TOKOH SUKAN IDOLA SAYA
Nama : Afdhal Mu’ammar Bin Mohd Noh Fadzli
Kelas : 6 Aspirasi
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Langkawi, Kedah
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. Saya, Afdhal Mu’ammar Bin Mohd Noh Fadzli dari kelas 6 Aspirasi,
bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini, iaitu Buku Skrap – Tokoh Sukan Idola Saya.
Di sini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohd Noh Fadzli Bin Saia dan
Puan Shuhaini Binti Daud yang sentiasa menyokong dan mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya kepada guru Sejarah saya, Cikgu Nor Hanani Binti Saaid kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.
Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna. Sekian, terima kasih.
BIODATA
Nama : Afdhal Mu’ammar Bin Mohd Noh Fadzli
Umur : 12 Tahun
Tarikh Lahir : 19 Mei 2009
Tempat Lahir : Hospital Langkawi
Kelas : 6 Aspirasi
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Langkawi
Hobi : Melayari internet dan mengayuh basikal
Cita-cita : Jurutera / Youtuber
PENGENALAN
Tokoh sukan idola saya ialah Datuk Lee Chong Wei.
Datuk Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN lahir pada 21 Oktober 1982, ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia.
Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke
pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini
mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira
kebangsaan.
Beliau menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos
2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin
Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan
teratasnya selama lebih dua minggu.
PENDIDIKAN AWAL
Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak.
Mendapat pendidikan awal di :
i) SRJK (c ) Jit Sin, Berapit
ii) SMK Sungai Way
PERMULAAN LANGKAH
Sejarahnya, karier Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton bermula apabila ibunya, Khor Kim Choi tidak menggalakkan
beliau untuk terlibat aktif dengan sukan bola keranjang kerana faktor terik matahari di atas gelanggang. Dari situ, Lee Chong
Wei mula mempelajari sukan badminton apabila bapanya, Lee Ah Chai menghadiahkan beliau sebatang raket pada tahun
1993.
Bakatnya semakin berkembang ketika dilatih oleh seorang jurulatih badminton tempatan iaitu Teh Peng Huat sehingga
menarik minat legenda Misbun Sidek untuk membawa beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia remaja 17 tahun.
Sejak debutnya itu, beliau telah memenangi banyak piala dan gelaran seperti olahragawan kebangsaan, pemain terbaik Asia
dan Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
DUA DEKAD BERGURU
Selama 19 tahun mencurah bakti kepada negara Malaysia dalam sukan badminton, Lee Chong Wei menjadi anak murid
kepada ramai jurulatih. Bermula dari jurulatih pertamanya di bangku sekolah, Teh Peng Huat, diikuti dengan Misbun Sidek,
individu yang paling dikenang sebagai insan yang bertanggungjawab menaikkan karier beliau di persada antarabangsa di
samping Tey Seu Bock dan Hendrawan.
Antara guru lain beliau termasuklah jurulatih seperti mendiang Indra Gunawan, Li Mao, Rashid Sidek, dan Morten Frost yang
turut pernah membimbing beliau walaupun bukan secara formal atau tetap. Lee Chong Wei sangat menyanjungi barisan
gurunya sehingga pernah mengatakan bahawa “guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri demi masa depan anak didik”.
ANUGERAH / PENCAPAIAN
Dikurniakan gelaran datuk oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Wira Kebangsaan
Pingat Perak pada Sukan Olimpik :
- 2008 – Beijing
- 2012 – London
- 2016 – Rio de Ja Neiro
Pingat Perak pada Kejohanan Dunia :
- 2011 – London
- 2013 – Guangzhou
- 2015 – Jakarta
12 kali Juara Terbuka Malaysia
2010 – 9 kali gelaran Siri Super
Olahragawan kebangsaan 2005
Pemain badminton nombor satu dunia selepas mengalahkan Lin Dan
PEMAIN NOMBOR SATU DUNIA
Datuk Lee Chong Wei tidak hanya gah pada nama. Beliau semenangnya diiktiraf sebagai lagenda apabila menjadi pemegang
gelaran pemain Nombor 1 dunia paling lama dalam sejarah permainan iaitu selama 349 minggu termasuk 199 minggu secara
berturut-turut sejak 21 Ogos 2008 sehingga 14 Jun 2012.
Beliau adalah pemain Malaysia keempat yang meraih gelaran Nombor 1 dunia selepas Rashid Sidek, Roslin Hashim dan
Wong Choong Hann. Istimewanya, Lee Chong Wei merupakan pemain badminton kebangsaan pertama yang meraih gelaran
tersebut lebih daripada tempoh satu tahun.
Lebih istimewa, Lee Chong Wei meraih gelaran tersebut ketika beraksi dalam dunia sukan badminton di samping ramai
pemain badminton perseorangan yang turut amar kompetetif dari negara-negara lain. Antaranya ialah Lin Dan, Cheng Long,
Taufik Hidayat, Viktor Exelsen, Kento Momota dan ramai lagi. Beliau juga turut melakar rekod sebagai pemain badminton
tertua berada di ranking pertama dunia pada usia 34 tahun pada tahun 2017.
KESIHATAN
Pada September 2018, Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap Kanser Nasofaring pada Julai tahun yang sama
di Taiwan dan telah dirawat dengan segera sejak itu
PERSARAAN
Pada 13 Jun 2019, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya daripada badminton profesional
selepas 19 tahun berkhidmat dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.
PERFILEMAN
Pada Disember 2017, treler pertama filem biopik beliau telah dikeluarkan. Diberi tajuk Lee Chong Wei: Rise of the Legend,
biopik yang dipertontonkan pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan ditayangkan di seluruh
negara pada 15 Mac 2018.
PENUTUP
Datuk Lee Chong Wei bukanlah nama asing bagi rakyat Malaysia. Sebut saja namanya pasti secara automatik kita akan
terbayang kehebatan dan kelincahan beliau dalam arena sukan badminton. Beliau telah mengharumkan nama negara di
peringkat dunia dan mengangkat nama Malaysia dalam bidang sukan badminton. Tidak terkira berapa banyak kali beliau
telah menghadiahkan rakyat Malaysia dengan piala kemenangan.
Kita juga dilanda hiba apabila beliau mengumumkan pengunduran diri dari arena sukan badminton negara.
Terima kasih Datuk Lee Chong Wei!