Kesantunan dalam Bahasa 1 TUGASAN 1 MPU3112m
Ahli Kumpulan Mariyyah Munawwarah Nurul Ain Zuhanis Nur Qistina Batrisyia
Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah MPU3112M Bahasa Melayu komunikatif yang dihormati, iaitu Puan Hamimah binti Alwi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, ia telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan berkenaan. Seterusnya, kami turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih banyak-banyak kepada ibu bapa dan rakan-rakan kami khususnya dengarakan sekliah kami kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap kami sepanjang tugasan kerja khusus ini disiapkan. Akhir madah, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. Terima kasih daun keladi, kerana sudi menolong kami, kalau ada kesulitan kami, diharap sudi membantu lagi . Penghargaan
Pengenalan juga didefinisikan sebagai penggunaan bahasa harian yang tidak menimbulkan sebarang perasaan negatif yang akan membuatkan pihak pendengar merasa tersinggung (Asmah Haji Omar, 2000). Manakala Awang Sariyan (2007) mentakrifkannya sebagai penggunaan bahasa yang baik dan beradap serta memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang mendengar. Kesantunan berbahasa membawa maksud halus, beradap, sopan santun, kesopanan, kehalusan dari segi budi bahasa atau budi pekerti, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat. Kesantunan berbahasa
Kesantunan Berbahasa dalam Media Sosial Media sosial merupakan layar di atas talian yang digunakan secara meluas oleh khalayak ramai, tidak mengira umur. Jaringan sosial memudahkan penggunanya untuk berkomunikasi dan berhubungan secara atas talian dengan pantas dan mudah (Abd Rahim & Hanafi, 2018). Ianya merupakan laman untuk berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi seperti contohnya, WhatsApp dan Tiktok.
Kesantunan Berbahasa dalam Media Sosial Penggunaannya yang meluas juga turut membimbangkan kerana kebanyakkan pengguna media sosial ini amat bebas dalam menggunakan bahasa kasar, sama ada ketika menulis komen ataupun menghantar mesej. Komenkomen yang kasar ini kebanyakkan berpunca daripada remaja. Oleh itu, situasi ini dianggap sebagai trend komunikasi yang sangat membimbangkan (Hariyati Ariffin, 2019; Rohaidah Mashudi et al., 2021). Situasi ini akan menjadi ikutan pengguna sosial lain sekiranya tidak dibendung.
Kesantunan berbahasa juga diaplikasikan dalam situasi tidak formal oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Misalnya, melalui penggunaan kata ganti nama diri bagi ahli keluarga. Kata ganti nama diri ini termasuklah kata sapaan atau gelaran yang digunakan dalam sesebuah keluarga. Menurut Othman (2006) dalam penulisannya, kata gelaran dapat mencerminkan kedudukan seseorang dalam susunan keluarga dan pada masa yang sama menunjukkan rasa hormat seseorang individu kepada individu yang lain. Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Tidak Formal
Pengaplikasiannya dapat dilihat dalam keluarga kaum Melayu, anak-anak akan memanggil ibu mereka dengan panggilan “ibu” dan “mak” manakala untuk bapa pula, mereka menggunakan panggilan “ayah” dan “abah” . Terdapat juga panggilan berdasarkan kedudukan adikberadik seperti “Long” merupakan gelaran untuk anak sulung, “Ngah” untuk anak kedua dan “Busu” untuk anak bongsu” . Manakala dalam keluarga kaum India, anakanak menggunakan panggilan “Amma” dan “Appa” untuk ibu dan bapa mereka dan dalam keluarga kaum Cina, anak-anak memanggil ibu dan bapa mereka dengan panggilan “Ba Ba” dan “Ma Ma” . Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Tidak Formal Penggunaan Kata Ganti Nama Diri ‘Ibu’ dan ‘Bapa’ dalam Keluarga
Selain itu, masyarakat Malaysia juga mengaplikasikan kesantunan berbahasa ketika berinteraksi dengan orang awam. Contohnya, kesantunan bahasa antara generasi muda dengan golongan yang lebih tua. Sudah menjadi suatu budaya bagi masyarakat di Malaysia untuk bertegur sapa dengan menggunakan gelaran yang sesuai kepada generasi yang lebih tua bagi tujuan rasa hormat seperti gelaran “Pak cik” dan “Mak cik” manakala apabila berinteraksi dengan golongan tua daripada kaum Cina dan India, gelaran “Aunty” dan “Uncle” digunakan. Kesantunan berbahasa juga boleh diperhatikan dari aspek pertuturan kata dalam nada yang lembut, tidak berjenaka sesuka hati dan tidak memandang rendah terhadap golongan yang lebih tua. Namun begitu, terdapat juga segelintir daripada rakyat Malaysia yang tidak mengaplikasikan kesantunan bahasa kepada golongan yang lebih tua. Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Tidak Formal Contoh penggunaan “Aunty” dan “Uncle” di media sosial Situasi pemuda tidak mengamalkan kesantunan bahasa kepada golongan tua
Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Formal Dalam situasi formal atau majlis-majlis rasmi, masyarakat di Malaysia amat mementingkan kesantunan berbahasa kerana ia mencerminkan imej diri. Kesantunan berbahasa merangkumi pelbagai aspek antaranya sistem sapaan. Status merupakan faktor penting dalam menentukan bahasa sapaan.
OLEH ITU, KETIKA BERTUTUR, MEREKA MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA DIRI YANG BERSESUAIAN BERDASARKAN STATUS DAN KEDUDUKAN SEPERTI MAJIKAN, ORANG KENAMAAN, DAN SEBAGAINYA.
SEBAGAI CONTOH : “Semoga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh ahli keluarga sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah SWT, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera sentiasa. Moga tuanku berdua terus bersemayam di singgahsana dengan kedaulatan, dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, ” . Dipetik daripada ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 November 2021,
Jelas dapat dilihat daripada ucapan beliau bahawa penggunaan bahasa halus bukan sahaja untuk menyatakan fikiran dan perasaan tetapi bahasa turut mempunyai hubungan erat dengan aspek kesopanan. Kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui tutur kata masyarakat Malaysia dalam berbicara yang lemah lembut dan beradab. Ketika berkomunikasi dalam situasi formal, mereka menggunakan bahasa halus seperti contoh yang dipetik daripada ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BAHASA TUBUH BADAN Masyarakat di Malaysia amat menitikberatkan aspek-aspek kesantunan seperti gaya percakapan yang bersopan, pandangan mata yang sesuai dan gerak laku yang bertatasusila disamping bersikap penuh hemah ketika berada di dalam konteks formal. Mereka mengaplikasikan kesantunan bahasa berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
MENURUT ZAHID DAN JOHARI (2018) DENGAN MEMBACA BAHASA BADAN KITA DAPAT MENGETAHUI SAMA ADA APA YANG KITA PERCAKAPKAN DITERIMA DENGAN POSITIF ATAU NEGATIF; BERSIKAP TERBUKA ATAU DEFENSIF; BOSAN ATAU BERPURA-PURA MINAT.
Penutup Tuntasnya, wajarlah rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa mengamalkan segala kesantunan bahasa supaya budaya beradab dalam masyarakat dapat dikekalkan. Budi bahasa dan ketatasusilaan semasa berwacana atau berbahasa akan menjadi lambang sahsiah diri yang sebenarnya. Oleh itu, kepentingan kesantunan dan ketatasusilaan semasa berkomunikasi bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh.
Asmah Haji Omar. (2000). Wacana,perbincangan, perbahasan, dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Carian Umum. Prpm.dbp.gov.my. Retrieved February 23, 2023, from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kesopanan Hariyati Ariffin. (2019, 8 November 2019). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurangsopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini. Mulia, M. (2021, Julai 30). Perdana Menteri ucap tahniah Hari Keputeraan Agong. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/perdanamenteri-ucap-tahniah-hari-keputeraan-agong/ Othman, Z. (2006). Bentuk sapaan untuk pengajaran bahasa (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris). Phua Joo. (2013, Oktober 2). Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu. https://www.slideshare.net/wanjoop/yup-26805612 Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat, Mohd Izwardi Mohd Yusoff, Isma Suhaila Ismail & J Sham Wahid. (2021) Etiket bahasa dalam perutusan khas COVID-19. eBANGI, 18 (4), 59-77 https://umno-online.my/2021/11/13/pm-wakili-rakyat-ucap-tahniah-sempena-hari-keputeraan-yang-di-pertuan-agong/ Zahid, I., & Johari, A. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan dalam Rancangan Bual Bicara. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(4). Rujukan :