The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

marilah kita bersama-sama mendalami sejarah bagaimana pembukuan dan penulisan hadith bermula

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by solehahm4d, 2021-12-26 03:44:51

SEJARAH PERKEMBANGAN PENULISAN DAN PEMBUKUAN HADITH

marilah kita bersama-sama mendalami sejarah bagaimana pembukuan dan penulisan hadith bermula

Keywords: Ebook

PENGANTAR USULUDDIN; HADITH

SEJARAH PERKEMBANGAN
PENULISAN DAN

PEMBUKUAN HADITH

sejarah itu perlu dirungkai agar
tidak hilang ditelan zaman...

DITULIS OLEH KUMPULAN ENAM



Isi Kandungan

Ahli kumpulan........................................................................... i
Prakata.................................................................................... ii
Pengenalan............................................................................... 1
Tahap 1
(Tahap Pembentukan Asas Ilmu Di Zaman Rasulullah dan Sahabat)..... 2
Tahap 2
(Tahap Perkembangan dan Pembinaan Asas)................................... 7
Tahap 3
(Tahap Pembukuan Berfokusan Disiplin-disiplin Metod Hadith Yang
Tertentu Sahaja)......................................................................... 9
Tahap 4
(Tahap Pembukuan Secara Komprehensif Merangkumi Semua
Disiplin Metodologi Hadith)......................................................... 11
Tahap 5
(Tahap Kematangan dan Kesempurnaan)........................................ 12
Tahap 6
(Tahap Kepastian dan Kejumudan)................................................. 13
Tahap 7
(Tahap Kesedaran dan Kebangkitan Semula).................................... 15
Penutup................................................................................... 18
Sumber Rujukan........................................................................ 19

Ahli Kumpulan

SITI SOLEHAH BINTI NUR ISMAHANI
ABU AHMAD BINTI MOHD YASIN
U2000385
U2104315

NURUL SYAZA SITI BALQIS BINTI
LIYANA BINTI SAMSUL BAHARI
MOHAMAD NOOR
U2104292
U2000280

Prakata

Bismillah. Alhamdulillah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad,
pembawa rahmat ke seluruh alam. Pembaca yang dihormati, sebagaimana
yang kita ketahui, Alquran dan hadith adalah panduan hidup umat Islam.
Maka, sebagai seorang mukmin yang bertakwa haruslah kita mendalami
kedua-duanya dan tetap teguh dengan pegangan ini. Marilah kita sama-
sama telusuri bagaimana usaha sahabat, tabiin dan ulama’ dalam penulisan
dan pembukuan hadith sehingga kita dapat membaca kitab yang telah
sempurna susunannya tanpa perlu mengeluarkan tenaga seperti mereka
yang terdahulu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menghasilkan karya ini. Terima kasih kepada pensyarah
terutamanya kepada dua pensyarah yang kami kagumi, Profesor Madya
Dr.Khader bin Ahmad dan Dr Mohd Syukri bin Zainal Abidin kerana
membimbing malah banyak memberikan pandangan dan panduan dalam
menghasilkan karya ini. Kami bersyukur kepada Allah kerana
mempermudahkan kami menghasilkan karya ini walaupun pada mulanya
sukar bagi kami memulakan penulisan ini. Sesungguhnya, Allah membantu
kami menulis dengan lancar sejak mula kami menitipkan bait-bait kata
yang pertama sehingga ke bait-bait kata yang terakhir.

Akhir sekali, kepada para pembaca yang lain, semoga bingkisan karya yang
ditulis ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya-baiknya. Semoga ilmu
tentang hadith yang terdapat dalam karya ini yang belum pernah diketahui
ataupun belum pernah dibaca sebelum ini dapat membangkitkan rasa cinta
kepada hadith. Terimalah karya mengenai hadith ini buat tatapan bersama.
Semoga Allah merahmati kehidupan kita.

Pengenalan

Latar belakang sesuatu sejarah perlu dikaji bagi menambah
kefahaman umat Islam terhadap keperluan penulisan hadith
yang dilakukan oleh para sahabat rasulullah, tabi'in dan ulama'
hadith. Sejarah penulisan dan pembukuan hadith mempunyai
tahap-tahapnya yang tersendiri dan perlu dibincangkan secara
terperinci untuk memberi gambaran yang jelas mengenai
kelahiran dan pertumbuhan hadith sekaligus meyakinkan umat
Islam tentang keaslian dan kebenarannya.

Selain itu, ia juga merupakan wasilah penting bagi memelihara
sesuatu maklumat dan menjelaskan cara perpindahan dari satu
generasi kepada generasi seterusnya.Di samping itu, dalam
pada masa yang sama, melalui kajian sejarah penulisan dan
pembukuan hadith, perjuangan dan usaha gigih para ulama'
dalam mempertahankan hadith Rasulullah SAW dapat dihargai
oleh generasi hari ini.

Oleh itu, melalui buku digital ini, penulis akan menerangkan
sejarah penulisan dan pembukuan hadith yang dapat
dibahagikan kepada tujuh tahap yang bermula pada zaman
Rasulullah SAW, sahabat, tabi'in sehinggalah berkembang
hingga ke hari ini.

Tahap
Pertama

Tahap Pembentukan Asas Ilmu di Zaman
Rasulullah dan Sahabat

Tahap ini merupakan tahap penilaian ilmu-ilmu islam dari berbagai
disiplin. Dalam konteks metodologi hadith, perkembangan di peringkat
ini dilihat dari beberapa aspek:

1. Pembentukan Asas Kaedah Menghafaz Dan Pembelajaran.

Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga akhir
kurun pertama Hijrah. Selepas kewafatan baginda SAW, tanggungjawab
menyebarkan dakwah Islam telah berpindah secara automatik kepada
para sahabat.

Menyedari tanggungjawab mereka yang begitu besar, mereka telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal segala mesej yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW sama ada dalam bentuk al-Quran
mahupun hadith Rasulullah SAW sendiri. Memandangkan hadith tidak
lagi ditulis pada zaman itu, namun setiap hadith yang disampaikan oleh
Rasulullah SAW sememangnya telah dipraktikkan oleh para sahabat
dalam kehidupan seharian mereka. Majoriti sahabat adalah terdiri
daripada kalangan penghafaz Al-Quran seperti Abu Hurairah R.A dan
Ibn Omar R.A yang mampu menghafaz sebahagian besar hadith yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Tahap 1
Tahap Pembentukan Asas Ilmu di Zaman

Rasulullah dan Sahabat

Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa pendekatan yang amat
berkesan supaya ilmu yang disampaikan kepada sahabat dapat difahami
dan diingati dengan mudah, antaranya:

a) Mengulangi percakapan beberapa kali.

Dalam menyampaikan sesuatu mesej sebagaimana yang
diceritakan oleh Anas bin Malik:

‫أنه صلى الله عليه وسلم إذا تكلم بكلمة أعادها ثلاثا حتى تفهم عنه‬

Maksud: Rasulullah SAW (kadang-kadang mengulangi sesuatu
perkataan sebanyak tiga kali agar mudah difahami).
{al-Bukhari,tt, kitab al-I’Im, Jilid 1, ms 188, no;94}

b) Penggunaan gaya bahasa yang ringkas, padat dan jelas.

Allah anugerahkan satu keistimewaan kepada Rasulullah SAW
iaitu kebolehan menerangkan sesuatu secara ringkas tetapi jelas
maksudnya, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
sendiri:

‫ الحديث‬....‫أعطيت جوامع الكلم‬

Maksud: Dan aku telah dianugerahkan dengan keistimewaan
jawami’ al-kalim (himpunan kata-kata yang padat lagi jelas).

c) Beinteraksi dengan pendengar melalui pendekatan komunikasi
dua hala.

Rasulullah SAW sentiasa memberi peluang kepada sahabat
berbincang dan melibatkan proses penerimaan dan penyampaian
maklumat dalam sesuatu majlis ilmu. Baginda tidak pernah
memonopoli majlis dengan penyampaian tanpa henti yang
mungkin boleh menjemukan. Aisyah R.A pernah berkata kepada
sahabat-sahabat yang lain:

Tahap 1
Tahap Pembentukan Asas Ilmu di Zaman

Rasulullah dan Sahabat

‫أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يكن يسرد الحديث كسرد‬

Maksud: Bahawa Rasulullah SAW tidak bercakap dengan
percakapan tanpa henti dan terburu-buru melalui satu gaya sahaja
sebagaimana kamu bercakap.

d) Mengadakan majlis ilmu dalam bentuk ‘halaqah’.

Mengadakan majlis ilmu dalam bentuk bulatan kerana struktur
yang sedemikian boleh membantu agar penyampaian lebih jelas
dan dapat didengar oleh semua khalayak.
{al-Bukhari, T.T, jilid 1, ms.156}

e) Teknik soal jawab.

Teknik yang dilakukan ini adalah secara dua hala, sama ada guru
menyoal murid ataupun sebaliknya. Kaedah ini merupakan
fenomena biasa yang berlaku diantara Rasulullah dan sahabat.
Malah mungkin boleh dikatakan sebahagian besar hadith yang
diriwayatkan adalah melalui kaedah ini.

f) Memotivasikan sahabat dengan amanah dan tanggungjawab
agama.

Rasulullah SAW telah berjaya memberi kesedaran kepada sahabat
tentang amanah dan tanggungjawab mereka dalam menjaga
maklumat, sumber dan hukum syarak dari sebarang unsur
kepalsuan. Ini secara tidak langsung telah mendorong mereka
meningkatkan daya ingatan dan bersungguh-sungguh dalam
pengajian.

Tahap 1
Tahap Pembentukan Asas Ilmu di Zaman

Rasulullah dan Sahabat

2. Pembentukan Asas-asas Ilmu Periwayatan Hadith.

Menyampaikan maklumat syarak adalah sesuatu yang sangat digalakkan
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

‫ فرب حامل فقه إلى من هو أفقه منه ورب‬,‫نضر الله امراءا سمع منا حدثنا فحفظه حتى ببلغه‬
‫حامل فقه ليس بفقيه‬

Maksud: “Semoga Allah menceriakan atau menyerikan wajah seseorang
(pada hari akhirat) yang telah mendengar sesuatu (hadith) dari kami,
kemudian dia menyampaikan apa yang didengarnya itu (kepada orang
lain) sebagaimana yang dia dengar (tanpa mengubahnya) kerana boleh
jadi orang yang mendengar (maklumat itu) lebih faham dari orang yang
menyampaikannya”.

Sehubungan dengan itu, sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk
melaksanakan kewajipan tersebut berdasarkan kepada beberapa asas
penting antaranya:

Berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu riwayat.
Tidak terlalu banyak meriwayat hadith.
Membahas hadith yang diriwayatkan.

3. Pembentukan Asas-asas Pembacaan dan Penulisan.

Pembacaan dan penulisan merupakan dua acara yang terpenting bagi
mendapatkan sesuatu maklumat. Justeru, Rasulullah SAW telah
mencetuskan satu revolusi keilmuan di kalangan bangsa Arab yang buta
huruf dengan memberi galakan supaya mereka belajar membaca dan
menulis. Dengan turunnya wahyu pertama yang memberi arahan
supaya membaca, Rasulullah telah memantulkan suruhan tersebut
kepada sahabat dengan mengambil beberapa langkah awal bagi
menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kedua-dua perkara itu.
Antara langkah yang diambil ialah:

Tahap 1
Tahap Pembentukan Asas Ilmu di Zaman

Rasulullah dan Sahabat

Mengarahkan sahabat-sahabat yang pandai membaca dan menulis
seperti Ubadah bin As-Somit R.A supaya mengajar sahabat-
sahabat yang lain.

Meletakkan syarat kepada tawanan perang badar yang ingin
dibebaskan supaya mengajar terlebih dahulu sekurang-kurangnya
sepuluh anak orang Islam menulis dan membaca.

Kesan daripada usaha-usaha ini maka terhasillah beberapa teknik awal
penulisan dan pembacaan antaranya:

Teknik muzakarah

Untuk memastikan hafalan sentiasa mantap, para sahabat
menggunakan pendekatan muzakarah sama ada secara
berseorangan atau berkumpulan.

Membaca dihadapan guru

Aspek ini bertujuan supaya bacaan itu dapat didengar oleh guru
dan guru membetulkannya, jika ada kesilapan. Dari sudut yang
lain, guru tersebut juga mendapat manfaat dari pembacaan
pelajarnya kerana mendengar bacaan orang lain kadangkala
memberi kesa penghayatan yang lebih dari membaca sendiri.

Kaedah penulisan secara imlak

Kaedah ini adalah dengan guru membaca manakala pelajar
menulis apa yang dibaca oleh guru mereka. Dalam konteks ini
Rasulullah SAW selalu mengimlakkan hadith-hadith baginda
kepada sahabat seperti Abdullah bin Amr bin al-‘As dan lain-lain.

.........

Tahap 2

Tahap Perkembangan dan Pembinaan Asas

Tahap ini bermula dari awal kurun kedua hijrah hingga awal
kurun ketiga hijrah iaitu di pertengahan zaman sahabat.
Zaman ini dikenali sebagai zaman fitnah dan munculnya
gerakan pemalsuan hadith yang dipelopori oleh golongan
Sabaiyyah dan Syiah.

Gerakan ini muncul akibat perselisihan pendapat yang berlaku
antara mereka dengan ahli Sunnah wa al-Jamaah. Golongan ini
mencari nas-nas syara’ dan turut mereka-reka hadith palsu
bagi menyokong pendapat dan hujah mereka. Menyedari
pemalsuan hadith semakin parah pada waktu itu, para ulama’
bangkit dan mengambil beberapa langkah untuk
menanganinya. Antara langkah yang diambil ialah:

1.Menganalisis serta mengesahkan sesuatu hadith.
2.Mengkritik perawi hadith yang tidak menepati syarat-

syarat kelayakan untuk meriwayatkan hadith.
3.Menolak hadith yang lafaznya (matan) bercanggah dengan

riwayat sahih yang lain.

Tahap 2
Tahap Perkembangan dan

Pembinaan Asas

Kesan daripada usaha dan kesungguhan para ulama', maka
terhasillah pembukuan buku-buku hadith yang pelbagai jenis
dan bentuk secara rasmi serta bermulanya penggunaan prinsip-
prinsip, kaedah-kaedah dan istilah-istilah metodologi hadith
seperti hadith marfu’, mauquf, maqtu’, mursal, muttasil,
munqati' dan sebagainya.
Keperluan kepada penggunaan kaedah-kaedah metodologi
hadith tersebut didorong oleh pelbagai faktor seperti daya
ingatan ulama’ dalam menghafal hadith Rasulullah SAW
semakin hari semakin lemah. Ianya adalah disebabkan banyak
faktor misalnya faktor persekitaran dan sebagainya. Selain itu,
kebarangkalian kesilapan yang dilakukan oleh perawi hadith
dalam menulis hadith menjadi lebih besar disebabkan jumlah
perawi hadith yang semakin bertambah kerana jarak masa yang
semakin jauh dengan Rasulullah SAW.

........

Tahap 3

Tahap Pembukuan Berfokusan Disiplin-disiplin
Metod Hadith Yang Tertentu Sahaja

Tahap ini bermula di awal kurun ketiga hijrah hingga ke
pertengahan kurun keempat Hijrah dan merupakan zaman
penulisan metodologi hadith yang paling aktif sehingga digelar
“Zaman Keemasan Pembukuan Hadith”. Banyak buku-buku hadith
yang utama ditulis pada zaman ini seperti Musnad Imam Ahmad,
Kutub Sittah dan lain-lain.

Disebabkan perkembangan ini,
para ulama’ bersemangat dalam
memberi sumbangan karya dalam
bidang metodologi hadith melalui
gaya persembahan yang berbeza
dari sebelumnya. Di peringkat ini,
disiplin metodologi hadith mula
difokuskan sebagai kandungan
utama dan bukan lagi sebagai
unsur sampingan kepada disiplin-
disiplin ilmu lain.

Tahap 3
Tahap Pembukuan Berfokuskan Disiplin-
disiplin Metod Hadith Yang Tertentu Sahaja

Dalam pada itu, ilmu metodologi hadith berkembang menjadi
satu disiplin ilmu yang tersendiri dan merupakan suatu
pendekatan yang menjurus kepada bidang-bidang tujahan
secara terperinci. Sehubungan dengan itu, setiap hadith
diasingkan mengikut jenis-jenis ilmu seperti Ilmu Rijal,
Tabaqat, ‘Ilal Al-Hadith, An-Nasikh wa al-Mansukh dan lain-
lain. Antara buku yang ditulis menggunakan pendekatan ini
ialah:

1.Tarikh ar-Rijal Wa Al-'Ilal oleh Yahya Bin Ma' in (233H)
dalam disiplin 'ilal Al-Hadith.

2. At-Tabaqaat oleh Muhammad Bin Sa'd (230H) dalam
disiplin Tabaqaat Rijal Al-Hadith.

3. An-Nasikh Wa Al-Mansukh oleh Ahmad bin Hambal (241H)
dalam disiplin Nasikh Al-Hadith Wa Mansukhihi.

4. Ikhtilaf Al-Hadith oleh 'Ali Bin Jaafar Al-Madini (234H)
dalam disiplin Mukhtalif Al-Hadith.

5.‘Ilal Al-Kabir oleh At-Tirmizi (279H) dalam disiplin 'Ilal Al-
Hadith dan lain-lain.

..........

Tahap 4


Tahap Pembukuan Secara Komprehensif Merangkumi

Semua Disiplin Metodologi Hadith

Tahap ini bermula dari pertengahan kurun ke 4H hingga awal kurun ke 7H,
bagi meneruskan kesinambungan aktiviti penulisan. Ulama’ yang muncul
ketika ini, telah mengumpulkan buku-buku metodologi hadith yang terhasil
sebelumnya. Kemudian, mereka cuba menggabungkan semua disiplin yang
berlainan yang terdapat dalam buku-buku yang berasingan itu kedalam
sebuah buku sahaja di samping membuat beberapa tambahan, komentar
atau ringkasan yang dirasakan perlu. Melalui usaha ini, terhasillah beberapa
buah buku metodologi hadith dalam bentuk multi disiplin, antaranya:

1.Al-Muhaddith Al-Fasil Baina Ar-Rawi Wa Al-Wari’ oleh Ar-
Raamhurmuzi (360H).

2.Ma’rifat ‘ulum Al-Hadith oleh Al-Haakim An-Naisaburi (405H).
3.Al-Mustakhrij ‘Ala Ma’rifat ‘Ulum Al-Hadith oleh Abu Nur’aim Al-

Ashabani (430H).
4.Al-Kifayah Fi ‘Ilm Ar Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (436H).
5.Al-Lima Ila Ma;rifat Usul Ar-Riwayah Wa Taqyid As-Sama’oleh Qaadhi

‘Iyadh Al-Yahsubi (544H).

Walaupun buku-buku ini merangkumi semua disiplin metodologi hadith,
namun isi kandungannya terlalu mendatar dengan perbahasan yang tidak
terperinci kerana pengarangnya lebih mengutamakan ringkasan.jika
dipandang dari perspektif yang lain, buku-buku ini masih menggunakan
gaya penulisan yang lama.Akan tetapi, walau apapun kelemahan yang
terdapat di dalam buku-buku peringkat ini, namun ianya tetap menjadi
rujukan asas dalam bidang pengajian metodologi hadith hingga ke hari ini.

Tahap 5

Tahap Kematangan dan Kesempurnaan

Tahap ini merangkumi jangka waktu dari pertengahan kurun ke 7H hingga
awal kurun ke 10H. Pada peringkat ini, penulisan buku metodologi hadith
telah mencecah tahap kematangan dan kemekaran dengan lahirnya ramai
tokoh ulama’ yang menguasai semua bidang ilmu. Antara buku-buku yang
terhasil diperingkat kematangan ini ialah:

1.Irsyad Tullab Al-Haqaaik oleh Imam An-Nawawi (676H).
2.At-Tabsirah Wa At-Tazkirah oleh Al-‘Iraqi (806H).
3.An-Nukat ‘Ala Kitab Ibn As-Solah oleh Ibnu Hahar Al-Asqalani (852H).
4.Fath Al-Mughit Syarh Al-Fiat Al-‘Iraqi Fi ‘Ilm Al-Hadith oleh As-

Sakhrawi (902H).
5.Tadrib Ar-Rawi Syarh Taqrib An-Nawawi oleh As-Suyuti(911H).

Kesimpulannya, kitab-kitab ini dianggap sebagai 'The Enclopedia Of The
Methodology Of Hadith’, kerana ia membahas semua aspek melalui

sentuhan yang terperinci dan tersusun kemas. Dalam erti kata lain, ia
sudah tentu akan tetap kekal sebagai rujukan utama dalam bidang
metodologi hadith buat selama-lamanya.

Tahap 6

Tahap Kepastian dan Kejumudan

Peringkat ini telah berlanjutan dari kurun ke 10H hingga awal kurun ke 13H.
Tahap ini disifatkan sebagai kepastian dan kejumudan kerana karya-karya
yang dihasilkan dalam jangka masa tersebut lebih bersifat ringkasan dan
ulasan sahaja kepada buku- buku yang telah dihasilkan sebelumnya.
Penerokaan dan penemuan baru dalam metodologi hadith seolah-olah tidak
lagi berlaku. Antara buku-buku yang terhasil pada peringkat ini ialah:

1.Syarh Nuzhah An-Nadzar Syarh An-Nukhbah oleh ‘Ali Bin Sultan Al-
Harwi (1014H).

2.Al-Mandzumah Al-Baiquuniyyah oleh Umar bin Muhammad Al-
Baiquuni (1080H).

3.Taudih Al-Afkar oleh As-Soanni(1182H) dan lain-lain.

Tahap 6
Tahap Kepastian dan Kejumudan

Selain itu, diperingkat ini juga,kita dapat menyaksikan seolah-olah berlaku
perpindahan pusat perkembangan metodologi hadith dari bumi Arab ke
bumi India hasil daripada perkembangan ilmu yang pesat yang
mengaktifkan semua pengkaryaan dalam bidang hadith. Di samping itu,
ramai tokoh ulama’ India yang berkaliber turut melibatkan diri dalam
penulisan ini seperti AL-Mulla Ali Al-Qaari (1014H), Shah Waliyullah Ad-
Dahlawi (1176H), Muhd. Abdul Hayy Al-Laknawi (1264H) dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, karya mereka dianggap tidak inovatif disebabkan
mereka sekadar mengulangi apa yang telah terhasil sebelumnya.

..........

Tahap 7

Tahap Kesedaran dan Kebangkitan Semula

Sekiranya kita telusuri kepada kepentingan ilmu perkembangan
hadith ini, justeru bermula dari awal kurun ke-13 Hijrah iaitu
bersamaan dengan 20 Masihi hingga ke hari ini, kesedaran
mengenai budaya penulisan dalam bidang ini perlu diteruskan
telah berkembang semula dalam kalangan ulama’ semasa.
Perkembangan ini telah didorong oleh dua faktor utama:

Ancaman sekularisme iaitu ancaman yang hebat dari timur dan
barat kesan daripada dasar kerjasama dalam bidang akademik
melalui pertukaran pelajar, program berkembar dan
sebagainya.
Ancaman orientalisme yang bermatlamat mengelirukan umat
Islam melalui serangan pemikiran, khususnya yang
bersangkutan dengan peribadi Nabi SAW, sahabat dan hadith.

Tahap 7
Tahap Kesedaran dan Kebangkitan

Semula

Melalui dua faktor diatas,ia akan menyebabkan berlaku penyerapan
maklumat negatif yang boleh menggugat institusi hadith sekaligus akan
mencetuskan kegoyahan kepada institusi ini. Oleh itu, sudah terang lagi
bersuluh, ia akan memberi impak yang besar kepada keseluruhan
epistemologi Islam. Menyedari tentang hakikat bahaya ini, ulama’ telah
menghasilkan buku-buku metodologi hadith yang menyentuh isu-isu
yang dibangkitkan sama ada secara langsung atau tidak langsung,
antaranya:

1.Qawaid At-Tahdith oleh Jamaluuddin Al-Qasimi.
2.As-Sunnah Wa Makaanatuha At-Tasyri’ Al-Islami oleh DrMustaffa

Al-Sibaie.
3.Dirasat FI Al-Hadith Al-Nabawi oleh Prof.Muhd Mustaffa Al-

A’dzami.
4.Hujiyyah As-Sunnah oleh Sheikh Abd. Al-Ghani Abd. Al-Khaliq.
5.Manhaj Al-Naqd Fi Ulum Al-Hadith oleh Nuruddin Itr dan lain-lain.

Tahap 7
Tahap Kesedaran dan Kebangkitan

Semula

Seterusnya, faktor mengenai perkembangan pesat sains dan
teknologi yang menghasilkan banyak penemuan dan rekaan baru
yang canggih seperti komputer, robot , teknologi maklumat dan
sebagainya juga telah menuntut cendekiawan Islam agar sama-
sama menyahut cabaran era baru ini melalui penyertaan yang
bersifat proaktif.Ulama’ nusantara juga tidak ketinggalan dalam
menghasilkan karya metodologi hadith , antara buku-buku yang
telah dihasilkan oleh ulama’ nusantara ialah:

1.Buku Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadith oleh Prof. T.M
Hasbi Al-Siddiqi, cetakan pertama tahun 1954.

2.Ilmu Mustalah Hadith oleh Hafiz Hasan Al-Masudi,
Terjemahan: A.Aziz Masyum, cetakan tahun 1976.

3.Pokok-Pokok Ilmu Dirayat Hadith oleh Prof T.M Hasbi Al-
Siddiqi, cetakan tahun 1967.

4.Status Hadith Sebagai Dasar Tasyri’ oleh Dr Barmawie
Umarie, cetakan tahun 1967.

5.Ilmu Hadith oleh Ab.Qadir Hasan, cetakan tahun 1996 dan
lain-lain.

...........

Penutup

Pengkaryaan metodologi hadith merupakan satu aktiviti
yang aktif di kalangan ulama’ dari dahulu hingga sekarang.
Ini mempunyai hubungan dengan kepentingan institusi
hadith itu sendiri sebagai sumber syariat Islam yang kedua
selepas Al-Quran.

Walaupun keaktifannya tidaklah konsisten di sepanjang
zaman dengan adanya perubahan pasang surut yang
dipengaruhi oleh pelbagai faktor, namun ianya mampu
bertahan dengan seadanya meskipun agak sukar untuk
menyesuaikan diri dengan perkembangan yang lebih
mencabar pada hari ini.

Sumber Rujukan

1.Al-Quran Al-Kareem.
2. Solleh Razak. (5 Mac 2015). Nota Ulum Hadis.
https://www.scribd.com/doc/257713780/Nota-Ulum-Hadis
3. Buku Teks Usuluddin T5, Azmir bin Alim, Ahmad Shah bin Abdul
Rani, Syed Ahmad Tirmidzi bin Syed Umar, Aras Mega Sdn Bhd, 2018.
4.https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4145/2
001/10158
5. https://app.turath.io/


Click to View FlipBook Version