The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanrash02, 2021-05-05 04:40:09

NOTA SBM FULL VERSION

NOTA SBM FULL VERSION

SINTAKSIS
BAHASA
MELAYU

BMM1064-DR.NORHAYATI BINTI MD.YATIM

KANDUNGAN

Topik Subtopik

Pengenalan Sintaksis - Konsep
- Bidang kajian

Frasa - Frasa Nama
- Frasa Kerja
- Frasa Adjektif
- Frasa Sendi Nama

Klausa - Klausa Bebas
- Klausa Tak Bebas

Ayat - Ayat Tunggal
- Ayat Majmuk

Proses Penerbitan Ayat - Penyusunan Semula
- Pengguguran
- penggabungan

PENGENALAN
SINTAKSIS

✓ Konsep
✓ Bidang kajian
✓ Tingkatan tatabahasa

SINTAKSIS

❑ Satu bidang ilmu bahasa untuk mengkaji bentuk,
struktur dan binaa ayat.

❑ Bidang kajian tentang hukum tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk sesuatu ayat.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!

TINGKATAN TATABAHASA

Perkataan (ibu)
• Unit paling kecil dalam tatabahasa.

Frasa (ibu saya)
• Sederetan perkataan yang dapat diperluas.

Klausa (ini ibu saya)
• Binaan yang boleh berdiri sendiri.

Ayat (Ini ibu saya.)
• Terdiri daripada subjek dan predikat.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!

FRASA

✓ Konsep
✓ Frasa Nama
✓ Frasa Kerja
✓ Frasa Adjektif
✓ Frasa Sendi Nama

FRASA

❑ Sederetan perkataan.
❑ Tidak mempunyai subjek dan predikat.
❑ Berpotensi menjadi dua perkataan atau lebih.
❑ Konstituen kepada klausa.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!

JENIS FRASA

Sederetan perkataan yang
berpotensi menjadi dua

atau lebih perkataan.
FRASA

Binaan yang terdiri Binaan yang terdiri Susunan yang Susunan yang terdiri
daripada kata nama daripada kata kerja mengandungi kata daripada frasa nama
adjektif sebagai kata
sebagai inti. sebagai inti. yang menjadi
FRASA NAMA inti. pelengkap kepada kata
FRASA KERJA FRASA ADJEKTIF
sendi nama.
FRASA SENDI NAMA

Frasa Nama

Binaan FN :
➢ Satu perkataan: kakak, lelaki, lampu, guru.
➢ Sederetan perkataan:

- Inti+penerang: orang Melayu
- Inti+inti: hamba abdi (seerti)

lelaki perempuan (berlawanan)

Frasa Nama

Fungsi FN Contoh Ayat

Subjek Bapa guru.

Predikat Bapa guru.

Objek Adik mengelap tingkap.

Pelengkap Dia menjadi polis.

Unsur Frasa Sendi Nama Saya tinggal di Perak.

Hukum D-M

❖ Hukum D-M ialah cara kata-kata disusun dalam ayat.

❖ D - Unsur yang diterangkan.

❖ M – Unsur yang menerangkan D.

Yang Diterangkan (D) Penerang (M)
jagung rebus
mangga jeruk
Hotel Federal

Kekecualian Hukum D-M

❖ Unsur penerang mendahului unsur yang diterangkan.

- Jawatan

- Bilangan

Penerang (M) Yang Diterangkan (D)
perdana menteri
ibu pejabat
dua orang calon

Frasa Nama Bebas Hukum D-M

❖ Dilihat seolah-olah salah, tetapi benar.
❖ Contoh:

- Lembu susu : Lembu yang diternak untuk menghasilkan
susu. ✅

- Susu lembu: Susu yang dihasilkan oleh lembu.✅

Frasa Kerja

Terbahagi kepada dua jenis:
➢ Transitif: Kata kerja yang memerlukan objek.

Contoh: Ali membeli buku.
➢ Tak Transitif: Kata kerja yang tidak memerlukan

objek.
Contoh: Amina tidur.

Frasa Kerja Tak Transitif

❑ Tanpa pelengkap: Kata kerja yang sempurna.
❑ Berpelengkap: Mesti diikuti pelengkap untuk

menyempurnakan makna.
❑ KN sebagai penerang: Kata kerja yang boleh

berdiri sendiri jika tidak
diikuti penerang kata nama.

FKTT

Jenis FKTT Contoh Ayat

Tanpa pelengkap Salina mandi.
Adik menangis.

Berpelengkap Badannya menjadi lemah.
Dia tinggal di Sabah.

Kata nama sebagai penerang Dia berbaju Melayu.
Lelaki itu berseluar jean.

Frasa Kerja Transitif

❑ Dengan satu objek:
- objek mengikuti kata kerja ialah objek tepat.

❑ Dengan dua objek:
- objek selepas kata kerja. (objek tepat)
- objek selepas objek tepat. (objek sipi)

Jenis FKT FKTT
Satu objek
Contoh Ayat
Dua objek
Pemburu menembak harimau.
Objek tepat - harimau

Abang menghadiahkan ibu seutas rantai.
Objek tepat – ibu
Objek sipi – seutas rantai

Frasa Kerja dengan Kata Bantu

▪ Kata bantu aspek:
-Kata bantu yang menerangkan masa.

▪ Kata bantu ragam:
-Kata bantu yang menerangkan perasaan.

Frasa Kerja dengan Kata Bantu

Jenis Kata Bantu Contoh
Aspek
Sudah: sudah, telah, pernah, baru
Ragam Sedang: sedang, masih, mula
Belum: belum, akan

Mungkin, boleh, dapat, mesti, hendak, mahu,
harus.

Contoh ayat:
1. Pak Hamid telah pergi ke bandar. (Kata bantu aspek)
2. Ibu hendak membeli ikan di pasar. (Kata bantu ragam)

Unsur Keterangan Dalam FK

▪ Hadir selepas kata kerja.
▪ Hadir selepas objek.
▪ Berfungsi sebagai adverb. (keterangan)
▪ Terdiri daripada FN, FSN, FA dan kata adverb.

Unsur Keterangan Dalam FK

Keterangan Contoh Ayat
Tempat Dia bekerja di kilang.
Waktu Kuliah itu tamat pada pukul 2.00 petang.
Cara Bas itu bergerak laju.
Tujuan Mereka berjuang demi keadilan.
Alat Dia memukul ular dengan buluh.
Hal Mereka sedang berbincang tentang hal itu.
Bagai Dia cantik bagai bidadari.
Penyertaan Ali pergi ke majlis dengan ayahnya.

Frasa Adjektif

❑ Susunan yang mengandungi kata adjektif sebagai
kata inti.

❑ Tiga fungsi frasa adjektif:
- predikat
- unsur keterangan
- unsur penerang

Frasa Adjektif

Fungsi FA Contoh Ayat
Predikat
Lelaki itu sangat baik.
Keterangan Adik telah sembuh.
(hadir selepas KK)
Penerang Mereka pulang segera.
(hadir selepas KN) Atok tidur nyenyak.

Harimau binatang liar.
Hati mereka cemas.

Frasa Adjektif

Binaan FA Contoh
Satu perkataan Rajin, cemas, baik, sihat
Dua perkataan Riang gembira (serasi)
Pahit manis (berlawanan)
Merah jambu (serupa)
Besar kepala (kiasan)

Unsur Keterangan Frasa Adjektif

Keterangan Contoh ayat
Cara Dia lemah secara tiba-tiba.
Bandingan Senyuman gadis itu manis ibarat gula.
Keadaan Dia sibuk dengan pekerjaannya.
Tujuan Dia berusaha untuk mencapai kejayaan.
Kekerapan Dia kerap jatuh sakit.
Terhadap Dia cinta akan tanah air.
Tempat Adik sakit pada tangannya.
Musabab Adik tidak hadir ke sekolah kerana demam.
Waktu Dia selalu sakit ketika kecil dahulu.

Frasa Sendi Nama

❑ Terdiri daripada FN yang berfungsi sebagai
pelengkap kata sendi nama.

❑ Terdapat tiga binaan FSN:
- KSN + FN
-KSN + KA + FN
- KSN + K.Arah + FN + Keterangan

Frasa Sendi Nama

Binaan FSN Contoh Ayat
KSN + FN Ali tinggal di Sarawak.
KSN + KA + FN Dia datang dari belakang rumah.
FSN + K.Arah + FN + Amir pergi ke Selatan Johor dengan
Keterangan bapanya.

Frasa Sendi Nama

Fungsi FSN Contoh Ayat
Predikat Ali pergi ke sekolah.
Mereka pergi ke sawah.
Keterangan Dia bertolak pada pukul 8.00 pagi. (FK)
Budak itu kurus seperti galah. (FA)
Saya sudah membeli baju untuk hari raya. (FN)

Maklumat Tambahan

Tujuh suprasepmental
1. Sebutan - jelas
2. Intonasi – betul
3. Jeda
4. Mora
5. Tekanan
6. Fasih
7. Lancar

Frasa Sendi Nama

Binaan FSN Contoh Ayat
KSN + FN Ali tinggal di Sarawak.
KSN + KA + FN Dia datang dari belakang rumah.
FSN + K.Arah + FN + Amir pergi ke Selatan Johor dengan
Keterangan bapanya.

KLAUSA

✓ Konsep
✓ Jenis
✓ Binaan Klausa
✓ Tugas Klausa Bebas
✓ Jenis Klausa Tak Bebas

KLAUSA

❖ Satu unit rangkaian perkataan.
❖ Terdiri daripada subjek dan predikat.
❖ Menjadi konstituen kepada ayat.
❖ Terdiri daripada dua jenis:

- klausa bebas: boleh berdiri sendiri.
- klausa tak bebas: tak boleh berdiri sendiri.

Jenis klausa Jenis Klausa
Klausa bebas
Contoh Ayat
Klausa tak bebas Dia berjaya
Amir akan hadir
Dia berjaya kerana dia rajin berusaha
Amir akan hadir sekiranya hari tidak
hujan

Binaan Klausa

Jenis Binaan Contoh Ayat

Klausa bebas + Klausa Dia akan datang walaupun tidak

tak bebas diundang. (Ayat aktif)

Klausa tak bebas + Beritahu ibu bahawa kami pulang esok.

Klausa bebas (Ayat pasif)

Tugas Klausa Bebas

Tugas Contoh Ayat
Subjek Ahmad berjaya kerana dia rajin berusaha.
Predikat Adik seorang yang baik hati.
Objek Ali melihat burung itu terbang.

Penentu pola ayat Ibu pergi ke kedai. (FN + FK)
Penentu ragam ayat Ayah membeli kereta Myvi. (Ayat aktif)

Jenis Klausa Tak Bebas

Jenis Contoh Ayat
Klausa relatif
Guru yang sedang mengajar itu kakak
Klausa komplemen saya.
Klausa keterangan
Abang memberitahu bahawa adik demam.

Dia tidak hadir ke sekolah kerana tidak
sihat.

Klausa gabungan Aina menari sambil menyanyi.

AYAT

✓ Konsep
✓ Pola Ayat Dasar

✓ Ayat tunggal
✓ Jenis ayat
✓ Ragam Ayat

✓ Ayat Majmuk

Takrif Ayat

❑Unit pengucapan paling tinggi dalam tatabahasa.
❑Membawa makna lengkap.
❑Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.
❑Dengan menggunakan intonasi yang sempurna.
❑Terdiri daripada subjek dan predikat.

Pola Ayat Dasar

❑Ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan ayat lain.
❑Ayat yang paling sederhana.
❑Terdapat empat pola ayat dasar.
❑Subjeknya frasa nama.

Pola Ayat Dasar

Pola Ayat Dasar Contoh Ayat
FN + FN Ahmad guru.
FN + FK Ibu menggoreng pisang.
FN + FA Amran bijak.
FN + FSN Ayah pergi ke Kuala Lumpur.

Ayat Tunggal

❑Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
❑Mengandungi satu klausa sahaja.
❑Ayat mudah atau ayat selapis.
❑Contoh ayat:

Lelaki itu menembak burung.
➢ Subjek: lelaki itu
➢ Predikat: menembak burung

Binaan Ayat Tunggal

Binaan Ayat Tunggal

Ayat Penyata Ayat Songsang
- Buku itu di atas meja. - Di atas meja buku itu.

Perbezaan dan Persamaan Ayat Dasar dan Ayat
Tunggal

Ayat Dasar Perbezaan

Ayat Tunggal

Terdiri daripada ayat penyata Terdiri daripada ayat penyata,
sahaja. ayat tanya, ayat perintah dan
ayat seruan.

Persamaan

Kedua-duanya berbentuk ayat penyata.

Jenis Ayat

❑Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu:
1. Ayat penyata
2. Ayat tanya
3. Ayat perintah
4. Ayat seru

Ayat Penyata

❑Ayat yang digunakan untuk memberi penyataan.
❑Dikenali sebagai ayat berita.
❑Contoh: Adik sedang tidur.

Ayat Tanya

❑Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
❑Terdiri daripada dua jenis:

Jenis ayat tanya Contoh ayat
Tanpa kata kata
Adik masih menangis?
Dengan unsur tanya
Adik pergi ke sekolahkah? (partikel –kah)

Harga pen ini berapa? (kata ganti nama diri tanya)
Di manakah kamu tinggal? (frasa sendi nama diri tanya)

Ayat Perintah

❑Ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan.

❑Terbahagi kepada empat jenis:
- Ayat suruhan
- Ayat larangan
- Ayat silaan
- Ayat permintaan

Ayat Perintah

Jenis Ayat Perintah Contoh Ayat
Ayat suruhan: memberi perintah Keluar dari bilik ini!
Ayat larangan: memberi larangan Jangan bermain di tepi longkang.
Ayat silaan: menggunakan kata Jemput masuk ke rumah saya.
sila
Ayat permintaan: menggunakan Tolong tutup lampu.
kata permintaan

Ayat Seru

❑Ayat yang digunakan untuk melahirkan sesuatu
perasaan.

❑Menggunakan nada dan intonasi seruan.
❑Ditandai tanda seru.
❑Contoh: Wah, cantiknya baju kamu!


Click to View FlipBook Version