INSULIN & PEMONITORAN KENDIRI PARAS GULA DALAM DARAH Modul Pembelajaran Pesakit Sesi Kedua MTAC Diabetes Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Rawatan Insulin ● Insulin masa kini dihasilkan dengan kaedah bioteknologi, bukan daripada sumber haiwan. ● Diperlukan oleh semua pesakit diabetes Type 1 & sesetengah pesakit diabetes Type 2. ● Membantu badan mengekalkan paras glukosa dengan cara bekerja seperti insulin semulajadi. Pegawai Farmasi
Rawatan Insulin • Insulin masa kini dihasilkan dengan kaedah bioteknologi, bukan daripada sumber haiwan. • Membantu badan mengekalkan paras glukosa dengan cara bekerja seperti insulin semulajadi.
Mengapa Insulin Diperlukan? ● Insulin sintetik diberikan kerana insulin yang dihasilkan oleh badan tidak cukup untuk menampung kehadiran gula dalam darah. ● Insulin mungkin dihasilkan dengan banyak tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menukar gula dalam darah. Pegawai Farmasi
Mengapa Suntikan Insulin Diperlukan? Insulin yang dihasilkan oleh badan tidak mencukupi atau tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jenis-jenis Insulin & Tindakannya Pegawai Farmasi JENIS INSULIN INSULATARD® INSUGEN®-N ACTRAPID® INSUGEN®-R MIXTARD® INSUGEN® 30/70 WAKTU MULA BERTINDAK 1 – 2 jam (tindakan sederhana) 30 – 60 minit (tindakan cepat) 30 minit (insulin campuran) JANGKA MASA TINDAKAN 8 – 12 jam 6 – 10 jam 18 – 23 jam LAIN-LAIN Goncangkan pen insulin (keruh). Disuntik pada waktu malam. Disuntik setengah 30 minit sebelum makan. Goncangkan pen insulin (keruh). Disuntik 30 minit sebelum makan.
Jenis-jenis Insulin & Tindakannya JENIS INSULIN INSULATARD® INSUGEN®-N ACTRAPID® INSUGEN®-R MIXTARD® INSUGEN® 30/70 NOVOPEN® INSUPEN® WAKTU MULA BERTINDAK 1 – 2 jam (tindakan sederhana) 30 – 60 minit (tindakan cepat) 30 minit (insulin campuran) JANGKA MASA TINDAKAN 8 – 12 jam 6 – 10 jam 18 – 23 jam LAIN-LAIN Goncangkan pen insulin (keruh). Disuntik pada waktu malam. Disuntik 30 minit sebelum makan. Goncangkan pen insulin (keruh). Disuntik 30 minit sebelum makan.
Insulin Analog: Tindakan Pantas Dan Tindakan Panjang Pegawai Farmasi JENIS INSULIN ANALOG RAPID ACTING ANALOG LONG ACTING NAMA INSULIN Aspart (Novorapid®) Glulisine (Apidra®) Lispro (Humalog®) Glargine U100 (Lantus®/ Basalog®) Glargine U300 (Toujeo®) Detemir (Levemir®) Degludec (Tresiba®) MASA SUNTIKAN 5 – 15 minit sebelum makan atau sejurus sebelum/selepas makan. Hendaklah disuntik pada waktu yang sama setiap hari (dos sekali sehari) WAKTU MULA BERTINDAK 0 - 20 minit 1.5 – 2 jam Sehingga 6 jam 1 - 2 jam 30 – 90 minit JANGKA MASA TINDAKAN 3 – 5 jam 16 – 24 jam 24 – 36 jam 16 – 24 jam 24 – 40 jam
Insulin Analog JENIS INSULIN ANALOG RAPID ACTING ANALOG LONG ACTING NAMA INSULIN Aspart (Novorapid®) Glulisine (Apidra®) Lispro (Humalog®) Glargine U100 (Lantus®/ Basalog®) Glargine U300 (Toujeo®) Detemir (Levemir®) Degludec (Tresiba®) PEN INSULIN MASA SUNTIKAN 5 – 15 minit sebelum makan atau sejurus sebelum/selepas makan. Hendaklah disuntik pada waktu yang sama setiap hari (dos sekali sehari) WAKTU MULA BERTINDAK 0 - 20 minit 1.5 – 2 jam Sehingga 6 jam 1 - 2 jam 30 – 90 minit JANGKA MASA TINDAKAN 3 – 5 jam 16 – 24 jam 24 – 36 jam 16 – 24 jam 24 – 40 jam
Insulin Analog: Insulin Analog Pracampuran & Ko-formulasi Pegawai Farmasi JENIS INSULIN INSULIN ANALOG PRA-CAMPURAN INSULIN ANALOG KO-FORMULASI NAMA INSULIN Novomix® 30 Humalog® Mix 25/75 Humalog® Mix 50/50 Ideg-asp 30 (Ryzodeg®) MASA SUNTIKAN 5 – 15 minit sebelum makan WAKTU MULA BERTINDAK 10 – 20 minit 15 minit 10 – 20 minit JANGKA MASA TINDAKAN 18 – 23 jam 16 – 18 jam 24 – 40 jam
Insulin Analog JENIS INSULIN INSULIN ANALOG PRA-CAMPURAN INSULIN ANALOG KO-FORMULASI NAMA INSULIN Novomix® 30 Humalog® Mix 25/75 Humalog® Mix 50/50 Ideg-asp 30 (Ryzodeg®) PEN INSULIN MASA SUNTIKAN 5 – 15 minit sebelum makan WAKTU MULA BERTINDAK 10 – 20 minit 15 minit 10 – 20 minit JANGKA MASA TINDAKAN 18 – 23 jam 16 – 18 jam 24 – 40 jam
Kawasan Suntikan Insulin ● Pastikan menggunakan cara suntikan yang betul: 90° dari lapisan kulit. ● Pastikan tempat suntikan betul: kawasan berlemak dan sebaik-baik tempat suntikan adalah di abdomen kerana kadar penyerapan adalah paling cepat. ● Pastikan insulin disuntik BUKAN pada tempat/ tapak yang sama: sentiasa membuat penggiliran dan mengelak kawasan yang keras, lebam atau luka. ● Suntikan di kawasan lemak pada belakang lengan dibenarkan dengan bantuan penjaga. ● Jarum digalakkan diguna sekali sahaja bagi mengelak risiko kesakitan dan jangkitan. Jarum yang telah digunakan hendaklah dibuang di tempat yang betul (dikumpul di dalam bekas keras) dan secara berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan. Pegawai Farmasi
Kawasan Suntikan Insulin Pilih kawasan Pilih zon suntikan Pilih lokasi Gunakan corak penggiliran Suntik 1cm drpd suntikan terdahulu Bergilir dengan sistematik Bergilir pada zon seterusnya Penyerapan insulin paling bagus di abdomen. Sentiasa membuat penggiliran kawasan suntikan insulin. Kadar Penyerapan Insulin Cepat Perlahan SENTIASA TUKAR!
Penyimpanan Insulin ● Pastikan stok insulin yang belum digunakan disimpan di dalam peti sejuk (pada suhu 2-8˚C) di tempat yang sesuai seperti bertanda, dan tidak perlu dibekukan. ● Elakkan menyimpan di pintu peti sejuk kerana perubahan suhu boleh berlaku apabila membuka dan menutup peti sejuk. ● Insulin yang sedang digunakan hendaklah dikekalkan di dalam pen dan disimpan pada suhu bilik, jauh daripada cahaya dan kanak-kanak. Pegawai Farmasi
Penyimpanan Insulin Insulin Yang Belum Diguna: Disimpan di dalam peti sejuk (suhu: 2-8˚C) Insulin Yang Sedang Diguna: Dikekalkan di dalam pen pada suhu bilik, jauh daripada cahaya dan kanak-kanak
Pengangkutan Insulin ● Pengangkutan insulin sebaik-baiknya dilakukan dengan mengekalkannya pada suhu 2-8˚C SEPANJANG MASA. ● Ini boleh dilakukan dengan menggunakan ais, bekas sejuk, beg bertebat atau beg penyejuk. ● Pendedahan insulin pada suhu melebihi 32˚C akan mengurangkan potensinya. ● Jika ingin melancong, sila maklumkan kepada pegawai farmasi atau doktor kerana penukaran zon masa akan memberi impak kepada masa suntikan. ● Sila bawa stok insulin yang mencukupi untuk mengelakkan bekalan insulin terputus semasa melancong. Pegawai Farmasi
2-8°C sepanjang masa Pengangkutan Insulin Farmasi Rumah
Kesan Sampingan Insulin ● Perubahan fizikal kulit pada tempat suntikan (lipodystrophy): ○ Ini boleh berlaku jika suntikan dibuat di tempat yang sama kerana insulin didapati boleh mengubah pembentukan lapisan lemak di bawah kulit. ○ Ini akan mengurangkan kadar penyerapan insulin dan kesakitan di tempat suntikan. ○ Sentiasa pastikan penggiliran kawasan suntikan dibuat setiap kali suntikan insulin dibuat. ● Penambahan berat badan: ○ Ini boleh berlaku berikutan pemulihan penyimpanan kalori daripada makanan, tabiat makan yang berubah kerana risau berlakunya hipoglisemia atau perubahan selera makan. ○ Pemonitoran berat badan hendaklah dilakukan secara berkala dan pastikan merawat hipoglisemia (jika ada) dengan cara yang betul. ○ Amalkan pemakanan yang sihat dan juga melakukan aktiviti fizikal secara berkala. ● Kesan alahan/ alergi: ○ Berasa gatal dan sakit di tempat suntikan atau gatal seluruh badan. ○ Ini mungkin menunjukkan anda tidak sesuai dengan sesetengah jenis insulin, atau kulit mempunyai reaksi pada jarum yang digunakan. ○ Anda harus berjumpa dan berbincang dengan doktor atau Pegawai Farmasi anda. Pegawai Farmasi
Kesan Sampingan Insulin This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC Perubahan fizikal kulit pada tempat suntukan yang mengganggu penyerapan insulin Pertambahan berat badan Hipoglisemia Alahan/ Alergi kulit
Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists (GLP-1RA): Ubat Injeksi (Selain Insulin) Pegawai Farmasi JENIS GLP-1RA LIRAGLUTIDE DOS SARANAN Dos permulaan: 0.6mg OD Dos biasa: 1.2 - 1.8mg OD MASA SUNTIKAN Waktu yang sama setiap hari JIKA TERTINGGAL DOS ≤ 12 jam: Suntik secepat mungkin ≥ 12 jam: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya
Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists (GLP-1RA): Ubat Injeksi (Selain Insulin) JENIS GLP-1RA LIRAGLUTIDE DOS SARANAN Dos permulaan: 0.6mg OD Dos biasa: 1.2 - 1.8mg OD MASA SUNTIKAN Waktu yang sama setiap hari JIKA TERTINGGAL DOS ≤ 12 jam: Suntik secepat mungkin ≥ 12 jam: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya
Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists (GLP-1RA): Ubat Injeksi (selain insulin) Pegawai Farmasi JENIS GLP-1RA DULAGLUTIDE SEMAGLUTIDE DOS SARANAN Dos monoterapi: 0.75mg (sekali seminggu) Dos terapi tambahan: 1.5mg (sekali seminggu) Dos permulaan: 0.25mg (sekali seminggu) Dos biasa: 0.5 – 1mg (sekali seminggu) MASA SUNTIKAN Waktu yang sama pada hari yang sama setiap minggu Waktu yang sama pada hari yang sama setiap minggu JIKA TERTINGGAL DOS < 3 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya ≥ 3 hari:Suntik secepat mungkin < 5 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya ≥ 5 hari: Suntik secepat mungkin
Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists (GLP-1RA): Ubat Injeksi (selain insulin) JENIS GLP-1RA DULAGLUTIDE SEMAGLUTIDE DOS SARANAN Dos monoterapi: 0.75mg (sekali seminggu) Dos terapi tambahan: 1.5mg (sekali seminggu) Dos permulaan: 0.25mg (sekali seminggu) Dos biasa: 0.5 – 1mg (sekali seminggu) MASA SUNTIKAN Waktu yang sama pada hari yang sama setiap minggu Waktu yang sama pada hari yang sama setiap minggu JIKA TERTINGGAL DOS < 3 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya ≥ 3 hari: Suntik secepat mungkin < 5 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya ≥ 5 hari: Suntik secepat mungkin
Hipoglisemia & Hiperglisemia ● Tujuan rawatan diabetes adalah untuk mengekalkan keseimbangan paras gula/ glukosa dan insulin dalam darah. ● Jika rawatan tidak diikuti dengan betul, paras gula dalam darah boleh meningkat terlalu tinggi atau menurun terlalu rendah. ● Paras gula tinggi dalam darah disebut ‘hiperglisemia’. ● Paras gula yang rendah dalam darah disebut ‘hipoglisemia’ dan boleh didefinisikan daripada salah satu ciri-ciri berikut: ○ Paras gula kurang daripada (<) 3.9mmol/L, atau, ○ Ada simptom hipoglisemia sama ada autonomik atau neuroglikopenik, atau, ○ Simptom pulih dengan pengambilan karbohidrat ringkas. Pegawai Farmasi
Hipoglisemia & Hiperglisemia HIPOGLISEMIA Paras gula rendah dalam darah https://www.news-medical.net/health/What-is-Hyperglycemia.aspx EUGLISEMIA Paras gula normal dalam darah HIPERGLISEMIA Paras gula tinggi dalam darah
Hipoglisemia boleh berlaku jika… • Mengambil terlalu banyak ubat atau terlebih dos ubatan oral atau insulin tanpa mengikut nasihat doktor/ pegawai farmasi. • Mengambil ubat-ubatan suplemen yang tidak dipastikan dengan kajian saintifik mengenai kesan dan keberkesanannya. • Melakukan senaman yang lebih daripada biasa/ agresif tanpa mengubahsuai pengambilan makanan dan ubat dengan saranan doktor/ pegawai farmasi. • Melambatkan makan/ tidak makan: terutama selepas pengambilan ubatan sulfonilurea atau insulin. • Minum alkohol: kemungkinan berlaku interaksi dengan ubat-ubatan. • Faktor-faktor risiko lain yang boleh menyebabkan hipoglisemia: o Pesakit yang tua o Pesakit dengan masalah kognitif dan kurang pengetahuan tentang kesihatan o Diabetes dan kawalan gula yang tidak terkawal/ stabil o Hypoglycemia Unawareness: keadaan apabila hipoglisemia berlaku tanpa simptom o Telah mengambil insulin untuk jangka masa yang lama o Pesakit dengan dos insulin yang tinggi o Pesakit dengan masalah buah pinggang dan hati Pegawai Farmasi
Hipoglisemia boleh berlaku jika… Pengambilan ubat berlebihan dan tidak mengikut saranan doktor/pegawai farmasi Senaman berlebihan/ terlalu agresif Pengambilan alkohol Tidak makan/ makan terlalu sedikit
Tanda-tanda hipoglisemia ● Berpeluh sejuk, berdebar, menggeletar, rasa terlalu lapar, letih/lesu, pening atau rasa gelisah/terganggu → Ini adalah tanda-tanda gula rendah dalam darah. ● Tanda-tanda ini tidak semestinya berlaku sekaligus. Walaupun satu tanda sahaja yang dialami, rawatan perlu dilakukan dengan segera. ● Setiap orang mungkin mengalami tanda-tanda hipoglisemia yang berbeza antara satu sama lain. ● Penting untuk memahami tanda-tanda hipoglisemia yang dialami setiap individu dan membuat pemeriksaan gula dalam darah jika berasa kurang sihat. ● Jika tidak pasti sama ada tanda-tanda yang dialami adalah hipoglisemia atau hiperglisemia, rawatlah sebagai hipoglisemia. Pegawai Farmasi
Tanda-tanda Hipoglisemia PELUH SEJUK BERDEBAR-DEBAR MENGGELETAR RASA TERLALU LAPAR LETIH/LESU PENING GELISAH/ TERGANGGU https://www.ttsh.com.sg/Patients-and-Visitors/Pages/Find-Conditions-and-Treatments-Details.aspx?condition=Diabetes-Management-Hypoglycemia https://www.medtronicdiabetes.com/symptoms/hypoglycemia-unawareness
JIKA SEDAR: ● Periksa paras gula. Jika tidak dapat periksa, tetap rawat sebagai hipoglisemia. ● Gunakan peraturan 15 (Rule of 15): ○ Ambil 15g karbohidrat ringkas (contoh: sesudu besar madu, 150-200mL air kotak, 3 sudu kecil gula dilarutkan dalam air). ○ Tunggu 15 minit ○ Jika masih rendah, boleh ambil lagi 15g karbohidrat ringkas ○ Periksa semula paras gula selepas 15 minit ○ Teruskan ambil karbohidrat ringkas jika masih belum mencapai sasaran. ● Jika telah pulih daripada hipoglisemia, boleh teruskan dengan rutin makan seperti biasa. ● Pastikan dan bincangkan dengan doktor atau pegawai farmasi sebab-sebab berlakunya hipoglisemia. ● Pengubahsuaian ubat-ubatan mungkin diperlukan, terutamanya insulin, untuk mengelak hipoglisemia berlaku lagi. ● Langkah-langkah pencegahan hipoglisemia: Amalkan pemakanan yang tetap, ambil ubat mengikut dos yang disarankan, periksa paras gula sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal dan elakkan pengambilan alkohol. JIKA TIDAK SEDAR: ● Penjaga perlulah dengan segera: ○ Hubungi ambulan ○ Sementara ambulan sampai, sapukan satu sudu besar madu sedikit demi sedikit di kawasan kaviti mulut untuk penyerapan gula kadar segera. Lakukan sehingga sedar. Pegawai Farmasi Rawatan hipoglisemia
Rawatan Hipoglisemia JIKA SEDAR 1. PERIKSA PARAS GULA Jika tidak dapat periksa, tetap rawat tanda-tanda hipoglisemia. 2. PERATURAN 15 • Ambil 15g karbohidrat ringkas. • Tunggu 15 minit. • Periksa paras gula. • Jika masih rendah, ambil lagi 15g karbohidrat ringkas. • Periksa semula paras gula selepas 15 minit 3. CONTOH KARBOHIDRAT RINGKAS • 1 sudu besar madu • 150-200ml (1/2-1 gelas) jus atau air kotak • 3 sudu kecil gula (3 kiub gula/dekstros) JIKA TIDAK SEDAR PENJAGA PERLULAH DENGAN SEGERA ▪ Hubungi ambulans. ▪ Gunakan satu sudu besar madu yang disapu di ruang kaviti mulut (bawah lidah atau bahagian gusi) untuk penyerapan gula dengan kadar segera. ▪ Lakukan sehingga sedar. 999 Selepas pulih daripada hipoglisemia, boleh teruskan dengan rutin makan sediakala.
Pemantauan Kendiri Paras Gula Dalam Darah ● Pemonitoran kendiri paras gula dalam darah (Self-Monitoring Blood Glucose, SMBG) adalah sangat disyorkan bagi pesakit untuk menentukan kawalan diabetes yang baik dan mengelakkan hipoglisemia. ● Kekerapan dan waktu disyorkan untuk membuat SMBG bergantung pada status gula anda, ubat-ubatan yang diambil dan sasaran paras gula anda. ● Sasaran gula mungkin berbeza bergantung kepada amalan pemakanan dan risiko hipoglisemia tetapi perlu ditetapkan oleh doktor atau pegawai farmasi anda. Pegawai Farmasi
Pemantauan Kendiri Paras Gula Dalam Darah Pemantauan kendiri paras gula dalam darah sangat disyorkan bagi pesakit untuk menentukan kawalan diabetes yang baik dan mengelakkan hipoglisemia. Sasaran gula anda mungkin berbeza bergantung kepada amalan pemakanan dan risiko hipoglisemia tetapi perlu ditetapkan oleh doktor atau pegawai farmasi anda. . Masa Pengambilan Paras Gula Sasaran Gula Sebelum makan 4.4 – 7.0 mmol/L 2 jam selepas makan 4.4 – 8.5 mmol/L
Rekod Pemantauan Kendiri Paras Gula Dalam Darah ● Prinsip asas pengubahsuaian dos Insulin mengikut bacaan SMBG: ○ Bacaan gula yang diperiksa menunjukkan sama ada dos insulin yang diambil sebelumnya adalah mencukupi atau tidak. ● Pemonitoran paras gula perlu dilakukan pada: ○ Waktu pagi apabila anda bangun/ sebelum sarapan (paras ‘berpuasa’). ○ Setiap kali sebelum masa makanan utama iaitu sebelum menyuntik dos insulin (jika ada) - sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam. ○ Sebelum tidur iaitu sebelum menyuntik dos insulin malam (jika ada). ○ Apabila terdapat tanda-tanda berlakunya hipoglisemia. ○ Sebelum dan dua jam selepas melakukan senaman. ○ Dua jam selepas makan bagi pesakit yang menggunakan insulin analog rapid acting dan insulin analog pra-campuran. ● Catatan tambahan seperti makanan yang diambil digalakkan untuk direkod bagi memudahkan pengubahsuaian dos insulin berdasarkan jenis makanan yang diambil. Pegawai Farmasi
Hari/ Tarikh Sarapan Pagi Makan Tengah Hari Makan Malam Sebelum Tidur Catatan Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Prinsip asas pengubahsuaian dos insulin mengikut bacaan pemantauan kendiri paras gula: Bacaan gula yang diperiksa menunjukkan sama ada dos insulin yang diambil sebelumnya adalah mencukupi atau tidak.
Apa yang perlu dilakukan jika tidak sihat? Apabila tidak sihat, contohnya mengalami: ● Batuk, selsema atau sakit tekak ● Sakit perut atau cirit-birit ● Jangkitan pundi kencing atau jangkitan kulit Perubahan hormon akan berlaku yang mungkin menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah. Tindakan yang perlu diambil adalah: ● Ambil ubat-ubatan seperti biasa ● Suntik Insulin mengikut jadual biasa ● Periksa paras gula setiap 4 jam dan rekodkan bacaan yang diperolehi ● Minum air untuk mengelakkan dehidrasi dan cuba untuk makan seperti biasa. ● Timbang berat badan setiap hari: Penurunan berat badan yang mendadak dengan rutin makan seperti biasa menunjukkan paras gula yang tinggi. ● Uji suhu badan setiap pagi dan petang: Suhu > 37.8°c: DEMAM. Pegawai Farmasi
Apa yang perlu dilakukan jika tidak sihat? Perubahan hormon Paras gula meningkat Ambil ubat & suntik insulin seperti biasa Periksa paras gula setiap 4 jam dan suhu pada pagi dan petang Minum air untuk mengelak dehidrasi Selsema Sakit perut/ cirit-birit Batuk Sakit tekak Jangkitan pundi kencing/ Jangkitan kulit
Segera ke hospital/ fasiliti kesihatan jika: ● Demam (suhu>37.8 °C) ● Keliru/ Tidak pasti apa yang perlu dilakukan ● Muntah secara berterusan ● Paras gula kekal tinggi selepas 24 jam ● Terdapat gejala/ simptom diabetic ketoacidosis seperti: ○ Muntah ○ Pernafasan cepat dengan nafas berbau buah ○ Sakit perut berlanjutan ○ Tak sedarkan diri Pegawai Farmasi
Segera ke hospital / fasiliti kesihatan jika Paras gula tinggi kekal tinggi selepas 24 jam Demam (Suhu melebihi 37.8°C) Sakit perut berlanjutan Tidak sedarkan diri Keliru / Tidak pasti apa perlu dibuat Muntah secara berterusan
Puasa bagi pesakit diabetes SAHUR: ● Wajib, dan tak boleh diabaikan langsung. ● Terdiri daripada makanan yang seimbang dengan kandungan karbohidrat. ● Hendaklah diambil selewat yang mungkin sebelum masuk waktu imsak (terbit matahari). ● Kurangkan pengambilan makanan bergaram untuk mengelakkan dehidrasi. BERBUKA (IFTAR): ● Tidak boleh ditunda setelah masuk waktu Maghrib (waktu berbuka/iftar) dan ambil sesegera mungkin. ● Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. ● Disyorkan untuk mengambil 1-2 biji kurma dan berbuka dengan makanan utama selepas menunaikan solat Maghrib. ● Banyakkan minum air kosong bagi menggantikan kekurangan air ketika berpuasa. SENAMAN: ● Boleh dilakukan, tetapi dengan kadar sederhana dan konsisten setiap hari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu, sebaik-baiknya 2 jam selepas berbuka. ● Menunaikan solat terawih merupakan salah satu kaedah senaman yang sesuai. PEMANTAUAN PARAS GULA DALAM DARAH: ● Hendaklah dilakukan 1-2 kali bagi pesakit yang kurang risiko hipoglisemia, tapi lebih kerap bagi mereka yang tinggi risiko hipoglisemia dan mereka yang menyuntik insulin. Pegawai Farmasi
SAHUR o Tidak boleh diabaikan o Ambil selewat mungkin o Kurangkan garam BERBUKA o Tidak boleh ditunda o Ambil sesegera mungkin o Elakkan kandungan gula yang tinggi o Banyakkan minum air SENAMAN MONITOR PARAS GULA Puasa Bagi Pesakit Diabetes Lakukan secara sederhana Lakukan lebih kerap jika risiko tinggi hipoglisemia dan jika menyuntik insulin
Hendaklah segera berbuka jika: ● Paras gula <3.3mmol/L bila-bila masa ketika berpuasa. ● Paras gula <3.9mmol/L dalam masa beberapa jam pertama berpuasa, terutamanya selepas mengambil ubat-ubatan jenis sulfonilurea, metiglinide atau insulin. ● Paras gula >16.7mmol/L dan/ atau ada simptom dehidrasi bila-bila masa ketika berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi. Jika tiada pemantauan paras gula dibuat, hendaklah berbuka jika mengalami simptom hipoglisemia, atau dehidrasi yang teruk seperti pening, kekeliruan atau berjalan dengan huyung-hayang. Pegawai Farmasi
Hendaklah Segera Berbuka Jika: 1. Paras gula kurang daripada 3.3 mmol/L 3.3 mmol / L Bila-bila masa ketika berpuasa 2. Paras gula kurang daripada 3.9 mmol/L mmol / L Dalam masa beberapa jam berpuasa terutamanya selepas mengambil ubat dan insulin 3. Paras gula lebih daripada 16.7 mmol/L 16.7 mmol / L Bila-bila masa ketika berpuasa dan/ atau mengalami simptom dehidrasi 4. Jika tiada pemantauan paras gula dibuat, segera berbuka jika: • Mengalami simptom hipoglisemia • Mengalami simptom dehidrasi teruk seperti pening, kekeliruan atau berjalan dengan huyung-hayang.
Pegawai Farmasi Regimen Ubat Oral Sahur Berbuka Metformin, Acarbose, Vildagliptin Tidak perlu melakukan pengubahsuaian dos Sulfonilurea: Gliclazide (jika diambil sekali sehari) Gliclazide MR Ambil pada waktu berbuka Sulfonilurea: Gliclazide (diambil 2 kali sehari) Ambil separuh dos atau tidak perlu ambil Ambil dos malam seperti biasa ketika berbuka DPP4i: Sitagliptin, Saxagliptin, Linagliptin Ambil pada waktu berbuka SGLT2i: Empaglifozin, Dapaglifozin, Canaglifozin Ambil pada waktu berbuka Pengubahsuaian ubat oral ketika berpuasa
Pengubahsuaian Ubat Oral Ketika Berpuasa Regimen Ubat Oral Sahur Berbuka Metformin, Acarbose, Vildagliptin Tidak perlu melakukan pengubahsuaian dos Gliclazide (jika diambil sekali sehari ) Gliclazide MR Ambil pada waktu berbuka Gliclazide (2 kali sehari) Ambil separuh dos atau tak perlu ambil Ambil dos malam seperti biasa ketika berbuka DPP4i: Sitagliptin, Saxagliptin, Linagliptin Ambil pada waktu berbuka SGLT2i: Empaglifozin, Dapaglifozin Ambil pada waktu berbuka Sulfonilurea
Pegawai Farmasi Pengubahsuaian insulin ketika berpuasa Regimen Insulin Sahur Tengah Hari Berbuka Insulin malam sebelum tidur Suntik sebelum tidur atau selepas berbuka. Boleh kurangkan dos jika ada risiko hipoglisemia. Insulin pra-campuran sekali sehari Suntik sebelum berbuka Insulin pra-campuran 2 kali sehari Guna dos malam. Boleh kurangkan dos 20-50% untuk mengelakkan hipoglisemia. Guna dos pagi Insulin malam sebelum tidur Suntik sebelum tidur atau bila-bila masa selepas berbuka. Insulin sebelum makan Suntik dos seperti biasa atau kurangkan sedikit berpandukan karbohidrat yang diambil. Tidak Perlu Suntik Dos Tengah Hari Suntik dos seperti biasa ketika berbuka. Basal Bolus Insulin
Pengubahsuaian Insulin Ketika Berpuasa Regimen Insulin Sahur Tengah Hari Berbuka Insulin malam sebelum tidur Insugen®-N, Insulatard®, Basalog®, Toujeo®, Levemir® Suntik sebelum tidur atau selepas berbuka. Insulin pracampuran sekali sehari Insugen®-30/70, Mixtard®, Novomix®, Humalog® Mix, Ryzodeg® Suntik sebelum berbuka Insulin pracampuran 2 kali sehari Insugen®-30/70, Mixtard®, Novomix®, Humalog® Mix, Ryzodeg® Guna dos malam. Boleh kurangkan dos 20-50%. Guna dos pagi Insulin malam sebelum tidur Insugen®-N, Insulatard®, Basalog®, Toujeo®, Levemir® Suntik sebelum tidur atau bila-bila masa selepas berbuka. Insulin sebelum makan Insugen®-R, Actrapid®, Apidra®, Novorapid® Suntik dos seperti biasa atau kurangkan sedikit. Tidak Perlu Suntik Dos Tengah Hari Suntik dos seperti biasa ketika berbuka. Basal Bolus Insulin
1. https://casereports.bmj.com/content/2017/bcr-2017-220387 2. https://adc.bmj.com/content/96/1/101 3. https://www.news-medical.net/health/What-is-Hyperglycemia.aspx 4. https://www.ttsh.com.sg/Patients-and-Visitors/Pages/Find-Conditions-and-Treatments-Details.aspx?condition=DiabetesManagement-Hypoglycemia 5. https://www.medtronicdiabetes.com/symptoms/hypoglycemia-unawareness 6. https://www.ttsh.com.sg/Patients-and-Visitors/Pages/Find-Conditions-and-Treatments-Details.aspx?condition=DiabetesManagement-Hypoglycemia 7. https://www.medtronicdiabetes.com/symptoms/hypoglycemia-unawareness 8. Clinical Practice Guideline Type 2 Diabetes Mellitus 6th Edition, 2020 9. Ref: International Diabetes Federation Europe: How to manage diabetes during an illness? ‘sick-day rules’. www.idfeurope.org 10. Diabetes And Ramadhan Practical Guideline 2021 Rujukan
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Designed by macrovector / storyset / paulalee/ upklyak/ brgfx/ macrovector_official/ monkik/ vectors market Penghargaan Jawatankuasa Kerja Farmasi Klinikal (Pengkhususan Diabetes Mellitus) Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia