . Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu 2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Punca punca yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969 7


3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. 8


4. Perbezaan agama dan budaya Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. 9


5. Masalah ekonomi Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain 10


6. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Kejadian ini disebabkan oleh dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. 11


1.Kehilangan nyawa dan harta benda . Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah ke pada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkorban akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969. Kesan Peristiwa 13 Mei 1969 12


2.Perintah berkurung Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara Ketika itu.Ini 3.Keuntungan kepada musuh-musuh negara Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh- musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya 13


5. Perpaduan Nasional . Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain. 4. Keadilan ekonomi . Tragedi 13 Mei juga menunjukan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jikamasyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dandemografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin 14


Keadaan Semasa Peristiwa 13 Mei 1969 1.Perarakan yang dilakukan 15


2. Kebencian terhadap orang melayu 16


4. Mengorbankan banyak nyawa. Dinyatakkan bahawa seramai 196 orang mati, 439 orang cedera, 30 orang hilang, 9143 orang ditahan polis dan 211 kenderaan musnah semasa peristiwa 13 Mei 1969. 5.Kemusnahan harta benda awam 17


6.Anggota Federal Reserve Unit (FRU) dikerah untuk menghentikan rusuhan 7.Keratan akhbar peristiwa 13 mei 1969 8. Perarakan menunjukkan perpaduan dan kedamaian yang dilakukan di universiti Malaya 18


LAMPIRAN 19


. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut mamaparkan rahsiarahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidangbidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata peanda - pentanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita - cita untuk membina malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur dan menjadi bayangan sahaja . Kesimpulan 20


RUJUKAN https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristi wa-13-mei-1969-monumen-berdarah-sebagai-cerminzaman/ https://www.scribd.com/presentation/68587684/Seja rah-Peristiwa-13-Mei-1969 https://anyflip.com/hgbkz/tkpj/basic https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/035- tragedi-3-tragedi-13-mei-1969.html https://www.x-plorasi.com/2022/11/13-mei-1969- provokasi-melampau-punca.html Abdul Rahman Haji Ismail . (2005). Malaysia : Sejarah kenegeraan dan politik . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (2010). 365 Hari dalam sejarah Malaysia jilid 1 Jan-jun. selangor. Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia : Warisan dan Perkembangan Edisi kedua . Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan pustaka. 21


Click to View FlipBook Version