The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SITI NUR FAEZZAH BINTI MAT RANI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faezzahrani, 2024-03-21 00:39:19

MPU3471 BUKU LOG

SITI NUR FAEZZAH BINTI MAT RANI

5) PELAKSANAAN PROGRAM KRS SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN KEM KENARI, YAN, KEDAH TARIKH: 2 – 4 OKTOBER 2023 MENGADAKAN PERKHEMAHAN TAHUNAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN 1.0 PENDAHULUAN Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun pada setiap tahun. Aktiviti tahunan ini disertai oleh ahli unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah yang terpilih di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun. Ia akan diadakan di Tapak Perkhemahan Kem Kenari pada 2 hingga 4 Oktober 2009. Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi memenuhi kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah di samping menyahut kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh setiap ahli apabila menempuhi alam dewasa kelak. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedaham kepada setiap peserta bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. Selain itu, diharap perkhemahan yang dianjurkan ini memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej hubungan antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Perkhemahan ini juga di harap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan berguna kepada setiap peserta. 50


3.0 OBJEKTIF Diharap perkhemahan tahunan ini dapat; 3.1 Memberi peluang kepada setiap peserta merasai pengalaman perkhemahan. 3.2 Melatih setiap peserta untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.3 Memberi kesedaran kepada peserta agar bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan para peserta yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Melatih peserta mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. 3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 4.0 CADANGAN 4.1Tarikh yang dirancang ialah 2 hingga 4 Oktober 2009 iaitu pada hari Jumaat sehingga hari Ahad, 4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam 4.3Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. 4.4Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1 5.0IMPLIKASI 5.1 Program ini melibatkan ahli terpilih dari Tahun 5 dan Tahun 6 unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. (senarai peserta adalah seperti dalam Lampiran 2) 5.2Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan fasilitator. 5.3Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan. 51


6.0PERASMIAN Program Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah ini akan dirasmikan oleh Encik Zamahuri bin Bahaudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara dalam Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara. Ia akan berlangsung di perkarangan dewan yang disediakan berdekatan dengan tapak perkhemahan. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana Encik Zamahuri bin Bahaudin akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini. 7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penaung: Encik Zamahuri bin Bahaudin (Guru Besar) Penasihat: Puan Nur Amalina binti Ismail (GPK Kurikulum) Encik Mu’tassim Billah bin Anuar (GPK HEM) Pengerusi: Encik Jamalruddin bin Zahari (GPK Kokurikulum) Penyelaras: Encik Mohd Aliff bin Mohd Yasin (Kem Komandan) Penolong Penyelaras: Encik Nizar bin Rahman (Pen. Kem Komandan) Setiausaha: Cik Ardilla binti Jamal Bendahari: Puan Doli a/p Doriasamy 52


Jawatankuasa Kecil Jawatan Bidang tugas Pengurus Peserta: Encik Muhammad Haziq bin Buang Puan Kamaliah binti Sidek Menyediakan murid-murid untuk menyertai perkhemahan. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan. Menyediakan jadual guru bertugas. Memastikan penyediaan senarai semak peralatan lebih awal. Memastikan disiplin peserta sebelum dan selepas perkhemahan. Khemah: Encik Muhd Syariffuddin bin Razak Encik Sobri bin Sahlan Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan peserta dan guru. Memastikan setiap khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan. Menyediakan senarai nama guru mengikut khemah masing-masing. Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya terdapat pinjaman khemah dari luar. Aktiviti: Cik Rosmawati binti Anuar Encik Rayyen Khalis bin Zainal Merangka, merancang dan mengurus aktiviti yang hendak dijalankan. Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan. Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab. 53


Bertanggungjawab memastikan aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan. Memastikan kelancaran aktiviti. Hadiah / Cenderamata: Puan Norhayati binti Mahdzir Cik Hayani binti Jamal Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini bagi tujuan hadiah. Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin dipertandingkan. Menyediakan cenderahati untuk urusetia dan peserta sebagai kenang-kenangan. Sijil Penyertaan: Cik Orked binti Yusoff Menyediakan Sijil Penyertaan kepada semua peserta. Kerohanian: Encik Mohd Zaini bin Othman Puan Zarida binti Umar Memulakan perjalanan dengan bacaan doa. Memastikan perlaksanaan jadual solat berjemaah terutamanya pada waktu maghrib, isyak dan subuh. Mengadakan bacaan yaasin pada malam jumaat. Mengadakan tazkirah selepas solat subuh dan maghrib. Memastikan tempat solat dalam keadaan yang bersih dan teratur. Elektrik dan Siaraya: Encik Shahril Radzuan bin Kalam Encik Sidek bin Sulaiman Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna di seluruh tapak perkhemahan sepanjang tempoh perkhemahan. Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai. Mengurus dan menyediakan peralatan bagi Malam Kebudayaan. 54


Makanan: Cik Nurellina binti Ismail Puan Asiah binti Zakaria Menyediakan senarai menu sepanjang program. Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan urusetia. Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan. Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan. Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan dapur. Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti yang ingin dijalankan. 8.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1 Sewa bas / pengangkutan 450.00 2 Penggunaan tapak perkhemahan 200.00 3 Sijil dan hadiah 150.00 4 Makanan 575.00 JUMLAH BESAR 1,600.00 9.0 PENUTUP Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu 55


6) LAPORAN KRS a) Contoh Pelaporan KRS Tarikh : 04 Mac 2024 Hari : Isnin Tajuk : bilik kuliah 1. Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah 2. Objektif dan matlamat penubuhan KRS 3. Lagu rasmi KRS 4. Pakaian seragam KRS 5. Pangkat di dalam KRS 6. Asas Kawad Kaki Objektif : 1. Memberi pendedahan mengenai sejarah penubuhan KRS 2. Mengetahui tentang objektif dan matlamat sebenar penubuhan KRS 3. Mendedahkan tentang lagu dan maksudnya. 4. Mendedahkan tentang pakaian rasmi KRS dan maksud serta nama aksesoriaksesori yang dipakai di pakaian rasmi KRS. 5. Menjelaskan tentang cara cara berkawad. Ulasan : Ini adalah perjumpaan pertama kali Gerko badan beruniform di Anjung Jauhari. Pensyarah kami telah memperkenalkan diri beliau iaitu Mejar Zainal Abidin bin Samsudin. Selepas itu sei memperkenalkan diri antara pensyarah dan kami semua. Kemudian, Mejar Zainal telah memperkenalkan kepada kami tentang Kadet Remaja Sekolah (KRS). Mula-mula kami di beri pendedahan tentang sejarah penubuhan KRS pengasas awal penubuhan, menyanyikan lagu KRS bersama-sama dan lain-lain. Penerangan yang diberikan ole beliau adalah jelas dan dapat difahami dengan mudah kerana beliau sendiri berpakaian seragam seorang pegawai KRS ketika mengajar kami. Terdapat banyak solan yang timbul pada sesi perjumpaan in menunjukkan pelajar faham tentang apa yang disampaikan oleh Mejar Zainal Abidin pada sesi tadi. Di antara solan yang diutarakan oleh pelajar di antaranya 56


ialah "adakah tanda pangkat di pakaian rasmi melambangkan jawatan yang disandang? Bagaimanakah cara menyanyikan lagu KRS? Adakah sama pemakaian kadet Putera dengan Puteri? Sejurus kemudian, Mejar menjawab semua pertanyaan pelajar dengan jelas. Selain itu, pelajar meminta diterangkan tentang penulisan laporan di dalam buku log sebagai tugasan gerko kami sehingga interaksi yang akan datang. Di antara soalan yang ditimbulkan oleh pelajar adalah " penulisan laporan buku log adalah berdasarkan aktiviti di sekolah mahupun di maktab?". Jawapannya adalah penulisan buku log adalah berdasarkan aktiviti di maktab. Refleksi : Sepanjang perjumpaan pada kali ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan KRS dan sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada saya tentang KRS dengan lebih jelas lagi. Mejar Zainal juga menggunakan pakaian rasmi beliau dengan tujuan mengajar kami dan membuatkan lebih memahami tentang penerangan beliau terhadap pakaian rasmi KRS Mejar Zainal juga telah menunjukkan kepada kami cara berkawad kaki dengan betul. Walaubagaimanapun , sesi perjumpaan kami adalah di bilik kuliah .Ruang yang sempit menyukarkan untuk kami berlatih bersama Mejar. Kami cuma memerhatikan sahaja cara Mejar Zainal berkawad. Cadangan penambahbaikkan : Pada pertemuan akan datang, diharapkan sesi pembelajaran diadakan di stadium padang Puteri Gunung Ledang. Ini memudahkan kepada kami serta Mejar mengajar kami dalam keadaan yang selesa memandangkan Mejar mengenakan pakaian rasmi KRS. Secara tidak langsung juga membolehkan kami turut serta mempelajari cara-cara berkawad dengan betul. Disediakan oleh: 4 Mac 2024 ______________________ (Zaidi Bin Abd Talib) Guru penyelaras Unit Beruniform KRS 57


Click to View FlipBook Version