The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahmi zikri, 2023-06-09 05:08:29

UNIT 12 AKTA PENDIDIKAN 1996

AKTA PENDIDIKAN 1996 (1)

AKTA PENDIDIKAN 1996 AKTA PENDIDIKAN 1996


Unit ini membincangkan perihal akta 550 atau dikenali sebagai Akta Pendidikan 1996. Perbincangan berfokus terhadap asas pembentukan Akta Pendidikan 1996. Analisis terhadap kandungan Akta Pendidikan 1996 dilakukan terhadap peraturan kurikulum, institusi pendidikan, bahan pendidikan dan masyarakat. Perbandingan kandungan Akta Pendidikan 1996 dengan Akta Pelajaran 1961 turut dibincangkan. Perbincangan juga dilakukan terhadap peranan akta tersebut dan implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Cabaran-cabaran pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 turut dirumuskan dalam usaha kementerian pendidikan Malaysia memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia mencapai matlamat yang dhasratkan. SINOPSIS


Undang-undang yang berkait rapat dengan pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris adalah mempunyai ciri-ciri jurisprudens. Fokus akta pendidikan adalah membangunkan sistem pendidikan awam. Jurisprudens positivists abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20 hanya memberi perhatian sedikit kepada hak ibubapa atau kanak-kanak. Diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996 Mendapat pekenan oleh DYMM Agong Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550 Akta 550 kemudiannya dikenali Akta Pendidikan1996 Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961 Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen Pada pendahuluan Akta 550 ada meyatakan kepentingan dan hala tuju pendidikan Inti pati kandungan dalam Akta 550 berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan pada masa itu ialah untuk menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta Pelajaran 1961 adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana ia digunakan untuk menyediakan perkhiidmatan pendidikan yang cekap. Selaras dengan teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran, peruntukan akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seragam dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 12.1 DASAR KONSEPTUAL & PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996


Pendidikan khas. Persatuan sekolah. Kurikulum pra sekolah. Kurikulum kebangsaan. Penilaian & peperiksaan. Penggal, hari dan cuti sekolah. Pendaftaran institusi pendidikan. Institusi pendidikan swasta (iklan). Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG). Majalah sekolah & bahan multimedia. Institusi pendidikan swasta (piawaian). Peperiksaan, penilaian dan pensijilan IPG. Kursus pengajian dan program latihan IPG. Institusi pendidikan swasta (disiplin murid) Peperiksaan dan penganugerahan sijil/diploma politeknik Kurikulum kursus pengajian dan program latihan di politeknik. Penerimaan masuk murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi pengekalan murid belajar di sekolah. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mengandungi peraturan-peraturan khusus mengikut seksyen 130, menteri berkuasa membuat peraturan-peraturan pendidikan berikut ; 12.2 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996: PERATURAN PENDIDIKAN Peraturan berkaitan institusi pendidikan. Peraturan berkaitan kurikulum. Peraturan berkaitan bahan pendidikan. Peraturan berkaitan masyarakat. Secara ringkas peraturan-peraturan tersebut boleh dikelompokkan kepada 4 kategori:


12.2.1 PERATURAN BERKAITAN MASYARAKAT Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 1998 Semua sekolah wajib menubuhkan PIBG bagi tujuan memupuk kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi membantu kebajikan dan kemajuan murid-murid di mana persatuan ditubuhkan. Kawasan Sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil/.14/1989 19) Adalah menjadi tanggungjawab pengetua/guru besar bagi memastikan murid berada dalam keadaan selamat di sekolah. Kementerian Pendidikan melaksanakan Polisi Sekolah Selamat. Polisi ini bermaksud persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar. Pengetua/Guru besar bertanggungjawab terhadap disiplin sekolah dan bagi maksud itu mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah. Pengetua/ Guru besar boleh menurunkan kuasa disiplin dan kuasa memberi hukuman kepada guru-guru yang lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had difikirkannya. Peraturan Sekolah Berkaitan Disiplin


12.2.2 PERATURAN BERKAITAN BAHAN PENDIDIKAN Majalah Sekolah & Bahan Multimedia Tiada majalah sekolah atau bahan multimedia boleh diterbitkan atau diedarkan di sekolah kecuali dengan kebenaran pengetua/guru besar. Majalah sekolah tidak mudaratkan penyelenggaraan disiplin atau keselamatan awam. Tiada paksaan terhadap murid untuk membeli majalah sekolah/bahan. Pendaftar mestilah dimaklumi penerbitan tersebut.


12.2.3 PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN Institusi Pendidikan Swasta Institusi pendidikan swasta menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau keduanya dikehendaki mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan (Seksyen 74) Dikehendaki mengadakan mata pelajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Melayu, Bahasa Inggeris, Pengajian Inggeris, Pendidikan Islam ( Bagi pelajar Islam) dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam (Seksyen 75) Pelajar asing dikecualikan. Pendidikan Khas Menteri boleh mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah (Seksyen 40). Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan pendidikan khas (Seksyen 41)


12.2.4 PERATURAN BERKAITAN KURIKULUM Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan wajib digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan (Seksyen 18) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Diperuntukkan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 15) Menteri Pendidikan boleh menubuh dan menyelenggara tadika (Seksyen 21) Semua tadika diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum pra-sekolah yang (akan) dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (Seksyen 22) Pendidikan Rendah Tempoh pendidikan rendah 5-7 tahun (Seksyen 29) Pendidikan Menengah Terbahagi kepada 3 jenis – sekolah menengah akademik, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan menteri dari semasa ke semasa.


12.3 PERBANDINGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN AKTA PELAJARAN 1961 Berpaksikan Penyata Razak 1956 Kurikulum Kebangsaan dikuatkuasakan Pembangunan sekolah vokasional untuk melatih tenaga kerja Pendidikan rendah sebagai asas mencapai 3M (membaca, menulis, mengira.) Bahasa Melayu dikukuhkan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran teras. Persamaan Akta Pelajaran 1961 Perbezaan Akta Pendidikan 1996 Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya : i) Sekolah rendah kebangsaan ii) Sekolah menengah kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya : i) Sekolah rendah : sekolah kebangsaan, SRJK (T) & SRJK (C) ii) Sekolah menengah : SMK Tiada langsung peruntukan Kurikulum Kebangsaan Seksyen 18 : Memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan dikecualikan Garis panduan ini tidak wajib di semua tadika Pendidikan Prasekolah Seksyen 22 : Memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk prasekolah bagi penyelerasan Terbatas kepada peringkat sekolah dan institusi kemahiran Pendidikan Swasta Dibolehkan dilaksanakan pada semua peringkat pendidikan dengan syarat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan Tiada peruntukan berkenaan dengan perkara ini. Pendidikan Teknik & Vokasional Seksyen 37 : Politeknik boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan, atau organisasi perindustrian. Peruntukan mengenai pendidikan guru terlalu umum. Pendidikan Guru Seksyen47(1) : Membolehkan maktab perguruan mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil.


12.4 PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Huraian Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya, ialah mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan perubahan masa. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bermutu tinggi. Menggariskan perundangan berkaitan bidang pendidikan. Banyak peraturan yang telah ditetapkan dan wajib diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan. Contohnya Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993; Pindaan 2002). Peraturan ini penting untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan amanah serta bertanggungjawab. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas diberi tumpuan. Mengambil kira kepentingan semua kaum. Berkualiti dalam memperkembangan potensi individu sepenuhnya. Melahirkan murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh. Mempersiapkan murid bagi menghadapi cabran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarbangsa. Akta pendidikan 1996 ini menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih baik. Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah mengupayakan murid menguasai pelbagai kemahiran. Kelestarian pendidikan yang meliputi pendidikan teknik, pendidikan khas juga diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Selain itu, peluang untuk belajar juga diberikan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latar belakang atau pun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib yang diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. Kedudukan Bahsa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai bahsa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. Peranan Garis panduan/rujukan pelaksanaan pendidikkan Peraturan yang perlu dipatuhi Sistem pendidikan yang sistematik Kelestarian pendidikan Kesaksamaan peluang pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu


12.5 IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 Kesan Positif Huraian Seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan. Membantu memperkembangkan potensi murid dan melahirkan insan yang sempurna. Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Contoh : KSPK, KSSR & KSSM. Berkembang secara sistematik dengan peruntukan wang yang spesifik. Membantu melahirkan insan yang berilmu, berupaya memajukan kehidupan yang memenuhi aspirasi negara. Ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar layak menyambung pelajaran yang semakin bertambah. Kurangkan aliran wang keluar. Contoh : UTP, MMU, MSU, UNITEN Diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan. 2003~Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan. Ditukar kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi KPM: memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Memelihara hak asasi kanak-kanak. Meningkatkan kemahiran kanak-kanak membaca, mengira dan menulis. Menanam nilai positif dan keyakinan diri dalam diri kanakkanak. Contoh : PERMATA, KEMAS, PASTI Melahirkan individu lebih terkawal, berpengetahuan, beretika, berakhlak, menghormati dan menyayangi negara. Dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Tertumpu kepada kemahiran dan praktikal. Membolehkan politeknik untuk mengadakan program dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian. Mengadakan program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada dalam & luar negara. Cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri. Contoh : Kolej Vokasional. Politeknik, TVET Membantu tingkatkan potensi diri keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan berdikari. Membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera lain. Contoh : Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif. Kesan Kurikulum kebangsaan Pendidikan swasta Pendidikan prasekolah/awal kanak-kanak Pendidikan lebih terkawal Pendidikan teknik dipertingkat Pendidikan khas ditumpukan


Kesan Huraian & contoh Langkah mengatasi Penswastaan pendidikan Pendidikan bukan sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan Standard kurikulum tidak sama Taraf pendidikan berbeza dan menduduki jenis peperiksaan berbeza Contoh: Tadika swasta, sekolah swasta, sekolah antarabangsa Kawalan kerajaan terhadap institusi swasta Perluaskan peranan kerajaan dan majikan membangunkan pendidikan percuma. Pendidikan suatu perniagaan Pendidikan bukan lagi perkhidmatan kerajaan tetapi barang perniagaan. Pihak swasta melabur untuk mendapat keuntungan. Kenakaan pelbagai bayaran yang tinggi. Contoh: Yuran IPTS swasta (RM 50,000 - RM 200,000) Kawalan yuran di institusi pendidikan swasta. Perluaskan pendidikan percuma Bangunan wakaf pendidikan. Pengangguran Persaingan sengit antara pelajar yang mendapat pendidikan Kadar pengangguran 3.3% Jumlah: 503, 000 orang (204, 000 orang) Memperbanyakkan program pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan. Kerajaan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan Menukarkan pembentukan bangsa Malaysia Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda telah memikirkan martabat Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sukar dibentuk. Kuatkuasakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai urusan rasmi. Perkenalkan subjek silang budaya. Bahasa Asing Sekolah antarabangsa & sekolah ekspatriat mengekalkan penggunaan bahasa asing di Malaysia. Mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran Brain Drain Penghijrahan rakyat yang berpendidikan tinggi, berbakat dan berkemahiran kerana kekurangan kerja, tawaran gaji yang menarik dan suasana kerja yang lebih baik. Malaysiakehilangan tenaga kerja mahir Mengurangkan penghantaran pelajar ke luar negara. Mengembangkan ekonomi Malaysia Menyediakanpeluang pekerjaan yang sesuai. Kesan negatif


Cabaran Huraian + contoh Langkah mengatasi Cabaran pengurusan sumber manusia Berlakunya isu ketidakseimbangan jantina dalam pencapaian akademik seperti kemasukan pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki di IPT. Tekanan belajar atau stress daripada para belia dalam belajar menjadi isu utama. Semak semula kurikulum ke arah lebih mencabar keupayaan pelajar lelaki Cabaran sumber kewangan Walaupun pendidikan menerima terbesar peruntukan terbesar (18- 22%) setiap tahun namun masih kecil untuk menjadikan pendidikan maju dan kondusif. Contoh: Murid per kelas masih besar (30- 40 orang) Prasarana dan teknologi pembelajaran tidak mencukupi Kerajaan perlu sediakan peruntukan yang lebih besar dalam belanjawan tahunan Cabaran perubahan minda rakyat Malaysia Rakyat masih mengharapkan pendidikan sebagai alat untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan Pendidikan masih tidak dapat mengeluarkan graduan berdikari yang mencipta peluang pekerjaan. Graduan dihinggapi penyakit "diploma desease" Contoh: pengangguran dalam kalangan graduan masih tinggi (204,000 orang), jenayah & masalah sosial meningkat Penekanan dalam aspek pembinaan insan melalui penerapan nilai murni dan pemahaman konsep keagamaan dalam diri generasi muda supaya mencapai matlamat Cabaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Bahasa Melayu tidak dimartabatkan dalam pendidikan sebagai bahasa pengantar utama disemua institusi pendidikan di Malaysia. Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran. Kuatkuasakan undangundang Wajibkan merujuk DBP dalam urusan istilah yang tepat. Cabaran isu perpaduan kaum Salah satu tujuan Akta Pendidikan adalah untuk penyatuan kaum melalui pendidikan. Masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan antara kaum kerana pengekalan identiti kaum masing-masing (bahasa, budaya, ekonomi, politik) Perkenalkan kurikulum keinsanan. Menerapkan mata pelajaran pelbagai budaya. Hapuskan monopoli sesuatu kaum Cabaran menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia Malaysia masih tercari-cari formula untuk meningkatkan kedudukan dalam TIMSS, PISA dan ranking universiti. Masih menghantar pelajar-pelajar keluar negara. Melihat negara maju sebagai acuan untuk membangunkan pendidikan negara. Gagal menarik pelajar-pelajar cemerlang dari negara maju untuk belajar di Malaysia Menyemak dan menggubal kurikulum/program. Paksikan kepada keunikan masyarakat dan ekonomi Malaysia. Memaksimakan kepakaran rakyat Malaysia 12.6 CABARAN-CABARAN PELAKSANAAN AKTA PENDIDIKAN 1996


Click to View FlipBook Version