BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PASUKAN KO AKADEMIK
1. Membuat pemilihan murid yang mewakili sekolah melalui pertandingan yang
disertai semua murid
2. Merancang aktiviti dan latihan berkaitan untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan
3. Mengurus penyertaan murid ke pertandingan peringkat zon, daerah, negeri
dan kebangsaan
4. Mendokumentasikan aktiviti latihan, penyertaan pertandingan di semua
peringkat
5. Merekodkan nama murid, gambar-gambar semasa latihan, pertandingan dan
pencapaian
6. Membuat salinan sijil-sijil berkaitan dan menyerahkan semua rekod
dokumentasi kepada PK Kokurikulum atau Setiausaha Kokurikulum untuk
dokumentasi pencapaian sekolah
JK PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH
(PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM ) 2022
Pengerusi Pengetua
Naib Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha Rahamah binti Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa Setiausaha Sukan
Penyelaras Kelab dan Persatuan
Penyelaras Sukan dan Permainan (1M1S)
Penyelaras Badan Beruniform
Guru Kokurikulum Tingkatan 6
Guru Kaunseling
Pengerusi JK PENTAKSIRAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Naib Pengerusi Pengetua
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum
Ahli Jawatankuasa Shamsiah binti Wan Sulaiman
Guru Kanan Mata pelajaran
Penyelaras Kelab dan Persatuan
Penyelaras Sukan dan Permainan (1M1S)
Penyelaras Badan Beruniform
Guru Kokurikulum Tingkatan 6
Semua Guru Kelas
101
JK KOPERASI SEKOLAH 2022
Pengerusi Tn.Hj W Zainuzzaman bin Wan Abdullah
(Pengetua)
Naib Pengerusi Nik Hilmi bin Nik Abdull Halim (PK Kokurikulum)
Setiausaha Siti Shaudah binti Othman
Bendahari Zulifah Jumayin binti Abdul Rahman
Pengurus Belian Zuraini binti Ab Majid
Pengurus Jualan Nik Zulaikha Yasmine binti Zulkepli
Pengurus Promosi Mohd Hafizy bin Ibrahim
Pengurus Pendaftaran Ahli Norhasliza binti Razali
Juruaudit Dalaman Wan Zul Azri bin Mod Shatar
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI
1. Mempengerusikan semua mesyuarat lembaga.
2. Menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga.
3. Memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut
peraturan bersama setiausaha melalui satu akaun yang bertarikh dan
ditandatangani.
4. Memanggil sendiri atau melalui setiausaha mesyuarat lembaga bila perlu.
5. Mengarahkan jawatan kuasa audit dalaman memeriksa buku rekod
dan dokumen koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada
lembaga.
6. Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-
undang Kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama 2 anggota
lembaga.
7. MenyeBlIiDa AseNcGarTaUaGmASpeDnAtNadTbAirNaGn,GhUaNl GehJAwWalAdBanNApIeBkePrEjaNGkoEpReUrSaIsi.
1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi
2. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari
semasa ke semasa
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA
1. Memanggil dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah,
mesyuarat lembaga dan mesyuarat jawatan kuasa untuk menyampaikan
segala laporan serta dokumen untuk pertimbangan mesyuarat.
2. Merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat dan menyediakan
minit untuk edaran seterusnya.
3. Menyelenggara dan mengemaskinikan semua daftar anggota, daftar
penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh lembaga.
4. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan
pengerusi serta mengurus surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh
lembaga.
5. Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara bertulis di dalam
bukukoperasi.
6. Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
7. Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke 102
semasa (mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada
pengurus tertakluk kepada persetujuan lembaga )dan Menyediakan sijil
penyertaan dan sijil penghargaan kepada murid yang terlibat dalam
kegiatan koperasi sekolah.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BENDAHARI
1. Mengendalikan semua urusan perdagangan dan perindustrian koperasi
mengikut dasar yang ditetapkan oleh lembaga.
2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh koperasi dan
membuat pembayaran mengikut arahan lembaga. Menyimpan ke dalam
bank atas nama koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh 24
jam hari bekerja daripada penerimaannya.
3. Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan dokumen sokongan untuk
bayaran dan menyimpannya dengan baiknya mengikut arahan lembaga.
Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan
oleh lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang
dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
4. Menyelenggara dan menyimpan akaun koperasi dengan sempurna dan
kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa.
5. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan koperasi untuk
dibentangkan dalam mesyuarat lembaga.
6. Menyediakan belanjawan tahunan koperasi dalam bentuk yang
menunjukkan dengan jelasnya segala butiran perbelanjaan dan pendapatan
untuk ditimbang oleh lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat
agung tahunan.
7. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar
dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana
yang dikehendakioleh lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan
bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.
8. Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskini dan direkodkan
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS BELIAN
1. Membuat tinjauan keperluan warga sekolah.
2. Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi.
3. Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak
dibeli.
4. Mengurus pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan lembaga.
5. Menyerahkan barang belian kepada bendahari untuk urusan merekod stok.
6. Menyerahkan invois kepada bendahari. menyimpan satu salinan untuk fail
sendiri.
7. Menyimpan buku log belian.
8. Mengemaskinikan buku log belian.
9. Membuat laporan bulanan untuk belian.
10. Menyediakan dan membuat laporan belian dalam mesyuarat ALK.
11. Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS PROMOSI
1. Membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui
pamplet, perhimpunan atau blog koperasi.
2. Membantu Pengurus Pendaftaran Ahli membuat promosi untuk menambah
keahlian.
3. Membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi.
103
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS JUALAN
1. Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari Bendahari.
2. Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok.
3. Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK.
4. Mengurus jualan harian di kedai koperasi.
5. Melantik pembantu jualan di kedai koperasi.
6. Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual.
7. Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan.
8. Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari.
9. Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di
koperasi semasa jualan berlangsung.
10. Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK.
11. Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS PENDAFTARAN AHLI
1. Membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli.
2. Membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli.
3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga.
4. Menceriakan koperasi.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUAUDIT DALAMAN
1. Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan
koperasi secara bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara
yang luar biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan.
2. Memeriksa Buku Tunai koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan
secara bertulis dalam buku khas untuk makluman Lembaga Koperasi.
3. Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang
dikemukakan oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan.
4. Memberi laporan:
- sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan
saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal
koperasi
- perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang
difikirkan patut dilaporkan.
5. Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod perakaunan dan
rekod- rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan,
perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh
koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta, peraturan dan undang-
undang kecil koperasi
6. Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara
yang berbangkit daripada kerja pengauditan
7. Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian
mengenai hutang belum jelas (jika ada), nilaian aset (jika ada) dan
liabiliti koperasi.
104
10
5
PENGURUSAN TINGKATAN 6
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TINGKATAN 6
106
PENGURUSAN TINGKATAN 6
PENGURUSAN TINGKATAN 6
Pengerusi Pengetua
Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha Rosmini Binti Khalid
JK Kurikulum Yahaya Bin Ab Ghani
JK KoKurikulum Norihan Binti Daud
JK hal Ehwal Murid Hasan Bin Ahmad
JK Projek STPM Ramly Bin Talib
JK Peperiksaan Awam Hasan Bin Ahmad
JK Peperiksaan Dalaman Mohd Zubir Bin Mohd Nor
JK Kerja Kursus Wan Rosmawati Binti Wan Ismail
JK Jadual Waktu Zul Izzi Bin Berahim
Pengerusi UNIT KURIKULUM
Naib Pengerusi
Setiausaha Pengetua
Ketua Panitia P.Am Penolong Kanan Tingkatan 6
Ketua Panitia Ekonomi Yahaya Bin Abdul Ghani
Ketua Panitia Sejarah Mohd Zubir Bin Mohd Nor
Ketua Panitia MUET Rosmini Binti. Khalid
Ketua Panitia B.Arab Hasan Bin Ahmad
Ketua Panitia Syariah Norzaini Binti. Ali
Ketua Panitia Usuluddin Norihan Binti. Daud
Zul Izzi Bin Berahim
Yahaya Bin Abdul Ghani
107
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1 Memimpin guru menentukan dan merancang rancangan pelajaran penggal/
mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya.
3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4 Membimbing guru terlatih, guru yang baharu dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara
dengan berkesannya.
6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
7 Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,
pemulihan, dan pengayaan.
8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaraskan kegiatan
(kurikulum) yang dijalankan oleh kolej, JPN dan KPM.
9 Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang
diarahkan oleh PGB.
10 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf, kajian tindakan guru dan kerja
kursus pelajar.
11 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaharu mengenai pengkaedahan dan
pendekatan PdP yang berkesan kepada guru.
12 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan
penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu
merentas kurikulum.
13 Membantu menggalak dan memperluas amalan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar.
14 Mengenalpasti masalah kelemahan murid dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.
15 Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
semasa.
JAWATANKUASA PROJEK KECEMERLANGAN STPM
Pengerusi Pengetua
Naib Pengerusi Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha Ramly Bin Talib
Pengurus 6 Rendah Rosmini Binti Khalid
Pengurus 6 Atas Ramly Bin Talib
Pengurus Muet Norzaini Binti Ali
108
UNIT HAL EHWAL MURID
Pengerusi Pengetua
Naib Pengerusi Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha Hasan Bin Ahmad
JK Disiplin dan Tatatertib Yahaya Bin Abdul Ghani
JK Kebajikan dan Biasiswa Norzaini Binti Ali
JK Kebersihan dan Keceriaan Norihan Binti Daud
JK Majlis Perwakilan Pelajar Zul izzi Bin Berahim
JK Pengurusan Kelas Wan Rosmawati Binti Wan Ismail
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1 Membantu GPK Tingkatan Enam dalam pengurusan hal ehwal murid berkaitan dengan
kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa dan lainlain.
2 Mengurus aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid serta mengurus rekod
dan maklumat murid.
3 Merancang dan mengurus aktiviti khidmat masyarakat – sukarelawan aktiviti murid.
4 Merancang dan meneliti program kepimpinan dan kolaboratif dengan pihak universiti
dalam dan luar negara (sekiranya bersesuaian).
5 Membantu GPK Tingkatan Enam dalam memastikan sijil berhenti sekolah, akuan
sekolah dan sijil-sijil lain disempurnakan sebelum murid menamatkan pengajian.
6 Membantu mengurus hal-hal yang berkaitan pemberian bantuan khas/baucar buku
mengikut garis panduan bahagian kewangan KPM..
7 Membantu memastikan pengurusan disiplin murid Tingkatan Enam dilaksanakan
secara berhemah dan mengikut peraturan.
109
UNIT KOKURIKULUM
Pengerusi Pengetua
Naib Pengerusi Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha Norihan Binti Daud
Penasihat Unit Berunifom Pengakap (Lelaki) Zul Izzi Bin Berahim
Penasihat Unit Berunifom Pengakap (Perempuan) Rosmini Binti Khalid
Penasihat Kelab Khidmat Masyarakat Abdul Halim Bin Sulaiman
Penasihat Persatuan Tingkatan 6 Norzaini Binti Ali
Penasihat Futsal Hasan Bin Ahmad
Penasihat Bola Jaring Wan Rosmawati Binti Wan Ismail
Penasihat Bola Tampar(L) Ramly Bin Talib
Penasihat Bola Tampar (P) Norihan Binti Daud
Penasihat Petanque (L) Yahaya Bin Abdul Ghani
Penasihat Petangue (P) Norzaini Binti Ali
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1 Merancang dan menyediakan takwim serta jadual aktiviti kokurikulum.
2 Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus.
3 Mengadakan mesyuarat pengurusan kokurikulum.
4 Memastikan perjalanan program mengikut masa yang telah ditetapkan dan pelibatan
murid menyeluruh.
5 Menyelia penilaian aktiviti kokurikulum. Menyelaraskan markah kokurikulum sebanyak
(10) peratus dan menyimpan rekod
6 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di peringkat
daerah/negeri/kebangsaan yang dianjurkan KPM/JPN/PPD atau diiktiraf oleh KPM.
7 Menyelia urusan badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan
8 Menyelaraskan penyertaan murid dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
9 Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum
10 Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.
11 Melaksanakan pendaftaran kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/ permainan
12 Merancang dan meneliti kesesuaian program badan beruniform, kelab persatuan dan
sukan permainan serta koakademik mengikut kebitaraan sekolah dengan agensi luar.
13 Mendokumentasikan segala perjalanan, aktiviti dan surat-menyurat dalam fail induk
pengurusan kokurikulum Tingkatan Enam.
14 Menyimpan rekod pelibatan dan pencapaian murid dalam program yang dianjurkan
oleh MSSM, KPM, JPN, PPD dan Bahagian.
110
Pengerusi UNIT KERJA KURSUS
Naib Pengerusi
Setiausaha Pengetua
Pengajian Am
Sejarah Penolong Kanan Tingkatan 6
Syariah
Wan Rosmawati Binti Wan Ismail
Bahasa Arab
Usuluddin Mohd Zubir Binti Mohd Noor
Ekonomi Abdul Halim Bin Sulaiman
Hasan Bin Ahmad
Zul Izzi Bin Berahim
Ramly Bin Talib
Norihan Binti Daud
Wan Rosmawati Binti Wan Ismail
Yahaya Bin Abd Ghani
Rosmini Binti Khalid
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1 Memastikan pengoperasian kerja kursus berdasarkan manual guru kerja
kursus setiap mata pelajaran yang ditetapkan (mesyuarat sekurang-
kurangnya dua (2) kali setahun).
2 Memberi taklimat kepada guru dan murid tentang kerja kursus
mengenai tugasan penskoran pemilihan evidens untuk penyelarasan
skor.
3 Mengeluarkan surat pelantikan guru dan pentaksir kerja kursus
peringkat sekolah.
4 Merancang jadual penyelidikan kerja kursus murid merangkumi
perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan
5 Merancang pelan tindakan Carta Gantt/kerja kursus murid.
6 Memantau pelaksanaan proses penyelidikan/kerja kursus murid
7 Melaksanakan konsultasi dengan murid mengikut jadual.
8 Membuat laporan konsultasi dengan murid.
9 Membuat refleksi konsultasi dengan murid dua (2) minggu sekali
(laporan kemajuan)
10 Merancang pembentangan murid untuk diberikan penilaian.
11 Membuat jadual perancangan dan penyelidikan merangkumi
perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
12 Membuat refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
13 Menyediakan bilik penyimpanan kerja kursus.
14 Menjalankan tugas-tugas seperti yang termaktub di dalam Buku Garis
Panduan Pengurusan Tingkatan Enam (GPPT6).
111
PANDPUANADUNANAAMMSESKOELKAHOLAH
PENDAHULUAN
Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Am Sekolah mengenai beberapa perkara tertentu dalam
bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama, perhatian berat dan tindakan timbal
guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras, menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan
supaya jentera pentadbiran dan pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin.
1. ARAHAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
3. Guru hendaklah menghayati tatatusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan
tugas.
7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.
9. Menjadi ‘role-model’.
10. Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.
11. Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan - TEAM (Together Everyone Achieves
Much).
2. TUGAS
2.1. Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum dan juga
pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap,
bertanggungjawab dan menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap
tugas-tugas tersebut.
2.2. Guru Tingkatan
2.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Tingkatan. Mereka
dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan dan
menjalankannya dengan baik dan cekap.
2.3. Guru Bertugas Mingguan/Harian
1. Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut harian.
Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau tiga orang guru akan diminta
bertugas.
2. Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas untuk
makluman dan perhatian Pengetua/Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Pengetua keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran
mengenai senarai tugas guru-guru bertugas).
2.4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat,
ke JPN atau berkursus, guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh
mengarahkan guru lain untuk melaksanakan tanpa arahan pengetua. Jika tugas itu terpaksa
112
dilaksanakan oleh pihak lain diatas persetujuan sesama sendiri, maka ianya mesti sampai
kepada pengetahuan pengetua.
5. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
sekolah hendaklah menjalankan “In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada
Pengetua/Penolong Kanan, tarikh dan masa perlaksanaan.
6. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan untuk tugasan
bertulis kepada pelajar dan dimaklumkan kepada Ketua Bidang.
3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Guru bertanggungjawab memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan penuh
amanah dan bertanggungjawab. Mengajar sambil duduk adalah dilarang sama sekali.
2. Guru hendaklah menyemak kerja pelajar dari semasa ke semasa.
3. Masa tiada kelas dianggap “non teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru
seharusnya menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan PdP.
4. KEGIATAN KOKURIKULUM
4.1. Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap
tugas hendaklah difahami benar-benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan
kokurikulum di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar-
pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.
4.2. Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum, tidak kira sama ada mereka
terlatih atau tidak dalam bidang tersebut. Kemahiran boleh didapati melalui bacaan,
menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara “on the job training”. Jika
ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum.
4.3. Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan yang bersungguh-
sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada sikap guru itu sendiri.
4.4. Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan guru mahupun
murid.
4.5. Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting mengenainya hendaklah
disimpan dalam buku rekod berkenaan. Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus
diselenggarakan oleh guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.
5. KEDATANGAN
1. Guru-guru adalah diwajibkan hadir di sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.
2. Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di atas
3. Guru-guru dikehendaki mengetik ‘Punch Card’ apabila tiba di sekolah dan balik dari sekolah.
4. Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka hendaklah
memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru hendaklah menghubungi pihak
sekolah jika mereka terpaksa datang lewat ataupun tidak dapat hadir).
6. KETEPATAN MASA BERTUGAS
1. Ketepatan masa bertugas melambangkan kewibawaan guru profesionnya
2. Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak
sekolah
3. Guru perlu menepati masa mula dan akhir pengajaran bagi sesuatu masa PdP.
7. GURU GANTU (RELIEF)
1. Guru gantian harian hendaklah bertugas mengikut masa ditetapkan
2. Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas adalah dianggap ingkar
tugas.
8. KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
1. Mana-mana yang guru dan staf terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya ketika Pengetua tiada.
2. Guru dan staf hendaklah mengisi borang kebenaran keluar kawasan sekolah dan ditandatangi
oleh Pengetua atau wakilnya ketika pengetua tiada.
3. Pengetua tidak bertanggungjawab diatas apa-apa yang berlaku terhadap guru dan staf yang
keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pihak.
9. PAKAIAN
1. Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985
mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan
melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
2. Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian
yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran tersebut.
3. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri upacara rasmi.
113
9.4. Memakai pakaian sukan adalah tidak dibenarkan semasa mengajar di bilik darjah/menghadiri
upacara rasmi.
9.5. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru dikehendaki
berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara rasmi.
9.6. Staf dikehendaki berpakaian kemas dan bagi staf sokongan yang beruniform perlu memakai
yang telah dibekalkan.
10. ERPH
10.1 Memastikan tapak E-RPH dapat diakses oleh semua guru
10,2 Memastikan semua guru dapat mengoperasikan E-RPH.
10.3 Melaksanakan Latihan dalam perkhidmatan untuk memastikan semua guru dapat
mengaplikasikan E-RPH
10.4 Menyelesaikan permasalahan berkaitan pelaksanaan E-RPH di sekolah
11. PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN
1. Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah
2. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Ahad.
3. Guru hendaklah berpakaian kemas dan berada di dalam majlis sehingga selesai perhimpunan
4. Pakaian guru semasa perhimpunan :-
a) Guru Lelaki – Baju kemeja berlengan panjang,bertali leher dan blazer warna gelap
b) Guru Perempuan – Berpakaian kemas, sopan santun,blazer warna gelap, berkasut
dan tidak memakai sandel/selipar
12. ACARA ATAU MAJLIS RASMI
12.1. Guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah
12.2. Guru yang tidak dapar hadir kerana sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran
dari pengetua
13. MESYUARATGURU/KAKITANGAN SOKONGAN
1. Pengetua akan memanggil guru dan kakitangan sokongan untuk bermesyuarat dari masa ke
semasa.
2. Kedatangan guru dan kakitangan ke mesyuarat adalah diwajibkan.
3. Sekiranya gagal untuk menghadiri mesyuarat di atas sebab-sebab tertentu hendaklah
mendapatkan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia
4. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong
Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
5. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja, kemeja T, seluar
trek dan selipar tidak dibenarkan.
14. CUTI
14.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember
1993 guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.
Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah
cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
14.2. Cuti Sakit
14.3 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan
pembayaran gaji.
Cuti Tanpa Gaji
114
14.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab persendirian
yang mustahak
3. Cuti Tanpa Gaji Kakitangan Bukan Guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti
rehatnya.
4. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
5. Cuti Tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun.
6. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh
mula bercuti.
4. Cuti Rehat Khas (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017)
1. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepuluh (10)
hari setahun. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada:(a) Guru
Sandaran/Guru Interim;dan (b) G uru Kontrak.
4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua.
41.5 Cuti Keluar Negeri (Baca bersama Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2015)
14.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari
Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada dipejabat selewat-lewatnya 4
minggu sebelum tarikh bercuti.
6. Cuti Umrah (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017)
1. Kemudahan cuti umrah merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan
awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali
sepanjang tempoh perkhidmatan.
2. Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod pegawai beragama Islam dan bertaraf tetap
tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am;
3. Perkiraan tujuh (7) hari bermula dari tarikh penerbangan. Sekiranya tarikh
penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan
hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja
berikutnya;
4. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab sebab
tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakankemudahan Cuti
Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada
kelayakan cuti pegawai;
6. Cuti Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017)
1. ‘Cuti Bersalin bergaji penuh’ adalah Cuti Bersalin yang dibayar emolumen penuh
mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan; ‘Cuti Bersalin separuh gaji’ adalah
Cuti Bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru
selama 14 hari dalam penggal sekolah; ‘Cuti Bersalin tanpa gaji’ adalah Cuti Bersalin
yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan
kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh dan Cuti Bersalin separuh gaji;
2. Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
i. kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang
tempoh perkhidmatan seseorang pegawai;
ii. tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau
bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti
Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan
iii. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun,
pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh
bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka
bersalin.
6. Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau
Di Luar Negara (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016)
1. Tempoh CTG bagi pegawai yang pasangannya pegawai agensi awam atau bukan
pegawai agensi awam adalah mengikut tempoh pasangan bertugas/ berkursus dan
pegawai tidak tertakluk kepada syarat kembali bertugas selama satu (1) tahun untuk
permohonan C TG berikutnya.
115
14.8.2 Kemudahan CTG mengikut pasangan layak dipertimbangkan kepada pegawai
bertaraf tetap termasuk pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan.
KEMUDAHAN CUTIGURU
JENIS CUTI JUMLAH CUTI RUJUKAN PIHAK MELULUS
Sakit
Swasta -15 Hari Perintah Am bab c Guru
Bersalin para 31 (A) Besar
Kerajaan - 90 hari + 90 Pengetua
Hari Pek.Bil 5/2017 JPN/JPA
Perintah Am Bab C 25/26
Kusta/Barah 24 Bulan PGB
Pek.Perkhidmatan JPN/JP
360 Hari Bil. 8/2017 A
(Mak. 90 hari/kelahiran)
Perintah Am Bab 34/35 PGB
Rehat Khas 10 Hari JPN/JP
A
Haji Jangkamasa
Umrah tidak JPN
melebihi 40
hari Pek.Perkhidmatan PGB
Bil. 3/2017 JPN/JP
7 Hari A
Perintah Am Bab C
Peperiksaan Tempoh peperiksaan KP (BB) 06/01/4 Jld (48) 5.6.98 PGB
30 Hari Perintah Am Bab C (42) (a) JPN
PJJ 14 Hari JPN
7 Hari Bill. 9 Thn 2002 PGB
Kesatuan/ Koperasi
3 Hari Bill. 10 Thn 2002 PGB
Isteri Bersalin
Kematian
Ahli
Keluarga
CUTIYANG MENJEJASKAN GANJARAN DAN PENCEN
JENIS CUTI JUMLAH CUTI SUMBER RUJUKAN CATATAN
Separuh gaji 180 hari Perintah Am Bab C (51) (a)
Tanpa gaji 360 hari Perintah Am Bab C 52 30 hari setahun
Menjaga Anak 1825 hari Pek. Perkhidmatan Bil. 14/2007 Kes cuti bersalin
15. BILIK GURU
1. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas atau membuat tugasan
pemantauan atau rondaan.
2. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana kerja yang selesa dan dilarang mengganggu ketenteraman orang lain.
3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar atau membawa pelajar berada di bilik guru.
4. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab bersama. Tugas rutin
pembersihan dan mengawal keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru boleh
dilaksanakan mengikut sistem bergilir.
5. Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu,
air-cond dan peralatan elektrik dipadamkan dan semua pintu dikunci.
16. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
1. Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan
dalam organisasi.
2. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /
fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
17. JADUAL WAKTU
116
1. Semua guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas dan juga persendirian
yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah disediakan dengan lengkap dan
kemas ke pejabat.
2. Guru-guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan di kelas masing-masing.
3. Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.
4. Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke atas kelas/tugas
yang ditetapkan.
18. REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH ( Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2019)
1. Rekod kehadiran murid juga dalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dan ditadbir dengan
baik,cekap, kemas serta sistematik bagi memastikan rekod tersebut dapat digunakan untuk
membantu pihak pengurusann sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan
permbangungan, kebajikan,keselamatan termasuk kesejahteraan murid
2. Pengurusan sekolah dikehendaki menggunakan Jadual kedatangan Murid (JKM) dan Sistem
Kehadiran Murid (eKehadiran) bagi merekodkan kehadiran murid.
3. KPM telah memutuskan bahawa mulai tahun 2019, semua rekod kedatangan murid di sekolah
hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid. Ini
bermakna, sekolah tidak perlu lagi merekodkan kehadiran murid di dalam Jadual
kedaatangan Murid (JKM)
4. Bagi sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah perlu memohon kelulusan kepada
Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengarah Pendidikan Negeri (bagi negeri yang tiada
Pejabat Pendidikan Daerah) untuk menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) bagi
merekodkan kehadiran murid
5. Guru kelas juga hendaklah mengemaskini kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid
atau jadual Kedatangan Murid (JKM) Sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan.
6. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlus disemak, dicetak, disah dan difail pada
hari terakhir bagi setiap bulan
7. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula hendaklah menyemak pelaksanaan perekodan
kehadiran murid di sekolah masing-masing.
8. Sistem Kehadiran Murid boleh diakses melalui https://apdm.moe.gov.my/ atau aplikasi mudah
alih (mobile app) eKehadiran Murid.
19. ARAHAN DAN PEKELILING
1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.
20. SURATMENYURAT
20.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ’letter-head’ sekolah hendaklah ditandatangani oleh
pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
21. SURAT YANG DITERIMA
1. Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat
tersebut.
2. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
3. Jika surat itu ditujukan kepada pengetua dan pengetua mengedarkannya untuk tindakan
guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
a) Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan
asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di
pejabat.
b) Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi
hendaklah disediakan surat litup/iringan (cover letter) yang boleh didapati di
pejabat sekolah.
c) Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan
tanpa surat litup (cover letter) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah
tangan.
d) Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (cover letter) hendaklah disimpan
dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.
117
22. URUSAN DENGAN JPN/PPD
Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran
Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.
23. TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi
di sekolah atau di luar sekolah.
24. PEMAKAIAN SONGKOK
Semua guru dan staf sokong lelaki hanya dibenarkan memakai songkok hitam sahaja ketika hadir
bertugas. Pemakaian kopiah adalah tidak dibenarkan sama sekali.
25. KUNCI
1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
2. Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
26. TELEFON
1. Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak
dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.
2. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan semasa
mesyuarat.
27. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
26.1 Pengunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
2. Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
3. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.
28. PEMBELIAN BARANG
28.1. Setiap tempahan perolehan / pembelian barang keperluan sekolah mesti mematuhi AP 11 di
bawah surat kuasa KP(SEM)1067/I/A/I-I-Jld.4(15) berkuatkuasa mulai 29 Oktober 2010 iaitu
pegawai yang diberi kuasa bagi mengisi
1. Nota Minta (AP177)
i. Penyedia – Ketua Panitia /Ketua Bidang /PT(P/O) /PT(Kew.)/GPK(Pentadbiran)
/GPK(HEM) /GPK(Koku)
ii. Penyemak – KPT(Kew.) /KPT(P/O)
iii. Pelulus – Pengetua
27.1.2 Pesanan Tempatan (AP102)
i. Penyedia – PT(Kew.) /PT(P/O) /KPT(Kew.)/KPT(P/O)
ii. Pelulus – Pengetua
27.2 Nota Minta yang telah disediakan oleh pegawai yang diberi kuasa perlu dihantar kepada
pegawai penyemak dan seterusnya dihantar untuk diluluskan oleh pengetua.
27.3 Pegawai Pengurusan Stor (PPS) di Pejabat Sekolah yang telah diberi tanggungjawab untuk
menerima dan menandatangani invois /nota penghantaran serta membuat semakan untuk
memastikan item barangan yang diterima adalah betul. Selepas itu PPS akan berhubung
dengan pegawai penyedia yang telah membuat tempahan perolehan /pembelian
barangan berkenaan untuk menyerahkan bekalan perolehan.
27.4 Barang perolehan atau pembelian yang telah diterima hendaklah direkodkan serta merta ke
dalam buku bekalan pejabat atau buku inventori atau Kad Harta Modal. Dokumen rekod
pembelian /perolehan barang yang telah disempurnakan kemudiannya hendaklah
diserahkan kepada Pegawai Aset untuk disimpan bagi tujuan pengauditan.
29. BUKU STOK/INVENTORI DAN HARTA MODAL
29.1. Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan Buku Bekalan Pejabat /
Inventori / Harta Modal dan memastikan maklumat dikemaskini, tepat dan lengkap.(setiap
pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta).
118
29.2. Pegawai Aset akan mengumpul dan membuat semakan Buku Bekalan Pejabat / Inventori /
Harta Modal ini dari semasa ke semasa dan menghantar ke pejabat pada setengah tahun
dan hujung tahun untuk mendapatkan tandatangan pengesahan daripada Pengetua.
30. PELAWAT/JURUJUAL
Semua pelawat DIMESTIKANberjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran
Pengetua/wakilnya.
31. KEBERSIHAN
1. Semua guru bertanggungjawab mengurus kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
2. Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
khas (bengkel/bilik kaunseling/makmal sains, makmal bahasa dan lain-lain)
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
3. Semua guru, staf sokongan dan pelajar hendaklah bekerjasama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah.
32. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam mengurus keselamatan harta benda sekolah.
Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
2. Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal/bengkel dan lain-lain.
33. KOMPUTER RIBA/LCD PROJEKTOR
1. Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh oleh Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran.
Sebarang penggunaan yang menyalahi peraturan dan etika akan diambil tindakan yang
boleh mengakibatkan pegawai dikemukakan tuduhan melakukan salahlaku oleh Lembaga
Tatatertib.
2. Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif
penggunaannya.
34. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Jika guru memerlukan bantuan dalam hal perjawatan sila berhubung dengan Pembantu
Tadbir Perkhidmatan atau Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan Pentadbiran atau
Pengetua mengikut kesesuaian.
2. Jika guru memerlukan bantuan dalam bidang pengurusan perkhidmatan profesional
contohnya dalam PdPc sila berhubung dengan Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata
Pelajaran atau Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan atau Pengetua mengikut
kesesuaian.
35. KEAHLIAN KELAB WARGA SMKANI/PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG)
35.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab Keluarga Sekolah (TaSNIM) dan
dikehendaki membayar yuran yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan Kelab
Sekolah
Semua guru juga secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah
119
120