The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR SHAMILA BINTI MOHD. AZMI
2 IKHLAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuhaa Abdul Halim, 2021-09-06 04:48:36

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

NUR SHAMILA BINTI MOHD. AZMI
2 IKHLAS

KAJIAN TENTANG
SISTEM

PENGANGKUTAN
AWAM DI ALOR SETAR ,

KEDAH .

PERANCANGAN TUGASAN 2021

TARIKH PERKARA

27 JULAI 2021 PENEPATAN TAJUK DAN KAWASAN

27 JULAI 2021 PERANCANGAN TUGASAN

27 JULAI 2021 MENENTUKAN KONSEP PENGANGKUTAN

3 OGOS 2011 PENGHARGAAN

3 OGOS 2021 PENDAHULUAN

3 OGOS 2021 PETA

3 OGOS 2021 TAFSIRAN PETA

TARIKH PERKARA
17 OGOS 2021 HASIL KAJIAN
17 OGOS 2021 JENIS PENGANGKUTAN
17 OGOS 2021 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
17 OGOS 2021 KEPENTINGAN PENGANGKUTAN
24 OGOS 2021 KESAN NEGATIF
24 OGOS 2021 CADANGAN
24 OGOS 2021 RUMUSAN

OBJEKTIF KAJIAN

1 . MENERANGKAN KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

2 . MENJELASKAN LATAR BELAKANG KAWASAN BANDARAYA ALOR SETAR

3 . MENGHURAIKAN JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN
BANDARAYA ALOR SETAR

4 . MENGHURAIKAN KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SISTEM
PENGANGKUTAN AWAM DI BANDARAYA ALOR SETAR

5 . MENGHURAIKAN KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM TERHADAP ALAM SEKITAR DAN MANUSIA DI BANDARAYA ALOR
SETAR

6 . MENCADANGKAN LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGHILANGKAN
KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI BANDARAYA
ALOR SETAR

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa , nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya kerana
dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan tepat pada
waktunya . Pertamanya , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru saya iaitu Puan Ruzainah binti Abdul Hamid kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya . Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi pemudah
cara untuk menyiapkan kerja khusus ini . Mereka telah memberi segala
kemudahan dan sokongan moral untuk saya menyiapkan tugasan ini .
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan – rakan saya
yang memberi kerjasama kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan
ini . Akhir sekali , saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang
terlibat semasa proses menyiapkan tugasan ini . Terima kasih .

PENDAHULUAN

Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja
khusus Geografi Tingkatan 2 . Kajian yang saya jalankan ialah
berkaitan dengan sistem pengangkutan awam di Alor Setar ,
Kedah . Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakkan penduduk di
sini menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk
ke destinasi . Tambahan pula , kawasan kajian saya ini merupakan
tempat laluan utama pengangkutan awam . Saya menjalankan
kajian ini selama 5 minggu bermula daripada 27 Julai 2021
sehingga 31 Ogos 2021 .

PETA KAWASAN ALOR SETAR , KEDAH

PETUNJUK :

JALAN RAYA

PETEMPATAN
SUNGAI
MASJID
PASARAYA

TAFSIRAN PETA

Peta menunjukkan Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya yang
terletak di kawasan tanah pamah . Terdapat sebatang sungai yang
mengalir di kawasan itu dari Utara ke Selatan . Selain itu , terdapat
beberapa petempatan di dalam peta selain daripada Taman Kolej ,
terdapat juga Taman Mahawangsa . Antara kemudahan awam yang
terdapat di kawasan Bandaraya Alor Setar ini ialah masjid , pasaraya dan
balai polis . Pandang darat fizikal yang terdapat dalam peta ini ialah
rumput , sungai dan hutan . Manakala pandang darat budaya pula
terdapat jalan raya , petempatan dan masjid .

HASIL
KAJIAN

JENIS
PENGANGKUTAN

Saya telah menjalankan kajian berkaitan sistem pengangkutan awam di kawasan
Bandaraya Alor Setar dan sekitarnya .

Antara maklumat yang saya perolehi ialah :

Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Bandaraya Alor Setar dan
sekitarnya , saya mendapati kawasan ini kebanyakkan menggunakan
pengangkutan darat dan tertumpu kepada pengangkutan awam , seperti bas dan
teksi . Hal ini dapat dilihat kerana kebanyakkan pengguna menggunakan
pengangkutan awam untuk pergi ke destinasi masing - masing . Sebagai contoh ,
pengguna pergi ke City Plaza Alor Setar dengan menaiki teksi .

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet , saya telah dapati faktor yang
mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah kegiatan
ekonomi .

Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang mempengaruhi
jaringan pengangkutan awam di Alor Setar Kedah , dimana kawasan tersebut
merupakan kawasan tanah pama yang rata . Kawasan tanah pamah
membolehkan salah satu pengangkutan awam iaitu teksi dapat diwujud bagi
memudahkan pergerakkan penumpang ke destinasi masing - masing .

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

Antara kepentingan pengangkutan awam di kawasan Bandaraya
Alor Setar dan sekitarnya ialah mengurangkan kos . Penggunaan
kenderaan awam lebih murah berbanding dengan penggunaan
kenderaan persendirian . Sebagai contoh , kita boleh
menjimatkan wang daripada mengisi minyak kenderaan dan
membayar tol .

Selain itu , ia juga dapat memajukan industri pelancongan .
Perkhidmatan teksi , bas dan rel bersepadu memudahkan
pergerakan pelancong dalam negara . Sebagai contoh ,
pelancong menggunakan teksi untuk ke destinasinya .

KESAN NEGATIF

Terdapat pelbagai kesan negatif apabila menggunakan pengangkutan
awam , antaranya ialah pencemaran bunyi . Ia berlaku terutamanya
pada kenderaan bermotor seperti bas dan teksi .

Seterusnya , dengan menggunakan khidmat pengangkutan
awam , ia dapat mencemarkan udara . Ia berlaku akibat pelepasan
diesel oleh kenderaan . Contohnya , kenderaan bermotor
menghasilkan habuk terampai yang merupakan penyumbang utama
kepada pencemaran udara dan boleh menyebabkan jerebu .

CADANGAN

Cadangan saya untuk mengurangkan kesan
negatif terhadap pengangkutan awam ialah
dengan cara berkongsi kenderaan . Dengan cara
ini , kita dapat mengurangkan pencemaran
bunyi serta pencemaran udara . Sebagai contoh ,
kita berkongsi kenderaan bersama jiran atau
rakan . Cadangan saya yang kedua ialah , kurang
penggunan kenderaan bermotor , dengan cara
ini ia dapat mengurangkan pencemaran bunyi .

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan , saya dapat
meningkatkan kemahiran dan menambahkan ilmu saya dalam
subjek Geografi . Selain itu , saya juga dapat memahami lagi dengan
lebih terperinci akan kebaikan dan keburukan jaringan
pengangkutan awam di kawasan kajian saya . Saya juga dapat
mengenal pasti maklumat seperti masalah , punca , kesan dan
langkah – langkah mengatasi masalah tersebut . Saya telah
mengalami pengalaman yang amat berguna dalam pembelajaran
geografi dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha
mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan kawasan kajian
saya . Akhir sekali , saya juga dapat menambah pengetahuan am
saya dengan menjalankan kajian ini .


Click to View FlipBook Version