The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liana harani, 2023-06-13 15:05:43

LAMPIRAN B INOVASI PENDIDIKAN

PROJEK INOVASI

LAMPIRAN B INOVASI PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH PETALING 2023 TARIKH : 14/06/2023 ( RABU ) MASA : 7.30 PAGI SEHINGGA 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH PETALING D/A SEKOLAH RENDAH AGAMA BUKIT JELUTONG JALAN MIMBAR U8/15, BUKIT JELUTONG 40150 SHAH ALAM, SELANGOR


TAJUK INOVASI Tele- Prompt TV The Ball Of Fate


NAMA INSTITUSI SEKOLAH RENDAH AGAMA SEKSYEN 3, SHAH ALAM


PENGENALAN PESERTA NAMA : RABIATUL ADAWIYAH BT ISMIAL@ISMAIL PENDIDIKAN : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM). DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH (DPLI UPSI) GURU : 6 IBNU RUSHD SUBJEK YANG DI AJAR : BAHASA ARAB, TILAWAH NAMA : MUHAMMAD AMIN KHALILI BIN JAILANI PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ( SYARIAH ) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR GURU : 5 IBNU MAJAH SUBJEK YANG DI AJAR : TAUHID, TILAWAH NAMA : NURLIANA BINTI HARANI PENDIDIKAN : UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE AVIATION TECHNOLOGY ( UNIKL MIAT ) DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DPLI UPSI) GURU : 1 IBNU ZAHAR SUBJEK YANG DI AJAR : JAWI, BAHASA ARAB, TAUHID, AKHLAK,TILAWAH


RINGKASAN HASIL INOVASI Hasil kedua-dua inovasi yang telah kami ciptakan ini merupakan salah satu kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan dapat menarik minat muridmurid untuk belajar dalam subjek berkenaan. Selain itu, salah satu ciptaan inovasi yang telah kami ciptakan juga dapat diaplikasikan dalam salah satu cara iaitu konsep; “Belajar sambil Bermain” melalui permainan yang telah kami ciptakan ini.


TARIKH INOVASI DIHASILKAN 1. 6/5/2023-28/5/2023 = Brainstorming bersama ahli kumpulan 2. 1/6/2023-3/6/2023 = Pembelian alatan dan bahan 3. 6/6/2023-10/6/2023 = Pembikinan bahan inovasi 4. 11/6/2023-13/6/2023 = Semakan dan percubaan


TUJUAN INOVASI DIHASILKAN 1. Dapat membantu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid lebih menarik untuk mereka pelajari dan fahami topik berkenaan dalam subjek tersebut. 2. Dapat menarik minat murid-murid terutama murid dari golongan kelas musa’adah untuk lebih mudah menghafal berkenaan subjek ini. 3. Dapat melahirkan murid-murid yang lebih aktif dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.


PROSES PELAKSANAAN INOVASI Hasil kedua-dua inovasi yang telah kami ciptakan ini dilaksanakan secara ‘in-house’ di mana semuanya bermula dari “scratch” iaitu bermula dari hanya satu kotak terbuang .


PROSES PELAKSANAAN INOVASI ( SEBELUM DAN SELEPAS )


PROSES SEBELUM 1. Mencari dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti yang telah dibincangkan bersama. 2. Bermula proses pembikinan projek seperti membuat ukuran pada kotak,memotong kotak,menggunting,menampal, serta memasang wayar-wayar lampu. PROSES SELEPAS 1. Selesai sahaja pembikinan projek tersebut, kami akan ‘test’ projek tersebut dari segi ketahanannya, keberkesanannya dan kami juga akan memastikan projek kami ini telah dinilai dan mendapat persetujuan dari pihak atasan iaitu guru besar ataupun guru penolong kanan.


KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN Kami telah mensasarkan kepada kumpulan dari Tahun 4 iaitu dari golongan murid-murid Musa’dah dari kelas 4 Ibnu Bathutah.


IMPAK INOVASI KEPADA KUMPULAN SASARAN Berdasarkan pemerhatian kami, pengaplikasian projek inovasi yang telah kami reka dan ciptakan ini ternyata mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid tersebut serta mereka ini juga lebih memahami tentang subjek tersebut melalui permainan ‘ The ball of Fate ’ .


PENGIKHTIRAFAN YANG DITERIMA Hasil kedua-dua inovasi yang telah kami bentangkan ini telah mendapat persetujuan dari pihak pentadbiran iaitu guru besar serta penolong kanan.


PENUTUP Akhir sekali, penghargaan kepada mereka yang telah terlibat dalam pembikinan projek sama ada secara langsung atau tidak. Kami amat berharap agar segala penat lelah dan kepayahan yang kami tempuhi dalam melaksanakan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua murid-murid pada masa akan datang serta dapat diaplikasikan juga kepada semua institusi pendidikan.


Click to View FlipBook Version